buku panduan pkg - rujuk

(1)

PKG

PUSAT KEGIATAN GURU

KONSEP

DAN

PENGOPERASIAN

   


(2)

PENGOPERASIAN PKG

PKG harus dikelolakan dengan baik untuk membolehkannya memainkan peranan

dengan berkesan. Pengelolaan yang baik membolehkan PKG berkembang dan

melahirkan satu identiti institusi pendidikan setempat yang benar-benar memahami

tentang kekuatan dan kelemahan sekolah kelompok.

Pengoperasian PKG secara umum merangkumi aspek-aspek pentadbiran umum,

struktur pengurusan PKG, serta perancangan dan pelaksanaan aktiviti.

PENTADBIRAN UMUM

PKG terletak di bawah amanah dan tanggungjawab BTPN dan BTP.

Pengurusannya dikendalikan oleh Pegawai PKG dan staf sokongan. BTP

menyalurkan peruntukan tahunan PKG melalui BTPN. Kecemerlangan

pengoperasian PKG memerlukan komitmen yang tinggi daripada Jawatankuasa

Pengurusan Aktiviti dengan konsep kerja berpasukan dan rasa sepunya terhadap

PKG. Keadaan seperti ini memberi kesempatan kepada PKG merancang secara

bersama program yang dapat meningkatkan kualiti pendidikan.

Rajah 6:Pola Pengoperasian PKG

Pengoperasian Pentadbiran

Perancangan dan Pelaksanaan

Aktiviti

Struktur Pengurusan

STRUKTUR PENGURUSAN

Pengurusan PKG membantu memudahkan perancangan dan pelaksanaan

aktiviti teknologi pendidikan mengikut keperluan setempat. Aktiviti PKG membuka

ruang dan mendorong ke arah usaha bersama guru menyelesaikan masalah dan

keperluan ikhtisas mereka secara lebih terbuka.


(3)

Struktur penyelarasan dan pengurusan yang dicadangkan bagi pengoperasian PKG

adalah seperti berikut :-

1.

Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Negeri

Pengerusi

:

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri

Tim. Pengerusi

:

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri

Setiausaha

:

Ketua Penolong Pengarah BTPN

Ahli Jawatankuasa :

1. Semua Ketua Sektor JPN

2. Semua Pegawai Pelajaran Daerah

3.

Wakil

Jemaah

Nazir

4. Wakil Institut Pendidikan Guru

5. Wakil BTPN Cawangan (Sabah dan Sarawak)

6.

Wakil

PKG

Daerah

2. Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Daerah

Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah

Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Setiausaha : Pegawai PKG

Ahli Jawatankuasa : 1. Semua Pengerusi JK Pengurusan Aktiviti PKG 2. Pegawai BTPN Cawangan

3.

Pegawai PKG

4 YDP PKPSM

5.

YDP

Majlis

Guru

Besar

           

6. Wakil Majlis Guru Cemerlang

 


(4)

3. Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG

Pengerusi : Pengetua/Guru Besar Tim. Pengerusi : Pengetua/Guru Besar Setiausaha : Pegawai PKG

Ahli Jawatankuasa : Semua Pengetua dan Guru Besar sekolah kelompok

4. Jawatankuasa Kerja

Jawatankuasa ini dibahagikan kepada 4 bidang:-

a.

Jawatankuasa Latihan dan Penghasilan

b.

Jawatankuasa Pembangunan Pusat Sumber Sekolah

c. Jawatankuasa

ICT

d.

Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan

Nota :-

i.

Adalah digalakkan agar jawatan Pengerusi digilirkan kepada semua

Pengetua dan Guru Besar dalam kelompok berkenaan

ii.

Seseorang guru boleh menyertai lebih daripada satu jawatankuasa

berdasarkan kepada kebolehan dan kemampuannya


(5)

BIDANG TUGAS

Sesuai dengan semangat Pusat Kegiatan Guru, tugas dan tanggungjawab berkaitan dengan perjalanannya adalah dikongsi bersama oleh beberapa Jawatankuasa dan individu seperti berikut:-

Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Negeri

Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Daerah

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG

Jawatankuasa

Kerja

PKG

Pegawai

PKG

Nota :-

i. Tugas-tugas yang dicadangkan boleh ditambah mengikut keperluan- keperluan khusus PKG yang berkenaan.

JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI

Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Negeri bertanggungjawab memastikan matlamat dan objektif PKG terlaksana berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di antara tugas-tugas Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Teknologi

Pendidikan di peringkat Negeri

Bertindak sebagai badan perhubungan dengan agensi kerajaan,

swasta dan badan berkanun

Menilai keberkesanan pelaksanaan program, rancangan dan aktiviti

PKG

Memberi cadangan meningkatkan mutu perkhidmatan PKG dari

semasa ke semasa.


(6)

JAWATANKUASA PENASIHAT TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAERAH

Selaras dengan konsep desentralisasi PKG, Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Daerah berperanan untuk menyelaras program dan aktiviti teknologi pendidikan peringkat daerah. Antara bidang tugas Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:-

Menyelaraskan perancangan jangka pendek dan jangka panjang

aktiviti

teknologi pendidikan daerah

Mengadakan mesyuarat penyelarasan program dan aktiviti di peringkat

daerah

Menganjur dan menggalakkan perbincangan dengan Pegawai PKG

untuk meningkatkan peranan PKG dari semasa ke semasa

Bertindak sebagai badan perhubungan di kalangan PKG dan daerah

Menilai keberkesanan pelaksanaan program rancangan dan aktiviti

teknologi pendidikan daerah

Mengemukakan saranan secara bersama untuk mempertingkatkan

kualiti perkhidmatan untuk murid, guru, dan masyarakat.

JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG bertanggungjawab merancang aktiviti untuk mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan dan kesesuaian setempat. Berikut adalah antara tugas-tugas Jawatankuasa ini:

Menerima cadangan yang dikemukakan di peringkat negeri dan daerah

dengan pengubahsuaian mengikut keperluan setempat

Membantu dan memastikan PKG sebagai pusat rujukan yang lengkap

dan berfungsi

Mengenal pasti pakar-pakar yang diperlukan untuk sesuatu aktiviti

Mengkaji laporan penilaian aktiviti bagi menentukan tindakan susulan


(7)

JAWATANKUASA KERJA

Berdasarkan konsep dari guru, oleh guru, untuk guru, jawatankuasa kerja menjadi tenaga penggerak utama bagi melaksanakan aktiviti PKG. Tugas-tugas pasukan kerja antara lain meliputi:

Merancang dan menyediakan strategi untuk melaksanakan aktiviti

yang dipersetujui bersama dengan bantuan kepakaran setempat

Melaksanakan aktiviti yang dirancang hingga selesai

Membuat pengesanan dan laporan terhadap setiap rancangan,

program, dan aktiviti yang dijalankan

Melakukan tindakan susulan bagi mempertingkatkan mutu

perkhidmatan

PKG

Melibatkan masyarakat setempat dalam aktiviti-aktiviti pendidikan

sosial

Mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan aktiviti PKG dengan

kerjasama guru dari semasa ke semasa.

PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG

Pegawai PKG perlu mahir dalam pelbagai bidang untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Selain itu, Pegawai PKG berperanan:

Mengurus PKG dengan cekap dan berkesan bagi melicinkan

pelaksanaan aktiviti dan perkhidmatan

Memberi khidmat nasihat penghasilan, penggunaan bahan dan

peralatan pengajaran

dan pembelajaran

Mengambil bahagian dalam sesi perancangan aktiviti secara

berpasukan

Menjadi pemudah cara dalam program peningkatan profesionalisme

yang dijalankan


(8)

Menerajui dan mengendalikan aktiviti khas untuk kumpulan yang

mempunyai minat/ keperluan tertentu (special interest group)

Menjadi agen perubahan bagi setiap pembaharuan pendidikan yang

bertujuan untuk disebarkan

Mempromosi dan menggalakkan amalan teknologi pendidikan kepada

sekolah dan masyarakat setempat.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI

Perancangan

Aktiviti

Jadual

Pelaksanaan

Aktiviti

Proses Pelaksanaan Aktiviti

Proses Pelaksanaan Aktiviti di Kawasan Pedalaman

Proses Mengatasi Masalah

PERANCANGAN AKTIVITI

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG menyediakan rancangan tahunan jangka pendek dan jangka panjang. Jawatankuasa ini haruslah memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

Setiap Jawatankuasa Kerja hendaklah mengemukakan kertas cadangan dan melaksanakan semua aktiviti mengikut keutamaan. Pegawai PKG menyediakan laporan aktiviti. Langkah-langkah ini diterangkan dalam Jadual 1.


(9)

1.Mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG

Jawatankuasa terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar sekolah kelompok; Guru-guru dan masyarakat sebagai ahli ; KPP BTPN sebagai Penasihat;

2.Menyediakan Rancangan Tahunan – Jangka masa pendek/panjang

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG, Jawatankuasa Kerja, guru setempat – Pegawai PKG sebagai Setiausaha 3.Menetapkan Jawatankuasa Kerja Dipertanggungjawabkan kepada

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG. Pengerusi Jawatankuasa Kerja dilantik daripada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG.

4.Kertas Kerja rancangan setiap jawatankuasa Kerja

Mengandungi:-

Matlamat, sasaran, aktiviti, perbelanjaan, tenaga, pakar, jangkamasa

5.Kelulusan oleh Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG

Pengerusi Jawatankuasa Kerja

membentangkan Kertas Kerja kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti,

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti dan memaklumkan kepada PPD/JPN/BTPN 6. Pelaksanaan Program

a. Persediaan

b. Menjalankan aktiviti

c. Penilaian

Pengerusi Jawatankuasa Kerja

membentangkan Kertas Kerja kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti,

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti dan memaklumkan kepada PPD/JPN/BTPN

Tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti dan Pegawai PKG Pegawai PKG dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja

Jawatankuasa Kerja


(10)

Pengurusan Aktiviti PKG,

Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Daerah, dan BTPN

Jadual 1:Perancangan Aktiviti PKG

PROSES PELAKSANAAN AKTIVITI

Dalam pelaksanaan aktiviti PKG [lihat Gambar rajah 6], semua aktiviti tersebut adalah hasil dari keperluan guru yang diselaraskan dengan aktiviti yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP ) dan rangkaian, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan bahagian-bahagian lain Kementerian Pelajaran.

Pada peringkat permulaan, guru mengadakan sesi sumbang saran di PKG bagi mengemukakan cadangan aktiviti mengikut keperluan. Khidmat pakar perlu diambil kira supaya setiap pelaksanaan program memenuhi matlamatnya. Cadangan aktiviti yang dipersetujui bersama ini diikuti dengan pengagihan peranan dan penetapan kerja yang akan dilaksanakan untuk membantu guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Setiap pelaksanaan aktiviti diteliti dan dikaji melalui proses pengesanan untuk pengubahsuaian bagi menentukan keberkesanan atau kejayaan aktiviti seterusnya.


(11)

Gambarajah 7: Proses Pelaksanaan Aktiviti PKG

JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI

Untuk merangka perancangan aktiviti sama ada di peringkat negeri, daerah, atau PKG adalah disyorkan supaya disediakan satu jadual pelaksanaan aktiviti. Berikut ialah satu contoh jadual pelaksanaan aktiviti bagi tempoh satu tahun:


(12)

BULAN

JAWATANKUASA AKTIVITI

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Menyelaras perancangan dan pelaksanaan aktiviti Menilai program dan aktiviti yang dijalankan Jawatankuasa Pengurusan PKG Merancang program aktiviti Jawatankuasa Kerja Latihan dan Penghasilan Memberi latihan lanjutan kepada Kakitangan Sumber Jawatankuasa Pengurusan Pusat Sumber Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Jawatankuasa Teknologi Maklumat Program Galak guna ICT Jawatankuasa Sosial dan Kebajikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan

Jadual 2: Jadual Pelaksanaan Aktiviti

Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG menggariskan semua aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun, di samping memilih guru-guru berpotensi untuk dilantik sebagai kakitangan sumber dan ahli pasukan kerja.

Jawatankuasa kerja berperanan menggerakkan aktiviti mengikut bidang yang telah ditetapkan dan sentiasa mendorong guru-guru ke arah mencapai matlamat PKG melalui pelbagai aktiviti.


(13)

Setiap pelaksanaan aktiviti PKG harus diikuti dengan pengesanan dan penilaian untuk menentukan tahap pencapaian. Pegawai PKG menyediakan laporan dan dokumentasi untuk diteliti bagi menentukan arah, dasar dan perkembangan aktiviti seterusnya.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang hendaklah juga tertakluk kepada pertimbangan dari segi faedah yang dapat diperoleh oleh guru dan murid, waktu dan jangka masa yang sesuai, isi kandungan, tenaga mahir untuk menjalankan aktiviti, bilangan peserta dan kewangan.

PROSES MENGATASI MASALAH

Guru berusaha secara kolektif dalam mengatasi apa jua masalah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah. Ruang penyelesaian masalah dibuka lebih luas mengikut peringkat. Sebarang masalah yang sukar di atasi di peringkat sekolah akan dikemukakan untuk tindakan selanjutnya kepada Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG. Sekiranya masalah di peringkat PKG masih belum dapat diatasi maka dimajukan pula ke peringkat Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan Daerah dan begitulah seterusnya sehingga ke peringkat Kementerian Pelajaran. Di Peringkat ini usaha penyediaan program dirangka oleh bahagian-bahagian yang berkenaan di Kementerian Pelajaran untuk melaksanakan aktiviti penyelesai masalah dan dapat pula melahirkan motivasi baru serta peka kepada perubahan di kalangan guru.

Pegawai PKG akan terus memantau ke setiap sekolah untuk mewujudkan hubungan terus serta memberi khidmat nasihat profesional yang diperlukan. Pihak sekolah pula akan menghantar laporan kepada Pegawai PKG serta mengadakan perbincangan bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.


(14)

Masalah di peringkat sekolah

Dapat

Bincang di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti PKG

Bincang di peringkat Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan

Daerah Dapat diselesaikan

Dapat diselesaikan

Bincang di peringkat Jawatankuasa Penasihat Teknologi Pendidikan

Negeri Dapat diselesaikan Bawa ke pihak Bahagian Kementerian Pelajaran yang

berkenaan Tidak

Ya Ya Ya

Tidak

Tidak

Tamat Ya

Tidak


(15)

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

Setiap PKG dikehendaki memberi perkhidmatan dan menjalankan aktiviti yang dirancang pada setiap tahun berdasarkan fungsi dan peruntukan. Keputusan mengadakan aktiviti haruslah berdasarkan perkembangan pendidikan semasa dan keperluan sekolah dalam kelompok bagi meningkatkan profesionalisme guru.

Aktiviti dan perkhidmatan PKG boleh dilaksanakan mengikut keperluan ikhtisas Kurikulum, Pusat Sumber Sekolah, kegiatan Sosial / Komuniti, sebagai agen perubahan, sebagai agen penyelesaian masalah, sebagai pemangkin kecemerlangan guru dan sebagai B-Inkubator ( showcase inisiatif ICT )

KEPERLUAN IKHTISAS KURIKULUM

Untuk meningkatkan taraf profesionalisme keguruan serta kualiti pengajaran dan pembelajaran, PKG boleh mengelolakan aktiviti ikhtisas seperti:

• memberi khidmat bantu tentang pedagogi kurikulum dan instruksi

• memberi khidmat nasihat tentang pemilihan media dan kaedah pengajaran yang berkesan

• menganjur seminar, forum atau diskusi tentang pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran

• mengadakan bengkel pembinaan alat dan bahan bantu mengajar

• mengadakan bengkel tunjuk cara penggunaan, kaedah dan teknologi baru dalam pengajaran dan pembelajaran

• menyediakan kemudahan sumber untuk menjalankan penyelidikan tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

• menyediakan peluang kepada guru untuk mencuba pendekatan baru dalam usaha meningkatkan pengajaran dan pembelajaran

• membantu guru menyediakan data bank tentang soalan peperiksaan

• menyediakan kemudahan kepada guru untuk membina item ujian atau soalan peperiksaan


(16)

Strategi, Kaedah dan sumber pengajaran dan pembelajaran:

• mengenalpasti dan membina koleksi bahan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran

• merancang dan mempelbagaikan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran

• menjalankan program inovasi bagi mencari kaedah pengajaran yang lebih sesuai mengikut keperluan dan perkembangan pendidikan

• mengenalpasti dan menyebarkan maklumat tentang amalan pengajaran terbaik dari sesebuah sekolah untuk dicontohi

• mendokumentasikan kaedah dan amalan pengajaran pembelajaran terbaik untuk disebarkan

Mendapatkan maklumat dan pengetahuan :

• aktiviti mengakses, mengguna dan menyebar maklumat, kemahiran dan pengetahuan dalam aspek-aspek pelaksanaan kurikulum

• Menambahkan kepekaan guru terhadap isu-isu semasa dan strategi pengajaran dan pembelajaran terkini

Mengesan pencapaian matlamat meningkatkan prestasi / kualiti PKG :

• menjalankan pemantauan, pengujian, pengumpulan data ke atas sumber pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanannya

• mengenalpasti PKG yang aktif dan berkualiti untuk dijadikan penanda aras dalam bidang-bidang tertentu

Penggunaan Inisiatif ICT dan Pembestarian Sekolah

• menjalankan khidmat konfigurasi rangkaian di makmal komputer

• memantau penggunaan dan galak guna inisiatif ICT sekolah

• membantu pelaksanaan program pembestarian Sekolah


(17)

KEPERLUAN PUSAT SUMBER

Untuk membolehkan guru mendapatkan bahan-bahan rujukan dan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, PKG harus mempunyai pusat sumber yang berkesan untuk:-

• membantu guru membuat rakam salin audio dan video

• menyediakan kemudahan pra tayang sebagai persediaan untuk menggunakan bahan TV Pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

• menyediakan kemudahan untuk penerbitan bahan pengajaran video atau multimedia

• membantu dan memberi khidmat nasihat dan menilai bahan media untuk pembinaan koleksi PSS

• memberi khidmat nasihat teknikal tentang pembelian alat media untuk kegunaan PSS

• menyebar maklumat tentang peralatan dan bahan bantu mengajar yang terdapat di PKG

• menyebar maklumat atau perkembangan tentang reka bentuk pengajaran dan teknologi instruksional

• menyedia kemudahan pinjaman peralatan dan bahan media di PKG

• mengadakan pertandingan bahan mengajar atau perisian multimedia

• membantu Guru Perpustakaan dan Media menilai bahan media untuk koleksi PSS

• mengadakan pameran dan bahan bantu mengajar yang dihasilkan oleh guru

Membina Koleksi Bahan Yang Lengkap

• bahan cetak

• bahan bukan cetak

Penghasilan Bahan

• menyediakan peralatan yang diperlukan untuk membina bahan pengajaran dan pembelajaran seperti mesin cetak, alat menjilid, mesin photostat, laminator dan lain-lain.

• Mengenalpasti dan menggunakan kepakaran guru setempat dalam penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran.


(18)

Bimbingan dan Khidmat Bantu

• memberi bimbingan nasihat dan rundingcara dalam penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran

• memberi latihan dan bimbingan pengurusan sumber pendidikan kepada Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

• mengendalikan program khidmat bantu penggunaan sumber pendidikan mengikut keperluan guru

• memberi khidmat pinjaman buku dan sumber pengajaran dan pembelajaran

KEPERLUAN KEGIATAN SOSIAL / KOMUNITI

Penganjuran hari keluarga guru , hari terbuka PKG dan program gotong-royong bersama masyarakat dapat :

• membina semangat kesepasukan, kesefahaman, kekitaan dan tanggungjawab dalam pendidikan

• memberi peluang guru-guru berkumpul secara informal dan formal untuk berbincang, menggunakan kemudahan rekreasi dan membuat kerja-kerja secara bergotong-royong

• membina kemahiran sosialisasi di antara pembuat dasar, perancang dan pelaksana kurikulum

• mewujudkan hubungan yang rapat dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta dan sekolah

• menggunakan kepakaran dari komuniti sekolah dan luar sekolah untuk mencapai matlamat PKG.


(19)

SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

• menjadi agen perubahan teknologi pendidikan yang aktif supaya matlamat pelaksanaan perubahan kurikulum yang baru tercapai.

• mengakses dan melaksanakan idea/inovasi baru atau amalan baru untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran

• menyebar idea atau amalan baru tentang penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

• menjadi perintis kepada perkembangan atau amalan baru dalam pengajaran dan pembelajaran

• bekerjasama dengan guru pakar, panitia sekolah atau PPD untuk mencetuskan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran

SEBAGAI AGEN PENYELESAIAN MASALAH

• membantu guru menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

• mengembling tenaga kepakaran setempat bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah pengajaran dan pembelajaran.

SEBAGAI PEMANGKIN KECEMERLANGAN GURU

• meningkatan kemahiran guru dalam teknologi pendidikan dan ICT


(20)

SEBAGAI B-INKUBATOR ( Showcase Inisiatif ICT )

Melalui B-Inkubator sekolah-sekolah akan mendapat garis panduan yang betul untuk melaksanakan program pembestarian sekolah.

• mewujudkan ruang pameran bagi memaparkan model pembestarian sekolah.

Perubahan ke arah peningkatan kualiti pendidikan bertaraf dunia menuntut kepekaan guru terhadap perkembangan pendidikan semasa. Guru perlu juga mempunyai sikap positif, kreatif dan terarah kendiri. Semua ini merupakan cabaran kepada PKG dalam menjalankan peranannya sebagai agen perubahan dan peningkatan profesionalisme keguruan.

Justeru itu seharusnya setiap pihak yang terlibat mempunyai sikap positif serta bersedia menggembeling tenaga dan mencurah idea bagi mencapai matlamat dan objektif penubuhan PKG, agar ia dapat bergerak seiring dengan institusi pendidikan yang lain, berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


(21)

LAMPIRAN

A. Cadangan Pelan Bertindak bagi mengatasi Masalah Kurikulum.

B. Surat Pekeliling KP(BTP) 8804/23 Jld. 1/(54)

C. Pelan lantai bangunan PKG


(22)

LAMPIRAN A

CADANGAN PELAN BERTINDAK BAGI MENGATASI MASALAH KURIKULUM

Masalah pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian murid dalam pembelajaran boleh dilihat dari sudut sikap, kepemimpinan, kemahiran/ketrampilan dan kemudahan.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk mengatasi sebahagian daripada masalah-masalah yang mungkin timbul.

SIKAP CARA MENYELESAIKAN MASALAH

Sikap . menyebarkan maklumat tentang inovasi kurikulum

Profesionalisme melalui buku panduan, rancangan TV Pendidikan dan motivasi guru VCD Amalan Pengajaran Terbaik.

. mengadakan kursus latihan motivasi

. menyebarkan hasil inovasi guru supaya dicontohi.

. penilaian dan pengesahan kemahiran secara berterusan dan tindaksusulan


(23)

KEPIMPINAN CARA MENYELESAIKAN MASALAH

Kepimpinan . mengadakan bengkel penerangan klinikal yang berterusan Pengetua,

guru besar

guru . mengadakan kursus kepeminpinan . mengadakan lawatan ke PKG Contoh

. mengadakan sesi sumbangsaran antara guru, pengetua dan guru besar untuk penyelesaian masalah kurikulum

KEMAHIRAN/ CARA MENYELESAIKAN MASALAH

KETRAMPILAN

Peningkatan . mengadakan program peningkatan pengajaran dan

Kemahiran/ pembelajaran Ketrampilan

. mengadakan bengkel penghasilan bahan pengajaran dan

pembelajaran yang dikenalpasti.

. berkongsi bahan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran

. bersama mencari kaedah alternative yang sesuai dari sesuatu daerah

atau kelompok PKG ( untuk dijadikan contoh )

. memberi peluang kepada guru mengembangkan idea yang telah diuji

keberkesanannya kepada guru lain

. merekabentuk model tertentu bersama ibubapa bagi mengatasi


(24)

KEMUDAHAN CARA MENYELESAIKAN MASALAH

Kemudahan fizikal . memberi kemudahan fizikal untuk menjalankan Peralatan dan seminar/kursus/bengkel

Kepakaran

. memberi pinjaman buku, perkakasan dan perisian yang berkaitan dengan kurikulum

. memberi perkhidmatan sebagai pusat rujukan, direktori pakar dalam bidang yang tertentu, direktori alat/dokumen tertentuhudungan rangkaian antara PKG

. mengadakan kemudahan perkhidmatan kepakaran tempatan untuk membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.


(25)

LAMPIRAN B

Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

Jalan Ampang Tel : 03 - 2483422 50604 Kuala Lumpur Fax : 03 – 2480459

Ruj. Kami ; KP(BTP) 8804/23 Jld. 1 (54 ) Tarikh : 14 Ogos 1990

Semua Perngarah Pendidikan Negeri Y. Bhg . Datuk/Tuan,

Pusat Kegiatan Guru ( PKG )

Sukacita Bahagian ini menarik perhatian Y. Bhg Datuk/Tuan mengenai perkara di

atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) atau Education Planning Committee (EPC) di dalam mesyuaratnya pada 26 Julai 1990 telah bersetuju supaya nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) ditukarkan kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tarikh penguatkuasaan penggunaan nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah serta merta.

3. Penuduhan nama pusat Pendidikan Daerah (PSPD) kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah seperti alasan-alasan berikut :-

a) Nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) memberi satu gambaran yang sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di Pusat tersebut. Nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah adalah terlalu umun dan kegiatannya terlalu luas.

b) Pusat Kegiatan Guru (PKG) mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS) pada peringkat awal ( Problems could be solved at source).

c) Pusat Kegiatan Guru (PKG) ini adalah merupakan pusat logistic bagi hal-hal pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga berfungsi sebagai satu pusat di mana perbincangan dikalangan guru-guru setempat di atas isu-isu dan masalah-masalah professional dapat diadakan.

d) Nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) mencerminkan satu yang “neutral”. Ini akan membolehkan lain-lain Unit di Pejabat Pendidikan Daaerah untuk menggunakan kemudahan-kemudahan Pusat


(26)

Kegiatan Guru itu. Ini bermakna iannya tidak terhad penggunaanya kepada sebuah unit sahaja.

e) Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah sebenarnya satu lanjutan daripada konsep Pusat Sumber Sekolah, iaitu mana-mana kemudahan yang tidak terdapat di Pusat Sumber Sekolah, kemudahan-kemudahan itu dapat disediakan oleh Pusat Kegiatan Guru. Dengan cara ini alat-alat dan bahan-bahan boleh diperolehi dengan cara yang lebih ekonomik dan penggunaan yang lebih meluas.

f) Istilah “ Daerah “ yang digunakan kepada nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah sebenarnya tidak mencerminkan satu daerah pentadbiran (administrative district) kerana di dalam sesuatu daerah lazimnya terdapat lebih daripada sebuah PSPD. Oleh yang demikian nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah lebih sesuai dan boleh mengelakkan sebarang kekeliruan.

4. Sila maklumkan pertukaran nama ini kepada semua yang berkenaan di dalam negeri Y. Bhg. Datuk/Tuan.

Sekian untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Y. Bhg. Datuk/Tuan. Terima kasih,

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” t.t.

TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD Ketua Pengarah Pendididkan Malaysia

s.k.

Y.B. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia. Y.B. En. Woon See Chin, Timbalan Menteri Pendidikan Y.B. Dr. Leo Michael Toyad, Timbalan Menteri Pendidikan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha I dan II


(27)

Ketua Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam,


(1)

LAMPIRAN A

CADANGAN PELAN BERTINDAK BAGI MENGATASI MASALAH KURIKULUM

Masalah pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian murid dalam pembelajaran boleh dilihat dari sudut sikap, kepemimpinan, kemahiran/ketrampilan dan kemudahan.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk mengatasi sebahagian daripada masalah-masalah yang mungkin timbul.

SIKAP CARA MENYELESAIKAN MASALAH

Sikap . menyebarkan maklumat tentang inovasi kurikulum

Profesionalisme melalui buku panduan, rancangan TV Pendidikan dan motivasi guru VCD Amalan Pengajaran Terbaik.

. mengadakan kursus latihan motivasi

. menyebarkan hasil inovasi guru supaya dicontohi.

. penilaian dan pengesahan kemahiran secara berterusan dan tindaksusulan


(2)

KEPIMPINAN CARA MENYELESAIKAN MASALAH

Kepimpinan . mengadakan bengkel penerangan klinikal yang berterusan Pengetua,

guru besar

guru . mengadakan kursus kepeminpinan . mengadakan lawatan ke PKG Contoh

. mengadakan sesi sumbangsaran antara guru, pengetua dan guru besar untuk penyelesaian masalah kurikulum

KEMAHIRAN/ CARA MENYELESAIKAN MASALAH KETRAMPILAN

Peningkatan . mengadakan program peningkatan pengajaran dan Kemahiran/ pembelajaran

Ketrampilan

. mengadakan bengkel penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran yang dikenalpasti.

. berkongsi bahan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran

. bersama mencari kaedah alternative yang sesuai dari sesuatu daerah atau kelompok PKG ( untuk dijadikan contoh )

. memberi peluang kepada guru mengembangkan idea yang telah diuji keberkesanannya kepada guru lain

. merekabentuk model tertentu bersama ibubapa bagi mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran


(3)

KEMUDAHAN CARA MENYELESAIKAN MASALAH

Kemudahan fizikal . memberi kemudahan fizikal untuk menjalankan Peralatan dan seminar/kursus/bengkel

Kepakaran

. memberi pinjaman buku, perkakasan dan perisian yang berkaitan dengan kurikulum

. memberi perkhidmatan sebagai pusat rujukan, direktori pakar dalam bidang yang tertentu, direktori alat/dokumen tertentuhudungan rangkaian antara PKG

. mengadakan kemudahan perkhidmatan kepakaran tempatan untuk membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.


(4)

LAMPIRAN B

Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

Jalan Ampang Tel : 03 - 2483422

50604 Kuala Lumpur Fax : 03 – 2480459

Ruj. Kami ; KP(BTP) 8804/23 Jld. 1 (54 ) Tarikh : 14 Ogos 1990

Semua Perngarah Pendidikan Negeri Y. Bhg . Datuk/Tuan,

Pusat Kegiatan Guru ( PKG )

Sukacita Bahagian ini menarik perhatian Y. Bhg Datuk/Tuan mengenai perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) atau Education Planning Committee (EPC) di dalam mesyuaratnya pada 26 Julai 1990 telah bersetuju supaya nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD) ditukarkan kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tarikh penguatkuasaan penggunaan nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah serta merta.

3. Penuduhan nama pusat Pendidikan Daerah (PSPD) kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah seperti alasan-alasan berikut :-

a) Nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) memberi satu gambaran yang sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di Pusat tersebut. Nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah adalah terlalu umun dan kegiatannya terlalu luas.

b) Pusat Kegiatan Guru (PKG) mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS) pada peringkat awal ( Problems could be solved at source).

c) Pusat Kegiatan Guru (PKG) ini adalah merupakan pusat logistic bagi hal-hal pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga berfungsi sebagai satu pusat di mana perbincangan dikalangan guru-guru setempat di atas isu-isu dan masalah-masalah professional dapat diadakan.

d) Nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) mencerminkan satu yang “neutral”. Ini akan membolehkan lain-lain Unit di Pejabat Pendidikan Daaerah untuk menggunakan kemudahan-kemudahan Pusat


(5)

Kegiatan Guru itu. Ini bermakna iannya tidak terhad penggunaanya kepada sebuah unit sahaja.

e) Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah sebenarnya satu lanjutan daripada konsep Pusat Sumber Sekolah, iaitu mana-mana kemudahan yang tidak terdapat di Pusat Sumber Sekolah, kemudahan-kemudahan itu dapat disediakan oleh Pusat Kegiatan Guru. Dengan cara ini alat-alat dan bahan-bahan boleh diperolehi dengan cara yang lebih ekonomik dan penggunaan yang lebih meluas.

f) Istilah “ Daerah “ yang digunakan kepada nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah sebenarnya tidak mencerminkan satu daerah pentadbiran (administrative district) kerana di dalam sesuatu daerah lazimnya terdapat lebih daripada sebuah PSPD. Oleh yang demikian nama Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah lebih sesuai dan boleh mengelakkan sebarang kekeliruan.

4. Sila maklumkan pertukaran nama ini kepada semua yang berkenaan di dalam negeri Y. Bhg. Datuk/Tuan.

Sekian untuk tindakan selanjutnya oleh pihak Y. Bhg. Datuk/Tuan. Terima kasih,

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” t.t.

TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD Ketua Pengarah Pendididkan Malaysia

s.k.

Y.B. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia. Y.B. En. Woon See Chin, Timbalan Menteri Pendidikan Y.B. Dr. Leo Michael Toyad, Timbalan Menteri Pendidikan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan Ketua Setiausaha I dan II

Kementerian Pendidikan Malaysia

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I dan II Kementerian Pendidikan Malaysia


(6)

Ketua Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam,