Objektif Skop Analisa Masalah

Dan diakhir pembinaan produk, pekara paling penting yang perlu ditekan bagi menepati objektif yang telah ditetapkan adalah bagaimana model yang direka dibina. Ini bermaksud pemilihan jenis prototaip dan memahami bagaimana prototaip dihasilkan sehingga produk tersebut siap dibina dengan baik. Selain daripada itu, pemilihan bahan binaan juga akan dibuat. Ini kerana pemilihan bahan yang betul dapat menentukan jangka hayat sesebuah produk dan melalui pemilihan bahan binaan yang betul ini juga menentukan kualiti produk tersebut.

1.8 Carta Alir

1.8.1 Projek Sarjana Muda 1

Carta Alir 1.1: Proses Perjalanan Kerja PSM1 Pemilihan Tajuk Menentukan Objektif Skop Projek Analisa Masalah Kajian Ilmiah Pembagunan Rekabentuk Carta alir ini adalah proses perjalanan kerja yang akan dilakukan semasa PSM 1. Perancangan ini akan dilakukan langkah demi langkah. Ini memudahkan dan melicinkan lagi proses perjalanan penghasilan produk dan dengan adanya carta alir ini proses perjalanan kerja lebih sistematik. Untuk tajuk seterusnya akan menerangkan secara lebih terperinci aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.

1.8.2 Projek Sarjana Muda 2

Carta Alir 1.2: Proses Perjalanan Kerja PSM2 Untuk carta alir ini adalah merupakan perancangan kerja semasa PSM 2. Ini merupakan proses kerja yang berkaitan lukisan terperinci dengan disertakan ukuran setiap bahagian dan diikuti proses menganalisis setiap bahagian produk. Apabila kerja analisis ini selesai, proses pembinaan akan dijalankan dengan menggunakan mesin rapid prototaip yang sesuai bagi mendapatkan sebuah model. Rekabentuk Terperinci Detail Design Analisis Computer Aided Engineering Prototype BAB 2 KAJIAN ILMIAH

2.0 Pengenalan

Bab ini akan menerangkan hasil kajian ilmiah yang dijalankan melalui carian internet, artikel dan sumber-sumber daripada buku rujukan yang berkait rapat dengan sepanjang perjalanan projek. Data-data yang diperolehi akan digunapakai sebagai rujukan dan garis panduan bagi menyiapkan projek ini.

2.1 Kaki Palsu

Permintaan pada masa kini, permintaan kaki palsu semakin meningkat. Berdasarkan sebuah artikel bercetak mengatakan bahawa permintaan sebanyak 50 hingga 60 kaki palsu pada setiap bulan. Harga kaki palsu bagi bawah lutut ialah RM400 manakala atas lutut mencecah sehingga RM7,000 ke atas bergantung sama ada ia kaki palsu pegun atau boleh digerakkan Megat Lufti Megat Rahim, 2009. Penghasilan kaki palsu bukan perkara yang baru dalam hasil kerja rekabentuk. Fakta ini berdasarkan hasil dari satu penulisan yang mengatakan bahawa satu anggota ibu jari kaki palsu yang dipasang pada sebelah kaki satu mumia Mesir mungkin