KAJIAN PERPUSTAKAAN PELAJAR PINTAR CERDA

KAJIAN PERPUSTAKAAN PELAJAR PINTAR CERDAS DI MALAYSIA
ISU –APAKAH MEKANISME YANG DAPAT MEMBANTU KANAK-KANAK PINTAR
CERDAS DAN SEJAUH MANA PEMBELAAN KE ATAS MEREKA
LANGKAH MENGATASI PENGABAIAN TERHADAP KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
DAN PENAMBAH BAIKANNYA

Konsep dan definisi pintar cerdas
Pintar cerdas merupakan keupayaan umum yang istimewa dalam kebolehan aptitude , bakat
dan kreativiti yang tinggi. Mereka yang memiliki pintar cerdas ini tergolong dalam kalangan
istimewa. Ia juga bermaksud mereka yang berinovasi tinggi dan kreatif dalam belajar untuk
berjaya. Pintar cerdas mempunyai IQ intelek Quation yang tinggi. Ketinggian tahap
pemikiran mereka menjadikan mereka adalah satu kelompok atau golongan yang sangat
memberi impak postif terhadap negara dari segi pendidikan jika tidak diabaikan dan Ia
mudah memahami pengajaran dan pembelajaran. Dalam Kamus Dewan diberi makna
cekap dan pandai. Manakala Menurut G.S Golant , kanak-kanak pintar cerdas ini
menunjukkan minat yang mendalam dalam belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin
tahu yang tinggi kepada persekitaran serta mampu menggabungkan beberapa maklumat
dalam menghasilkannya
Pintar cerdas sentiasa

berkebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi.


Bagaimanapun Ross, 1993 mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas iaitu gifted and
talented adalah kanak-kanak yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau
menengah yang menunjukkan perkembangan bakat yang cemerlang atau merealisasikan
potensi untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan
dengan kanak-kanak yang lain yang sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran.
Mereka ini berkeupayaan menghasilkan prestasi yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni
atau mempunyai keupayaan kepimpinan yang luar biasa, atau cemerlang dalam bidang

akademik yang khusus.

Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud

tambahan iaitu lebih kepada satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan
kebolehan perkembangan (Jane Piirto, 1999).Sternberg dan Kaufman mendefinisikan pintar
cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi,
membentuk dan memilih keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat.
Howard Gardner pula mendefinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses
maklumat dan juga cara berfikir. Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakan
hasil atau produk daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu berada

bersama bagi memberi hasil sebenar kepada kecerdasan. Beliau menakrif seseorang itu
sebagai seorang yang pintar cerdas apabila mematuhi lapan kriteria khusus berikut.
1.

Potensi pengasingan oleh kerosakan otak

2.

Kewujudan golongan individu luar biasa

3.

Operasi teras yang boleh dikenalpasti

4.

Sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang menggalakan

5.


Sejarah evolusi dan evolusi yang boleh diterima akal

6.

Disokong dari kajian psikologi

7.

Disokong oleh penemuan psikometrik

8.

Kerentanan untuk mengekod sistem symbol
Kecerdasan seseorang itu tidak sama seperti cara berfikir yang cenderung untuk
kekal konsisten dan tidak berkaitan dengan jenis maklumat yang akan diproses ( Sousa D.A.
, 2003). Jika mengikut pandangan kajian Jane Piirto (1999), ramai orang yang telah ditanya
sebagai responden setuju bahawa terdapat tiga aspek berkaitan pintar cerdas. Aspek yang
pertama ialah kebolehan menyelesaikan masalah yang praktikal yang mana mereka akan
melihat suatu permasalahan itu dari pelbagai sudut pandangan, mampu mempamer dan
memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang terbuka. Aspek yang kedua pula

ialah kebolehan secara lisan (boleh menangani sesuatu topik perbualan atau perbincangan
bersama dengan baik, kerap membaca

dan menganalisis bacaan dengan baik). Pintar

cerdas juga boleh perlihatkan dari aspek sosial (memahami sesuatu konsep sosial, dengan
mengakui kesalahan yang telah dilakukan, mempunyai minat mendalam

yang umum

kepada dunia).

Ciri-ciri Kanak-kanak Pintar Cerdas

Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai ciri-ciri unik seperti:

a) Mereka mempunyai rasa ingin tahu atau tahap curiosity yang tinggi dengan
mengadaptasi pengamatan yang mendalam terhadap satu pengetahuan dan
pengalaman baru.
b)Mereka sentiasa rajin dan tekun dalam mengejar minat tertentu dan cuba mencari

jawapan sebenar kepada persoalan yang seringkali timbul dalam benak pemikiran
minda mereka.
c)mereka mempunyai persepsi atau pandangan berbeza terhadap persekitaran
yang kebiasaan murid yang lain akan menyatakan pendapat biasa.
d) mereka kritikal terhadap diri sendiri dan lain orang lain. Setiap apa yang
diperhatikan akan dinilai untuk dijadikan suatu kajian pandangan.
e) Boleh berjenaka dan mempunyai unsur kecindan dalam segala penyampaiannya
tetapi penuh bermakna dan kadangkala ia meluahkan secara tersirat.
f) mereka sentiasa peka terhadap ketidakadilan di tahap peribadi dan global.Kritikan
mereka terhadap ketidakadilan itu adalah sangat bernas dan kebiasaanya dapat
menyelesaikan suatu isu yang bias.
g) Boleh dan berkelayakan menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang. Ini
disebabkan personality ekstrovert mereka yang tinggi.
h) Mereka tidak sewenang-wenangnya menerima kenyataan dangkal, bagi suatu
jawapan atau penilaian yang diberi atau mungkin dari orang lain.
i) . Mreka dengan mudah memahami prinsip-prinsip asas atau umum.

j) Pelajar pintar cerdas ini akan sering memberikan reaksi terhadap persekitaran
melalui sebarang media dan melalui pelbagai cara lain selain dari bahan cetak dan
penulisan sahaja.

k) hubungan yang wujud antara pandangan-pandangan yang berbeza dapat dilihat
dengan mudah., dan mereka dapat menghasilkan kepelbagaan idea dari satu
rangsangan yang spesifik yang kebiasaannya memerlukan persekitaran
pembelajaran yang sangat mencabar dan kadangkala tidak terjangkau pada
pemikiran manusia biasa.

SEJARAH PENDIDIKAN PINTAR CERDAS

Sekitar tahun 1920-an hingga 1930-an kajian awal tentang pintar cerdas telah dimulakan
dan ia adalah melibatkan kajian tentang baka, kanak-kanak separa normal , pembangunan
peralatan yang diaplkasikan dalam menguji tahap kanak-kanak pintar cerdas dan
berbekalkan

hasil dapatan dari kajian rersebut telah menghasilkan kesedaran bahawa

keperluan kanak-kanak pintar cerdas ini adalah berlaian daripada pelajar normal dan dilihat
sekolah biasa tidak dapat memenuhi keperluan mereka. Lewis Terman dan Leta
Hollingworth adalah antara pengkaji awal yang mengambil inisiatif menjalankan kajian awal
tersebut dan salah satu aktiviti awal yang pertama kali dihasilkan dan diterbitkan secara
besar-besaran adalah berkenaan dengan kajian ke atas kanak-kanak pintar cerdas.

Seterusnya selepas itu bidang kajian bagi pendidikan pintar cerdas semakin berkembang
dan meluas apabila keperluan bagi sesebuah negara berubah kerana pembangunan yang
sentiasa ingin dikecapi, terutamanya selepas pelancaran Spuntik pada lewat 1950-an oleh
Soviet Union. kerajaan Amerika telah melaksanakan usaha yang berterusan pada awal
tahun 1970-an dan mereka telah mendirikan sekolah bagi kanak- kanak pintar cerdas sebagai
tumpuan dan hasilnya secara tidak langsun telah memberikan definisi pintar cerdas semakin

berkembang dengan terutama apabila terwujudnya pelbagai program yang telah disediakan
untuk murid-murid pintar cerdas.

Apabila menghampiri abad ke-20, semakin banyak tumpuan diberikan kepada golongan
pintar cerdas. Bermula denganJacob Javits Gifted and Talented Students Education
Act yang menaja National Research Center on the Gifted and Talented sekaligus
membekalkan banyak kajian dan program berkaitan pintar cerdas.

LATAR BELAKANG PINTAR CERDAS DI MALAYSIA
Sebagai sebuah negara, Malaysia perlu membangunkan sumber tenaga manusia sebagai
usaha untuk meningkatkan tahap kemajuannya. Setiap masyarakat sentiasa mengharap
untuk menambah bilangan individu yang mampu menyumbang terhadap kesejahteraan dan
kemajuan masyarakat tersebut. Seterusnya menurut Renzulli (2000) setiap individu yang

dikenalpasti berpotensi tinggi atau berbakat wajar diberi peluang untuk memaksimakan
perkembangan kognitif dan perkembangan kendirinya sehingga dia cemerlang dan pintar
cerdas dalam bidang-bidang atau domain bakat tersebut.
Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, negara akan mengalami kerugian akibat
pengabaian sumber semula jadi yang bernilai. Apabila seseorang individu berbakat gagal
mencapai ketahap potensinya yang sebenar, ia merupakan satu tragedi kepada masyarakat
dan kemanusiaan sejagat. Amat sukar untuk menilai kerugian dari tragedi tersebut namun
pastinya

ia

satu

kerugian

yang

besar.

Fenomena


tidak mencapai

tahap

atau underachievement ini mendukacitakan semua pihak yang terbabit. Sesungguhnya tidak
ada yang lebih mengecewakan ibu bapa dan pendidik selain daripada menyaksikan bakat
dan kecerdasan pelajar terabai dan seolah-olah dibaziri.
Institusi pendidikan adalah antara sektor yang bertanggungjawab untuk mendidik semua
individu sehingga mereka mampu menyumbang semula kepada negara dalam bidang
kepakaran masing-masing. Institusi pendidikan juga berperanan memastikan agar tragedi
individu berbakat gagal mencapai ketahap potensinya yang sebenar yang disebut sebelum
ini tidak berlaku (Gallagher & Gallagher 1994; Piirto 1999). Persoalannya sekarang ialah
sejauh manakah institusi pendidikan di Malaysia menekankan pendidikan yang khusus
untuk individu yang berbakat serta berpotensi tinggi. Sesungguhnya, institusi pendidikan
dipertanggungjawabkan

untuk

memperkembangkan


potensi

setiap

individu

secara

menyeluruh seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian
Pendidikan Malaysia 1998). Tanpa program pendidikan yang dirancang khas untuk pelajarpelajar pintar cerdas dan berbakat di sekolah-sekolah, pelajar-pelajar tersebut terutamanya
dari golongan yang kurang berada tidak berpeluang mendapat sokongan, bantuan serta
adaptasi pendidikan yang diperlukan untuk perkembangan mereka secara optimum.
Sejak zaman Plato lagi, falsafah tentang sebuah masyarakat yang ideal ialah sebuah
masyarakat di mana setiap ahlinya memberikan khidmat kepada masyarakatnya
berdasarkan kemampuan atau potensi yang ada pada diri masing-masing. Plato juga
berpendapat bahawa setiap individu mempunyai keupayaan atau potensi tertentu. Golongan
pintar cerdas dan berbakat adalah antara sumber semula jadi utama sesebuah negara di
samping sumber-sumber semula jadi yang lain. Malaysia, seperti juga negara-negara lain di
dunia, mempunyai aset individu atau rakyat yang boleh dikategorikan sebagai pintar cerdas

dan berbakat. Sumber modal insan ini perlu diberi perhatian dengan sebaik-baiknya dalam
usaha untuk membina tamadun negara. Namun setakat ini kepentingan pendidikan untuk
golongan pintar cerdas dan berbakat jarang diperkatakan dalam masyarakat di Malaysia.

MEKANISMA YANG DAPAT DIKETENGAHKAN BAGI MEMBANTU PELAJAR PINTAR
CERDAS DI MALAYSIA
A. PUSAT PERMATApintar NEGARA

Pengenalan

Kanak-kanak pintar cerdas adalah sumber semula jadi negara. Mereka mempunyai
keperluan khas yang berlainan daripada pelajar-pelajar sederhana atau kanak-kanak
istimewa. Kajian ke atas profil pelajar-pelajar pintar cerdas menunjukkan bahawa terdapat
seorang pelajar pintar cerdas bagi setiap 10,000 orang kanak-kanak (Tidwell, 1980).
Malaysia mempunyai seramai 3.5 juta pelajar-pelajar dari umur sembilan hingga 15 tahun.
Ini menjadikan bilangan pelajar pintar cerdas di Malaysia seramai 350,000 orang. Pelajarpelajar pintar cerdas juga terdapat dalam kalangan pelajar-pelajar khas seperti masalah
penglihatan, masalah pendengaran, masalah fizikal, masalah pembelajaran, masalah emosi

dan tingkah laku serta dalam kalangan pelajar pemulihan. Mereka dikategorikan golongan
keistimewaan pelbagai (multiple exceptionalities). Kanak-kanak pintar cerdas adalah aset
negara yang perlu dicari, digilap dan ditonjolkan demi mencapai cita-cita negara.

Pusat PERMATApintar Negara, UKM menguruskan empat program utama yang terdiri
daripada:

1. Pencarian dan Pengurusan Bakat: mencari dan mengurus bakat pelajar-pelajar
pintar cerdas melalui ujian-ujian saringan PERMATApintar UKM1 dan UKM2;
membangun dan melaksanakan ujian-ujian saringan dalam talian; membangun dan
melaksanakan modul-modul kursus susulan dan baru secara dalam talian;
pengurusan Persatuan Alumni PERMATApintar UKM.

2. Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara: merancang dan
melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan pengajar, pembantu pengajar, pembantu
pelajar dan pengurus perkhemahan; melaksanakan kurikulum pengayaan dan
pecutan.
3. Program Pendidikan PERMATApintar UKM: program khas yang pertama di
Malaysia untuk pelajar pintar cerdas akademik yang telah memulakan sesi pengajian
pada

tahun 2011.

4. Program ASASIpintar UKM: merupakan program pra-universiti yang mengambil
masa selama setahun di UKM untuk membolehkan pelajar

pra-siswazah

menamatkan pengajian dalam tempoh yang cepat (3 tahun) atau membolehkan
pelajar mendapat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam tempoh 4 tahun.

Program Pendidikan PERMATApintar merupakan program khas yang pertama di
Malaysia untuk sekumpulan pelajar yang menunjukkan potensi intelek yang tinggi
atau dikategorikan sebagai pelajar pintar cerdas akademik. Universiti Kebangsaan
Malaysia telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan program pendidikan ini yang

akan bermula pada bulan Januari 2011, dengan ambilan pertama seramai 200 orang
pelajar tingkatan 4 (16 tahun). Pada tahun 2012 sekolah ini dijangka mempunyai
pendaftaran penuh seramai 400 orang pelajar yang terdiri daripada 200 orang pelajar
tingkatan

4

dan

200

orang

pelajar

tingkatan

5.

Sekolah Pintar Cerdas di Luar Negara

Terdapat beberapa buah institusi pengajian tinggi di luar negara yang telah
mempunyai sekolah pintar cerdas tersendiri. Antaranya di National University of
Singapore, di Mahidol University, Thailand, dan di Korea Advance Institute of Science
and Technology (KAIST). Justeru, Malaysia juga perlu mempunyai sekolah yang
sedemikian supaya pelajar pintar cerdas Malaysia dapat belajar di tanah air sendiri.
Pada ketika ini, ramai pelajar pintar cerdas Malaysia telah dihantar oleh ibu bapa
masing-masing yang berkemampuan untuk belajar di sekolah pintar cerdas di luar
negara dan ada diantara mereka yang mendapat tajaan biasiswa dan kewarganegaraan
negara berkenaan.

Tujuan Penubuhan

1.

Menyediakan program pendidikan holistik dan suasana pembelajaran

kondusif khusus
2.

untuk

pelajar-pelajar

pintar

cerdas

akademik.

Membangun, menyedia, dan melaksanakan kurikulum pembelajaran yang

sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas akademik yang
mempunyai potensi
3.

intelek yang

tinggi.

Menyediakan pengalaman awal bagi pelajar pintar cerdas untuk belajar di

institusi pengajian tinggi sekali gus mendapat bimbingan mentor dari kalangan ahli
akdemik.
4.

Mengumpulkan pelajar Malaysia yang berpotensi intelek tinggi untuk diberi

peluang kepada mereka mendapatkan pengalaman awal dalam projek penyelidikan
bagi membangunkan potensi minda kreatif dan berinovasi dalam kalangan pelajar

berkenaan.
5.

Menjadi model pendidikan pintar cerdas yang melibatkan pengintegrasian

kurikulum pendidikan menengah dengan suntikan sukatan pelajaran tahap pengajian
tinggi.
6.

Mewujudkan satu wadah perkongsian pintar dan usaha sama di antara

industri, institusi pengajian tinggi, dan sekolah dalam usaha saling lengkap
melengkapi bagi menyediakan suasana pengalaman pembelajaran yang boleh
membantu perkembangan holistik pelajar pintar cerdas akademik.

Objektif Penubuhan

Program ini dilaksanakan untuk pelajar-pelajar pintar cerdas yang mempunyai tahap
potensi dan kemampuan yang tinggi untuk berfikir secara logik, kritis dan kreatif.
Sehubungan itu, objektif pendidikan Program Pendidikan PERMATApintar adalah
untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1.

Berkemampuan,

berkemahiran

serta berdaya

saing

untuk

mencapai

kecemerlangan dalam akademik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

2.

Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam menjana penyelesaian kepada
masalah, dan boleh mencetuskan atau mencipta pemikiran-pemikiran baru
berhubung ilmu yang dipelajari hasil penelitian yang analitikal dan kritikal

3.

Sihat fizikal, sihat minda, berfikiran positif dan mempamerkan kesedaran
kendiri yang

4.

matang

dan

bijaksana.

Mempunyai daya kepimpinan yang cemerlang dan terpuji, bertanggungjawab
dan boleh membuat keputusan yang berkesan dengan mengambilkira
prinsip-prinsip nilai

baik

dan

beretika.

5.

Menguasai kemahiran bahasa dan komunikasi yang mantap, serta
mempunyai sikap yang sesuai untuk terlibat aktif dengan berkesan dalam
aktiviti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dokumen yang terkait

STUDI PERTUKARAN WAKTU DAN BIAYA PADA PROYEK PEMBANGUNAN GEDUNG PERPUSTAKAAN UMUM KABUPATEN PAMEKASAN

5 158 1

EVALUASI MUTU MINYAK KELENTIK DENGAN PENAMBAHAN KAPSUL ANTIOKSIDAN KULIT BUAH KOPI DAN BHT: KAJIAN JENIS KEMASAN

1 27 43

KAJIAN MUTU FISIK TEPUNG WORTEL (Daucus carota L.) HASIL PENGERINGAN MENGGUNAKAN OVEN

17 218 83

KAJIAN PSIKOLOGI ANAK DALAM NOVEL SINAR KARYA AGUK IRAWAN MN

4 53 10

KAJIAN RELIGIUS DALAM NOVEL SURAU INI ROBOH KARYA TAUFIQURRAHMAN KAJIAN RELIGIUS DALAM NOVEL JANGAN BIARKAN SURAU INI ROBOH KARYA TAUFIQURRAHMAN AL-AZIZY JANGAN BIARKAN SURAU INI ROBOH KARYA TAUFIQURRAHMAN

0 62 12

KAJIAN YURIDIS PENGAWASAN OLEH PANWASLU TERHADAP PELAKSANAAN PEMILUKADA DI KOTA MOJOKERTO MENURUT PERATURAN BAWASLU NO 1 TAHUN 2012 TENTANG PENGAWASAN PEMILIHAN UMUM KEPALA DAERAH DAN WAKIL KEPALA DAERAH

1 68 95

KAJIAN YURIDIS TENTANG PERUBAHAN TANAH PERDIKAN MENJADI HAK MILIK DI KELURAHAN TAMAN KECAMATAN TAMAN KOTA MADIUN SETELAH KELUARNYA UNDANG-UNDANG POKOK AGRARIA

2 44 14

KAJIAN YURIDIS TERHADAP PEMBATALAN PERKAWINAN AKIBAT ADANYA HUBUNGAN NASAB (Studi Putusan No. 1136/Pdt.G/2006/PA.Lmj) STUDY JURIDICAL TO MARRIAGE ANNUALMENT CONSEQUENCE OF EXISTENCE LINEAGE (Study of Decision No. 1136/Pdt.G/2006/PA.Lmj)

1 45 18

PENGARUH PEMANFAATAN PERPUSTAKAAN SEKOLAH DAN MINAT BACA TERHADAP HASIL BELAJAR IPS TERPADU SISWA KELAS VIII SMP NEGERI 1 WAY

18 108 89

KAJIAN ASPEK HYGIENE SANITASI TERHADAP KONDISI KANTIN MAKANAN JAJANAN ANAK SEKOLAH DASAR (Studi Kasus di Sekolah Dasar Kota Bandar Lampung)

40 194 64