Sejarah tahun 4

  BAHAGIAN A ( 60 MARKAH )

Kertas soalan ini mengandungi pilihan A, B, C dan D. pilih jawapan yang PALING

TEPAT. Kemudian hitamkan jawapan anda pada kertas objektif yang disediakan.

  1. Maksud sejarah yang paling tepat ialah A Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau B Sejarah ialah peristiwa yang akan berlaku C Sejarah ialah cerita dongeng yang berlaku pada waktu lampau D Sejarah ialah cerita yang menarik untuk dibaca

  2. Sumber pertama boleh didapati dalam bentuk A Buku B Ucapan C Akhbar D Batu bersurat

  3. Muzium berperanan sebagai A Tempat bersiar-siar sambil membeli barang purba B Tempat menyimpan dan memelihara bahan-bahan bersejarah C Tempat orang ramai berkumpul dan menjual barang-barang bersejarah D Tempat untuk orang ramai mendapatkan maklumat tentang suatu tempat

  4. Senaraikan kaedah mencari maklumat sejarah i kaedah teka teki ii kaedah lisan iii kaedah bertulis iv kaedah arkeologi A i ii dan iv B i iii dan iv C ii iii dan iv D semua di atas 5. Manakah yang paling tepat bagi penyataan di bawah.

  A Kajian daripada sumber bertulis atau bercetak B Temu bual C Kajian terhadap tinggalan purba D Kajian tunggu dan lihat

  6. Apakah yang dimaksudkan dengan kronologi ? A Susunan nombor B Susunan sifir C Susunan huruf D Urutan masa

  7. Mengapakah tarikh 31 Ogos 1957 dianggap bermakna bagi kita rakyat Malaysia?

  KAEDAH ARKEOLOGI A Pilihan raya umum diadakan. B Melambangkan perpaduan negara. C Negara bebas daripada penjajahan. D Tentera jepun telah mengundur diri.

  8. Berikan perbezaan abad dan alaf.

  A Tempoh alaf lebih lama daripada abad B Tempoh alaf mengambil masa 10 tahun C Abad mengambil masa 1000 tahun D abad dan alaf mempunyai persamaan dan tiada perbezaan

  9. Berikan kebaikan mempelajari sejarah kecuali A kepentingan mengekalkan perpaduan kaum B Dapat menimbulkan menimbulkan rasa patriotisma dalam kalangan masyarakat C Mengambilkan iktibar daripada masa lalu D Menambah matapelajaran lain dalam kelas

   Tungku Abdul Rahman

  10. Tokoh-tokoh di atas sangat berjasa kepada negara kerana ? A Membangunkan ekonomi negara B Menyatupadukan pelbagai kaum di Malaysia C Membentuk parti perikatan untuk pilihan raya D Berbincang dengan Brtitish untuk kemerdekaan

  11.Apakah maksud sijil lahir ? A Sijil lahir yang mengandungi keterangan mengenai butir-butir kelahiran.

  B Sijil yang dikeluarkan untuk pembaziran C Sijil yang mengandungi maklumat sekolah D Sijil penghargaan kepada individu

  12.Apakah maksud biodata diri? A Pengenalan diri seseorang.

  B Dokumen berkaitan orang lain. C Keterangan tentang diri dan keluarga. D Profil yang mengandungi maklumat tentang diri kita.

  13.Apakah pengertian keluarga asas ?

  A Keluarga asas terdiri daripada ibu dan bapa B Keluarga asas daripada ibu bapa dan anak-anak C Keluarga asas terdiri daripada datuk nenek ibu dan bapa D Keluarga asas terdiri daripada datuk nenek ibu bapa dan anak-anak

  14.Apakah nama panggilan bagi bapa dalam masyarakat Iban ? A Adi B Indai C Apai D Aka 15.Masyarakat India memanggil abang dengan panggilan ….

  A Akka B Annan C Amma D Appa

  16.Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui ______________, perkahwinan dan pengambilan anak angkat.

  A perceraian B kenalan rapat C pertalian darah D hubungan silaturahim

  17.Apakah adab ketika makan ? A Bersalam B Tunduk C Berdoa D Bertanya khabar

  18.Bagaimanakah kita menunjukkan rasa hormat kepada ahli keluarga? A Menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam keluarga

  B Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka C Mengambil barang kepunyaan keluarga sesuka hati D Tidak mahu mendengar nasihat daripada ahli keluarga

  19.Apakah yang dimaksudkan dengan visi? A Sesuatu yang hendak dicapai.

  B Lambang kebanggaan sekolah. C Wawasan atau berpandangan jauh. D Langkah untuk mencapai kejayaan.

  20.Antara berikut, manakah menunjukkan sikap murid yang bertanggungjawab?

  I Mematuhi disiplin sekolah

   II Bermain semasa guru sedang mengajar

   III Membuang sampah di kawasan sekolah

   IV Menggunakan kemudahan sekolah dengan baik

  A I dan II C I dan III

  21.Nyatakan kepentingan infrastruktur organisasi sekolah.

  A Menambahkan beban guru sekolah B Bertanggungjawab memastikan sekolah berada dalam keadaan terurus C Memudahkan kerja murid D Mengelakkan histeria dalam kalangan murid

  22.Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Air Batu? A Zaman ketika bumi ditimpa hujan berterusan B Zaman ketika permukaan bumi dilitupi oleh air batu C Zaman ketika bumi dilanda kemarau yang panjang D Zaman gelap di mana cahaya matahari tidak dapat menembusi bumi

  23.Bagaimanakah Pasir Salak mendapat nama ? A Daripada JWW Birch ketika mandi B Dari pasir di tepi sungai Perak yang dipenuhi kulit buah salak C Melayu yang menentang penjajah British yang memandai yang mengutip cukai mengikut peraturan mereka D Daripada buku teks sejarah tahun 4 24.Namakan salah satu rumah tradisional Melayu di Perak.

  A Rumah Minangkabau B Rumah panjang C Rumah Kutai D Rumah Melaka

  25.Bilakah JWW Birch dibunuh ? A Ketika makan dengan pembesar-pembesar negeri Perak B Ketika mandikan anaknya di negeri Perak C Ketika mandi di sungai Perak D Ketika berjumpa dengan dato’ Maharajalela

  26.Mengapakah tempat bersejarah perlu dikekalkan ? A Untuk mendapat duit dari tempat-tempat tersebut B Bukti kukuh tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku pada generasi yang akan datang.

  C Untuk memberi peluang pekerjaan terhadap penduduk. D Supaya tanah-tanah di Malaysia digunakan dengan sepenuhnya.

  27.Pada pendapat anda mengapakah kita perlu menjaga kemudahan awam di tempat kita ? A Kerana saya tidak menggunakan kemudahan awam. B Kerana kita perlu membayar jika hendak menggunakanya. C Supaya dapat berfungsi dengan baik. D Kerana saya tidak suka menggunakan yang berada di rumah saya.

  28.Berikan maksud cogan kata ? A Sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang berbeza daripada yang lain B Ungkapan ringkas yang menjadi pegangan bersama. C Wawasan atau pandangan jauh. D Langkah untuk mencapai visi.

  29.Berikan maksud identiti.

  A Sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada seseorang atau sesuatu yang berbeza daripada orang lain B Ungkapan ringkas yang menjadi pegangan bersama. C Wawasan atau pandangan jauh. D Langkah untuk mencapai visi.

  30. Apakah tema kemerdekaan Malaysia bagi tahun 2015 ? A Malaysiaku Maju Wawasan 2020 B Merdeka Raya C #sehatisejiwa D Malaysia Tumpah Darahku

  BAHAGIAN B ( 40 MARKAH )

Jawab semua keempat-empat soalan. Jawapan hendaklah ditulis pada ruang

jawapan yang telah disediakan.

  Soalan 1. Isi tempat kosong dengan nama sejarawan yang mengemukakan pengertian sejarah.

  Herodatus Ibn Khaldun Muhd Yusuf Ibrahim

  Syajaratun Secara Umum 1. ________________________ menyatakan sejarah ialah catatan atau rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku kepada masa lalu.

  2. ________________________ menyatakan sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukanya. 3. ________________________ menyatakan sejarah ialah perbicaraan tentang masyarakat manusia atau peradapan manusia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat masyarakat itu. 4. ________________________ menyatakan sejarah ialah penyelidikan tentang perkara yang telah berlaku. 5. ________________________ menyatakan sejarah ialah pohon atau pokok, salsilah, riwayat, keturunan da nasal-usul.

  10 Markah

  

Soalan 2. Lengkapkan rajah di bawah dengan jawapan yang betul dengan pilihan

jawapan yang tepat. 10 Markah.

  Sumber primer diari Risalah dan majalah Surat khabar Sumber sekunder buku Bahan yang belum diolah dan dicetak peta Bahan yang telah diolah dan dicetak

  Batu bersurat

  Definisi sumber pertama Definisi sumber kedua

  Contoh sumber pertama Contoh sumber kedua

  

Soalan 3. Padankan Istilah atau Konsep masa di bawah dengan pernyataan yang

berikut

  1.) Kronologi Jangka masa yang mempunyai ciri -ciri istimewa 2.) Zaman 1000 tahun 3.) Dekad susunan peristiwa atau kejadian 4.) Abad 10 tahun 5.) Alaf 100 tahun

  10 Markah