KAWALAN PENGIMPORTAN TERNAKAN Jabatan Perkhidmatan VeterinarProtokol Veterinar Malaysia (PVM)

12 Penyakit Demam Q

10.0 KAWALAN PEMINDAHAN TERNAKAN

10.1 Bagi haiwan dari gerompok yang diisytihar bebas Demam Q dan gerompok dari zon bebas Deman Q, ujian tidak perlu dilakukan dengan syarat ladang gerompok terbabit mempunyai ciri biosekuriti yang baik, serta berada di bawah pengawasan DVS. 10.2 Bagi haiwan dari kumpulan yang tidak diketahui status kesihatannya, liputan antibiotik selama 2 minggu hendaklah diberikan ke atas haiwan yang hendak dipindahkan, dan disahkan tiada gejala jangkitan dalam masa 14 hari sebelum pemindahan dilakukan. 10.3 Kumpulan ternakan yang ingin dipindah haruslah dikurung berasingan dari ternakan lain dalam tempoh rawatan. 10.4 AKP dan SKV yang dikeluarkan oleh DVS Negeri yang mengeluarkan haiwan mestilah mematuhi syarat yang telah ditetapkan di atas. Rujuk APTVM Pengurusan Kebenaran Pindah Haiwan dan Produk Haiwan Antara Negeri di Malaysia

11.0 KESELAMATAN PEKERJAAN

11.1 Ladang ternakan yang menghadapi masalah keguguran dan ketidaksuburan diminta mengambil perhatian untuk menyiasat dengan melawat ke ladang tersebut kerana penyakit Demam Q mudah merebak dan zoonosis. 11.2 Keselamatan kerja makmal: Amalan Biokeselamatan Tahap 2 mesti dipatuhi terutama apabila mengendalikan sampel tisu dari gerompok ternakan terjangkit. 11.3 Pekerja dalam indeks aktif hendaklah diberi khidmat nasihat dan panduan pencegahan penyakit. 11.4 Petugas dan pekerja terlibat hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan. 11.5 Kebersihan diri dan amalan penternakan baik perlu diutamakan. Pakaian pelindung, penutup hidung dan but tidak kalis air perlu disediakan. 13 Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia Penyakit Demam Q 11.6 Pegawai Kesihatan Veterinar perlu memaklumkan status kepada Pejabat Kesihatan untuk tindakan susulan. 11.7 Kumpulan kakitangan berisiko tinggi 11.7.1 Pegawai dan anggota Jabatan yang mengendalikan ternakan 11.7.2 Pegawai dan petugas makmal 11.7.3 Pekerja rumah sembelih 11.7.4 Penternak dan pekerja ladang ternakan 11.7.5 Pelanggan yang gemar membeli hasil ladang seperti susu mentah

12.0 LANGKAH KESELAMATAN UNTUK KES DISYAKI

Pekerja dan anggota Jabatan yang bertugas di ladang, di rumah sembelih dan makmal sentiasa memakai Personal Protective Equipment PPE – baju pelindung, but, sarung tangan, pelindungan mata dan penutup hidung. Penternak dan pekerja ladang sekurang-kurangnya memakai baju pelindung, but, sarung tangan, dan penutup hidung 12.1 Sentiasa mengamalkan prosedur disinfeksi rutin bagi pakaian, peralatan, kandang dan premis penyembelihan dan pemprosesan kulit dan bulu Rujuk APTVM Disinfeksi. 12.2 Tukar pakaian kerjaladang jika keluar dari kawasan kerja seperti keluar berehat atau pulang ke rumah. Lebih elok jika mandi dan basmikan kuman. 12.3 Melaporkan kepada majikan dengan segera sekiranya mengalami simptom Demam Q seperti demam, batuk, selesema. 12.4 Memberi kerjasama kepada majikan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital yang berhampiran.