Sosialisasi Tatacara dan Bimbingan Sholat Gerhana Bagi Jamaah Masjid se Dusun Biru Trihanggo, Kec. Gamping Sleman

TATACARA SHOLAT GERHANA
Juhari Sasmito Ajie, Drs. H. M.Si

1)

2)

„Gerhana Matahari‟ disebut „Kusuf‟ (ِ‫ف‬
) di dalam bahasa Arab yang bermaksud
terlindung atau hilangnya cahaya matahari, sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau
keseluruhannya.
Gerhana bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah
berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi SAW yang dikenali sebagai
„sebaik-baik kurun‟.
Gerhana berlaku bukanlah kerana kemurkaan Allah SWT, tetapi merupakan petanda
kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada
manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya kerana
fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains.
.
Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:


ِ
ِ ‫ِ(إ‬:ِ
ِ ‫ِهِص ِهِع ي‬
ِ ‫ِق‬: ‫ع ِ ِ ع ِ ا ص ق‬
ِ. ّ ِ ِ ‫ِأح‬
ِ
‫ِ ّ ِِاِِي‬. ‫ِي فِ ِع‬.‫ق ِآي ِ ِآي ِه‬
ِ ِ‫ِفص ِ ع ِهِي ف‬. ‫فإ ِ أي ِ ِشي‬.

“Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda

kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti
para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara
manusia. Kerana itu, apabila kamu melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah

kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang.”
.
Galakan mengerjakan ibadah Solat Sunat Gerhana ini berdasarkan banyak hadis
berkaitan gerhana. Terdapat beberapa perkara sunnah yang dianjurkan supaya dilakukan
semasa kejadian gerhana, di antaranya adalah melakukan solat dan berdoa. Rasulullah SAW

bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka
dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi.”
.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW
bersabda:

ِ، ‫ِِأح ِ اِ ي‬
ِِ
‫ِ ِ ي ِهِِِاي‬
ّ ‫فإ ِ أي ِ كِف ع ِهِ ك ّ ِ ص ّق ِ ص‬

‫ِِِ ق ِِآي‬

ّ

ِّ ‫إ‬

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda
kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian
seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah,

bertakbirlah, bersedekahlah serta bersolatlah.”

Solat Sunat Gerhana Matahari
Melakukan „Solat Gerhana Matahari‟ atau dikenali juga dengan nama ‘SolatِSunatِ
Kusuf’ adalah ‘sunatِmuakkad’ bagi muslimin dan muslimat (lelaki atau perempuan), sama

ada orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba. Disunatkan mandi sebelum
dirikan solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, surau atau
masjid. Solat Sunat Kusuf boleh dilakukan secara bersendirian Walau bagaimanapun yang
lebih afdhal dan utama adalah ditunaikan secara berjamaah di masjid yang didirikan Solat
Jumaat.
Sebaiknya dibacakan khutbah setelah selesai solat seperti mana pada solat hari raya.
Isinya diarahkan kepada keterangan tentang gerhana, isu-isu semasa ataupun hal-hal
bermanfaat yang menjurus kepada anjuran taubat, sedekah, persatuan, amar ma’ruf nahi
mungkar.

Waktu Solat Gerhana Matahari
Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari waktunya bermula ketika ternyata sedang
berlakunya gerhana matahari sehingga selesai gerhana matahari tersebut. Iaitu dengan

berakhir, tamatnya gerhana itu atau sehingga jatuhnya matahari dan hilangnya gerhana
tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada
solat gerhana.
.

A. Pelaksanaan Gerhana Matahari (Kusuf)
.
„Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari‟ tidak perlu „Iqamah‟ tapi cukup sekadar
ucapan (ِ ‫صا ِج ع‬
ّ ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Dalam
semua cara Solat Sunat Gerhana Matahari, hendaklah diperlahankan suara ketika membaca
surah. Adapun uurutan pelaksnaannya adalah sbb:
1. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

Daku Solat Sunat Gerhana Matahari dua rakaat, kerana Allah Ta‟ala.
2. Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat Solat Sunat Kusuf tetapi
bacaan Al Fatihah dan surah tidak boleh dijaharkan (dinyaringkan).
Dari Aisyah r.a. berkata:

ِ ‫ِه ِص ِه ِع ي‬

ِ ّ ‫ ِأ‬: ‫ِ ق‬
‫ع ِع ئ ِ ِح يث ِ ِع‬
ِ‫ِ ّ ِق ِف ّ ِ ق أِِ ِق ء ِِط ي ِِث ّ ِِ كع ِ ك ع ِط يا‬
‫ِي ِخ‬
ِ ِ ‫ث ّ ِ فعِِ ِ أ ِفق ِِ ع ِه ِ ِح ِ ِ ق ِك ِ ِ ق ِِ ِق ء ِِط ي‬
ِ ّ ‫ِأ ِ ِ ّ كع ِ أ ِِث‬
ِ ‫أ ِ ِ ق ء ِ أ ِث ّ ِِ كع ِِ ك ع ِط يا‬
ِ ّ ‫ج ِ ج ِط يا ِِث ّ ِفع ِفيِِ ّ كع ِِ آ ِ ِ ث ِ كِِ ِث ِّ ِ ّ ِِ ِ ق ِ ج‬
ِ ‫ّ ِف ط ِِِ ّ ِفق ِِفيِِك فِ ّ ِ ق ِِِإ ّ ِِآي ِِ ِِآي‬
.ِ ‫صا‬
‫ِأح ِ ِاِ حِي ِفإ ِ أي‬
ِ
‫هِِِاِي‬
ّ ِ ‫ِف ف ع ِإ‬
“Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana
matahari, lalu Baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang
(seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian Baginda mengangkat kepala dan

mengucapkan “Sami‟ Allahhu Liman Hamidah”, dan Baginda berdiri lalu membaca
bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang

daripada bacaan yang pertama, kemudian Baginda rukuk dengan rukuk yang panjang,
sedang rukuk ini berkurang dari rukuk pertama, kemudian Baginda sujud dengan sujud yang
panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian Baginda bertindak sepadan
demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya Baginda
mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda
berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya
adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah
terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka
apabila kalian melihat keduanya (gerhana)maka bersyukurlah kepada solat
gerhana.” (Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

3. Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali
rukuk, tiga (3) kali rukuk atau empat (4) kali rukuk bagi setiap raka’at.
4. Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;

5. Antara doa yang biasa dibaca semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :

B. Ringkasan Cara Solat Sunat Kusuf
Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) tidak perlu „Iqamah‟ tapi cukup sekadar
ucapan (ِ ‫صا ِج ع‬

ّ ) Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) ini boleh dilakukan
dengan 4 cara atau empat kaedah dan dalam solat ini bacaan Al-Fatihah dan surahnya
dibaca dengan suara perlahan dan tidak dinyaringkan.
Secara ringkasnya Solat Gerhana / Solat Sunat Kusuf adalah seperti berikut :

1. Cara Pertama
Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) boleh dilakukan dengan cara yang
paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana Solat Sunat
Zuhur atau mana-mana solat sunat. Didirikan sebanyak 2 rakaat dengan 2 kali Qiam, 2 kali
Fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.

2. Cara Ke-Dua

Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) dengan cara ‘ِ ‫‘ ِأ‬, iaitu ditunaikan
dengan 2 rakaat dengan 2 kali Qiam, 2 kali Fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud pada setiap
satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap Qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan.
Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah
(mana-mana surah yang mampu) kemudian rukuk dan berdiri tegak semula (qiam kedua).
Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian rukuk semula

(dipanggil rukuk kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila
selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah
caranya bagi rakaat yang kedua.

3. Cara Ke-Tiga
Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari) dengan cara membaca tasbih dan surah
panjang.
a. Rakaat Pertama
1.
Takbiratul Ihram.
2.
Membaca Doa Iftitah.
3.
Membaca Ta`awwuz.
4.
Membaca surah al-Fatihah .
5.
Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.
6.
Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.

7.
Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran
atau mana-mana surah.
8.
Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9.
Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.
.
.
b. Rakaat kedua
.
1.
Membaca surah al-Fatihah .
2.
Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3.

Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
4.
Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan surah al-Maidah atau surah yg lain.
5.
Rukuk dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6.
Iktidal.
7.
Sujud dan membaca tasbih.
8.
Duduk antara 2 sujud.
9.
Sujud kembali.
10. Membaca Tasyahud Akhir.
11. Memberi salam.
.
Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:

ِ‫ِاِي ع ِ كِأ عِ كع ِفيِك ِ كع ِأ ِ ِيث ِع ِ ي‬: ‫ي ِيق‬
ِ ِ

‫ك ِإ‬
ِ ‫ِ اخ ي ِفيِصا‬: ‫ِيق‬
‫ِ ك ِ عضِأص‬
ِ ِ ِ ‫ِ ق ِأ‬.‫ِأكث ِ ِ ك‬
ِ ‫ص ِهِع ي‬
‫فِعي ِ إ ِش ءِثاث ِ إ ِش ءِأ ع‬
Ishak B. Rahawaih berkata: “Tidak boleh melebihi empat kali ruku‟ dalam satu
raka‟at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu „alaihi wa Sallam
ruku‟ lebih dari empat kali.”

4. Cara Ke-Empat
Cara keempat Solat Sunat Kusuf (Solat Gerhana Matahari), ia didirikan sebanyak 2
rakaat dengan 4 kali Qiam, 4 kali al-Fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
1. Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan membaca 4 kali al-Fatihah, 4 kali
rukuk dan 4 kali sujud.

2. Disunatkan membaca dengan suara perlahan surah-surah panjang dalam setiap rakaat
solat gerhana matahari.
3. Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca al-Fatihah dan
surah, lalu rukuk.
4. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
5. Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk
antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
6. Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama.
Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
7. Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua
dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;

ِ ‫ِع ِع‬
ِ ّ ‫ِهِص‬
ِ‫كـع‬
ِ ‫ِث ّ ِج ّ ِع‬. ‫ج‬
ِِِ‫ج ِ ج ِقط‬

ِ ّ ِ: ‫ع ِعِ ِهِ ِع ِ ِ ع ِأ ّ ِق‬
ّ ِ
‫صا ِج ع ِ)ِف‬
ِ ّ ِِ ‫ِهِص ّ ِهِع ي‬
ّ ِ(ِ ِ
ِ ‫ِث ِِّق ِف كـعِ كع ي ِف‬. ‫هِع ي ِ ّ ِ كع ي ِف ِ ج‬
ِ‫ِ ا‬.ِِ‫ِ ِ كع ِ ك ع ِقط‬: ‫ِفق ِع ئ‬. ّ . ِ ‫ك‬
ِ ِ ‫ط‬.

“Ketika terjadi gerhana di zaman Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ashshalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi
Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat kedua Nabi Muhammad
SAW rukuk dua kali pula. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti
Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana
itu.” (Hr Bukhari dan Muslim).
Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata: “Ada beberapa sahabat kami menyatakan
bahawa memilih tatacara solat gerhana memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat
gerhana dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua kali
ruku’ dalam setiap raka’at, tiga kali rukuk dalam setiap raka’at, atau empat kali rukuk
dalam setiap raka’at.” (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)

Catatan:
Makmum yang tertinggal rukuk yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

C. Khutbah Solat Gerhana :
Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun telah selesai gerhana.
1. Khutbahnya adalah seperti khutbah hari raya tetapi tidak disunatkan bertakbir.
2. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan
hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia
dan sebagainya.
3. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah.

Aisyah r.a. berkata :

ِ ِ

‫ِآي‬

‫ِ ق ِإ‬
ِ‫ف‬
. ‫ِف ف ع ِإ ِ صا‬

‫ِفق ِفيِك‬
ِ ‫ِف ط‬
‫ِأح ِ اِ ي ِفإ ِ أي‬

ِ ‫ث ِ ِ ق ِج‬
ِ
‫آي ِهِاِي‬

“Seterusnya Baginda mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari
telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan
bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda
kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula
tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kamu melihat keduanya (gerhana) maka
bertandanglah kepada solat gerhana.” (Riwayat Bukhari r.a.)

Jika gerhana berlaku serentak dengan solat fardhu yang lain, maka kaedahnya
didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling
utama:
1. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka
didahulukan solat jenazah.
2. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu
maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari kembali cerah. Tetapi jika
berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
3. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat witir didahulukan solat
gerhana.
Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah SWT dengan mengadakan dan menunaikan „Solat Sunat Kusuf‟ ini
secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana matahari tersebut. Ibadat sunat
ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang
berlaku.

Referensi :

1. Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad,
Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.
2. Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L
3. Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam
masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
4. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad
binAbdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).

‫هِأع ِ ص‬

Wallahu A‟lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

1) Materi disampaikan pada sosialisasi rencana sholat gerhana, tgl 5 Maret 2016, di Masjid
Hnurul Hadi, Mbiru Trihanggo, Kecamatan Gamping Sleman
2) Adalah dosen Jurusan Ilmu Pemerintahan Fisipol UMY