Kawalan Peralatan elektrik Berasaskan Mikro Pengawal Menggunakan Isyarat DTMF.

IV

Abstrak.

Teknologi terkini dalam sistem kawalan banyak menjurus kepada sistem kawalan
secara berpusat ataupun secara jarak jauh. Penggunaan telefon sebagai salah satu
perhubungan pengguna dan industri boleh memajukan aplikasi kegunaan telefon bagi
kesenangan pengguna. Kaedah-kaedah ini memudahkan pengguna dalam mengawal
peralatan elektrik yang semakin banyak digunakan di dalam sesebuah rumah. Projek ini
berminat untuk mengaplikasikan satu sistem yang dapat mengawal peralatan elektrik di
rumah secara jarak jauh. Dalam ertikata lain pengguna dapat menguruskan peralatan
elektrik di rumah tanpa perlu hadir di dalam rumah tersebut.

Matlamat utama projek ini ialah untuk menghasilkan satu rekabentuk sistem
kawalan yang berasaskan mikro pengawal. Talian telefon digunakan bagi membolehkan
sistem ini dapat dikawal secara jarak jauh. Pembangunan projek ini terbahagi kepada 3
fasa pembangunan. Fasa pertama ialah dengan membangunkan litar pengantaramuka

'Dual Tone Multi Frequency' (DTMF). Litar ini mengandungi pengesan deringan dan
penyahkod isyarat DTMF. Fasa kedua pula ialah berkaitan dengan fungsi kawalan utama
sistem menggunakan mikro pengawal "Peripheral lntelface Controller" PIC 16F877.

Fasa ketiga mengandungi litar geganti/penyentuh untuk proses kawalan menghidup atau

mematikan peralatan elektrik seperti lampu, kipas dan sebagainya. Di akhir projek ini
satu model rekabentuk sistem akan dihasilkan bagi mengawal sebuah mentol dan kipas
yang menggunakan sebuah motor DC.

© Universiti Teknikal Malaysia Melaka