Surat Penurunan Kuasa drp GB ke GP

Surat Penurunan Kuasa Pengetua/Guru Besar
Kepada Guru Penasihat/Pemimpin
SMK Bandar,
Jalan Padi Ria 1,
81200 Johor Bahru, JOHOR.
Rujukan Tuan
Rujukan Kami : PKS/05/2002(8)
Tarikh:
30 Oktober 2002
Johari bin Mat,
Guru Pemimpin,
Pergerakan Pengakap,
Sekolah Menengah Kebangsaan.
Saudara,
Surat Penurunan Kuasa Kepada Penasihat Persatuan
Berhubung perkara tersebut diatas, dinyatakan bahawa dengan kuasa yang
diberikan kepada saya sepertimana dalam Peraturan 4 dan 5 dalam PeraturanPeraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti
dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41l Perundangan
(A), P.U. (A) 196 bertarikh 21 hb. Mei 1998, saudara telah dilantik sebagai
Penasihat Pergerakan Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan (No.Pendaftaran
18/2002/SMK), berkuatkuasa mulai 30 Oktober 2002.

2.
Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab Penasihat Persatuan
yang perlu dilaksanakan oleh saudara.
3.
Semoga dengan perlantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab
untuk meninggikan prestasi Pergerakan Pengakap sekolah ini.
Sekian , terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
……………………..................
(ABDULLAH )
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda.
s.k.

1.
2.
3.
4.


Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Fail Pengakap
Fail Guru Penasihat/Pemimpin