Pengimportan Haiwan Dari Negara Bebas Rabies Pengimportan Haiwan Dari Negara Tidak Bebas Rabies

11 Penyakit Rabies ◊ Telah dilakukan ujian antibodi dengan keputusan positif paras Equivalent tidak kurang 0.5IUml, keputusan ini diterima pakai tidak kurang 3 bulan dan tidak lebih 1 tahun dari tarikh penghantaran; ATAU ◊ Sekiranya syarat-syarat b, c dan d tidak dipatuhi maka kucing dan anjing yang ingin dibawa masuk perlu dikuarantinkan selama 6 bulan. 3.3.2 Haiwan lain selain kucing dan anjing ● Tiada tanda klinikal rabies semasa penghantaran; ● Telah dikuarantinkan selama 6 bulan sebelum penghantaran dan kawasan asalnya perlulah tidak dilaporkan dengan sebarang kes rabies dalam tempoh 1 tahun.

4.0 Kawasan Kawalan Rabies

Sementara Malaysia telah bebas seluruhnya dari rabies namun ianya akan dibahagikan ke dalam dua kawasan : a Kawasan Penampan b Kawasan Bebas

4.1 Kawasan Penampan

Kawasan penampan merupakan kawasan yang meliputi sekitar 30 km atau 20 batu dari sempadan Negara iaitu dari Thailand di utara dan dari Kalimantan di Sabah dan Sarawak. Kawasan tersebut meliputi negeri Perlis, sebahagian Kedah, Perak dan Kelantan utara. PPVN akan mengeluarkan warta Perintah Kawalan Rabies yang menetapkan kawasan sebenar.

4.2 Kawasan Bebas

Semua kawasan lain di luar kawasan penampan. 12 Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia Penyakit Rabies

5.0 Kriteria Pengurusan Indeks Penyakit

Kriteria pengurusan Indeks Penyakit IP rabies ditunjukkan dalam jadual 1. IP Kod Petunjuk Tumpuan Disyaki Kelabu Kes gigitan dan berasas sindrom gejala Premis disyaki. Aktif Merah Penyakit disahkan Daerah berkenaan dengan radius 20 km. Kawalan Kuning K u a r a n t i n , p e n g h a p u s a n , pelupusan, vaksinasi, survelan dan kempen kesedaran awam dijalankan Kawasan terjangkit dan kawasan kawalan Pulih Hijau Tiada kes baru dikesan dalam kawasan terjangkit dalam tempoh 6 bulan Survelan semua kawasan meliputi kawasan terjangkit, kawalan dan pembasmian. Bebas Putih Penyakit disahkan bebas untuk tempoh melebihi 2 tahun Pencegahan kembali berpandu kawasan penampan dan bebas.