Surat Permohonan Khidmat Bantuan Daripada Pihak

Surat Permohonan Khidmat Bantuan Daripada Pihak-Pihak Tertentu
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2,
Jalan Padi Mahsuri,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
Rujukan Tuan:
Rujukan Kami: SKBBU/5/PPS/2003(16)
Tarikh
: 21 Jun 2003
Tuan Pengurus,
Syarikat Air Johor,
Jalan Larkin,
81200 Johor Bahru.
Johor Darul Takzim.
Tuan / Puan,
Permohonan Membekal Bekalan Air Sepanjang Perkhemahan Tahunan
Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2003
Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan Perkhemahan
Tahunan Pasukan Pakaian Seragam Peringkat Sekolah 2002
sepertimana
ketetapan berikut.

1.1
1.2
1.3
1.4

Tarikh
Masa
Tempat
Penyertaan

:
:
:
:

21 hingga 23 Julai 2003
Sepenuh masa
Kawasan Padang SK Bandar Baru Uda 2,
200 pelajar termasuk 15 guru / jurulatih


2.
Oleh yang demikian bagi melicin dan menjayakan perkhemahan tersebut
besarlah harapan kami jika pihak tuan dapat meluluskan permohonan membekalkan
bekalan air sepanjang perkhemahan tersebut.
4.
Kerjasama serta sokongan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah
.....................................
( ALI BIN ABDULLAH )
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2,
s.k

1.
2.

Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru.

Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah