TAP.COM - ;S E . LDKAN

PUM

99:1

L lTVERS ITI MALAYSIA SABAH

セOija@

1-JAJA-\.\

] AZAH: .

.U vM '!:¥... I
SESI PENG AJIAN:

;a ya_-==O:.,:...t-J_9::l.!..----'---L'"P-=O-.:...R-'------'--l-'--'f\-f-'--_ _MZ]セ

S.
セHxIs@

)


.:2..009
_ _ __

(HURUF BESAR)

nengaku membenarkan tesis (LPS/ Sarjana/ Doktor Falsafah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah
lengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmil1lc Universiti Malaysia Sabah.
2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( / )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di
dalam AKTA Rf\HSIA RASMI 1972)
SULIT

(Mengandungi maklurnat TERHAD yang telab ditentukakan
oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)


TERHAD

v -J

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

セ@

(TANDATANGAN PENULIS)
-amflJ Tetap:

M]QPセ|i。NケI@

⦅ iスLエ|セウ。GB@

1:' Ja.\qt\
>


セ|ッNI@ セiZサo@

」kqNセL|[@

PUST AKA WAN)

_ 1_ _
,

Mosal

1

1'" - sN
ィ。GaセM|ゥ@

0

セ|n@


'"

:r

rt\\,\ \IV\

Nama Penyelia

:___:J l> herr .

Tarikh:_:!}

Mqj

セcjッY@

-------------------------------------------------------------------------------*

Po tong yang tidak berkenaan.


* Jika tesis ini SULIT atau TERHAD,

sila lampiran surat daripada pihak berkuasa/organsasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT

*

J[ウセe

N セャ、ォ。ョ@

ー・ョケィᆪセ。L@

sebagai tesis bagi Ij azah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
ata'
disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM)

PERSEPSI DAN PIUHAN MAKANAN BERKALORI
TINGGI OI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

RENDAH 01 KOTA KINABALU, SABAH

ONG POR liM

TESIS INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI
SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA
SAINS MAKANAN

SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN
UNIVERsm MALAYSIA SABAH

2009

PENGAKUAN
Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.

16 APRIL 2009

Ong Por Lim

HN200S-1053

ii

NAMA

ONG PORLIM

NO. MA1RIK

HN200S-10S3

TAJUK

PERSEPSI DAN PIUHAN MAKANAN BERKALORI TINGGI 01
KALANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH 01 KOTA KINABALU,
SABAH.

IJAZAH


SARJANA MUDA SAINS MAKANAN OENGAN KEPWIAN

TARIKH VIVA :

1SMAY 2009

OISAHKAN OLEH
1. PENYELIA
(Tandatangan)

(Pn. Shalawati @ Salwa Ibrahim)

2. PEMERIKSA I
(Dr. Yasmin B. H. Ooi)

3. PEMERIKSA II
(Datin Rugayah Issa)

Ad-.


4. DEKAN
(Prof. Madra Dr. Mohd Ismail AtxJullah)
iii

(Tandatangan)

PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi dan jutaan terima kasih kepada penyelia tesis
saya iaitu Puan Shalawati @ Salwa Ibrahim. Beliau telah memberi banyak bimbingan dan
pertolongan kepada saya sejak awal penulisan tesis ini. Selain itu, saya ingin memberikan
penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia serta Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
yang membenarkan saya menjalankan kajian. Ucapan terima kasih juga ingin disampaikan
kepada semua pihak dan guru daripada enam buah sekolah yang dijalani kajian. Mereka ialah
Cikgu Has/ina daripada Sekolah Kebangsaan Luyang, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mutiara,
Puan Florence, Penolong Kanan Sekolah Jenis Kebangsaan St. James, Puan Dora, Cikgu Borhan
daripada Sekolah Kebangsaan Darau, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gudon, En. Guin dan
Penolong kanan Sekolah Jenis Kebangsaan Good Shepherd, Puan Sia. Terima kasih atas
kerjasama yang diberikan kepada saya. Penghargaan juga ingin disampaikan kepada semua
pihak yang membantu saya untuk mengumpulkan data. Akhir sekali, penghargaan disampaikan
kepada semua pihak yang membantu saya secara langsung ataupun tidak langsung dan juga

semua responden yang menyertai kajian ini. Sekian, terima kasih.

IV

ABSTRAK

セM

-

J

kajian ini diadakan bertujuan mengetahui pilihan makanan yang tinggi kalon oleh kanak-kanak
sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu, Sabah, dan juga persepsi mereka tentang makanan
berkalon tinggi, keburukan yang akan dihadapi oleh mereka sekiranya mereka memakan
makanan tersebut dengan kuantiti yang banyak dan juga perbandingan di antara kanak-kanak
yang berada di kawasan bandar dan luar bandar. Kaedah lukis-dan-tulis digunakan untuk
menilai tahap pengetahuan kanak-kanak tentang keburukan makanan yang kurang sihat.
Seramai 411 orang pelajar terlibat di dalam kajian ini. Keputusan ujian Khi-Kuasa Dua (X2) dan
ujian Mann Whitney U menunjukkan terdapat perkaitan dan perbezaan (p < 0.5) antara pelajar

di kawasan bandar dan luar bandar tentang persepsi dan pilihan makanan yang berkalon tinggi
oleh mereka. Keputusan kaedah lukis-dan-tulis dianalisakan dengan menggunakan ujian KhiKuasa Dua (.X2) dan secara kualitatif. Terdapat perkaitan (p < 0.5) di antara pelajar di kawasan
bandar dan pelajar di kawasan luar bandar tentang ketepatan konsep. Lukisan-Iukisan tersebut
juga mencadangkan bahawa fikiran ataupun persepsi seseorang kanak-kanak tentang kesan
terlebih makan makanan yang berkalon tinggi adaJah berdasar1

Lebih kecil dan

&

Dengan

I

Atau

Kcal

Kilokalon

k.J

Kilojoule

kg

Kilogram

sm

Sentimeter

m

Meter

oc

Darjah celcius

WHO

World Health Organization

lIT

lndeks Jisim Tubuh

N

Populasi

e

Tahap kepekaan

Xl

Khi-Kuasa Dua

xiii

BABl

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Gangguan pemakanan adalah biasa di kalangan kanak-kanak dan kepentingan
untuk mencapai status pemakanan yang seimbang tidak seharusnya diabaikan.
Salah satu daripada masalah gangguan pemakanan tersebut adalah obesiti
(Klesgs et al 1991). Obesiti di kalangan kanak-kanak telahpun mencapai tahap
yang membimbangkan. Lebih kurang 17.6 juta kanak-kanak di seluruh dunia
yang berumur lima tahun ke bawah menunjukkan berat badan berlebihan (Ismail,
1999). Masalah obesiti ini telahpun menular dari negara maju kepada negara
yang sedang maju (Ismail, 1999).

Obesiti dikaitkan dengan pelbagai penyakit yang boleh membawa maut,
antaranya termasuklah penyakit kardiovaskular, sistem pemafasan, sistem
endokrin, sistem pencemaan dan sebagainya (Segal, 2001). Di Malaysia,
peningkatan kelaziman kanak-kanak obesiti sejajar dengan peningkatan umur
kanak-kanak, iaitu 6.6 peratus berlaku dalam kanak-kanak yang berumur enam
tahun dan 13.8 peratus kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun adalah obese
(Ismail, 1999). Perbezaan dalam kumpulan etnik juga diperhatikan, terutamanya
di antara kanak-kanak lelaki. Di mana 16.8 peratus kanak-kanak Melayu adalah
obese berbanding dengan 11 peratus kanak-kanak berkaum Cina dan India di
Malaysia (Alice, 2002).

Di kebanyakkan negara di dunia, penerimaan gaya hidup masyarakat barat
telahpu memungkinkan berlakunya peningkatan obesiti. Anjakan pola diet
kepada pola diet kaum barat teJahpun menyebabkan kemuncuJan suatu senario

1

pemakanan di banyak negara yang sedang maju. Negara-negara tersebut telah
berhadapan dengan dua masalah malnutrisi ialtu kekurangan zat makanan dan
obesiti serta masalah kesihatan yang berkaitan (Tee, 1999). Di Malaysia,
kemajuan sosio ekonomi yang cepat dalam masa dua dekad yang lalu telah
membawa perubahan yang signiftkan kepada cara hidup masyarakat. Antaranya
termasuklah

perubahan

dalam

poIa

pengambilan

makanan.

Contohnya

peningkatan pengambilan lemak, minyak dan karbohidrat ringkas (Ref7ned

carbohydrates) dan pengurangan pengambilan karbohidrat kompleks. Ini
menyebabkan penurunan dalam kadar tenaga daripada karbohidrat dan
peningkatan dalam peratusan pengambilan danpada lemak dan minyak (Tee,
1999). Penukaran tabiat makan juga menyumbang kepada fenomena ini.
Sebagai contoh, semakin banyak keluarga kerap makan di luar, kerja yang berat
menyebabkan sesetengah pekerja mengabaikan pengambilan makanan, dan
semakin ramai generasi muda mengabaikan sarapan malah banyak bergantung
kepada makanan segera. Jadi, komuniti menjadi lebih sedentan (Tee, 1999).
Kesemua perubahan ini telahpun menyebabkan kesan yang tidak diingini dengan
peningkatan masyarakat berpenyakit yang berpunca dari pemakanan berlebihan,
seperti obesiti, hipertensi, sakit jantung, kencing manis dan kanser (Tee, 1999).

Salah

satu

punca

yang

menyebabkan

masalah

obesiti

adalah

pengambilan makanan berkalori tinggi dengan kuantiti yang terlalu banyak.
Lemak, terutamanya lemak tepu yang kebanyakkannya dijumpai dalam makanan
haiwan, seperti daging (termasuklah hasilan daging seperti sosej, pai daging dan
sebagainya), marjerin, keju, susu penuh knm, minyak kelapa sawit dan juga
minyak kelapa. Semua lemak dan minyak adalah tinggi dalam nilai kalorinya.
Lemak mempunyai dua kali ganda kandungan kalon jika berbanding dengan
protein dan karbohidrat yang sarna kuantitinya. Memakan terlalu banyak lemak
(terlalu banyak kalon) dan kurang bersenam akan meningkatkan risiko kelebihan
berat badan dan obesiti (Garrows et a/. 2000).

2

1.2

Kepentingan Kajian

Oleh kerana makanan dikenalpasti sebagai salah satu faktor yang menyebabkan
obesiti, kajian ini diadakan bertujuan menilai status dan tahap pemilihan
makanan berkalori tinggi oleh kanak-kanak sekolah rendah di Daerah Kota
Kinabalu, Sabah. Ianya juga dijalankan untuk menilai tahap pengetahuan mereka
mengenai makanan berkalori tinggi, menilai keburukan yang bakal dihadapi
sekiranya mereka mengambil makanan tersebut dalam kuantiti yang banyak dan
cuba membandingkan persepsi, pilihan makanan dan status pemakanan di
antara kanak-kanak yang berada di kawasan bandar dan luar bandar

Kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada kajian obesiti ataupun
tabiat makanan pelajar sekolah rendah di Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Selain
itu, perbandingan boIeh dibuat sekiranya kajian yang serupa dibuat di Daerah
yang berlainan di Sabah. Kajian ini juga boleh membantu pihak kerajaan untuk
mengetahui tahap pengetahuan kanak-kanak tentang kesihatan dari segi
makanan. Oengan ini, pihak kerajaan boleh membuat penilaian terhadap
keberkesanan kaedah pendidikan kesihatan yang dilaksanakan sepanjang ini.

3

1.3

Objektif

Menilai persepsi dan pilihan makanan berkalori tinggi di kalangan pelajar sekolah
rendah di daerah Kota Kinabalu, Sabah.

1.

Menilai persepsi dan pilihan makanan berkalori tinggi pelajar sekolah
rendah melalui penilaian soal selidik dan kaedah 'Iukis-dan-tulis'.

2.

Menilai status pemakanan kumpulan sasaran menggunakan indikator
antropometri .

3.

Membandingkan persepsi, pilihan makanan yang berkalori tinggi dan
status pemakanan di antara pelajar di bandar dan luar bandar.

1.4

Hipotesis

Terdapat perbezaan yang signifikan bagi persepsi dan pilihan makanan berkalori
tinggi di antara pelajar di kawasan bandar dan di kawasan luar bandar.

4

BAB2

KAlIAN KEPUSTAKAAN

2.1

Pengenalan Kepada Kalori Makanan
Kalori adalah unit yang digunakan untuk mengukur tenaga dalam makanan.
Tenaga makanan adalah jumlah tenaga yang didapati selepas makanan itu
dicernakan

melalui

proses

penghadaman.

Unit

yang

digunakan

untuk

pengukuran tenaga makanan tersebut adalah kilokalori (kcal) dan juga kilojoule

(kJ). Satu kilokalori (kcal atau 1000 kalori) ialah jumlah tenaga (haba) yang
mampu meningkatkan suhu satu kilogram (kg) air sebanyak satu darjah Celsius

(oC). Setiap makanan mempunyai nilai kilokalori (kcal) / kilojoule (kJ) yang
berbeza (Grosvenor & SmOlin, 2002). Karbohidrat, lemak dan protein dalam
makanan menyumbangkan tenaga dengan masing-masing 4 kcal/g, 9 kcal/g dan
4 kcal/g. Alkohol juga menyumbangkan tenaga yang agak tinggi iaitu 7 kcal/g.
Makanan yang tinggi kandungan lemak adalah tinggi kalori (USDA, 1995).

2.2

Persepsi Kanak-Kanak dan Faktor Mempengaruhi Persepsi dan Pilihan
Makanan Kanak-Kanak

Persepsi seseorang kanak-kanak tentang sesuatu adalah tafsiran sesuatu
rangsangan selepas rangsangan tersebut diberikan kepada kanak-kanak tersebut
(Baranowski & Suzanne, 1994). Ia bergantung kepada apa yang kanak-kanak
tersebut terasa ataupun bayangan dalam hati tentang sesuatu (rangsangan)
melalui pancaindera. Ia juga boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor contohnya
pengaruh keluarga dan rakan sebaya. (Cullen K.W. et aI., 2004)

5

Menurut laporan American Heart Association (2005), pengaruh rakan
sebaya semasa kanak-kanak tersebut mencapai umur remaja adalah lebih kuat
jika dibandingkan dengan dorongan ibu bapa. Ia juga ditekankan oleh
Woodward et at. (1996) dengan mengatakan bahawa pengambilan makanan
oleh rakan sebaya telahpun dijadikan suatu dorongan yang signifikan kepada
kanak-kanak tersebut dalam pemilihan makanan yang dikategorikan sebagai
makanan yang 'kurang sihat'. Walaubagaimanapun, dorongan rakan sebaya
adalah tidak begitu ketara jika umur kanak-kanak tersebut adalah lebih muda
(Cullen et at., 2004).

Selain daripada pengaruh rakan sebaya, ibu bapa juga merupakan faktor
yang amat penting dalam mempegaruhi persepsi dan pili han kanak-kanak
tentang sesuatu makanan (KJesges et at. 1991 ; Cullen et at. 2004). Kajian telah
menunjukan bahawa apabila seseorang kanak-kanak tersebut dibenarkan
memilih makanan dengan sesuka-hatinya, mereka akan memilih makanan yang
mempunyai nilai pemakanan yang rendah di mana makanan yang dipilih tersebut
mempunyai hampir 25% kilokalori daripada keseluruhan tenaga yang diambilnya
dalam bentuk gula tambahan. Apabila kanak-kanak tersebut diberitahu bahawa
ibu

bapanya

akan

mengetahui

pilihan

makanan

mereka, mereka akan

mengurangkan pilihan makanan yang tinggi kandungan gulanya (Klesges et at.
1991). Selain daripada itu, Cullen et at. (2004) juga mengatakan bahawa
pengambilan makanan oleh kanak-kanak banyak bergantung kepada makanan
yang sedia ada untuk mereka. Iaitu makanan yang dibeli oleh ibu bapa kanakkanak tersebut.

Pengawalan makanan kanak-kanak yang tinggi kandungan tenaga oIeh
ibu bapa adalah biasa dan merupakan cara yang langsung untuk memastikan
pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula oleh anak mereka
dapat dikawal. Walaubagaimanapun, mengehad makanan kanak-kanak telahpun
menunjukkan kesan yang tidak disengajakan tentang persepsi kanak-kanak
tersebut kepada sesuatu makanan (Fisher & Birch, 1999). Peyekatan makanan
kanak-kanak akan menyebabkan kanak-kanak tersebut memberikan lebih banyak

6

tumpuan kepada makanan yang disekat tersebut. Dengan ini akan meningkatkan
keinginan kanak-kanak tersebut untuk menaapatkan dan memakan makanan
yang disekat. Jadi, pengawalan sesuatu makanan oleh ibu bapa bukanlah
sesuatu cara yang berkesan untuk mengurangkan pengambilan makanan
tersebut oleh kanak-kanak malah ia meningkatkan pengambilan makanan yang
seharusnya dikurangkan pengambilannya (Fisher & Birch, 1999).

2.3

Indeks Jisim Tubuh (DT) Sebagai Ukuran Untuk Kelebihan Berat Badan
dan Obesiti

Penentuan tahap kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak
merupakan sesuatu masalah disebabkan oleh kematangan dan tumbesaran yang
berbeza. Penentuan kegemukan adalah bergantung kepada tahap kematangan
kanak-kanak semasa bacaan diambil. Terdapat dua peringkat tumbesaran kanakkanak di mana tahap kegemukan akan meningkat, iaitu semasa berumur 5-7
tahun dan sebelum remaja. Walaupun bacaan untuk mengetahui obesiti di
kalangan dewasa adalah tetap, bacaan ini perlulah diubahsuai untuk kanakkanak mengikut umur mereka (WHO, 2000b). Nilai Indeks Jisim Tubuh kanakkanak berubah mengikut umumya. Semasa dilahirkan, bacaan median IJT adalah
serendah 13 kg/m 2 , meningkat kepada 17 kg/m 2 pada umur 1 tahun, menurun
semula ke 15.5 kg/m 2 pada umur 6 tahun dan meningkatkan lagi ke 21 kg/m2
semasa umur 20 tahun. Jelaslah bahawa bacaan untuk menentukan tahap
pemakanan kanak-kanak sangat bergantung kepada umumya (Cole et al 2000).
carta Indeks Jisim Tubuh dengan umur telahpun dipersetujui untuk menilai
kegemukan di mana ia meJibatkan k1asiftkasi dan perbandingan di antara umur
kanak-kanak (Segal, 2001). Mereka yang melebihi persentil ke-95 di dalam carta
tersebut adalah dilora obese mana kala mereka yang melebihi persentil ke-85
dalam carta IJT untuk umur adalah bensiko, iaitu kelebihan berat badan (Segal,
2001)'

7

2.4

Kaedah 'Lukis-dan-Tulis' (Draw-and-Write technique)

Melukis adalah sesuatu aktiviti yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh
kanak-kanak di semua peringkat umur. Jadi, kaedah Lukis-dan-Tulis telahpun
sebahagiannya memenuhi faktor tersebut. Walaubagaimanapun, dalam aspek
psi kolog i dan kajian tumbesaran kanak-kanak, lukisan kanak-kanak memberi
makna tentang intelektual, emosi, fikiran dan kesejahteraan. Lukisan juga
digunakan dalam komunikasi di antara kanak-kanak dan dewasa. Terutamanya
semasa menghadapi masalah yang berkaitan dengan konsep dan linguistik di
mana isu yang dibincangkan adalah terlalu sukar dan mencabar untuk dijawab
oleh kanak-kanak. Dengan itu, lukisan telahpun dijadikan sebagai bantuan untuk
mendapat informasi yang susah untuk dijawab oleh kanak-kanak (Milburn &
McKie, 1999).

Kaedah ini telahpun dikemukakan dalam penerbitan "A Way In: Ave Key

Areas of Health Education (Williams et al.I 1989).11 Kaedah ini adalah dianggap
sebagai kaedah yang menitik-beratkan kanak-kanak dan ia berkebolehan untuk
membolehkan kanak-kanak supaya menyatakan pandangan mereka mengikut
tahap mereka (Piko & Bak, 2006). Kaedah ini digambarkan sebagai sesuatu
kaedah yang inovatif dan boleh mendapatkan informasi daripada kanak-kanak
secara efektif (Pridmore & Bendelow, 1995). Kaedah ini juga banyak digunakan
dalam menilai kepercayaan lazim kanak-kanak tentang apakah yang sihat untuk
badan dan perkara yang menyebabkan penyakit, pengetahuan tentang sesuatu
tabiat kesihatan, contohnya adalah pili han makanan, pengambilan sayuran dan
buah-buahan dan sebagainya (Milburn & MCKie, 1999).

Walaupun kaedah Lukis-dan-Tulis ini telahpun banyak digunakan di
dalam kajian, kita patut memberikan perhatian tentang kritikan kaedah Lukisdan-Tulis ini. Salah satu kekurangan keadah Lukis-dan-Tulis ini adalah ia tidak
memberikan data yang kuantitatif malah ia dianalisakan secara kualitatif.
(Milburn & McKie, 1999). Kaedah ini juga dibahaskan tentang penglibatan proses
dalam membina data yang tidak jelas. Selain itu, penggunaan lukisan sebagai

8

tafsiran

utama

data

juga

dipersoalkan.

Walaubagaimanapun,

dengan

menyertakan informasi secara bertulis, kaedah ini masih boleh dianggap sangat
berguna sebagai sumber bagi konsep kesihatan kanak-kanak (Piko & Bak, 2006).

2.5

Vegetarianisme dan Obesiti

Vegetarianisme adalah suatu am alan makanan yang mengecualikan hasilan
daging, ikan (termasuk kerang dan binatang dalam laut yang lain) dan ternakan.
Terdapat beberapa amalan vegetarianisme, misalnya ada yang mengecualikan
telur dan makanan yang didapati daripada hasilan haiwan seperti hasil tenusu,
madu dan sebagainya. Kebanyakkan pengamal vegetarianisme mengambil hasil
tenusu dan juga telur. Bagi lakto-vegetarian, mereka mengambil makanan yang
mengandungi hasil tenusu tetapi mengecualikan telur, avo-vegetarian mengambil
makanan yang mengandungi telur dan mengecualikan hasilan tenusu dan laktoova-vegetarian mengambil kedua-dua makanan hasilan tenusu dan telur. Diet
vegan merupakan suatu amalan vegetarian di mana ia mengecualikan kesemua
produk ataupun hasilan daripada haiwan seperti daging, ikan, ternakan, hasil
tenusu, telur dan madu.

Faktor yang menyebabkan seseorang tersebut memilih diet vegetarian
adalah berkaitan dengan moraliti, agama, etika, budaya, persekitaran, ekonomi,
masyarakat ataupun demi kesihatan. Amalan diet vegetariani yang dirancang
dengan baik adalah mencukupi untuk menemui keperluan pemakanan dalam
semua peringkat umur (Dwyer, 1988).

Jika dibandingkan dengan mereka yang bukan vegetarian, pengamal diet
vegetarian mempunyai lemak badan yang lebih rendah. Dalam kajian yang
dijalankan oleh Hebbelinck

et at. (1999), pengambilan tenaga bagi kesemua

subjek vegetarian adalah lebih rendah daripada min data rujukan. Walaupun
pengambilan tenaga adalah lebih rendah, namun subjek vegetarian yang dikaji
tersebut mempunyai ketinggian yang normal. Ia juga ditunjukkan oleh Jacobs &
Dwyer (1988) bahawa tumbesaran dan perkembangan normal boleh dicapai

9

dalam populasi vegetarian yang muda. Dwyer (1988) telahpun mengatakan
bahawa berat badan bagi vegetarian adalah lebih unggul daripada mereka yang
bukan vegetarian. Sebab bilangan vegetarian yang mengalami obesiti adalah
lebih rendah daripada bukan vegetarian termasuklah penegasan pada kawalan
pengambilan makanan, tabiat makanan sederhana, lebih banyak aktiviti fizikal
dan gaya hidup yang lebih sihat. Amalan vegetarianisme akan membantu dalam
masalah obesiti (Dwyer, 1988). Bagi amalan makanan lakto-ovo-vegetarian, ia
menemui perkembangan fizikal dan kematangan yang mencukupi (Hebbelinck

et

at. 1999).
2.6

Pendidikan Pemakanan dan Kesihatan
Kanak-kanak akan menghadapi tumbesaran yang pesat dari segi fizikal dan
mental, dengan ini pemakanan yang baik diperlukan pada peringkat ini demi
kanak-kanak tersebut boleh membesar dengan normal dan sihat. Tabiat
makanan akan mula dibentukkan semasa kanak-kanak dan biasanya akan
dibawa ke peringkat dewasa (Kelder

et at. 1994 & Melanson, 2008). Jadi,

pendidikan pemakanan seharusnya diberikan pada peringkat usia muda. Sekolah
merupakan suatu tempat yang sesuai untuk melaksanakan program pendidikan
pemakanan kerana ia mempunyai suatu persekitaran yang sistematik. Pendidikan
pemakanan di sekolah boleh memperbaiki tabiat makanan kanak-kanak. Ini
kerana sekolah merupakan tempat di mana hampir kesemua kanak-kanak
dihimpunkan dengan rakan sebaya mereka. Penyemaian aktiviti-aktiviti dan
latihan dalam sekolah yang mempunyai hubungan antara kanak-kanak dan
makanan boleh membawa hasil-hasil positif yang menjurus pembangunan gaya
hidup yang sihat (Moberg & Piper, 1990).

Di negara Malaysia, Kementerian Pelajaran telahpun bekerjasama dengan
Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyerap program yang menggalakkan
dan memperbaiki kesihatan serta taraf pemakanan di kalangan kanak-kanak
sekolah (Sahari, 1992). Contoh program-program tersebut adalah Program
Kesihatan Sekolah, Program Pelajaran Kesihatan Sekolah, Program Makanan

10

RU1UKAN
Alice E. C. 2002. The junk food generation: A multi-country survey of the influence of
television advertisements on children, Consumers Intemational, Asia Pacific
Region.

Baranowski T. & Suzanne B.D. 1994. A cognitive model of children's reporting of food
intake. Am] Oin Nutr1994;59(suppl):212S-7S.

Boruchovitch E. & Mednick B. R. 1997. Cross-cultural differences in children's concepts
of health and illness. Rev Saude Publica 31:448-56.

Cole T.J., Bellizzi M.G., Flegal K.M. & Dietz W.H. 2000. Establishing a standard definition
for child overweight and obesity world wide: intemational survey. British Medical
Journal 320: 1240-1243
Cullen KW., Baranowski T., Rittenberry L., Cosart c., Hebert D. & Moor C. 2001. Childreported family and peer influences on frUit, juice and vegetable consumption:
reliability and validity of measures. Health Educ. Res. 16 (2): 187-200

Dwyer J.T. 1988. Health aspects of vegetarian diets. Am J Clin Nutr1988;48:721 -38

Fischer Nセ@j
& Birch L.L. 1999. Restricting access to palatable foods affects children
behavioral response, food selection and intake. Am J c/in Nutr1999;69:1264-72
Garrows J.5., James W.P.T. & Ralph A. 2000. Human Nutrition & Dietetics 10th ed.
Churchill Livingstone, London.

Grosvenor M.B. & Smolin L.A. 2002. Nutrition: tivm science to life. Harcourt College
publishers, United States.

Hebbelinck M., Clarys P. & Malsche A. 1999. Growth, development, and physical fitness
of Flemish vegetarian children, adolescents, and young adults. Am ] Clin Nutr
1999; 70( suppl): 5795-855

Ismail M. & Tan C. 1998. Prevalence of obesity in Malaysia, Country report at the
regional advisory board meeting on obeSity, August 1998, Manila, Philippines

49

Isreal. 1992. Agricultural education and Communition Department Florida Cooperative
Extension Service, Institute of Food and Agricultural Sciences, University of
Florida.
Jacobs C.M. & Dwyer J.T. 1988. Vegetarian children: appropriate and inappropriate diets.
Am J Clin Nutr1988;48(suppl):811-8

Kelder S.H., Perry c.L., K1epp K. & Lytle L.L. 1994. Longitudinal tracking of adolescent
smoking, physical activity, and food choice behaviors. Am J Publ Hlth 84: 11211126
Kementerian Pelajaran Malaysia 1998. Sukatan Pelajaran Pendidikan Kesihatan. Dewan
Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur.

K1esges R.c., Stein RJ., Eck L.H., Isbell T.R. & K1esges L.M. 1991. Parental influence on
food selection in young children and its relationships to childhood obesity. Am J
Clin Nutr 53:859-64.

Melanson KJ. 2008. Nutrition Review: Ufestyle Approaches to Promoting Healthy Eating
for Children. American Joumal oflifestyle Medicine 2008; 2; 26.

Milbum K.B. & McKie L. 1999. A Critical appraisal of the draw and write technique.
Health Educ. Res. 14:387-398.

Moberg D.P. & Piper D.L. 1990. An outcome evaluation of project model health: a
middle school health promotion program. Health Education Quarter/y(17): 37-53.

Onyango-ouma W., Aargaard-Hansen J. & Jensen B. B. 2004. Changing Concepts of
Health and Illness Among Children of Primary School Age in Western Kenya.
Health Educ Res, 19:326-39.

Piko B.F. & Bak J. 2006. Children's perception of health and illness: images and lay
concepts in preadolescence. Health Educ. Res. 21 (5):643-653.

Pridmore, P. & Bendelow, G. 1995. Images of health: exploring beliefs of children using
the 'draw-and-write' technique. Health Education Joumal, 54, 473-488

50

Ruzita A.T., Wan Azdie M.A.B. & Ismail M.N. 2007. The effectiveness of nutrition
education programme for primary school children. Mal J Nutr13(1): 45-54

Sahari Jantan 1992. Health and nutrition programmes of the Ministry
Food and Nutrition in Malaysia: Assessment, Analysis and
country paper for the FAD/WHO International Conference on
Tee E.S. & cavalli-Sforza L.T. (eds). Institute for Medical
Lumpur.
Segal

of Education. In:
Action. Malaysia
Nutrition, Rome.
Research, Kuala

D.G. & Sanchez J.e. 2001. Childhood obesity in the year 2001.
Endocrinologist 11 (4): 296-306.

The

Shaw A., Fulton L., Davis e. & Hogbin M. 1995. Using The Food Guide Pyramid: A
Resource for Nutrition Educators. U.S. Department of Agriculture. Food, nutrition,
and consumer services, Center for Nutrition Policy and Promotion.
Stafstrom c.E., Rostasy K. & Minster A. 2002. The Usefulness of Children's Drawing in
the Diagnosis of Headache. Pediatrics 2002; 109;460-472

Tee E.S. 1999. Nutrition in Malaysia: where are we heading? Malaysian Joumal of
Nutrition 5: 87-109.

U.s. Department of Agriculture 1995. Agricultural Research Service, Dietary Guidelines
Committee. Report of the Dietary Guidelines Advisory Committee on the Dietary
Guidelines for Americans

World Health Organization 2000. The Asia-Pacific perspective: Redefining obesity and its
treatment. Western Pacific Regional Office. World Health Organization.

Woodward D.R., Ball PJ., Cumming F.J., Williams H.M., Hornsby H. & Boon J.A 1996.
Adolescent usage of selected foods in relation to their perceptions and SOCial
norms for those foods. Appetite, 27, 109-117.

51