PENDAHULUAN MATLAMAT OBJEKTIF kertaskerjasambutankemerdekaanperingkatsekolah

1.0 PENDAHULUAN

Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Kajian Tempatan serta Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Seri Relau PSSKSR dengan kerjasama Panitia Dunia Sejarah, Pendidikan Muzik, Panitia Pendidikan Moral dan Panitia Pendidikan Seni Visual akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim Sekolah Kebangsaan Seri Relau bagi tahun 2014. Justeru, pihak Panitia dan PSS akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 bertemakan ‘sehatisejiwa’. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 serta Pra Sekolah dan Pendidikan Khas. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Relau.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru- guru Sekolah Kebangsaan Seri Relau serta meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjuran dalam peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SK Seri Relau secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Seri Relau di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat 1 MALAYSIA ii. Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara. iii. Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara. iv. Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran. v. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin. vi. Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini. vii. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini. viii. Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih atas jasa-jasa mereka. ix. Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan kemerdekaan. x. Mencungkil bakat pelajar. xi. Menguji pengetahuan am para pelajar xii. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara pelajar. xiii. Mengetahui dan menilai kepekaan para pelajar terhadap perkembangan isu semasa. xiv. Membantu para pelajar meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan audien. xv. Menyemai semangat kecintaan terhadap warisan zaman berzaman masyarakat tradisional daripada luput ditelan zaman.

4.0 PENGANJURAN