bahan kerja kursus learning and cognition

ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

ASSIGNMENT
SEPTEMBER 2014 SEMESTER

SUBJECT CODE

:

ELC 612

SUBJECT TITLE

:

LEARNING AND COGNITION

LEVEL

:


MASTER

STUDENT’S NAME

:

SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK

MATRIC NO.

:

E60101140117

PROGRAMME

:

MASTERS OF EDUCATION (M Ed)


1

ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

ACADEMIC

:

DR NORDIN BIN HJ. BULLA

:

KUNAK

FACILITATOR
LEARNING CENTRE

BAHAGIAN A : ( 15 % )

Read the article Understanding Memory Difficulties by the Department of Education, United
Kingdom and answer the following questions:
1. How does memory difficulties affect learning?
PENGENALAN
Otak dan minda merupakan anugerah Tuhan yang paling besar dan menakjubkan kepada
manusia. Tiada sesiapa pun boleh menafikan peranan otak dan minda apatah lagi sekiranya
minda dapat diperteguhkan dengan ingatan yang kuat dan segala maklumat yang tersimpan dapat
dimanfaatkan ketika diperlukan. Ini menunjukkan betapa pentingnya kemahiran mengekalkan
daya ingatan dipelajari supaya dapat diamalkan di peringkat mana sekalipun.
2.0

Ingatan

Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari dan
kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti
menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Menurut Fein
(1978), beliau mentafsirkan ingatan sebagai pemprosesan maklumat yang diterima dalam
otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya. Selain itu, Verno (1980) berpendapat ingatan
merupakan bentuk menyimpan maklumat-maklumat yang bermakna untuk menjadi pengalaman
pada masa hadapan. Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk


2

ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya
ketika diperlukan.
Masalah ingatan menjejaskan pembelajaran
Artikel tersebut dengan jelas menyatakan bahawa masalah ingatan sememangnya menjejaskan
pembelajaran seseorang individu. Jika seseorang kanak- kanak yang lemah ingatannya, ia
memerlukan masa yang lebih panjang untuk mengingati sesuatu konsep berbanding dengan
pelajar lain. Masa yang panjang akan menyebabkan pelajar tersebut ketinggalan oleh rakanrakannya yang lain dalam pembelajaran. Pelajar lain sudah menguasai dua atau tiga topik yang
lain. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar tersebut ketinggalan dalam pelajaran dan perlu
ditangani oleh guru dengan sebaik mungkin.
Kanak- kanak yang mempunyai masalah ingatan tidak boleh diganggu semasa belajar
atau ketika otaknya bekerja untuk mengingat. Jika kanak-kanak tersebut terganggu, dia tidak
boleh menyambung semula proses mengingatnya dari dia terganggu. Sebaliknya Kanak-kanak
tersebut mesti memulakan tugasnya dari awal. Sebagai contoh, seorang murid tahun 1 sedang
menghafal huruf ‘a’ hingga ‘z’ dan telah berjaya menghafal huruf sehingga ke huruf ‘p’.

Kemudian murid tersebut terganggu oleh rakannya, ingatannya terhadap huruf tersebut akan
terpadam semua dan murid tersebut terpaksa menghafal semula bermula dari huruf ‘a’. Keadaan
ini tentunya akan membazir masa dan murid tersebut akan tercicir dalam pelajaran. Murid lain
sudah membunyikan suku kata, dia baru menghafal huruf.
Kelas Tahun 1 yang memunyai 30 orang murid mempunyai daya ingatan yang berbezabeza. Separuh murid kelas tersebut mempunyai ingatan murid 7 tahun, 10 orang pula mempunyai
ingatan murid 6 tahun dan 3 orang mempunyai ingatan seperti kanak- kanak 5 tahun. Keadaan
murid yang mempunyai daya ingatan yang pelbagai di dalam kelas memerlukan strategi, kaedah
dan teknik yang pelbagai dari guru. Keadaan ini tentunya membebankan guru dan murid lain
yang lebih baik daya ingatannya kerana terpaksa memberikan perhatian yang lebih kepada 3
orang murid yang mempunyai ingatan yang lemah.
Murid yang mempunyai daya ingatan yang kuat biasanya mempunyai keputusan
pelajaran yang lebih baik berbanding dengan murid yang lemah ingatannya di dalam kelas. Hal
ini, akan menyebabkan murid yang kuat ingatannya lebih popular dan disukai berbanding murid
3

ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

yang lemah ingatannya. Situasi ini boleh menyebabkan murid yang lemah ingatan diejek dan
rasa rendah diri yang akhirnya membawa kepada masalah disiplin dan pencapaian akademik

yang kian merosot.
Kesimpulannya, masalah ingatan yang lemah amat memberikan kesan kepada
penguasaan dan pencapaian akademik. Hal ini, perlu ditangani dengan sebaik mungkin oleh ibu
bapa dan guru bagi mengelakkan masalah bertambah buruk yang akhirnya memusnahkan masa
depan pelajar.

2. Discuss the intervention strategies that may be adopted by teachers to help learners with
memory difficulties.
Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari dan
kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindak balas dalam situasi yang diperlukan, seperti
menyelesaikan masalah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya. Ingatan sebagai
pemprosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya.
Kesimpulannya, ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat,
memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.
Artikel tersebut memberikan cadangan mengenai langkah- langkah membantu individu yang
lemah ingatannya.
Prinsip kerja memori bercampur
Seorang guru yang ingin membantu murid yang lemah ingatannya, perlu mematuhi beberapa
prinsip untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Mengiktiraf memori gagal bekerja. Guru
perlu mengakui muridnya lemah dari segi memori dan perhatian yang lebih perlu diberikan

kepada murid berkenaan. Tidak patuh pada arahan juga merupakan ciri- ciri murid lemah
memori. Murid yang menghadapi masalah memori lemah perlu diawasi dan dipantau oleh guru.
Ia bagi memastikan murid yang lemah memorinya tidak terbeban dengan beban kerja yang
berlebihan. Guru boleh membantu murid dengan arahan yang jelas dan ayat yang pendek.
Elakkan menggunakan ayat yang mempunyai banyak makna tersirat. Guru juga boleh membantu
4

ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

murid berkenaan dengan memecahkan ayat atau konsep yang kompleks kepada bahagianbahagian kecil agar senang difahami oleh murid. Guru atau sesiapa sahaja yang berdepan murid
sedemikian perlu bersedia mengulang isi pelajaran yang disampaikan. Murid tersebut susah
menangkap dan memahami sesuatu konsep, oleh itu guru bersedia mengulang semula langkah
pengajaran dan mencari kaedah terbaik agar murid memahami konsep yang diajar. Guru perlu
memberikan motivasi kepada murid yang agak lemah ingatannya, bimbingan rakan sebaya
dengan murid yang lebih pintar juga amat membantu pelajar lemah tersebut. Penggunaan alatan
bantu belajar untuk menggalakkan pengggunaan memori atau keupayaan berfikir. Alatan
tersebut seperti kad imbasan, kad perkataan, lembaran kerja, poster, untuk mata pelajaran
matematik pula ( penggunaan jari, garis nombor dan grid pendaraban), audio, tayangan video dan
perisian komputer. Penggunaan alatan tersebut akan menarik minat murid untuk belajar dan

seterusnya menggalakkan ingatan murid. Prinsip yang terakhir, guru perlu menggunakan strategi
yang menyokong pembangunan memori murid. Contohnya murid yang lemah boleh meminta
bimbingan rakan yang lebih pandai, perbincangan dalam kumpulan kecil juga digalakkan Murid
yang lemah juga dibekalkan dengan borang senarai semak mengenai tugasan mereka, bagi
mengelakkan mereka lupa. Dalam masa yang sama guru boleh menyelitkan aktiviti yang
menggalakkan penggunaan memori jangka panjang sedikit demi sedikit. Penggunaan peta minda
dan sebagainya juga diperkenalkan kepada murid untuk membantu menggalakkan ingatan
mereka.
Langkah untuk membantu murid lemah ingatan
1. Organisasi- Bagi membantu murid tersebut, guru perlu menyediakan semuanya dari awal
hingga akhir. Guru perlu menyelaras semua aktiviti murid berkenaan. Antara bahan yang
disediakan oleh guru untuk membantu murid berkenaan ialah menyediakan jadual harian, senarai
semak untuk setiap aktiviti, fail yang mempunyai pembahagi bagi setiap aktiviti, beg sekolah
yang mempunyai pembahagi dan menyediakan bantuan jika murid tersebut memerlukan bantuan.
2. Perhatian- Guru perlu memberikan perhatian yang lebih kepada murid berkenaan. Guru dan
murid- murid yang lain perlu memahami dan prihatin keadaan murid berkenaan. Lemah, lambat
membuat kerja dan kadang- kadang boleh mengganggu murid- murid yang lain.Di dalam kelas
guru memainkan peranan penting untuk membantu murid yang lemah. Arahan hendaklah pendek
5


ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

dan jelas, memberikan masa berfikir dan membuat kerja yang lebih berbanding dengan murid
yang lain. Murid yang lemah diletakkan di kerusi hadapan agar senang berkomunikasi dengan
guru dan semasa memberikan panduan melakukan kerja, guru hendaklah selalu mengulang kata
kuncinya.
3. Penulisan- Semasa aktiviti menulis, guru cuba mengelakkan murid lemah tersebut menyalin
terutamanya dari papan tulis. Penggunaan peta minda dan sebagainya digunakan dengan meluas
bagi menggalakkan ingatan lebih kukuh.
4. Ejaan- Penggunaan kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran amat dititiberatkan.
Imlak merupakan aktiviti yang sesuai dijadikan amalan dan dijadikan ujian mengeja. Murid
menulis setiap perkataan yang disebutkan, seterusnya murid akan membaca ayat yang telah
mereka tulis. Pembetulan akan dilakukan, jika murid tersalah eja dan sebagainya. Penggunaan
fonem juga digalakkan bagi memudahkan murid mengenal huruf.
Kesimpulannya, murid yang lemah ingatannya boleh dibantu dengan strategi yang sesuai dan
kerjasama semua pihak. Kegagalan menangani masalah ini dari awal akan menyebabkan keadaan
murid lemah ingatan menjadi parah dan sukar ditangani.

6


ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

PART B: Read the article “ The Origin Of Cognitive Thought” by B.F. Skinner and answer
the following Four questions:
a . How does Skinner define ‘attitude’ [ 1.5 muka surat = 5 % ]

7

ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

BF Skinner merupakan ahli psikologi terkenal di Amerika dalam abad ke 20. Pemikian beliau
dipengaruhi oleh penyelidikan- penyelidikan yang telah dijalankan oleh Pavlov, Watson,
Thorndike dan beberapa ahli psikologi lain. Beliau telah meluaskan kajian pelaziman dan
memperkenalkan istilah ‘operan’ dalam bidang psikologi yang membawa maksud ‘bertindak ke
atas’. Beliau telah menjalankan beberapa eksperimen dengan binatang seperti tikus dan burung
merpati dan telah membuat satu generalisasi mengenai tingkah laku manusia yang menjadi asas
kepada teori pelaziman operan beliau.

Skinner berpendapat bahawa perubahan pada perlakuan atau sikap individu adalah hasil
daripada tindak balas kepada rangsangan- rangsangan daripada tindakbalas daripada
persekitarannya. Teori ini juga merujuk kepada sesuatu organisma yang beroperasi dalam
persekitarannya dengan pilihan untuk bertindak balas kepada rangsangan ini kerana organism
akan melakukan tindakan tersebut dan jika gerak balasnya membawa kesakitan, organisma tidak
akan melakukannya. Skinner juga memerhatikan bahawa sesuatu tingkah laku itu muncul
daripada apa yang berlaku selepas bertindak balas kepada sesuatu rangsangan iaitu sama ada
ganjaran atau denda yang didapati untuk tindak balas tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa
sesuatu gerak balas boleh diperkukuhkan akan atau dihapuskan dengan peneguhan positif atau
negatife. Peneguhan positif merupakan rangsangan yang diberikan oleh guru yang menyebabkan
murid untuk mengulangi atau mengurangi sesuatu tingkah laku. Sebagai contoh, apabila guru
memuji seseorang murid itu maka murid tersebut akan mengulanginya. Di samping itu, beliau
juga mengutamakan prinsip- prinsip Premack iaitu denda dan penghapusan. Prinsip ini merujuk
kepada pemberian aktiviti yang kurang diminati oleh murid- murid untuk mengukuhkan tingkah
laku yang diingini atau positif.
Menurut Skinner, sebarang aktiviti yang membawa ganjaran yang tinggi digunakan untuk
mengukuhkan aktiviti- aktiviti yang membawa ganjaran yang lebih rendah. Sebagai contoh, guru
menyediakan aktiviti kuiz yang menyeronokkan dengan syarat murid telah menyiapkan kerja
rumahnya. Peneguhan negative pula merujuk kepada rangsangan yang digunakan guru untuk
mengelakkan pengulangan sesuatu tingkah laku di kalangan murid yang terdiri daripada
penghapusan atau dendaan. Denda merupakan satu proses untuk melemahkan sesuatu tingkah
8

ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

laku yang tidak diingini. Denda boleh dilaksanakan dengan dua cara iatu dengan memberikan
rangsangan yang menyakitkan seperti merotan atau menarik balik sesuatu yang digemari oleh
murid. Sesuatu tingkah laku yang tidak diberi peneguhan positif lama- kelamaan hapus dengan
sendirinya. Tingkah laku yang diperkukuhkan oleh guru secara positif akan diulang dan
pengukuhan secara bersela lebih berkesan daripada yang diberi secara tetap. Ganjaran pula harus
diberikan sedikit demi sedikit oleh guru agar gerak balas dan tingkah laku yang dikehendaki
boleh diperkukuhakan dan proses ini dinamakan sebagai ‘shaping’ iaitu pembentukan tingkah
laku secara beransur- ansur terhadap tingkah laku yang diingini. Seterusnya kaedah kontrak
yang juga merupakan salah satu cara berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif
kepada positif. Perjanjian kontrak ini dapat dibuat sama ada secara lisan atau menandatangani
kontrak. Menandatangani kontrak secara formal, misalnya Pengetua, akan menyebabkan
seseorang murid memandang berat terhadap tindakan yang dijanjikan jika untuk mengulangi
sesuatu tingkah laku negatif seperti ponteng sekolah atau masalah disiplin lain lagi.
Kesimpulannya, sesuatu peneguhan atau pengukuhan yang secara terus menerus akan
menghasilkan keputusan yang baik. Penerusan itu bermaksud sesuatu tingkah laku yang
dikehendaki diberikan pengukuhan pada setiap masa akan menghasilkan tingkah laku yang
dikehendaki. Pada masa kini, teori Skinner memainkan peranan penting dalam pendekatan
pengajaran dan pembelajaran kerana masih relevan dengan situasi dan matlamat pendidikan
khususnya Falsafah Pendidikan Negara kita.
b . What did Skinner mean withg the statement ‘learning is not doing,it is changing what
we do’ [ 1.5 muka surat = 5 markah ]
Para penyelidik sains telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami tingkah laku seorang
manusia, cara memperoleh ilmu dan menentukan mengapa seseorang individu itu berkelakuan
dalam sesautu cara tertentu dan terdapat pelbagai pembelajaran yang dipelopori oleh ahli-ahli
psikologi yang lain. Teori-teori pembelajaran merujuk kepada huraian prinsip-prinsip dan
hukum-hukum yang terjalin dan saling bergantung dalam penguasaan ilmu dan sesuatu
maklumat. Ia bertujuan untuk mengkelaskan pelbagai pemerhatian yang dibuat dalam
9

ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

pembelajaran serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Terdapat lima kategori ataupun jenisjenis teori pembelajaran utama iaitu teori behavioris, sosial, humanistik dan juga konstruktivis.
Artikel " Asal-usul Kognitif Pemikiran " merupakan cetusan idea BF Skinner berkaitan
teorinya teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Menurut pernyataan beliau pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku yang
mempunyai hubungan dengan rangsangan untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang
dikehendaki. Secara umumnya, menurut beliau bahawa pengajaran dan pembelajaran akan
mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau sebaliknya. Ia juga
menjelaskan bahawa tingkah laku boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Proses pembelajaran
ini dilalui oleh setiap insan sejak dilahirkan, sehingga sukar membezakan dan memisahkan
antara pembelajaran dan tumbesaran, kerana kedua- duanya saling berkaitan. Pernyataan
tersebut juga menjelaskan bahawa pemikiran tidak boleh dilihat namun perubahan boleh dilihat
melalui perubahan perlakuan individu. Dari perubahan tingkah laku dapat disimpulkan tentang
apa yang sedang difikirkan oleh seseorang individu walaupun kadang- kadang tiada penjelasan
yang kukuh.
Perkataan operan yang dicipta oleh Skinner membawa maksud bertindak ke atas.
Pelaziman operan ialah apabila organism menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisma itu
bertindak balas terhadap rangsanagan. Skinner telah membuktikannya melalui beberapa
eksperimen menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Dalam eksperimennya,
beliau telah meletakkan seekor tikus yang lapar ke dalam kotak. Kotak tersebut dilengkapi
dengan alat pada dindingnya. Apabila alat itu ditekan, biji- biji makanan akan keluar. Secara
tidak sengaja tikus tersebut telah terpijak alat penekan tersebut dan makanan terkeluar. Proses
yang sama diulangi beberapa kali sehingga tikus mendapati bahawa jika alat penekan dipijak,
makanan akan diperolehi. Ini menunjukkan tikus itu belajar cara untuk mendapatkan makanan di
dalam kotak. Seterusnya Skinner memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan dan
makanan tidak keluar walaupun alat penekan dipijak. Ini menyebabkan tikus berhenti dari
menekan alat tersebut. Dalam eksperimen tersebut, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner
juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat positif dan negative.
10

ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

Kesimpulannya, dalam teori pelaziman operan, gerak balas boleh diulangi atau
dihapuskan jika diberi peneguhan selepas gerak balas ditunjukkan. Teori ini amat sesuai dan
banyak digunakan di seluruh dunia, walaupun kadang- kadang tiada penjelasan yang kukuh
berkaitan sesuatu perubahan tingkah laku. Skinner hanya melihat perubahan tingkah laku hasil
daripada rangsangan dan peneguhan yang diberikan.

C. How does Skinner explain ‘thinking’?
Melalui artikel tersebut BF Skinner telah menjelaskan mengenai pemikiran. Proses berfikir
digunakan untuk belajar dan proses berfikir tersebut tidak dapat dilihat dan diukur. Ia merupakan
proses kognitif yang kompleks. Kita biasanya menyatakan sesuatu itu wujud jika kita dapat
melihatnya. Namun bagi pemikiran kita tidak dapat melihatnya, tetapi kita dapat membuat
pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku ini kita dapat membuat kesimpulan
tentang apa yang difikrkan oleh seseorang itu. Berfikir juga digunakan ketika mencari
penyelesaian sesuatu masalah, baik masalah yang kecil hingga masalah yang besar.
Berfikir juga biasanya dikaitkan dengan tingkah laku yang lemah. Seseorang yang yang
tidak yakin dengan kebolehannya dan pengetahuannya akan sentiasa menggunakan perkataaan
atau ayat yang menunjukkan tiada keyakinan diri walaupun kadang- kadang dia tahu perkara
sebenar atau jawapan yang betul. Menurut Skinner lagi, pemikiran diperlukan untuk
membolehkan orang lain menerima pendapat atau melihat sesuatu berdasarkan sudut pandangan
kita. Selain itu, pemikiran juga diperlukan untuk memikirkan sesuatu yang kita tidak boleh
lakukan sekarang. Oleh itu, pemikiran atau berfikir amat memainkan peranan penting dalam
kehidupan setiap insan yang seterusnya akan mencorakkan tingkah lakunya.
Kemahiran dan proses berfikir amat kompleks dan banyak jenis serta peringkat.
Kemahiran berfikir diperlukan untuk membolehkan seseorang membuat tingkah laku yang lain
sesuai dengan situasi dan kehendak masyarakat. Contoh dalam penyelesaian masalah, sesuatu
masalah tidak memberikan tindak balas yang berkesan. Oleh itu, kita mencari penyelesaian
11

ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

dengan mengubah keadaan hingga menimbulkan tindak balas yang sesuai bagi mengatasi sesuatu
masalah. Contohnya seorang yang mahu menelefon rakannya, sedangkan dia tidak ingat nombor
telefon rakannya. Penyelesaiannya ialah melihat nombor telefonnya di telefon bimbit atau
menelefon kawan lain untuk meminta nombor telefonnya. Corak berfikir juga akan menentukan
tindak tanduk seseorang terhadap sesuatu masalah atau rangsangan.
Skinner juga menekankan pemikiran seseorang berbeza antara satu dengan yang lain
akan menghasilkan tingkah laku yang berbeza. Minda memerlukan rangsangan untuk
menggalakan proses berfikir seterusnya menghasilkan perubahan tingkah laku. Rangsangan
tersebut kadang- kadang amat sukar dikesan hingga mendedahkan perkara lain. Kemahiran
berfikir juga merupakan alat untuk meneroka perkara- perkara baru. Pemikiran yang berbezabeza juga berupaya menghasilkan tindak balas kuat jika bersama- sama menumpukan perhatian.
Pemikiran juga berupaya mengasingkan rangsangan bagi menghasilkan tindak balas.
Pengasingan ini penting bagi individu untuk membolehkan menghadapi sebarang situasai.
Rangsangan yang pelbagai perlu dikenal pasti bagi membolehkan minda menyimpan
maklumatnya dan seterusnya memudahkan individu menghadapi rangsangan tersebut.
Kesimpulannya, kenyataan BF Skinner berkaitan pemikiran amat berkaitan dengan
teorinya iaitu Teori Pelaziman Operan Skinner. Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh
menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan, seperti memberi pujian,
penghargaan dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku yang operan berlaku. Pemikiran
merupakan satu aktiviti kognitif yang kompleks, tidak dapat dilihat dan diukur. Namun
memainkan peranan penting dalam mengubah tingkah laku manusia.

12

ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

PART C: Part C of the assignment provides an opportunity or you to demonstrate the
application of constructivism in the classroom. Your essay should consist of the following
sections:
A) Briefly describe the principles of constructivism and the scholars who proposed
constructivism.
PENGENALAN
Definisi pembelajaran konstruktivisme merujuk kepada idea bahawa pelajar membina
pengetahuan untuk diri mereka sendiri. Setiap pelajar secara individu ( dan sosial) membina
makna contoh seperti dia belajar membina makna bagi sesuatu pembelajaran. Konstruktivisme
juga berasaskan pandangann bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Ia
berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seorang individu. Dalam erti kata yang lain,
apa yang dilalui dalammkehidupan seorang individu merupakan himpunan kesemua pengalaman
yang dialami oleh manusia. Seseorang individu akan membina atau konstruk ilmu pengetahuan
dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya daripada orang lain semasa proses ini.
Murid- murid akan membina makna bagi setiap fenomena di sekelilingnya
melalui refleksi. Mereka akan menjana peraturan dan panduan mental sendiri agar memahami
dunia sekeliling seperti dalam rumah, sekolah dan komuniti hidup seharian. Dengan itu,
pembelajaranmereka dipengaruhi oleh cara sesuatu topik dipersembahkan oleh guru- guru dan
kualiti pengalaman yang ada pada murid- murid.
Prinsip-Prinsip Asas Teori Konstruktivisme
13

ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

Terdapat beberapa prinsip asas dalam Teori Konstruktivisme. Berikut adalah penerangan secara
ringkas tentang setiap prinsip tersebut. Setiap prinsip yang terlibat akan dibincangkan tentang
aplikasinya dalam proses pendidikan dengan selanjutnya dalam bahagian kesan-kesannya
terhadap pembelajaran para pelajar nanti.
1.Pengetahuan dibina oleh pelajar
Pelajar bukan merupakan ‘tin kosong’ untuk diisi, tetapi merupakan individu aktif yang perlu
berusaha mencari pengertian kepada perkara-perkara yang ditemuinya. Para pelajar mestilah
‘construct’ iaitu membina pengetahuan. Dengan ini, para pelajar perlu menggunakan daya
pemikiran mereka sendiri, dan bukannya bergantung semata-mata pada maklumat yang dimiliki
oleh guru. Oleh itu, guru-guru tidak sekadar memberi maklumat dan ilmu yang terkandung
dalam sukatan pelajaran begitu sahaja, tetapi menggalakkan pelbagai jenis aktiviti dilakukan oleh
pelajar di mana setiap aktiviti merupakan suatu proses ke arah membina pengetahuan tertentu
2.Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas
Setiap pelajar membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuannya yang sedia ada serta
menggunakan idea mereka sendiri. Setiap pelajar mempunyai pandangan dan satu set idea
sendiri tentang subjek yang dipelajari. Idea-idea ini tidak harus ditolak begitu sahaja, malah perlu
digalakkan oleh guru dengan adanya bimbingan guru. Pengetahuan asas yang sudah ada perlu
diaplikasikan oleh para pelajar untuk mewujudkan hubungkait antara subjek-subjek tertentu,
seterusnya membentuk suatu pengetahuan dan kefahaman yang baru terhadap subjek tersebut.
3. Proses pembinaan pengetahuan melibatkan aspek sosial
Pelajar perlu berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat sesama sendiri dan juga dengan
para pendidik tentang subjek yang sedang dipelajari, iaitu pembelajaran secara berkumpulan
dititik beratkan. Ahli psikologi seperti Jean Piaget berpandangan bahawa pembelajaran
merupakan proses yang dinamik dan sosial, iaitu idea-idea berbeza yang difikirkan oleh
individu-individu yang berlainan perlu dikumpulkan dan dibandingkan supaya dapat membina
pengetahuan yang kukuh asasnya. Para pelajar tidak digalakkan untuk belajar bersendirian
semasa dalam kelas.
14

ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

4. Guru sebagai fasilitator
Gurubertanggungjawab untuk memberi para pelajar penunjuk dan garis panduan yang sesuai.
Guru tidak memberi jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan; malah, guru hanya
berperanan untuk bertanyakan soalan-soalan yang dapat memberangsang pemikiran para pelajar.
PENDOKONG –PENDOKONG TEORI KONSTRUKTIVISME
Idea asal konstruktivisme adalah berasal daripada teori Perkembangan Kognitif Piaget dan teori
Zon Perkembangan Prokimal yang diperkenalkan oleh Vygotsky (1896-1934). Konstruktivisme
adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.
Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya
menerima pengetahuan daripada orang lain. Individu mencipta ilmu pengetahuan secara peribadi
dan di aplikasikan kepada situasi yang baru.
Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan
mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud
(Briner, M. 1999).
Teori konstruktivisme menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan
mensintesis pengalaman baru kepada apa yang difahami oleh mereka sebelum ini. Mereka
membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila
mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka
mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan
yang telah dibentuk oleh mereka atau mereka akan menyesuaikan peraturan itu agar mereka
dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik (Brooks dan Brooks, 1993).
Dalam teori konstruktivisme, penekanan yang diberikan kepada murid lebih daripada
guru. Hal ini demikian kerana muridlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan
memperolehi kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri
15

ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah tersebut. Autonomi dan inisiatif murid
hendaklah diterima dan digalakkan oleh guru sebagai fasilitator.
Pembelajaran secara konstruktivisme lahir daripada pandangan mengenai cara manusia
belajar.Teori konstruktivisme mengatakan bahawa murid membina makna mengenai dunia
dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa yang mereka telah fahami sebelumnya.
Mereka membentuk peraturan me1alui refleksi mengenai interaksi mereka dengan objek dan
idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bernakna kepada
mereka: mereka akan sama ada:
1) Menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya sesuai dengan pengetahuan sedia ada murid
atau
2) Akan menyesuaikan dengan peraturan mereka sendiri untuk menerangkan maklumat baru
tersebut dengan lebih baik
Menurut Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa ilmu pengetahuan dibina secara
aktif oleh individu yangberfikir. Individu ini tidak pula menyerap secara pasif sebarang ilmu
pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Seorang murid akan menyesuaikan sebarang
maklumat baru yang diperolehinya dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk
pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.
Melalui prinsip konstruktivisme, ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh setiap individu
berasaskan pengalaman yang dilaluinya. Pembinaan ilmu pengetahuan seseorang individu adalah
hasil daripada proses modifikasi penyesuaian, penyusunan dan pengorganisasian struktur
pengalamannya yang lalu. Sehubungan dengan itu, pembelajaran secara konstruktivisme akan
menjadikan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan-murid sementara guru hanya berperanan
sebagai fasilitator yang membimbing murid membina ilmu pengetahuan ataupun
menyelesaikankan masalah yang dihadapi. Guru juga sebagai pereka bentuk bahan
pengajaran yang menyediakan peluang kepada mood untuk membina ilmu pengetahuan
baru.

16

ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

Ausubel (1963) berpendapat faktor yang paling penting dalam proses penerimaan
maklumat barn adalah pengetahuan yang sedia wujud pada seseorang individu. Pengetahuan
sedia wujud ini menjadi asas pemprosesan maklumat dalam pemikiran murid; dan
idea baru yang dipelajari akan disimpan secara berhubungan (berkaitan) dengan konsep
yang sedia wujud. Oleh itu, idea menghubung kait antara ilmu pengetahuan lama dan
bahan sewaktu proses pengkonsepan perlu diketengahkan.
Melalui konstruktivisme, guru akan mengenal pasti tahap pengetahuan murid dan
dapat merancang kaedah pengajarannya berdasarkan tahap/sifat ciri pengetahuan tersebut. Ilmu
pengetahuan yang dimilki murid adalah hasilan daripada aktiviti yang
dilakukan oleh mood tersebut dan bukannya pengajaran yang diterima secara pasif.
Menurut Piaget (1970) semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui
struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data
dan maklumat ini sesuai dengan skema yang ada; dan murid pula akan menyerap maklumat
tersebut ke dalam skema ini, lni bermakna, proses asimilasi berla.ku terhadap maklumat
barn yang diterima. Sekiranya maklumat barn tersebut tidak dapat diserasikan
dengan struktur mental sedia wujud maka proses akomodasi pula berlaku - satu kerangka skema
baru akan dibina oleh murid.
Teori pemprosesan maklumat telah dikembangkan oleh pakar-pakar pendidikan seperti
Gagne (1965) dengan learning of concept; Taba (1966) dengan inductive thinking;
Bruner, Goodnow, dan Austin (1967) dengan concept attainment. Mereka menyarankan
maklumat yang diterima akan mula masuk melalui perekod-sensori untuk seketika; dan
kemudian berpindah ke ingatan jangka pendek. Maklumat baru dalam ingatan ini mungkin
mengganggu atau menutup ingatan lama. Maka inilah yang dikatakan wujud hubungan antara
pengetahuan lama dan baru.
Menurut Briner (2005) murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea
dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya
17

ELC 612 Learning and Cognition
SHARIFAH JUNAIDAH BINTI SH MALIK E60101140117

kepada situasi barn yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Oleh yang demikian, pembelajaran secara-kontruktivisme berupaya membantu mood
membina ilmu pengetahuan mereka sendiri. lni bermakna, sesuatu ilmu pengetahuan
yang dimiliki seseorang individu adalah hasilan daripada aktiviti yang dilakukan oleh
individu tersebut; dan bukannya sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara
pasif dari luar kerana ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan dari pemikiran
seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap individu
membentuk ilmu pengetahuannya sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara
terpilih.

18

Manakala menurut pendukung awal Teori Konstruktivisme Jerome Bruner menyatakan
bahawa Teori Konstruktivisme adalah hasil gabungan antara penyatuan pengalaman baru dengan
pengalaman sedia ada murid. Ini bermakna setiap individu akan membentuk satu bentuk
pengetahuan baru hasil hasil input baru dengan pengalaman murid.
Tokoh lain iaitu John Dewey menegaskan bahawa pendidikan progesif adalah
pembelajaran melalui pengalaman. Dalam teori beliau, pembelajaran terhasil daripada refleksi
mengenai pengalaman seseorang, semasa berusaha membuat sesuatu. Seseorang boleh terus
menghidu bau, rasa, dan sebagainya, dan mempunyai reaksi mendalam (contohnya bahaya)
tetapi kita juga berhadapan dengan situasi yang mencabar, hairan, atau keliru. Melalui pertemuan
individu dengan dunia dan refleksi kepada pengalaman ini, pemahaman terkini individu di dunia
ini berubah supaya perkara baru itu menjadi lebih jelas. Pemahaman kita menjadi lebih luas dan
lebih tersusun, membantu kita untuk mendapatkan makna yang lebih kukuh. Dewey percaya
bahawa manusia mempunyai aliran intelektual yang berkembang apabila dicabar oleh masalah
atau dilemma. Peranan pendidikan bukanlah untuk memenuhi sepenuhnya kecenderungan pelajar
dan tidak cuba untuk memaksa kanak- kanak mengikuti kurikulum tersedia yang tidak
mengambil kira mengenai pelajar. Dewey melihat minda kanak- kanak sebagai fleksibel, luas
dan tidak terbentuk. Persekitaran pembelajaran mewah yang dicadangkan oleh Dewey harus
menyediakan masa, perbualan dan alat yang mencukupi. Pelajar dicabar melalui pertanyaan,
perbincangan, cadangan dan galakan daripada ibu bapa, guru dan rakan- rakan. Alat seperti
mikroskop dan teknik penyelidikan yang digunakan oleh saintis, atau instrumen muzik dan
notasi yang digunakan komposer dan pemuzik boleh menggalakkan pertanyaan dan penyiasatan
pelajar.
Penggunaan teknologi untuk membina dan menghasilkan idea- idea baru merupakan idea
dari tokoh bernama Seymour Papert. Pengajaran berasaskan computer untuk kanak- kanak telah
membawa kepada penggunaan meluas computer dan teknologi maklumat dalam persekitaran
kontruktivis.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, teori pembelajaran konstruktivisme dan kesediaan belajar yang menjadi
salah satu faktor pembelajaran telahpun disoroti. Teori konstruktivis amat menekankan
pembelajaran aktif dan dinamik. Murid- murid sendiri akan berusaha untuk belajar berdasarkan
refleksi pengetahuan sedia ada dengan persekitaran baharu pembelajaran. Guru perlu menyedia,
merancang dan melaksanakan pengajaran yang boleh membina pengetahuan murid- murid
dengan pelbagai alat bantu mengajar untuk merangsang murid- murid.
Manakala, kesediaan belajar pula meliputi banyak aspek dari segi latar belakang muridmurid itu sendiri dan kelebihan faktor luaran mereka. Pendidikan yang berjaya mengatasi
kesediaan belajar haruslah mempunyai cirri- cirri komprehensif dan fleksibel supaya dapat
membina keyakinan murid- murid dalam proses pembelajaran.
B. Give specific examples illustrating how these principles are used in the classroom ( You
have to determine how many examples).
PENGENALAN
Amalan pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah amat penting dalam merealisasikan
matlamat kurikulum. Kaedah–kaedah alternatif yang selari dan bersesuaian dengan kehendak
kurikulum perlu diketahui dan difahami oleh pengamal- pengamal kurikulum. Pemilihan strategi
pengajaran yang sesuai untuk sesuatu pelajaran amat dipengaruhi oleh kepercayaannya yang
benar tentang sesuatu pelajaran itu. Oleh itu amat penting bagi seseirang guru mengubahsuai
kaedah dan cara pengajaran untuk menarik minat dan memberikan ruang untuk murid bersedia
untuk menikmati apa yang dikatakan dengan pembelajaran.
Prinsip yang pertama, pembelajaran adalah satu proses yang aktif di mana pelajar
menggunakan input deria dan membina makna daripadanya. Rumusan yang lebih tradisional idea
ini melibatkan istilah pelajar yang aktif (istilah Dewey) menekankan bahawa pelajar perlu
melakukan sesuatu; di mana pembelajaran bukanlah penerimaan pasif pengetahuan, ilmu
pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman
sebenar. Namun pada masa kini kita sering diperdengarkan dengan amalan chalk and talk dalam

kelas, murid diibarakan sebagai tin kosong yang perlu diisi sehingga penuh oleh guru, murid
pasif dalam kelas dan pelbagai lagi andaian pasa masa dahulu yang mana tidak sesuai lagi
dengan keadaan dan situasi masa kini. Guru-guru perlu menukarkan paradigma mereka kepada
pengajaran berpusatkan murid dan berpusatkan bahan. Murid-murid disediakan dengan aktivtiaktiviti pembelajaran yang boleh memperkembangkan daya intelek mereka disamping
menggalakkan ber-fikir secara kritis dan kreatif. Guru-guru perlu menyediakan alat bantu
mengajar yang sesuai dengan pelajaran yang diajar supaya suasana pembelajaran yang menarik,
bermakna dan seronok dapat dihasilkan.
Kedua, manusia belajar cara belajar kerana mereka belajar, dimana pembelajaran terdiri
membina makna dan membina sistem makna. Sebagai contoh, jika kita belajar mengenalpasti
sela masa dalam jadual waktu dalam mata pelajaran matematik, kita akan belajar makna jadual
dalam masa yang sama. Setiap makna kita membina membuatkan kita lebih berupaya untuk
memberi makna bagi sensasi lain yang boleh dimuatkan dalam corak yang sama. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran sains, pembelajaran bermakna dan menarik melibatkan
pemahaman idea-idea saintifik seperti menggambarkan, meramal dan menerangkan, digunakan
untuk menyampaikan hajat dan tujuan murid-murid dalam pembelajaran. Oleh itu, guru-guru
perlu menyediakan aktiviti-aktiviti bilik darjah yang dapat menggalakkan murid-murid
menggunakan skema konseptual saintifik.Ahli pendidikan masa kini mempunyai keyakinan dan
mempercayai bahawa murid-murid yang datang ke suasana pembelajaran membawa bersama
segala pengalaman mereka terdahulu yang disusun ke dalam skemata atau teori-teori kecil
(Claxton, 1990). Pengalaman terdahulu ini dimiliki oleh murid-murid hasil dari interaksi mereka
dengan alam sekeliling. Pengalaman-pengalaman ini terdiri daripada campuran pemikiran,
perasaan dan kemahiran; selalunya mungkin menjadi penghalang kepada pengalaman
pembelajaran yang bakal mereka lalui.
Penstrukturan semula idea adalah satu peringkat yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar
untuk mengasingkan atau mengukuhkan pengalaman lalu dengan pengalaman sekarang.
Pengalaman lalu yang berbeza dengan fakta dan teori sebenar sains perlu ditinggalkan manakala
pengalaman lalu yang betul seperti fakta dan teori sebenar wajar dikukuhkan dengan pengalaman

baru murid. Ini kerana salah satu daripada matlamat utama pendidikan sains ialah untuk
membantu pelajar membina skemata baru yang bertenaga berhubung dengan dunia nyata.
Kepesatan perkembangan dunia teknologi bukan sahaja merubah budaya dan cara
penghidupan manusia malah ia juga turut memberi impak yang besar kepada dunia pendidikan.
Perkembangan dunia teknologi telah merubah sistem, kurikulum dan juga cara gaya pengajaran
guru dan pembelajaran murid. Di Malaysia tahun 80-an merupakan dekad reformasi pendidikan
yang menghasilkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah
Menengah (KBSM) yang merupakan lanjutan kepada KBSR.
Dalam Pendidikan Sains contohnya, murid-murid mesti menguasai dua kemahiran iaitu
kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran-kemahiran ini akan dapat
dikuasai oleh murid-murid melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran secara “hands-on” dan “mindson”. Pengalaman sedia ada murid di gunakan untuk murid-murid mempelajari dan memperolehi
pengetahuan dan kemahiran baru. Murid-murid tidak lagi dianggap sebagai bekas kosong yang
perlu diisi tetapi adalah individu-individu yang mempunyai kefahaman dan konsepnya sendiri
mengenai alam dan fenomena-fenomenanya.
Pembelajaran konstruktivisme dalam sains mendapat perhatian ramai pendidik sains
untuk membuat penyelidikan mengenai keberkesanannya kepada pembelajaran khususnya dalam
sains. Pembelajaran konstruktivisme dapat memenuhi kehendak dan hasrat Falsafah Pendidikan
Sekolah Rendah serta juga peranan yang harus dimainkan oleh seseorang guru sains.
Selain itu, peranan tindakan yang sangat penting dalam membina makna adalah
mental: ia berlaku dalam minda. Tindakan fizikal, pengalaman secarahands-on sangat diperlukan
untuk pembelajaran, terutamanya bagi kanak-kanak. Bagi mengukuhkan lagi pembelajaran, kita
juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan minda serta fizikal (Dewey menyebut
aktiviti ini sebagai reflektif).
Seterusnya, pembelajaran melibatkan bahasa, bahasa yang kita gunakan mempengaruhi
pembelajaran. Pada peringkat empirik, penyelidik telah mendapati bahawa individu bercakap

kepada diri mereka semasa belajar. Pada peringkat yang lebih umum, Vigotsky menegaskan
bahawa bahasa dan pembelajaran adalah berkait saling berkaitan. Perkara ini jelas ditekankan
dalam merujuk kepada keperluan untuk menghormati bahasa ibunda. Bahasa ibunda haruslah
sebagai bahasa pengantar utama bagi memudahkan proses pembelajaran. Kelemahan sistem
dalam pembelajaran kanak-kanak apabila murid menghadapi masalah dalam penggunaan bahasa.
Contohnya suatu masa dahulu kita ditawarkan dengan pengajaran Matematik dan Sains dalam
Bahasa Inggeris yang bukan kata pengantar dalam kehidupan seharian. Akibatnya murid
menghadapi kesukaran untuk memahami konsep dan praktik dalam subjek matematik dan sains.
Jadi seharusnya berdasarkan kepada prinsip Konstruktivisme bahasa ibunda murid syang
seharusnya menjadi bahasa di dalam bilik darjah untuk memudahkan bagi murid untuk
memahami konsep dan praktik pembelajaran.
Prinsip yang kelima pula menyatakan pembelajaran adalah aktiviti sosial, dimana
pembelajaran kita berkaitrapat hubungan kita dengan manusia yang lain, guru-guru, rakan-rakan,
keluarga serta kenalan kasual. Kita lebih cenderung untuk berjaya dalam usaha kami untuk
mendidik jika kita mengiktiraf prinsip ini dan bukannya cuba untuk mengelakkan
ia. Kebanyakan pendidikan tradisional, seperti yang ditegaskan Dewey, lebih terarah kepada
mengasingkan pelajar semua daripada interaksi sosial, dan ke arah melihat pendidikan sebagai
satu-satu hubungan antara pelajar dan bahan objektif yang perlu dipelajari. Sebaliknya,
pendidikan progresif (untuk terus menggunakan formulasi Dewey) mengiktiraf aspek sosial
pembelajaran dan menggunakan perbualan, interaksi dengan orang lain, dan aplikasi
pengetahuan sebagai aspek penting pembelajaran. . Objektif akan mudah dicapai jika murid
belajar dalam keadaan yang seronok, bermain, berinteraksi dengan individu lain. Murid akan
cepat faham dan persaingan di kalangan murid- murid akan menggalakkan pembelajaran. Prinsip
ini boleh dilihat dalam aktiviti berkumpulan. Subjek Bahasa Malaysia amat memerlukan aktiviti
sosial untuk mencanai minda murid bagi mendapatkan idea dalam penulisan kreatif.
Pembelajaran juga adalah kontekstual, bermaksud kita belajar dalam hubungan apa lagi
yang kita tahu, apa yang kita percaya, prasangka kita dan kebimbangan kita. Ia menjadi jelas
bahawa ini sebenarnya adalah akibat dari idea bahawa pembelajaran adalah aktif dan sosial. Kita
tidak boleh mengelakan suatu pembelajaran dari kehidupan harian. Dalam kehidupan seharian,

murid pasti akan menghadapi apa juga bentuk pembelajaran samada dalam bilik darjah ataupun
di luar sekolah. Hubungan antara murid dang guru, hubungan murid dengan murid atau pun
murid dengan ibu bapa banyak mempengaruhi proses pembelajaran. Maka dengan itu hubungan
yang erat antara semua elemen dalam kehidupan murid saling berkait rapat.
Selain itu, pengetahuan juga diperlukan untuk seseorang itu belajar. Adalah sesuatu yang
tidak mungkin untuk sesorang itu mengasimilasikan pengetahuan baru tanpa mempunyai
beberapa struktur yang dikembangkan dari pengetahuan sebelumnya untuk dibina. Lebih banyak
kita tahu, lebih banyak kita boleh belajar. Oleh itu, sebarang usaha untuk mengajar mesti
dihubungkan dengan keadaan pelajar, mesti diwujudkan laluan ke arah subjek bagi pelajar
berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Prinsip yang kelapan pula adalah mempelajari sesuatu perkara memerlukan masa,
pembelajaran bukanlah terbina secara serta-merta. Untuk pembelajaran yang signifikan, kita
perlu melewati semula idea, cuba untuk bermain dengan idea-idea bagi menyesuaikan dengan
pengajaran dan menggunakan idea-idea. Ini tidak boleh berlaku dalam 5-10 minit . Jika anda
memikirkan tentang apa yang anda telah belajar, anda akan menyedari bahawa ia adalah hasil
dari sesuatu pengulangan pendedahan dan pemikiran. Prinsip pembelajaran adalah bersifat
fleksibel dan memerlukan waktu. Ini bermaksud menurut prinsip yang di cadangkan oleh tokohtokoh Konstruktivisme suatu proses pembelajaran memerlukan waktu yang tidak sama bagi
setiap murid atau individu dan hasilnya juga berlainan bagi setiap murid.
Prinsip yang terakhir pula menegaskan bahawa motivasi adalah satu komponen penting
dalam pembelajaran. Bukan sahaja membantu pembelajaran, motivasi juga adalah penting untuk
pembelajaran. Idea motivasi ini diilhamkan untuk merangkumi pemahaman cara di mana
pengetahuan yang boleh digunakan. Melainkan kita tahu "sebab mengapa", kita tidak boleh
sangat terlibat dalam menggunakan pengetahuan yang boleh diterapkan dalam diri kita.
Walaupun dengan pengajaran paling teruk dan langsung.
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pembelajaran adalah suatu bentuk usaha untuk mencari makna.
Oleh itu pencarian makna harus bermula daripada asas atau perkara yang mudah kepada perkara
yang susah. Dimana murid perlu mencari menurut asas kepada konteks sesuatu perkara dengan
menumpukan kepada fokus utama yang dipelajari. Manakala kita sebagai guru pula berperanan
untuk menyediakan perkara dan situasi yang dapat merangsangkan pemikiran murid agar lebih
bersedia untuk menerima proses pembelajaran. Bahan- bahan rangsangan yang bermakna,
suasana pembelajaran yang bermakna dan sikap kita sebagai guru yang membina pemikiran
murid untuk belajar. Manakala bagi murid itu sendiri, murid perlu bersedia untuk menghadapi
sesi pengajaran dan pembelajaran agar dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan sempurna dan memahami konteks pembelajaran dengan lebih mudah terutamanya bagi
subjek seperti Sains, Matematik dan Bahasa.

c. Write one lesson plan teaching a topic or subtopic which illustrate the application of the
principles of constructivism in the classroom. [ you may use the following guidelines ]
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH MUTIARA
TAJUK: BERGEMBIRA DENGAN HURUF
Cadangan Masa

: 30 minit

Tunjang Utama

: Komunikasi - Bahasa Malaysia

Standard Pembelajaran Utama : BM 2.1.3 berbual menggunakan ayat yang mudah dengan

sebutan yang betul.
BM 3.1.3 menyebut huruf secara rawak
BM 4.2.4 Menulis huruf kecil dengan cara yang betul
Standard pembelajaran yang disepadukan : KTI 1.2.10 Menghasilkan karya yang
menggabungjalinkan pelbagai teknik
menggambar
Objektif Pengajaran

: Pada akhir pengajaran murid dapat :
1. menyebut dan mengenal bentuk huruf 'c'
2. mengaitkan bentuk huruf telinga dengan huruf 'c'
3. melakar huruf 'c' di udara.

Konsep Utama

: Bentuk dan huruf ' c '

Julah Murid

: 25 orang

Alatan dan bahan

: Model huruf 'c' - kertas pasir, carta gambar telinga, Kad
Imbasan

Langka

Telinga sebagai

Aktiviti pengajaran & pembelajaran
Guru
Murid
Guru bersoal jawab
Menjawab

h1

salah satu deria

dengan murid tentang

berdasarkan gambar

i: soal jawab

penting manusia

telinga dan fungsinya

telinga yang

untuk

contoh soalan:

ditunjukkan guru

merangsang

Fasa

Isi Kandungan

Nota
Teknik/Strateg

murid
apakah deria yang
terletak di bahagian

Bahan yang

kepala selain mata dan

diguna:

mulut?

Gambar
telinga.

Apakah fungsi telinga
mendengar?

Langka

Bentuk telinga sama

guru menunjukkan kad

Semua murid

Teknik/strateg

h2

dengan bentuk huruf

huruf c.

merasa telinga

i:Hands on-

masing-masing

merasa sendiri

c

c

untuk memastikan
bentuk huruf c sama

Bahan: Kad

dengan bentuk

Imbasan

telinga.
Bahan: benda

contoh soalan:

maujud

siapa tahu apa benda

( telinga )

yang sama dengan
bentuk huruf c
Guru menunjukkan
gambar telinga pula.

Guru mengaitkan
bentuk huruf c dengan
bentuk telinga.

Langka
h

Mengaitkan antara

Guru mengaitkan huruf murid

Teknik/strateg

huruf c dengan

c dengan bentuk di

menggunakan

i:

bentuk di

persekitaran seperti

iimaginasi untuk

pengetahuan

persekitaran

bulan sabit

mengingat semula

sedia ada

bentuk tangkai cawan

apa bentuk yang

murid

3

mungkin serupa
dengan huruf c

Langka
h4

Memperkenalkan

Guru memberikan

semua murid

Teknik/strateg

huruf c kepada

setiap murid model

mendapat huruf dan

i:

murid

huruf c

merasai dengan jari

Hands on.

setiap bentuk pada
huruf c.
Murid meniru
Guru menunjukkan

perbuatan guru.

cara menulis huruf c
dengan betul
Murid mengikut
Guru menunjukkan

perbuatan guru

Teknik/strateg

murid menulis huruf

sambil merasai

i:

pada awan, lantai

sendiri pengalaman

Meneroka

semen,belakang

menulis huruf pada

alam

kawan,atas pasir, atas

pelbagai

sekeliling

Menghasilkan kolaj

meja dan atas udara.
Guru menunjukkan

permukaan.
Murid meniru

Bahan:

huruf c

cara untuk

aktiviti dengan

Lembaran.

menghasilkan kolaj

melekatkan tisu

huruf c daripada tisu.

pada lembaran

c

Langka
h5

huruf c

menguatkan lagi

Guru melakarkan

Murid ikut serta

pengalaman murid

bentuk huruf c di udara

melakarkan bentuk

mengenal huruf c

sambil menyanyikan

huruf c sambil

lagi Pak Mamat Ada

menyanyikan lagu

Kebun.

Pak Mamat Ada

PAK MAMAT
ADA KEBUN
Pak Mamat ada
kebun
Penutup C C C C C
Di kebunnya ada
huruf
CCCCC
C kecil, C besar
C di sini, C di sana
Dalam kebun
banyak huruf C C C
CC

Kebun.

REFLEKSI:
Refleksi Guru:
Refleksi Murid:
Impak/Penilaian: