Nota Modul 3 Keimunan

KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA SAINS DAN MATEMATIK BERSEPADU UNTUK PROGRAM APLIKASI VOKASIONAL KOLEJ VOKASIONAL SEMESTER

4 NO DAN TAJUK

  3.0 Keimunan MODUL

  3.1 Menyatakan fungsi sistem peredaran darah selain daripada pengangkutan.

  3.2 Mengenal pasti tiga barisan mekanisme pertahanan badan.

  3.3 Menghuraikan proses fagositosis.

OBJEKTIF MODUL

  3.4 Menyatakan maksud antigen dan antibodi /MODULE

  3.5 Menyatakan maksud keimunan dan OBJECTIVES pengimunan.

  3.6 Menghubungkaitkan antara antigen dan antibodi dengan keimunan.

  3.7 Menamakan dan memberi contoh pelbagai jenis keimunan.

  Muka: 1 Drp: 6 NO KOD / CODE NO MASA NAMA PELAJAR KURSUS NO. KAD PENGENALAN TARIKH

  

3.1 Menyatakan fungsi sistem peredaran darah selain daripada

pengangkutan.

  Fungsi dari sistem peredaran darah dibagi menjadi dua bagian. Ia memberikan nutrisi ke sel-sel tubuh melalui darah, yang diangkut oleh jantung dan dibawa ke jaringan dan sel melalui pembuluh darah.

  Ini adalah fungsi system peredaran darah sebagai agen pengangkutan. Fungsi lain system peredaran dilakukan oleh limfatik dan sistem kekebalan tubuh. Sistem limfatik membantu mengatur komposisi cairan tubuh, sedangkan sistem kekebalan tubuh juga membantu untuk membersihkan tubuh dari organisme asing seperti bakteria.

  3.2 Mengenal pasti tiga barisan mekanisme pertahanan badan.

  Mekanisme pertahanan badan (the body’s defence mechanism) melindungi badan daripada jangkitan penyakit melalui tiga jenis pertahanan (three lines of defence system):

  

1. Barisan pertahanan pertama (first line of defence) – kulit dan membran

mukus (skin & mucous membrane).

  Kulit luar dan membran mukus (membran yang melapisi salur pencernaan dan salur pernafasan). Kulit mengandungi berjuta- juta mikroorganisma berguna yang boleh merencat pembiakan patogen. Peluh dan sebum di kulit mengandungi bahan kimia yang boleh memusnahkan beberapa jenis bakteria. Mikroorganisma yang masuk ke salur pencernaan dimusnahkan oleh asid dan enzim yang dirembeskan di perut. Mikroorganisma yang masuk ke salur pernafasan ditapis oleh bulu hidung atau mukus.

  

2. Barisan pertahanan kedua (second line of defence) – fagosit

(phagocytes).

  Fagositosis (jika benteng pertahanan pertama telah berjaya dicerobohi). Patogen dikepung oleh fagosit (sel darah putih). Sel darah putih mengandungi neutrofil dan monosit. Neutrofil menelan patogen dengan melingkunginya.

  Monosit bertukar menjadi makrofaj (sel fagosit yang terbesar) dan memakan patogen.

3. Barisan pertahanan ketiga (third line of defence) – limfosit (lymphocytes).

  Memerlukan beberapa hari untuk diaktifkan. Dikenali sebagai keimunan. Patogen tertentu diserang secara khusus oleh limfosit atau antibodi yang dihasilkan oleh limfosit.

  Antibodi ialah molekul protein yang dihasilkan secara semula jadi oleh organisma untuk melawan antigen.

  3.3 Menghuraikan proses fagositosis.

  Fagositosis adalah proses yang digunakan oleh sel untuk menelan dan kemudian mencerna partikel nutrisi atau bakteri. Proses ini adalah bagian yang sangat penting dari fungsi sel, sehingga sel-sel untuk mengambil nutrisi penting dan memungkinkan tubuh untuk melindungi diri dari bakteri berbahaya. Sebuah sel yang mengkhususkan diri dalam proses ini dikenal sebagai fagosit. Ini adalah salah satu di antara keluarga proses kolektif mengacu pada istilah selimut “endositosis,” yang mengacu pada setiap jenis konsumsi material oleh sel. Sebaliknya adalah eksositosis, pengusiran bahan yang tidak diinginkan dari sel.

  3.4 Menyatakan maksud antigen dan antibodi

  Antigen adalah sebuah zat yang merangsang respon imun, terutama dalam menghasilkan antibodi. Antigen biasanya berupa protein atau polisakarida, tetapi dapat juga berupa molekul lainnya, termasuk molekul kecil (hapten) yang bergabung dengan protein-pembawa atau carrier. Antibodi adalah suatu protein yang mengandung rantai oligosakarida yang mengikat glikan dengan ikatan kovalen pada rantai polipeptida bagian samping. Struktur ini memainkan beberapa peran penting di antaranya dalam proses proteksi imunologis, pembekuan darah, pengenalan sel-sel, serta interaksi dengan bahan kimia lain yang memiliki struktur tertentu yang disekresi dari pencerap limfosit-B yang telah teraktivasi menjadi sel plasma, sebagai respon dari antigen tertentu dan reaktif terhadap antigen tersebut.

3.5 Menyatakan maksud keimunan dan pengimunan.

  

Keimunan adalah suatu sistem pertahanan perumah berfungsi mempertahankan

diri daripada antigen seperti bakteria, virus, fungus dan parasit.

  Sebahagian besarnya terdiri daripada nodus limfa, timus, limpa dan saluran limpatik Ia merupakan sistem pertahanan tubuh kita

  a) Fungsi asanya ialah:

  b) Untuk melawan jangkitan

  c) Untuk melindungi tubuh daripada serangan virus dan bakteria, bahan cemar dan penyakit d) Untuk memperbaharui organ dan tisu yang rosak serta mengembalikan Fungisnya

  

Pengimunan ialah proses memperoleh keimunan dengan cara buatan bagi

melindungi seseorang daripada dijangkiti penyakit tertentu.

  Suntikan serum yang mengandungi antibodi perlu diberi dari semasa ke semasa untuk membantu pesakit melawan sejenis penyakit. Pengimunan atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘immunisation’ adalah satu proses di mana seseorang itu dilindungkan atau dilalikan dari sesuatu penyakit berjangkit. Ini biasa dilakukan dengan cara menyuntik kuman yang sama (yang diproses) kepada seseorang itu. Ada kalanya kuman itu diberikan dengan cara dimakan seperti pelalian polio. Pengimunan dapat membentuk ketahanan tubuh badan seseorang untuk mengelakkan penyakit. Jika dia menghidap penyakit itu, kesannya tidaklah sebegitu berat. Penyakit berjangkit adalah penyebab utama berlakunya kecacatan dan kematian dalam kalangan kanak-kanak. Imunisasi adalah cara yang efektif dalam mencegah dan mengurangkan penyakit ini. Semua kanak-kanak berhak mendapat imunisasi yang lengkap. Oleh itu, adalah penting untuk anggota kesihatan melengkapkan diri dengan pengetahuan terbaru mengenai perkembangan tentang imunisasi.

  3.6 Menghubungkaitkan antara antigen dan antibodi dengan keimunan.

  Antigen ialah molekul yang meransang gerak balas bagi menghasilkan antibody untuk memperolehi keimunan. Antigen ialah patogen atau toksin yang dihasilkan oleh bakteria, ular, lipan dan sebagainya. Merupakan benteng pertahanan ketiga. Dikenali sebagai keimunan.Patogen tertentu diserang secara khusus oleh limfosit atau antibodi yang dihasilkan oleh limfosit. Antibodi ialah molekul protein yang dihasilkan secara semula jadi oleh organisma untuk melawan antigen.

  3.7 Menamakan dan memberi contoh pelbagai jenis keimunan.

  Terdapat 4 jenis keimunan: 1) Keimunan aktif semulajadi 2) Keimunan pasif semulajadi 3) Keimunan aktif buatan 4) Keimunan pasif buatan

  Keimunan aktif semulajadi - Keimunan terhadap sesuatu penyakit selepas mendapat penyakit tersebut. Keimunan pasif semulajadi

  • - Keimunan yang diperoleh oleh anak apabila antibodi daripada susu ibu

    atau daripada darah ibu merentas dinding plasenta ke dalam darah anak. Keimunan aktif buatan
  • Terhasil apabila vaksin antigen yang mati atau yang dilemahkan dimasukkan ke dalam badan dan sistem imun bergerak balas dengan menghasilkan antibodi.

  Keimunan pasif buatan

  • Terhasil apabila antibodi daripada individu yang imun disuntik ke dalam pesakit dan antibodi itu melawan patogen tanpa mengganggu sistem keimunan pesakit tersebut.

  Keimunan pasif buatan

  Setiap individu mempunyai antibodi yang berbeza. Contohnya, apabila seseorang individu pernah diserang campak, maka dia telah mempunyai antibodi untuk melawan campak. Antibodi ini boleh disuntik ke atas individu lain yang tidak mempunyai antibodi melawan campak. Antibodi yang baru ini tidak akan mengganggu fungsi antibodi lain yang memang sedia ada pada individu itu. Jadi, individu tersebut tidak akan diserang campak dan antibodinya yang asal masih berfungsi dengan baik.