Ulangkaji SPM 2017 (Update 6.10.17) | Blog Cg. Lan buku tunai kedah

Percubaan SPM 2017 – Negeri Kedah (Buku Tunai)
BCL-KKPP 2017

4 (b) Baki-baki Buku Tunai Perniagaan Yakin pada 1 Ogos 2017 ialah seperti berikut:
RM
Tunai di tangan
830
Tunai di bank
17 290
Berikut ialah urus niaga yang berlaku sepanjang bulan Ogos:
Ogos 9 Belian tunai dari Pembekal Ikhtiar Berhad RM8 300 dan dibayar dengan
cek nombor 091457.
11 Menerima tunai RM2 500 daripada Kedai Melati Indah yang menjelaskan
invois bernombor 6537. Separuh daripada wang tunai tersebut diambil oleh pemilik
untuk kegunaan peribadi.
20 Sekeping memo telah dijumpai yang memaklumkan bahawa pemilik telah membawa
masuk van peribadi bernilai RM9 300 serta wang tunai RM5 000 ke dalam akaun bank
perniagaan sebagai tambahan modal.
22 Invois bernombor 82911 dikeluarkan untuk jualan kredit kepada Perniagaan Hayat
bernilai RM3 800.
Anda dikehendaki merekod urus niaga yang sesuai ke dalam Buku Tunai (Lampiran 1) dan

imbangkan.
HURAIAN URUS NIAGA:
Ogos 9 Belian tunai dari Pembekal Ikhtiar Berhad RM8 300 dan dibayar dengan
cek nombor 091457.
Huraian: Urus niaga pembayaran dengan cek, maka Buku Tunai dikreditkan RM8 300
pada lajur Bank. Butiran ialah ͚Belian͛ kerana membeli barang niaga.
11 Menerima tunai RM2 500 daripada Kedai Melati Indah yang menjelaskan
invois bernombor 6537. Separuh daripada wang tunai tersebut diambil oleh pemilik
untuk kegunaan peribadi.
Huraian: Urus niaga penerimaan bayaran hutang daripada penghutang, maka Buku
Tunai didebitkan RM2 500 pada lajur tunai. Butiran ialah ͚Kedai Melati Indah͛. Pada
masa yang sama, Buku Tunai dikreditkan pada lajur tunai RM1 250 untuk ambilan.
20 Sekeping memo telah dijumpai yang memaklumkan bahawa pemilik telah membawa
masuk van peribadi bernilai RM9 300 serta wang tunai RM5 000 ke dalam akaun bank
perniagaan sebagai tambahan modal.
Huraian: Urus niaga yang akan direkod hanya yang melibatkan tunai sahaja. Buku
Tunai didebitkan RM5 000 pada lajur bank dengan butiran ͚Modal͛.
22 Invois bernombor 82911 dikeluarkan untuk jualan kredit kepada Perniagaan Hayat
bernilai RM3 800.
Huraian: Urus niaga kredit tidak dicatat dalam Buku Tunai

JAWAPAN:
Tarikh
Butir
Ogos 1 Baki b/b
11 Kedai Melati Indah
20 Modal
Sept 1 Baki b/b

Tunai
830
2 500
3 330
2 080

BUKU TUNAI
Bank
Tarikh
Butir
17 290 Ogos 9 Belian
11 Ambilan

5 000
31 Baki h/b
22 290
13 990

Tunai
1 250
2 080
3 330

Bank
8 300
13 990
22 290