HAJI DAN UMRAH SUNAT
D. HAJI DAN UMRAH SUNAT
Di antara perkara-perkara sunat yang boleh mendekatkan seorang hamba kepada Allah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan daripada dirinya serta memasukkannya ke dalam syurga ialah haji dan umrah yang sunat. Kedua-duanya merupakan tangga peningkatan ke arah kelebihan- kelebihan dan kemuliaan-kemuliaan, juga dapat membangkitkan unsur- unsur rohani.
Di bawah ini diperturunkan hasil bagi orang orang yang mengerjakan haji dan umrah. As-Syaikhan meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
“Siapa yang melakukan ibadat haji dan tidak berbuat keji dan fasik, maka ia akan kembali bersih dan dosanya bagaikan bayi yang lahir dari kandungan ibunya.”
As-Syaikhan meriwayatkan lagi bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Kelakuan umrah sampai kepada umrah yang akan datang merupakan tebusan dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu. Dan haji mabrur itu tidak ada balasannya selain dari syurga.”
Seterusnya Muslim meriwayatkan daripada ‘Aisyah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Tidak ada hari yang paling baik untuk membebaskan seseorang hamba daripada api neraka kecuali hari Arafah.”
As-Syaikhan meriwayatkan lagi daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:
“Umrah yang dilakukan pada masa bulan Ramadan sama dengan haji yang dikerjakan bersama denganku.”
Jika beginilah wahai saudaraku para pendakwah, tentang balasan bagi orang yang beribadat dan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan amalan-amalan sunat dengan penuh khusyu’, maka bersungguh- sungguhlah dengan sentiasa berbekal dan melengkapkan diri dengan amalan-amalan sunat untuk memperolehi pahala dan balasan yang besar di hari akhirat. Semoga engkau diliputi oleh Allah s.w.t dengan kasih sayang, keredaan dan keampunan-Nya, serta terhitung daripada orang-orang yang dapat menaiki tangga kesempurnaan, kesucian dan kerohanian.
Kita telah membicarakan wahai saudara-saudaraku para pendakwah tentang perkara-perkara penting yang dapat memberikan tenaga rohiah jiwa manusia dan membekalkan hatinya dengan limpahan kesucian. Bahkan ianya yang dapat menjadikan kamu contoh-contoh yang baik dan salihah dalam keikhlasan dan takwa serta pengorbanan dan perjuangan.
Engkau telah melihat di antara perkara-perkara itu ialah yang menyentuh soal hati dan ia merangkumi:
— Sentiasa bermuraqabah dengan Allah. — Mengingati mati dan apa yang berlaku selepasnya. — Mengingati akhirat dan keadaan-keadaannya. Dan di antaranya juga ialah amalan-amalan yang boleh dipraktikkan
atau dilaksanakan seharian, ianya merangkumi: — Membaca al-Quran al-Karim dengan tadabbur dan penuh khusyu’.
— Sentiasa mendampingi nabi melalui sirah dan perjalanan hidupnya yang murni.
— Sentiasa mendampingi orang-orang salih yang dipilih oleh Allah, seperti aulia-aulia Allah dll.
— Sentiasa mengekalkan zikrullah pada setiap waktu dan keadaan. — Menangis ketika berseorangan di tempat sunyi kerana takutkan
Allah. — Sentiasa berkekalan dalam membekali diri dengan ibadat dan
amalan-amalan sunat. Pada pendapat saya bahawa para pendakwah, apabila mereka sentiasa
merasakan kelazatan kerohanian, diri-diri mereka akan memancarkan cahaya kebersihan, jiwa-jiwa mereka akan menerbitkan pancaran-pancaran keikhlasan dan roh-roh mereka akan berada di langit kesucian dan ilham bahkan mereka akan menjadi contoh yang tinggi kepada orang-orang yang meminta belajar dan bertemu mereka dalam kebenaran memperkatakan sesuatu perkataan kebaikan tingkah laku, kekuatan pengorbanan, sentiasa menunjukkan contoh yang baik, sentiasa membuat perubahan yang syumul dan melakukan islah yang berterusan.
Firman Allah s.w.t, surah Yunus ayat 58: “Katakan, dengan kurnia Allah dan dengan rahmat-Nya.” (Yakni Allah
turunkan Quran dan nasihat itu dengan kurnia-Nya) maka dengan itu hendaknya mereka bergembira, iaitu (Quran dan nasihat-nasihat) itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (Yunus :58)
Kesan Kerohanian Dalam Pembinaan Islam Dan Perubahan.
Dengan taufik Allah dan mempergantungkan diri kepada-Nya, aku berpendapat:
Seorang pendakwah apabila takwa memenuhi dirinya, dia sentiasa bermuraqabah dan merasakan kebesaran Allah, seterusnya dia sentiasa melakukan tilawah dengan penuh tadabbur dan khusyu’, dia sentiasa berakhlak dan mencontohi Rasulullah s.a.w, dia sentiasa bersahabat dengan orang-orang dari kalangan yang baik, dia sentiasa mengingati Allah dalam keadaan tetap dan ketenangan dan dia sentiasa meneruskan ibadat-ibadat sunat dengan penuh taqarrub dan penuh khusyu’.
Seorang pendakwah, apabila dia berkeadaan demikian, apabila dia berkhutbah atau berceramah atau menyeru kepada Allah, engkau akan melihat keimanan memancar di matanya, keikhlasan memenuhi wajahnya, kebenaran bersama-sama dengan suaranya yang penuh kasih. sayang, kekhusyukan gaya percakapannya dan isyarat tangannya. Bahkan perkataannya berjalan di dalam hati-hati dan menembusi kegelapan jiwa-jiwa sebagaimana air yang bersih dan sejuk mengalir dalam diri yang dahaga dan sebagaimana cahaya yang menembusi gelombang-gelombang kezaliman. Mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk Allah dan dengan petunjuk itu mereka memberi petunjuk keadaan manusia, dengan pendakwahan mereka manusia menyahutinya, dengan peringatan mereka hati-hati menjadi gementar dan airmata mengalir, orang-orang yang berdosa bertaubat dan orang-orang yang sesat mendapat petunjuk.