Di akhir pembelajaran unit ini anda sepatutnya dapat:

  

UKUR KOMPAS

OBJEKTIF Objektif am : Mempelajari dan memahami tujuan, istilah, jenis alat dan kaedah kerja ukur kompas

  Objektif khusus : Di akhir pembelajaran unit ini anda sepatutnya dapat: 

  Menjelaskan tujuan dan keperluan menjalankan ukur kompas.  Memberikan makna yang tepat bagi istilah-istilah di dalam ukur kompas.

   Membezakan jenis-jenis alat kerja yang digunakan dalam ukur kompas.

  UNIT 4

  Input 4a

4.1 Pengenalan

  Dalam ukur kompas cerapan dan pangukuran ke atas garisan-garisan ukur melibatkan bearing dan jarak. Bearing dalam ukur kompas bermaksud sudut yang dibuat oleh garisan ukur dengan satu meridian rujukan tertentu. Bearing garisan dibaca dengan kompas prisma dan Jarak diukur dengan rantai ukur atau pita ukur. Garisan-garisan ukur tidak membentuk rangka-rangka segitga sebagaimana ukur rantai. Siri garisan-garisan ukur yang berterusan menbentuk satu litar yang disebut sebagai trabas. Arah garisan-garesan ukur tersebut adaIah berpandukan satu rujukan

  meridian magnet atau utara magnet. Titik-tilik di mana alat kornpas Prisma dipasangkan untuk mencerap bearing disebut sebagai hentian ukur.

4.1. Kompas Prisma

  Kompas Pisma menggunakan Prinsip-prinsip sifat magnet. Dalam keadaan Mendatar kompas ini boleh memberi bacaan arah garisan berpandukan maridian magnet atau utara magnet. Sudut-sudut yang di baca dengan alat ini di sebut bearing. Kompas prisma ini berbentuk kotak pelindung bulat bergarispusat 50mm hingga 80mm. Dalam Kotak ini terkandung gegelang yang dilekatkan pada jarum magnet di atas pangsi yang terletak di tengah-tengah tapak kompas. Di sisi belakang kotak ini dipasangkan prisma untuk menenang atau menjajar sasaran yang hendak di baca bearingnya.

4.1.1 Komponen Kompas (sila rujuk rajah 1 dibawah)

  4.1.1.1 Kotak

   Kompas

  Kotak kompas berbentuk bulat dibuat dari logam bukan magnetic dengan ukuran garispusat dari 5Omm - 80mm. Ditengah-tengah tapak kotak ini dipasangkan pangsi untuk meletakkan gegelang.

  4.1.1.2 Dial ( gegelang ) Kompas Jarum kompas dibuat daripada besi magnet lebar dan dilekatkan pada gegelang kompas. Gegelang kompas ini disenggat dari 0  - 360  darjah dalarn arah jam. Sengatan bermula dari hujung Selatan jarum magnet . Senggatan darjah dibahagi kepada 2 bahagian bagi membolehkan bacaan kepada 30' terhampir.

  Angka nilai bearing tulis terbalik.

  4.1.1.3 Prisma Prisma mempunyai sisi yang cembung untuk dijadikan sebuah kanta dan untuk memperbesarkan senggatan di kad.Kompas tanpa prisma adalah kurang jitu dan tidak digunakan dalam pengukuran

4.1.1.4 Bilah Tenang.

  Belahan uang membentuk bilah tenang membenarkan bacaan kompas diambil melalui prisma pada masa yang sama ketika melihat objek dengan bilah objek. Ia mengadungi satu dawai melihat yang keliahatan dipanjangkan kebawah dan membentuk satu penunjuk untuk membolehkan bearing kesatu objek dibaca.

  Rajah 4.1:Kompas Berprisma Rajah 4.2 : Binaan Kompas Berprisma-pandangan sisi

4.1.2. Komponen Tambahan

  4.1.2.1 Cermin

  Cermin dipasang pada bilah tenang. la boleh di turun-naikkan untuk menyesuaikan dengan sasaran yang terlalu tinggi atau rendah.

  4.1.2.2 Tapis-tapis Cahaya

  Terdapat 2 jenis tapis cahaya. Tapis berwarna merah adalah untuk kegunaan malam hari manakala tapis berwarna biru/hitam untuk kegunaan pada hari yang sangat cerah.

  4.1.2.3 Pin Henti.

  Pin hentii di pasang pada tapak bilah tenang. la hendaklah ditekan dengan berhati-hati bagi mernberrhentilkan hayunan gegelang.

  4.1.2.4 Tuil Pengangkat

  Tuil pengangkat dipasang pada bawah bilah tenang. Apabila bilah tenang dilipat rapat kepada penutup kaca tuil akan tertekan dan mengangkat jarum magnet dari pangsinya.

  4.1.2.5 Penutup Kaca

  Penutup kaca dipasang di bahagian atas kompas bagi malindungi gegelang daripada debu.

  4.1.2.6 Kakitiga Kompas Digunakan untuk menupang alat Kompas yang lebih berat.

  Tujuannya ialah supaya kompas yang digunakan ini terletak pada paras yang bersesuaian diatas permukaan bumi bagi menyenangkan cerapan bearing .

  4.2 Kompas Jurukur ( Surveyor Compass )

   Kompas Jurukur adalah sama dengan kompas prisma. Perbezaan nyata dengan kompas prisma adalah:  Tiada prisma dan bacaan dibuat dengan mata kasar.

   Ternpat prisma dipasangkan bilah mata.  Gegelang dilekatkan pada kotak kompas bukan pada jarum magnet.  Jarum magnet terletak di atas pangsi dan bergerak babas.  Hujung jarum menunjukkan nilai bearing di atas senggatan gegelang.  Gegelang disenggatkan dalam 4 sukuan. Setiap sukuan di senggat  hingga 90 . diantara 0  Angka-angka nilai bearing tidak terbalik.

   Tiada cermin dipasang pada bilah tenang.

  4.3 Kegunaan dan Penggunaan Kompas

4.3.1 Kegunaan

  Kompas Prisma sesuai digunahan dalam kerja-kerja pengukuran seperti berikut :

  • ukuran pemetaan bagi kawasan yang kecil.
  • ukuran kawasan di mana titik kawalan sukar dilihat seperti kawasan hutan tebal.
  • ukuran kawasan di mana ukur rantai sukar djalankan kerana rangka-rangka segitiga sukar dibentuk.
  • ukur tinjauan yang perlu d jalankan dengan cepat.
  • trabas kompas kasar di mana kejituan tinggi tidak diperlukan, dan • kegunaan pasukan tentera.

  4.4 Pengawasan Semasa Menggunakan Kompas Prisma.

  • Pastikan kompas yang dipasangsiap atas kakitiga berkeadaan mendatar.

  auhi atau elakkan gangguan magnet daripada peralatan logam magnet

  • J

  seperti parang anak kunci binaan keluli seperti pagar, tiang elektrik dll.

  • ApabiIa membawa kompas pastikan jarum magnet djangkat dari pangsinya dengan tuil pengangkat dan lipat bilah tenang supaya rapat dengan kaca penutup.
  • Elakkan kaca penutup daripada bergeser dengan apa-apa sekalipun untuk mengelakkan kesan statik eletrik terhadap jarum kompas.

  4.5 Mencerap Dengan Kompas Prisma

  • Pasang dan dirisiapkan kompas prisma di atas kakitiga pada hentian yang dipilih. Araskan kompas supaya dial (gegelang kompas) berada dalam keadaan bebas.
  • >Halakan bilah tenang kearah sasaran (pancang jajar ) dan jajarkan rarambut bilah tenang dengan sasa
  • B aca bearing melalui prisma dengan membaca sentuhan rerambut pada

  bacaan gegelang.

  • Jika gegelang tidak dalam keadaan tenang ( terhenti ) tekan pin dengan berhati-hati untuk mempercepatkan ia berhenti.
  • Jika bacaan pada gegelang kabur laraskan prisma dengan menurun naikkan kedudukan prisma.

4.6 Prinsip – Prinsip Asas

  4.6.1 Istilah-istilah Dalam ukur kompas istilah-istilah ini adalah penting.

  4.6.1.1 Bearing Bearing adalah sudut yang dibentuk oleh garisan ukur dengan suatu meridian yang ditetapkan samada maridian magnet atau meridian benar. Berdasarkan rajah di bawah OP adalah meridian dan bearing titik A adalah sudut POA

  P (meridian) A Rajah 4.4 : sudut yang dibentuk oleh garisan ukur O

4.6.1.2 Meridian benar

  Meridian benar merupakan lingkaran besar yang melalui kutub- kutub bumi.

  Kutub utara bumi (utara benar) Meridian bumi Kutub utara magnet 

  Rajah 4.5 : (utara magnet) Lingkaran yang melalui kutub-kutub bumi.

  Meridian magnet Kutub selatan magnet

  4.6.1.3 Meridian Magnet Meridian magnet terbentuk daripada lingkaran besar yang melalui kutub-kutub magnet bumi. Meridian ini dapat di tunjukan oleh jarum magnet yang berada dalam keadaan bebas terapung.

  Meridian ini adalah yang digunakan sebagai rujukan ukur kompas prisma.

   4.6.1.4 Sudut serong magnet.

  Meridian magnet sentiasa berubah dan tidak selaras dengan selaras dengan meridian benar. Sudut serong magnet merupakan selisih di antara meridian benar dan meridian benar dan meridian magnet. Sudut serong yang terbentuk adalah samada sudut serong magnetik timur atau sudut serong magnetik barat bergantung kepada kedudukan di permukaan bumi. Sudut serong ini tidak seragam di permukaan bumi seluruh dunia dan ianya minimun di Khatulistiwa.

  4.6.1.5 Tarikan Tempatan

  Tarikan tempatan merupakan gejala medan magnet yang mempengaaruhi jarum kompas.Kesan ini memberi selisih kepada bacaan bearing kompas. Medan ini berpunca daripada objek- objek bermagnet seperti parang, anak kunci, timbunan logam magnet, talian eletrik, binaan keluli dan sebagainya. Pada kebiasaannya kesan tarikan tempaatan adalah lebih besar didalam kawasan bandar darpada kawasan desa.

4.6.1.6 Jenis-jenis Utara

  Terdapat 3 jenis utara dalam ilmu ukur . Ketiga-tiga jenis utara ini ditunjukkan diatas peta seperti Peta Topograafi bersama-sama dengan nilai sudut serong magnet dan sudut serong grid. Ia bertujuan bagi memudahkan membuat penukaran nilai-nilai bearing.

i) Utara Benar

  Utara benar adalah hala kepada kutub utara bumi dari sebarang titik di atas permukaan bumi. Ia merupakan hala garisan bujur ( longitud ) yang ditunjukkan di atas peta.

  ii) Utara Magnet.

  Utara magnet merupakan hala yang ditunjukkan oleh jarum kompas dalam keadaan bebas terapung.

  iii) Utara Grid.

  Utara grid adalah hala yang ditunjukkan oleh garisan grid pugak diatas peta.

  Utara Grid

Utara Benar

Utara magnet 1 2’

  28”5’ Sudut serong magnet ialah 28 minit 5 saat, dan sudut serong grid ialah 1 darjah 2 minit.

4.6.1.7 Jenis-jenis bearing.

  Seperti utara bearing juga terdapat beberapa jenis. Ia bergantung kepada rujukan utara yang digunakan. Jenis-jenis bearing ini adalah boleh saling tukar dengan adanya sudut serong yang disediakan. i) Bearing Benar. Ia adalah bearing yang dibentuk oleh garisan ukur dengan

  Utara benar. Ia dibaca dalam arah jam dengan julat di  dan 360. antara 0

  Contoh 1:

  Diberikan sudut serong magnet 19  Barat dan bearing magnet untuk sesuatu garisan ukur bernilai 175  30’. Apakah bearing untuk garisan ukur tersebut?

  Utara benar (bumi) Utara magnet

175 30’

  19 156 30’ O A

  Rajah 4.7: Bearing benar Jawapan:

  Bearing benar untuk garisan ukur ini = 175  30’ - 19 = 156  30’ ii) Bearing Magnet. Bearing magnet merupakan sudut yang dibuat oleh garisan ukur dengan utara magnet. Ia diperolehi dari bacaan kompas prism dalam ukur kompas. iii) Bearing Grid. Bearing grid adalah yang diperolehi dengan meujuk kepada utara peta. iv) Bearing Bulatan Penuh.

  Bearing bulatan penuh adalah bearing yang dibaca dalam arah jam dan dirujuk pada sesuatu meridian  antara utara tertentu. Julat nilai bearing adalah antara 0

  . dan 360 h) Bearing Sukuan.

  Bearing sukuan adalah bearing yang dibuat oleh garisan ukur dengan garis utara atau selatan. Setiap sukuan merupakan satu suku bahagian bulatan penuh. Dalam sistem bearing sukuan julat nilai adalah diantara 0  dan 90 . Setiap nilai bearing disebut mengikut kedudukan sukuan dimana ia dibaca.

  Utara rujukan Utara rujukan

   

  Barat

Barat

Timur

4.6.1.8 Bearing Hadapan dan Bearing Belakang.

  Bearing hadapan dalam satu trabas ukur adalah bearing yang dibaca kepada hentian hadapan dalam arah laluan trabas. Apabila kompas menduduki hentian hadapan ini bacaan bearing arah hentian yang diduduki sebelumnya disebut bearing belakang.

  Utara magnet Bearing hadapan BC Utara magnet 100 

  Utara magnet B Bearing hadapan AB 60 

  Bearing Belakang AB C  240

  A Di mana : Bearing Belakang BC Bearing hadapan AB = 60 

   280 Bearing belakang AB = 240  Bearing hadapan BC = 100 

   Bearing belakang BC = 280

  Rajah 4.9 : bearing hadapan dan bearing belakang Titik A adalah sebagai stesen permulaan bagi terabas kompas dan arah bagi kerja mengukur menuju kearah titik B. Sudut yang disertakan disntara utara magnet atau meridian magnet dan garisan ukur AB dititik A dikenali sebagai bearing hadapan. Bearing Hadapan ini boleh diperolehi melalui cerapan bearing (sudut) stesen A kearah stesen B . Sudut yang terletak diantara utara magnet atau meridian magnet dan garisan ukur AB distesen B dinamakan pula sebagai bearing belakang AB. Bearing belakang ini ialah bearing yang dibuat dari stesen hadapan (B) balik kestesen permulaan (A) atau mana- manayang sebelumnya. Cerapan jenis ini, iaitu cerapan yang terdiri daripada bearing hadapan dan bearing belakang, dinamakan sebagai cerapan bearing salingan.

  Contoh 2:

  Katakan stesen permulaan ialah titik A dan stesen hadapan ialah titik

  B, dan garisan yang menyambungkan titik A dan titik B merupakan garisan terabas yang berarah A – B. (lihat rajah 4.10 ) . Bearing Hadapan AB iaitu sudut yang terkandung di antarautara magnet dengan garis pandangan AB ialah 50 . Bearing belakang AB, iaitu sudut yang berada di antara utara magnet dengan garis pandangan BA ialah 230 .

  Utara magnet Utara magnet B Bearing hadapan AB 50 

  Bearing belakang AB 230  A Rajah 4.10 : contoh bearing Bearing

  • – bearing salingan Bearing Hadapan AB Bearing Belakang AB

  Bearing Bulatan   50 230 Bearing Sukuan

  U 50  T S 50  B

  AKTIVITI UNIT 4

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT

  SELANJUTNYA

SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI

  HALAMAN BERIKUTNYA Soalan 4.1 Jelaskan tiga jenis utara dalam ilmu ukur. Soalan 4.2

  Apakah yang dimaksudkan dengan bearing hadapan dan bearing belakang?

  Berapa banyak utara leee..

  MAKLUMBALAS KEPADA AKTIVITI UNIT 4 PERHATIAN Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 4 Jawapan 4.1

  i) Utara Benar Utara benar adalah hala kepada kutub utara bumi dari sebarang titik di atas permukaan bumi. Ia merupakan hala garisan bujur ( longitud ) yang ditunjukkan di atas peta.

  ii) Utara Magnet.

  Utara magnet merupakan hala yang ditunjukkan oleh jarum kompas dalam keadaan bebas terapung .

  iii) Utara Grid.

  Utara grid adalah hala yang ditunjukkan oleh garisan grid pugak diatas peta.

  Jawapan 4.2

  Bearing hadapan dalam satu trabas ukur adalah bearing yang dibaca kepada hentian hadapan dalam arah laluan trabas. Apabila kompas menduduki hentian hadapan ini bacaan bearing arah hentian yang diduduki sebelumnya disebut bearing belakang.

  Barulah nampak ..

  PENILAIAN KENDIRI UNIT 4

  Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri.

   Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.

  Selamat mencuba. Semoga berjaya!!!

  Soalan 4.1

  Apakah perbezaan teknik memplot di antara ukur kompas dan ukur rantai?

  Soalan 4.2

  Jika arah bagi A dari B ialah 250  mengikut arah utara benar, apakah rahnya A dari B, a) mengikut utara grid ?

  b) mengikut utara magnet ? Dimana sudut serong magnet ialah 40’ Timur dan sudut serong grid ialah 35’ Barat.

  Utara benar Utara grid Utara magnet 

  35 

  

40

Rajah 8 Utara apa tu..

  MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI UNIT 4

  SUDAH MENCUBA ? SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN JAWAPAN DIBAWAH

  Jawapan 4.1

  Jika dua garisan perlu diplotkan dalam kerja ukur rantai, garisan ketiga bagi membentuk suatu segi tiga mesti diukur juga. Bagaimanapun, jika bearing dua garisan tersebut diketahui . Ia boleh diplotkan dengan mengukur sudut yang dibuatnya dengan satu arah rujukan, tanpa perlu membuat pengukuran lelurus selanjutnya.

  Jawapan 4.2

  a) Mengikut utara grid, arah bagi A dari B ialah: 250

  • + 35’ = 250 35’

   (Rajah 9) Utara benar Utara grid Utara magnet

  Rajah 9 35’

  250  35’

  B

  250 

  A

  c) Mengikut utara magnet, arah bagi A dari B ialah : 250 -

  40’ = 249 20’ (Rajah 10) Utara benar Utara magnet

  40’

  B

  249  20’

  A

  250 

  Rajah 10

  Tahniah sekiranya anda dapat menjawab Bolehlah keunit seterusnya