KARANGAN RESPON TERBUKA.doc

KARANGAN RESPON TERBUKA 1
RANGKA KARANGAN
USAHA-USAHA MENGEMBANGKAN ICT
1. Pendahuluan
-Kepentingan ICT ke arah negara maju
- contoh bidang yang memerlukan ICT

2. Isi-Isi: Usaha-usaha
2.1 Isi 1: Penubuhan Sekolah Bestari
Mengapakan Sekolah Bestari ditubuhkan ?
bagi membentuk generasi muda yang celik IT
Bagaimanakah pengaplikasiannya ?
Sekolah Bestari menekankan budaya ilmu , kreatif dan penyayang bercirikan akses
kendiri,kadar kendiri dan terarah kendiri menyediakan pelajar-pelakar yang mampu
meneroka alam siber yang penuh bermaklumat.
2.2 Isi 2 :Memperkasa sistem pendidikan – penawaran subjek IT
Bila ?
Sejak 1998
Mengapa ?
Kea rah pelajar celik IT
Bagaimana ?

Penyediaan prasarana komputer di sekolah-sekolah terpilih
2.3 Isi 3 : Projek MSC/KRM
Mengapa?
memastikan kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
Bagaimana?
MSC yang mempunyai pelbagai aplikasi seperti kerajaan elektronik, teleperubatan dan
banyak lagi akan diyakini menggalakkan pelabur asing membawa teknologi baru yang
canggih ke negara ini
2.4 Isi 4 : Peranan Media Massa
Bagaimana ?
omputer. Akhbar ini menjadi wadah bagi para pembaca menyampaian mesej, nasihat
dan panduan berkaitan bagi menarik masyarakat memiliki komputer selari dengan
kempen kerajaan “Sebuah Rumah , Sebuah Komputer”
Mengapa ?
merealisasikan Agenda ICT kerajaan.

2.5 Isi 5 : Peranan syarikat swasta
Siapa?
Syarikat Telekom Malaysia, Jaring dan
“ Time Engineering” Syarikat Telekom Malaysia

Bagaimana ?
Pelbagai tawaran diberi agar semua rakyat dapat pencapaian internet. Selian itu,
pelbagai program tunjuk ajar bergerak (road show)

Penutup
Jenis harapan dan cadangan

CONTOH KARANGAN USAHA-USAHA MENGEMBANGKAN ICT
Peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kehidupan masa kini
tidak dapat dinafikan lagi kepentingannya. Penguasaan bidang ICT diperlukan agar
negara dapat terus bersaing pada persada global dan dapat duduk sama rendah dan diri
sama sama tinggi dengan negara-negara lain.Perkembangan dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi ini juga semakin penting dalam kebanyakan aspek kehidupan
manusia, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh yang demikian, setiap
pihak harus menggarap pelbagai usaha untuk bersedia menguasai dan bergerak seiring
dengan arus perdana teknologi ICT ini.
Salah satu usaha yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk memastikan rakyat
negara tidak ketinggalan dalam bidang ICT adalah melalui pelaksanaan konsep Sekolah
Bestari dalam Koridor Raya Multimedia. Hal ini memperlihatkan usaha kerajaan yang
berterusan bagi membentuk generasi muda yang celik IT .Konsep Sekolah Bestari yang

telah diperkenalkan sejak 1997 ini, merupakan satu institusi pembelajaran yang
menyediakan para pelajar menghadapi era ICT. Sekolah Bestari ini juga diharapkan
akan mampu menyediakan pelajar yang cekap teknologi maklumat untuk menghadapi
era globalisasi .Sekolah Bestari menekankan budaya ilmu , kreatif dan penyayang
bercirikan akses kendiri,kadar kendiri dan terarah kendiri menyediakan pelajar-pelakar
yang mampu meneroka alam siber yang penuh bermaklumat. Dengan usaha ini
golongan pelajar yang akan menjadi pemacu wawasan negara, akan bersikap reflektif
dan proaktif dan bukannya hanya menjadi katak di bawah tempurung yang langsung
tidak sedar akan kepentingan saling bergantung sercara global dalam semua a
memastikan kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
spek kehidupan.
Selain itu, kerajaan telah mengadakan anjakan paradigma dalam sistem
pendidikan negara ke arah memperkasa ICT. Pada penghujung tahun 1998, mata
pelajaran teknologi maklumat telah ditawarkan dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia tahun 2000. Mata pelajaran ini dijadikan mata pelajaran pilihan dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dalam SPM. Sehubungan dengan itu,
Kementerian Pelajaran telah memtuskan untuk menawarkan mata pelajaran secara
percubaan di 15 buah sekolah menengah pada tahun 1999. Pada tahun 2000 pula pula,
bilangan sekolah ini telah ditambah kepada 30 buah sekolah lagi . Kerajaan juga telah
meluluskan pakej rangsangan bernilai RM4.3 bilion termasuk RM300 juta bagi


pembinaan makmal-makmal di 2000 sekolah memperlihatkan pembangunan positif ke
arah peralihan Malaysia kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Kerajaan juga telah
mengarahkan agar kesemua maktab perguruan seluruh Malaysia dilengkapi jaringan
teknologi maklumat dan komunikasi menjelang berakhirnya Rancangan Malaysia
Kelapan . Hal ini dibuat bagi memastikan segenap lapisan masyarakat , terutamanya
golongan pelajar dan pendidik diberi pendedahan dan penguasaan ICT. Usaha ini jelas
menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan sistem pendidikan negara mampu
melahirkan pelajar-pelajar yang mampu menghadapi cabaran era teknologi maklumat
dan komunikasi ini.
Di samping itu, gagasan perdana yang telah dibuat oleh kerajaan untuk
memastikan kita tidak ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
adalah melancarkan peojek Koridor Raya Multimedia (MSC) pada tahun 1995. MSC
ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan Teknologi Maklumat (NITA) merangkumi kawasan
selebar 15X50 kilometer persegi meliputi “Kuala Lumpur City Center” , Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya dengan pembiayaan
sebanyak RM5.5 bilion.MSC yang mempunyai pelbagai aplikasi seperti kerajaan
elektronik, teleperubatan dan banyak lagi akan diyakini menggalakkan pelabur asing
membawa teknologi baru yang canggih ke negara ini. Syarikat computer akan
menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R & D) di MSC akan mengeluarkan

produk yang sangat kompleks serta berdaya saing untuk menembusi pasaran global.
Contohnya, syarikat ‘Microsoft’, IBM, Intel dan Acer akan menjadikan MCS sebagai tapak
utama dalam menjalan R& D ke arah pembestarian produk mereka. Oleh itu, MSC akan
menjadi landasan dan wadah utama kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan teknologi yang akan mempu menjadikannya pemain utama pada
peringkat global.
Sementelahan pula, usaha pihak media massa juga tidak boleh dikesampingkan
dalam merealisasikan Agenda ICT kerajaan. Pihak akhbar Utusan Malaysia telah tampil
ke hadapan melalui pelbagai usaha dalam membudayakan masyarakat kita dengan
dunia teknologi maklumat dan komputer. Akhbar ini menjadi wadah bagi para pembaca
menyampaian mesej, nasihat dan panduan berkaitan bagi menarik masyarakat memiliki
computer selari dengan kempen kerajaan “Sebuah Rumah , Sebuah Komputer”. Utusan
Malaysia juga mengadakan program “Komputer Dalam Kelas” melalui “Portal Pendidikan
Utusan “ (KDK) yang difokuskan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah
untuk mencapai bahan-bahan pembelajaran melalui
komputer. Dalam program ini juga, diharapkan sekolah-sekolah , terutamanya sekolahsekolah di luar bandar akan menyediakan laman web melalui internet. Selain Utusan
Malaysia, akhbar lain seperti Berita Harian, “The New Straits Times’ dan “The Star” turut
meyokong agenda teknologi maklumat negara dengan menyiarkan pelbagai rencana
tentang bidang ICT dari masa ke masa. Ruangan-ruangan mingguan seperti “Berita
Komputer”, “Intech” dan banyak lagi dapat memberi informasi terkini dan pendedahan

kepada para pembaca tentang bidang ICT yang sentiasa berubah.

Dari perspektif lain ,teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin dominon
mendapat tempat dalam segala aspek kehidupan manjusia . Salah satu pengaruh ICT
adalah melalui peranan internet yang telah mewujudkan fenomena dunia tanpa
sempadan. Dalam hal ini, pihak swasta telah bersama-sama pihak kerajaan telah
memastikan perkhidmatan internet dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia. Syarikat
Telekom Malaysia, Jaring dan
“ Time Engineering” merupakan antara swarikat swasta menyediakan perkhidmatan
internet yang cepat dan murah. Pelbagai tawaran diberi agar semua rakyat dapat
pencapaian internet. Selian itu, pelbagai program tunjuk ajar bergerak (road show)
diadakan di pelbagai lokasi di seluruh negara untuk memberi pendedahan kepada rakyat
tentang kepentingan ICT dalam kehidupan.
Tuntasnya, garapan usaha pelbagai pihak dalam memajukan bidang teknologi
pendidikan dan komunikasi (ICT) diharap akan menjadikan Malaysia bukan sahaja
pengguna teknologi malah penyumbang teknologi selaras dengan salah satu cabaran
yang terkandung dalam Wawasan 2020.John Naisbitt dalam bukunya “The Megatrends”
pernah menyatakan ,senjata yang paling ampuh dalam memacu kemajuan sesebuah
negara pada era globalisasi adalah maklumat dan maklumat yang dimaksudkan di sini
adalah teknologi maklumat. Oleh itu, gabungan tenaga dan penggemblengan tenaga

semua pihak , baik kerajaan, swasta mahupun orang perseorangan akan menjadikan
masyarakat kira “Celik IT” ke arah pembentukan Malaysia yang “Cemerlang, Gemilang
dan Terbilang”.

KARANGAN RESPONS TERBUKA 2
KEPENTINGAN MENABUNG/ BERJIMAT.
Pepatah Melayu ada mengatakan ` sehari selembar benang, lamalama menjadi kain’. Peribahasa ini bermaksud jika kita melakukan
sesuatu itu sedikit demi sedikit, lama- kelamaan sesuatu yang kita
lakukan itu menjadi banyak. Secara tersiratnya peribahasa ini
mengajak masyarakat kita mengamalkan sikap suka menabung.
Malah kerajaan juga telah melancarkan kempen ` menabung
menjamin masa depan’ dalam usaha menggalakkan masyarakat
menabung untuk masa hadapan.
Hakikatnya amalan menabung ini mempunyai faedah- faedah yang
tidak terkira banyaknya. Antaranya ialah amalan menabung ini dapat
melatih diri kita supaya sentiasa berjimat cermat. Sikap berjimat
cermat merupakan sikap yang amat terpuji kerana ia dapat
mengelakkan diri dari melakukan pembaziran. Selain itu amalan ini
dapat melatih diri sentiasa beringat dan sikap ini wajar ditanam
dalam setiap diri individu semenjak kecil lagi. Pepatah`ingat

sementara belum kena, jimat sementara belum habis’ wajar dijadikan
iktibar dalam kehidupan kita. Malah ajaran agama sendiri melarang
kita melakukan pembaziran dan menuntut kita sentiasa menabung
untuk masa hadapan. Jelaslah sikap suka menabung haruslah
dijadikan amalan hidup setiap masyarakat di Malaysia.
Melalui amalan menabung ini juga, kita akan mempunyai wang
simpanan yang akan kita gunakan pada masa hadapan atau sewaktu
kecemasan. Ungkapan ` sediakan payung sebelum hujan’ amat
sesuai untuk digunakan dalam konteks ini. Hal ini disebabkan kita
sendiri tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan
seperti ditimpa musibah atau penyakit. Sekiranya kita mempunyai
tabungan yang cukup, kita tidak akan berasa bimbang apabila
sesuatu musibah menimpa kita. Oleh itu dengan adanya wang
simpanan itu akan menolong kita untuk menyelesaikan masalah dan
sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan.

Aktiviti menabung juga mengambarkan betapa bijaknya kita dalam
mengawal urusan kewangan. Kita sepatutnya bertindak dengan bijak
dalam menguruskan kewangan dan amalan menabung ini haruslah
dimasukkan dalam pengurusan kewangan kita. Kita sepatutnya

menabung sedikit dahulu sebelum berbelanja agar kita sentiasa
menyimpan walaupun sedikit. Walaupun kadang kala kita berasa
amat payah untuk berbuat demikian tetapi dengan keazaman yang
kuat kita pasti boleh melakukannya seperti pepatah `alah bisa, tegal
biasa’.
Faedah yang seterusnya daripada amalan menabung ini ialah dapat
mengawal inflasi daripada berlaku. Hal ini berlaku apabila kita tidak
mengamalkan sikap suka menabung, wang akan memasuki pasaran
dengan banyaknya.
Sekiranya keadaan ini berlaku, ia akan
meningkatkan harga barangan di pasaran. Inflasi bermaksud apabila
berlaku lebihan wang di pasaran berbanding barangan. Sekiranya
inflasi berlaku di negara kita sedikit sebanyak akan menjejaskan
ekonomi negara. Oleh itu rakyat haruslah sanggup berkorban demi
negara agar ekonomi negara akan sentiasa stabil dan makmur.
Amalan menabung bukan sahaja membawa faedah dalam diri
individu dan masyarakat malah ia juga memberi impak yang besar
kepada institusi kewangan negara.
Aktiviti menabung akan
memperkukuh kedudukan bank di negara kita.

Apabila kita
menyimpan wang di bank, wang ini dapat digunakan oleh pihak lain
bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan sebagainya melalui
pinjaman yang diberikan. Oleh itu secara tidak langsung akan dapat
menjana pertumbuhan ekonomi kita. Manakala pihak bank pula akan
mendapat keuntungan kerana mereka memperoleh laba daripada
skim pinjaman yang diwujudkan.
Tuntasnya, amalan menabung merupakan amalan yang baik dan
sangat dituntut oleh semua agama kerana impak yang positif. Oleh
yang demikian amalan ini perlulah diterapkan kepada semua lapisan
masyarkat di Malaysia melalui kempen dan sebagainya. Kata- kata

hikmat seperti ` Menabung Mencerahkan Masa Depan’ hendaklah
menjadi ikutan dan pedoman rakyat Malaysia
RANGKA JAWAPAN
1.0 PENDAHULUAN
-Pepatah Melayu ada mengatakan `sehari selembar benang, lama- lama
menjadi kain’ bermaksud jika kita melakukan sesuatu itu sedikit demi
sedikit, lama- kelamaan sesuatu yang kita lakukan itu akan menjadi
banyak.

-Secara tersiratnya peribahasa ini mengajak masyarakat kita
mengamalkan sikap suka menabung.
-Kerajaan melancarkan kempen ` menabung menjamin masa depan’
dalam usaha menggalakkan masyarakat menabung untuk masa hadapan.

2.0

ISI/ FAKTA

2.1

ISI 1

-Amalan menabung dapat melatih diri kita supaya sentiasa berjimat
cermat .
-Sikap berjimat cermat merupakan sikap terpuji kerana dapat
mengelakkan diri dari melakukan pembaziran.
-Dapat melatih diri sentiasa beringat dan sikap ini wajar ditanam dalam
setiap diri individu semenjak kecil lagi.
-Ajaran agama juga melarang kita dari melakukan pembaziran dan
menuntut kita sentiasa menabung untuk masa hadapan.-Pepatah `ingat
sementara belum kena, jimat sementara belum habis’ wajar dijadikan
iktibar dalam kehidupan kita.
-Jelaslah sikap suka menabung haruslah dijadikan amalan hidup setiap
masyarakat di Malaysia.

2.2 ISI 2

-Melalui amalan menabung, kita akan mempunyai wang simpanan yang
akan digunakan pada masa hadapan atau sewaktu kecemasan.
-Kita sendiri tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan
seperti ditimpa musibah ataupun penyakit.
-Ungkapan `sediakan payung sebelum hujan’ amat sesuai untuk
digunakan dalam konteks ini.
-Sekiranya kita mempunyai tabungan yang cukup kita tidak akan merasa
bimbang apabila sesuatu musibah menimpa kita.
-Oleh itu dengan adanya wang simpanan itu akan menolong kita untuk
menyelesaikan masalah dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban.
2.3

ISI 3

-Aktiviti menabung menggambarkan betapa bijaknya kita dalam
mengawal urusan kewangan.
-Kita mestilah bertindak dengan bijak dalam pengurusan kewangan kita .
-Menabung dahulu sebelum berbelanja agar kita sentiasa menyimpan
walaupun sedikit.
- Walaupun payah untuk melakukannya tetapi dengan keazaman yang kuat
kita pasti boleh melakukannya seperti pepatah `alah bisa, tegal biasa.’
2.4
-

ISI 4

Amalan menabung dapat mengawal inflasi daripada berlaku.
Sekiranya amalan menabung tidak dipraktikkan wang akan
memasuki pasaran dengan banyaknya.
Hal ini akan menyebabkan inflasi berleluasa.
Senario ini akan menggugat kestabilan ekonomi sesebuah negara.
Oleh itu setiap rakyat harus berkorban demi kemakmuran Negara
ini.

2.5 ISI 5
-

Amalan menabung turut membawa faedah kepada institusi kewangan
negara.
Hal ini kerana amalan menabung akan memperkukuh bank negara kita.
Amalan menyimpan wang akan meransang aktiviti perniagaan menerusi
pinjaman yang disediakan oleh pihak bank.
Secara tidak langsung dapat menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah
Negara.

-

3.0

Akhirnya laba daripada skim pinjaman ini turut dinikmati oleh semua
lapisan masyarakat.
Penutup
-Tuntasnya amalan menabung merupakan budaya yang bukan saja
merupakan amalan mulia di sisi agama tetapi turut memberi impak positif.
-Hal ini demikian kerana menabung mencerahkan masa hadapan
seseorang.
-Budaya ini perlu disemai subur dalam diri individu dari peringkat akar
umbi lagi.

KARANGAN RESPON TERBUKA 3
Usaha-usaha Memelihara Bangunan Bersejarah
TAJUK : Usaha-usaha memelihara bangunan bersejarah
RANGKA JAWAPAN
1.0

Pendahuluan
-

Kepentingan memelihara bangunan bersejarah kepada masyarakat dan
negara.
Contoh-contoh bangunan bersejarah

2.0

Isi/Fakta : Usaha-usaha memelihara bangunan bersejarah.

2.1

Isi 1 : Pengumpulan dana
-

Apakah kepentingan mengumpul dana?
Dari manakah sumber dana boleh diperolehi?
Berapakah anggaran kos yang diperlukan?

Penegasan Isi :
bangunannilai sejarahnya.
2.2

Isi 2 : Membaik pulih bangunan bersejarah
-

Bagaimanakah bangunan-bangunan bersejarah boleh dipulihara?
Apakah langkah-langkah yang perlu diberi perhatian sebelum kerja-kerja
pemuliharaan dijalankan?
Mengapakah bangunan-bangunan bersejarah perlu dikekalkan?

Penegasan Isi :
sejarah ini
masyarakat
2.3

Adalah lebih molek lagi jika pelbagai pihak sudi memikul
tanggungjawab bersama bagi memastikan
bangunan tua di Negara kita tidak hilang

Bangunan lama yang banyak menyimpan sejarah bangsa
sewajarnya dilestarikan dan dirawat, agar bukti
dapat dinikmati dan bermanfaat kepada
Malaysia.

Isi 3 : Pelbagaikan fungsi bangunan bersejarah
-

Bagaimanakah fungsi bangunan bersejarah boleh dipelbagaikan?
Apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk mempromosi
bangunan bersejarah yang telah diubah suai atau dibaik pulih ?
Mengapakah penjagaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah perlu
dipertingkatkan?

Penegasan Isi :
tidak hilang
2.4

Intihanya, bangunan-bangunan bersejarah ini perlulah
dipastikan terus berfungsi dan dikenali oleh rakyat
tempatan mahupun pelancong asing agar
ditelan zaman.

Isi 4 : Perlindungan melalui perundangan
-

Mengapakah undang-undang perlu digubal untuk memelihara bangunan
Bersejarah?
Apakah syarat-syarat yang perlu dirangka untuk mengubal undangundang berkaitan?
Wajarkah bangunan-bangunan bersejarah dirobohkan demi
pembangunan Negara?

Penegasan Isi :
Bangunan bersejarah semakin antik dan tua, semakin mahal harganya. Oleh itu,
diharapkan melalui undang-undang, bangunan-bangunan bersejarah akan terus kekal
dan terpelihara.
3.0

Penutup
-

Masyarakat Malaysia perlu peka akan kepentingan pemuliharaan
bangunan lama dan bersejarah.
Bangunan lama yang bersejarah dapat mempertingkatkan imej dan
identiti negara.

KARANGAN RESPON TERBUKA 4
Usaha-usaha Memelihara Bangunan Bersejarah
Bangunan bersejarah merupakan daya tarikan bagi sesuatu tempat.
Kelestarian bangunan bersejarah adalah penting sebagai fakta sejarah untuk dihayati
oleh generasi baru, selain dapat digunakan untuk pendidikan dalam subjek Sejarah.
Bangunan sejarah merupakan bukti yang membentuk identiti bandar itu sendiri. Bandar
Georgetown di Pulau Pinang dan Bandar Melaka banyak mempunyai bangunan
bersejarah yang memperlihatkan seni bina kolonial dan Asia. Oleh sebab itu, bangunanbangunan tua bersejarah seharusnya dilindungi. Malangnya ada beberapa bangunan
bersejarah yang telah ditinggalkan begitu sahaja tanpa perhatian. Untuk itu diperlukan
satu perubahan sikap dalam kalangan generasi pada hari ini untuk mencintai,
menyayangi, menghormati dan melestarikan peninggalan bersejarah itu. Tidak kenal
maka tidak cinta. Kita tentunya tidak mahu bangunan bersejarah yang terdapat di tanah
air kita hanya tinggal cerita sahaja. Bayangkan jika generasi akan datang hanya dapat
mendengar kehebatan kesultanan melayu Melaka tanpa dapat melihat bangunanbangunan bersejarah yang berkaitan dengan cerita tersebut. Semua ini bakal terjadi
akibat kurang arif generasi masa kini dalam meneruskan usaha-usaha pemeliharaan
peninggalan sejarah leluhur mereka.
Usaha-usaha memelihara bangunan bersejarah wajar dilaksanakan agar
tinggalan sejarah ini dapat terus berdiri teguh menjadi lambang kebanggaan masyarakat
setempat. Antara usaha-usaha yang dapat dilakukan adalah mengumpul dana. Dana
amat diperlukan bagi menampung kos membaik pulih bangunan-bangunan tua lagi
bersejarah. Perbelanjaan bagi tujuan murni ini menelan belanja yang bukan sedikit.
Malah mencecah ratusan ribu sehingga jutaan ringgit. Contohnya, kos penyelenggaraan
Projek Rumah Tok Su yang terletak di Wisma Darul Aman, Alor Setar menelan belanja
sekitar RM 230,000.00. Perbadanan Pelancongan Negeri telah menjadikan Rumah Tok
Su sebagai Pusat Kesenian dan Kraf tangan Kampung Warisan Melayu. Pihak kerajaan
sewajarnya memperuntukkan sejumlah wang untuk tujuan membaik pulih bangunan
bersejarah. Adalah lebih molek lagi jika Badan-Badan Bukan Kerajaan sudi memikul
tanggungjawab bersama bagi memastikan bangunan-bangunan tua di negara kita tidak
hilang nilai sejarahnya.

Tahukah anda, lagi lama usia sesebuah bangunan itu, lagi banyak pula
nostalgianya. Pengayuh sudah di tangan, perahu sudah di air. Apabila dana telah
berjaya dikumpulkan maka akan lebih mudahlah kerja-kerja membaik pulih dan
pemeliharaan bangunan-bangunan bersejarah dijalankan. Bangunan-bangunan
bersejarah sewajarnya dibaik pulih menggunakan material bangunan lama supaya
keasliannya tetap terpelihara. Bangunan-bangunan bersejarah juga perlulah dicat
menggunakan jenis cat tahan hujan yang berfungsi melindungi dinding daripada hujan

dan dalam waktu yang sama tetap memungkinkan dinding untuk bernafas. Bahagianbahagian yang rosak atau retak perlulah diperbaiki. Bangunan lama yang banyak
menyimpan sejarah bangsa sewajarnya dilestarikan dan dirawat, agar bukti sejarah ini
dapat dinikmati dan bermanfaat kepada masyarakat Malaysia.
Antara usaha lain yang dapat dilaksanakan bagi memastikan bangunanbangunan bersejarah tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, adalah melalui usaha
mempelbagaikan fungsi bangunan-bangunan tersebut. Contohnya bangunan Sultan
Abdul Samad yang terletak di Kuala Lumpur kini menjadi mahkamah selain daripada
menjadi daya penarik bagi pelancong asing. Bangunan-bangunan bersejarah seharusnya
digazetkan sebagai salah satu destinasi pelancongan. Katalog sejarah mengenai
bangunan tersebut perlu disediakan. Pihak berkenaan juga seharusnya membina
kemudahan jalan raya dan infrastruktur untuk memudahkan orang ramai mengunjungi
tempat-tempat tersebut.
Penjagaan dan Pemuliharaan bangunan lama perlu
dipertingkatkan agar dapat menarik lebih banyak pelancong ke Malaysia. Selain daripada
menjadi destinasi pelancongan, bangunan-bangunan lama yang mempunyai nilai eksotik
ini bolehlah dijadikan pusat-pusat beli belah atau restoran-restoran yang bertaraf
eksklusif. Malah bangunan-bangunan tersebut juga boleh juga digunakan untuk
kegiatan sosial dan kebudayaan. Bangunan-bangunan lama yang terus digunakan sama
ada untuk tujuan kormesial, budaya mahupun sosial akan tetap ceria dan kekal
terpelihara. Intihanya, bangunan-bangunan bersejarah ini perlulah dipastikan terus
berfungsi dan dikenali oleh rakyat tempatan mahupun pelancong asing agar tidak hilang
ditelan zaman.
Seterusnya, untuk memastikan bangunan-bangunan bersejarah di negara kita terus
terpelihara, maka satu rang undang-undang perlulah digubal. Undang-undang perlu
digubal untuk melarang struktur utama bangunan bersejarah diubah dan melarang
pemugaran bangunan bersejarah. Contohnya, disyaratkan bangunan yang berusia
melebihi 50 tahun dan memiliki sejarah setempat seharusnya dilindungi. Adakah wajar
bangunan-bangunan tua dirobohkan dan diganti dengan bangunan-bangunan moden?
Kemusnahan gedung-gedung bersejarah ini pastinya merugikan sebahagian besar warga
kota. Akibat terlalu asyik mementingkan aspek ekonomi, aspek budaya dan sosial
dipinggirkan dalam perancangan bandar. Bangunan bersejarah merupakan bukti yang
membentuk identiti bandar itu sendiri. Oleh sebab itu, bangunan-bangunan tua
bersejarah seharusnya dilindungi oleh undang-undang. Hal ini bagi memastikan rakyat
tempatan mengetahui sejarah ibu pertiwi mereka. Justeru, masyarakat seharusnya buka
mata dan sedar bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai yang tidak dimiliki oleh
bangunan lain. Bangunan bersejarah semakin antik dan tua, semakin mahal harganya.
Oleh itu, diharapkan melalui undang-undang, bangunan-bangunan bersejarah akan
terus kekal dan terpelihara.
Intihanya, masyarakat Malaysia perlu peka akan kepentingan pemuliharaan bangunan
lama yang bersejarah. Bangunan lama dapat memberi bukti yang konkrit tentang
sejarah masa silam kita. Di samping itu, penjagaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah akan dapat membentuk imej dan identiti negara. Berkemungkinan besar,
dengan cara menjaga dan memulihara bangunan lama yang bersejarah, kita akan dapat
menarik lebih ramai pelancong datang ke negara kita. Hal ini bukan sahaja dapat
memperkenalkan negara kita kepada dunia luar, tetapi juga dapat mengharumkan nama

Malaysia dengan menyertai pertandingan pemuliharaan warisan bangsa yang diadakan
oleh badan dunia tertentu. Boleh dikatakan, pemuliharaan bangunan lama yang
bersejarah dapat mempertingkatkan imej dan identiti negara di dalam dan di luar
negara. Dengan yang demikian, segala usaha perlu dipergiat untuk memastikan warisan
budaya bangsa kita tidak hilang ditelan zaman.

KARANGAN RESPON TERBUKA 5
Bagaimana Budaya Berjimat Cermat Dapat dipupuk dalam
Diri Rakyat
RANGKA JAWAPAN
1.0 Pendahuluan
- sikap berjimat cermat menjadi tuntutan diri individu
- perlu diamalkan dalam diri individu agar tidak boros, berhutang, ditimpa
kemiskinan dan sebagainya.
- jimat cermat dituntut dalam agama Islam
2.0 Isi/fakta – Langkah-langkah berjimat cermat
2.1 Mendidik anak-anak sejak kecil lagi
- Apakah peribahasa yang sesuai dengan isi di atas?
- Mengapakah ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak dari kecil lagi?
-Bagaimanakah cara ibu bapa mendidik anak-anak supaya berjimat
cermat?
- Jelaskan contoh yang sesuai untuk mendidik anak-anak berjimat cermat
- Penegasan isi : Ibu bapa merupakan orang yang paling penting
mendidik anak-anal supaya berjimat cermat

2.2 Ibu bapa menjadi teladan untuk anak-anak
- Apakah teladan yang diberikan oleh ibu bapa dalam menggalakkan
berjimat cermat?
- Mengapakah ibu bapa menjadi idola kepada anak-anak?
- Bagaimanakah ibu bapa dapat menjadi teladan kepada anak-anak dalam
mengamalkan sikap berjimat cermat?
- Jelaskan contoh yang sesuai bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak
berjimat cermat
- Penegasan isi : Ibu bapa perlu memantau dan mengambil berat terhadap
perbelanjaan anak-anak
2.3 Peranan masyarakat

-

Apakah peranan yang perlu diambil oleh masyarakat untuk berjimat
cermat?
Mengapakah peranan masyarakat penting dalam berjimat cermat?
Bagaimana peranan masyarakat penting dalam perbelanjaan harian
mereka?
Jelaskan contoh yang biasa masyarakat terpedaya/tertipu dalam
perbelanjaan mereka
Penegasan isi : Masyarakat perlu mengambil berat dan sentiasa prihatin
terhadap perbelanjaan harian mereka bagi memastikan masyarakat
mengamalkan sikap berjimat cermat

2.4 Peranan kerajaan
- Apakah peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam menggalakkan
berjimat cermat
- Mengapa kerajaan menggalakkan rakyat supaya berjimat cermat?
- Bagaimana kerajaan dapat menggalakkan rakyat supaya berjimat cermat?
- Jelaskan contoh yang sesuai yang dijalankan oleh kerajaan untuk
menggalakkan rakyat supaya berjimat cermat
Penegasan isi : Peranan kerajaan penting dalam menggalakkan rakyat supaya
berjimat cermat
3.0 Penutup
- Pelaksanaan berjimat cermat perlu dilaksanakan pada setiap peringkat.
- setiap individu perlu mengawal inflasi sifar bersama-sama
- menggunakan wang sebaik-baiknya

Sikap jimat cermat memang dituntut dalam diri setiap individu. Seseorang
yang mengamalkan sikap berjimat cermat dapat melatih diri individu agar tidak
boros, berhutang, ditimpa kemiskinan dan sebagainya. Apatah lagi amalan
berjimat cermat dituntut dalam agama Islam. Persoalannya, bagaimanakah
amalan berjimat cermat ini dapat ditanam dalam diri rakyat?
Amalan berjimat cermat ini dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak sejak
kecil lagi. Peribahasa Melayu ada menyatakan ‘Melentur buluh biarlah dari
rebung’. Hal inilah perlu dititikberatkan oleh kedua-dua ibu bapa kepada anakanak. Ibu bapa boleh terlibat secara langsung dalam mendidik anak-anak mereka
supaya berjimat cermat. Ibu bapa menggalakkan anak –anak menabung wang
saku lebihan perbelajaan sekolah atau wang yang diperoleh daripada pemberian
seseorang pada musim perayaan. Apabila wang tabungan anak-anak sudah

banyak ibu bapa boleh membawa anak-anak ke bank untuk membuka buku
akaun. Sikap ibu bapa yang suka berinteraksi dengan anak-anak dan
menceritakan tentang kebaikan menabung akan menambah minat anak-anak
untukmenambah tabungan. Anak-anak akan teruja untuk menambah wang
simpanan dan bercita-cita untuk menjadi jutawan. Jelaslah bahawa peranan ibu
bapa amat penting dalam mendidik anak-anak supaya berjimat cermat.
Di samping itu, ibu bapa yang sememangnya menjadi idola anak-anak
sepatutnya menunjukkan teladan yang baik. Sikap berjimat cermat ini perlu
dilaksanakan oleh ibu bapa dalam perbelanjaan harian mereka. Mereka mestilah
membeli barangan yang diperlukan saja dan menggurang membeli barangbarang yang di luar keperluan. Ibu bapa perlu menasihati anak-anak supaya
tidak boros berbelanja. Mereka hendaklah membantu anak-anak merancang
keperluan yang hendak dibeli saja. Di samping itu juga ibu bapa hendaklah
mengehadkan pemberian wang saku kepada anak-anak ke sekolah. Ibu bapa
perlu sering memantau dan mengambilberat barangan yang dibeli oleh anakanak. Sikap ibu bapa yang sebegini dapat mendidik dan menggalakkan anakanak supaya berjimat cermat.
Amalan ini akan pincang sekiranya hanya satu pihak yang berusaha untuk
berjimat cermat. Pihak masyarakat perlu bijak menetapkan jumlah perbelanjaan
bulanannya supaya perbelanjaan tidak melebihi daripada keperluan. Hal ini jelas
berlaku apabila tiba musim jualan murah, harga runtuh, jualan mega dan
sebagainya. Biasanya situasi ini dapat dilihat semasa tiba musim perayaan.
Masyarakat mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang sebenarnya ‘indah
khabar dari rupa’. Harga barangan tersebut sebenarnya telah dinaikkan harga
daripada harga sebenar dan diberi diskaun. Masyarakat yang tidak prihatin akan
terpedaya dan membeli barangan tersebut.
Peranan ibu bapa dan masyarakat saja tidak lengkap bagi menyedarkan
rakyat supaya berjimat cermat. Pihak berkuasa haruslah memperkasa kempen
berjimat cermat. Pihak kerajaan perlulah memperkasa dan memperhebat bagi
menggalakkan rakyat supaya berjimat cermat. Kempen inflasi sifar yang pernah
dilaksanakan suatu ketika dulu perlu diteruskan bagi menggalakkan rakyat
berjimat cermat. Oleh itu pihak berkuasa perlulah mengadakan pelbagai
kempen bagi menyedarkan rakyat tentang kepentingan berjimat cermat.
Justeru itu, pelaksanaan menggalakkan rakyat berjimat cermat tidak akan
terlaksana sekiranya rakyat ambil mudah dan tidak merancang perbelanjaan.
Semua pihak haruslah berusaha mengawal inflasi sifar bersama-sama dan
menggunakan wang dengan sebaik-baiknya

KARANGAN RESPON TERBUKA 6
KEPENTINGAN HUTAN DAN USAHA-USAHA MEMELIHARA HUTAN
RANGKA KARANGAN
1.0

Pendahuluan
-

Hutan merupakan khazanah yang amat berharga dan banyak
mendatangkan kepentingan kepada hidupan di dunia.

-

Terdapat pelbagai jenis hutan di Malaysia antaranya hutan gunung,
hutan hujan tropika, hutan paya dan hutan pantai.

2.0

Isi / fakta
Kepentingan Hutan
2.1

Hutan merupakan habitat bagi flora dan fauna
-Menyediakan makanan dan perlindungan
-Flora dan fauna saling berkaitan antara satu sama lain.
- Hutan Endau Rompin dijadikan tempat perlindungan badak
sumbu
- Penegasan isi

2.2

Hutan menjadi sumber ekonomi kepada negara
- Hutan mempunyai pelbagai jenis kayu kayan yang berharga
-Digunakan dalam industri pembinaan,perabot,kraftangan dan
perubatan
- Penegasan isi

2.3

Menjadi kawasan tadahan hujan
- Hutan yang luas menadah dan mengumpul air ketika hujan

-Hutan Padang Terap dan Hutan Baling di Kedah merupakan
Kawasan tadahan hujan bagi Empangan Pedu
-Penegasan isi

Usaha-usaha Memelihara Hutan
2.4

Mewartakan hutan simpan dan taman negara
-Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan untuk mengurus, memelihara dan
memulihara hutan di seluruh Malaysia
- Hutan Simpan Paya Laut Matang Perak dan Taman Negara Endau
Rompin diwartakan sebagai hutan simpan dan taman negara.
- Penegasan isi

2.5

Penguatkuasaan undang-undang
-Akta Perhutanan Negara ( Pindaan 93) dan Enakmen Industri
Berasaskan kayu (1985)
-Tindakan undang-undang dapat diambil dan hukuman yang berat boleh
dikenakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.
-Penegasan isi

3.0

Penutup
-

Hutan khazanah penting kepada manusia dan seluruh penghuni alam.

-

Tindakan tegas pelu diambil kepada pihak yang bertanggungjawab bagi
mengekalkan khazanah hutan untuk tatapan generasi akan datang.

KEPENTINGAN HUTAN DAN USAHA-USAHA MEMELIHARA HUTAN

Hutan merupakan khazanah alam yang sangat penting kepada manusia dan
seluruh penghuni alam yang lain. Hutan juga menyediakan eko-habitat semulajadi
kepada flora dan fauna. Terdapat pelbagai jenis hutan di Malaysia antaranya ialah hutan
gunung, hutan hujan tropika, hutan paya dan hutan pantai. Namun begitu, sejak akhirakhir ini, terdapat pelbagai kegiatan manusia yang menyebabkan tumbuhan semulajadi
dan hidupan liar semakin terancam. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dijalankan bagi
memelihara hutan agar tidak musnah.
Hutan merupakan habitat flora dan fauna. Hal ini kerana hutan menyediakan
makanan dan perlindungan untuk pelbagai jenis mamalia, reptilia, amfibia, burung dan
juga serangga. Kebanyakan daripadanya merupakan penghuni asli hutan. Kehidupan
flora dan fauna saling bergantungan antara satu sama lain. Contohnya tumbuhan yang
terdapat di dalam hutan menjadi makanan kepada haiwan manakala oksigen yang
dibebaskan oleh tumbuhan pula diperlukan oleh haiwan untuk pernafasan. Beberapa
hutan di Malaysia telah dijadikan kawasan perlindungan hidupan liar, khususnya bagi
haiwan-haiwan yang hampir pupus. Antaranya Hutan Endau- Rompin di Johor dijadikan
tempat perlindungan badak sumbu dan Hutan Sepilok Sabah dijadikan tempat
perlindungan orang utan. Kawasan-kawasan lain seperti Taman Negara Pahang, Taman
Negara Mulu Sarawak, dan Hutan Belum di Perak menjadi tempat perlindungan bagi
segala jenis hidupan liar. Oleh itu kepentingan hutan perlu dipertahankan untuk tatapan
generasi akan datang.
Selain itu, hutan juga merupakan sumber ekonomi kepada negara. Hutan di
Malaysia mempunyai kepelbagaian spesis tumbuhan yang mempunyai nilai komersial.
Terdapat 8000 spesis bunga dan 2600 spesis pokok di hutan ini.Pokok kayu ini dapat
dijadikan sumber pendapatan kepada negara. Pokok cengal, merbau,nyatoh, bitis, dan
kempas yang terdapat di hutan hujan tropika merupakan kayu balak yang sangat tinggi
nilainya. Kayu keras yang dihasilkan daripada pokok-pokok ini sesuai untuk dibuat
perabot serta digunakan dalam industri pembinaan. Daun pokok nipah dapat dibuat
atap. Mengkuang dan rotan pula dapat dijadikan bahan untuk kraftangan.Selain itu,
tumbuh-tumbuhan herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Senduduk Putih, dan
sebagainya dapat dijadikan ubat-ubatan. Oleh yang demikian, kepentingan hutan
sebagai tumbuhan semulajadi dapat memberi pulangan ekonomi kepada penduduk
khasnya negara dan wajarlah
dipelihara bagi memastikan faedah-faedah yang
maksimum dan berterusan dapat dinikmati.
Hutan di kawasan tanah tinggi penting sebagai kawasan tadahan hujan. Hutan
ini merupakan kawasan yang luas untuk menadah dan mengumpulkan air ketika
hujan.Hutan akan bertindak sebagai span berongga yang besar menyerap serta menapis

air lalu mengalirkannya perlahan-lahan ke anak sungai, empangan, kolam, dan tasik.
Contohnya, kawasan hutan Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah yang selaus 160 000
hektar merupakan kawasan tadahan hujan bagi Empangan Pedu, Ahning, Muda, dan
Beris. Air daripada empangan ini menjadi sumber bekalan air yang utama di seluruh
negeri Kedah. Air yang diserap ke dalam tanah di kawasan hutan ini ditapis semulajadi
dan sangat bersih serta jernih. Oleh itu, hutan memainkan peranan penting sebagai
kawasan tadahan hujan.
Pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan untuk pemeliharaan dan
pemuliharaan hutan di Malaysia. Antaranya mewartakan hutan simpan dan taman
negara sebagai kawasan perlindungan hidupan liar. Majlis Perhutanan Negara
ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengurus, memelihara, dan memulihara hutan seluruh
Malaysia. Majlis ini mengawal semua kegiatan perhutanan dengan menetapkan keluasan
hutan yang boleh ditebang di setiap negeri setiap tahun. Langkah ini memastikan
kemusnahan berlebihan tidak berlaku. Selain itu, majlis ini akan memastikan keadaan
hutan asli dikekalkan dengan penubuhan kawasan hutan simpan, hutan lipur, hutan
perlindungan hidupan liar, dan taman negara. Antara beberapa contoh kawasan hutan
tersebut termasuklah Hutan Simpan Paya Laut Matang di Perak, dan Hutan Simpan
Sungai Lalang di Semenyih, Selangor. Manakala kawasan taman negara pula
termasuklah Taman Negara dan Taman Negara Endau-Rompin. Penebangan hutan dan
aktiviti perburuan hidupan liar di kawasan-kawasan ini adalah diharamkan. Oleh yang
demikian, mewartakan hutan simpan dan taman negara merupakan salah satu usaha
yang berkesan untuk memelihara hutan di negara kita.
Usaha lain yang dijalankan bagi memelihara hutan ialah melalui penguakuasaan
undang-undang. Jabatan Perhutanan Malaysia merupakan badan bertanggungjawab
untuk menguatkuasakan beberapa undang-undang untuk mengawal pembalakan haram
dan pemburuan hidupan liar. Antara termasuklah Akta Perhutanan Negara ( Pindaan
1993 ) dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu ( 1985 ). Melalui akta ini, tindakan
undang-undang dapat diambil an hukuman yang berat boleh dikenakan terhadap pihak
yang melakukan kegiatan pembalakan haram atau pencerobohan hutan. Selain itu,
orang ramai juga boleh membuat aduan sekiaranya mengetahui ada pihak-pihak
tertentu yang telah melakukan pembalakan secara haram kepada pihak berkuasa. Oleh
itu penguatkuasaan undang-undang dapat menyelamatkan hutan negara kita daripada
terus dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tuntasnya, hutan merupakan khazanah alam yang amat bernilai kepada
manusia dan seluruh penghuni bumi. Oleh itu semua pihak haruslah berganding bahu
menjaga kepentingan dan memelihara hutan agar generasi akan datang dapat
menikmati khazanah negara ini.

KARANGAN RESPON TERBUKA 7
RANGKA JAWAPAN : Kepentingan/Faedah Industri Pelancongan
1.0 Pendahuluan
-

Malaysia sebuah Negara yang menarik
Terdapat pelbagai etnik dan kebudayaan di Malaysia

2.0 Isi / Fakta : Kepentingan Industri Pelancongan
2.1 Isi 1
- Faedah pelancongan daripada segi ekonomi
- Malaysia memperoleh keuntungan menerusi pertukaran wang asing
- Pendapatan negara (KDNK) bertambah
2.2 Isi 2
- Pelancongan membangunkan kawasan-kawasan pedalaman
- Wujud tempat-tempat yang baru dan menarik
- Kemudahan infrastruktur bertambah
2.3 Isi 3
- Alam sekitar terpelihara
- Undang-undang alam sekitar diketatkan
- Flora dan fauna dijaga dengan baik
2.4 Isi 4
- Pelancongan membantu memajukan industri lain
- Wujud peluang-peluang berniaga
- Industri kecil-kecilan diperluaskan
2.5 Isi 5
- Wujud peluang-peluang pekerjaan
- Ekonomi penduduk luar bandar meningkat
- Pengangguran dapat dikurangkan
2.6 Isi 6
- Warisan kebudayaan/kesenian dapat dikekalkan
- Bakat-bakat baru diketengahkan khasnya di kalangan remaja

- Gejala sosial dapat dielakkan
3.0 Penutup
- Industri pelancongan membantu meningkatkan ekonomi negara
- Usaha-usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi sektor pelancongan
KEPENTINGAN/FAEDAH INDUSTRI PELANCONGAN
Malaysia memang merupakan sebuah negara yang unik, menarik dan kaya
dengan khazanah alam. Keindahan alam semulajadinya hingga kini masih lagi
terpelihara. Pantai-pantai yang biru airnya, air terjun yang deras mengalir dan kehijauan
hutan yang mengasyikkan pandangan masih lagi mampu menarik pelancong dari dalam
dan luar negara. Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai kebudayaan dan
kesenian memandangkan terdapat pelbagai etnik di negara ini. Justeru, tidak hairanlah
jika pelancong-pelancong asing ‘jatuh hati’ untuk datang ke negara kita bagi melihat
sendiri keindahan dan keunikannya.
Industri pelancongan banyak memberi faedah kepada negara kita khasnya
daripada segi ekonomi. Hal ini demikian kerana Malaysia memperoleh keuntungan
menerusi pertukaran wang asing yang merupakan salah satu penyumbang utama
kepada ekonomi Negara. Pendapatan ini diibaratkan seperti ‘bagai bulan jatuh ke riba’
kerana Malaysia telah dikurniakan dengan alam semula jadi yang menarik. Pendapatan
negara juga meningkat menerusi Keluaran Negara Kasar (KDNK). Malaysia pernah
meraih RM 11.2 bilion menerusi tukaran asing pada tahun lalu. Pelancong yang datang
dari pelbagai buah negara dapat membantu meningkatkan lagi ekonomi negara kita.
Industri pelancongan juga dapat memajukan negara dengan wujudnya kawasankawasan baru di negeri-negeri tertentu yang bukan hanya terdapat di bandar tetapi juga
di kawasan-kawasan luar bandar.Kawasan-kawasan pedalaman juga dapat dimajukan
dengan bertambahnya kemudahan infrastruktur di tempat tersebut. Pembangunan
sektor pelancongan akan membangunkan kawasan-kawasan pelancongan yang terletak
di kawasan pedalaman seperti di Gua Niah Sarawak, Air Terjun Kota Tinggi, Pulau
Langkawi, dan sebagainya. Banyak kemudahan asas akan disediakan oleh kerajaan di
kawasan-kawasan ini dan secara tidak langsung akan memberikan manfaat kepada
penduduk di kawasan itu.
Alam sekitar juga akan terpelihara akibat wujudnya kawasan-kawasan
pelancongan di kawasan-kawasan tertentu. Hal ini disebabkan, untuk menarik
pelancong datang ke Malaysia, alam semula jadi perlulah terpelihara daripada
pencemaran. Oleh itu, undang-undang berkaitan alam sekitar diperketatkan supaya
pencemaran seperti air, udara dan sebagainya dapat dielakkan. Wujudnya hutan
simpan, hutan lipur, taman negara dan sebagainya membuktikan negara kita masih lagi
terpelihara alam semula jadinya. Flora dan fauna juga dapat dilindungi daripada pupus.
Di samping itu, industri pelancongan juga membantu memajukan industri lain
seperti industri desa, industri tekstil, industri pembuatan dan sebagainya. Perusahaan-

perusahaan dan perniagaan secara kecil-kecilan dapat dimajukan dan diusahakan secara
bersungguh-sungguh. Industri kecil dan sederhana seperti membuat keropok lekor,
membuat kerepek pisang dan sebagainya dapat dikomersilkan untuk dijual di kawasankawasan pelancongan. Industri tekstil seperti membuat batik juga turut berkembang di
negeri Kelantan dan Terengganu. Industri membuat batik juga turut bertambah
bilangannya dan diibaratkan seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Secara tidak
langsung, dengan majunya industri pelancongan, industri lain turut berkembang.
Industri pelancongan juga dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan
kepada rakyat Malaysia. Peluang-peluang pekerjaan seperti pemandu pelancong,
pengurus hotel atau chalet, penyambut tetamu dan sebagainya dapat diwujudkan di
kawasan-kawasan pelancongan. Kaum wanita juga dapat menceburkan diri dalam
perniagaan secara kecil-kecilan seperti di kawasan-kawasan rekreasi yang menjadi
tumpuan pelancong. Jawatan-jawatan baru seperti pemandu, pembersih hotel, dan
sebagainya dapat diwujudkan di kawasan-kawasan pelancongan.Secara tidak langsung,
ekonomi masyarakat desa dapat ditingkatkan menerusi peluang-peluang pekerjaanpekerjaan tersebut. Hal ini akan membantu meningkatkan taraf hidup penduduk
kawasan pedalaman khasnya golongan yang berpendapatan rendah.
Menerusi industri pelancongan juga, warisan kebudayaan setiap bangsa di
Malaysia juga dapat dikekalkan. Hal ini dapat dilihat melalui persembahan-persembahan
seperti nyanyian dondang sayang, tarian singa, persembahan wayang kulit, dikir barat
dan sebagainya yang ditontonkan di hotel-hotel. Aktiviti ini juga dapat memastikan
generasi baru mengetahui dan merasa bangga dengan keunikan serta keistimewaan
warisan kebudayaan mereka sendiri. Bakat-bakat baru juga dapat diketengahkan
seterusnya dapat mengelakkan gejala sosial daripada berlaku dalam kalangan remaja.
Selain itu, warisan kebudayaan tersebut dapat dikekalkan, ibarat kata pepatah ‘tak
lekang dek panas, tak lapuk dek hujan’. Anasir-anasir yang kurang sihat seperti
penagihan dadah, melepak dan sebagainya dapat dielakkan daripada berlaku dalam
kalangan remaja.
Pelancong-pelancong dari luar negara yang datang ke Malaysia akan
menceritakan apa yang dilihat kepada rakan-rakannya apabila mereka pulang ke tanah
airnya. Oleh itu, mereka akan mengajak rakan-rakan mereka untuk mengunjungi negara
kita. Keunikan dan kepelbagaian kebudayaan serta bahasa berjaya menarik hati
pelancong dari luar negara untuk datang semula ke Malaysia. Rakyat Malaysia turut
memperoleh faedah secara tidak langsung daripada industri pelancongan ini.
Tuntasnya,Memang tidak dapat dinafikan bahawa industri pelancongan lebih
banyak mendatangkan kebaikan kalau dibandingkan dengan industri-industri yang lain.
Kalaupun industri pelancongan mendatangkan kesan negatif seperti keruntuhan moral,
pengedaran dadah, dan sebagainya tetapi gejala ini dapat dibanteras dengan undangundang yang ketat di negara ini. Oleh itu, semua pihak seperti kerajaan dan swasta
harus memainkan peranan penting untuk memastikan industri pelancongan semakin
maju. Usaha-usaha perlu dilakukan untuk menarik pelancong asing datang ke Malaysia
bagi meningkatkan ekonomi Negara.

KARANGAN RESPON TERBUKA 8

Usaha-usaha Mengekalkan Keamanan Dunia
RANGKA KARANGAN
1.0 Pendahuluan
2.0 Isi/Fakta
2.1

2.2

2.3

3.0

Peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
 Apakah peranan PBB ?
 Mengapakah PBB perlu campur tangan dalam menyelesaikan
pertelingkahan pemimpin-pemimpin dunia?
 Bagaimanakah peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dapat
mengekalkan keamanan dunia?
 Contoh
 Penegasan Isi
Mewujudkan persefahaman dalam aspek politik dan ekonomi dalam
kalangan Pemimpin dunia
 Apakah persefahaman yang diperlukan?
 Mengapakan perlunya persefahaman?
 Bagaimanakah cara untuk mencapai persefahaman?
 Contoh
 Penegasan Isi
Penganjuran Sukan Di Peringkat Antarabangsa
 Apakah kebaikan penganjuran sukan di peringkat antarabangsa?
 Mengapakah penganjuran sukan di peringkat antarabangsa dapat
mengekalkan keamanan dunia?
 Bagaimanakah penganjuran sukan di peringkat antarabangsa
dapat mengekalkan keamanan dunia?
 Contoh
 Penegasan isi

Penutup

CONTOH KARANGAN
Dunia kini semakin maju dengan pelbagai penemuan yang
mengagumkan. Dalam usaha mengejar kemajuan dan kehidupan yang serba
moden, masyarakat kini semakin lupa dan alpa dalam mengekalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan mereka. Hal ini menyebabkan masyarakat milenium
kini sering bertelagah dalam menuju era globalisasi. Hal ini akan menjejaskan

usaha-usaha untuk mengekalkan keamanan dalam masyarakat dan seterusnya
kepada dunia. Media massa sering memaparkan isu-isu keganasan dan
peperangan yang berlaku di arena antarabangsa. Oleh itu usaha-usaha perlu
dilakukan untuk mengekalkan keamanan dunia.
Selepas perang dunia kedua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
telah ditubuhkan bagi memelihara keamanan dunia. Malangnya sehingga hari
ini PBB masih belum berjaya mengawal keamanan dunia, malah sering dilabel
sebagai boneka Amerika Syarikat (AS). Hal ini demikian kerana banyak
terdapat bukti di depan kita. Pertikaian, pergolakan, pembunuhan, pergeseran
dan peperangan terus berlaku di sana sini di seluruh dunia. Contoh yang paling
menarik perhatian kita ialah konflik antara Palestin dengan Israel yang
bermula sejak tahun 1948 dan kini sudah berlarutan lebih setengah abad.
Kebelakangan ini, serangan bom “berani mati” dan keganasan terhadap musuh
seolah-olah menjadi perkara biasa antara kumpulan Hamas Palestin dengan
rejim Yahudi itu. Secara tuntasnya, semua usaha menangani masalah
antarabangsa yang dilaksanakan di bawah lembayung PBB itu begitu mudah
dipersendakan dan diketepikan oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika
Syarikat. Oleh itu, reformasi ke atas struktur PBB dan Majlis Keselamatannya
perlu dilaksanakan segera agar PBB dapat memainkan peranannya bagi
mengekalkan keamanan dunia. Tegasnya kuasa veto anggota-anggota Majlis
Keselamatan perlu dihapuskan demi menjamin PBB sebagai sebuah badan
dunia yang efektif dan berwibawa untuk mewujudkan keamanan di dunia ini.
Usaha seterusnya yang perlu dilaksanakan bagi mengekalkan keamanan
dunia ialah mewujudkan persefahaman politik dan ekonomi dalam kalangan
pemimpin dunia. Persefahaman antara pemimpin ini perlu diwujudkan bagi
membincangkan masalah-masalah global dan mencari jalan penyelesaian di
meja rundingan yang memberi manfaat kepada semua. Pemimpin-pemimpin
Negara juga boleh mengadakan lawatan kerja rasmi ke Negara lain. Hal ini
dapat mengelakkan berlakunya perselisihan pendapat dan seterusnya
mengelakkan peperangan. Contoh persefahaman dalam bidang ekonomi dapat
diwujudkan melalui beberapa pakatan ekonomi seperti Kawasan Perdagangan
Bebas Amerika Utara (NAFTA) Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Dagangan
Dunia (WTO), dan Gagasan Kumpulan Ekonomi Asia Timur (EAEG). Melalui
pakatan-pakatan ini syarat-syarat yang lebih adil dan memberikan faedah
bersama dapat dirundingkan demi kebaikan bersama seterusnya menjadi suatu
pakatan ekonomi yang perkasa dalam menghadapi sebarang kemelut ekonomi
dunia.
Keamanan dunia juga dapat diwujudkan melalui penganjuran sukan di
peringkat antarabangsa.
Melalui penganjuran sukan ini, kerjasama dan
hubungan diplomatik dapat dijalinkan.
Lazimnya, sebelum sesuatu
penganjuran sukan dijalankan, semua pemimpin negara-negara yang terlibat
akan mengadakan perundingan bagi melancarkan perjalanan sukan yang
dianjurkan. Contoh sukan yang dianjurkan di peringkat antarabangsa ialah
Sukan Komanwel, Sukan Olimpik, Piala Thomas, Le Tour D’Langkawi dan
Pertandingan Liga Bola Sepak Dunia. Secara tuntasnya melalui penganjuran

aktiviti sukan ini pemimpin dan rakyat akan saling bekerjasama sebelum dan
semasa sukan tersebut dijalankan. Hal ini akan mewujudkan kerjasama yang
baik antara Negara yang terlibat dan seterusnya mengekalkan keamanan
dunia.
Intihanya, jelaslah di sini peranan dan kerjasama semua pihak amat
penting dalam usaha-usaha mengekalkan keamanan dunia.
PBB jangan
hanya tunduk terhadap arahan dan menjadi ‘kuda tunggangan’ kuasa tunggal
dunia iaitu Amerika Syarikat.
Keamanan dunia perlu dikekalkan demi
kesejahteraan semua.

KARANGAN RESPON TERBUKA 9
Punca Pencemar