Ceramah Perdana Bengkel Bahasa Melayu Se
Ceramah Perdana Bengkel Bahasa Melayu Sekolah Menengah Syadina Othman
Kampong Bukit Beruang, Tutong
29 Mac 2006
“Ke Arah Kecemerlangan Bahasa Melayu Dalam Peperiksaan”
Selamat Pagi dan salam sejahtera,
Yang Mulia, Cikgu Hj Kassim bin Mohd Yassin – Pengetua Sek Men Syadina Othman
Yang Mulia, Cikgu Hadion Lim Beng Guan – Timbalan Pengetua 1
Yang Mulia, Cikgu Rosanani Musing – Timbalan Pengetua 2
Yang Mulia, Ustaz Romainor bin Hj Ismail – Timbalan Pengetua 3
Yang Mulia, Cikgu Zailani bin Luar, Ketua Jabatan Bahasa Melayu
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan pihak Sekolah
Menengah Syadina Othman kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk menyampaikan
ucapan pada hari ini. Walaupun pada mulanya saya rasa keberatan untuk menerima undangan ini
disebabkan waktu yang sangat singkat ditambah pula dengan beban tugas yang lain, tetapi
memikirkan saya akan berucap tentang peri pentingnya bahasa Melayu terutama di depan pelajar
yang seramai ini, saya terima juga undangan ini dengan hati yang sangat gembira. Selain dari itu,
inilah kesempatan saya untuk menunjukkan serta berkongsi pengalaman dengan awda semua
tentang pengalaman saya sebagai seorang anak kelahiran Tutong yang sehingga kini telah
menduduki kerusi Ketua Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik di satu-satunya universiti kita
iaitu Universiti Brunei Darussalam! Saya bukannya ingin membangga-bangakan diri saya tetapi
sekadar ingin membuka minda awda serta menunjukkan yang mata pelajaran Bahasa Melayu itu
juga akan menjamin masa depan yang sangat baik. Teman satu Jabatan saya dulunya juga iaitu
Dr Mataim bin Bakar, telah menjadi Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang
dan beliau adalah lulusan bahasa Melayu malahan seorang Pengarah pertama DBP yang
mempunyai status akademik PhD yang bergelar Doktor. Timbalan Akademi Pengajian Brunei
sekarang juga adalah teman sejabatan saya, iaitu Prof Madya Dr Hj Jaludin bin Hj Chuchu,
malahan beliau adalah orang tempatan kedua yang mendapat gelaran Prof Madya dari Universiti
Brunei Darussalam! Dekan Hal-Ehwal Pelajar di UBD sekarang juga iaitu Pg Dr Hj Mohammed
bin Pg Damit, adalah dari Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik dan adalah juga lulusan bahasa
Melayu. Ini menjadikan Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik menempa sejarah sebagai tenaga
akademik teramai yang menjawat jawatan di beberapa tempat di UBD. Jadi, bahasa Melayu itu
secara realistiknya bukan tidak boleh membawa anda ke mana-mana, yang penting awda mahu.
Tema bengkel bahasa Melayu pada hari ini adalah “Ke Arah Kecemerlangan bahasa Melayu
Dalam Peperiksaan”. Nah, apa maksudnya? Awda harus cemerlang jika mahu mencapai sesuatu.
Kita mendapat status yang ada sekarang bukan kerana kita hanya mendapat markah cukup
makan, kita mendapat status sekarang kerana kita adalah antara orang yang cemerlang. Jadi,
awda yang masih muda dan akan menghadapi peperiksaan sekarang boleh menjadi macam
orang-orang yang sudah berjaya tersebut kerana kita yakin awda mampu jika ada keyakinan diri,
awda mampu kerana awda sebenarnya mempunyai cita-cita, awda mampu kerana awda
sebenarnya mempunyai rasa ingin menjadi seorang yang berjaya.
Apa pentingnya bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam? Pertama bahasa Melayu adalah
bahasa rasmi Negara ini. Ini telah termaktub dalam Perlembagaan tahun 1959 bab 82 yang
dipinda dengan bab baru pada tahun 2004, iaitu Bab 82 (1) berbunyi, bahasa rasmi bagi Negara
Brunei Darussalam ialah bahasa Melayu. Apa pentingnya kenyataan dalam Perlembagaan
tersebut? Perlembagaan dapat didefinisikan sebagai sistem undang-undang dan peraturanperaturan yang secara formal menyatakan dengan jelas hak-hak dan tanggungjawab
1
penduduknya. Dalam soal bahasa Melayu, kita pegang perkataan tanggungjawab dalam definisi
perlembagaan tersebut. Di sini bermaksud kita sebagai penduduk Negara ini bertanggungjawab
dalam menggunakan bahasa Melayu. Perkataan kedua yang perlu dikupas ialah perkataan bahasa
rasmi dalam perlembagaan tersebut. Rasmi bermaksud disahkan, ditentukan, ditetapkan,
diisytiharkan oleh kerajaan atau yang berkuasa. Jadi, penggunaan bahasa Melayu kalau
diinterpretasi atau ditafsirkan adalah bermaksud ‘secara undang-undang bahasa Melayu adalah
satu-satunya bahasa yang perlu digunakan dalam situasi formal di Negara ini.’ Situasi formal
adalah merangkum dari bilik darjah iaitu dalam proses pembelajaran dan pengajaran sehingga ke
peringkat tertinggi seperti Majlis Mesyuarat Negara (LegCo). Berbalik di dalam bilik darjah,
tidak bermaksud mata pelajaran berbahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain tidak dihiraukan.
Apa yang saya mahu tekankan di sini selain menjadi tanggungjawab kita menjaga bahasa
Melayu, mata pelajaran bahasa Melayu itu sebenarnya sama pentingnya dengan mata pelajaran
yang lain. Belajar bukan disebabkan kerana mata pelajaran ini adalah wajib! Tetapi belajar untuk
kecemerlangan, jika awda cemerlang dalam mata pelajaran lain mengapa tidak boleh mata
pelajaran bahasa Melayu?
Menyedari kepentingan bahasa Melayu, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan, melalui Kementerian Pendidikan telah menjadikan mata pelajaran Bahasa
Melayu sebagai mata pelajaran wajib sehingga tingkatan lima. Jika awda tidak lulus bahasa
Melayu, sebaik mana pun keputusan, awda tidak akan dinaikkan ke tingkatan enam. Mengapa
peraturan ini dilakukan, ini adalah disebabkan Kerajaan menyedari kepentingan bahasa Melayu
yang menjadi teras identiti bangsa kita, yang menjadi lambang patriotisme masyarakat kita.
Kerajaan kita meletakkan identiti dan patriotisme di atas segala-galanya, dan salah satunya
adalah dengan bahasa Melayu.
Beberapa Kementerian akan menjalankan ujian tersendiri sewaktu menerima pekerja-pekerja
baru mereka. Saya terlibat dalam pemeriksaan kertas-kertas jawapan bahasa Melayu untuk
jawatan-jawatan di Kementerian Hal-Ehwal Luar Negara. Salah satu kertas soalan itu ialah
dalam bahasa Melayu, tujuannya selain melihat pengetahuan umum calon berkenaan, ia juga
sekali gus melihat bahasa Melayu calon tersebut. Jika bahasa Melayu calon tersebut buruk, calon
itu akan kempunan bekerja di Kementerian tersebut. Kalau awda merasakan yang mata pelajaran
bahasa Melayu itu tidak penting, awda tersilap kerana jika awda bercita-cita bekerja di
Kementerian Hal-Ehwal Luar Negara, selain dari menguasai bahasa Inggeris, awda juga mesti
menguasai bahasa Melayu dengan baik. Jadi, pelajarilah bahasa Melayu dengan cemerlang mulai
dari sekarang!
Setakat ini saya hanya bercakap tentang pentingnya bahasa Melayu di Negara kita, tetapi saya
belum bercakap tentang pentingnya bahasa Melayu secara global. Bahasa Melayu menjadi
bahasa rasmi di 3 buah Negara, iaitu Brunei, Malaysia dan Indonesia. Tetapi bahasa Melayu
dituturkan disekurang-kurangnya 5 buah Negara, iaitu selain dari Brunei, Malaysia dan
Indonesia, bahasa Melayu juga dituturkan di Singapura dan selatan Thailand serta boleh difahami
juga dibeberapa tempat di selatan Filipina. Kalau dilihat dari keramaian penuturnya yang
melebihi 250 juta orang, bahasa Melayu adalah bahasa keempat terbesar di dunia selepas bahasa
Cina, bahasa Inggeris dan bahasa Sepanyol. Kalau ‘rankingnya’ adalah yang ke-4, bermakna
bahasa Melayu itu adalah bahasa sangat penting, serta boleh diangkat menjadi bahasa dunia.
Cuma, bagaimana mengangkat bahasa Melayu jika kita sendiri mengabaikannya, tidak melihat
bahasa ini sebagai bahasa penting.
Kita sekarang melalui MABBIM, sedang bekerja keras mempromosikan agar bahasa Melayu
diangkat menjadi bahasa kedua, iaitu bahasa yang digunakan dalam persidangan ASEAN.
2
Mengapa kita berani dan penuh yakin ketika mencadangkan penggunaan bahasa Melayu di
peringkat ASEAN? Kerana seperti apa yang dinyatakan tadi, bahasa Melayu itu adalah
merupakan bahasa ke-4 terbesar di dunia selain dari bahasa Cina, bahasa Inggeris dan bahasa
Sepanyol, yang melayakkan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa terbesar di dalam
pertubuhan ASEAN! Jika bahasa Melayu adalah merupakan bahasa terbesar di ASEAN, sudah
sewajarnya bahasa ini diberikan status yang penting dalam organisasi serantau ini.
Mungkin awda tersenyum dengan aspirasi dan cita-cita kita itu. Apa lagi jika kita lihat dalam
keadaan dunia yang penuh dengan teknologi, atau semua kita sibuk dengan istilah globalisasi.
Tetapi ini bukanlah angan-angan yang tidak ada dasar yang kukuh. Bahasa Melayu pernah
menjadi bahasa penting dunia. Bahasa Melayu sudah lama mengenali globalisasi. Dari awal
kewujudannya sekitar 3000 tahun dahulu, bahasa Melayu sudah menjadi bahasa penting. Bahasa
Melayu telah mendahului bahasa Inggeris dalam tradisi tulisan. Ketika Bede (sebutan Beda)
(731M) yang digelar sebagai ‘bapa sejarah Inggeris’, menulis tentang karya atau lagu-lagu
pemujaan kepada tuhan yang ditulis oleh Caedmon, bahasa Melayu telah pun diukir pada batu
bersurat Kedukan Bukit pada tahun 683M, iaitu 48 tahun lebih awal dari tulisan terawal Inggeris
itu. Bahasa Melayu sudah menerima proses globalisasi, di mana bahasa Melayu dengan kosa
kata pinjaman dari Sanskrit dan tulisan India iaitu tulisan Palava telah berjaya mengembangkan
budaya Melayu berdasarkan kekuatan bahasa dan budaya India. Dengan kekuatan budayanya
itulah Srivijaya muncul sebagai sebuah empayar yang terbesar di Nusantara pada zaman itu.
Proses itu bertambah dari semasa ke semasa, ketika orang Arab datang, mereka telah
memperkenalkan bahasa Arab dan agama Islam ke alam Melayu. Pengaruh Arab itulah yang
meninggalkan satu budaya yang sangat penting sekarang iaitu budaya tulisan Jawi. Selepas itu
datang pula pengaruh dari pedagang-pedagang Cina dan ini dengan tidak secara langsung telah
memperluaskan penggunaan bahasa Melayu itu. Empayar Melaka (1400 – 1511) adalah
kemuncak pengaruh bahasa Melayu. Ketika itu bahasa Melayu dijadikan lingua franca, iaitu
bahasa perantaraan di pelabuhan-pelabuhan perdagangan di Nusantara. Jika ingin berdagang
dengan Melaka, orang-orang asing perlu belajar bahasa Melayu. Jika ingin berdagang dengan
Negara-negara di Nusantara pada ketika itu bahasa Melayulah satu-satunya yang digunakan.
Status bahasa Melayu pada ketika itu adalah bahasa antarabangsa, bahasa perantaraan (lingua
franca), bahasa ilmu dan yang paling penting adalah bahasa perdagangan. Tidak keterlaluan jika
saya katakana yang ramai pedagang-pedagang Cina, India dan Arab atau tempat-tempat lain
mengunakan bahasa Melayu dan sebaliknya tidak mustahil juga ramai orang Melayu sendiri
yang belayar secara aktif ke nagara-negara tersebut untuk berdagang. Bahasa orang Melayu ini
sudah pasti bahasa Melayu, walaupun tidak berluas-luasa digunakan di tempat-tempat tersebut
tetapi sudah pasti mereka menggunakan bahasa Melayu terutama kepada pedagang-pedagang
tempatan yang mereka kenali di Nusantara. Untuk ini sudah mula banyak rekod-rekod China
yang mulai kita ketahui terutama hasil dari terjemahan beberapa orang sarjana China yang boleh
berbahasa Melayu, umpamanya Prof. Liang Li Ji.
Tradisi menggunakan bahasa Melayu ini berterusan sehingga zaman kolonial. Bermula dari
pemerintahan Portugis di Melaka, Belanda di Indonesia dan akhirnya Inggeris di Semananjung
Tanah Melayu, bahasa Melayu adalah bahasa yang digunakan dalam pentadbiran, bahasa untuk
kolonial mengembangkan agama Keristian, bahasa perdagangan dan juga diplomatik. Banyak
bukti yang boleh kita kemukakan tentang penggunaan bahasa Melayu ini. Daftar kata Melayu
terawal yang ditulis oleh Frederick de Houtman (1603) seorang Belanda ketika dalam tahanan
selama 2 tahun di Aceh, telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa di Eropah. Begitu juga
tulisan Danckaerts (1623), begitu popular sehingga diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa
Eropah yang lainnya. Ini hanya dua contoh terawal tulisan bahasa Melayu oleh orang Belanda.
3
Terdapat juga tulisan raja Melayu yang menggunakan tulisan Jawi dalam bahasa Melayu,
umpamanya Surat Sultan Aceh Iskandar Muda kepada Raja James I (1615) yang mengundang
Inggeris untuk berniaga di Aceh. Begitu juga surat-surat izin berdagang yang dikeluarkan oleh
raja-raja Melayu kepada pedagang-pedagang asing adalah dalam bahasa Melayu, umpamanya
Surat izin berdagang di Aceh bagi seorang nakhoda Inggris yang bertarikh 1602.
Bahasa Melayu digunakan oleh pemerintah-pemerintah Kolonial sehingga abad ke-19. William
Marsden seorang sarjana Inggeris ketika ditugaskan di Bengkulu (1771-1779) telah berjaya
menggumpulkan bahan-bahan untuk mempelajari bahasa Melayu. Akhirnya beliau berjaya
menerbitkan kamus A Dictionary of the Malayan Language, yang memaparkan untuk pertama
kali penggunaan tulisan jawi di dalam kamus. Selain dari itu, penggunaan bahasa Melayu ini
juga telah mendorong R.J. Wilkinson pada tahun 1895 mengusahakan Kamus Inggeris-Melayu
yang kemudiannya diterbitkan pada tahun 1902.
Mengapa bahasa Melayu dipelajari oleh hampir kesemua orang asing yang datang ke Nusantara
ini? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah keperluan perdagangan. Kita sedar atau tidak,
sedikit sebanyak perdagangan rempah ratus di Nusantara telah menyumbang kepada proses
dunia moden sekarang. Nusantara telah lebih awal mengalami proses globalisasi ini. Disebabkan
keperluan perdagangan rempah ratus di Nusantara, Negara-negara Eropah berlumba-lumba
mengembangkan teknologi perkapalan dan pelayaran mereka. Kerana perdagangan rempah ratus
di Nusantara ini jugalah banyak tempat baru di dunia ini ditemui oleh orang Barat. Penemuan
Amerika pada tahun 1492, adalah satu usaha mencari jalan alternatif dan jalan pintas ke Asia
oleh Columbus.
Jika alam Melayu dan bahasa Melayu pernah menjadi tumpuan dunia selama hampir 500 tahun,
apa yang telah terjadi dalam seratus tahun kebelakangan ini? Barat kaya dan maju sebahagiannya
adalah kerana hasil bumi Nusantara. Sekarang kita pula melihat Barat sebagai tuan kepada
segala-galanya. Semua ini adalah disebabkan orang kita lupa sejarah, tidak yakin dengan diri kita
sendiri. Kita harus belajar dari Negara-negara lain, umpamanya Jepun, Korea dan sebagainya.
Jepun pernah jatuh miskin selepas perang Dunia Ke-2, tetapi bangkit semula dengan menjadi
Negara ekonomi yang terkuat di rantau Asia. Jepun menggunakan bahasanya sendiri, orang
Jepun sangat yakin dengan budayanya, dengan bahasanya dengan orangnya.
Mungkin kita tidak akan dapat mengembalikan zaman kegemilangan silam, tetapi sekurangkurangnya kita akan boleh memperbaiki keadaan yang ada sekarang. Siapa yang akan
bertanggungjawab terhadap semua ini, bukan saya seorang tetapi kita semua. Sekecil mana pun
sumbangan awda tetapi jika dikumpulkan pasti akan menjadi timbunan kekuatan bangsa kita.
Bahasa Melayu sudah mendapat perhatian dunia sekarang. Banyak institusi di luar negara yang
sudah atau pun telah menaruh minat terhadap pengajaran bahasa Melayu. Universiti-universiti di
Barat dan Amerika sudah sejak sekian lama mengajar bahasa Melayu-Indonesia di institusiinstitusi masing-masing. Jadi, kita tidak akan asing dengan pengajian bahasa Indonesia di
Cornell universiti New York, Yale Universiti, atau hawai’i di tempat saya belajar dulu. University
of London, Frankfurt University di German, Laiden di Belanda dan beberapa universiti yang lain
di Barat. China, Jepun dan Korea juga telah menaruh minat yang sangat mendalam terhadap
bahasa Melayu. Ramai tenaga-tenaga pengajar bahasa Melayu dipanggil ke negara mereka, dan
tidak kurang pula ramai pelajar-pelajar dari Negara ini dihantar ke Negara-negara berbahasa
Melayu untuk belajar bahasa Melayu. Ketika berada di Korea baru-baru ini saya agak terkejut
yang seorang setiausaha persidangan Korea-ASEAN itu lebih fasih berbahasa Melayu jika
dibandingkan dengan bahasa Inggeris. Ramai juga pelajar-pelajar kita di UBD adalah dari luar,
4
terutama dari China, dan Jepun. Mereka berminat mempelajari bahasa Melayu kerana
memikirkan potensi ekonomi rantau ini pada masa yang akan datang. Jadi, jika orang luar yang
berminat mempelajari bahasa Melayu, mengapa pula anda kurang berminat.
Berbalik kepada tema hari ini ‘Ke Arah Kecemerlangan Bahasa Melayu Dalam Peperiksaan’,
sepatutnya kita bukan sahaja melihat tema ini sekadar sehingga peperiksaan. Peperiksaan itu
hanya passport untuk untuk kehidupan yang lebih luas lagi. Tetapi jika awda sudah tidak
cemerlang, bagaimana menghadapi dunia yang penuh mencabar di masa yang akan datang.
Keputusan peperiksaan yang cemerlang termasuk bahasa Melayu sahaja yang akan mengubah
masa depan awda.
Akhir sekali saya menyeru kepada murid-murid sekalian, belajarlah bersungguh-sungguh. Masa
depan awda ditentukan oleh awda sendiri, untuk itu tanamlah rasa yakin, tanamlah rasa ingin
maju, pasti awda akan mendapat apa yang awda inginkan pada masa yang akan datang.
Sebelum berundur, saya dengan rasa bangga dan gembira merasmikan Bengkel Bahasa Melayu
pada hari ini, semoga Tuhan memberkatinya.
5