Kelompok dasar & kata tugas

1.0 Pengenalan
Dalam kelompok dasar kata tugas terbahagi kepada beberapa jenis kata
tugas.Jumlah kata tugas yang ada dalam kelompok dasar kata tugas ialah sebanyak
tujuh belas jenis kata tugas.Kata adverba,kata hubung dan kata sendi merupakan kata
tugas yang mempunyai binaan dan fungsi yang kompleks berbanding empat belas jenis
kata

tugas

yang

lain

(Morfologi;Siri

Pengajaran

dn

Pembelajaran


Bahasa

Melayu,2006).Setiap kata tugas dalam kelompok dasar kata tugas mempunyai fungsi
dan jenis-jenisnya yang tersendiri.Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata
nama,kata kerja dan kata sifat yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan
ayat,klausa dan frasa.

1

2.0 Definisi serta jenis-jenis kata dalam kelompok kata tugas dan sejauh manakah
pengetahuan tentang kata tugas memantapkan kemahiran berbahasa dalam
kalangan murid sekolah rendah.

2.1 Definisi kata tugas
Kata tugas ialah kelompok perkataan yang kehadirannya penting dalam ayat. Kata

tugas hadir dalam ayat,sama ada di bahagian hadapan ayat,di bahagian hadapan
frasa,atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna
khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan.


2.2 Jenis-jenis kata tugas
2.2.1 Kata seru
Menurut buku Mofologi hasil tulisan Abdullah Hassan (2006),kata seru adalah kata
tugas yang melahirkan perasaan.Contoh perasaan yang dimaksudkan adalah seperti
perasaan

marah,terkejut,hairan,pelik,benci

dan sebagainya

yang

berkaitan dengan

perasaan seseorang individu.Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) pula,kata seru
didefinisikan sebagai suatu bentuk kata yang melahirkan berbagai-bagai perasaan.Kata seru
yang berdiri di bawah kata tugas ini mampu memantapkan lagi kemahiran berbahasa murid
sekolah rendah.Penggunaan kata seru dalam murid sekolah rendah telah memberi kesan
kepada murid untuk lebih mendalami jiwa atau perasaan yang merek alami.Perkara ini
menggalakkan murid-murid menggunakan emosi atau perasaan mereka dengan lebih baik

dan betul.

2.2.2 Kata tanya
Definisi bagi kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu
atau menyoalkan sesuatu.Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada
predikat.Jika kata tanya dikedepankan maka kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah
disertai dengan partikel –kah.Kata tanya berfungsi sebgai sesuatu unit soalan yang boleh
menanyakan soalan mengenai haiwan,manusia

dan benda bukan hidup.Kata tanya

merungkaikan semua persolan yang berada dalam setiap pemikiran individu melalui
pertanyaan dan soalan kepada individu lain untuk mendapatkan jawapan.Kata tanya terdiri
daripada

kata

tanya

dan


partikel.Contoh
2

kata

tanya

tunggal

adalah

seperti

bila,siapa,berapa,mana,bagaimana dan lain-lain.Kata tanya partikel hanyalah -kah.Kata
tanya partikel lazimnya diimbuhkan pada akhir kata tanya tunggal,dan diletakkan pada
angkal ayat..Contohnya,diakah yang datang semalam?.Ada kata tanya yang boleh
menimbulkan bentuk atau fungsi soalan bagi perkataan atau ayat sepenuhnya.Kata tanya
merupakan satu inti untuk kita menyoal sesuatu benda atau perkara kepada orang lain dan
sebaliknya.Kata tanya dapat membantu pelajar menyelesaikan setiap masalah atau perkara

yang mereka masih belum pasti.Sebagai contohnya,murid bertanya soalan kepada guru
tentang apa yang mereka tidak fahami dalam subjek yang diajari.

2.2.3 Kata perintah
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas
terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.Kata perintah memainkan
peranan sebagai bahasa atau perkataan yang berunsurkan suruhan kepada individu lain
dan sebaliknya.Kata perintah adalah agak terbuka dan mengikut keadaan atau situasi untuk
menggunakannnya.Kata perintah dapat membantu murid-murid dalam mengeratkan lagi
perasaan tolong menolong dan bekerjasama untuk mencapai kesatuan dan kefahaman
dalam menjalankan sesuatu.Di sini,murid akan menyedari bahawa kita sebagai manusia
hidup bukan tidak memerlukan pertolongan orang lain,tetapi hidup mesti ada pertolongan
daripada individu lain.Kata perintah dapat melahirkan murid-murid yang berkepimpinan dan
dapat menjadi peneraju atau pemimpin kepada sesuatu negara.

2.2.4 Kata pangkal ayat
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi
penanda kesinambungan ayat dalam wacana.Namun, kata pangkal ayat ini tidak begitu
banyak diamalkan sekarang.Perkataan ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayu
klasik, misalnya hatta, maka, arakian, syahadan, dan sebagainya.Kata pangkal ayat dapat

membantu murid-murid mengarang karangan mereka menggunakan istilah-istiah yang lebih
klasik untuk membantu mereka mencapai jiwa kesusasteraan selain daripada mendapat
markah terpuji.Penggunaan kata pangkal ayat ini murid dapat mengenalpasti bagaimana
untuk menghasilkan esei atau karangan dalam teks moden yang semakin mencabar dan
mendatang.

3

2.2.5 Kata bantu
Ada dua jenis kata bantu.Kata bantu pertama ialah kata bantu aspek.Kata bantu aspek
menyatakan tahap sesuatu perbuatan atau keadaan.Contohnya,ada empat jenis kata bantu
aspek iaitu kata aspek selesai,kata aspek sedang melakukan,kata belum selesai dan kata
aspek kelaziman.Kata bantu aspek membntu murid untuk menyatakan sesuatu perkara atau
cerita secara tidak bertulis dan bertulis dengan tepat.Kata bantu ragam merupakan jenis
kedua dalam kata bantu,kata ini menunjukkan keadaan perasaan seseorang orang
bercakap.Contoh kata bantu ragam adalah seperti hendak, mahu, harus, mesti, boleh dan
lain-lain.Kata bantu ragam dapat membuatkan murid mempunyai kemahiran yang tinggi
dalam menggunakan perkataan-perkataan ini untuk menyampaikan atau memprkatakan
sesuatu.


2.2.6 Kata penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan
berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.Kata penguat
memperkuatkan lagi makna kata adjektif yang diterangkan.Kata penguat terbahagi kepada
tiga posisi iaitu kata penguat depan yang berfungsi sebagai perkataan yang diletakkan di
depan kata adjektif.Seterusnya,kata penguat belakang yang menerangkan kata adjektif dan
posisinya diletakkan di belakang kata adjektif berkenaan .Akhir sekali kata penguat bebas
yang boleh diletakkan di depan,belakang atau kedua-dua posisi.Namun, ada perbezaan
anatar kata penguat yang berada di depan dan belakang iaitu kata penguat yang berada di
depan ayat merupakan seuatu yang ditekankan.

2.2.7 Kata penegas
Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan
yang meberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.Kata penegas
terbahagi kepada dua bahagian.Kata penegas yang pertama ialah kata penegas subjek dan
predikat.Jenis

kata

penegas


ini

adalah

menegaskan

subjek

atau

predikat

ayat

bahagiannya.kata tugas yang menjalankan tugas demikian adalah seperti juga, jua, pun,lagi
dan memang. Contoh penggunaannya,ibunya juga datang.Perkataan juga yang berada
dalam ayat ini menegaskan subjek ibunya.Seterusnya,kata penegas predikat.Kata penegas
predikat ialah lah dan tah.Dalam Kamus Dewan juga kata partkel kah dalam golongan
ini.Contoh penggunaan kata penegas predikat adalah seperti ini,itulah idaman saya.

4

2.2.8 Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu Frasa
Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.Ada tiga buah kata naïf.Kata nafi
tidak adalah untuk kata kerja, kata adjektif dan kata adverba.Kata nafi bukan dan tanpa
adalah seperti ayat ini,dia tidak pergi ke majlis itu sebab terlewat.Ada satu ciri yang menarik
di kalangan kata tugas terbitan.Ada kata naïf yang hany boleh digunakan dalam bentuk nafi
sahaja, iaitu tidak.Bagaimanapun,perkataan peduli selalu digunakan sekarang dalam bentuk
positif sebagai masyarakat peduli,kami peduli dan sebagainya.Bentuk yang salah ini lamakelamaan dianggap betul,tetapi perkataan tidak payah tidak perlu menjadi begitu.Begitu juga
dengan kata nafi tanpa adalah untuk nama tetapi digunakan juga bagi menafikan kata kerja.

2.2.9 Kata Pemeri
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek
dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan
adalah.Kata pemeri ialah dan adalah dikatakan

mempunyai fungsi.Perkataan yang

digunakan untuk memerikan sesuatu hal atau sebagai perangkai antara subjek ayat dengan

frasa utama dalam redikat ayat.Contohnya, ialah digunakan secara peramaan ekuatif dan
hadir dihadapan frasa nama dan adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan
frasa adjektif dan frasa sendi nama.

2.2.10 Kata pembenar
Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk mengaskan sesuatu
pernyataan.Kata pembenar yang selalu digunakan ialah ya, benar, dan betul.Contoh ayat
“Ya, saya akan datang esok”, kata Zulkefli kepada Mat Jani.

2.2.11 Kata Arah
Kata arah ialah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan selepas kata sendi
nama. Kata arah digunakan untuk menunjuk arah.Kata arah boleh menunjukkan tempat
atau lokasi.Contoh kata arah seperti atas, belakang, bawah, tepi, tengah, dalam, depan,
luar, sisi, penjuru dan sebagainya.Contoh ayat bagi kata arah adalah seperti berikut, Anjing
liar itu masuk ke dalam semak setelah dihalau oleh ayah.

5

2.2.12 Kata bilangan
Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu. Kata

bilangan ada tujuh jenis.Tetapi bahagian terbesarnya adalah terpecah kepada tiga
bahagian.Pecahan

yang

pertama

ialah

menunjukkan

bilangan

tertentu.Sebagai

contohnya,satu,dua,tiga dan seterusnya.Pecahan yang kedua pul ialah menunjukkan
bilangan tidak tentu.Contoh perkataan yang digunakan ialah semua,segala,para,bebebrapa
dan lain-lain.Pecahan terakhir ialah menunjukkan himpunan.Kata bilangan sebagai penunjuk
kepada kelompok atau sesuatu kumpulan.Contohnya,berates,bertiga,berabad, berguni dan
sebagainya.

2.2.13 Kata Adverba
Kata adverba ialah kata yang menerangkan kata kerja,kata adjektif,kata nama dan
frasa sendi nama dari segi cara,masa dan tempat .Kata advrba terbahagi kepada empat
bentuk.Bentuk yang pertama ialah kata adverba jati yang berfungsi sebagai penerang
kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja,kata adjektif dan frasa
adjektif atau frasa sendi nama.Seterusnya,kata adverb yang asalnya kata adjektif yang
berfungsi

sebagai

penerang

kepada

kata

kerja,kata

adjektif,atau

frasa

sendi

nama.Contohnya,ialah perkataan yang dicetak miring ini,berjalan laju,sakit kuat dan
sebagainya yang berkait.Ada tujuh lagi kata adverb yang lain.Kata adverb tersebut
mempunyai pelbagai fungsi an peranan.

2.2.14 Kata pascakata
Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan
seperti yang dinyatakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Bentuk itu ialah -nya
yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.Antara bentuk kata yang demikian ialah
sesungguhnya,nampaknya,lajunya, dan datangnya.

6

2.2.15 Kata penekan
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,kata penekan ialah bentuk yang
memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Kata ini juga bergabung
dengan partikel -nya dan digunakan untuk memberi penegasan kepada kata yang
bergabung dengannya.Contoh ayatnya adalah seperti berikut,pokok durian itu nampaknya
akan berbuah lebat.

2.2.16 Kata pembenda
Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan
daripada kata nama sebagai kata nama.misalnya lajunya,sakitnya dan sebagainya.

7

3.0 Kesimpulan
Rumusannya,kata tugas banyak memberikan dan membantu murid-murid sekolah.Kata
tugas dapat menjadikan pelajar menyelesaikan setiap masalah atau perkara yang mereka
masih belum pasti.Sebagai contohnya,murid bertanya soalan kepada guru tentang apa yang
mereka tidak fahami dalam subjek yang diajari.Selain itu,mereka sudah ijak untuk
menggunakan perkataan dan melontarkan ayat mengikut kesesuaian keadaan.Kata tugas
membuatkan pelajar mempunyai kemahiran yang tinggi dalam tatabahasa Melayu.

8