Taklimat Fail Meja KP ppt

SMK SUNGAI PUSU, KM 11 JLN
GOMBAK
TAKLIMAT FAIL MEJA KETUA PANITIA
AGENDA:
1) Pengenalan Dan Kepentingan Fail
Meja
2) Senarai Semak Kandungan Fail Meja.
3) Persembahan Contoh Fail Meja Ketua
Panitia

PENGENALAN DAN KEPENTINGAN FAIL
MEJA

Manual pengurusan panitia yang
didokumenkan boleh membantu Ketua Panitia
dan ahli-ahlinya menggerakkan panitia dengan
cekap dan sistematik.

Fail Meja yang didokumenkan merupakan
panduan kerja dan manual rujukan kepada guru
berpengalaman dan guru baru.


PENGENALAN DAN KEPENTINGAN
FAIL MEJA (samb.)

Ketua Panitia yang baru dilantik boleh
merujuk senarai tugas dengan adanya Fail
Meja yang lengkap dan kemaskini.

Fail Meja merupakan dokumen rujukan
bagi fungsi dan tugas Ketua Panitia.

PENGENALAN DAN KEPENTINGAN
FAIL MEJA (samb.)
• Fail Meja adalah dokumen rasmi sekolah. Ini
bermakna Ketua Panitia yang akan berpindah
sekolah perlu menyerahkan Fail Meja panitianya
dalam bentuk hardcopy dan softcopy kepada
pihak sekolah.
• Fail Meja akan dapat memantapkan lagi
pengurusan panitia di peringkat sekolah. Secara

tidak langsung, pengurusan panitia yang cekap
dan mantap akan meningkatkan kualiti keputusan
peperiksaan awam.

SENARAI SEMAK KANDUNGAN FAIL
MEJA
• Merupakan senarai perkara yang perlu
ada dalam sesebuah Fail Meja.
• Menjadi rujukan kepada Ketua Panitia
untuk membina Fail Meja bagi
panitianya.