JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

  NAMA: ____________________________________________ KELAS: _______________ Bahasa Melayu Pemahaman 011 2018 I¼ Jam

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B

  2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.

  3. Tiap-tiap soalan bahagian A diikuti oleh empat jawaban iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawaban sahaja. Hitamkan jawaban kamu pada kertas jawaban objektif yang telah disediakan. Jika kamu hendak menukar jawaban,padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian, hitamkan jawaban yang baharu.

  4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan. ___________________________________________________________________

  Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak Soalan 1 hingga 14

  Isi tempat kosong dengan jawaban yang paling sesuai.

  Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

  1 Pak Hamid memasang _____________ untuk menangkap burung di hutan.

  A jala B jebak C bubu D lukah

  2 “__________________ menitahkan _______________ untuk memaklumkan tuan hamba supaya menyediakan santapan untuk baginda,” kata Tun Perak kepada dayang.

  A Baginda … hamba

  B Tuanku … patik

  C Beta … hamba

  D Patik … hamba

  3 Mereka baru saja menerima surat pengesahan lawatan _____________ Syarikat Penerbitan Daya Usaha.

  A di B dari C kepada D daripada 4 Terasa ______________air teh yang diminum oleh Aliya kerana kurang gula.

  A masam B payau C pedar D kelat

  5 Kerja _____________ perlu dilakukan dengan teliti untuk menghasilkan songket yang bermutu tinggi.

  A jahit-menjahit B tenun-menenun C sulam-menyulam D canting-mencanting

  6. Ibu menghidangi tetamu dengan sepinggan _________________pisang.

  A jemput-jemput B agar-agar C gula-gula D bola-bola 7 Anjang Aki sering _______________ potret anaknya untuk melepaskan rindu.

  A menjegil B menjeling C mengenyit D merenung

  8 Cef Jasni sedang ___________________ bawang untuk menyediakan menu yang dipesan.

  A melayur B mereneh C menumis D mencelur 9 Adib ____________________ wajah seorang gadis pada sekeping kertas.

  A menconteng B melakar C mencatat D menekap

  10 Jualan makanan Pak Lang sangat laris terutama pada bulan Ramadan.

  Perkataan sinonim bagi laris ialah A selesai B habis C laku D licin 11 Novel itu __________ habis saya baca semalam.

  A sedang B masih C telah D akan 12 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

  Persatuan Bahasa Melayu akan mengadakan Minggu Bahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan. A Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, Persatuan Minggu Bahasa akan mengadakan Minggu Melayu. B Sempena Minggu Bahasa, Persatuan Bahasa Melayu akan mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan. C Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, Persatuan Bahasa Melayu akan mengadakan Minggu Bahasa. D Sempena Bulan Kebangsaan, Persatuan Bahasa Melayu akan mengadakan minggu Bahasa.

  13 Pilih ayat tanya yang sesuai dengan ayat yang diberikan.

  Saya tidak sempat menontonnya kerana terlewat pulang dari kampung. A Adakah kamu menonton perlawanan bola sepak semalam? B Di manakah kamu menonton perlawanan bola sepak? C Mengapakah kamu menonton perlawanan bola sepak? D Bilakah kamu menonton perlawanan bola sepak itu?

  SOALAN 14 dan SOALAN 15 Pilih ayat-ayat yang betul.

  14 A Mereka menaiki mini bas untuk ke bandar.

  B Cempedak goreng yang dibelinya sungguh rangup. C Kebanyakan para peserta tidak dapat menamatkan larian itu. D Pelbagai koleksi setem-setem disimpannya sebagai kenangan.

  15 I Pelbagai kuih dijual di gerai itu.

  II Semua penduduk di kawasan perumahan itu sentiasa bekerjasama.

  III Tiap hari Ali pergi ke sekolah dengan menunggang basikal.

  IV Para-para guru diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang.

  . A I dan II B I dan IV C

  II dan III D

  III dan IV Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

  16 I Perubahan cuaca menyebabkan warna dinding sekolah hilang.

  II Akibat kebakaran kilang, banyak pekerja yang hilang punca pendapatan.

  III Bas yang dinaiki abang perlahan-lahan hilang daripada pandangannya.

  IV Mereka telah hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka. A I dan II, III B I, III dan IV C I, II dan IV D

  II, III dan IV

  Soalan 17 - 20 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

  Tiba-tiba namaku dipanggil oleh Cikgu Yusuf. “Apa nak jadi dengan kamu ni, Kamal. Sekarang sudah bulan Julai, kamu langsung tak ubah sikap. Pelajaran kamu makin merosot,” leter Cikgu Yusuf.

  Aku hanya mampu menahan air mata. Wajah ibu yang dimamah usia terus terbayang di mataku. Belakangan ini, sakit ibu makin menjadi-jadi. Akulah tempat ibu bergantung sejak ayah pergi selama-lamanya sedekad yang lalu.

  “ Kamal, cikgu memarahi kamu kerana cikgu sayang akan kamu. Cikgu nak lihat kamu menjadi insan yang cemerlang. Setiap manusia ada cerita, ada sejarah dan peristiwa. Kita harus hadapinya dengan tabah. Yang penting hidup harus diteruskan,” nasihat Cikgu Yusuf.

  Nasihat Cikgu Yusuf satu persatu menusuk kalbuku. Aku harus berusaha demi ibu, demi masa depanku. Aku harus berjaya dalam UPSR. Minatku dalam bidang perubatan harus menjadi kenyataan.

  “ Terima kasih cikgu,” bisik hati kecilku.

  17 Apakah cita-cita Kamal ? A Guru B Arkitek C Doktor D Polis

  18 Sudah berapa lamakah ayah Kamal meninggal dunia? A sepuluh tahun yang lalu B sebulan yang lalu C setahun yang lalu D seminggu yang lalu

  19 Sikap berikut ada pada Cikgu Yusuf kecuali A penyayang B bengis C prihatin D baik hati

  20 Pada pendapat kamu, mengapakah pelajaran Kamal merosot? A sering dimarahi oleh guru B sikapnya yang malas belajar C sibuk menjaga ibunya yang sakit D kematian ayahnya.

  BAHAGIAN B (30 markah )

  Soalan 21 Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang paling sesuai.

  1. Bau minyak masak yang telah lama digunakan itu sungguh _____________.

  2. Ibu berasa sangat ______________ apabila abang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.

  3. Kamariah cuak amat ketika menonton filem __________di panggung wayang itu.

  ( 3 markah )

  Soalan 22

  a) Tandakan ( / ) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah bagi penggunaan kata sendi nama.

  1. Dia mengemukakan pendapatnya di dalam mesyuarat petang semalam. ( )

  2. Peraduan itu terbuka kepada warganegara Malaysia kecuali ahli keluarga dan kakitangan syarikat itu. ( )

  3. Selat Tebrau terletak antara Johor dan Singapura. ( )

  4. Ketua kampung berasa kecewa akan sikap penduduk kampung yang tidak hadir bergotong-royong. ( ) ( 4 markah ) tengik hamis bangga seram sombong sedih

  SOALAN 23 a) Padankan simpulan bahasa di bawah dengan gambar yang sesuai .

  ( 3 markah )

  memerah keringat ayam tambatan menara gading orang berada b) Tulis ayat perintah yang sesuai berdasarkan situasi yang diberikan.

  ( i ) Situasi : Melarang murid-murid merosakkan peralatan permainan yang terdapat di taman permainan awam.

  Ayat perintah : _______________________________________________________ _______________________________________________________

  ( 2 markah )

  c) Tukar ayat aktif kepada ayat pasif Ayat aktif : Syamer membasuh kasut itu sehingga bersih petang semalam.

  Ayat pasif : ______________________________________________________ ______________________________________________________

  ( 2 markah )

  SOALAN 24

  Baca dan fahami petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat yang lengkap.

  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gemilang Jaya telah mengadakan Projek Lukis Mural dan Tanam Pokok.

  Sebanyak 40 orang peserta telah terlibat dalam projek ini. Para peserta terdiri daripada ibu bapa dan guru. Mereka bekerjasama dalam melaksanakan projek ini yang memakan masa selama seminggu.

  Tujuan utama projek ini dijalankan adalah untuk mewujudkan suasana sekolah yang ceria. Di samping itu, projek ini akan dapat menghijaukan bumi. Suasana yang ceria amat penting bagi menaikkan semangat dan keseronokan belajar dalam kalangan murid.

  a) Program yang dijalankan oleh pihak Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ialah ______________________________________________________.

  ( 1 markah )

  b) Apakah tujuan sampingan projek yang dijalankan oleh pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) ?

  ( 2 markah ) c) Apakah yang boleh menaikkan semangat dan keseronokan belajar dalam kalangan murid ? ( 2 markah )

  d) Pada pendapat kamu, apakah peranan lain yang boleh dilakukan oleh pihak ibu bapa untuk meningkatkan kualiti pelajaran setiap murid di sekolah? ______________________________________________________________________

  ( 3 markah )

  SOALAN 25 Baca label di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

  Zat Makanan : lemak, protein, kalsium, gula, karbohidrat Sos Tiram Seri Rasa

  Tarikh Dibuat : 15 Mei 2017 Tarikh Luput : 15 Mei 2018

  Bahan-bahan : Sos soya, garam, yis, karamel , perisa tiram, bahan pengawet yang dibenarkan.

  Berat : 510 gram Harga : RM 4.90 a Tarikh luput sos tiram adalah pada ____________________________ .

  ( 1 markah ) b) Selain sos tiram, nyatakan dua jenis sos yang kamu tahu . i ) ________________________ ii )_________________________

  ( 2 markah )

  c) Berapa lamakah tempoh ketahanan produk tersebut ? ( 2 markah )

  d) Sebagai pengguna, perlukah kita membaca label terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu produk ? Mengapa ? ( 3 markah )