TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN

  

KEM EN TERIA N PELA JA RA N M A LA YSIA

M A N UA L

  

IN STRUM EN N UM ERA SI LISA N

SA RIN G A N 3 ( SK / SJKC / SJKT)

SEPTEM BER 2 0 1 0

KAEDAH PELAKSANAAN

  

 Instrumen ini hendaklah ditadbir pada 1 September – 15 Oktober 2010

 Murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 2 mesti menduduki saringan ini  Ditadbir oleh guru mengikut masa yang ditetapkan menggunakan bahasa pengantar di sekolah  Ditadbir secara individu atau kumpulan kecil (bilangan murid dalam kumpulan kecil tidak lebih daripada 3 orang)  Ditadbir mengikut urutan Item / konstruk  Jika kesemua konstruk telah ditaksir, guru boleh mentaksir semula mana-mana konstruk yang belum dikuasai oleh murid

 Guru disarankan berada dengan murid ketika saringan dilaksanakan

 Ditadbir tanpa dipengaruhi oleh sebarang sentimen perkauman dan tahap kecerdasan murid  Guru perlu membantu murid memahami tugasan item  Murid disaring secara telus dan jujur  Guru mesti mencatat pencapaian murid menggunakan Borang Prestasi Individu seperti yang dilampirkan pada halaman belakang Manual Am Instrumen Saringan Numerasi

 Murid menguasai sesuatu konstruk jika dapat menjawab betul kedua-

dua item yang mengukur konstruk tersebut

TINDAKAN HASIL PROSES SARINGAN

  

Selepas Saringan 3 dijalankan, murid-murid akan ditempatkan mengikut

penguasaan konstruk berdasarkan jadual di bawah: Saringan 3

  Tidak Menguasai Konstruk 1 – Konstruk 2 (dibimbing oleh guru pemulihan khas) Program LINUS

  Tidak Menguasai mana-mana Konstruk 3 – Konstruk 9 Menguasai Konstruk 1 hingga Konstruk 10 Kelas arus perdana

  Murid-murid yang tidak melepasi Saringan 3 akan menduduki Saringan 1 (Lisan) Tahun 2 yang akan diadakan pada 1 - 28 Februari 2011 . Murid-murid sama ada menguasai atau tidak 12 konstruk Saringan 3 (Lisan), mesti mengambil Saringan 3 (Bertulis) yang akan diadakan pada 17 –

  22 Oktober 2010.

  Murid-murid yang mengikuti Program LINUS akan menduduki Saringan

  

1 Tahun 2. Program LINUS dilaksanakan oleh guru Matematik manakala guru

pemulihan adalah yang sedia ada di sekolah.

  PENERANGAN INSTRUMEN SARINGAN 3 (LISAN) Item 1

  Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka  Guru menyediakan kad angka 1, 6, dan 9  Guru minta murid menyebut angka-angka tersebut  Murid menguasai tugasan ini jika menyebut o o satu / one (dalam bahasa pengantar di sekolah) o enam / six (dalam bahasa pengantar di sekolah) sembilan / nine (dalam bahasa pengantar di sekolah)

  Catatan

  1. Jika murid gagal menyebut angka 1, 6, 9, guru boleh menukar kepada angka yang lain seperti berikut, iaitu 2, 3, 4, 5, 7 dan 8

  2. Angka-angka dilampirkan dalam lampiran (gunting dan tampal pada kad manila)

  Item 2

  Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka  Guru menyediakan 2 set kad angka 2, 4 dan 5  Guru menyusun kad angka tersebut secara rawak  Murid diminta memadankan kad angka yang sama  Murid menguasai tugasan ini jika berjaya memadankan semua kad angka dengan betul Catatan

  1. Jika murid gagal memadankan kad angka yang sama, guru boleh mengulang sekali lagi

  Item 3

  Konstruk 2 : Keupayaan membilang  Guru menyediakan 8 getah pemadam  Guru minta murid membilang satu persatu getah pemadam  Guru minta murid mengambil 5 getah pemadam  Guru minta murid membilang bakinya  Murid menguasai tugasan ini jika berjaya membilang dan menyebut baki getah pemadam dengan betul Catatan.

  1. Jika murid gagal membilang, guru boleh mengulang sekali lagi

  2. Guru boleh menggunakan objek lain mengikut kesesuaian

  Item 4

  Konstruk 2 : Keupayaan membilang  Guru menyediakan 10 getah pemadam  Guru meletakkan kad angka 7  Guru minta murid mengambil getah pemadam mengikut kad angka yang telah diletakkan tadi  Murid membilang getah pemadam mengikut kad angka yang diberi  Murid menguasai tugasan ini jika berjaya membilang dengan betul Catatan

  1. Jika murid gagal membilang, guru boleh mengulang sekali lagi

  2. Guru boleh menggunakan objek lain mengikut kesesuaian

  Item 5

  Konstruk 3: Keupayaan memahami nilai nombor  Guru menyediakan kad gambar buah epal  Guru menyediakan kad angka 1,2,3,4,5 dan 6  Guru minta murid membilang buah epal pada kad gambar tersebut  Guru minta murid meletakkan kad angka pada kad gambar yang betul  Murid menguasai tugasan ini jika berjaya memadankan kad gambar dengan kad angka dengan betul Catatan.

  1. Kad gambar buah epal dan kad angka 1,2,3,4,5 dan 6 disediakan pada lampiran(gunting dan tampal pada kad manila)

  Item 6

  Konstruk 3: Keupayaan memahami nilai nombor  Guru menyediakan kad gambar buah nanas dan kad gambar buah durian  Guru menunjukkan kad gambar buah nanas dan kad gambar buah durian kepada murid.

   Guru minta murid membilang buah nanas dan buah durian dalam setiap kad gambar dan menyebut angkanya  Murid menguasai tugasan ini jika berjaya membilang dan menyebut nilai angka dalam kedua-dua kad gambar itu dengan betul Catatan

  2. Kad gambar buah durian dan kad gambar buah nanas disediakan pada lampiran (gunting dan tampal pada kad manila)

  Item 7 Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi.

   Guru menyediakan dua kumpulan getah pemadam yang berbeza kuantitinya.Contoh: Kumpulan A :8 getah pemadam dan Kumpulan

  B: 4 getah pemadam  Guru minta murid melihat perbezaan kuantiti dua kumpulan objek tersebut  Murid diminta menunjukkan kumpulan yang sedikit.

   Murid menguasai tugasan ini jika dapat menunjukkan kumpulan yang sedikit Catatan

  1. Guru dikehendaki membimbing murid untuk menjalankan tugasan ini

  2. Guru boleh menggunakan kumpulan yang besar

  Item 8

  Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi  Guru menunjukkan 3 keping kad gambar pokok yang berbeza ketinggian  Murid diminta menyusun kad gambar tersebut mengikut urutan tinggi ke rendah  Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyusun kad gambar tersebut mengikut urutan tinggi ke rendah dengan betul Catatan

  1. Kad gambar pokok yang berbeza ketinggian disediakan pada lampiran

  Item 9

  Konstruk 5 : Mengenal mata wang Malaysia  Guru menyediakan dua keping kad gambar duit syiling. Sekeping syiling Malaysia dan sekeping syiling negara luar  Murid diminta menunjukkan kad gambar duit syiling Malaysia  Murid menguasai tugasan ini jika dapat menunjukkan kad gambar duit syiling Malaysia Catatan

  1. Kad gambar duit syiling Malaysia dan kad gambar duit syiling negara luar disediakan pada lampiran

  Item 10

  Konstruk 5 : Mengenal mata wang Malaysia  Guru menyediakan dua keping kad gambar wang kertas Malaysia dan wang kertas negara luar  Murid diminta menunjukkan kad gambar wang kertas Malaysia  Murid menguasai tugasan jika dapat menunjukkan kad gambar wang kertas Malaysia Catatan

1. Kad gambar wang kertas Malaysia dan wang kertas negara luar

  disediakan lampiran

  Item 11

  Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu  Guru menyediakankan sekeping kad gambar aktiviti suasana waktu malam  Murid diminta menyatakan situasi di dalam gambar  Murid diminta menyatakan waktu siang atau malam  Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyatakan waktu malam Catatan

  1. Kad gambar aktiviti disediakan pada lampiran

  Item 12

  Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu  Guru minta murid menyatakan nama hari (saringan lisan dijalankan)  Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyatakan nama hari berkenaan Catatan

  1. Guru boleh mempelbagaikan contoh menggunakan hari yang lain

  Item 13

  Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas  Guru meletakkan 10 getah pemadam  Guru minta murid mengambil 3 getah pemadam dan memasukkan ke dalam bekas yang disediakan  Guru minta murid mengambil 2 getah pemadam lagi dan memasukkannya ke dalam bekas yang sama  Guru menyoal murid sama ada bilangan getah pemadam bertambah atau berkurang  Murid menguasai tugasan jika berjaya menjawab bertambah Catatan

  1. Guru boleh menggunakan bahan yang lain mengikut kesesuaian

  Item 14

  Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas  Guru menyediakan kad simbol (+) dan (–)  Guru minta murid memilih simbol yang betul dalam Item 13  Murid menguasai tugasan ini jika berjaya memilih simbol (+) Catatan

  1. Kad simbol (+) dan (–) disediakan dalam lampiran (gunting dan tampal pada kad manila)

  Item 15

  Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia  Guru menyediakan sekeping duit syiling 10 sen dan sekeping duit syiling 20 sen  Guru minta murid menyatakan nilai duit syiling itu  Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyatakan jumlah nilai syiling yang betul Catatan

  1. Guru mesti menggunakan wang syiling sebenar

  2. Sekiranya murid gagal dalam percubaan pertama, guru boleh menggantikan gabungan duit syiling yang lain (contoh: 10 sen dan 10 sen)

  Item 16

  Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia  Guru menyediakan 2 keping kad gambar gabungan duit syiling  Guru minta murid menyatakan nilai duit syiling dalam kad gambar tersebut secara berasingan.

   Murid menguasai tugasan jika berjaya menyatakan nilai gabungan duit syiling dengan betul pada kedua-dua kad gambar Catatan

  1. Kad gambar duit syiling disediakan pada lampiran (gunting dan tampal pada kad manila)

  Item 17

  Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu  Guru menyediakan sebuah buku teks dan sehelai kertas A4  Guru minta murid mengangkat buku teks di tangan kiri dan sehelai kertas A4 di tangan kanan  Guru minta murid menyatakan objek yang lebih berat  Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyatakan buku teks yang lebih berat Catatan

  1. Guru boleh menggunakan objek lain mengikut kesesuaian

  Item 18

  Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isi padu  Guru menyediakan dua biji gelas berisi air (penuh dan tidak penuh)  Guru minta murid memilih gelas yang penuh berisi air  Murid menguasai tugasan ini jika memilih gelas yang penuh berisi air Catatan

  1. Guru boleh menggunakan air yang lain seperti air oren dan sirap

  Item 19

  Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya  Guru menyediakan kad angka, kad simbol dan getah pemadam

  3 +

  4 =

  7 (diceraikan)

  8

   Guru meyusun kad angka 3 dan 4  Guru menyediakan 7 getah pemadam  Guru minta murid meletakkan getah pemadam berdasarkan kad angka 3 dan kad angka 4  Guru minta murid mengira jumlah getah pemadam dan memilih kad angka yang betul

  7

  8

   Guru minta murid menyatakan operasi yang terlibat sama ada bertambah atau berkurang  Guru minta murid meletakkan simbol di tempat yang betul

  3 = 4 +

  7

   Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyusun getah pemadam berdasarkan kad angka yang ditunjukkan  Murid menguasai tugasan ini jika berjaya melengkapkan ayat

  Item 20

  Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya  Guru menyediakan kad simbol (–), (=), bekas, kad angka 2, 4, 5 dan 6  Guru minta murid meletakkan 6 getah pemadam ke dalam bekas  Guru minta murid menyebut bilangan getah pemadam tersebut dan meletakkan kad angka 6 di luar bekas  Guru minta murid mengeluarkan 2 getah pemadam daripada bekas tadi dan meletakkannya di luar bekas  Guru minta murid meletakkan kad angka 2 pada getah pemadam tersebut  Guru minta murid menyatakan sama ada getah pemadam di dalam bekas itu bertambah atau berkurang  Guru minta murid membilang baki getah pemadam di dalam bekas  Guru minta murid meletakkan kad simbol (–) dan (=) di tempat yang betul  Guru minta murid melengkapkan ayat matematik dengan betul iaitu 6 – 2 = 4  Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menyatakan baki dan melengkapkan ayat matematik dengan betul

  Item 21

  Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat  Guru membaca masalah yang terdapat dalam instrumen saringan 3  Guru minta murid memberi jawapan  Murid menguasai tugasan ini jika menjawab empat / four (dalam bahasa pengantar di sekolah) atau menulis angka 4 atau menunjukkan 4 jari Catatan

  1. Guru boleh mengubah bilangan buku sekiranya murid tidak dapat menjawab Item yang diberikan

  Item 22

  Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat  Guru membaca masalah yang terdapat dalam instrumen saringan 3  Guru minta murid memberi jawapan  Murid menguasai tugasan ini jika menjawab tiga / three (dalam bahasa pengantar di sekolah) atau menulis angka 3 atau menunjukkan 3 jari

  Catatan

  1. Guru boleh mengubah bilangan pensel yang bersesuaian sekiranya murid tidak dapat menjawab Item yang diberikan

  Item 23

  Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang

   Guru menunjukkan kad gambar (gambar pensel dan klip kertas)  Guru minta murid menyatakan bilangan klip kertas yang digunakan untuk mengukur panjang pensel  Murid menyatakan bilangan klip kertas yang digunakan  Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menjawab 6 klip kertas Catatan

  1. Kad gambar pensel dan klip kertas disediakan pada lampiran (gunting dan tampal pada kad manila)

  2. Guru boleh membantu murid mengukur dengan cara yang betul

  Item 24

  Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang

   Guru membaca masalah seperti dalam instrumen saringan 3  Guru minta murid memberi jawapan  Murid menguasai tugasan ini jika berjaya menjawab RM2 secara lisan atau penulisan

  Catatan

  1. Guru boleh menukar nilai mata wang sekiranya murid tidak dapat menjawab dengan betul