IMPLEMENTASI DASAR SOSIAL DAN IMPAK KEPADA PEMBANGUNAN KOMUNITI DI MALAYSIA.

ABSTRAK
IMPLEMENTASI DASAR SOSIAL DAN IMPAK KEPADA PEMBANGUNAN
KOMUNITI DI MALAYSIA
Mohamad Zahir Zainudin1, Roziah Omar2, Isma Addi Jumbri3
1

Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
3
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
2

E-mel: mzahir@utem.edu.my, roziahomar@mohe.gov.my, isma@utem.edu.my

Kerangka pembangunan ekonomi yang mendasari kemajuan negara-negara dunia
lebih lima dekad lalu semakin diselarikan dengan kerangka pembangunan sosial
kerana implikasi yang besar ke atas pembangunan manusia dan alam sekitar.
Penekanan ke atas pembangunan sosial yang bermula sekitar tahun 1980-an telah
dilihat penting demi kelestarian dan kemajuan Malaysia. Pembentukan dasar sosial
menjadi bertambah penting untuk mengurus komuniti yang semakin berkembang
dan kompleks. Dalam melaksanakan perancangan pembangunan sosial,

persekitaran semula jadi dalam hubungan di antara pelaksana dasar dan kumpulan
sasar adalah sama penting dengan kandungan dasar. Impak dasar sosial dalam
perubahan hidup kerapkali bergantung kepada aktiviti yang terlibat dalam kalangan
individu dan komuniti. Kajian ini ingin melihat bagaimana dasar sosial dilaksanakan
di Malaysia dan sejauh mana pelaksanaannya memberi impak kepada komuniti
setempat. Responden kajian terdiri daripada penerima bantuan mikro kredit Amanah
Ikhtiar Malaysia (AIM). Lokasi kajian yang dipilih ialah negeri Melaka kerana berada
dalam zon yang lebih maju dari segi pembangunan ekonomi dan kesejahteraan
sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan hasil yang lebih
jelas dalam pelaksanaan dasar sosial. Data kajian dikumpulkan melalui
perbincangan dengan kumpulan pakar, kumpulan berfokus dan pemerhatian
langsung. Hasil dapatan menunjukkan terdapat perubahan sosioekonomi yang
ketara selepas responden menyertai skim berkenaan. Mereka boleh berdikari dan
mempunyai motivasi tinggi untuk mengubah kehidupan. Penyelesaian dasar sosial
bersama dasar ekonomi telah menyumbang kepada perubahan hidup komuniti yang
pada awalnya adalah berpendapatan rendah. Malaysia telah berjaya
membangunkan komuniti ini melalui pelaksanaan dasar sosial yang terangkum dan
disesuaikan dengan keperluan kumpulan sasar.
Kata Kunci: dasar sosial, pembangunan komuniti, Amanah Ikhtiar Malaysia