al ijarah kontrak sewa

(AL-IJARAH (KONTRAK SEWA





Maiza Fikri, ST, M.M
maizafikri@rocketmail.com
Meiza86
1

(AL-IJARAH (KONTRAK SEWA






Menurut istilah kalimah Ijarah
bermaksud: Bayaran yang diberikan
kepada orang yang melakukan sesuatu

kerja sebagai ganjaran kepada apa yang
dilakukannya.
Menurut istilah Fuqaha’: Ijarah ialah
kontrak untuk mendapatkan khidmat
(manfaat) tertentu yang boleh dibayar
dan dihalalkan dengan barangan tetentu.
Atau : Pemindahan hak milik sesuatu
khidmat (manfaat) dan dibayar
dengan suatu barangan.
2

DALIL
AL- PENSYARIA’TAN
IJARAH
Firman Allah s.w.t “Jika mereka 
menyusukan anak untuk kamu,
maka berikanlah kepada
(mereka upahnya” (Al-Talaq: 6
3




Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari
dan selainnya daripada A’isyah (hadis hijrah
yang panjang). Dalam hadis tersebut
A’isyah r.a berkata: “Nabi s.a.w dan Abu
Bakar menupah seorang lelaki Bani al-Dail
daripada Bani Abd bin A’ddi, seorang
penunjuk jalan yang mahir dan masih
menganut agama kafir Quraisy. Nabi s.a.w
dan Abu Bakar mempercayainya dan
menyerahkan dua ekor unta tunggangan
mereka kepadanya. Mereka berjanji untuk
bertemu dengannya di gua Thur selepas
tiga hari. Pada hari ketiga, lelaki itu datang
bersama unta tunggangan mereka dan
4
mereka berangkat” (Riwayat al-Bukhari no.2144)




Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi
s.a.w bersabda yang bermaksud: “Allah
Taala berfirman; Ada tiga orang yang
akan aku musuhi pada hari kiamat.
Lelaki yang memberi sesuatu
dengan menggunakan namaku
tetapi kemudian mengkhianatinya.
Lelaki yang menjual lelaki merdeka
dan dia makan hasilnya. Lelaki yang
mengupah seorang upahan dan
setelah menggunakannya dia tidak
membayar upahnya” (Riwayat al-Bukhari no. 2150)
5

(KONTRAKRUKUN AL-IJARAH
(SEWA

Sighah
Kontrak

Pihak yang
mengikat
kontrak

Manfaat
Bayaran
sewa atau
upah

6

SYARAT-SYARAT SAH AL-IJARAH
((KONTRAK SEWA
Pertama: Pihak yang mengikat
kontrak;
a) Layak untuk mengikat kontrak disisi
syarak, iaitu baligh dan berakal.
b) Bukan orang yang dihalang daripada
menggunakan hartanya.
c) Pilihan sendiri : Tidak dipaksa

* Kontrak ini hanya sah jika
membabitkan orang yang mempunyai
kuasa keatas dirinya dan hartanya
7

Kedua: Sighah kontrak (ijab dan
qabul);
a) Mesti selari
b) Tidak wujud jurang masa yang lama.
c) Tidak bersyarat.
Ketiga: Manfaat ;
a) Mestilah mempunyai nilai menurut
syara’ dan uruf.
b) Mampu diserahkan.
c) Dapat diperolehi / digunakan oleh
pengupah.
d) Mestilah dimaklumi oleh kedua-dua
belah pihak dari segi barangan, sifat dan
kadarnya.


8

Keempat: Bayaran sewa atau
upah;
a) harus dimaklumi (diketahui)
oleh kedua-dua belah pihak ;
banyak, jenis dan sifatnya.
b) Suci menurut syara’
c) Boleh dimanfaatkan.
d) Mampu diserahkan.
9

JENIS DAN SYARAT
PENYEWAAN
Terdapat 2 jenis kontrak sewa :
1.

2.

Sewa barangan: Sewa yang

membabitkan perkhidmatan yang
diperolehi daripada barangan
tertentu.
Sewa jaminan: Sewa yang
membabitkan perkhidmatan yang
diperolehi melalui jaminan pemilik.
10

SYARAT SEWA BARANGAN
1.

2.

3.

Barangan yang disewa mestilah
ditetapkan.
Barangan yang disewa mestilah
wujud dan dipamerkan di
hadapan kedua-dua pihak ketika

memeterai kontrak sewa.
Penggunaan khidmat (manfaat)
barangan tersebut tidak ditangguh
selepas kontrak dimeterai.
11

SYARAT SEWA JAMINAN
1.

2.

Bayaran sewa adalah sertamerta dan diserahkan dalam
majlis kontrak.
Spesifikasi barangan yang
ditawarkan perkhidmatan itu
hendaklah dinyatakan
dengan jelas.
12

HUKUM KONTRAK SEWA



1.

2.

Apabila kontrak sewa memenuhi
rukun dan syarat yang ditetapkan,
kontrak tersebut sah dan segala
hukum berkaitan akan terpakai
sebaik sahaja kontrak dimeterai.
Hak milik penyewa terhadap
khidmat yang disewa disahkan dan
penyewa berhak menggunakannya.
Hak milik sewaan terhadap bayaran
iaitu bayaran bagi perkhidmatan
yang diserahkan kepada penyewa
pada masa kontrak disahkan.

13


Jika barangan yang disewa rosak
selepas sebahagian khidmatnya
sahaja digunakan, beberapa
perkara perlu dilihat:
 Jika bahagian yang telah digunakan
pada kebiasaannya boleh
dimanfaatkan, pemilik berhak
memperolehi bayaran sewa bagi
bahagian yang telah digunakan.
14

Contohnya, penyewa menyewa
sebuah kereta untuk membawanya ke
suatu tempat lalu kereta ini rosak
sebelum tiba, pemilik berhak
memperolehi bayaran sewa untuk
jarak yang telah dilalui hanya jika
penyewa boleh meneruskan
perjalanan dari tempat tersebut

tanpa perlu bersusah payah, atau
pun penyewa mempunyai urusan
tertentu di tempat tersebut.
15

 Jika khidmat (manfaat) daripada
bahagian yang digunakan biasanya
tidak boleh dimanfaatkan.
Contohnya, tempat kereta tersebut
rosak biasanya bukan tempat tuju
atau sukar untuk meneruskan
perjalanan dari tempat tersebut,
pemilik tidak berhak
memperolehi walau sedikitpun
bayaran sewa.
16

HAK MENGGUNAKAN
PERKHIDMATAN




Penyewa berhak menggunakan
sendiri khidmat tersebut atau
diserahkan kepada orang lain.
Jika penyewa menyewa sebuah rumah,
dia berhak mendiaminya bersamasama orang lain atau membenarkan
orang lain mendiaminya dengan cara
pinjaman atau sewa.
17

TANGGUNGJAWAB KE ATAS
BARANG SEWAAN


Orang yang memegang barangan
sewaan dianggap sebagai
pemegang amanah. Oleh itu dia
tidak perlu menanggung segala
kerosakan atau kecacatan yang
berlaku pada barangan tersebut .
Sama ada ia berlaku ketika khidmat
barangan tersebut digunakan,
sebelum atau selepasnya.
18





Sebarang kerosakan atau kecacatan pada
barangan yang disewa tidak akan
ditanggung oleh penyewa selagimana
ia bukan berpunca daripada salah
laku atau cuai ketika
menggunakannya.
Contohnya, apabila penyewa menyewa
sebuah rumah kediaman dan dia
mendiaminya. Rumah ini kemudiannya
terbakar berpunca daripada alat
memasak yang biasa digunakan di dalam
rumah dan bukan kerana kecuaiannya.
Dalam keadaan ini, penyewa tidak perlu
bertanggungjawab dengan sebarang
kerosakan akibat kebakaran tersebut.

19

 Namun demikian, jika kebakaran
berlaku bukan disebabkan oleh apa
yang biasa berlaku di dalam rumah
kediaman.
Contohnya, penyewa membuat
pembakaran untuk perusahaan besi
atau sebagainya.
Dalam keadaan ini, penyewa perlu
bertanggungjawab kerana dia
menyalahgunakan rumah tersebut
lain daripada tujuan asal
penyewaan.

20





Begitu juga penyewa perlu
bertanggungjawab jika dia
menggunakan barangan sewaan di
luar tempoh sewaan, atau dia tidak
menggunakannya tetapi tidak
menyerahkan semula kepada pemiliknya.
Namun jika penyewa tidak menggunakan
dan berlaku sesuatu sebelum sempat dia
memulangkannya atau sebelum sempat
dia melepaskan hak antaranya dengan
pemiliknya, dia tidak perlu
bertanggungjawab. Hukum ini
disamakan dengan hukum kerosakan
sebelum tempoh sewa tamat kerana
ketika itu dia tidak
dipertanggungjawabkan.
21

PENAMATAN KONTRAK
SEWA

Pembatalan
kontrak

Penggunaan
barang sewaan
berakhir
22

PEMBATALAN KONTRAK


1.

Kontrak ini hanya boleh dibatalkan
kerana sesuatu sebab. Apabila
dibatalkan, kontrak tersebut
dianggap tamat.
SEBAB YANG MEMBATALKAN
KONTRAK:
Barangan yang disewa rosak.

23





Jika penyewa menyewa sebuah rumah atau
kereta dan kemudian rumah tersebut musnah
atau kereta tersebut rosak sebelum ia
digunakan, kontrak tersebut terbatal. Ini
kerana khidmat barangan tersebut yang
menjadi subjek sewaan tidak lagi boleh
digunakan.
Jika kontrak sewa ialah kontrak sewa jaminan.
Contohnya, penyewa menyewa sebuah kereta
yang dinyatakan sifat-sifatnya secara jaminan
pemilik supaya dia dihantar ke sesuatu
tempat, dan kereta tersebut dibawa kepada
penyewa tetapi kemudiannya rosak atau
cacat, kontrak ini tidak terbatal. Sebaliknya
pemilik perlu menggantikannya dengan
kereta lain, sama ada kerosakan berlaku
sebelum atau selepas khidmat tersebut
digunakan.
24

2.

Barangan sewaan tidak diserahkan
pada masa yang ditetapkan.
Bagi kontrak sewa yang membabitkan
barangan sewaan dan khidmatnya
ditetapkan hanya untuk tempoh tertentu,
apabila tempoh ini tamat dan pemilik
masih tidak menyerahkan barangan
sewaan yang ditetapkan, kontrak
tersebut terbatal. Ini kerana barangan
tidak dapat diserahkan pada masa
yang ditetapkan.
Hukum yang sama berlaku kepada
kontrak sewa jaminan, sekiranya pemilik
tidak menyerahkan khidmat yang
dipersetujui pada masa yang ditetapkan.

25

1.

2.

3.

SEBAB YANG TIDAK MEMBATALKAN
KONTRAK:
Kontrak sewa tidak terbatal hanya
kerana barangan yang disewa tidak
lagi menjadi milik pemilik.
Kontrak sewa juga tidak terbatal hanya
kerana salah satu pihak, sama ada
pemilik atau penyewanya meninggal
dunia, mahupun kedua-duanya
sekali.
Kontrak sewa tidak terbatal jika berlaku
sesuatu yang tidak membabitkan
barangan yang disewa.
26

PENGGUNAAN BARANGAN
SEWAAN BERAKHIR






Kontrak sewa berakhir dari segi
hukumnya apabila khidmat barangan
tersebut selesai digunakan.
Jika khidmat diukur melalui kerja yang
dilakukan, kontrak tersebut tamat
sebaik sahaja kerja tersebut selesai.
Jika khidmat diukur mengikut masa,
kontrak tersebut tamat apabila tamat
masa yang ditetapkan.
27

KHIYAR DALAM KONTRAK
SEWA
Khiyar Majlis atau Khiyar Syarat


Dalam kontrak sewa tidak wujud khiyar
majlis atau khiyar syarat kerana kontrak
sewa termasuk di antara kontrak yang
berisiko. Ini kerana ia membabitkan
barangan yang tidak wujud ketika
kontrak iaitu perkhidmatan. Walau
bagaimanapun ia tetap dibenarkan
bertujuan memudahkan orang ramai.
28

Khiyar cacat (aib)




Khiyar aib wujud dalam kontrak sewa
barangan. Apabila berlaku sesuatu
kecacatan kepada barangan yang
disewa dan memberikan kesan yang
ketara kepada nilai khidmat yang
ditawarkan, penyewa boleh membuat
pilihan sama ada meneruskan sewaan
atau membatalkannya.
Walau bagaimanapun, khiyar aib tidak
wujud dalam kontrak sewa jaminan.
29

PENGAKUAN
BERBEZA ANTARA
PEMILIK DAN
PENYEWA DALAM
KES PEMULANGAN
ATAU KEROSAKAN
30

1.

Dakwaan rosak
Jika barangan yang disewa rosak atau
cacat dalam tangan penyewa dan penyewa
mendakwa dia tidak menyalahgunakannya,
sebaliknya ia disebabkan oleh bencana
alam iaitu sebab yang di luar kehendaknya,
ataupun ia disebabkan oleh faktor yang
dibenarkan oleh penggunaan biasa.
Sementara pemilik pula mendakwa ia
berlaku disebabkan oleh salah guna
penyewa akibat penggunaan yang
berlebihan atau kecuaian atau tidak
menjaga barangan yang disewa dengan
baik.
31

 Dalam kes ini pengakuan yang akan
diterima ialah pengakuan penyewa
dan diperakui selepas dia bersumpah.
Ini kerana pemilik membuat dakwaan
wujudnya salah guna sementara penyewa
menafikannya dan mendakwa
penyalahgunaan tidak wujud.

 Jadi mengikut hukum asal, salah guna
tidak wujud dan tiada siapa yang
dipertanggungjawabkan. Dengan ini,
pengakuan yang diterima ialah dakwaan
asal yang disokong oleh sumpahnya.
32

2.

Dakwaan pemulangan.
Jika pemilik dan penyewa berbeza pengakuan.
Contohnya, penyewa mendakwa dia telah
memulangkan barang yang disewa kepada
pemilik, namun pemilik menafikannya dan
berkata: Anda tidak pulangkan kepada saya.

 Pengakuan pemilik akan diterima jika
disokong oleh sumpah. Ini kerana penyewa
memegang barangan yang disewa untuk
mendapatkan khidmatnya. Pada asalnya tiada
sebarang pemulangan dan penyewa adalah
orang yang mendakwa.

33

Dengan ini, pengakuan yang
diterima ialah pengakuan
orang yang menafikannya
dengan disokong oleh sumpah .
Jadi pengakuan pemilik akan
diterima kerana dia menafikan
wujudnya pemulangan dan
dakwaannya ini sesuai dengan
hukum asal iaitu pemulangan tidak
dilakukan.
34

SYARIKAT


Menurut bahasa: Bermaksud perkongsian

melalui kontrak atau tanpa kontrak.


Menurut istilah ulama fikah: Syarikat ialah

hak dua orang atau lebih terhadap
sesuatu tanpa pengagihan yang
khusus.

Contohnya, dua orang atau lebih berkongsi
memiliki sebidang tanah tanpa ditentukan
sempadan masing-masing.
Takrif ini dianggap umum merangkumi semua
perkongsian melalui kontrak atau tanpa kontrak.
35

 Takrif

yang lebih khusus bagi
syarikat ialah kontrak yang

diwujudkan secara
sukarela dengan tujuan
pengurusan dan
memperolehi
keuntungan.
36

JENIS-JENIS SYARIKAT


1.

2.

Berdasarkan takrif di atas, syarikat
adakalanya berkonsep keuntungan
dan adakalanya tidak. Oleh itu,
para ulama membahagikan
syarikat kepada 2 jenis:

Syarikat amlak
(perkongsian harta)
Syarikat aqad (kontrak)
37

DALIL PENSYARI‘ATAN
SYARIKAT
Al-Quran


Firman Allah s.w.t “Dan jika si mati yang
diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang
tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada
meninggalkan kalalah (seorang saudara lelaki
seibu atau seorang saudara perempuan
seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari
keduanya ialah satu perenam. Kalau pula
mereka (sudara-saudaranya yang seibu) lebih
dari seorang, maka mereka bersyarikat
(berkongsi) pada satu pertiga ” (Al-Nisa’ : 12)
38

Sunnah


Hadis riwayat Abu Hurairah r.a
bahawa Nabi s.a.w bersabda “Allah
taala berfirman: Aku adalah rakan
kongsi ketiga selagimana tiada
siapa di antara mereka yang
mengkhianati sahabatnya. Apabila
ada yang mengkhianati
sahabatnya, Aku akan keluar
daripada perkongsian mereka”

(Abu Daud

no. 3383)

39





Hadis al-Sa‘ib bin Abu al-Sa‘ib r.a yang
menyatakan; beliau telah menjadi rakan
kongsi perniagaan dengan Rasulullah s.a.w
sebelum Baginda dilantik sebagai nabi.
Ketika pembukaan Mekah Baginda bersabda:
“Selamat datang saudara dan rakan kongsi
saya yang tidak pernah menolak dan tidak
pernah bertengkar” (Abu Daud no.4836)
Di samping itu, budaya perkongsian yang
diamalkan oleh manusia ini tidak pernah
ditegah oleh Baginda. Budaya ini juga telah
diamalkan oleh umat Islam semenjak dahulu
tanpa ada sesiapa yang menentangnya .
Kenyataan ini menggambarkan ia diterima
secara Ijmak.
40

JENIS-JENIS SYARIKAT
KONTRAK
1.

Syarikat ‘Inan
Syarikat yang dianggotai oleh dua
orang atau lebih masing-masing
menyumbangkan modal dan
keuntungan akan dibahagikan
sesama mereka.
Syarikat jenis ini dibenarkan oleh
syarak menurut Ijmak ulama.
41

2.

Syarikat Mufawadhah

Syarikat yang dianggotai oleh dua orang
atau lebih dan mereka berkongsi semua
harta mereka secara bersama. Kedua-dua
mereka juga akan menjadi wakil dan
penjamin kepada rakan kongsi mereka.
Mereka akan beroleh segala untung atau
menanggung segala rugi bersama-sama.
Syarikat jenis ini tidak sah menurut ulama
mazhab Shafie kerana perkongsian seperti
ini mempunyai risiko yang terlalu besar
kerana ia mengamalkan sistem wakil dan
jaminan yang tidak pasti.
Setipa sistem yang tidak pasti ini tidak sah
jika diamalkan secara berasingan. Apatah
lagi jika kedua-duanya diamalkan secara
serentak.
42

3.

Syarikat Abdan

Syarikat yang dianggotai oleh dua orang
atau lebih yang tidak menyumbangkan
modal tetapi masing-masing
menyumbangkan kerja. Mereka mungkin
mempunyai kemahiran yang sama atau
berlainan.
Keuntungan mereka pula mungkin
dibahagikan secara sama rata atau
berbeza-beza.
Syarikat seperti ini jua tidak sah kerana
wujud kemudaratan yang tidak dibenarkan
oleh syarak. Mungkin ada di antara mereka
yang melakukan kerja lebih daripada orang
lain. Ada kalanya hanya seorang sahaja
yang bekerja sementara yang lain tidak.
43

4.

Syarikat wujuh
Syarikat yang dianggotai oleh dua orang
atau lebih dikalangan mereka yang
mempunyai kedudukan dan pengaruh
dalam masyarakat. Mereka akan
membeli sesuatu barangan secara
hutang secara bersama atau
berasingan, kemudian mereka menjual
barangan tersebut. Keuntungan yang
diperolehi akan dikongsi bersama secara
rata atau mengikut persetujuan yang
dicapai.
44





Syarikat jenis ini juga tidak sah kerana
tiada harta yang dikongsi bersama
sedangkan asas dalam sebuah syarikat
ialah perkongsian harta. Faktor lain ialah
terdapat kemudaratan dalam syarikat
seperti ini kerana masing-masing
memberikan keuntungan kepada rakan
kongsi mereka tanpa sebarang kerja,
kemahiran atau sebagainya.
Keuntungan di sini dibuat bukan dalam
bentuk mengembangkan harta atau
diperolehi hasil daripada usaha yang
dilakukan. Atas dasar ini, masing-masing
tidak berhak memperolehinya.

45

SYARAT-SYARAT SYARIKAT
‘INAN


1.
2.
3.

4.
5.

Syarikat seperti ini sah jika ia
memenuhi syarat berikut:

Lafaz kontrak (sighah)
Berkelayakan sebagai wakil
Modal yang dikongsi mestilah
harta yang sama
Menggabungkan modal syarikat
Menetapkan keuntungan dan
kerugian mengikut nisbah modal
46





i.

Walau bagaimanapun, ulama mazhab
Hanafi dan Hanbali membenarkan
seseorang rakan kongsi memperolehi
keuntungan yang lebih daripada nisbah
modal.
Kebenaran ini diberikan dalam
beberapa keadaan seperti berikut:

Setiap rakan kongsi
menyumbangkan modal yang
sama.
Contohnya masing-masing
menyerahkan sepertiga modal syarikat.
Mereka juga sama-sama bekerja.
47



ii.

Dalam keadaan ini menetapkan
keuntungan yang melebihi nisbah
modal yang disumbangkan dibenarkan
kerana mungkin ada di antara mereka
yang lebih mahir bekerja berbanding
rakan kongsi yang lain. Oleh itu
kelebihan ini adalah berdasarkan kerja
dan kemahirannya.

Setiap rakan kongsi
menyumbangkan modal yang
sama banyak tetapi kerja hanya
dilakukan oleh sebahagian
daripada mereka.
48

iii.

Modal yang disumbangkan
tidak sama banyak.
Contohnya, seorang menyumbangkan
sepertiga dan seorang lagi
menyumbangkan dua pertiga modal
syarikat. Kemudian mereka berdua
sama-sama bekerja.
Dalam pembahagian keuntungan,
salah seorang antara mereka
dibenarkan memperolehi keuntungan
melebihi nisbah modal yang
disumbang.
49

iv.

Seperti diatas, modal

disumbangkan juga tidak
sama. Kerja-kerja syarikat
pula akan dilaksanakan oleh
penyumbang modal yang
paling sedikit.
Manakala keuntungan akan dibahagi
sama rata atau melebihi nisbah
modal untuk orang yang melakukan
kerja. Syarikat seperti ini sah kerana
keuntungan lebih diberikan sebagai
balasan kepada kerja yang dilakukan.
50





Perlu diingatkan, penambahan yang
diberikan kepada mereka yang dibenarkan
ini sah jika dilakukan dalam bentuk
menambahkan peratus keuntungan yang
layak diterimanya ialah 50%, 60% atau
sebagainya daripada keseluruhan
keuntugan yang diperolehi
Walau bagaimanapun, jika balasan kepada
kerja yang dilakukan diberikan dalam
bentuk peratusan yang berasingan atau
ditetapkan jumlah tertentu, contohnya
$1000 sebulan atau sebagainya,
penambahan ini tidak sah menurut
persepakatan ulama.
51

IMPLIKASI KONTRAK


1.

Apabila semua syarat-syarat dalam
syarikat ‘inan dipatuhi, ia akan
membabitkan implikasi seperti berikut:
Semua rakan kongsi berhak
menguruskan harta syarikat kerana
masing-masing adalah wakil kepada
rakan kongsinya, disamping pemilik
kepada syernya sendiri.
Walau bagaimanapun, tindakan tersebut
mestilah tertakluk kepada amalan
kebiasaan (uruf) dan tidak memudaratkan
rakan kongsi yang lain.
52

2.

3.

Setiap pekongsi hendaklah
melakukan kerja seperti
yang dipersetujui.
Jika salah seorang rakan
kongsi menggunakan harta
syarikat untuk membeli
sesuatu (dengan syarat-syarat
yang dinyatakan tadi),
pembelian tersebut adalah
bagi pihak semua kerana
dia adalah wakil syarikat.
53

PENAMATAN KONTRAK
1.

2.

3.

Pembubaran kontrak oleh
kesemua atau sebahagian
ahli syarikat.
Kematian semua rakan
kongsi
Gila atau pengsan
54

PELABURAN
((MUDHARABAH / QIRADH
Takrif Mudharabah dari segi bahasa
: Melepas seseorang pergi
berdagang
 Menurut istilah syara’ : Harta yang
diserahkan kepada seseorang
supaya diperdagangkannya,
sedang keuntungan dibahagi
antara keduanya.


55

Dalil Pensyaria’tan Mudharabah


Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a
daripada bapanya, Abbas bin Abdul Muttalib r.a:
Apabila dia menyerahkan harta untuk
pelaburan, dia akan meletakkan syarat kepada
sahabatnya iaitu dia tidak boleh membawa
hartanya melalui laut atau melalui lembah dan
tidak menggunakan harta ini untuk membeli
haiwan yang mempunyai hati yang masih
lembab (masih hidup). Jika dia melakukannya
juga, dia perlu menggantinya. Syarat ini telah
disampaikan kepada Rasulullah s.a.w dan
Baginda membenarkannya. (Riwayat al-Baihaqi [6/111] )
56



Nabi s.a.w bersabda: “Ada tiga perkara
yang diberkati iaitu jual beli secara
hutang, muqaradhah dan
mencampurkan gandum dan barli untuk
kegunaan rumah bukan untuk dijual”
(Riwayat Ibnu Majah no.2289)

Contoh amalan para sahabat:
 Diriwayatkan oleh Al-Ala’ bin Abdul
Rahman daripada bapanya daripada
datuknya; Suatu ketika Uthman r.a
berikan kepadanya harta sebagai
pelaburan untuk dia usahakan dan
keuntungan akan dibahagi sesama
mereka (Malik, Muwatto [2/687], Al-Baihaqi, Sunan [6/111])
57

HIKMAH






Tujuan sebuah perkongsian pada dasarnya
adalah untuk pelaburan harta.
Ia juga dapat mewujudkan amalan tolongmenolong sesama anggota masyarakat.
Ia mewujudkan suasana saling lengkapmelengkapi dengan memanfaatkan segala
keupayaan.
Ini dapat dicapai dengan menggabungkan
mereka yang mempunyai banyak harta
tetapi kurang berkemahiran
(pemodal/pelabur) dengan mereka yang
mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi
kurang berharta atau sebagainya
(pengusaha).
58

HUKUM PELABURAN




Kontrak mudharabah adalah kontrak yang
jaiz. Maknanya, kedua-dua pihak iaitu
pemodal/pelabur dan pengusaha berhak
membatalkan kontrak, tidak kira sama ada
pengusaha telah memulakan kerjanya
ataupun tidak.
Jika pembatalan dibuat sebelum kerja-kerja
dimulakan, pengusaha tidak berhak
menggunakan sama sekali modal tersebut.
Ini kerana tindakan tersebut dianggap
sebagai menggunakan harta orang lain
tanpa kebenaran.
59







Jika pembatalan dibuat selepas kerjakerja dimulakan, pengusaha perlu
menghentikan serta-merta sebarang
urusan yang baru.
Dalam keadaan ini, pengusaha wajib
menjual barangan yang ada padanya
untuk mendapatkan wang tunai
tempatan dan menyelesaikan hutang
yang berkaitan dengan syarikat.
Selepas itu, barulah pengiraan
dijalankan. Semua modal akan
diserahkan semula kepada pelabur
sementara keuntungan akan dibahagi
mengikut perjanjian.
60

RUKUN KONTRAK
PELABURAN
1.





Lafaz (sighah) iaitu penawaran

dan persetujuan dengan kata-kata
yang menunjukkan persetujuan
untuk mewujudkan kontrak dan
perkongsian ini.
Lafaz ini mestilah terus
berkuatkuasa.
Persetujuan juga mestilah berturutan
dengan penawaran berdasarkan
amalan yang diguna pakai.
61

2.

Pihak yang mengikat
kontrak iaitu pelabur dan
pengusaha





Kedua-dua mestilah mempunyai
kelayakan sebagai wakil dan
pewakil
Pelabur akan bertindak sebagai
pewakil dan pengusaha sebagai
wakil apabila ia mengusahakan
modal pelabur dengan
kebenarannya.
62

3.

Modal.
Ia tertakluk kepada syarat-syarat
berikut:

i.


Mestilah berbentuk matawang
Modal tidak boleh berbentuk barangan
perniagaan kerana ia membabitkan
risiko yang besar. Iaitu keuntungan dan
modal tidak dapat dipastikan kerana
sesuatu barangan mempunyai nilai
yang berbeza pada ketika diterima,
dijual dan dipulangkan.
63

ii.

iii.

iv.

Modal mestilah dalam jumlah
tertentu.
Modal mestilah dalam bentuk tunai.
Hutang pelabur yang ditanggung oleh
pengusaha tidak sah dijadikan modal,
kecualilah jika ia diserahkan secara tunai
dalam majlis kontrak.
Modal mestilah diserahkan kepada
pengusaha.
Maksudnya, modal mestilah berada dalam
pegangan pengusaha dan hanya dia sahaja
yang mempunyai hak untuk
menggunakannya.
64

SYARAT-SYARAT KONTRAK
MUDHARABAH
1.

2.

3.

Kebebasan menjalankan
urusan tanpa tertakluk kepada
syarat tertentu.
Keuntungan hanya dikongsi
antara pelabur dan
pengusaha.
Pengusaha mestilah bebas
menguruskan modal dan
bekerja.

65

STATUS PENGUSAHA




Pengusaha adalah pihak yang
memegang amanah (yad amanah)
terhadap modal yang diserahkan
kepadanya dan barangan yang dibeli
menggunakan modal tersebut.
Dia tidak perlu membayar ganti rugi
terhadap modal pelaburan yang musnah
dalam pegangannya.
Kecualilah jika ia berlaku secara sengaja
atau kerana kecuaian dalam
melaksanakan tanggungjawab.
66

KERUGIAN DITANGGUNG
OLEH PELABUR
Oleh kerana pengusaha sebagai
orang yang memegang amanah,
ini bermakna segala

kerugian sepanjang
pelaburan akan
ditanggung oleh pelabur
sahaja.

67

GARIS PANDUAN PENGUSAHA
Terdapat beberapa perkara yang
:perlu dipatuhi oleh pengusaha
Pengusaha tidak boleh membeli
sesuatu barangan untuk pelaburan
.dengan harga yang melebihi modal
Pengusaha tidak harus membawa
modal bersama dalam perjalanan
.tanpa izin pelabur



.1

.2

68

3.

4.

Pengusaha tidak boleh menjual
secara hutang iaitu dengan
menangguhkan bayaran hingga ke
suatu tempoh tertentu. Kecualilah
jika ia dibenarkan oleh pelabur.
Pengusaha tidak dibenarkan
mengambil pengusaha lain untuk
bekerja dan berkongsi keuntungan
bersamanya walaupun ia
dibenarkan oleh pelabur [menurut
pendapat yang paling sahih (asoh)]
69

Pengusaha tidak boleh sama sekali
menggunakan modal pelaburan untuk
kegunaan peribadi ketika dia menetap
di tempat perniagaan.
   Menurut ulama mazhab Hanafi,
pengusaha berhak mengambil semua
perbelanjaannya daripada modal
ketika
dalam perjalanan kerana
dalam
perjalanan tersebut, segala
tindakannya tertumpu hanya untuk
pelaburan. Dengan itu dia berhak
mendapat peruntukan sebagai
ganjaran kepada penumpuan tersebut.

5.

70

BILAKAH PENGUSAHA
?MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN






Setelah pengusaha menerima modal,
menggunakannya dalam jual beli dan
kemudiannya memperolehi
keuntungan, dia berhak mengambil
bahagiannya setelah semua modal
dan keuntungan diperolehi. Ini adalah
pendapat yang paling kuat (azhar)
Ini adalah setelah semua barangan
berjaya dijual dan modal diperolehi
semula dalam bentuk tunai.
Kemudian, pelabur dan pengusaha
akan membahagikan keuntungan
setelah modal pelaburan diasingkan.

71

PENAMATAN KONTRAK
MUDHARABAH
1.
2.
3.

4.

Pembatalan
Kematian salah satu pihak
Salah satu pihak gila atau
pengsan
Kemusnahan modal
pelaburan

72

PERCANGGAHAN ANTARA
PELABUR DAN PENGUSAHA
1.



Jika pengusaha dan pelabur
bercanggah mengenai keuntungan;
Jika pengusaha mendakwa tidak
memperolehi apa-apa keuntungan.
Ataupun dia berkata “Saya hanya
mendapat keuntungan sebanyak ini ”
Pengakuan pengusaha ini akan diterima
jika disokong oleh sumpah.
Ini kerana pada asalnya tiada
keuntungan.
73

Jika pengusaha mengaku 
mendapat sejumlah keuntungan,
kemudian dia mendakwa tersilap
.membuat perkiraan
Dakwaannya ini tidak akan diterima
kerana dia menarik balik
pengakuan yang telah dibuat
. membabitkan hak pihak lain
.Oleh itu dakwaannya tidak diterima
74

2.

Apabila kedua-dua pihak
bercanggah mengenai
sesuatu barangan;
Pelabur berkata: “Anda membeli
barang ini untuk pelaburan”.
Sementara pengusaha
mendakwa: “Saya beli barang ini
untuk diri saya” ataupun
sebaliknya.
75





Pengakuan pengusaha akan diterima
jika disokong oleh sumpah dan
sekiranya pembelian tersebut dibuat
dalam bentuk hutang. Ini kerana
pengusaha adalah pihak yang
dipercayai dan lebih mengetahui
tentang niatnya.
Namun jika pengusaha membeli
menggunakan wang modal pelaburan,
pengakuannya tidak diterima. Walaupun
dia sebenarnya berniat membeli untuk
dirinya sendir. Barang yang dibeli ini
kira termasuk dalam pelaburan.
76

3.

Sekiranya mereka
bercanggah mengenai
jumlah modal pelaburan
atau jenis modal.
Pengakuan yang diterima ialah
pengakuan pengusaha yang
disokong oleh sumpah. Ini kerana
asalnya tiada bayaran tambahan
yang diberikan kepadanya.
77

4.

Sekiranya mereka bercanggah
mengenai sebab kemusnahan
modal.
Jika pelabur mendakwa kemusnahan
dilakukan dengan sengaja atau kerana
cuai, sementara pengusaha berkata
“Tidak, ia berlaku tanpa disengajakan
dan bukan kerana kecuaian”
Pengakuan pengusaha akan diterima
jika disokong oleh sumpah kerana
pengusaha adalah orang yang diberi
kepercayaan
78

5.

Jika mereka bercanggah
mengenai pemulangan
modal.
Jika pengusaha mendakwa telah
memulangkannya, sementara pelabur
menafikan yang ia telah dipulangkan.
Pengakuan pengusaha akan diterima
kerana dia adalah orang yang diberi
amanah. Setiap orang yang diberi
amanah yang mengaku telah
memulangkan milik orang yang
memberi amanah kepadanya,
pengakuannya akan diterima jika
disokong oleh sumpah.
79

6.

Jika berlaku kemusnahan
kepada modal dan pelabur

mendakwa ia sebenarnya diberikan
sebagai hutang, sementara pengusaha
mendakwa ia adalah pelaburan.
Pengakuan pelabur akan diterima jika
ia disokong oleh sumpah. Ini kerana
pengusaha mengaku menerima modal
tersebut dan mendakwa tidak
menanggung sebarang
tanggungjawab. Sedangkan pada
asalnya dia bertanggungjawab.
80

7.

Jika mereka bercanggah
mengenai pembahagian
keuntungan.
Kedua-dua pihak perlu mengangkat
sumpah bagi menyokong dakwaan
masing-masing. Ini kerana masingmasing bercanggah mengenai untung
yang bakal diperolehi.
Setelah kedua-dua pihak bersumpah,
pemilik akan memperolehi seluruh
keuntungan kerana keuntungan ini
adalah hasil pelaburan hartanya.
Sementara pengusaha pula akan
mendapat upah sepadan dengan
kerjanya

81