PERSIDANGAN EKONOMI IMPERIAL 1923 ANALIS

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History
Vol. II, Issue I, 2017, ISBN 978-967-0829-54-8

PERSIDANGAN EKONOMI IMPERIAL, 1923: ANALISIS TERHADAP
PEMBANGUNAN PERDAGANGAN ANTARA EMPAYAR BRITISH
IMPERIAL ECONOMIC CONFERENCE, 1923: ANALYSIS ON THE
DEVELOPMENT OF BRITISH’S INTER-EMPIRE TRADE
Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi
Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected] & [email protected]

Abstrak
Sebagai ‘mother country’ kebergantungan Britain terhadap sumber bahan mentah dan produk makanan
tanah jajahannya amat signifikan untuk negara tersebut terus kompetatif dalam pasaran perdagangan
antarabangsa selepas Perang Dunia Pertama. Pasaran ekonomi di tanah jajahan juga penting kepada
Britain bagi pasaran produk dan barangannya yang gagal bersaing dengan regim neomerkantilisme pada
awal abad ke-20, khususnya Amerika Syarikat. Oleh itu, kerajaan Britain telah menggunakan
Persidangan Ekonomi Imperial, 1923 untuk membentuk ‘Imperial Economic Committe ’ (IEC) agar
pembangunan perdagangan antara empayar dapat dilaksanakan. Pembangunan perdagangan antara
empayar di seluruh empayar British ini telah membentuk satu zon perdagangan yang memberi kelebihan
keutamaan tarif kepada golongan pedagang dan perniaga British. Justeru, artikel ini menganalisis

peranan IEC membentuk zon perdagangan antara empayar British pada tahun 1923. Tumpuan diberikan
dalam konteks perdagangan di Tanah Melayu, khususnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa, Britain amat memerlukan Tanah Melayu sebagai sumber utama bekalan
bahan mentah untuk pembangunan industrinya di Eropah. Penglibatan kerajaan secara terus dalam
sektor perdagangan membuktikan perubahan dalam doktrin perdagangan bebas bukan sahaja di Tanah
Melayu, malah di seluruh empayar British. Bahkan, pembangunan zon perdagangan antara empayar
British ini sebenarnya merupakan satu usaha pengukuhan blok sterling yang teracam dengan
kebangkitan blok dollar Amerika (USD).

Kata kunci: Sejarah ekonomi; Neomerkantilisme; Imperial Economic Conference; Perdagangan;
antara empayar.
Abstract
As the 'mother country', Britain's dependency on raw materials and food products from colonies are
very significant for the country to be competitive in the international trade market after the First World
War. The economic market throughout the colonies were also important for Britain to sell their products
and goods that fail to compete with the neomerkantilism regime which emerged in the early 20th
century, particularly the United States. Therefore, the British government conducted Imperial Economic
Conference, 1923 to form 'Imperial Economic Committee (IEC) for the development of inter-empire
trade. Inter-empire trade development across the British Empire have formed a trade zone by 'tariff
preference' that benefit the merchants and British businesses. Therefore, this article analyzes the role of

the IEC that form the British inter-empire trade zone in 1923. The main focus is about the trade in
Malaya, particularly Federated Malay States. The findings show that Britain needs Malaya as the main
source of supply of raw materials for the industrial development in Europe. Direct government
involvement in the trade sector showed a change in the doctrine of free trade not only in Malaya, but
throughout the British Empire. In fact, the British inter-empire trade zone is actually an effort to
strengthen the sterling block that are threathen by the rising of USD block.

Keywords: Economic history; Neo-Mercantilism; Imperial Economic Conference; Trade; InterEmpire.

Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi

2

PENGENALAN
Kemunduran sektor perdagangan Britain yang berlaku sejak tamat Perang Dunia
Pertama telah menyebabkan perkembangan sektor perindustriannya pada awal tahun
1920-an terjejas dengan teruk. Bagi mengatasi masalah ini, komuniti perindustrian
Britain telah menuntut agar pihak kerajaan melaksanakan dasar perlindungan untuk
melindungi sektor perindustriannya daripada persaingan pasaran antarabangsa yang
mula dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jerman sebagai kuasa neomerkantilisme

yang menawarkan eksport perdagangan yang lebih murah. Sebagai contoh, kegagalan
Britain untuk bersaing dengan Amerika Syarikat dalam industri sutera telah
menyebabkan Britain hanya mampu menguasai 20% pasaran antarabangsa,
berbanding Amerika Syarikat yang berjaya menguasai 80% pasaran antarabangsa
dalam industri sutera. Kejayaan Amerika Syarikat ini sebenarnya disebabkan polisi
tarif perdagangannya yang lebih murah berbanding Britain. 1
Justeru, untuk memastikan Britain kekal kompetetif dalam perdagangan
antarabangsa, jaringan perdagangan empayar telah digunakan sebagai strategi
pembangunan sektor perdagangan Britain. Oleh sebab itu, keperluan untuk
membangunkan semula perdagangan empayar British amat bergantung dengan
kekuatan perdagangannya di tanah jajahan. Kerajaan-kerajaan kolonial British telah
membentuk sekutu dalam kalangan mereka demi menjaga kepentingan ekonomi
‘mother country’. Antara kumpulan tanah jajahan penting yang membentuk sekutu
ialah Tanah Melayu (British Malaya ), Ceylonese Association, Joint West African dan
Joint East African. 2 Berdasarkan keadaan ini, pada tahun 1923 kerajaan Britain telah
menganjurkan Persidangan Ekonomi Imperial (PEI) yang bertujuan untuk membentuk
zon perdagangan antara empayar untuk membangunkan sumber-sumber ekonomi di
tanah jajahan bagi membolehkan sektor perdagangannya kekal kompetetif dalam
pasaran antarabangsa.
Imperialisme British


Kelebihan yang dimiliki oleh kerajaan Britain untuk menganjurkan PEI pada
tahun 1923 adalah berakar umbi kejayaan imperialisme modennya sejak abad ke-18.
Perkembangan imperialisme British sejak pertengahan era 1870-an telah
menyebabkan kebanyakan wilayah di Asia menjadi sebahagian daripada empayar
British. Kesan penting penguasaan imperial British ini ialah membolehkan kuasa
kolonial untuk menembusi ekonomi wilayah-wilayah yang dijajah mahupun
dinaungi.3 Oleh sebab itu, perkembangan imperial British sering dikaitkan dengan
faktor ekonomi. Tambahan lagi, menurut Sidney Pollard,
The chief economic significance of the New Colonial Empire, as a brilliant
contemporary study pointed out, was its promise of relatively safe, protected
and exclusive investment opportunities. The more investment opportunities
declined or threatened to yield decreasing returns at home, the stronger the
pull of Empire.4
1

British Imperial Trade, The Straits Times, 26 September 1923.
Ibid.
3
Sidney Pollard, The Development of the British Economy, 1914-1967, Ed. ke-2, Edward Arnold

(Publishers) LTD., London, 1969, hlm. 21.
4
Sidney Pollard, 1969, hlm. 22.
2

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan
Perdagangan Antara Empayar British

3

Dalam jangka masa antaraperang (interwar years ) imperialisme British di Asia
Tenggara turut melibatkan,
the development of imperial relationships was affected by the repression and
by the cautions stance that Britain and the other powers adaopted in face of
the deteriorating international position.5

Imperialisme Britain terhadap Tanah Melayu sejak abad ke-18 merupakan
langkah untuk mempertahankan tanah jajahannya di India. Pertapakan Britain di Pulau

Pinang pada tahun 1786 merupakan titik permulaan bagi usaha Britain untuk
mempertingkatkan lagi sekuriti armada lautnya di India dengan menjadikan
perlabuhan di Tanah Melayu sebagai tempat membaiki kapal armada lautnya yang
beroperasi di Teluk Benggal. Selain itu, peluasan pengaruh British di Tanah Melayu
merupakan satu langkah untuk menjaga kepentingan ekonominya di rantau Asia.
Kedudukan Tanah Melayu sebagai pintu pasaran Asia menuntut kepada British untuk
menguasai kepulauan Melayu di Selat Melaka untuk mengumpulkan hasil bumi untuk
dipasarkan di China. Oleh sebab itu, British telah menjadikan Singapura sebagai
perlabuhan entreportnya dan pusat komersial di Asia Tenggara. 6 Campur tangan
British terhadap politik Tanah Melayu menjadi lebih substantif pada awal tahun 1870an kesan daripada desakan keperluan ekonomi. Golongan perniaga kapitalis telah mula
menjadikan Singapura untuk ‘direct exploitation of tin’, malah pedagang-pedagang
China cenderung untuk melabur dalam prospek komersial di Singapura. 7
Walaubagaimanapun, pada awal abad ke-20 kerajaan kolonial mula
melaksanakan dasar ekonomi yang bersifat liberal. Tindakan Joseph Chamberlain,
Setiausaha Tanah Jajahan British yang mula melobi polisi ‘imperial preference’ dan
pembaharuan sistem tarif sejak awal tahun 1900-an, merupakan titik tolak serangan
golongan merkantalis terhadap perdagangan bebas yang dilihat gagal mengembalikan
supremasi maritim British. Sehingga tahun 1913, liberalisasi perdagangan yang
dilakukan oleh kerajaan Britain berjaya membawa negara tersebut untuk kembali
bersaing dengan Amerika Syarikat dan Jerman. Bahkan, dasar sekatan ekonomi

(economy blockade) yang dilakukan oleh British ketika Perang Dunia Pertama berjaya
menyatukan jaringan perdagangan antara empayarnya dan seterusnya meningkatkan
nilai eksport empayar British. 8
Perlantikan Stanley Baldwin menjadi Perdana Menteri Britain pada tahun 1923
memberi kesan terhadap kegiatan perdagangan negara ini.9 Baldwin merupakan ahli
politik daripada Parti Konservatif juga mempunyai matlamatnya yang tersendiri iaitu
menamatkan perdagangan bebas ( Free Trade). Serangan terhadap perdagangan bebas
ini adalah disebabkan kegagalan doktrin perdagangan bebas yang menyebabkan
Nicholas Tarling, Imperialism in Southeast Asia ‘A Fleeting, passing phase’, Routledge, New York,
2001, hlm. 35.
6
D.K. Fieldhouse, Economics and Empire 1830-1914, Cornell University Press, New York, 1973, hlm.
185.
7
Ibid.
8
Huraian lanjut lihat, Mohd Shazwan Mokhtar, Liberalisasi Terhadap Perdagangan Bebas NegeriNegeri Melayu Bersekutu, 1909-1913. In In-House Seminar: Revisiting Malaysian History, Vo.1, No.1,
hlm. 25-39, 2016.
9
Stanley Baldwin dilahirkan pada 3 Ogos 1867 merupakan antara ahli politik Parti Conservative. Pada

1921, dia memasuki Kabinet sebagai President Board of Trade dan pada 1922, beliau menjadi watak
utama yang memimpin gerakan pemberontakkan Konservatif yang merampas kerajaan campuran David
Lloyd George. Di bawah Andrew Bonar Law, kerajaan Parti Conservative telah mengambil beliau
sebagai Chancellor of the Exchequer. Seterusnya pada 1923, Bonar Law telah bersara dan beliau
mengantikan tempat sebagai Perdana Menteri. Lihat Philip Williamson, Stanley Baldwin Conservative
Leadership and national values, United Kingdom, Cambridge University Press, 1999, hlm. 21-26.
5

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.

Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi

4

ekonomi domestik British merosot dengan teruk. Masalah utama yang mendapat
perhatian dalam kalangan masyarakat dan pihak kerajaan sendiri ialah masalah
pengangguran dan persaingan barangan tempatan dengan barangan import negara
asing yang lebih murah. Oleh sebab itu, sistem fiskal British perlu dipulihkan semula
untuk melindungi barangannya. Sistem cukai sedia ada yang dilaksanakan oleh pihak
kerajaan hanya menyebabkan peningkatan harga barangan dan gagal merangsang

pertumbuhan ekonomi domestik.10 Di samping itu, perubahan doktrin perdagangan
dan sistem tarif yang berlaku di Britain secara tidak langsung memberi kesan terhadap
imperialisme ekonomi di tanah jajahan British. Loh Wei Leng menjelaskan,
Britain’s imperial sentimens were strengthened and eventually manifested in
the call ‘to consider the practicability of preferential rates for goods of
imperial origin’ in 1920, stringly promoted by the ‘New Imperialist’
component in the Lloyd George coalition government of 1916 .11
Pelaksanaan dasar ekonomi kolonial di tanah jajahan berdasarkan sistem
keutamaan imperial (imperial preference) dan undang-undang ekonomi bersifat
perlindungan (protectionist) sejak abad ke-20 telah menjadi titik tolak kepada
perubahan polisi perdagangan bebas kepada polisi perdagangan yang lebih bersifat
liberal. Pengenalan ‘McKenna Duties’ sejak tahun 1915 penting kepada British kerana
membentuk asas kepada dasar perlindungan (protectionism) dalam ‘imperial
preference’ yang menjadi keutamaan ketika era pentadbiran Stanley Baldwin sebagai
Perdana Menteri.
Dalam konteks Tanah Melayu, kerajaan kolonial secara keseluruhannya telah
mula melaksanakan dasar pembangunan ekonomi yang lebih rigid dengan memberi
tumpuan terhadap aktiviti eksport. Komoditi utama yang menjadi tunjang bagi aktiviti
eksport khususnya timah dan getah telah diberi perhatian oleh pihak kerajaan dalam
agenda pembangunan ekonominya. 12 Persoalan yang diutarakan oleh Loh Wei Leng

dalam penulisannya berkaitan ‘the appropriateness of strategy which placed such
heavy reliance on a few primary product exports had been called into question’,
sebenarnya merupakan amalan ekonomi neomerkantilisme yang diamalkan oleh
kerajaan kolonial di Tanah Melayu.
Pertumbuhan Neomerkantilisme Menerusi Imperialisme

George H. Nadel & Peery Curtuis menjelaskan imperialisme sebagai,
the extension of sovereignty or control, whether direct or indirect, political or
economic, by one government, nation or society over another together with the
ideas justifying or opposing this process .13

Namun, timbul persoalan apakah hubungan imperialisme dengan perkembangan
ekonomi merkantilisme? Isu ini boleh diteliti menerusi peranan kerajaan imperial
yang melakukan penjajahan (kolonialisme) terhadap sesebuah negara sama ada untuk
menguasai sumber bahan mentahnya atau melindungi kepentingan ekonomi ‘ mother
country’. Perkara ini juga turut dibincangkan oleh, George H. Nadel & Perry Curtuis
10

A.D. Innes, A History of the British Nation: From the Earliest Times to the Present Day, London,
T.C. & E.C. Jack, 1912, hlm. 949-950.

11
Loh Wei Leng, The Colonial State and Business: The Policy Environment in Malaya in the Inter-War
Years, Journal of Southeast Asian Studies , 33(2), 2002, hlm. 247.
12
Loh Wei Leng, 2002, hlm. 249.
13
George H. Nadel & Perry Curtuis, Introduction, In George H. Nadel & Perry Curtuis, Imperialism &
Colonialism, The Macmillian Company, London, 1964, hlm.1.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan
Perdagangan Antara Empayar British

5

yang melihat tindakan penjajahan yang berlaku menerusi imperialisme sebagai, ‘ the
mother country to owning colonies rather than the opposition of colonies to being
owned by the mother country’.14 Oleh sebab itu, dalam konteks Tanah Melayu,
khususnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB), Persuruhjaya Tinggi British
sering menekankan soal ‘contribution to mother country’ dalam kalangan Raja-Raja
dan Pembesar Melayu walaupun pada dasarnya NNMB dianggap sebagai negeri
naungan.15 Tambahan lagi, menerusi sistem perdagangan merkantilisme ini juga,
British berjaya melindungi kepentingan perdagangannya di NNMB daripada ancaman
pedagang-pedagang Jerman. 16
Hubungan antara ekonomi merkantilisme dengan imperialisme wujud apabila
wujudnya simbiosis antara regim merkantilisme dengan kerajaan imperial untuk
melindungai kepentingan ekonominya. Hal ini kerana, menerusi penguasaan politik
inilah regim merkantilisme dalam mengawal aktiviti import dan eksportnya,
seterusnya dapat menghasilkan surplus perdagangan yang tinggi. Bahkan, menurut
Hugh E. Egerton, menerusi imperialisme aktiviti eksport perdagangan kolonial dapat
dibangunkan menerusi sistem merkantilisme menerusi pembukaan ataupun
penguasaan tanah jajahan. Oleh sebab itulah, kerajaan imperial dan juga golongan
perdagangan Britain dapat untuk memonopoli komoditi perdagangan tertentu di tanah
jajahan.17 Malah, sistem merkantilisme sering dikaitkan dengan teori yang mana tanah
jajahan atau koloni akan sentiasa berfungsi sebagai pengeluar sumber bahan mentah
untuk keperluan pembangunan industri bagi ‘mother country’.18
Seterusnya, kebangkitan regim merkantilisme sejak akhir abad ke-19 yang
lebih dikenali sebagai neomerkantilisme atau merkantilisme moden, telah
menyebabkan setiap negara mula melaksanakan dasar ekonomi yang bersifat
perlindungan bagi membangunkan ekonomi domestik mereka untuk mengatasi
masalah pengangguran dan kemiskinan khususnya dalam era perang. Paul F. Cwik,
berhujah bahawa berlakunya perubahan dalam aktiviti perdagangan bebas dan
kejatuhan ‘gold standard’.19 Menerusi penulisan Jonathan Bart pula, beliau menilai
merkantilisme sebagai ‘ the cardinal philosophy of empire: the systematic blueprint for
constructing and maintaining imperial economic hegemonic, shaping and informing
state action …’20 Walaupun dalam konteks perbincangan beliau memberi tumpuan
terhadap perkembangan ekonomi merkantilisme dalam abad ke-17 dan 18, kerangka
analisis beliau boleh digunakan untuk meneliti perkembangan ekonomi
neomerkantilisme yang mula berkembang sejak akhir abad ke-19. Hal ini kerana,
menerusi data-data ekonomi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan, khususnya
kerajaan kolonial di Tanah Melayu jelas menunjukkan bahawa wujudnya amalan
14

George H. Nadel & Perry Curtuis, 1964, hlm.3.
Menjelang Perang Dunia Pertama, Persuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu telah menggesa
Majlis Mesyuarat Persekutuan, NNMB untuk ‘That, whereas it appears to the Government that there
is a general wish on the part of the various communities residing in the Federated Malay States that
contribution should be made to the Imperial Government for the prosecution of the war …’ Lihat Mohd
Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin, ‘Kill German Trade ’: Penilaian Terhadap usaha British
Membendung Perdagangan Musuh di Tanah Melayu Sewaktu Perang Dunia Pertama, 2015.
16
Huraian lanjut lihat, Mohd Shazwan Mokhtar & Mohd Samsudin, ‘Trade War ’: Sekatan Perdagangan
Jerman di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1914-1918, Akademika , Bil. 87, No. 1, 2017, hlm. 75-90.
17
Hugh E. Egerton, Colonies and The Mercantile System, In George H. Nadel & Perry Curtuis,
Imperialism & Colonialism, The Macmillian Company, London, 1964, hlm. 59.
18
Hugh E. Egerton, 1964, hlm. 64.
19
Paul F. Cwik, The New Neo-Mercantilism: Currency Manipulation As A Form of Protectionism,
Economic Affairs , 31(3), 2011, hlm. 11.
20 Jonathan Barth, Reconstructing Mercantilism: Consensus and Conflict in British Imperial Economy
in the Seventeenth and Eighteenth Centuries, The William and Mary Quarterly, 73(2), 2016, hlm. 262.
15

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.

Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi

6

ekonomi yang bersifat merkantilisme apabila pihak kerajaan telah terlibat secara
langsung dalam membentuk struktur ekonomi menerusi undang-undang untuk
melindungi kepentingan ekonomi kolonial dan menjadikan ‘balance of trade’ (BOT)
sebagai sumber pendapatan penting negara menerusi kadar surplus perdagangan yang
diperolehi.
Secara keseluruhannya, ekonomi neomerkantilisme merujuk kepada campur
tangan atau penglibatan kerajaan dalam sektor perdagangan untuk mewujudkan
lebihan perdagangan dalam BOT, iaitu membentuk polisi dan dasar ekonomi yang
memberi keutamaan kepada aktiviti eksport berbanding import. Peningkatan surplus
perdagangan akan membawa kepada BOT positif yang dapat membentuk peluang
pekerjaan dan meningkatkan lagi permintaan terhadap komoditi perdagangan.
Tambahan lagi, menerusi peluasan imperialisme secara tidak langsung telah membawa
kepada pembentukan zon atau rantau ekonomi yang dikuasai oleh sesebuah kerajaan
imperial. Perkara ini turut disentuh oleh Bjorn Hettne yang menyimpulkan ‘ neomercantilism has a lot to do with regionalism’.21
IMPERIAL ECONOMIC COMMITTEE 1923
Menerusi Persidangan Ekonomi Imperial (PEI) pada tahun 1923 kerajaan Britain,
kerajaan ‘the Dominion, India’, kerajaan di tanah jajahan dan negeri naungan telah
bersetuju untuk membentuk ‘Imperial Economic Committee’ (IEC). Secara
keseluruhannya, IEC mempunyai objektif yang jelas untuk
To consider the possibility of improving the methods of preparing for market,
and marketing within the United Kingdom, the food products of the overseas
parts of the Empire with a view to increasing the consumption of such products
in the United Kingdom in preference to imports from foreign countries, and to
promote the interests both of producers and consumers .22

Walaupun begitu, menurut Stephen Constantine hasrat awal pengajuran PEI oleh
kerajaan Britain adalah untuk menggalakkan lagi kerjasama ekonomi antara Britain
dengan ‘dominions’ dan India. Tambahan pula, isu berkaitan hasrat untuk
menghulurkan bantuan pembangunan dalam kalangan empayar British juga tidak
menjadi agenda utama peringkat awal cadangan penganjuran PEI. 23 Namun, setelah
Sir Lloyd-Greame yang mewakili Lembaga Perdagangan terlibat dalam rancangan
awal penubuhan PEI, barulah cadangan untuk menyediakan bantuan modal untuk
seluruh empayar British menerusi PEI diutarakan. PEI mencadangkan agar kerajaan
imperial menyediakan bantuan kewangan berbentuk geran dalam tempoh 5 tahun
dengan kadar faedah sebanyak 0.75%. Menerusi resolusi yang dikeluarkan oleh PEI
berkaitan geran ini,
In order to qualify for the Imperial contribution a scheme must be accepted by
the Imperial Government within the next three years. The approval on behalf
of the Imperial Government would be given after consulation with the
Treasury, the colonial of India Office and the Board of Trade .24
21

Bjorn Hettne, Neo-Mercantilism: The Pursuit of Regionness, Cooperation and Conflict, 28(3), 1999,
hlm. 219.
22
Imperial Economic Committee: A survey of its Work, Journal of the Textile Institute Proceedings ,
23(9), 1932, hlm. 237.
23
Stephen Constantine, The Making of British Colonial Development Policy, London, Frank Cass, 1984,
hlm. 105.
24
Imperial Economic Conference 1923, Summary of Conclusions, 1923, hlm. 4.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan
Perdagangan Antara Empayar British

7

Punca kuasa bagi IEC adalah daripada persetujuan PEI yang bersidang. Oleh
itu segala siasatan atau sebarang inkuri berkaitannya hendaklah mendapat perhatian
daripada kerajaan British dan kerajaan kolonialnya. Hal ini kerana, setiap kerajaan
kolonial akan menamakan perwakilan mereka dalam PEI termasuklah juga kerajaan
British sebagai kerajaan imperial. 25 Oleh itu, Mr. Wn. Duncan, Mr. Ernest Birch dan
Mr. F. George Penny, M.P yang merupakan jawatankuasa dalam ‘ Association of
British Malaya ’ telah terlibat secara langsung mewakili Tanah Melayu dalam
persidangan PEI pada tahun 1923. 26
Pada peringkat awal pembukaan PEI isu penting yang dibincangkan ialah
masalah yang dihadapi oleh British untuk menghadapi kekuatan ekonomi Amerika
Syarikat dan Jepun yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pentadbir
kerajaan dan kolonial Britain. Kebimbangan ini adalah berdasarkan kesedaran British
untuk melindungi kepentingan ekonomi ‘Motherland’ dan tanah jajahan serta
keseimbangan pengaruh dan kuasa tentera laut di Lautan Pasifik, serta termasuklah isu
‘immigration colour bar ’. Tambahan lagi, keadaan ekonomi Eropah yang tidak
menggalakkan, memerlukan British untuk melaksanakan usaha pembangunan sumber
di seluruh empayarnya untuk menampung kemerosotan yang berlaku di Eropah. 27
Oleh itu, kerajaan Britain telah menuntut kerajaan kolonial di seluruh tanah jajahannya
untuk membantu usaha pembangunan sumber empayar melalui penstrukturan dasar
fiskal dengan tidak mengenakan cukai terhadap barangan makanan dan bahan mentah
utama.28
W. Ormsby Gore yang mewakili kerajaan tanah jajahan (Colonies &
Protectorates) termasuklah Tanah Melayu keseluruhannya telah menegaskan kepada
seluruh perwakilan PEI bahawa, tanah-tanah jajahan ini penting kepada kelangsungan
ekonomi empayar Britain, kerana menerusi potensi ekonomi yang dimilikinya pasaran
import dan eksport empayar Britain akan dapat memastikan kelangsungan bekalannya.
Bahkan, beliau turut mengisytiharkan bahawa ‘ Britain specially was alive to the need
of becoming less dependent of America for cotton, sugar and tobacco’.29 Pendirian
Mr. Ormsby ini juga dikongsi oleh The Duke of Devonshire yang turut menjelaskan
‘that the moral and material progress and development of the Colonies, Protectorates
and Mandated Territories was increasingly important to all partners in the British
Empire’ terutamanya Tanah Melayu yang baru sahaja pulih daripada tekanan ekonomi.
Oleh sebab itu, Pejabat Tanah Jajahan (PTJ) perlu memainkan peranan penting untuk
merangsang perdagangan intraimperial British khususnya di wilayah tropika dengan
memastikan kerajaan kolonial dibantu dengan aliran modal daripada firma dan
perusahaan swasta. 30
Zon Perdagangan Antara Empayar

Pengukuhan perdagangan antara empayar British menerusi PEI secara tidak langsung
membentuk zon perdagangan yang melindungi keseluruhan kepentingan ekonomi
antarabangsanya.31 Asas bagi sistem perdagangan antara empayar ini adalah menerusi
penyeragaman penggunaan invois, bil muatan dan paten dan sistem perundangan yang
25

Imperial Economic Committee, Western Argus , 15 May 1928.
British Malaya and the Imperial Conference, The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser ,
22 October 1923.
27
Imperial Conference, The Straits Times, 2 October 1923.
28
Imperial Conference, The Straits Times, 4 October 1923.
29
Ibid.
30
Ibid.
31
Empire Link, Northern Star , 31 January 1924.
26

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.

Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi

8

membolehkan kerajaan imperial mengukuhkan jaringan perdagangan dengan seluruh
empayarnya.32
Zon perdagangan antara empayar British mempunyai kelebihan untuk
menikmati manfaat daripada sistem keutamaan tarif yang telah ditetapkan oleh
Parlimen British menerusi sistem keutamaan imperial. Bahkan, PEI sendiri telah
menjadi faktor penting kejayaan pelaksanaan sistem keutamaan tarif di seluruh tanah
jajahan British. Sir Philip Lloyd Greame telah membuka perbahasan berkaitan isu
sistem keutamaan tarif dengan menegaskan bahawa PEI perlu ‘should work out
practicable steaps to improve production and trade prospects in all parts of the
Empire’. Oleh itu, kerajaan imperial telah bersedia untuk membenarkan semua
komoditi buah-buahan, kismis (currants) dan buah-buahan di dalam tin dikecualikan
daripada cukai, manakala komoditi makanan yang serupa daripada negara luar kekal
dengan kadar cukai antara 10s. 6d., 2s. dan 5s. Akhirnya PEI telah bersetuju untuk
melaksanakan sistem keutamaan tarif dalam zon perdagangan antara empayar
berdasarkan resolusi,
This Imperial Economic Conference, holding that, especially in present
circumstances, all posibble means should be taken to develop the resources of
the Empire and trade between the Empire countries, desires to reaffirm the
Resolution on the subject of Imperial Preference passed by the Imperial War
Conference of 1917.33

Secara keseluruhannya, kesemua produk pertanian dalam empayar telah
dikecualikan cukai di seluruh empayar British. 34 Tambahan lagi, menerusi PEI juga
Sir Lloyd turut mencadangkan agar Parlimen Britain untuk mengenakan duti import
sebanyak 10s bagi setiap ‘hundredweight’ ikan salmon dalam tin dari negara luar dan
memastikan produk empayar kekal menikmati pengecualian cukai. Keperluan sistem
keutamaan tarif ini juga adalah berdasarkan kesedaran terhadap 3 polisi kerajaan yang
tidak praktikal untuk ekonomi Britain, iaitu (i) sistem subsidi (ii) geran untuk lesen
import (iii) penstabilan harga. 35 Hal ini kerana, menerusi pelaksanaan sistem
keutamaan tarif kerajaan akan dapat memastikan harga makanan lebih murah.36 Jadual
1, menunjukkan kadar tarif kastam yang dikenakan terhadap komoditi makanan
terpilih dalam zon antara empayar Britrish.
Jadual 1, Kadar tarif kastam terhadap komoditi makanan terpilih, 1923
Jenis komoditi makanan
Kadar semasa
Kadar ‘Tariff Preference ’
s. (shilling) d. (pence) cwt. (hundredweight) lb. (pounds)
Buah-buahan kering
10s. 6d. per cwt.
16.667% ( ⁄6)
Kismis
2s. per cwt.
16.667% ( ⁄6) - 4d.
Gula
25s. 8d. per cwt.
16.667% ( ⁄6) – 4s. 3 ⁄ d.
Tembakau
8s. 2d. per lb.
16.667% ( ⁄6)
Epal mentah
5s. per cwt.
Bebas cukai
Ikan salmon dan udang karang
10s. per cwt.
Bebas cukai
di dalam tin, ikan cray, ketam
Madu
10s. per cwt.
Bebas cukai
Limau, lemon dan jus buahan
6d. per gallon
Bebas cukai
Sumber : CAB/24/164/70

32

Economic Conference, The Straits Times , 3 November 1923.
Imperial Economic Conference 1923, Summary of Conclusions, 1923, hlm. 4.
34
Economic Conference, The Straits Times , 10 October 1923.
35
Imperial Conference, The Straits Times, 9 November 1923.
36
Malayan History, The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser , 10 November 1923.
33

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan
Perdagangan Antara Empayar British

9

Keperluan untuk membangunkan zon perdagangan antara empayar ini adalah
disebabkan kejatuhan eksport perdagangan British kepada 30% lebih rendah daripada
eksportnya pada tahun 1913 serta kemunduran ekonomi di Eropah. Oleh sebab itu,
kerajaan British perlu untuk mengukuhkan jaringan perdagangannya menerusi
perdagangan antara empayar. Keadaan ini berlaku memandangkan British masih
memerlukan kuasa beli Eropah kerana, ‘credit created by Indian and Chinese sales in
Europe were used for financing Eastern purchases from Britain’. Justeru,
kebergandungan Britain dengan Amerika Syarikat akan dapat dikurangkan untuk
mendapatkan sumber bahan mentah, malah pengukuhan zon perdagangan ini akan
dapat meningkatkan jumlah produksi dan kuasa beli dalam empayar British. Walau
bagaimanapun, usaha ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan
bantuan kewangan daripada kerajaan British. 37 Oleh itu, menerusi PEI, kerajaan
Britain telah mencadangkan kepada parlimennya untuk
the full money equivalent of the advantages which are not retained should be
devoted to a scheme of marketing, untuk tujuan ini pihak kerajaan telah
bercadang untuk menyediakan peruntukan sebanyak £1,000,000 untuk setiap
tahun yang ditadbir oleh Suruhanjaya Eksekutif yang bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap Parlimen British.38

Dalam konteks Tanah Melayu pula, kerajaan British telah meletakkan
kedudukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) sebagai ‘Eastern Colonies’
dalam rancangan ‘The Development of Imperial Resources ’ dengan memperuntukkan
sebanyak £2,053,431 untuk pembangunan landasan kereta api bagi membolehkan
kerajaan kolonial di Tanah Melayu mengeksploitasi sumber bahan mentah dengan
lebih produktif untuk di eksport. 39 Maka tidak hairanlah dalam persidangan Majlis
Mesyuarat Persekutuan (MMP) NNMB pada tahun 1923, Persuruhjaya British ketika
itu Sir Laurence Nunns Guillemard, menjelaskan kepada ahli MMP bahawa NNMB
berada dibawah kawasalan Pejabat Tanah Jajahan di London ‘ on the same lines as its
control over the Government of the Colony; but it is much looser and it takes the form
of advice rather than of direction .’40 Hal ini kerana, kedudukan kewangan yang
dimiliki oleh Tanah Melayu secara keseluruhannya amat penting bagi British ‘ in terms
of its contribution to the ‘Sterling Bloc’.41 Oleh itu, Tanah Melayu amat penting
sebagai sebahagian daripada tanah jajahan British yang membentuk zon perdagangan
antara empayar.
Tanah Melayu secara keseluruhannya telah memainkan peranan penting dalam
membangunkan industri baru dalam sektor penghasilan produk makanan dalam
perdagangan antara empayar. Hal ini kerana, kerajaan kolonial di Tanah Melayu telah
mengambil langkah yang drastik untuk memastikan keseimbangan ‘ balance of trade’
yang terjejas akibat kejatuhan harga komoditi timah dan getah. Oleh itu, industri
pengetinan nenas, minyak kelapa dan minyak sawit menjadi antara industri baru
penting yang dibangunkan oleh kerajaan kolonial British di Tanah Melayu. Kerajaan
British di London pula memainkan peranan untuk melaksanakan propaganda

37

CAB/24/158/CP/90 Proposal For Financial Assisrance To Eccelerate The Development of Imperial
Resources.
38
Imperial Economic Committee: A survey of its Work, Journal of the Textile Institute Proceedings ,
23(9), 1932, hlm. 237.
39
CAB/24/158/CP/90 Proposal For Financial Assisrance To Eccelerate The Development of Imperial
Resources.
40
Shorthand Report of the Proceedings of the Proceedings of the Federal Council, 11 July 1923.
41
Loh Wei Leng, 2002, hlm. 249.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.

10

Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi

perdagangan untuk memasarkan produk empayarnya di Eropah khususnya dalam
pasaran perdagangan di Liverpool. 42
Graf 1, Nilai Eksport Nenas Dalam Tin Tanah Melayu, 1919-1924
$10,000,000.00
$9,000,000.00
$8,000,000.00
$7,000,000.00
$6,000,000.00
$5,000,000.00
$4,000,000.00
$3,000,000.00
$2,000,000.00
$1,000,000.00
$0.00
1919

1920

1921

1922

1923

1924

Nenas

Sumber : Sel. Sec. 2613/1925

Industri pengetinan nenas yang dibangunkan di Tanah Melayu sejak tamat
Perang Dunia Pertama adalah daripada jenis ‘Queen’ yang hampir sama dengan jenis
‘Red Jamaican Pine’ yang terdapat di Hindia Barat. Di samping itu, eksport nenas dari
Sarawak turut mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran Amerika Syarikat yang
mempunyai kilang yang besar di Hawaii. Namun, kilang-kilang pengetinan nenas di
Singapura pula tidak mengggunakan nenas dari Sarawak ini yang dikatakan warnanya
terlalu putih dan lebih masam. Graf 1 menunjukkan pertumbuhan nilai eksport
pengetinan nenas di Tanah Melayu yang mula tumbuh sejak tahun 1919.
Graf 2, Perbandingan Nilai Eksport Antara Komoditi Kelas 1
Dengan Kelas 2 NNMB, 1920-1923
$300,000,000.00

$250,000,000.00
$200,000,000.00
$150,000,000.00
$100,000,000.00
$50,000,000.00
$0.00

1920
1921
1922
1923
1924
Kelas 2 268084412 120914266 125177188 177976479 188240978
Kelas 1 4116055
2688702
2249246
2588437
3818654

$4,500,000.00
$4,000,000.00
$3,500,000.00
$3,000,000.00
$2,500,000.00
$2,000,000.00
$1,500,000.00
$1,000,000.00
$500,000.00
$0.00

Sumber : F.M.S. Report on the Trade and Customs Department for the Year 1924.

Graf 2 pula menunjukkan perbandingan nilai eksport antara komoditi kelas 1
dengan komoditi kelas 2 NNMB dalam tahun 1920 hingga 1924. Kelas 1 merupakan
kumpulan komoditi haiwan, makanan, minuman dan tembakau. Pada tahun 1923
42

Sel.Sec. 2613/1925 Minutes F.S.G. 1002/25.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan
Perdagangan Antara Empayar British

11

berlaku peningkatan nilai eksport bagi komoditi makanan tertentu seperti ikan kering
dan ubi kayu, sementara eksport beras mengalami penurunan. Manakala komoditi
kelas 2 merupakan eksport utama NNMB yang terdiri daripada bahan mentah. Getah
para, bijih timah dan kelapa kering merupakan komoditi yang menyumbang
sebahagian besar nilai eksport NNMB. Berdasarkan data ini, dapat disimpulkan
bahawa komitmen NNMB khususnya dalam zon antara empayar British adalah
sebagai pembekal sumber bahan mentah yang aktif berbanding dengan sumber bahan
makanan.
Jadual 2, Nilai Eksport Komoditi Terpilih NNMB, 1920-1924
Komoditi
1920 ($)
1921 ($)
1922 ($)
1923 ($)
1924 ($)
Getah para
178,725,635
64,432,585
74,686,458
113,995,815
97,781736
Bijih timah
78,466,652
43,658,763
39,789,661
54,216,314
77,550,862
Kelapa kering
9,216,586
7,569,701
8,745,565
8,190,701
9,641,012
Ikan kering
200,204
308,602
445,448
513,858
506,615
Uji kayu
68,703
81,591
99,024
308,216
444,923
Sumber : F.M.S. Report on the Trade and Customs Department for the Year 1924.

Manakala, Jadual 2 pula menunjukkan nilai eksport bagi komoditi makanan terpilih
dari NNMB. Berbanding bijih timah, komoditi getah para telah menyumbangkan nilai
eksport yang tertinggi. Walaupun menghadapi usaha sekatan pengeluaran, golongan
peniaga getah tetap dibenarkan untuk mengeksport stok mereka. Keadaan ini juga
boleh dikaitkan dengan masalah penyeludupan komoditi getah oleh golongan
pengimport yang disebabkan duti kastam yang terlalu tinggi. 43 Manakala, kemerosotan
yang berlaku terhadap nilai eksport bijih timah pula adalah disebabkan polisi kerajaan
NNMB yang bersikap mengambil peluang ketika harga pasaran tinggi. Kerajaan
NNMB telah melaksanakan kawalan yang rigid terhadap eksport timah dengan
menyimpan stok-stok timah untuk dijual pada harga yang tinggi. Justeru, jumlah
eksport yang dibenarkan hanyalah dalam bilangan yang kecil untuk mengelakkan
penurunan harga yang disebabkan lambakan komoditi dalam pasaran yang juga dalam
masa yang sama menyebabkan kemerosotan dalam pasaran. Walau bagaimanapun,
polisi kerajaan NNMB ini dikritik oleh Mr. Robson seorang ahli tidak rasmi MMP
yang menilai polisi perlindungan komoditi timah oleh kerajaan NNMB sebagai satu
langkah yang tidak praktikal dan menunjukkan kegagalan pentadbiran kerajaan.
Usaha pembangunan perdagangan antara empayar ini turut diteruskan
menerusi ‘The British Empire Exhibiton in Relation to Colonies, Dependecies and
Protectorates’ pada tahun 1924 yang diadakan di Wembley Park di Britain. Pameran
ini diadakan sebagai satu langkah pelan jangka panjang untuk merangsang potensi
sektor komersial dan industri yang dimiliki seluruh empayar British. Oleh sebab itu,
tidak hairanlah pameran ini dikawal oleh sebuah Majlis Eksekutif yang terdiri daripada
perwakilan daripada institusi perbankan, industri dan sektor komersial yang
mempunyai kepentingan dengan ekonomi Britain. Manakala, bagi mewakili pihak
kerajaan pula, Setiausaha Tanah Jajahan, Presiden Lembaga Perdagangan dan Menteri
Pertanian. Manakala Persuruhjaya British di India dan wakil daripada setiap
‘dominion’ telah dilantik sebagai Naib Presiden bagi pameran ini. 44
Perkara yang menarik perhatian dalam penganjuran pemeran ini ialah apabila
pihak kerajaan British mampu untuk mendapatkan bantuan kewangan yang menjamin
penganjurannya. Dalam suratnya kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu,
Winston S. Churchill telah menerangkan, ‘These gurantees are confined to the United
43
44

Shorthand Report of the Proceedings of the Proceedings of the Federal Council, 23 January 1923.
H.C.O. S. of S. 364/1922 British Empire Exhibitions: Postponed of the Exhibition from 1923 to 1924.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.

Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi

12

Kingdim and have been drawn from the principal banking and commercial interest as
well as from a large number of private individuals ’.45 Oleh itu, kerajaan British telah
menyumbang sebanyak £100,000 ke dalam tabung jaminan pameran tersebut.
Menerusi pameran ini juga kedudukan ‘Colonies’, ‘Dependencies’ dan negeri naungan
diletakkan setaraf dengan ‘Dominions’ kepada 6 kumpulan pavilion yang besar seperti
berikut,

i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Kumpulan Mediterranean
Kumpulan Timur
Kumpulan Timur Jauh
Kumpulan Afrika Barat
Kumpulan Afrika Timur
Kumpulan India barat dan Atlantik

Peta 1 menggambarkan zon perdagangan antara empayar yang melaksanakan ‘tariff
preference’ tertakluk dengan ‘ imperial preference’. Kejayaan IEC membangunkan
sumber ekonomi dan zon perdagangan antara empayar telah membolehkan British
untuk kekal kompetatif dalam pasaran perdagangan antarabangsa di benua Eropah dan
Timur sehingga membolehkan kerajaan British membentuk blok ekonomi Sterling.
Peta 1, Zon Perdagagangan Antara Empayar British

Sumber : http://www.atlasofbritempire.com/dominions.html [Retrive on : 26.09.2016]

Pelaksanaan sistem keutamaan imperial menerusi PEI berjaya mengukuhkan
kedudukan perdagangan antara empayar menerusi penubuhan ‘Empire Marketing
Board’ (EMB) pada tahun 1926. Antara peranan utama EMB adalah untuk (i)
mendorong pengguna untuk memberi keutamaan kepada barangan dari empayar (ii)
menanda / cop barangan empayar agar pengguna dapat mengenalpasti barangan
empayar dan (iii) untuk mengekalkan kualiti yang baik dan harga yang berpatutan
kepada barangan dari empayar. 46 Menerusi sistem keutamaan imperial, perdagangan
45

H.C.O. S. of S. 364/1922 British Empire Exhibitions: Postponed of the Exhibition from 1923 to 1924.
Brice M. Mace, Imperial Preference in the British Empire, The Annals of the American Academy of
Political and Social Science, 168, 1933, hlm. 228.
46

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.

Persidangan Ekonomi Imperial, 1923: Analisis Terhadap Pembangunan
Perdagangan Antara Empayar British

13

antara empayar dapat dikukuhkan menerusi keutamaan kerajaan imperial terhadap
tender atau kontrak dengan memberi lebih mengutamakan terhadap syarikat tempatan
dan syarikat daripada negara-negara empayar. Contohnya pembinaan landasan kereta
api, hospital, syarikat elektrik dan lain-lain sejak 1919 telah mengutamakan syarikat
British dan menggunakan barangan daripada British dan negara empayar. Selain EMB,
London Chamber of Commerce turut memainkan peranan memasarkan produk dan
barangan empayar menerusi penerbitan jurnalnya yang merupakan sebahagian
daripada usaha propaganda perdagangan antara empayar British.
KESIMPULAN
Kegagalan Britain untuk bersaing dengan Amerika Syarikat dan Jerman dalam pasaran
perdagangan antarabangsa pada awal tahun 1920-an menyebabkan negara tersebut
gagal untuk menguasai pasaran ekonomi. Keadaan ini secara tidak langsung telah
menimbulkan masalah sosioekonomi yang meruncing di Britain apabila berlakunya
peningkatan populasi yang tidak mempunyai sumber pendapatan dan bekalan
makanan yang mencukupi. Bagi mengatasi masalah ini kerajaan Britain telah
mengambil langkah untuk mengukuhkan kebergantungan sumber ekonominya di
tanah jajahan. Penganjuran Persidangan Ekonomi Imperial (PEI) pada tahun 1923
merupakan langkah penting yang diambil oleh kerajaan imperial British untuk
membangunkan sumber-sumber di tanah jajahan untuk disalurkan ke ‘mother
country’. Kejayaan penting PEI ialah apabila keseluruhan kerajaan kolonial British
bersetuju untuk membentuk ‘Imperial Economic Committee’ (IEC) sebagai satu
jawatankuasa yang bertanggungjawab menggubal dasar pembangunan ekonomi
imperial untuk pertimbangan kerajaan British. Menerusi IEC, Britain berjaya
membentuk zon perdagangan antara empayarnya untuk mengelakkan persaingan
pasaran dengan negara luar dan menggalakkan penggunaan produk buatan empayar.
Pengukuhan zon perdagangan antara empayar ini seterusnya membolehkan golongan
pedagang dan perniaga British menikmati kelebihan sistem keutamaan tarif di seluruh
empayar British, menyebabkan pedagang dan perniaga dari negara luar terpaksa
berhadapan dengan sistem cukai yang bersifat diskriminasi. Fenomena ekonomi yang
berlaku ini membuktikan bahawa kerajaan British telah meninggalkan amalan
perdagangan bebas di seluruh empayarnya.

Rujukan
(1932). Imperial Economic Committee: A survey of its Work. Journal of the Textile Institute
Proceedings . 23(9): 237-238.
(T.th) Dominion. http://www.atlasofbritempire.com/dominions.html [Retrive on : 26.09.2016]
Barth, Jonathan. (2016) Reconstructing Mercantilism: Consensus and Conflict in British Imperial
Economy in the Seventeenth and Eighteenth Centuries. The William and Mary Quarterly. 73(2):
257-290.
CAB/24/158/CP/90 Proposal For Financial Assisrance To Eccelerate The Development of Imperial
Resources.
Constantine, Stephen. (1984) The Making of British Colonial Development Policy. London, Frank Cass.
Cwik, Paul F. (2011) The New Neo-Mercantilism: Currency Manipulation As A Form of Protectionism.
Economic Affairs . 31(3): 7-11.
Egerton, Hugh E. (1964) Colonies and The Mercantile System. In Nadel, George H. & Curtuis, Perry.
Imperialism & Colonialism. London, The Macmillian Company, pp. 57-66.
Federated Malay States Government. (1923) Shorthand Report of the Proceedings of the Proceedings
of the Federal Council, 11 Julai.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol 2, No. 1, 2017.

Mohd Shazwan Mokhtar & Muhammad Aslah Akmal Azmi

14

Federated Malay States Government. (1923) Shorthand Report of the Proceedings of the Proceedings
of the Federal Council, 23 Januari.
Federated Malay States Government. (1923) Shorthand Report of the Proceedings of the Proceedings
of the Federal Council, 27 Mac.
Federated Malay States Government. (1924). Report on the Trade and Customs Department.
Fieldhouse, D.K. (1973). Economics and Empire 1830-1914. Cornell University Press, New York.
H.C.O. S. of S. 364/1922 British Empire Exhibitions: Postponed of the Exhibition from 1923 to 1924.
Hettne, Bjorn. (1999) Neo-Mercantilism: The Pursuit of Regionness. Cooperation and Conflict. 28(3):
211-232.
His Majesty’s Stationery Office (1923) Imperial Economic Conference 1923, Summary of Conclusions.
Innes, A.D. (1912) A History of the British Nation: From the Earliest Times to the Present Day. London,
T.C. & E.C. Jack.
Leng, Loh Wei. (2002). The Colonial State and Business: The Policy Environment in Malaya in the
Inter-War Years. Journal of Southeast Asian Studies , 33(2): 243-256.
Mace, Brice M. (1993) Imperial Preference in the British Empire. The Annals of the American Academy
of Political and Social Science. 168: 226-234.
Mokhtar, M. S. (2016). Liberalisasi Terhadap Perdagangan Bebas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,
1909-1913. In In-House Seminar: Revisiting Malaysian History (Vol. 1, No. 1, pp. 25-39).
Muzium Warisan Akademik UKM.
Mokhtar, M. S., & Samsudin, M. (2015). Kill German Trade: Penilaian Terhadap Usaha British
Membendung Perdagangan Musuh di Tanah Melayu Sewaktu Perang Dunia Pertama.
In Seminar Antarabangsa ke-4 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu (pp. 371-378).
ATMA UKM.
Mokhtar, M.S. & Samsudin, M. (2017). ‘Trade War’: Sekatan Perdagangan Jerman di Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu, 1914-1918. Akademika . 87(1): 75-89.
Nadel, George H. & Curtuis, Perry. (1964) Introduction. In Nadel, George H. & Curtuis, Perry.
Imperialism & Colonialism. London, The Macmillian Company, pp. 1-25.
Northern Star (1924) Empire Link, 31 Januari.
Pollard, Sidney. (1969). The Development of the British Economy, 1914-1967. Ed. ke-2. London,
Edward Arnold (Publishers) LTD.
Sel.Sec. 2613/1925 Appointment of an Imperial Economic Committee to enquire into questions
connected twith the marketing of Oversea produce in the United Kingdom.
Tarling, Nicholas. (2001). Imperialism in Southeast Asia ‘A Fleeting, passing phase’. Routledge, New
York, 2001.
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1923) British Malaya and the Imperial
Conference, 22 October
The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1923) Malayan History,. 10 November.
The Straits Times (1923) British Imperial Trade, 26 September.
The Straits Times (1923) Economic Conference, 10 October
The Straits Times (1923) Economic Conference, 3 November.
The Straits Times (1923) Imperial Conference, 2 October
The Straits Times (1923) Imperial Conference, 4 October
The Straits Times (1923) Imperial Conference, 9 November.
Western Argus (1928) Imperial Economic Committee, 15 May.
Williamson, Philip. (1999) Stanley Baldwin Conservative Leadership and national values. United
Kingdom, Cambridge University Press.

In-House Seminar: Revisiting Malaysian History Vol. 2, No. 1, 2017.