Analisis dasar pendidikan kebangsaan dar

Abstrak
Analisis Dasar Pendidikan Kebangsaan: Dari Perspektif kerohanian Islam, dimulakan
dengan definisi kerohanian dari perspektif Islam. Kemudian diikuti dengan pengenalan kepada
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi aspek falsafah, matlamat, seterusnya fokus
diberikan kepada beberapa dasar yang terkandung dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasardasar ini dianalisis berdasarkan sudut pandangan kerohanian Islam. Cabang-cabang rohani yang
dibangkitkan di dalam makalah ini berkaitan dengan aspek dalaman menurut pandangan alGhazali. Di akhir penulisan ini, kesimpulan dibuat sebagai satu rumusan hasil daripada
penganalisisan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadi skop tugasan ini.

Definisi
Al-Ghazali1 menjelaskan rohani terdiri daripada akal (al-‘aql), kalbu (al-qalb), jiwa (alnafs) dan roh (al-ruh). Empat istilah ini berkait-rapat antara satu sama lain. Perbezaannya
terletak pada penggunaan erti keempat-empat istilah ini.
An-nafs2
Para sufi mendefinisikan an-nafs sebagai moral yang tercela. al-Ghazali mengertikan annafs berdasarkan erti khusus iaitu sumber akhlak yang tercela dan harus diperangi manakala erti
umum, an-nafs adalah suatu jauhar yang merupakan hakikat manusia sebagaimana disebut oleh
ahli falsafah Islam sebagai an-nafs an-nāṭiqah.
Ruh3
Sedangkan roh adalah sumber kehidupan dan sumber moral yang baik Roh juga adalah
sesuatu yang halus, bersih dan bebas daripada pengaruh hawa nafsu yang merupakan rahsia
Allah s.w.t yang hanya dapat diketahui oleh manusia tertentu setelah Allah s.w.t memberikan
kasyf4 (gambar yang terbayang) kepadanya. Menurut al-Ghazali lagi, ruh dibahagikan kepada
dua. Pertama, bererti ruh haiwani, iaitu jauhar yang terdapat pada rongga hati jasmani dan

merupakan sumber kehidupan, perasaan, gerak dan penglihatan yang dihubungkan dengan
anggota tubuh seperti menghubungkan cahaya yang melimpah ke seluruh ruangan. Kedua,
bererti an-nafs an-nāṭiqah, yakni sesuatu yang memungkinkan manusia mengetahui segala
hakikat yang ada. Dalam hal ini, al-Ghazali menyamakan ruh dengan al-qalb. Inilah yang
dimaksudkan dengan firman Allah s.w.t di dalam surah al- Isra’ ayat 85.(QS.17:85)5
1 Noor Shakirah Mat Akhir, Al-Ghazali and His Theory of Soul, Bab 4.3.halaman.174-218
2 Drs. H. Kafrawi Ridwan, M.A…(et al). Ensiklopedia Islam. Jilid 4. Halaman 182-185
3 Drs. H. Kafrawi Ridwan, M.A…(et al). Ensiklopedia Islam. Jilid 4. Halaman 182-185
4 Penyingkapan batas Hissi bagi mengetahui hakikat alam ghaib termasuk hakikat ketuhanan, arasy, Qursi dan
malaikat. Kasyf diperolehi hasil daripada khalwah, mujahadah dan zikir yang berterusan hingga ahlinya Berjaya
melepaskan diri dari alam maddi kepada alam rohani hingga membolehkan menerima limpahan rohani dari
Allahs.w.t Melahirkan karamah iaitu kejadian luar tabi’ hasil daripada kasf atau terbuka hijab. Rujuk Prof. Dato’ Dr.
Abdul Shukor Hj Husin, Kertas Seminar Kebatinan Serantau ‘Kerohanian Islam: Hakikat dan Kekeliruan’, halaman
11.
5 “Katakanlah, bahawa ruh itu urusan Tuhanku” (QS.17:85)

Al-Qalb6
Al-Qalb (kalbu) diertikan sebagai wadah untuk makrifat, suatu alat untuk mengetahui halhal yang bersifat Ilahiah. Ini dimungkinkan jika hati telah bersih sebersih-bersihnya daripada
hawa nafsu, melalui pola hidup yang zuhud, warak dan zikir secara terus-menerus. Dengan
demikian ilmu laduni atau ilmu Ilahi akan memancarkan cahayanya ke dalam hati, sehingga

kalbu menjadi wadah untuk makrifat tersebut.
Al-‘aql7
Al-‘aql (akal) diertikan sebagai alat untuk mengetahui ilmu yang di amati daripada
pancaindera atau daripada hal-hal yang zahir (lahir). Oleh sebab itu, tingkatnya berada di bawah
tingkat al-Qalb. Menurut al-Ghazali, akal turut mempunyai dua pengertian. Pertama, bererti ilmu
tentang hakikat sesuatu. Dengan demikian akal merupakan sifat ilmu yang terletak di dalam hati.
Kerana itu, akal kadang-kadang di sebut ilmu. Hal ini wajar kerana ilmu itu hasil daripada akal.
Kedua, akal sama ertinya dengan al- Qalb (kalbu) tetapi tidak sampai pada kalbu yang bererti
roh, mengingati ilmu merupakan sesuatu yang sifatnya kebetulan. Secara ringkasnya perbezaan
kedua-duanya adalah al-‘aql tidak dapat memperoleh pengetahuan sebenarnya. Sedangkan alQalb dapat mengetahui hakikat segala yang ada.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan8
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
6 Drs. H. Kafrawi Ridwan, M.A…(et al). Ensiklopedia Islam. Jilid 4. Halaman 182-185
7 Drs. H. Kafrawi Ridwan, M.A…(et al). Ensiklopedia Islam. Jilid 4. Halaman 182-185
8 Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan, edisi ke-3, halaman iii.

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

Dokumen yang terkait

Analisis Komparasi Internet Financial Local Government Reporting Pada Website Resmi Kabupaten dan Kota di Jawa Timur The Comparison Analysis of Internet Financial Local Government Reporting on Official Website of Regency and City in East Java

19 819 7

Analisis komparatif rasio finansial ditinjau dari aturan depkop dengan standar akuntansi Indonesia pada laporan keuanagn tahun 1999 pusat koperasi pegawai

15 355 84

Analisis Komposisi Struktur Modal Pada PT Bank Syariah Mandiri (The Analysis of Capital Structure Composition at PT Bank Syariah Mandiri)

23 288 6

Analisis Konsep Peningkatan Standar Mutu Technovation Terhadap Kemampuan Bersaing UD. Kayfa Interior Funiture Jember.

2 215 9

FREKWENSI PESAN PEMELIHARAAN KESEHATAN DALAM IKLAN LAYANAN MASYARAKAT Analisis Isi pada Empat Versi ILM Televisi Tanggap Flu Burung Milik Komnas FBPI

10 189 3

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

Analisis Penyerapan Tenaga Kerja Pada Industri Kerajinan Tangan Di Desa Tutul Kecamatan Balung Kabupaten Jember.

7 76 65

Analisis Pertumbuhan Antar Sektor di Wilayah Kabupaten Magetan dan Sekitarnya Tahun 1996-2005

3 59 17

Analisis tentang saksi sebagai pertimbangan hakim dalam penjatuhan putusan dan tindak pidana pembunuhan berencana (Studi kasus Perkara No. 40/Pid/B/1988/PN.SAMPANG)

8 102 57

Analisis terhadap hapusnya hak usaha akibat terlantarnya lahan untuk ditetapkan menjadi obyek landreform (studi kasus di desa Mojomulyo kecamatan Puger Kabupaten Jember

1 88 63