Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Melayu

1.0

PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, pertama sekali kami ingin

memanjatkan

rasa

syukur

kehadrat

ilahi

dengan

limpah

kurniaNya


kami

dapat

melaksanakan kerja kursus pendek ini dengan sempurna. Berkat doa dan usaha gigih kami
selama tempoh kerja kursus pendek ini diberikan telah membuahkan hasil kerja seperti yang
telah diarahkan kepada kami. Disamping itu, kami telah diberikan amanah dan
tanggungjawab ke atas diri kami untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini dengan jayanya.
Seterusnya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr.
Hamdan Bin Aziz selaku pensyarah Sejarah 2 bagi unit Sejarah PPISMP Semester 1
Ambilan Jun 2011 kerana telah memberikan tugasan ini kepada kami untuk kami
melaksanakannya dalam tempoh yang diberikan. Tugasan ini kami pikul dengan penuh rasa
tanggungjawab dan serba sedikit dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kami dalam
bidang sejarah.
Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
kedua ibu bapa kami yang telah banyak memberikan bantuan dari segi kewangan dan
sokongan sepanjang kami menyiapkan kerja kursus pendek ini dengan sempurna.
Merekalah yang telah banyak memberikan kami semangat untuk sentiasa bersabar dalam
mencari maklumat. Mereka sanggup mengirimkan wang tambahan untuk kami gunakan
sebagai kemudahan dan keselesaan semasa mencari maklumat contohnya seperti

menyewa kenderaan dan sebagainya memandangkan elaun yang dibekalkan tidak
mencukupi.
Akhir sekali kami juga tidak akan melupakan sumbangan yang telah diberikan oleh
rakan-rakan kami secara langsung atau tidak langsung dalam usaha kami melaksanakan
kerja kursus pendek ini dengan sempurna. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada mereka semua kerana telah banyak memberikan sumbangan dalam bentuk ilmu
pengetahuan, perbincangan dan juga sumber rujukan.

1

2.0

PENDAHULUAN
Ekonomi dapat dibahagikan kepada dua iaitu sistem ekonomi sara diri dan ekonomi

komersial. Sebelum kedatangan penjajah barat ke tanah Melayu, masyarakat

Melayu

menjalankan sistem ekonomi sara diri. Merujuk kepada aktiviti yang tidak menghasilkan

lebihan produk untuk pemasaran. Ia bertujuan untuk keperluan asas dan bukannya untuk
diperdagangkan. Antara contoh aktiviti ekonomi sara diri adalah seperti bercucuk tanam,
menternak binatang, dan mengusahakan padi sawah dan padi huma. Penghasilan kapal
wap dan beberapa faktor yang lain telah merubah sistem ekonomi di tanah Melayu kepada
ekonomi dagangan atau ekonomi komersial lantas merubah landskap-landskap kosong di
tanah melayu kepada ladang-ladang perusahaan. Pertanian dagangan bermaksud pertanian
yang berasaskan eksport.
Bagi memajukan sesebuah negara, ia haruslah mempunyai sistem ekonomi yang
teguh dan berkesan. Penjajah barat telah banyak mengeksploitasikan ekonomi Tanak
Melayu sebelum kita mencapai kemerdekaan negara. Rancangan Malaya Pertama
diperkenalkan setahun sebelum mencapai kemerderkaan negara iaitu pada tahun 19561960. Kemudian usaha tersebut diteruskan dengan tertubuhnya Rancangan Malaya Kedua
pada tahun 1961-1965 dan seterusnya Rancangan Malaysia Pertama iaitu pada tahun
1966-1970.
Pelbagai usaha telah giat dilakukan oleh kerajaan yang pada ketika itu dipimpin oleh
bapa kemerdekaan negara iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pelbagai agensi telah
ditubuhkan bagi memajukan ekonomi dan taraf hidup luar bandar khusunya dan seluruh
Tanah Melayu amnya. Namun, rancangan ini kurang mencapai objektifnya kerana terdapat
pelbagai kekangan dalam tempoh masa yang dirancangkan. Antaranya ialah ancaman
komunis iaitu ketika zaman darurat yang berkuatkuasa pada tahun 1948-1960 oleh kerajaan
british pada masa itu. Tambahan pula, kejatuhan harga getah dan bijih timah di pasaran

dunia.

2

3.0

KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT
Dalam menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini, kami telah menggunakan

beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Pelbagai kaedah ini
adalah untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah sahih dan tepat. Kaedah
tersebut ialah perbincangan kumpulan, temubual, arkib dan membuat rujukan di laman
sesawang serta buku-buku rujukan.
Perbincangan kumpulan
Perbincangan kumpulan merupakan kaedah asas yang sangat penting dalam
menyiapkan kerja kursus pendek ini. Hal ini demikian kerana, melalui perbincangan
kumpulan,

banyak


idea

dapat

diketengahkan.

Selepas

itu,

ahli

kumpulan

akan

membincangkan pro dan kontra idea yang diketengahkan tersebut. Kaedah ini juga dapat
meningkatkan lagi kerjasama dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli
kumpulan. Dengan mengadakan perbincangan, kata sepakat telah diperoleh dan kami telah
menganalisis tajuk dan mentafsir maklumat berkenaan tajuk tersebut.

Temubual
Kami telah menggunakan kaedah temubual bagi mendapatkan maklumat berkenaan
dengan pembangunan FELDA pertama Ayer Lanas,Kelantan merupakan salah satu topik
kecil dalam kerja kursus pendek ini. Kami telah menemubual salah seorang yang pernah
hidup ketika rancangan itu dijalankan. Malah, kami juga telah menemubual beberapa
penduduk di situ bertanyakan pendapat tentang perubahan dan kesan daripada Rancangan
Malaya Pertama yang ditubuhkan lebih kurang 55 tahun dahulu. Kaedah ini merupakan
sumber pertama dan kami berjaya memperoleh banyak maklumat tentang tajuk yang
dibincangkan.
Membuat rujukan
Bahan rujukan utama yang kami gunakan ialah menggunakan sumber arkib bagi
mendapatkan maklumat tentang tajuk yang diberikan. Kami juga menggunakan buku-buku
ilmiah sebagai bahan rujukan. Antara maklumat yang kami peroleh daripada buku tersebut
termasuklah maklumat yang berkaitan dengan Rancangan Malaya Pertama. Banyak
maklumat tentang Rancangan Malaya Pertama diperoleh daripada sumber tersebut.
Selanjutnya, kami juga banyak membuat rujukan melalui laman sesawang.

3

Arkib

Bahan rujukan utama kami merupakan Arkib Negeri Terengganu yang merupakan
tempat menyimpan sumber-sumber primer yang berkenaan Negara Malaysia. Antara
maklumat yang kami temui di arkib negeri ini seperti dokumen-dokumen berkenaan
Rancangan Malaya Pertama iaitu tajuk utama kami. Disamping itu, kakitangan yang berkerja
di arkib tersebut telah banyak memberi kerjasama kepada kumpulan kami bagi
memudahkan kami untuk terus menggunakan arkib sebagai rujukan kami di masa akan
datang.

4

4.0

DEFINISI EKONOMI TRADISIONAL DAN EKONOMI KAPITALIS

4.1.

DEFINISI EKONOMI TRADISIONAL

Perkataan “tradisional” merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua didefinisikan sebagai
sesuatu yang bersifat atau bercorak tradisi. Maka, ekonomi tradisional diertikan sebagai

sistem ekonomi yang diterapkan oleh masyarakat tradisional secara turun temurun dengan
hanya mengandalkan alam dan tenaga kerja. Sistem ekonomi ini juga merupakan sistem
ekonomi di mana kegiatan ekonominya bersifat sangat sederhana.Antara contoh kegiatan
ekonomi tradisional termasuklah kegiatan pertanian dan kegiatan penternakan.
CIRI-CIRI EKONOMI TRADISIONAL
1.
2.
3.
4.
5.
4.2

Teknik yang digunakan dipelajari secara turun-temurun
Menggunakan modal yang sedikit
Tidak mempunyai pembahagian tugas
Terikat dengan tradisi
Terdapat pertukaran barangan secara barter
DEFINISI EKONOMI KAPITALIS

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan

kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif
individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk
sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa
pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan,
pelaburan dan pendapatan.
CIRI-CIRI EKONOMI KAPITALIS
1. Pengakuan yang luas atas hak-hak peribadi
2. Pemilikan alat-alat produksi di tangan individu
3. Inidividu bebas memilih pekerjaan/ usaha yang dipandang baik bagi dirinya.
4. Perekonomian diatur oleh mekanisme pasar
5. Pasar berfungsi memberikan “signal” kepda produsen dan konsumen dalam bentuk
harga-harga.

5.0

KRONOLOGI PERKEMBANGAN SOSIO EKONOMI DI MALAYSIA
5

ERA PRAPENJAJAHAN (1400-1511)




Penduduk tanah melayu ketika itu menjalankan aktiviti ekonomi sara diri.
Orang-orang setempat untuk bergiat dalam bidang-bidang perkhidmatan dan



perdagangan.
Institusi politik dan sosial seperti sistem kerah, berhutang, ufti dan
persembahan hasil daripada jajahan-jajahan takluk pemerintah merupakan



hasil pengeluaran yang melebihi keperluan.
Menjalankan sistem cukai dan pengawalan keluaran terhadap pertanian dan
hasil bumi seperti emas dan bijih timah.

ERA PENJAJAHAN (1511-31 OGOS 1957)






Titik permulaan campurtangan kuasa-kuasa Barat (orang Eropah).
Penjajahan beberapa pihak luar seperti Portugis, Belanda, dan British.
Ekonomi negara telah dieksploitasi.
Pada zaman penjajahan British lebih tertumpu kepada kegiatan perlombongan



bijih timah dan perladangan getah.
Beberapa syarikat perdagangan seperti Sime Darby, Guthrie, Harrisons &
Crossfield, dan Straits Steamship Company turut terlibat dalam kegiatan



perladangan, industri memproses dan perlombongan.
Pembinaan kemudahan infrastruktur, khususnya di kawasan-kawasan lombong
bijih timah, kegiatan melombong emas, bijih besi, arang batu dan bauksit turut
dijalankan di Tanah Melayu.

ERA KEMERDEKAAN

6.0





Rancangan Pembangunan Ekonomi diperkenalkan.
Rancangan Malaya 1 dari tahun (1956-1960).
Agensi seperti FELDA, RIDA dan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar



Bandar.
Meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat luar bandar amnya.

PERKEMBANGAN EKONOMI DI TANAH MELAYU

6

Ekonomi di tanah melayu telah bermula sejak empayar Melaka lagi. Sejak dibuka
pada tahun 1400 oleh Parameswara, Tanah Melayu telah berkembang menjadi sebuah
negara yang pesat membangun. Penduduk tanah melayu ketika itu menjalankan aktiviti
ekonomi sara diri. Kedudukan geografi Semenanjung Tanah Melayu yang terletak di
persimpangan lalu-lintas perairan utama Selat Melaka, serta muara-muara sungai yang
beroperasi sebagai pelabuhan semulajadi telah meninggalkan kesan kepada perkembangan
ekonomi negara ini. Kedudukan ini memberi peluang kepada orang-orang setempat untuk
bergiat dalam bidang-bidang perkhidmatan dan perdagangan. Dengan pembukaan lebih
banyak pelabuhan dan berkembangnya sistem lalu-lintas perairan, maka semakin
meningkat perkembangan ekonomi Tanah Melayu.
Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka merupakan faktor utama kepada
perkembangan ekonomi Kepulauan Melayu. Kota Melaka merupakan sebuah pusat
perdagangan “entrepot”1 , yang mana ini menunjukkan taraf keupayaan penduduk dan
pemerintah mengendalikan satu sistem ekonomi yang maju. Kejayaan perdagangan
“entrepot” Timur-Barat ini berpunca daripada keupayaan kerajaan Melaka mengawal
perairan lalu-lintas Timur-Barat di Selat Melaka. Kecekapan perdagangan semakin
meningkat dan berkembang pesat dengan wujudnya ekonomi lebihan. Institusi politik dan
sosial seperti sistem kerah, berhutang, ufti dan persembahan hasil daripada jajahan-jajahan
takluk pemerintah merupakan hasil pengeluaran yang melebihi keperluan. Di samping itu
kerajaan Melaka juga menjalankan sistem cukai dan pengawalan keluaran terhadap
pertanian dan hasil bumi seperti emas dan bijih timah. Asas sistem ekonomi Melaka pada
keseluruhannya adalah berpandukan kepada undang-undang Kanun Melaka dan undangundang laut yang berteraskan Undang-undang Islam.
Kejatuhan Empayar Melaka ke tangan Portugis membentuk satu era baru. Ia
merupakan titik permulaan campurtangan kuasa-kuasa Barat (orang Eropah) di rantau ini
amnya di Tanah Melayu khusunya. Orang-orang Eropah berlumba-lumba untuk menjelajah
kawasan-kawasan baru dengan tujuan untuk menambah kekayaan, di samping meluaskan
sistem perdagangan serta menyakinkan pengaruh-pengaruh politik mereka. Portugis yang
menduduki Melaka hanya berkeupayaan mengawal kawasan-kawasan di sekitar Melaka
sahaja. Serangan-serangan yang dilakukan oleh Kerajaan Melayu selepas kejatuhan
Kesultanan Melayu Melaka menghalang kemaraan orang-orang Portugis yang berazam
untuk meluaskan kuasa mereka. Namun demikian, pihak Portugis berjaya mengawal lalulintas perairan Selat Melaka dengan menguatkuasakan sistem cukai. Ini merupakan peluang
pihak Portugis untuk membawa para pedangang singgah dan berdagang di Kota Melaka.
1 Pusat perdagangan, biasanya bandar pelabuhan yang menjadi tempat mengimport dan
mengeksport semula barang-barang dagangan.

7

Pada masa yang sama, pihak Belanda telah mendapat kejayaan daripada segi kawalan
ekonomi dan politik yang berkesan tetapi terpaksa menumpukan sebahagian besar kuasa
mereka di Kepulauan Indonesia. Orang-orang Belanda tidak berjaya untuk memonopoli
perdagangan tempatan pada keseluruhannya dengan munculnya orang-orang British.
Dasar perluasan kuasa tanah jajahan oleh kerajaan British di Britain di bawah
kepimpinan Disraeli dari Parti Konservatif, telah menjadi sebab sebenar campur tangan
British.2 Kegiatan ekonomi Tanah Melayu pada zaman penjajahan British lebih tertumpu
kepada kegiatan perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Oleh sebab itu,
perkembangan eksport kedua-dua hasil tersebut menjadi penggerak utama kepada
pertumbuhan ekonomi dan kegiatan perniagaan ekonomi tempatan termasuk pembinaan
kemudahan infrastruktur, khususnya di kawasan-kawasan lombong bijih timah, kegiatan
melombong emas, bijih besi, arang batu dan bauksit turut dijalankan di Tanah Melayu.
Perkembangan getah dan perlombongan bijih timah hanya sebahagian daripada aspek
proses pertambahan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu. Kegiatan komersial lain seperti
perkhidmatan perkapalan, rumah-rumah saudagar, firma insurans dan syarikat-syarikat
perdagangan turut berkembang. Beberapa syarikat perdagangan seperti Sime Darby,
Guthrie, Harrisons & Crossfield, dan Straits Steamship Company turut terlibat dalam
kegiatan perladangan, industri memproses dan perlombongan. Syarikat-syarikat ini
bertindak sebagai agen pengurus pertanian dan perlombongan. Pengurusan kedua-dua
perusahaan tersebut dikaitkan dengan kepentingan mereka dalam perdagangan di
Singapura serta kepentingan kewangan, pengurusan dan sumber teknikal mereka di Britain
Pelaburan asing dalam kedua-dua industri getah dan bijih timah semakin bertambah
disebabkan industri tersebut menjanjikan pulangan yang lumayan. Kemahiran pentadbiran,
pengurusan dan teknologi turut mengalir masuk seiring dengan aliran pelaburan asing.
Sebagai contoh, pada tahun 1877, sebuah enjin stim digunakan untuk melombong bijih
timah di Taiping bagi menambah hasil dan mempercepatkan proses kerja melombong.
Seterusnya, penggunaan kapal korek mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun
1912. Kemajuan infrastruktur dipertingkatkan menerusi pembinaan jalan raya dan landasan
kereta api dengan tujuan memenuhi keperluan industri berkenaan khususnya bagi
mempercepatkan pengangkutan hasil getah dan timah. Walau bagaimanapun, kebanyakan
pembinaan infrastruktur berkenaan lebih tertumpu di kawasan bandar yang terlibat dengan
perusahaan getah dan perlombongan bijih timah. Landasan kereta api mula dibina pada
tahun 1885 menghubungkan bandar Taiping dan Port Weld. Jalan raya juga dibina bagi

2 Institut Tadbiran Awam Negara . (1991) . MALAYSIA KITA . KUALA LUMPUR : JABATAN
PERCETAKAN NEGARA

8

menghubungkan kawasan ladang getah dan perlombongan bijih timah. Pembinaan jalan
raya semakin meluas kesan daripada penggunaan kenderaan bermotor selepas 1902.
Bank-bank British3 mula ditubuhkan dalam abad ke-19 diikuti oleh penubuhan bankbank Cina pada permulaan abad ke-20. Bank dan institusi kewangan yang lain memainkan
peranan yang penting dalam pelbagai bidang kewangan termasuk perdagangan tradisional,
pertukaran mata wang serta pembiayaan aktiviti pertanian. Sehingga awal 1960-an, struktur
ekonomi Tanah Melayu tidak berubah. Ini kerana pergantungan yang tinggi terhadap
keluaran timah dan getah serta import barangan hasil kilang dan makanan tambahan kekal
sama. Sejak awal abad ke-19, pemerintahan British di Tanah Melayu lebih tertumpu kepada
kegiatan ekonomi yang cenderung ke arah meningkatkan hasil eksport tetapi tidak memberi
perlindungan kepada keluaran dalam negeri. Di samping itu, duti import yang rendah
membolehkan barangan import dijual dengan murah. Situasi ini memberi kelebihan kepada
pengeksport British kerana pasaran yang terjamin serta margin4 keuntungan yang tinggi.
Dasar ekonomi British di Tanah Melayu juga tidak menggalakkan pertumbuhan perindustrian
tempatan bagi mencegah persaingan. Di samping itu, dasar mereka lebih cenderung kepada
mewujudkan situasi yang membantu perkembangan sektor-sektor tertentu yang dari aspek
ekonominya, menguntungkan kepentingan perdagangan British.
Untuk menyokong ekonomi eksport yang diasaskan oleh komoditi utama iaitu bijih
timah dan getah, banyak buruh imigran telah dibawa masuk ke negara ini dari China dan
India.5 Hasil daripada dasar liberal dan terbuka terhadap kemasukan imigran Cina dan India
ini yang bermula dari suku terakhir abad ke-19 ialah, terbentuknya suatu masyarakat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, keturunan dan cara hidup.

7.0

USAHA-USAHA KERAJAAN BAGi MENINGKATKAN TARAF SOSIO

EKONOMI

3. Penubuhan Kementerian
Pembangunan
Negarabank
dan British yang ditubuhkan pada abad ke -19 termasuklah Bank Scotland.
3 Antara
Suatu amaun yang melebihi jumlah minimum yang perlu.
Luar Bandar 4(1959)

5 Imigran dibawa masuk ke negara ini dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, buruh
imigran Cina dibawa masuk ke negara ini melalui Sistem Tiket Kredit, Sistem
-Diketuai olehPengambilan
Dato’ RazakKakitangan dan Sistem Pengambilan Rumah Kongsi. Manakala, buruh
imigran
dari India pula melalui Sistem Buruh Bebas, Sistem Kontrak dan Sistem Kangani.
Bin Dato’ Hussein iaitu

Timbalan Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu.
-Menyelaraskan dan

9

2. Penubuhan FELDA
(1956)

USAHA KERAJAAN
BAGI MENINGKATKAN
TARAF
SOSIOEKONOMI
RANCANGAN MALAYA
1

(Federal Land Development
Authority
-Tanah baru dibuka secara
besar-besaran untuk
pertanian dan petempatan
baru yang dilengkapi dengan
kemudahan asas.
-Penduduk luar Bandar yang
miskin dipindahkan ke
petempatan baru ini dan
menjadi petani moden.

1.Penubuhan RIDA
(Rural Industrial Development

-Menumpukan pertanian
getah dan kelapa sawit.

Authority)
-Membangunkan masyarakat luar
bandar.
-Memberi pinjaman kepada
petani.
-Membantu petani menjual hasil
pertanian.
-Menggalakkan orang melayu
berniaga.

8.0

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
Selepas Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) mencapai kemerdekaan, Kerajaan

negara

ini

telah

merancang

dan

melaksanakan

usaha-usaha

perancangan

dan

pembangunan negara bagi rnengatasi pelbagai masalah sosioekonomi dan politik.
10

Kesannya, Rancangan Malaya Pertama telah diperkenalkan. Parti Perikatan yang mendapat
mandat menubuhkan kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum 1955 terus
melaksanakan Rancangan Malaya Pertama. Rancangan Malaya Pertama diperkenalkan
sebelum kemerdekaan lagi, iaitu pada tahun 1956. Berikutan dengan beberapa perakuan
tentang pembangunan negara oleh misi Bank Dunia kepada Kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu (PTM) maka pada tahun 1954, Kerajaan PTM telah melaksanakan pembangunan
yang menyeluruh.
Rancangan Malaya Pertama telah dilancarkan yang membawa tanda peralihan daripada
perancangan mengikut projek-projek kepada suatu perancangan pelaburan sektor awam
yang

bersepadu.

Matlamat

utama

rancangan

pembangunan

ini

adalah

untuk

membangunkan ekonomi negara dengan memberi penekanan kepada sektor luar bandar
bagi merapatkan jurang perbezaan dengan kawasan bandar di samping mengurangkan
kadar kemiskinan penduduk kawasan luar abndar. Sejumlah RM478.2 juta telah
diperuntukkan bagi membangunkan sektor ini. Rancangan Malaya Pertama juga adalah
untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan negara agar tidak terlalu
bergantung pada bijih timah dan getah.
Pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan pembangunan bersepadu
yang bukan sahaja menekankan sektor ekonomi, malah sektor sosial dan awam.
Sehubungan dengan itu, rancangan ini telah menampakkan kejayaan cemerlang dengan
penubuhan dua agensi Kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1956. Dalam sektor
ekonomi, tanah-tanah dibuka untuk kawasan pertanian baru, penanaman semula getah
pekebun kecil dan ladang digalakkan, hasil keluaran pertanian dipelbagaikan, dan
perusahaan perlombongan bijih timah digiatkan. Dalam sektor sosial pula, pelbagai
perkhidmatan disediakan seperti kemudahan kesihatan, perhubungan dan pendidikan.
Dalam sektor awam, infrastruktur seperti balai polis, kem tentera, pejabat pos, mahkamah,
dan rumah kakitangan kerajaan disediakan. Satu pembaharuan yang penting dalam sejarah
perancangan dan pembangunan Negara Malaysia sehingga ke hari ini ialah pelaksanaan
Sitem Buku Merah.

8,1

Rural Industrial Development Authority (RIDA)

RIDA ditubuhkan pada tahun 1950 dan matlamat utamanya ialah membangunkan
masyarakat kawasan luar bandar. Menjalankan aktiviti pembangunan ekonomi, sosial, dan
infrastruktur. Salah satu daripadanya ialah, memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian
11

kecil yang ingin mengusahakan tanaman kecil-kecilan dan tidak memerlukan modal yang
banyak. Selain itu, RIDA juga banyak membantu pemasaran hasil keluaran pertanian bagi
memudahkan mereka untuk mendapat kewangan untuk menyara keluarga. Disamping itu,
RIDA telah menggalakkan penyertaan orang-orang Melayu dalam sektor perniagaan supaya
orang melayu dapat menguasai bidang ekonomi seperti Negara lain yang sedang
membangun.
Peranan RIDA berterusan selepas merdeka dengan membangunkan dan memajukan
masyarakat luar bandar.

8.2

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development

Authority (FELDA)
FELDA ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai badan berkanun. Salah satu peranan FELDA
adalah meningkatkan taraf hidup masyarakat luar Bandar seiring dengan masyarakatmasyarakat bandar. Selain itu, FELDA juga membantu dalam meningkatkan hasil pertanian
negara.
Tanah-tanah baru dibuka secara besar-besaran untuk pertanian dan petempatan baru.
Petempatan baru dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air paip,
klinik, sekolah, dan jalan raya. Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke
petempatan baru dan menjadi petani moden. Jenis tanaman yang diberikan tumpuan ialah
getah, kelapa sawit, tebu, dan koko. Setiap rancangan FELDA dalam Rancangan Malaya
Pertama meliputi kawasan seluas 1,600 hingga 2,000 hektar.

8.3

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar ditubuhkan pada tahun 1959
menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan kawasan luar bandar.
Kementerian ini diketuai oleh Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Timbalan Perdana
12

Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu. Salah satu peranan Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar adalah menyelaras segala program pembangunan
luar Bandar. Setelah itu, RIDA dan FELDA kemudiannya diletakkan di bawah kementerian
ini.

9.0

KESIMPULAN
Akhirnya, dapat disimpulkan di sini bahawa,

sudah terang lagikan bersuluh

sesebuah negara tidak akan terbina dalam satu hari sahaja. Sesebuah negara itu akan
mengalami beberapa fasa sebelum menjadi sebuah negara yang cemerlang dan kukuh dari
13

pelbagai aspek amnya, dari segi ekonomi. Negara kita Malaysia sebagai contoh, merupakan
suatu bukti yang cukup jelas dan tidak dapat dipertikaikan lagi kebenarannya.
Malaysia pada awalnya merupakan sebuah negara yang berasal dari sebuah
perkampungan yang dibuka pada 1400 yang lalu. Pada ketika itu ekonomi berbentuk sara
diri merupakan aktiviti ekonomi yang cukup penting dalam kalangan penduduk. Aktiviti
seperti menternak, bertani dan sebagainya yang tidak melibatkan keuntungan dan bertujuan
untuk menampung kehidupan diri dan keluarga merupakan aktiviti utama penduduk. Amalan
pertukaran barangan atau lebih dikenali sebagai sistem barter turut menjadi sebahagian
daripada sistem ekonomi penduduk. Selanjutnya, kesan daripada pentadbiran pemerintah
yang sistematik dan berkaliber menyebabkan aktiviti perdagangan muncul. Namun,
penjajahan yang berlaku telah mengubah segala-galanya. Struktur ekonomi negara berubah
dengan pesat sekali terutamanya ketika penjajahan oleh pihak british. Sistem ekonomi
kapitalis mengambil tempat di negara ini. Sistem kapitalis yang diamalkan oleh pihak
penjajah secara tidak langsung telah mengubah pemandangan dinegara ini. Infrastrukturinfrastruktur seperti jalan raya.jalan kereta api dan sebagainya dibina oleh pihak penjajah
bagi memudahkan kerja-kerja eksploitasi dijalankan.
Seterusnya, pada zaman pra-merdeka pula memperlihatkan usaha-usaha kerajaan
dalam meningkatkan taraf ekonomi dan hidup rakyat menerusi rancangan-rancangan
pembangunan lima tahun. Rancangan tersebut telah dijalankan secara berperingkat melalui
agensi-agensi

yang

terlibat

seperti

RIDA,

FELDA

dan

sebagainya.

Rancangan

pembangunan negara ini berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat secara keseluruhannya.

14