TENAGA NUKLEAR DARI PERSPEKTIF ISLAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PASIR GUDANG
EC 110
ETIKA SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM
TAJUK
TENAGA NUKLEAR DARI PERSPEKTIF ISLAM
NAMA PENSYARAH : USTAZAH SITI FAIRUZ
NAMA PELAJAR : MOHAMAD KHALED BIN NORDIN
NO KAD PENGENALAN : NO KAD MATRIK : 1.
PENGENALAN
/1.5
2.
ISI DAN HURAIAN
/8
3.
KESIMPULAN
/2
4.
RUJUKAN
/2
5.
ETIKA / MORAL
/1.5
JUMLAH
/15
ISI KANDUNGAN
1
Kandungan
Muka Surat
Pengenalan
3
Maksud
4
5–7
8 – 12
13 - 14
15 – 16
17 – 20
21 – 22
Sejarah
Kebaikan
Keburukan
Peristiwa Chernobyl
Teknologi Nuklear di Malaysia
Keselamatan
Kesimpulan
23 – 24
Rujukan
25 - 26
Pengenalan
2
Bismillahirahmanirahim, syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan peluang kepada
saya untuk menyiapkan folio ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah CTU saya kerana memberi
tunjuk ajar dalam menyiapkan folio. Folio ini akan memberitahu kita mengenai tenaga nuklear
dan perspektif daripada pandangan Islam adakah Islam melarang atau membenarkan. Folio ini
juga dibuat adalah untuk memberitahu serta menjawab persoalan – persoalan masyarakat di
sekeliling tentang nuklear. Sesungguhnya setiap ciptaan mempunyai kebaikan dan keburukan
masing – masing. Namun begitu, keburukan itu dapat dicegah sekiranya langkah – langkah
berjaga – jaga itu diurus dengan baik. Begitulah juga nuklear, sekiranya tujuan pembinaanya
adalah untuk keburukan maka buruklah jadinya dan jika tujuan pembinaannya baik maka baiklah
jadinya. Jadi, folio ini disediakan oleh saya untuk menerangkan tentang apa itu nuklear. Apakah
maksudnya, sejarahnya, kebaikannya, keburukannya, peristiwa Chernobyl, dan pembangunan
teknologi nuklear ini di Malaysia.
Maksud Nuklear
3
Kamus Dewan ke – 4 memberikan maksud nuklear itu sebagai, berkaitan dengan nukleus
atom; peperangan ~ peperangan yang memakai senjata dengan tenaga atom; senjata ~ senjata
yang menggunakan tenaga atom.
Dari segi bahasa nuklear bermaksud inti atau nukleus atom. Manakala dari segi istilah pula
memberikan maksud tenaga yang dijana daripada tindakbalas dalam nukleus atom.
Kamus Dewan ke – 4
http://www.scribd.com/document_downloads/direct/76567293?
extension=pptx&ft=1408375632<=1408379242&user_id=31253639&uahk=9ta4yNDt6ax+iG
QeIXCTsVR/8Lc
Sejarah Nuklear
4
Kewujudan nuklear sebenarnya diketahui pada lewat 90an setelah pelbagai ujikaji dan
penyelidikan oleh tokoh – tokoh saintis dunia. Namun begitu, informasi mengenai kewujudan
nukleur telah pun tertulis dalam kitab Al-Quran dalam surah Al – Hadid. Istilah Al – Hadid itu
sendiri bermaksud logam besi dan sememangnya mempunyai kaitan antara nuklear.
Antara bahan – bahan yang ada kaitan dengan nuklear ialah Uranium,Plutonium,radium
dan banyak lagi. Firman Allah SWT dalam Surah Al – Hadid ayat yang ke – 25 bermaksud
“Pada besi itu, terdapat kekuatan yang amat kuat yang boleh memusnahkan manusia.”
Kejadian letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki telah membuktikan bahawa tenaga
nuklear ini cukup berbahaya dan juga membuktikan bahawa firman Allah dalam Surah Al –
Hadid itu adalah benar. Bayangkan sahaja setengah kilogram Uranium mampu menghasilkan
tenaga haba satu megawatt. Pastinya tenaga nuklear ini mampu menjadi sumber penjanaan kuasa
elektrik dalam sesebuah negara. Bayangkan pula jika sesbuah negara itu mempunyai berjuta tan
Uranium yang disimpan untuk tujuan apa – apa sahaja. Itulah kebenaran yang telah ditunjukkan
dalam Surah Al – Hadid dalam Al – Quran. Manusia pula perlulah teruskan melakukan
penyelidikan dan beriman kepada Allah SWT.
Pertama kali kewujudan nuklear diketahui apabila penyelidikan mengenai keradioaktifan
dilakukan pada akhir kurun ke – 19 yang membabitkan dua perkara besar yang berlaku ketika
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/6837-asas-tenaga-nuklear-disebut-dalam-alquran
itu. Terdapat 2 kajian terawal dalam penyelidikan keradioaktifan yang ada kena menggea dengan
5
tenaga nuklear. Pertama, sinar – X yang dijumpai pada tahun 1985 oleh seorang tokoh saintis
bernama Wilhem Konrad Rontgen dan beliau mendapati bahawa sinar – X ini mampu
menghasilkan pendarflour pada kaca tiub sinar – X. Seterusnya , kajian kedua dibuat oleh Henri
Becquerel yang mendapati bahawa apabila kalium uranil sulfat diuji oleh sinaran ultra ungu, ia
akan menghasilkan pendarflour.
Namun begitu, kewujudan tenaga nuklear tidak berhenti setakat ini tetapi diteruskan dan
penyelidikannya masih dijalankan sehingga sekarang. Penyelidikan 2 tokoh terawal tadi
diteruskan oleh Pierre dan Marie Sklodowskan Curi pada tahun 1989. Marie Curie mendapati
bahawa sinaran yang dikeluarkan oleh Uranium yang dilaporkan oleh Becquerel juga boleh
didapati daripada garam torium. Dalam kajiannya, suatu unsur baru yang berkeupayaan
menghasilkan keradioaktifan yang tinggi dijumpai daripada proses pemisahan bijih uranium
hingga mewujudkan satu sinaran yang sama sifat dengan sinar – X
Satu lagi kajian yang dilakukan oleh tokoh sains terkemuka iaitu Earnest Rutherford
memberitahu mengenai keupayaan daya penembusan dalam sinar radioaktif menunjukkan tiga
jenis sinaran, iaitu yang dapat diserap oleh kepingan aluminuim nipis dinamakan Alfa (a).
Kedua, iaitu Beta (B) yang hanya boleh diserap oleh beberapa aluminium atau ketebalan
sesebuah aluminium. Ketiga, iaitu Gamma(Y), gamma adalah sinaran radioaktif yang paling kuat
yang tidak mampu diserap oleh aluminium.
Sejak dari itu, pelbagai jenis penyelidikan dilakukan oleh saintis dalam memahami sinaran
radioaktif. Sifat sinaran seperti cas dan jisim diukur. Sekarang ini, sifat bahan dan sinaran
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/6837-asas-tenaga-nuklear-disebut-dalam-al-quran
6
radioaktif boleh diketahui dan difahami melalui beberapa kaedah dan teori tindak balas nukleus,
tindak balas antara sinaran dan jisim, dan pereputa radioaktif hingga dapat menerangkan hamper
segala fenomena yang ditemui.
Stesen kuasa nuklear pertama dibuka pada tahun 1950-an. Teknologi nuklear ini
sememangnya telah memberikan banyak manfaat kepada kehidupan manusia pada hari ini.
Kuasa nuklear banyak menyumbang dalam bidang perubatan yang mampu menyelamatkan
manusia. Teknologi nuklear ini sebenarnya tidak boleh dianggapkan satu kesilapan tetapi
teknologi ini mestilah dilakukan secara berhati – hati agar tidak ada kemalangan yang akan
berlaku oleh kerana kecuaian daripada manusia itu sendiri.

7
Kebaikan
Setiap makhluk yang dicipta oleh Allah SWT itu pastinya terdapat kelebihan dan kekurangan.
Pada bab ini, kebaikan tentang teknologi nuklear akan diterangkan untuk pengetahuan umum
mengenai teknologi ini.
Kebaikan pertama teknologi nuklear adalah dalam menjana kuasa elektrik dalam sesebuah
negara. Penjanaan kuasa elektrik merupakan teras kepada pembangunan sesebuah negara itu.
Sekiranya penjanaan kuasa elektrik itu kurang, maka pembangunan sesebuah negara itu akan
terencat kerana tidak dapat meneruskan kehidupan harian dengan sempurna.
Seperti yang sudah diterangkan, setengah tan uranium mampu menghasilkan satu megawatt
tenaga elektrik. Jadi, teknologi nuklear ini digunakan adalah untuk menggantikan tenaga
konvensional iaitu tenaga elektrik yang dihasilkan oleh petroleum dan bahan api fossil. Tenaga
nuklear dilihat berjaya menggantikan sumber tenaga konvensional kerana tenaga konvensional
semakin hari semakin berkurang. Alternatif baru diperlukan telah pun dijumpai iaitu
menggantikannya dengan tenaga nuklear.
Teknologi nuklear menghasilkan kuasa elektrik yang sangat banyak dan semakin luas
digunakan oleh negara – negara maju. Contohnya, Perancis yang menggunakan 65% tenaga
elektrik yang dijanakan daripada teknologi nuklear. Manakala , dianggarkan hamper 17%
daripada penggunaan elektrik di seluruh dunia dihasilkan menerusi teknologi nuklear.
Jadi, pembangunan negara amat bergantung kepada kuasa nuklear ini kerana keupayaan
teknologinya yang mampu menjanakan kuasa elektrik dengan lebih banyak.
Mudah Faham Melalui Peta Visual dan Diagram Kimia
m/s 14
8
Selain itu, teknologi nuklear ini juga digunakan pakai dalam bidang pertanian. Bidang
pertanian juga sudah menjadi platform yang penting dalam menyediakan da menghasilkan
produk – produk makanan dalam meneruskan kehidupan.
Antara bahan – bahan radioisotop yang digunakan dalam bidang pertanian ialah isotop
Karbon – 14 yang digunakan untuk menyelidik lintasan karbon dioksida yang disedut oleh
tumbuhan dari udara ketika proses fotosintesis iaitu proses tumbuhan menukar gas Karbon
Dioksida kepada gas Oksigen.
Teknologi nuklear ini juga digunakan untuk mensterilkan binatang perosak yang
dipancarkan melalui reputan radioisotop. Dengan kaedah ini, binatang perosak dapat
dimandulkan dan pembiakan binatang ini akan dikurangkan.
Sinaran Gamma pula akan digunakan untuk memyebabkan mutasi dalam tumbuhan dan
binatang untuk mendapatkan baka lebih baik. Akhirnya , tumbuhan dan binatang tadi dapat
berkembang dengan pantas dan menghasilkan hasil yang banyak.
Akhir sekali bahan isotop Forforus – 32 akan ditambah ke dalam baja Forforus untuk
menyelidik kadar penyerapan baja oleh sesuatu tumbuhan
Dalam bidang perindustrian pula tidak kurang banyaknya sumbangan daripada teknologi
nuklear antaranya ialah radioisotope (uranium – 235) digunakan untuk menghasilkan tenaga
elektrik bagi satelit. Tenaga elektrik akan dibawa oleh satelit dengan jumlah yang besar dan
merekodkan maklumat pada jarak yang jauh.

9
Selain itu, sinaran Beta(B) akan digunakan dalam proses perkilangan. Dalam proses
tersebut sinaran Beta akan digunakan untuk mengawal dan memeriksa ketebalan bahan – bahan
seperti kertas, kepingan aluminium dan plastik.
Natrium – 24 pula akan digunkan untuk mengesan kebocoran paip sebagai penyurih.
Dengan kaedah ini, jurutera mampu mengenalpasti kebocoran dan membaiki sesuatu paip itu.
Antara paip yang sangat penting untuk dikenalpasti sama ada terdapat kebocoran atau tidak
adalah paip yang digunakan untuk menyalurkan petroleum dan sumber – sumber fossil yang lain
dari pelantar minyak di laut hingga ke darat. Jika paip ini mempunyai kebocoran, implikasinya
amatlah teruk kepada hidupan akuatik dan pencemaran air di laut kan berlaku.
Sumbangan teknologi nuklear juga menyumbang kepada bidang pengawetan makanan.
Contoh makanan yang sensitif kepada haba ialah buah – buahan dan sayur – sayuran. Sinaran
radioaktif digunakan untuk mengawet makanan yang sensitif kepada haba supaya boleh
disimpan dalam satu jangka masa yang lama. Selain itu, sinaran gamma digunakan untuk
membunuh kulat dan bakteria dalam makanan supaya ia tahan lama.
Sumbangan terbesar daripada teknologi nuklear adalah dalam sektor perubatan. Teknologi
nuklear jelas dapat membantu manusia dalam sektor perubatan dalam menyelamatkan nyawa
manusia.
Radioisotop digunakan dalam radioterapi dan X – ray. Contohnya, kobalt – 60 akan
memancarkan sinaran gamma yang boleh digunakan untuk membunuh sel – sel kanser dalam
badan pesakit. Dengan adanya teknologi seperti ini, nyawa orang ramai dapat diselamatkan
daripada penyakit – penyakit kanser yang boleh membunuh seseorang.

10
Selain itu, radioisotop Iodin – 131 disuntik ke dalam badan pesakit. Iodin – 131 berfungsi
sebagai penyurih untuk memeriksa fungsi kelenjar tiroid dan dapat mengesan pertumbuha
tumor.Sinara gamma pula akan digunakan untuk mensteril peralatan perubatan yang tidak tahan
kepada haba seperti picagari.
Natrium – 24 pula digunakan untuk mengesan pembekuan darah dengan menyuntiknya ke
dalam aliran darah dalam badan pesakit.
Dengan adanya teknologi nuklear ini, nescaya banyak nyawa akan dapat diselamatkan
dengan izin Allah SWT. Teknologi nuklear berguna dalam bidang perubatan kerana kemampuan
teknologi ini untuk menyembuh penyakit – penyakit yang berbahaya seperti kanser, tiroid, tumor
yang mampu membunuh manusia. Sumbangan teknologi nuklear telah memberi impak yang
besar kepada bidang perubatan dalam menyelamatkan nyawa manusia.
Dalam bidang arkeologi juga menerima sumbangan daripada teknologi nuklear. Contohnya
radioisotop digunakan untuk menentu usia bahan purba serta fosil tumbuhan dan binatang.
Kaedah ini dikenali sebagai pentarikhan karbon – 14 kerana usia bahan purba ini boleh
ditentukan dengan mengukur karbon 14 yang tertingal dalam fosil.
Teknologi nuklear juga banyak menyumbang dalam bidang pertahanan. Sejak awal lagi
negara – negara maju seperti Amerika Syarikat telah menggunakan teknologi nuklear untuk
memperluaskan aset – aset pertahanan mereka. Amerika Syarikat telah memperkenalkan senjata
nuklear dengan membina sesebuah kapal selam berkuasa nuklear pada tahun 1950an yang diberi
nama USS Nautilus 571 SSN. Kewujudan kapal selam berkuasa nuklear ini mampu
melaksanakan pelbagai misi pertahanan dan misi menyelamat.

11
Selain bom atom, bom nuklear dan peluru berpandu juga antara ciptaan manusia untuk
mempertahankan sesebuah negara daripada menerima ancaman musuh negara.
Teknologi nuklear ini juga boleh diklasifikasikan sebagai mesra alam kerana penjanaan
elektrik yang dihasilkan oleh teknologi nuklear tidak membebaskan apa – apa gas Karbon seperti
Karbon Dioksida, Karbon Monoksida, Methane dan CFC yang mampu memberi kesan buruk
kepada udara dan manusia. Penjanaan kuasa elektrik yang dihasilkan oleh teknologi nuklear
dapat mengurangkan pencemaran alam seterusnya kesan rumah hijau itu dapat dikurang.
Kesimpulan yang dapat kita buat daripada kebaikan yang telah dibincangkan adalah setiap
ciptaan yang dicipta oleh Allah SWT mempunyai kebaikan. Teknologi nuklear ini merupakan
ciptaan Allah SWT kepada manusia untuk membantu manusia meneruskan kehidupan dengan
lebih baik. Tugas manusia pula adalah menggunakan ciptaan Allah ini penuh cermat dan berhati
– hati kerana sekiranya sebarang kecuaian berlaku akan mengundang malapetaka kepada seluruh
kehidupan di bumi ini.

12
Keburukan
Selain kebaikan dalam ciptaan Allah SWT terdapat juga kekurangan atau keburukan kerana
ciptaan Allah SWT semuanya mempunyai kelemahan masing – masing. Hanya Allah SWT
sahaja yang sempurna. Keburukan teknologi nuklear ini akan berlaku sekiranya kecuaian dan
niat buruk daripada manusia itu sendiri. Keburukan atau malapetaka akan berlaku sekiranya
manusia gagal mengendalikan teknologi nuklear dengan cermat dan berhati – hati.
Antara keburukan yang akan berlaku sekiranya teknologi nuklear ini disalahguna adalah
peperangan. Letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada perang dunia ke -2 jelas
menunjukkan kita apabila teknologi ini digunakan untuk tujuan peperangan. Peperangan yang
berlaku jelas akan memberi kesan kepada manusia dan hidupan di sekitarnya. Negara Jepun yang
menerima padah akhirnya lumpuh daripada pelbagai segi ketika itu dan akhirnya tidak memberi
keuntungan kepada mana – mana pihak kerana perbelanjaan dalam peperangan bukan suatu
perkara yang murah.
Selain itu, apabila stesen janakuasa nuklear meletup kesannya kepada hidupan amatlah buruk.
Pencemaran air, udara dan tanah akan berlaku sekiranya suatu stesen janakuasa nuklear meletup.
Hidupan seperti manusia, haiwan dan tumbuhan akan terjejas dengan mutasi – mutasi yang pelik.
Mutasi yang berlaku berasal daripada radiasi yang dibebaskan semasa kebocoran berlaku akibat
letupan sesebuah reaktor nuklear. Penyakit seperti kanser akan tersebar kerana radiasi yang
dibebaskan mengandungi bahan – bahan toksik yang boleh membunuh manusia dan haiwan.
13

Banyak perkara pelik yang akan muncul contoh seperti manusia mempunyai kepala yang
besar daripada normal. Haiwan mempunyai banyak kaki, ular mempunyai dua kepala, 3 katak
berkongsi satu badan akibat mutasi yang dibebaskan. Selain itu, radiasi yang dibebaskan boleh
mengakibatkan kemandulan kepada hidupan. Bayi yang dilahirkan tidak normal kerana radiasi
yang diterima oleh ibu yang mengandung. Akhir sekali kesan radiasi boleh mengakibatkan
kematian kepada hidupan dan ini merupakan satu kerugian bagi sesebuah negara.
Pencemaran air yang berlaku akan mengakibatkan air sungai atau laut menjadi tidak sihat
untuk hidupan akuatik. Hidupan akuatik juga tidak ketinggalan menerima kesan radiasi yang
dibebaskan.Kesan radiasi ini tersebar dengan cepat dan luas tidak kira air atau darat serta udara
sekalipun.
Kewangan bukanlah disebabkan oleh letupan radiasi atau mutasi sekalipun. Kewangan yang
ingin dibincangkan adalah kos awal untuk pembinaan sebuah stesen janakuasa nuklear. Kosnya
bagi membina sebuah stesen janakuasa nuklear teramat mahal dan mampu memcecah sehingga
40 billion USD. Jelas sekali bahawa akibat yang diterima daripada kesan buruk akibat letupan
nuklear ini amat menjejaskan kehidupan seluruh alam ini. Kebanyakan akibat yang berlaku
awalnya disebabka oleh kecuaian manusia itu sendiri. Teknologi nuklear ini mestilah
dikendalikan oleh orang – orang yang mempunyai kepakaran dalam teknologi ini. Sebarang
kecuaian yang berlaku akhirnya akan menyebabkan pelbagai masalah dan paling teruk adalah
14
kematian. Jadi, sekiranya teknologi nuklear mestilah dikendalikan oleh pakar – pakar yang
berilmu.
.http://www.scribd.com/document_downloads/direct/76567293?

Peristiwa atau lebih senang diketahui sebagai malapetaka Chernobyl jelas menunjukkan
mengenai keburukan teknologi nuklear sekiranya tidak dikawal dengan berhati – hati. Peristiwa
Chernobyl adalah sejarah terburuk dalam pembinaan stesen janakuasa nuklear.
Peristiwa ini berlaku pada tarikh April 1986 dan kesan radiasinya masih tersebar sehingga
sekarang.Chernobyl terletak di negara Ukraine yang ketika itu Ukraine dibawah penguasaan
Soviet Union.
Peristiwa ini telah membunuh 30 operator dan bomba dalam masa 3 bulan. Ini kerana
operator reaktor dan pegawai bomba antara orang yang terawal pergi ke stesen janakuasa
nuklear. 237 orang telah dikenalpasti menerima radiasi daripada letupan reaktor pada tapak
stesen janakuasa nuklear tersebut. 28 daripadanya mati dalam masa beberapa minggu. Lebih 90
kematian dicatatkan diantara tahun 1987 hingga 2004 akibat radiasi kerana radiasi yang
dibebaskan menyebabka kanser tyroid.
Bukan negara Ukraine sahaja yang menerima tempias radiasi. Tetapi negara Rusia dan
Belarus juga menimpa tempias daripada radiasi yang tersebar. Ini kerana, stesen janakuasa
nuklear ini terletak di Pripyat. Pripyat terletak berhampiran sempadan antara negara Rusia,
15
Ukraine dan Belarus. Stesen janakuasa nuklear terletak kira – kira 130 kilometer dari Kiev dan
kira – kira 20 km dari sempadan Belarus.
Kejadian letupan reaktor Chernobyl bermula apabila pegawai operasi memulakan rutin

penutupan. Reaktor ke – 4 Chernobyl memulakan rutin ini untuk mengenalpasti berapa lama
turbin reaktor akan berpusing dan membekalkan kuasa kepada pam utama berikutan kuasa
daripada turbin jatuh dengan mendadak. Maka, regulator yang baru dicipta telah diuji.
Keganjilan dalam reka bentuk rod kontrol telah menyebabkan kuasa tergerak dengan kuat
selepas rod control itu dipasang.
Interaksi antara bahan api yang sangat panas dan air sejuk telah menyebabkan pecahan dan
telah menghasil tekanan yang amat tinggi. Disebabkan tekanan yang terlebih, maka reaktor
Chernobyl ke – 4 telah meletup dan dari situ bermulalah penyebaran radiasi ke seluruh Pripyat
sehingga ke sempadan Belarus dan Russia.
Akhirnya, para saintis dan jurutera dan menjadikan peristiwa Chernobyl ini sebagai satu
pengajaran dalam pembangunan teknologi nuklear. Mereka telah menjalankan pelbagai
penyelidikan untuk mengenalpasti masalah dan cara mengelak daripada sesuatu buruk berlaku.
Kesimpulannya, setiap apa yang ingin diuji hendaklah diselidik dan didalami sedalam –
dalamnya kerana sebarang kecuaian yang berlaku boleh menyebabkan banyak perkara yang tidak
patut akan berlaku.
16
www.greenfacts.org/en/chernobyl
The International Chernobyl Project Technical Report, Assessment of Radiological
Consequences and Evaluation of Protective Measures, Report by an International Advisory
Committee, IAEA, 1991 (ISBN: 9201291914)
Teknologi Nuklear Di Malaysia
Pelan induk untuk mendirikan sebuah loji nuklear untuk menjana bekalan elektri di negara
ini sudah lama tersedia dan hanya menunggu kelulusan kerajaan saja untuk digerakkan, kata
seorang saintis nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Prof Emeritus Dato’ Dr Noramly Muslim, telah mendedahkan rancangan itu di satu
persidangan. Malaysia memerlukan loji kuasa nuklear ini untuk menambahkan bekalan elektrik
yang sedia ada. Bekalan elektrik yang sedia ada dijangka akan berkurangan kerana sumber yang
digunakan semakin hari semakin berkurangan. Ini kerana sumber yang digunakan adalah arang
batu, bahan api fossil yang dijangka berkurangan dan akan habis pada pertengahan abad ini.
Malaysia menjanakan kuasa elektrik daripada arang batu yang mana 100% diimport ke
Malaysia. Ini merupakan satu pembaziran kerana arang batu yang diimport adalah sangat mahal
dan memerlukan kuantiti yang amat banyak untuk menghasilkan kuasa elektrik. Selain itu,
Malaysia juga menghasilkan kuasa elektrik daripada bahan api fossil seperti petroleum dan
diesel. Bahan api ini dijangka akan habis pada tahun 2050.
17
Jadi, pembinaan sebuah loji kuasa nuklear diperlukan untuk menambah bekalan elektrik
dalam menambahkan tenaga elektrik yang semakin berkurang.
Sebenarnya teknologi nuklear ini telah dibangunkan sejak 20 tahun dahulu lagi. Namun
pembangunan teknologi nuklear masih lagi tidak melibatkan dalam bidang penjanaan kuasa
elektrik dan bidang pertahanan.
http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/458-blueprint-for-nuclear-power-plantlong-ready-nuclear-scientist.html
Teknologi Nuklear di Malaysia telahpun digunakan dalam beberapa bidang seperti
perubatan, perindustrian,pengawetan makanan dan pertanian.
Setakat ini, Malaysia telah melahirkan banyak saintis dan jurutera nuklear untuk
mengendalikan teknologi nuklear di Malaysia. Saintis dan jurutera nuklear ini telah mendapatkan
latihan di dalam dan di luar negara untuk membangun teknologi nuklear ini.
Dalam perubatan Nuklear Malaysia terus memberikan khidmat ujian kawalan mutu
mikrobiologi ke atas produk perubatan dan ujian biodosimetri. Kontrak ini telah diperolehi untuk
menjalankan ujian mikrobiologi berkala ke atas kemudahan siklotron di Hospital Putrajaya dan
Wijaya International Medical Centre, Petaling Jaya. Satu bengkel telah diadakan dengan bantuan
pakar dari IAEA (International Atom Energy Agency) untuk mempertingkatkan kemampuan
dalam bidang biodosimetri.
Kemudahan pengeluaran radiofarmaseutikal telah mendapat pengiktirafan GMP dan Biro
Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan proses pendaftaran semula profuk Generator Tc – 99m
sedang diusahakan supaya pembekalan berkala kepada perubatan dalam negara dapat diteruskan.
18
Nuklear Malaysia telah menganjurkan Bengkel Kajian Separuh Penggal Projek Siklotron dan
Radiofarmaseutikal PET di kalangan negara – negara FNCA. Kerjasama telah dijalankan dengan
Hospital Putrajaya dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menghasilkan radiofarmaseutikal
menggunakan kemudahan siklotron bagi memantau keberkesanan rawatan ke atas pesakit kanser.
Kerjasama juga terus dikekalkan dengan Syarikat Innobiologics dalam penghasilan antibody
monoklonal untuk pengesanan kanser usus.
Laporan Nuklear Malaysia 2007
Perubatan antara salah satu bidang yang diberi fokus kerana teknologi telah menyumbang
banyak sumbangan dalam bidang perubatan.
Apapun apabila sesebuah negara ingin membina sebuah loji kuasa nuklear, negara tersebut
hendaklah memberitahu keinginannya kepada IAEA. IAEA adalah agensi antarabangsa yang
bertanggungjawab dalam memantau dan mengawal teknologi nuklear ini. Malaysia pula
sekarang ini tengah menunggu giliran untuk memberitahu keinginannya kepada IAEA. Negara –
negara jiran seperti Thailand, Indonesia, dan Vietnam telah pun memberitahu hasrat mereka
untuk membina sebuah loji kuasa nuklear kepada IAEA.
Banyak universiti tempatan telah menjalankan pelbagai penyelidikan dalam teknologi
nuklear ini antaranya Universiti Teknologi Malaysia (UTM). UTM menyediakan Ijazah Sarjana
Muda Kejuruteraan Nuklear kepada orang ramai. Graduan – graduan yang dilahirkan daripada
ijazah ini akan terlibat dalam proses pembangunan teknologi nuklear. Selain UTM yang
menyediakan ijazah ini, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan Universiti Islam Antarabangsa
(UIA) juga telah mengikut langkah UTM dalam menyediakan proses pembelajaran mengenai
teknologi nuklear dalam peringkat Ijazah. Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga tidak
19
ketinggalan dalam menjalankan penyelidikan mengenai teknologi nuklear dan sumbangan
penyelidikan ini akan disumbangkan kepada pembangunan teknologi nuklear di Malaysia.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga turut tidak ketinggalan dalam mengendalikan
penyelidikan teknologi nuklear dengan mewujudkan Fakulti Sains Nuklear

Penyelidikan teknologi nuklear ini akan memberi manfaat kepada pembangunan negara.
Teknologi nuklear ini amat berguna dalam menempuhi masa hadapan yang makin mencabar.
20

Untuk mengelakkan daripada sesuatu keburukan terjadi, langkah – langkah keselamatan
hendaklah sentiasa diamalkan. Sekiranya, terdapat sebarang kecuaian, pasti akan mengundang
masalah besar walaupun hanyalah kecuaian yang kecil sahaja kerana teknologi nuklear ini
bukanlah perkara yang boleh dibuat sembrerono atau dalam terma mudahnya ‘try an error’.
Antara langkah – langkah keselamatan yang boleh diambil kira adalah dengan mereka
bentuk sebuah rektor yang mampu bertahan lebih dari 60 tahun untuk menjamin sesebuah
reaktor nuklear tersebut boleh berfungsi dengan baik dan selamat. Selain itu, gunakan natrium
sebagai penyejuk juga antara salah satu cara untuk mengelakkan ketidakcekapan therma dan
boleh natrium boleh meningkatkan kecekapan therma. Tambahan, gunakan neutron yang tinggi
peringkatnya dan laju untuk meningkatkan pembakara and mengurangkan jumlah bahan api yang
digunakan.
21
Dalam setiap rektor, kawalan rod amat penting bagi memastikan sesebuah reaktor. Ini
kerana, kawalan bagi sesebuah reaktor akan mengendalikan pelbagai operasi seperti penyejukan
untuk mengawal operasi dalam nuklear itu sendiri.
Di Malaysia, IAEA akan bertangungjawab memantau dan mengenalpasti setiap tindakan
yang dilakukan untuk mengelakkan sebarang kecuaian yang akan berlaku. Sistem Pengurusan
Energy Systems and Sustainability Power for a Sustainable Future Second Edition m/s 443
Nuclear Energy and Energy Policies One of a Three-volume Set of Lecture Notes m/s 482
Laporan Nuklear Malaysia 2007
Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE – MS) telah direka untuk mengenalpasti bahaya
dan mengauditkan peralatan keselamatan. Nuklear Malaysia juga telah memasang kamera litar
tertutup untuk mengenalpasti aktiviti – aktiviti yang berlaku selama 24 jam. Akhir sekali adalah
memperkenalkan teknologi Rad Eye. Rad Eye ini dipasang di hadapan semua pinta masuk
nuklear Malaysia untuk mengesan radiasi yang keluar masuk dari Nuklear Malaysia supaya
radiasi ini dapat dielakkan.
Kesimpulannya, tenaga nuklear ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuat main kerana
sebarang kecuaian akan mengakibatkan perkara buruk berlaku. Langkah – langkah keselamatan
hendahlah dilakukan untuk mengelak perkara buruk yang akan berlaku.
22
Laporan Nuklear Malaysia 2007
Kesimpulan
Kesimpulannya, teknologi nuklear ini amat berguna kepada alam semesta. Setiap apa yang
berlaku sekarang ini dapat dikenalpasti dengan adanya teknologi nuklear ini. Setiap apa yang
diciptakan oleh Allah SWT mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan termasuk teknologi
nuklear ini. Namun yang demikian, teknologi ini hendaklah dikendalikan dengan berhati – hati
kerana kesan yang akan diterima adalah teramat buruk. Justeru, teknologi mestilah dikendalikan
oleh ahli – ahli pakar yang berilmu kerana tanpa ilmu teknologi ini tidak akan dapat dibangunkan
dan akhirnya keburukan pula akan diterima.
Pandangan saya mengenai teknologi nuklear ini amat berguna kepada pembangunan negara
Malaysia. Sekiranya teknologi nuklear ini diabaikan oleh negara pastinya Malaysia akan
ketinggalan dalam serba serbi perkara yang ada pada masa hadapan.
23
Dalam pandangan hidup Islam, terdapat satu prinsip penting yang menyatakan bahawa
“ditegah untuk membuat sesuatu usaha melainkan setelah mengenal syarat – syaratnya”. Bagi
menjelaskan lagi perkara ini Dr. Mohd Sani Badron dalam kertas kerja beliau bertajuk
“Kewajipan Menguasai Sains: Fardhu Ayn-kah atau Fardhu Kifayah?” menyebut bahawa “satu
contoh yang pernah dikemukan oleh Al – Khawirizmi dalam Mubid Al – Humum Wa Mufid
Al-‘Ulum, ialah dicegah menjalankan perniagaan melainkan sesudah mempelajari kaifiat dan
syarat – syarat mu’amalat bagi seseorang peniaga”
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8146-tenaga-nuklear-sebagai-penjana-tenagaelektrik-negara
Saidina Umar pula telah melaksanakan hal yang sama apabila dilarang menjalankan
perniagaan selagi tidak memahami perniagaan berlandaskan Islam supaya amalan riba’ itu dapat
Akhir sekali, sekiranya sesebuah teknologi itu ingin dijalankan dan dibangunkan. Proses
penyelidikan hendaklah dimulakan terlebih awal dahulu untuk mempelajari kebaikan dan
keburukan sesuatu perkara itu. Ini kerana, sekiranya sesuatu perkara itu telah difahami, barulah
kita akan faham mengenai sesuatu perkara dan keburukannya dapat kita cegah.
24

Internet
1. http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8146-tenaga-nuklear-sebagai-penjanatenaga-elektrik-negara
2. http://www.ukm.my/news/index.php/ms/berita-penyelidikan/458-blueprint-for-nuclearpower-plant-long-ready-nuclear-scientist.html
3. www.greenfacts.org/en/chernobyl
4. http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/6837-asas-tenaga-nuklear-disebutdalam-al-quran
25
5. http://www.scribd.com/document_downloads/direct/76567293?
extension=pptx&ft=1408375632<=1408379242&user_id=31253639&uahk=9ta4yNDt
6ax+iGQeIXCTsVR/8Lc
Rujukan ilmiah
1. Kamus Dewan ke – 4
2. Laporan Nuklear Malaysia 2007
3. The International Chernobyl Project Technical Report, Assessment of Radiological
Consequences and Evaluation of Protective Measures, Report by an International
Advisory Committee, IAEA, 1991 (ISBN: 9201291914)
4. Mudah Faham Melalui Peta Visual dan Diagram Kimia
Panel Penulis : Hafiz Ahmad dan Yap Chee Mun.
5. Energy Systems and Sustainability Power for a Sustainable Future Second Edition.
Diedit oleh Bob Everet, Godfrey Boyle, Stephen Peake and Janet Ramage.
6. Nuclear Energy and Energy Policies One of a Three-volume Set of Lecture Notes.
Diedit oleh S. S. Pener.
26