Azam Untuk Kaya: Model Keusahawanan N.A.M. dan Inventori Psikometrik IKRA-Azam [Program 1AZAM Kerajaan Malaysia].

M
A
AZ
K
U
T
N
U

A
Y
KA

. M . d an
A
.
N
n
w ana
a
h

-A z am
a
s
A
u
R
e
K
I
K
l
Mode i Psikometrik
r
Invento

.A.M.)
N
(
k
e

l
a
ul M
d
b
A
n
i
n PhD
d
a
n
d
Nor
A
d
Moh
i
m
i

a
afar
a
H
J
l
a
r
Airi
u
z
a
if
Riza Em

Azam Untuk Kaya:
Model Keusahawanan N.A.M. dan
Inventori Psikometrik IKRA-Azam
© Disember 2014. Hak Cipta Terpelihara.
Nordin Abdul Malek (N.A.M.)

Airil Haimi Mohd Adnan PhD
Riza Emifazura Jaafar
Hak cipta penerbitan ini dan kandungannya ialah
kepunyaan penulis-penulis kecuali dinyatakan
sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian penerbitan
ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula,
disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan,
dipindah, dijual atau diuruskan dalam apa-apa
bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran
secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada
penulis-penulis di alamat:
Institut Agro Usahawan,
Jalan Tanjong Tualang,
36800 Kampung Gajah,
Perak, Malaysia.
Tel: 05-6318983 Faks: 05-6311980
Emel: info@igrow.com.my
ISBN: 978-967-13118-0-6

Diterbitkan oleh Institut Agro Usahawan (iGROW)

Layari http://www.azamkaya.com

Dicetak oleh Desktop Systems (info@dts-web.com)

KANDUNGAN
Pendahuluan

2

Model (Daya) Keusahawanan N.A.M.

4

Inventori Psikometrik IKRA-Azam

7

A Z A M UN T UK K AYA
Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura


~1

PENDAHULUAN
(demi memantapkan daya psikologi keusahawanan ANDA)
Azam Untuk Kaya: Model Keusahawanan N.A.M. dan Inventori Psikometrik
IKRA-Azam ialah buku kedua dan yang terakhir dalam siri buku ‘Azam
Untuk Kaya’ tulisan kami bertiga. Buku ini meneruskan perbincangan yang
bermula dalam buku pertama iaitu Azam Untuk Kaya: Model Psikologi
Keusahawanan.
Walau bagaimanapun, ANDA wajiblah membaca serta memahami Azam
Untuk Kaya: Model Psikologi Keusahawanan terlebih dahulu kerana tiga
sebab utama seperti di bawah.
Pertama, Azam Untuk Kaya: Model Keusahawanan N.A.M. dan Inventori
Psikometrik IKRA-Azam memberi penjelasan mengenai isu-isu penting
yang telah kami bangkitkan dan kupaskan secara kritis dalam buku Azam
Untuk Kaya: Model Psikologi Keusahawanan.
Kedua, Azam Untuk Kaya: Model Keusahawanan N.A.M. dan Inventori
Psikometrik IKRA-Azam menerangkan tentang Model Keusahawanan
N.A.M. dengan lebih mendalam. Model pembinaan usahawan ini
menjadi pengisian utama siri buku ini di samping inventori psikometrik

keusahawanan yang dibangunkan.
Kesemua ‘model usahawan’ (atau kajian kes) yang ditampilkan dalam siri
buku ini telah dilatih dan dipantau oleh pakar pembangunan usahawan
Malaysia, Saudara Nordin Abdul Malek. Ribuan pelatih sudah menyertai
program berterusan penjanaan usahawan Saudara Nordin. Mereka bukan
sekadar dapat bertapak di alam perniagaan tetapi ramai pula yang sudah
menjadi usahawan yang berjaya (serta dapat mengecapi kekayaan).
Usaha berterusan Saudara Nordin untuk melahirkan para usahawan baru
sudah jelas menampakkan hasil dan terbukti memberi kesan yang amat
positif berdasarkan Model Keusahawanan N.A.M. Sebagai sebahagian
daripada inisiatif 1Azam kerajaan Malaysia, tidak dapat disangkal lagi
bahawa rahsia untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan
hanyalah satu iaitu menjana pendapatan sebanyak yang mungkin.

2~

A Z A M UN T UK K AYA
Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura

Oleh itu, ANDA akan lebih faham Model Keusahawanan N.A.M. hanya

selepas anda membaca dan mencuba semua ‘latihan berfikir’ dalam Azam
Untuk Kaya: Model Psikologi Keusahawanan.
Sebab ketiga dan terakhir, Azam Untuk Kaya: Model Keusahawanan N.A.M.
dan Inventori Psikometrik IKRA-Azam menjelaskan tentang Inventori
Psikometrik IKRA-Azam yang telah kami bina sebagai cara yang sahih
dan saintifik agar ANDA juga dapat melihat, mengukur serta menilai daya
psikologi keusahawanan ANDA... menuju kekayaan!
Atas dasar itu, siri buku ini bukanlah sekadar penceritaan kisah sukaduka kehidupan atau buku ‘motivasi kosong’ semata-mata. Berdasarkan
kajian lapangan jangka panjang Puan Riza Emifazura dan Dr. Airil Haimi,
dibangunkan pula Inventori Psikometrik Keusahawanan Riza-Airil atau
IKRA-Azam dengan 270 item yang melihat, mengukur serta menilai
kecenderungan serta potensi ANDA sebagai seorang usahawan.
Inventori Psikometrik IKRA-Azam berkonsepkan inventori lapor kendiri
(self report inventory) telah dibangunkan dengan begitu cermat dan
teliti berdasarkan prinsip-prinsip sains sosial kontemporari berkaitan
ilmu psikometrik(s). Tiga komponen psikometri yang dilihat, diukur serta
dinilai melalui 18 ciri psikologi dalam Inventori Psikometrik IKRA-Azam
merangkumi kebolehan, kecenderungan serta personaliti ANDA.
ANDA wajib melengkapkan keseluruhan Inventori Psikometrik IKRA-Azam
dengan 18 ciri psikologi model usahawan yang berjaya (dengan 270 item

berbeza) sebelum membaca penerangan dalam buku ini.
Akhir kata, siapa yang tidak mahu kaya? Siri buku ‘Azam Untuk Kaya’
adalah cerita dan kisah insan-insan biasa, manusia seperti ANDA yang
biasa lagi sederhana. Namun, kekuatan psikologi mereka serta usaha
tanpa mengenal penat lelah telah menjadikan mereka luar biasa!
Kami ingin menjemput ANDA untuk melangkah ke masa hadapan yang
cemerlang dan gemilang. Jika ANDA juga mahu kaya, baca dan fahami
Azam Untuk Kaya: Model Psikologi Keusahawanan. Kemudian, dalami pula
penerangan lengkap kami dalam buku kedua dan terakhir ini.
Adakah ANDA memiliki daya psikologi serta kualiti diri sebagai seorang
usahawan? Adakah ANDA punya potensi untuk berjaya pada masa
A Z A M UN T UK K AYA
Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura

~3

hadapan? Kurang pasti? Teruskan membaca. Kemudian, sediakan diri
untuk membina azam ANDA pula untuk menjadi kaya!
‘Sifu’ Nordin Abdul Malek
Borneo Green Resources & iGROW

Dr. Airil Haimi Mohd Adnan
UiTM (Perak), Kampus Seri Iskandar
Puan Riza Emifazura Jaafar
UiTM (Perak), Kampus Tapah

4~

A Z A M UN T UK K AYA
Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura

MODEL (DAYA)
KEUSAHAWANAN N.A.M.
(berdasarkan formula latihan usahawan hampir dua
dekad Saudara Nordin Abdul Malek yang mencatat
kejayaan demi kejayaan)

Model Keusahawanan N.A.M. (atau Formula N.A.M.) adalah suatu sistem
yang lengkap untuk membina personaliti serta memperkukuh ciri-ciri
psikologi yang positif dalam diri bakal-bakal usahawan. Model atau
formula ini juga memberi manfaat kepada mereka yang sudah berjinakjinak dengan aktiviti perniagaan untuk menambah pendapatan.

Sehingga hari ini, berdasarkan model atau formula Saudara Nordin
Abdul Malek, ramai pelatih sudah berjaya ‘membina’ diri mereka sebagai
usahawan. Kesemua mereka sudah meraih faedah daripada penyertaan
dalam program-program latihan usahawan oleh Saudara Nordin di
kepulauan Borneo dan di Semenanjung Malaysia.
Malah, ada juga pelatih yang bukan sekadar dapat bertapak di alam niaga
tetapi juga sudah menjadi usahawan yang berjaya serta dapat mengecapi
kekayaan yang berkekalan. Semua rasa penat lelah mereka sudah jelas
menampakkan hasil yang ditunggu-tunggu.
Yang pasti, usaha berterusan Saudara Nordin sudah menampakkan
hasil dan terbukti memberi kesan yang amat positif kepada bakal-bakal
usahawan di serata negara. Paling utama, inisiatif pembasmian kemiskinan
oleh kerajaan Malaysia melalui program 1Azam yang diterajui mentor
usahawan tersohor seperti Saudara Nordin sudah boleh dianggap berjaya!

A Z A M UN T UK K AYA
Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura

~5

Sebagai suatu sistem yang lengkap untuk membina personaliti serta
memperkukuh ciri-ciri psikologi dalam diri bakal-bakal usahawan, Model
Keusahawanan atau Formula N.A.M. wajib didalami.
Saudara Nordin membahagikan model atau formula ini kepada tiga
komponen yang berlaku secara bertahap iaitu melatih sambil memberi
pendedahan (training); memimpin tangan dan menunjuk jalan (hand
holding); dan akhir sekali, memantau serta menyokong secara berterusan
(follow through). Penjelasan lanjut menyusul dalam perenggan-perenggan
yang seterusnya.

TAHAP PERMULAAN
Melatih sambil memberi pendedahan (training)
Dalam Model Keusahawanan atau Formula N.A.M., latihan memainkan
peranan sebagai proses pemerolehan pengetahuan, kemahiran serta
kecekapan hasil daripada pengajaran kemahiran dan pengetahuan
vokasional atau praktikal yang berkaitan dengan keusahawanan.
Latihan keusahawanan ini mempunyai matlamat untuk meningkatkan
keupayaan, kemampuan, produktiviti serta prestasi hidup seseorang
melalui pendedahan-pendedahan bermakna dan pembinaan jati diri
seorang usahawan yang berjaya lagi kaya.

TAHAP PERTENGAHAN
Memimpin tangan, menunjuk jalan (hand holding)
Proses ‘memimpin tangan, menunjuk jalan’ adalah langkah yang
seterusnya dalam Model Keusahawanan atau Formula N.A.M. Langkah ini
memberi erti menyediakan seseorang dengan bimbingan dan bantuan
untuk mengurangkan rasa resah, tidak pasti dan tidak yakin.

6~

A Z A M UN T UK K AYA
Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura

Hakikatnya, proses menjadi seorang usahawan penuh dengan cabaran dan
juga dugaan. Oleh sebab itu, dengan memimpin tangan dan menunjuk
jalan, usahawan-usahawan yang baru sahaja dibentuk akan berasa lebih
pasti dan yakin dengan perjalanan hidup di hadapan mereka menuju ke
arah kejayaan (dan kekayaan).

TAHAP PENGAKHIRAN
Memantau, menyokong secara berterusan
(follow through)
Memantau serta menyokong secara berterusan adalah langkah yang
terakhir dalam Model Keusahawanan atau Formula N.A.M. Setiap percubaan
untuk mendorong diri ke arah kejayaan hanya akan meningkatkan
tekanan. Motivasi sahaja tidak cukup pada tahap ini kerana pemantauan
dan sokongan wajib diberikan.
Ramai usahawan Malaysia gagal kerana mereka tidak dipantau dan
disokong secara berterusan oleh pihak yang berwajib. Walaupun mereka
memulakan usaha dengan penuh semangat, mereka akhirnya gagal di
pertengahan jalan kerana hilang pedoman dan tidak dapat meneruskan
usaha-usaha baik mereka.
Atas dasar itu, Model Keusahawanan atau Formula N.A.M. amat bersifat
praktikal. Dalam erti kata lain, usahawan-usahawan baharu tidak akan
dibiar dan terbiar begitu sahaja. Visi dan misi mereka menuju kejayaan serta
kekayaan sentiasa diperbaharui melalui sokongan komuniti usahawan.
Mereka juga diberi bantuan teknikal oleh mentor-mentor usahawan dan
para jurulatih di bawah seliaan Saudara Nordin.

A Z A M UN T UK K AYA
Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura

~7

INVENTORI PSIKOMETRIK
IKRA-AZAM
(berdasarkan kajian lapangan jangka panjang
Dr. Airil Haimi dan Puan Riza Emifazura di negeri Sabah,
Malaysia dengan bantuan logistik serta teknikal oleh
Saudara Nordin Abdul Malek)
IKRA-Azam mengandungi 270 item yang telah melihat, mengukur serta
menilai kecenderungan serta potensi ANDA sebagai seorang usahawan.
IKRA-Azam berkonsepkan inventori lapor kendiri (self report inventory) dan
ia telah dibangunkan dengan cermat dan teliti berdasarkan prinsip-prinsip
sains sosial kontemporari berkaitan ilmu psikometrik(s). Tiga komponen
psikometri yang dilihat, diukur serta dinilai melalui 18 ciri psikologi dalam
IKRA-Azam merangkumi kebolehan, kecenderungan serta personaliti diri
ANDA.
ANDA wajib melengkapkan keseluruhan IKRA-Azam dengan 18 ciri
psikologi model usahawan yang berjaya (dengan 270 item berbeza)
sebelum ANDA membaca penerangan penuh dalam baris-baris di bawah.
Kami berdoa moga-moga ANDA akan dapat membangunkan diri sebagai
seorang usahawan dan meraih kekayaan hidup demi kebahagiaan hakiki
pada masa hadapan!
IKRA-Azam Inventori Psikometrik Keusahawanan Riza-Airil untuk ciri
personaliti dan daya (kemampuan serta kemantapan) psikologi modelmodel usahawan yang telah terbukti berjaya
Penjelasan penuh mengenai kesemua 18 ciri psikologi usahawan dalam
siri buku AZAM UNTUK KAYA diberikan di bawah. Perlu diingatkan anda
WAJIB memiliki kebolehan, kecenderungan DAN ciri personaliti positif
SEBELUM anda dapat menjadi seorang MODEL USAHAWAN yang berjaya
(dan juga kaya).
Namun, jika anda mendapat markah terkumpul yang amat tinggi sekali
pun, ini TIDAK BERERTI anda pasti menjadi seorang usahawan berjaya
tanpa usaha yang ikhlas dan berterusan. Oleh itu, gunakanlah skor anda

8~

A Z A M UN T UK K AYA
Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura

sebagai panduan. Perkukuhkan kesemua kekuatan diri anda dan perbaiki
segala-gala kelemahan yang ada.
Kemudian, sediakan diri untuk merasai kejayaan serta kekayaan!

A Z A M UN T UK K AYA
Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura

~9

IKRA-Azam item #01 (kod item BP)
Adakah anda BERCIRI PEMIMPIN seperti
Annie?
*0 – 15

Anda tidak ada ciri pemimpin

16 – 30

Anda ada sedikit ciri pemimpin

31 – 45

Anda ada ciri pemimpin pada tahap biasa

46 – 60

Anda ada ciri pemimpin yang agak tinggi

61 – 75

Anda ada ciri pemimpin yang amat tinggi

IKRA-Azam item #02 (kod item MJ)
Adakah anda boleh MEMBINA JARINGAN
seperti Annie?

Skor keseluruhan
anda untuk item ini

Skor keseluruhan
anda untuk item ini

*0 – 15

Anda tidak tahu membina jaringan

16 – 30

Anda kurang cekap membina jaringan

31 – 45

Anda boleh membina jaringan pada tahap biasa

46 – 60

Anda boleh membina jaringan pada tahap yang agak tinggi

61 – 75

Anda boleh membina jaringan pada tahap yang amat tinggi

IKRA-Azam item #03 (kod item MI)
Adakah anda cenderung MENAMBAH ILMU
seperti Annie?

Skor keseluruhan
anda untuk item ini

*0 – 15

Anda tidak cenderung menambah ilmu

16 – 30

Anda kurang cenderung menambah ilmu

31 – 45

Anda cenderung menambah ilmu pada tahap biasa

46 – 60

Anda cenderung menambah ilmu pada tahap yang agak
tinggi

61 – 75

Anda cenderung menambah ilmu pada tahap yang amat
tinggi

10 ~

A Z A M UN T UK K AYA
Nordin, Airil Haimi & Riza Emifazura