Nilai Kepimpinan untuk Kemerdekaan indonesia

NILAI KEPIMPINAN HARI INI DALAM MENCORAK
MASA DEPAN GENERASI MALAYSIA
‘Tetapi semakin saya terfikir mengenai 50 tahun merdeka, semakin
itu juga saya mengimpikan apa yang terjadi dalam masa 50 tahun
lagi. Bagaimana wajah negara kita yang tercinta ini 100 tahun
selepas merdeka?. Apa yang akan kita tinggalkan untuk generasi
kita yang ke -100 yang sebahagian besar belum dilahirkan’.
Inilah ungkapan yang penuh bermakna daripada Perdana Menteri Malaysia,
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi ketika
menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Menoleh ke Belakang, Mara Ke Depan: 50
Tahun Perniagaan Malaysia’ di Majlis Makan Malam Kelab Perniagaan Kuala
Lumpur baru-baru ini.
Bait-bait ayat yang terukir mengambarkan bagaimana perasaan YAB Perdana
Menteri terhadap masa depan generasi akan datang. Sebagai pemimpin, beliau
mengerti bahawa di bahunya terletak tanggungjawab untuk membentuk warga
negara yang mempunyai minda kelas pertama dan bertaraf antarabangsa tetapi
berjiwa Malaysia.
Jasa Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan; Tun Abdul Razak
sebagai Bapa Pembangunan, Tun Hussein Onn sebagai Bapa Perpaduan; dan
Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai Bapa Kemodenan telah membantu
menyediakan landasan kepada Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang

cemerlang, terbilang dan gemilang dalam menuju Wawasan 2020. Kejayaan
Dasar-dasar pembangunan negara seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), 19711990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN), 1991-2000, dan Dasar Wawasan
Negara (DWN), 2001-2010 telah membolehkan taraf hidup rakyat semakin
meningkat. Ini jelas dapat dilihat apabila Keluaran Dalan Negeri Kasar (KDNK)
meningkat sebanyak 6.5% setahun dalam tempoh 1957 hingga 2005. Manakala
pendapatan KDNK perkapita meningkat pada kadar purata 7.1 setahun kepada

1

AS10,318 pada tahun 2005 jika dibandingkan KDNK perkapita pada tahun 1990
iaitu sebanyak AS5,284 (Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006).
Sama ada kita menyedari atau tidak, tempoh tersebut semakin singkat iaitu tidak
sampai 13 tahun lagi. Kita perlu berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin
yang lalu kerana atas jasa mereka kita berada di posisi yang ada pada hari ini.
Setiap warga Malaysia menghirup nikmat kemerdekaan dan mencari rezeki di
bumi bertuah ini dengan aman. Hari ini, kita menyaksikan nama Malaysia gah
tertera di persada antarabangsa dalam pelbagai bidang.
Menyedari akan hakikat inilah, maka aspek nilai kepimpinan dalam mencorakkan
masa depan generasi Malaysia perlu dilihat secara serius oleh semua pihak. Ini
kerana merenungi nasib masa depan generasi akan datang sewajarnya bukan

hanya tanggungjawab seorang Perdana Menteri sebaliknya perlu dihayati oleh
setiap lapisan kepimpinan dalam semua lapangan sama ada sebagai seorang
ahli politik, pensyarah, guru, kerani hatta Ketua kampung sekalipun. Ini kerana,
di tangan mereka banyak keputusan untuk mencorakkan warna generasi
Malaysia pada masa akan datang.
Menurut buku Citra Karya terbitan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),
definisi nilai dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu nilai sebagai sifat
(attribute). Keduanya nilai ditakrifkan sebagai istilah untuk menyatakan kadar
harga atau markah sesuatu objek. Ketiganya pula, pengertian nilai lebih kepada
bersifat aksiologi iaitu berkaitan dengan falsafah nilai (axiology). Maka dengan
sebab itulah, nilai berperanan sebagai kayu ukur (standard) kepada apa jua yang
dilakukan oleh manusia, yang diingini dan dicita-citakan, mahu pun yang dilihat,
didengar, dirasa-sesuatu yang dialami melalui pancainderanya.
Zakaria Ahmad (1993) pula menyatakan bahawa kepimpinan merupakan satu
seni kerana tidak semua individu mempunyai kemahiran untuk mempengaruhi
individu lain untuk melaksanakan sesuatu sebagaimana yang dikehendakinya

2

dan melakukan tugas itu dengan penuh kerelaan tanpa paksaan. Selain itu,

beliau turut melihat perbezaan di antara seorang pengurus dengan seorang
pemimpin.
Menurut beliau, seorang pengurus belum tentu dapat menjadi seorang pemimpin
tetapi seorang pemimpin sudah tentu dapat menjadi seorang pengurus yang
baik. Seseorang pengurus akan menjadi pemimpin apabila ia memiliki ciri-ciri
kepimpinan iaitu mempunyai kemahiran mencakupi semua bidang dan fungsi
pengurusan seperti merancang, mengelola, menyelenggara, menyelaras,
melaksana, menilai dan lain-lain lagi.
Dalam konteks ini, Malaysia memerlukan pemimpin yang berkaliber dan
berwawasan. Kesinambungan kepimpinan antara satu generasi ke satu generasi
perlu dirancang secara sistematik. Maka dengan sebagai itulah, Kerajaan
memberikan peruntukan sebanyak RM45.1 bilion dalam Rancangan Malaysia
Ke-Sembilan (RMK9) untuk melaksanakan pelbagai program pendidikan dan
latihan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran (KPM), Kementerian Pengajian
Tinggi

(KPT),

Kementerian


Sumber

Manusia

(KSM),

Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) serta Kementerian Belia dan
Sukan (KBS).
Ini kerana golongan belia yang berada dalam kumpulan umur 15-39 tahun
merupakan 41.5 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2005.
Peningkatan golongan belia pada kadar 2.4 peratus daripada 9.85 juta pada
tahun 2000 kepada 11.10 juta. Ini menunjukkan Kerajaan memberikan perhatian
yang serius dalam menjayakan strategi pembangunan modal insan. Segala
harapan untuk menggalas visi dan wawasan Malaysia kelak terletak pada bahu
mereka.

3


Menyedari akan hakikat betapa pentingnya peranan nilai kepimpinan dalam
membantu proses pembangunan negara, maka Kerajaan telah melancarkan
kempen Kepimpinan Melalui Teladan (KMT) pada tahun 1983. Ini jelas
mengambarkan bahawa isu kepimpinan telah mendapat perhatian serius pihak
Kerajaan dalam memantapkan pentadbiran awam kerana menyedari kakitangan
awam merupakan agen penyampaian bagi pelaksanaan dasar-dasar negara.
Sehubungan itulah, nilai-nilai kepimpinan melalui teladan ini telah dilaksanakan
dengan harapan agar pemimpin di jabatan kerajaan dapat memberikan contoh
yang baik kepada semua kakitangannya.
Menurut Balqis Abd Ghani (2006), selepas setahun kempen ini dijalankan
didapati kakitangan kerajaan dan rakyat secara keseluruhannya berpendapat
mutu perkhidmatan kerajaan bertambah baik walau pun tidak mencapai tahap
yang

membanggakan.

Beliau

turut


menyenaraikan

faktor-faktor

yang

mengurangkan keberkesanan kempen ini seperti terdapat pemimpin yang tidak
tahu menjalankan kerja dan tidak mempunyai keyakinan diri; perangai yang
sombong; mementingkan diri sendiri; dan juga takut mendapat saingan dari
golongan bawahan.
Justeru, nilai-nilai kepimpinan ini perlu diterjemahkan oleh pemimpin-pemimpin di
pelbagai peringkat di negara ini melalui tindakan pelaksanaan. Maka dengan
sebab itulah, setelah 24 tahun diperkenalkan, kempen Kepimpinan Melalui
Teladan perlu dihidupkan kembali agar dapat menyuntik semula motivasi kepada
pemimpin dalam organisasi kerajaan yang akan diikuti oleh pihak swasta juga.
Ini selaras dengan hasrat Kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam
perkhidmatan awam dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara contoh
yang mengamalkan konsep Islam Hadahari.
Prinsip-prinsip Islam Hadhari iaitu keimanan dan ketakwaan kepada Allah;
Kerajaan Adil dan Beramanah; Rakyat berjiwa merdeka; penguasaan ilmu

pengetahuan; Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif; kehidupan

4

berkualiti; Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita; Keutuhan budaya dan
moral; Pemuliharaan alam semulajadi; dan juga Kekuatan pertahanan akan
dapat membantu menyediakan landasan bagi membentuk generasi baru
Malaysia kelak.
Islam Hadahari tidak akan berjaya sekiranya Malaysia tidak mempunyai
pemimpin yang mempunyai nilai dan maruah yang dihormati oleh masyarakat
tempatan mahu pun antarabangsa. Maka dengan sebab itulah, pendekatan
untuk menjayakan konsep ini memerlukan pemimpin yang memahami erti
tanggungjawab kepada bangsa, agama dan juga negara. Pemimpin mestilah
bijak mengatur strategi dalam membuat perancangan untuk pembangunan
masyarakat dan negara ke arah kecemerlangan dan kegemilangan.
Kesimpulannya, kita semua adalah pemimpin iaitu sebahagian daripada anggota
masyarakat yang bertanggungjawab untuk mencorakkan generasi masa depan
Malaysia. Sekiranya kita mahu melihat generasi akan datang hidup dalam
keadaan aman dan harmoni, kita perlu bertanggungjawab untuk menyumbang ke
arah objektif tersebut. Justeru, muhasabah diri amat perlu untuk membantu kita

menjadi seorang pemimpin yang dihormati Bak kata pepatah ‘harimau mati
meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’. Apakah sumbangan
kita sempena 50 tahun Malaysia merdeka?.

5

Rujukan
Balqis Abdul Ghani. 2006. Dasar-dasar Utama Kerajaan Malaysia (suntingan
Yusof Ismail). A.S. Noordeen.
Zakaria Ahmad. 1993. Warisan Gemilang-Kumpulan Rencana Pilihan Buletin
INTAN 1976-1991). INTAN
_____________1994. Citra Karya. Falsafah, Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan
Awam. INTAN
_____________2003. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) 19912003. MDC Publishers Sdn Bhd.
_____________2003. Malaysia Kita . International Law Book Services.
_____________2005. Islam Hadari Satu Penjelasan. JAKIM
___________. Rancangan Malaysia Kesembilan. 2006. Kerajaan Malaysia.
Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Berita Harian. 16 Jun 2007.


6