dsp sains tingkatan 1 15 mac

 
 
 
 
 
 

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 
 
 

DOKUMEN STANDARD PRESTASI
SAINS

 
 
 

TINGKATAN 1 


 
 
 
 
 
 
DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 

 

 
 
 

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

 
 

 
 

“Pendidikan di Malaysia adalah
  satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara." 
 
 

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

2


PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Sains Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk
guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau
telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

3

TAFSIRAN
o

Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.


o

Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran
holistik tentang individu.

o

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan
kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu
perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu
atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil
pembelajaran.

o

Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat
ditaksir dan dicapai.

o


Evidens :

o

Murid

-

Instrumen

-

Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai
berdasarkan deskriptor.
Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam
bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .


DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

4

 

KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND

STANDARD

1

Tahu

2

Tahu dan Faham


3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 


5

TAFSIRAN BAND
BAND

PERNYATAAN BAND

TAFSIRAN

1

TAHU

Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau
memberikan respons kepada perkara yang asas.

2

TAHU DAN FAHAM


Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
dalam satu-satu situasi.

4

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut
prosedur atau secara sistematik.

5


TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut
prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB MITHALI

Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan
dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

6

 
DSP Sains Tingkatan 1  

15 Mac 2012 
 

6

MATLAMAT KURIKULUM SAINS 
Matlamat Kurikulum Sains untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains
dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap
saintifik dan nilai murni. Murid yang telah mengikuti kurikulum sains sekolah menengah akan memperolehi asas sains yang membolehkan
mereka memperolehi pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi. Kurikulum ini juga bertujuan untuk
membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan membudayakan sains dan teknologi secara
semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF KURIKULUM SAINS
Kurikulum Sains untuk sekolah menengah membolehkan murid:
1.

Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam
semulajadi dan pengalaman harian.
2. Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian.
3. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
4. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam
penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
5. Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi.
6. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.
7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan bijaksana demi
kesinambungan hidup manusia sejagat.
9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat.
10. Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh penerangan
yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akal.
11. Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam pemuliharaan dan
pemeliharaannya.
DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

7

 
BAND

PERNYATAAN STANDARD

1

Mengetahui konsep dan prinsip asas sains

2

Mengetahui dan memahami tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam sains dan teknologi

3

Menggunakan pengetahuan untuk mengembangkan pemahaman tentang konsep dan prinsip sains dalam
kehidupan seharian

4

Mengaplikasi pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik dalam membentuk konsep dan prinsip sains dalam
penyelesaian masalah

5

Mengamal dan menilai maklumat tentang konsep dan prinsip sains yang berkaitan dengan sains dan teknologi

6

Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara-perkara yang berkaitan dengan sains
dan teknologi

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

8

 
BAND
1
Tahu

PERNYATAAN STANDARD
B1
Mengetahui konsep dan prinsip
asas sains

DESKRIPTOR

EVIDENS

B1D1
Menyatakan kerjaya dalam sains

B1D1E1
Menyenaraikan kerjaya dalam bidang sains

B1D2
Mengenal pasti sel sebagai unit asas
kehidupan

B1D2E1
Menyatakan sel sebagai unit asas kehidupan
B1D2E2
Menyenaraikan pelbagai jenis sel manusia

B1D3
Menyatakan tentang benda-benda di
sekeliling

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

B1D3E1
Menyenaraikan benda-benda yang mempunyai
jisim dan memenuhi ruang

9

BAND
2
Tahu dan
Faham

PERNYATAAN STANDARD
B2
Mengetahui dan memahami
tentang aplikasi konsep dan
prinsip sains dalam sains dan
teknologi

DESKRIPTOR

EVIDENS

B2D1
Menyatakan fenomena alam
sains

B2D1E1
Menyenaraikan fenomena alam yang dilihat di
sekeliling berkaitan dengan sains

B2D2
Menyatakan maksud organisma
unisel dan multisel

B2D2E1
Memberikan maksud organisma unisel dan
organisma multisel

B2D3
Memerihalkan tentang jirim

B2D3E1
Menyatakan tiga keadaan jirim
B2D3E2
Memberi maksud jirim

B2D4
Memerihalkan tentang sumber
Bumi

B2D4E1
Menyenaraikan sumber-sumber Bumi yang
diperlukan untuk menyokong kesinambungan
hidup
B2D4E2
Menyatakan kegunaan sumber-sumber Bumi
dalam kehidupan harian

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

10

B2D5
Menyatakan maksud unsur, sebatian
dan campuran

B2D5E1
Memberi maksud unsur
B2D5E2
Memberi maksud sebatian
B2D5E3
Memberi maksud campuran

B2D6
Menyatakan komponen udara

B2D6E1
Menyenaraikan komponen-komponen dalam
udara

B2D7
Memerihalkan tenaga dan
sumbernya

B2D7E1
Menamakan jenis-jenis tenaga
B2D7E2
Menyenaraikan sumber-sumber tenaga
B2D7E3
Menyatakan matahari sebagai sumber tenaga
utama dan haba sebagai satu bentuk tenaga

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

11

BAND

PERNYATAAN STANDARD

3

B3
Menggunakan pengetahuan
untuk mengembangkan
pemahaman tentang konsep dan
prinsip sains dalam kehidupan
seharian

Tahu, faham
dan boleh buat

DESKRIPTOR

EVIDENS

B3D1
Menyatakan langkah-langkah dalam
penyiasatan saintifik

B3D1E1
Menyusun langkah-langkah dalam penyiasatan
saintifik mengikut urutan

B3D2
Mengenal pasti kuantiti fizik

B3D2E1
Menyatakan kuantititi fizik serta unit S.I. dan
simbolnya
B3D2E2
Menyatakan nilai imbuhan dan simbol bagi unit
panjang
B3D2E3
Menyatakan nilai imbuhan dan simbol bagi
jisim sesuatu objek

B3D3
Mengenal pasti dan menggunakan
alat-alat pengukuran

B3D3E1
Memilih alat yang betul dan membuat
pengukuran panjang
B3D3E2
Memilih alat yang betul dan membuat
pengukuran isipadu cecair
B3D3E3
Memilih alat yang betul dan membuat
pengukuran suhu badan

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

12

B3D3E4
Memilih alat yang betul dan membuat
pengukuran suhu cecair
B3D3E5
Mengukur dan mencatat nilai jisim dan berat
bagi sesuatu objek menggunakan neraca
spring dan neraca alur/tuas

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

B3D4
Memerihalkan jenis sel manusia dan
fungsinya

B3D4E1
Menyatakan fungsi bagi
 sel epitelium
 sel tulang
 sel reproduktif (pembiakan)
 sel saraf
 sel darah merah
 sel darah putih
 sel otot

B3D5
Mengenal pasti organisma unisel dan
organisma multisel

B3D5E1
Memberi contoh organisma unisel dan
organisma multisel

13

B3D6
Mengenal pasti organisasi sel

B3D6E1
Menyusun organisasi sel mengikut urutan
daripada mudah ke kompleks menggunakan
istilah:
 sel
 tisu
 organ
 sistem
 organisma

B3D7
Menghubung kait antara bendabenda dengan jirim

B3D7E1
Mengelaskan benda-benda kepada bentuk jirim
dan bukan jirim

B3D8
Menyatakan maksud ketumpatan

B3D8E1
Memberi definisi ketumpatan

B3D9
Menerangkan komposisi udara

B3D9E1
Menyatakan sebab udara merupakan satu
campuran
B3D9E2
Memberi peratusan bagi nitrogen, oksigen,
karbon dioksida dan gas nadir dalam
atmosfera

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

14

B3D10
Memerihalkan tentang sumber tenaga
yang boleh diperbaharu dan tidak
boleh diperbaharu

B3D10E1
Mengelaskan pelbagai sumber tenaga kepada
tenaga yang boleh diperbaharu dan tidak boleh
diperbaharu
B3D10E2
Mendefinisikan tenaga yang boleh diperbaharu
dan tidak boleh diperbaharu

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

15

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

4

B4
Mengaplikasi pengetahuan
saintifik dan kemahiran saintifik
dalam membentuk konsep dan
prinsip sains dalam
penyelesaian masalah

B4D1
Memerihalkan kegunaan dan
kelebihan sains dalam kehidupan
harian.

B4D1E1
Menjelaskan tentang kepentingan sains
dalam kehidupan seharian

B4D2
Menjalankan satu penyiasatan
saintifik

B4D2E1
Mengkaji faktor yang mempengaruhi
bilangan ayunan bandul ringkas dalam
satu jangka masa melalui penyiasatan
saintifik

B4D3
Menentukan luas permukaan

B4D3E1
Mengira luas permukaan bentuk sekata

Tahu, faham,
boleh buat
dengan beradab

EVIDENS

B4D3E2
Membuat anggaran luas permukaan
bentuk tidak sekata menggunakan kertas
graf

B4D4
Menentukan isi padu pepejal

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

B4D4E1
Menentukan isi padu pepejal
menggunakan kaedah sesaran air

16

B4D5
Memerihalkan tentang konsep
jisim dan berat

B4D5E1
Menerangkan perbezaan antara konsep
jisim dan berat melalui aktiviti

B4D6
Menghasilkan slaid dan
menggunakan mikroskop

B4D6E1
Menyediakan slaid menggunakan
prosedur yang betul
B4D6E2
Menggunakan mikroskop dengan
prosedur yang betul

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

B4D7
Menerangkan benda-benda
mempunyai jisim dan memenuhi
ruang

B4D7E1
Menunjukkan udara, air, tanah dan benda
hidup mempunyai jisim dan memenuhi
ruang melalui aktiviti

B4D8
Memerihalkan tentang susunan
dan pergerakan zarah-zarah

B4D8E1
Menerangkan perbezaan susunan dan
pergerakan zarah-zarah dalam tiga
keadaan jirim

B4D9
Menyatakan perbezaan antara
unsur, sebatian dan campuran

B4D9E1
Menerangkan perbezaan antara unsur,
sebatian dan campuran

17

B4D10
Memerihalkan tentang
kandungan udara

B4D10E1
Menentukan peratusan oksigen dalam
udara
B4D10E2
Membuktikan udara mengandungi wap air
B4D10E3
Menunjukkan udara mengandungi
mikroorganisma dan habuk

B4D11
Memerihalkan ciri-ciri oksigen
dan karbon dioksida

B4D11E1
Mengenal pasti ujian yang sesuai untuk
oksigen dan ciri-cirinya melalui aktiviti
B4D11E2
Mengenal pasti ujian yang sesuai untuk
karbon dioksida dan ciri-cirinya melalui
aktiviti

B4D12
Memerihalkan tentang
perubahan tenaga

B4D12E1
Mengkaji perubahan tenaga keupayaan
kepada tenaga kinetik dan mengenal pasti
perubahan tenaga melalui aktiviti
B4D12E2
Mengkaji perubahan tenaga kinetik
kepada tenaga keupayaan melalui aktiviti

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

18

B4D13
Memerihalkan tentang haba dan
suhu

B4D13E1
Menjelaskan haba sebagai suatu bentuk
tenaga dan Matahari membebaskan haba
serta contoh-contoh pelbagai kegunaan
haba
B4D13E2
Menyatakan maksud suhu
B4D13E3
Menyatakan perbezaan antara haba dan
suhu

B4D14
Memerihalkan kesan haba dalam
kehidupan harian

B4D14E1
Membuktikan haba boleh menyebabkan
pengembangan dan pengecutan dalam
pepejal, cecair dan gas melalui aktiviti
B4D14E2
Menghuraikan tiga cara pengaliran haba
melalui aktiviti
B4D14E3
Menjelaskan dengan contoh cara
pengaliran haba dalam fenomena
semulajadi
B4D14E4
Menyatakan maksud konduktor
dan penebat haba

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

19

B4D14E5
Menyenaraikan pelbagai kegunaan
konduktor dan penebat haba dalam
kehidupan harian
B4D15
Memerihalkan kesan haba
terhadap perubahan keadaan
jirim

B4D15E1
Menjelaskan kesan haba terhadap
perubahan keadaan jirim secara fizikal
B4D15E2
Menghuraikan perubahan keadaan jirim
yang melibatkan penyerapan dan
pembebasan haba melalui aktiviti
B4D15E3
Memberi contoh-contoh dalam
pemerhatian harian yang menunjukkan
perubahan keadaan jirim

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

20

BAND
5
Tahu, faham,
boleh buat
dengan
beradab terpuji

PERNYATAAN STANDARD
B5
Mengamal dan menilai
maklumat tentang konsep dan
prinsip sains yang berkaitan
dengan sains dan teknologi

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

DESKRIPTOR

EVIDENS

B5D1
Mengenal pasti struktur umum
dan fungsi bagi sel haiwan dan
sel tumbuhan serta membuat
perbandingan

B5D1E1
Melukis struktur umum sel haiwan dan sel
tumbuhan , menyatakan fungsi setiap struktur
sel serta menjelaskan persamaan dan
perbezaan di antara kedua-dua sel

B5D2
Mengenal pasti ketumpatan
pelbagai objek dan cecair

B5D2E1
Menentukan ketumpatan pelbagai objek
pepejal dan cecair, menjelaskan mengapa
objek dan cecair timbul dan tenggelam serta
menyelesaikan beberapa masalah mudah
berkaitan ketumpatan

B5D3
Memerihalkan logam dan bukan
logam

B5D3E1
Membanding dan membezakan ciri-ciri logam
dengan bukan logam, mengelaskan unsur
kepada logam dan bukan logam dan memberi
contoh logam dan bukan logam.

B5D4
Mengenal pasti komponen dalam
campuran

B5D4E1
Mengasingkan komponen dalam campuran:
 besi dan sulfur
 pasir dan garam
melalui beberapa kaedah dan menjelaskan
kaedah tersebut
21

B5D5
Menghuraikan proses respirasi

B5D5E1
Membuktikan benda hidup menggunakan
oksigen dan membebaskan karbon dioksida,
tenaga dan wap air semasa respirasi melalui
eksperimen
B5D5E2
Membanding dan membezakan kandungan
udara sedutan dengan udara hembusan
dalam manusia melalui eksperimen

B5D6
Menjelaskan oksigen diperlukan
untuk pembakaran

B5D6E1
Membuktikan oksigen diperlukan
untuk pembakaran, menyenaraikan hasil
pembakaran dan menyatakan maksud
pembakaran melalui eksperimen

B5D7
Memerihalkan bahan yang
berbeza sebagai konduktor dan
penebat haba

B5D7E1
Mengkaji kegunaan bahan berbeza sebagai
konduktor dan penebat haba melalui
eksperimen

B5D8
Memerihalkan tentang
penyerapan dan pembebasan
haba

B5D8E1
Mengkaji objek yang gelap dan kusam
menyerap haba lebih baik daripada objek
putih dan berkilat melalui eksperimen
B5D8E2
Mengkaji objek yang gelap dan kusam
membebaskan haba lebih baik
daripada objek putih dan berkilat melalui
eksperimen

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

22

BAND
6
Tahu, faham,
boleh buat
dengan beradab
mithali

PERNYATAAN STANDARD
B6
Menangani cabaran dan
menyumbang idea dalam
melestarikan perkara-perkara
yang berkaitan dengan sains
dan teknologi.

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

DESKRIPTOR

EVIDENS

B6D1
Mewajarkan kebaikan dan
keburukan apabila menggunakan
unit pengukuran yang tidak sama

B6D1E1
Membahaskan mengenai masalah yang
mungkin timbul sekiranya unit piawai tidak
digunakan melalui pelbagai bentuk
komunikasi

B6D2
Menghuraikan mengapa
manusia adalah organisma yang
kompleks

B6D2E1
Membincangkan mengenai mengapa
manusia adalah organisma yang
kompleks dalam pelbagai bentuk
persembahan

B6D3
Memerihalkan tentang aplikasi
konsep jirim dan ketumpatan

B6D3E1
Membuat beberapa penyelesaian
masalah mengenai bagaimana manusia
menggunakan pengetahuan tentang
pelbagai keadaan jirim, mengaplikasikan
konsep ketumpatan dan aplikasi konsep
timbul dan tenggelam dalam bentuk
prototaip

23

B6D4
Memerihalkan tentang
pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar

B6D4E1
Membuat pembentangan dalam pelbagai
bentuk mengenai :
 maksud dan kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar
 amalan guna semula dan kitar semula
bahan

B6D5
Memerihalkan tentang
pencemaran udara

B6D5E1
Membuat pembentangan dalam pelbagai
bentuk mengenai :
 pencemaran udara
 contoh bahan cemar udara dan
sumber
 kesan pencemaran udara
 langkah-langkah untuk menghalang
dan mengawal
 cara mengekalkan udara supaya
bersih dan
 mempraktikkan amalan yang
mengekalkan udara yang bersih

B6D6
Mengumpul maklumat tentang
sumber tenaga dan
pemuliharaannya

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

B6D6E1
Menjelaskan melalui penulisan kreatif
mengenai :
 mengapa kita perlu memulihara
sumber tenaga,
 cadangan tentang cara-cara
penggunaan tenaga secara cekap
24




B6D7
Menjelaskan tentang kegunaan
pengembangan dan pengecutan
jirim dalam prinsip pengaliran
haba

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

kepentingan memulihara sumber
tenaga
penggunaan dan pengurusan sumber
tenaga yang cekap

B6D7E1
Menghuraikan dalam pelbagai bentuk
persembahan bagi beberapa
penyelesaian masalah mengenai prinsip
pengembangan dan pengecutan jirim
dalam kehidupan harian

25

 

DSP Sains Tingkatan 1  
15 Mac 2012 
 

26