SEMANTIK Nota PENGGAL 3

Bahasa Melayu STPM Kertas 3 (910/3)

Nota
PENGGAL
3

SEMANTIK

1. PENGENALAN
 Perkataan semantik berasal daripada kata Yunani, sema = “tanda” atau
“lambang”.
2. DEFINISI SEMANTIK
 Semantik = bidang ilmu yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa.
 Kajian semantik meneliti makna yang terdapat pada morfem, kata, frasa dan ayat
dalam sesuatu bahasa.
3. KONSEP (MAKNA), PERKATAAN DAN RUJUKAN
 Makna, menurut kamus lazimnya didefinisikan sebagai erti atau maksud.
 Makna perlu bergantung kepada konteks penggunaannya untuk mengelakkan
kekaburan makna.
Contoh:
Perkataan pokok, biasanya bermaksud “pohon”, tetapi dalam

konteks lain boleh bermaksud modal dan dasar.

 Konsep dan makna perkataan dianalisis berdasarkan tiga komponen:
 Kata – dalam bentuk bunyi atau tulisan
 Konsep atau makna – bentuk abstrak yang tercipta dalam fikiran
 Rujukan – benda konkrit yang dirujuk
 Terdapat hubungan antara kata dengan makna kata.
Konsep / Makna (referens)

1 - Semantik

Kata / Leksem

Rujukan (Benda yang dirujuk)

 Lazimnya apabila seseorang menyebut ayam (kata), secara psikologi dan serta-merta
akan tergambar binatang itu dalam fikirannya (konsep atau makna), dan binatang itu
iaitu ayam secara konkrit (rujukan).
 Makna sangat subjektif dan arbitrari sifatnya:
 Bersifat tidak tetap, tidak berasaskan pertimbangan tertentu, serta

sewenang-wenang
 Boleh berubah berdasarkan faktor-faktor konteks, budaya, tabu (larangan),
perkembangan bahasa itu sendiri, dan sebagainya.
 Makna mempunyai medan makna, iaitu lingkungan makna bagi sesuatu
perkataan, atau persekitaran bagi sesuatu benda.

Perkataan

Medan/Lingkungan maknanya
• pengajar • pensyarah • Naib Canselor • kuliah • buku •
Universiti
kampus • akta
Perpustakaan • buku • akhbar • buletin • rak buku • majalah
Jalan raya
• lampu isyarat • selekoh • papan tanda

3. PERUBAHAN MAKNA
 Makna perkataan boleh berubah kerana bahasa Melayu bersifat dinamik.
 Perubahan makna terjadi kerana sebab-sebab linguistik, sejarah, sosial, psikologi,
pengaruh luar, keperluan kepada perkataan baharu atau perkembangan dalam

bahasa, dan sebagainya.
Contoh:
Perkataan tangan, asalnya ialah “anggota badan”, tetapi maknanya
berubah apabila digandingkan dengan imbuhan, seperti menangani,
yang bermaksud “mengendalikan” atau “menyelesaikan”.

 Makna boleh berubah menjadi luas atau sempit.
(a) Peluasan Makna
 Peluasan makna dikaitkan dengan penambahan makna bagi sesuatu
perkataan.
Perkataan

2 - Semantik

(b)

Makna asal

Taman


Kebun bunga atau taman
bunga

Datuk

Bapa kepada ayah atau ibu

Tuan

Panggilan kepada orang
Eropah, Arab, dan guru
agama

Penambahan makna
1. Kawasan perumahan
2. Kawasan perindustrian
3. Kawasan alam semula jadi =
taman negara
1. Kurniaan
raja

kepada
seseorang
1. Ketua jabatan
2. Penerima surat rasmi
3. Dif jemputan

Penyempitan Makna
 Penyempitan makna dikaitkan dengan:
 perkataan yang asalnya mempunyai makna yang luas berubah menjadi
terbatas
 perkataan yang asalnya mempunyai makna yang umum berubah
menjadi lebih khusus
 Kebanyakan istilah pinjaman disempitkan maknanya dalam bahasa Melayu.
Perkataan
1. Daging
2. Kitab
3. Ustaz

Makna asal
Isi pada manusia atau

binatang
Semua jenis buku
Semua kategori guru/ cikgu

Pengurangan makna
Merujuk kepada daging lembu
sahaja.
Buku agama.
Guru agama sahaja

4. JENIS MAKNA
(a) Makna Leksikal
 Makna leksikal = makna yang nyata bagi sesuatu perkataan, iaitu makna
perkataan itu sendiri.
Contoh:
Buaya = sejenis binatang buas di dalam air, dan boleh juga di
darat. Contohnya dalam ayat: Buaya di sungai itu belum
ditangkap.

(b) Makna Gramatikal

 Makna gramatikal ialah makna yang terhasil daripada proses
gramatikal (pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan), termasuk kata
tugas.
Contoh:

• berasap (pengimbuhan) = mengeluarkan asap
• sekolah-sekolah (penggandaan) = banyak sekolah
 kerusi malas (pemajmukan) = kerusi yang boleh dilunjurkan

(c) Makna Denotatif
 Makna denotatif dikenali juga sebagai makna kamus, makna dasar, makna asli,
makna kognitif, makna rujukan, makna konseptual, dan makna ideasional.
 Maksud makna-makna tersebut ialah makna yang sebenar, yang bersifat
tersurat, atau tiada maksud lain di sebaliknya.
Contoh:
 Perkataan cantik bermaksud “lawa”, sebagaimana yang wujud atau
kelihatan pada mata orang yang memandang.
 Ibu ayam bermaksud “ibu kepada ayam”

(d) Makna Konotatif

 Makna konotatif ialah makna yang bersifat tersirat.
 Makna ini makna tambahan, iaitu makna lain selain yang tersurat.
 Makna ini merujuk kepada konteks penggunaan.

3 - Semantik

Contoh:

 Perkataan cantik dalam ayat “Banyak cantik kerja kamu!” tidak
bermaksud “lawa” atau “indah”, tetapi “teruk”, “tidak tersusun”,
atau seumpamanya. Ujaran itu satu perlian, atau memulangkan
paku buah keras kerana sesuatu hal yang sebelumnya.
 Ibu ayam (simpulan bahasa) bermaksud “perempuan yang
memperdagangkan perempuan (menjadikannya pelacur)”.

 Makna jenis ini juga dikaitkan dengan “nilai rasa”.
Contoh:
 Antara perkataan perempuan dengan wanita, mempunyai
makna leksikal yang sama, iaitu “orang dewasa yang bukan lelaki”.
Namun, dari makna konotatif, wanita membawa nilai rasa yang

lebih tinggi atau positif, berbanding dengan perempuan yang
boleh membawa nilai rasa agak negatif bagi konteks tertentu.

5. PERKAITAN MAKNA
 Dari segi leksikal (perkataan), perkaitan makna lazimnya dilihat dari aspek-aspek
berikut:
5.1 Sinonim
 Perkataan yang mempunyai makna yang hampir sama atau lebih kurang sama
dengan perkataan lain.
 ayah = bapa
 cantik = indah, lawa, ayu
 dekat = hampir, nyaris

 Dalam situasi tertentu, ada perkataan yang tidak dapat digunakan secara
bertukar ganti, kerana akan membawa makna yang tidak tepat.
Contoh:
 Aliah cantik tidak boleh dikatakan Aliah indah
 pemandangan cantik sama dengan pemandangan indah
 dekat dengan pasar sesuai dengan hampir dengan pasar, tetapi
tidak boleh dikatakan nyaris dengan pasar


5.2 Antonim
 Antonim merujuk kepada perkataan yang berlawanan makna atau yang
sebaliknya.
 Kata berantonim lazimnya bersifat dua hala, iaitu boleh bertukar kedudukan.
Contoh:
 besar – kecil
 lelaki – perempuan
 miskin – kaya

 kecil – besar
 perempuan – lelaki
 kaya – miskin

4 - Semantik

5.3 Hiponim
 Hiponim merujuk kepada perkataan yang mempunyai lingkungan
dalam struktur makna.
 Makna sesuatu ungkapan dianggap sebagai sebahagian daripada makna

suatu ungkapan yang lain.
 Secara mudah, hiponim = jenis bagi sesuatu.
Contoh:
Perkataan lori, motosikal, basikal, bas, kereta, kereta api, dan sebagainya
berhiponim dengan kenderaan, kerana semuanya jenis kenderaan.

kenderaan

lori

motosikal

basikal

bas

kereta kereta api kapal terbang

 Kata berhiponim bersifat satu arah – lori berhiponim dengan kenderaan, tetapi
kenderaan tidak berhiponim dengan lori. Sebabnya, lori hanya sebahagian daripada
makna kenderaan, kerana lori bukan satu-satunya jenis kenderaan
5.4 Homonim
 Homonim merujuk kepada perkataan yang memiliki bentuk ejaan dan
bunyi (sebutan/lafaz) yang sama tetapi maksudnya sangat berbeza.
 Kata homonim banyak makna, tetapi antara makna tidak mempunyai
perkaitan sama sekali.
 Dalam kamus, perkataan berhomonim dimasukkan dalam entri yang berbeza.
Contoh:
 pasang I = jodoh atau kelamin
 pasang II = naik atau menjadi bertambah (air laut)
 pasang III = disiapkan atau dibina dengan mencantumkan
bahagian yang disediakan

 Bentuk ini mempunyai subbentuk, iaitu homograf dan homofon.
(a) Homograf
 Bentuk homograf merujuk kepada perkataan-perkataan yang sama
bentuk ejaan, tetapi berbeza bunyi (lafaz/sebutan) dan makna.
(Homo = sama, graf = tulisan/ejaan).
Ejaan
Perkataan
Perang
Semak
Selak

Bunyi/
Sebutan
[ peraη ]
[ pǝraη ]
[ semak ]
[ sǝmak ]
[ selak ]
[ sǝlak ]

Makna
Warna
Pertempuran
Periksa
Belukar
Buka
Kunci

5 - Semantik

(b) Homofon = Homofon ialah perkataan yang mempunyai bentuk sebutan
(bunyi/lafaz) yang sama, tetapi ejaan dan maknanya berbeza. (Homo
= sama, fon = bunyi/sebutan).
Ejaan
Perkataan
Tuntun
Tonton
Bank
Bang
Duet
Duit

Bunyi/
Sebutan
[ tonton ]
[ bang ]
[ duwet ]

Makna
Tolak/heret
Lihat
Institusi kewangan
Azan
Nyanyi berpasangan
Wang

5.5 Polisemi (Polisem)
 Polisemi = perkataan yang memiliki ejaan dan bunyi yang sama dan
mempunyai banyak makna.
 Makna-maknanya mempunyai perbezaan yang kecil dan masih
menunjukkan perkaitan rapat antara satu sama lain dalam sesuatu aspek
tertentu.
 Dalam kamus, semua makna dimasukkan dalam satu entri sahaja.
Contoh:
 berat = 1. Timbangan, 2. Teruk/kuat, 3. Sungguh-sungguh
 habis = 1. Tiada yang tinggal, 2. Selesai, 3. Selepas/sesuah
 nafkah = 1. Wang untuk hidup, 2. Makanan, 3. Perbelanjaan

5.5 Mironim
 Mironim dirujukkan kepada perkataan-perkataan yang menjadi
bahagian atau konstituen bagi sesuatu.
 Bentuk ini kelihatan seperti kolokasi dan hiponim, tetapi kedua-duanya hanya
bersifat perkaitan, berbanding dengan mironim yang menjadi anggota atau
ahli binaan bagi sesuatu benda.
 Kesimpulannya, mironim = bahagian, konstituen atau anggota bagi
binaan sesuatu.
Contoh:

6 - Semantik

 Mata, hidung, mulut, dahi  mironim bagi muka
 Dinding, lantai, tiang, tingkap  mironim bagi rumah
 Dahan, daun, batang, ranting  mironim bagi pokok