Bab 1 silir daksina

LATIHAN PENGUKUHAN NOVEL BAB 1
1. Apakah yang terjadi ketika Haiqal tergesa-gesa pulang ke rumah pada waktu
sore ?

2. Siapakah Abdullah bin Kayan ?

3. Pada usia berapakah Umi memberitahu Haiqal mengenai status sebenar
Abdul Fatah dalam hidupnya ?

4. Siapakah nama ayah dan adik tirinya ?

5. Apakah jawapan Umi ketika Haiqal menanyakan keberadaan ayah
kandungnya sekarang ?

6. Pada masa kini, anak-anak sering bersifat biadab terhadap ibu bapa mereka.
Pada pendapat anda, apakah punca berlakunya perkara ini ?

7. Isu penceraian semakin berleluasa diantara pasangan suami isteri tanpa
mengenal bangsa dan agama. Bincangkan cara-cara untuk mengelakkan
daripada berlakunya penceraian.


8. Alam sastera kurang diminati oleh golongan remaja pada masa kini. Hal ini
kerana mereka terlalu didedahkan dengan kemajuan teknologi tanpa batasan.
Terangkan bagaiman teknologi membantu dalam memastikan sastera diminati
oleh golongan muda.

9. Pada masa kini, pusat jagaan orang tua semakin dipenuhi oleh warga emas
tanpa mengira bangsa. Bincangkan punca kepada berlakunya pertambahan
bilangan penduduk di pusat jagaan orang tua.

10. Tarian tradisional seringkali dipandang enteng oleh masyarakat setempat.
Tanpa mereka sedari, perlahan-lahan budaya unik ini semakin ditelan zaman.
Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh digarap oleh portfolio kerajaan
agar tarian tradisional ini kekal diamalkan oleh semua warganegara ?