KEPENTINGAN SOSIO EKONOMI KAWASAN BAKAU
SEMINAR KEBANGSAAN HUTAN PESISIRAN PANTAI NEGARA 2013
“PEMULIHAN HUTAN PESISIRAN PANTAI 2013”, 11-13 JUN 2013, UMT, KUALA TERENGGANU
KEPENTINGAN SOSIO-EKONOMI KAWASAN BAKAU DELTA
KELANTAN KEPADA MASYARAKAT TEMPATAN
Huda Farhana MM, Lim HF, Mohd Parid M & Tariq Mubarak H
Pegawai penyelidik
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
Kepong,
52109 Selangor
Tel: 603-62797545
Faks: 603-62750925
Email: [email protected]
1. PENGENALAN
Delta Kelantan terletak di Jajahan Tumpat ini merupakan sebahagian daripada dataran
pesisiran pantai yang meliputi keluasan 250 hektar. Kawasan ini terdiri dari 10 pulau utama
iaitu Pulau Cik Minah, Pulau Tengkorak, Pulau Bedal, Pulau Layang-Layang, Pulau Kambing,
Pulau Terendak, Pulau Timun, Pulau Tongkang, Tanjung Duff dan Pulau Rulah (Gambarajah
1.1). Kawasan Delta Kelantan ini merupakan suatu kawasan yang unik di mana ia terbentuk
daripada pemendapan lanar yang membentuk dataran lanar dan seterusnya membentuk pulaupulau yang dinyatakan di atas pada awal tahun-tahun 1960an. Pada awalnya, kawasan ini
adalah tanah lapang dan tidak dapat apa-apa koloni bakau. Tanaman pokok bakau telah mula
diperkenalkan pada tahun 2000.
Gambarajah 1.1: Kedudukan Pulau – Pulau di Delta Kelantan yang terlibat dengan
penanaman Bakau, 2011
1

Sumber dari Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, spesis flora utama yang wujud di kawasan delta
ini adalah seperti jeruju (Acrostichum speciosum), piai raya (Acrostichum aureum), piai lasa
(Acrostichum speciosum), api-api putih (Avicennia alba), nipah (Nypa fruticans), bakau minyak
(Rizhophora apiculata), tumu (Brugueira sp), berembang (Soneratia caseolaris) dan Derris
trifolata. Spesis yang dominan di kawasan ini termasuklah ketapang (Terminia catappa), leban
(Vitex pubescens) dan baru-baru laut (Hibiscus tiliaceus). Pelbagai jenis hidupan akuatik seperti
ikan siakap, ikan merah, ikan kerapu, ikan senangin, ikan bawal putih dan pelbagai spesis ikan
lain lagi terdapat di Delta Kelantan. Pelbagai spesis udang dan ketam juga boleh didapati di
kawasan delta ini. Kekayaan flora dan fauna di Delta Kelantan menjadikannya satu kawasan bakau
yang penting dari segi sumbangan kepelbagaian biologi, nilai sosio-ekonomi dan perlindungan
alam sekitar (khasnya pulau-pulau dan kawasan pesisiran berhampiran).
Pada masa kini, keseluruhan kawasan Delta Kelantan adalah berstatus tanah kerajaan. Sebagai
tanah kerajaan, adalah mudah bagi kerajaan negeri menukar statusnya untuk tujuan lain seperti
pembangunan pelancongan. Oleh yang demikian, selain dari menanam pokok bakau di kawasan
terpilih di kalangan pulau-pulau di Delta Kelantan, pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan
telah berusaha untuk mewartakan kawasan Delta Kelantan sebagai Hutan Simpanan Kekal. Ini
dapat membantu mengekalkan status kawasan berkenaan dan perancangan pemuliharaan
biodiversiti kawasan berkenaan dapat dilaksanakan secara mapan. Langkah ini penting untuk
melindungi kawasan penanaman bakau dan mengekalkan fungsi-fungsi alam sekitar dan
sumbangan sosio-ekonomi kepada masyarakat tempatan.
2. OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini adalah penting bagi menilai kepentingan serta sumbangan kawasan penanaman bakau
ini kepada keseimbangan biodiversiti dan sosio-ekonomi penduduk setempat di sekitar Delta
Kelantan. Penilaian dilakukan kepada kebergantungan penduduk tempatan terhadap sumbersumber bakau Delta Kelantan untuk tujuan sara diri, peluang pekerjaan dan sumber pendapatan.
Input kajian adalah dapat menyokong usaha-usaha mengekalkan kawasan tersebut sebagai hutan
paya laut yang dapat membantu mengimbangkan ekologi sekaligus meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat.
3. KAEDAH KAJIAN
Metodologi kajian ini melibatkan aktiviti tinjauan awal ke atas kawasan kajian, perbincangan
dengan pemberi maklumat dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang
terlibat, merancang survei, mengkaji soalselidik, merancang pensampelan, menjalankan survei,
memproses data, menganalisa data dan menulis laporan. Kaedah perbincangan berkumpulan dan
individu merupakan cara untuk mendapat pandangan pihak terlibat mengenai kepentingan aktiviti
penanaman bakau serta pemuliharaan kawasan tersebut. Indikator yang digunakan dalam kajian
sosio-ekonomi ini termasuklah penggunaan kawasan penanaman bakau, pesepsi terhadap nilai
kawasan bakau, kesan terhadap pekerjaan isirumah, kesan terhadap pendapatan bulanan isirumah,
2

kesan kadar kemiskinan dan pesepsi terhadap cadangan projek eko-pelancongan. Kajian survei
telah bermula pada Februari 2011 sehingga September 2011 yang melibatkan dua jenis
perkampungan. Perkampungan tersebut adalah perkampungan pantai dan perkampungan pulau.
Dari jumlah 1,803 isirumah di perkampungan pantai, 365 isirumah (20%) telah ditemuramah.
Manakala 169 isirumah (39% dari jumlah isirumah) dari perkampungan pulau telah disurvei. Pada
keseluruhannya, sebanyak 534 isirumah atau 24% semua isirumah di kedua-dua jenis
perkampungan ini disurvei (Jadual 1.1). Ketua isirumah akan dipilih untuk ditemuramah semasa
survei dijalankan. Walau bagaimanapun, sekiranya ketua isirumah tiada semasa survei dijalankan,
isterinya akan ditemuramah bagi pihak ketua isirumah. Secara amnya, daripada 534 isirumah dari
12 buah kampung yang ditemuramah, responden adalah terdiri dari 459 (86%) ketua isirumah dan
75 (14%) adalah isteri kepada ketua isirumah.
Jadual 1.1: Bilangan responden dalam survei sosio-ekonomi di sekitar Delta Kelantan, 2011
Negeri
Perkampungan Pantai
1. Kg. Baru Nelayan
2. Kg. Tanjung Kuala
3. Kg. Besut
4. Kg. Pak Jah
5. Kg. Kelong
Jumlah kecil
Perkampungan Pulau
1. Kg. Pulau Cendol
2. Kg. Pulau Suri
3. Kg. Pulau Besar
4. Kg. Pulau Che Soh
5. Kg. Pulau Seratus
6. Kg. Pulau Beluru
7. Kg. Pulau Tongkang
Jumlah kecil
Jumlah Besar
Bilangan
isirumah
(A)
Bilangan isirumah
ditemuramah
(B)
% (B)/(A)
500
500
500
120
183
1803
104
96
57
8
99
364
21
20
11
7
54
20
30
166
68
10
53
36
76
439
2,242
12
37
33
5
30
7
46
170
534
40
23
49
50
57
20
61
39
24
4.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Penggunaan kawasan bakau di Delta Kelantan
Masyarakat tempatan menggunakan kawasan bakau untuk tujuan menghasilkan sumber laut bagi
memenuhi keperluan sara diri dan juga menjana pendapatan. Mereka menjalankan empat kegiatan,
iaitu menangkap ikan, menangkap ketam, menangkap udang dan menghasilkan lokan. Kajian ini
mendapati bukan semua hasil laut yang ditangkap oleh para responden datang dari kawasan bakau
Delta Kelantan. Dua sumber hasil laut bagi nelayan tempatan ialah (a) kawasan bakau delta
Kelantan dan (b) kawasan di luar Delta Kelantan. Didapati kepentingan ekosistem Delta Kelantan
3

kepada masyarakat tempatan, khasnya dari segi mendatangkan hasil paya laut seperti ikan, ketam dan
udang yang melibatkan 26% dari 534 isirumah dalam kajian ini.
4.2 Kesan terhadap pekerjaan isirumah
Di Semenanjung Malaysia, pengurusan hutan bakau secara berkekalan di Hutan Simpan Matang
telah mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan bagi penduduk tempatan
(Lim,1999; Chan &Salleh 1986). Oleh itu, pekerjaan ketua isirumah adalah satu petunjuk tentang
sejauh mana kesan kawasan penanaman bakau ke atas masyarakt tempatan. Kajian ini
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dari peratusan ahli-ahli isirumah yang menjadi nelayan
di antara perkampungan pulau dan Perkampungan Pantai. Di kalangan 588 ahli isirumah yang
bekerja di perkampungan pulau, seramai 70 isirumah(12%) adalah nelayan. Manakala, di
Perkampungan Pantai pula, dari 270 ahli isirumah yang bekerja, didapati 66 (24%) adalah nelayan.
4.3 Kesan terhadap pendapatan isirumah
Secara umumnya, penanaman bakau di kawasan Delta Kelantan telah menambahkan peluang
pendapatan bagi masyarakat tempatan. Dari jumlah 534 responden, bilangan isirumah yang terima
pendapatan dari kawasan bakau telah meningkat dari 36 (7%) pada tahun 2000 kepada 52 buah
isisrumah (10%) pada tahun 2011. Pertambahan yang paling ketara ialah di kalangan isirumah di
Perkampungan Pantai, iaitu dari 16 isirumah ke 26 isirumah (iaitu 4% ke 7% jumlah isirumah)
antara 2000 dan 2011. Sementara itu, pertamahan di kalangan isirumah di perkampungan pulau
pula, bilangan pertambahan ialah dari 21 ke 26 (iaitu 12% ke 15% jumlah 170 isirumah) dalam
tempoh yang sama.
Carta Bar 1.1: Bilangan isirumah terima pendapatan dari kawasan bakau, 2000 dan 2011
30
26 26
25
20
21
16
15
Perkampungan pantai
Perkampungan pulau
10
5
0
Bilangan terima pendapatan dari kawasan bakau (2000)
4.3.1
Pendapatan dari kawasan bakau
4

Kajian ini menunjukkan pertambahan pendapatan isirumah yang menghasilkan sumber laut di
kawasan bakau di Kelantan. Pada tahun 2000, purata pendapatan isirumah yang menerima
pendapatan dari kawasan bakau ialah RM288 dan angka ini telah bertambah ke RM351 pada tahun
2011. Pertambahan pendapatan dari kawasan bakau bagi tempoh 2000 dan tahun 2011 bagi
perkampungan pantai dan perkampungan pulau adalah meningkat seperti Jadual 1.3.
Jadual 1.3: Purata pendapatan tunai bulanan isirumah dari kawasan bakau, 2000 dan 2011
TAHUN
Perkampunga
%
n
2000
2011 Pertambahan
1.Pantai
455
577
21
2.Pulau
120
662
82
4.4 Kadar kemiskinan
Pendapatan yang dijana daripada kawasan penanaman bakau juga dinilai dari segi bilangan
isirumah yang telah menerima pendapatan dari kawasan bakau dan kadar kemiskinan. Kajian ini
juga menggunakan garis kemiskinan per kapita sebanyak RM137 (pengiraan berdasarkan
Rancangan Malaysia Ke-8 dan mengambil kira pertumbuhan indeks harga pengguna, IHP) pada
tahun 2009 bagi meninjau keadaan kemiskinan di kalangan responden isirumah. Bagi tahun 2011,
garis kemiskinan per kapita adalah RM158 bagi penduduk negeri Kelantan (pengiraan adalah
berdasarkan IHP pada tahun 2011).
4.4.1
Kemiskinan keseluruhan
Pada keseluruhannya, kadar kemiskinan di kalangan masyarakat berhampiran dengan Delta
Kelantan adalah 25% pada tahun 2011.Tiada perbezaan yang ketara situasi kemiskinan bagi
Perkampungan Pantai (24%) atau 88 buah isirumah dan perkampungan pulau (26%) hanya 44
buah isirumah seperti disertakan di dalam Carta 1.2 dan Jadual 1.4 kadar kemiskinan di dua belas
buah kampung pada 2011.
Carta 1.2 : Bilangan isi rumah miskin di De lta Ke lantan, 2011
Perkampungan Pantai (n=364)
44
Perkampungan Pulau (n=170)
88
Jadual 1.4: Kadar kemiskinan di 12 kampung, 2011

Kampung
Perkampungan Pantai
Kg. Baru Nelayan
Kg Tanjung Kuala
Kg Besut
Kg Pak Jah
Kg. Kelong
Jumlah Kecil
Perkampungan Pulau
Kg. Pulau Cendol
Kg. Pulau Suri
Kg Pulau Besar
Kg Che Soh
Kg Pulau Seratus
Kg. Pulau Beluru
Kg. Pulau Tongkang
Jumlah Kecil
Jumlah
n
Garis kemiskinan per kapita =RM 158 per kapita bagi
2011
Bil isi
rumah
%
Bil isi rumah
%(tidak
miskin
(miskin) tidak miskin
miskin)
104
96
57
8
99
364
23
22
14
2
27
88
22
23
25
25
27
24
81
74
43
6
72
276
78
77
75
75
72
76
12
37
33
5
30
7
46
170
534
5
5
4
2
5
4
19
44
132
42
13
12
40
17
57
42
26
25
7
32
29
3
25
3
27
126
402
58
87
88
60
83
43
58
74
75
Nota: Garis kemiskinan per kapita untuk negeri Kelantan = RM 158 per kapita bagi tahun 2011
4.4.2 Kemiskinan Sekiranya Tiada Pendapatan Dari Kawasan Bakau
Sekiranya masyarakat tempatan tidak menerima pendapatan tunai dari kawasan bakau Delta
Kelantan, maka kadar kemiskinan telah meningkat sedikit dari 25% ke 27% (Jadual 1.5). Kesan
ketiadaan pendapatan tunai dari kawasan bakau adalah lebih jelas di kalangan perkampungan
pulau di mana kadar kemiskinan meningkat dari 26% ke 30%. Manakala, di kalangan
Perkampungan Pantai, ianya meningkat dari 24% ke 26%.
27.5
27
26.5
26
25.5
25
24.5
24
23.5
23
22.5
26
24
27
25
Penerimaan pendapatan
tunai dan bukan tunai
(%miskin)
Jika tiada pendapatan tunai
dari kawasan bakau (%

5.0 KESIMPULAN

Kajian ini telah meninjau kepentingan sosio-ekonomi kawasan bakau Delta Kelantan kepada
masyarakat tempatan. Kajian ke atas 12 kampung tempatan telah menunjukkan bahawa
kepentingan sosio-ekonomi kawasan bakau ke atas isirumah baik dari segi pekerjaan (8% dari
tenaga kerja), sumber pendapatan (3% dari pendapatan isirumah) dan kemiskinan (kadar
kemiskinan meningkat cuma 2% jika tiada pendapatan tunai dari kawasan bakau) adalah tidak
ketara. Sungguhpun demikian, persepsi responden isirumah telah menunjukkan bahawa mereka
menganggap kawasan bakau sebagai hábitat yang perlu dikekalkan secara semulajadi (45%)
kerana ia adalah satu habitat penting sebagai benteng pukulan ombak dan hábitat pemuliharaan .
Implikasi dari hasil kajian ini ialah pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan perlu mengekalkan
kawasan bakau Delta Kelantan bagi tujuan perlindungan flora dan fauna yang seterusnya akan
melindungi penduduk di tepi pantai dan perkampungan pulau.
6.0 SISIPAN KARYA
Chan, H.T. & Salleh, M.N. (1986). The traditional use of the mangrove ecosystem in Malaysia.
Mangrove Ecosystem Occasional Papers No. 1
Lim Hin Fui (1999).The Role of Research and Development in Sustainable Utilisation of Matang
Mangroves in Malaysia. APAFRI Publication Series No. 2. Kuala Lumpur, Malaysia.