BAGAIMANA TRAGEDI MENJADIKAN MEREKA LEBIH TABAH
BAGAIMANA TRAGEDI MENJADIKAN KITA LEBIH TABAH
Oleh:
DR.MURUKESU A/L M.MARGAPANDU
PENGETUA CEMERLANG
SMK TERUSAN SUGUT. BELURAN. SABAH
Tragedi tidak semestinya berakhir dengan kesedihan malah ramai yang telah melalui tragedi
yang teruk, terus hidup dan menghadapi dunia dengan lebih tabah. Banyak pengalaman hidup yang
hebat boleh dipelajari daripada insiden dalam kehidupan kita sama ada melalui hentaman yang
dahsyat atau sentuhan yang lembut. Sesetengah daripada kita mungkin terpaksa biarkan jari kita
terbakar walaupun mengetahui api itu panas manakala yang lain pula hanya perlu fikir sejenak untuk
menyedari kejahilan kita. Biarpun dari satu kejutan yang besar mahupun jentikkan yang lembut, kita
sentiasa pelajari sesuatu daripada pengalaman kita sendiri atau dari pengalaman orang lain. Bagi
orang telah pernah dicabar hebat oleh kepahitan dunia, perlu menyedari bahawa mengalah tidak
semestinya bererti dia telah gagal. Seseorang itu gagal hanya kerana tidak berusaha untuk mencuba
atau menghadapi cabaran tersebut.
Setiap orang yang telah mencapai kejayaan yang hebat, pastinya berpunca daripada suatu
impian. Impian inilah yang mendorong seseorang menghadapi pelbagai cabaran, halangan dan
keperitan untuk mencapai kejayaan tersebut. Walaupun menghadapi pelbagai halangan, kekecewaan
atau kegagalan bagi mencapai kejayaan tersebut, individu tersebut tidak pernah berputus asa. Setiap
kali halangan berlaku individu tersebut akan berusaha mencari alternatif lain atau akan membuat
beberapa penyesuaian bagi mengatasi halangan tersebut. Individu ini akhirnya akan berjaya
mencapai kejayaan atau matlamat yang ditujui kerana berani bermimpi, berani mencuba, berani
untuk gagal dan beranai mengatasi segala cabaran, walaupun mereka telah melalui pelbagai cabaran
atau tragedi yang teruk.
Dalam artikel ini telah saya dimuatkan beberapa tragedi teruk yang telah menimpa individuindividu tertentu namun akibat kecekalan hidup akhirnya mereka berjaya mencapai kehidupan yang
bahagia sesudahnya.
Cerita 1-“Mengapa Saya?”
Dunia ini penuh dengan kegagalan, keperitan, penipuan, kesengsaraan, ketidakadilan, tiada
harapan dan kematian. Sesetengah orang mengatakan bahawa kehidupan ini tidak adil kerana yang
kejam menjadi kaya yang baik mati awal. Mereka yang menjadi mangsa keadaan ini sering mengeluh
“Mengapa Saya?”
Di dunia yang sama ini juga kita dapati, ada kegembiraan, ada kasih sayang, ada kekayaan,
ada keamanan dan ada keadilan. Dalam keadaan ini adakah sesiapa yang telah menerima semua
pengurniaan ini secara jujur mengeluh “Mengapa Saya?”
Hakikatnya “Tragedi, kesedihan, kesengsaraan, kemarahan, dendam, kegembiraan,
kekurangan dan kejayaan, semuanya ada di asam garam kehidupan kita.”
Cerita 2- “Saya Lebih Baik Daripada Lipas”
Walaupun ramai bekas penagih dadah yang telah pulih daridapa ketagihan ini telah
memulakan kehidupan yang baru, namun mereka masih enggan atau tidak rela menyatakan nama
mereka. Ada seorang bekas penagih dadah telah menjelaskan perkara ini dengan menjelaskan
bahawa bukan nama itu yang penting tetapi yang paling penting ialah apa yang dia telah lakukan
kepada kehidupan seterusnya. Perjalanan kisah hidup baru bekas penagih ini bermula daripada katakata nasihat neneknya. Kata nasihat inilah yang telah berjaya menyelamatkan nyawanya daripada
tiga tragedi yang dialami penagih itu sendiri.
Kisahnya bemula dengan tindakan ibubapanya. Oleh kerana teruk ketagihan dadah, ibu
bapanya telah menghalaunya dari rumah. Dengan rasa penuh kesedihan dengan “dunia” yang telah
“mengenepikan”nya, dia mahu membunuh diri. Mati dengan perlahan akibat ketagihan dadah dan
kesedihan akibat dihalau dari rumah, sudahpun merupakan dua tragedi dalam kehidupannya. Tragedi
yang ketiga sedang dalam kemenjadiannya. Dia bersungguh untuk membunuh diri. Nasib baik
seorang daripada rakannya telah memberitahu berita ini kepada nenek penagih ini. Setelah
mendengar berita ini, neneknya menemui penagih tersebut lalu berkata “Mengapa kau benci sangat
dengan penghidupan kau ini?” Sambungnya lagi “Malah lipas pun boleh lari lintang pungkang untuk
menyelamatkan nyawa apabila diancam. Inikan kau?”. Kata neneknya lagI “Hai, apakah kau ini lebih
teruk daripada lipas tersebut? Adakah kau begitu lemah? Tiada impian? Tiada harapan?”
Kata-kata ini telah memberi satu hemtaman kuat di sanubari penagih tersebut dengan cukup
mendalam. Dia merasakan bahawa tentunya dia lebih kuat dan hebat daripada lipas tersebut. Dia
berasa begitu malu dan bersalah. Dia menyedari bahawa tiada siapa pun untuk dipersalahkan dalam
hal ini kecuali dirinya sendiri. Dengan serta merta dia telah mengambil keputusan untuk memasuki
pusat pemulihan dadah. Dalam masa dua tahun, dia telah melalui pelbagai sesi sesi kaunseling,
aktiviti keagamaan, sembahyang, berdoa untuk memulakan kehidupan yang lebih bersih, memohon
maaf serta kasih sayang terhadap dirinya. Dia telah mula memperolehi kekuatan dalamannya.
Hari ini, pada umur 33 tahun, dia telah berkahwin dan hidup bahagia dengan kehidupan baru
yang penuh keriangan dan bermakna.
Cerita 3-“Empat Kematian dalam Empat Tahun”
Debbie Gisonni merasakan bahawa dia boleh mengawal segala-galanya dalam hidupnya. Apa
tidak, dia adalah seorang ekskutif yang handal dan berpendapatan tinggi dan berkerja di Silicon
Valley, USA. Namun pada suatu hari dunianya telah bergegar......
Pada tahun 1984, ibunya Vita dikesan ada ketumbuhan dalam otaknya yang menyebabkan
dia lumpuh keseluruhan badannya. Beberapa tahun kemudian, adik bungsunya pula membunuh diri.
Beberapa bulan kemudiannya bapanya dikesan menghidapi barah tulang. Emak saudara kesayangnya
pula dikesan menghidap barah payu dara. Kesemua mereka meninggal di antara tahun 1990 ke 1994.
Dunai Debbie hampir musnah. Trajedi yang telah menempa keluarganya telah menyebabkan
Debbie hampir menjadi gila. Dunia bagaikan neraka baginya. Segala kemewahan hidupnya,
keselesaannya serta jawatan dan pangkat tidak bermakna lagi baginya. Namun selepas beberapa
ketika Debbie telah cuba memulakan kehidupan barunya semula. Debbie telah meninggalkan tempat
kerja lamanyan serta merta dan menubuhkan satu syarikat baru milik sendirinya yang diberi nama
“Real Life Lessons”. Tujuan utama penubuhan syarikat ini adalah untuk membantu mereka yang
telah melalui kejadian kematian dan bunuh diri dalam kelurga mereka. Dia telah berusaha mencari
erti kebahagian di tempat kerja, di rumah dan dalam kehidupan itu sendiri.
Akhirnya Debbie telah menjumpai jawapan yang dicari-carinya-iaitu kekuatan kasih sayang.
Jawapan yang menyarankan untuk kita menyayangi semua aspek dalam kehidupan kita, untuk
memberi dan menerima kasih sayang. Untuk memulakan penghidupan yang bahagia, Debbie mula
mempelajari masakan ibunya. Tidak lama kemudian dengan masakan cara ibunya, Debbie berjaya
menyediakan makan-makan enak untuk rakan-rakannya. Kemudian Debbie melibatkan diri dalam
dunia seni, lukisan, kecergasan fizikal, feng sui, menari, muzik dan lawak ketawa. Kini Debbie
bertukar dirinya daripada orang kecewa dan benci dunia kepada dewi kegembiraan dan membantu
orang lain menjadi sepertinya. Sumber utama Debbie meneruskan kehidupan ialah dua insan yang
Debbie amat sayangi iaitu –suaminya dan anjingnya.
Bila kita kehilangan seseorang, kita sering berfikir
“apa akan dia lakukan tanpa saya?”
manakala mereka ini di dunia lain pula akan fikirkan
“apa yang kamu telah lakukan bersama mereka”.
Kehidupan ini penuh dengan kesukaran, cabaran, kekecewaan dan juga kegembiran.
Laluilah kesemuanya, semoga kita dapat dengan bangganya menyatakan
Bahaw kita telah hidup sepenuhnya.
Cerita 4-Matahari Terbit Selepas Ia Terbenam
Matahari terbenam dengan penuh kegelapan pada malam hampa 26 Desember 2004. Hari
yang paling malang akibat satu tragedi dasyat ‘ombak tsunami pembunuh’ yang berpunca dari
gempa bumi di Aceh. Tetapi matahari tetap terbit pada hari berikutnya dan hari-hari seterusnya.
Hanya dua minggu selepas tragedi dasyat ini, seyuman di kalangan penduduk yang ditimpa
malang ini, mula kembali. Para remaja mula bermain bola di kem-kem mangsa tragedi. Sekolahsekolah telah mula dibuka. Di satu kem mangsa-mangsa tsunami, di Sri Langkah, permainan kriket
telah menjadi permainan harian. Di Phuket, Thailand, satu kawasan yang paling teruk mengalami
kerosakan, secara berpadu penduduk-penduduk tempatan dan pelancung telah “tatookan” badan
mereka dengan perkataan “26Dec2004”.
Di sebuah kem mangsa-mangsa tsunami, di Port Blair, India, cinta berputik antara sepasang
kekasih, Sanjay dan Kalpana. Tak kala tragedi ini masih dalam ingatan, mereka berdua telah
melangsungkan perkhawinan mereka di kem yang sama pada 16 Jan 2006.
Di Khoa Lok, satu kawasan yang dijejas teruk akibat tsunami di Thailand, program
pelancungan “Tsnami Tour” 3-hari telah dimulakan dengan bayaran US85 seorang. Program ini telah
mendapat sambutan yang bergitu hebat dari penduduk tempat dan pelancung asing. Ini telah
meningkatkan pendapatan penduduk tempatan. Pelancung yang biasanya dahulu melawat tempattempat hiburan dan pantai sebelum tsunami, kini bertukar kepada melancung ketempat-tempat
baru seperti tokong, tempat simpanan mayat mangsa tsunami sementara dan menghadiri majlismajlis pengkembumian.
“Tsunami Tour” telah bermula dengan 300 orang sebagai kumpulan pertama. Manakala bagi
matahari pula, tidak pernah berhenti, terbit.
“ Ada dua cara untuk melalui kehidupan kita. Pertama, hidup ini seperti
tiada apa-apa yang mujizat (miracle). Kedua, hidup ini semuanya mujizat.”
“Apa saja yang tidak membunuh saya, membuat saya kuat dan bijak.”
Jangan takut kehidupan kita akan berakhir,
takutlah bahawa kehidupan kita tidak akan bermula semula.
Cerita 5-Tragedi Buatan Manusia Yang Terbesar Di Dunia
Daripada laporan, tragedi yang paling teruk di dunia bukan merujuk kepada perang dunia
kedua. Tragedi yang paling teruk ialah ‘kebuluran’ yang berlaku di pedalaman negeri Cina antara
tahun 1959 sehingga 1961, megorbankan 40 ke 80 juta nyawa penduduk negeri Cina.
Mengikut catatan, Ketua Negeri Cina, Chariman Mao Tse-tung berhasrat untuk menolak Cina
menandingi atau menyaingi Britain dalam masa 15 tahun. Dalam usaha lonjakan harimau ini,
berpuluh ribu rakyat telah dikerah menghasilkan besi dan steel dengan peralatan ketuhar primatif.
Tindakan ini telah menyebabkan masalah kekurangan makanan namun keadaan ini tidak diberi
perhatian atau dipulihkan. Keadaan bertambah teruk tanpa makanan. Kebularan teruk telah berlaku.
Untuk terus hidup ada sesetengah ibu bapa telah merebus anak-anak mereka dan makannya.
Sebahagian daripada daging masak ini dijual sebagai daging dagangan.
Tetapi hari ini atas kesedaran dan kekuatan padu rakyat negeri Cina, negeri Cina bangun
tegak semula dan Berjaya melepasi tragedi kelaparan. Negara ini kini menjadi sebuah negara yang
pesat membangun di dunia. Hatri ini rakyat negeri ini dapat menikmati hasil lumayan yang tidak
terhingga.
“Persoalannya, bukan sama ada kita akan mati, tetapi bagaimana kita akan hidup”
“Setiap permulaan, bermula dari salah satu kesudahan”
“Tidak ketahui bilakan subuh akan menjelma, tapi awal-awal lagi saya telah buka semua
jendala di rumah saya”
Kehidupan adalah satu siri pengalaman, setiap satu membuat kita menjadi dewasa. Kerana
dunia ini dibina untuk membentuk perwatakan, maka kita mesti belajar bahawa semua halangan
dan kesedihan yang kita lalui dengan tabah akan membantu kita maramaju ke hadapan.
Sumber: How Tragedy Made Them Strong