ULASAN TAJUK TERMOKIMIA DAN ELEKTROKIMIA

ULASAN TAJUK TERMOKIMIA DAN ELEKTROKIMIA SCE3109
Dalam semester lima ini saya telah mengikuti kursus modul SCE3109 . Banyak
perkara yang telah saya pelajari. Saya telah mendapat pertambahan ilmu
pengetahuan dari kelas teori dan kelas amali yang dilaksanakan. Pendedahan
Ilmu pengetahuan tajuk Termokimia yang telah diajarkan oleh Dr. Tay memberi
ruang untuk saya mengingati semula apa yang telah dipelajari semasa di
sekolah menengah .Selain itu , saya juga menambahkan ilmu baru yang amat
berguna hasil dari pembelajaran ini.
Isi Kandungan Termokimia sangat luas meliputi tajuk perubahan tenaga ,
pemindahan tenaga , Hukum pertama Termodinamik, kalorimetri, Entalpi, Haba
tindak balas, haba pembentukan

dan Hukum Hess . Secara umumnya

kandungan isi pembelajaran termokimia dan elektrokimia ini ada di dedahkan
diperingkat sains sekolah rendah dan menengah. Pada peringkat sekolah rendah
sedikit sebanyak isi pembelajaran entang entalpi dan haba tindak balas ada di
dedahkan dalam huraian sukatan pelajaran sains darjah lima di bawah tema
menyiasat Alam Bahan merujuk tajuk Haba . Di dalam tajuk ini , objektif
pengajaran guru 4.1 ialah murid dapat memahami suhu adalah penunjuk darjah
kepanasan dan hasil pembelajaran murid ialah murid dapat menyatakan bahan

menjadi panas apabila haba dibekalkan dan murid dapat menyatakan bahan
menjadi sejuk apabila kehilangan haba . Tajuk ini adalah berkatan dengan apa
yeng telah saya pelajari semasa di kelas amali dan interaksi iaitu tentang entalpi
merujuk kepada tindak balas endotermik dan eksotermik . Aktiviti pengajaran
yang paling sesuai ialah melakukan eksperimen memanaskan air selama tiga
minit dan merasakan perubahan suhu setiap 30 saat dan mengambil bacaaan
termometer. Guru harus bertindak sebagai pembimbing kepada murd dan
memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti itu secara berkumpulan .
Dengan ini konsep teori kontruktvisme dapat dilaksanakan melalui aktiviti handson dan minds on.

Selain itu juga dalam tajuk termokimia ini juga berkaitan dengan sains darjah
lima merujuk tajuk haba , objektif 4.2 memahami kesan terhadap bahan di mana
hasil pembelajaran murid ialah murid dapat menyatakan bahan mengembang
apabila di panaskan

dan mengecut apabila disejukakan . Seterusnya tajuk

termokima ini didedahkan kapada dalam sains menengah rendah PMR berkaitan
tajuk komposisi air dan penuetralan .Selebihnya tajuk ini diajar secara khusus
dalam matapelajaran kimia tingkatan 4 dan 5 di bawah tajuk Termokimia dan

Elektrokimia. Bagi tajuk Elektrokimia ianya didedahkan kepada murid sekolah
rendah dalam tajuk pengaratan dalam huraian sukatan pelajaran sains tahun 4.
Secara keseluruhan kedua-dua tajuk ini sangat berguna untuk saya kerana
ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam pengajaran di kelas . Namaun
sedikit catatn disini saya merasakan matapelajaran sains ini harus diperkasakan
dn tidak diambil mudah oleh penggubal dasar kementerian. Dari pemerhatian
saya untuk mencapai sattus negara maju , sains dan teknologi sangat penting .
Namun dasar sekarang seakan-akan kurang memperkemaskan kekuatan
matapelajaran sains di sekolah rendah. Buktinya melalui sistem KSSR yang telah
dilaksanakan waktu pengajaran sains murid tahap 1 telah dikurangkan kepada
dua waktu sahaja seminggu manakala bagi murid tahap 2 hanya 4 waktu sahaja
seminggu. Peruntukan waktu ini tidak mencukupi dalam melahirkan murid
berfikiran secaran saintik . Bilik sains juga kurang peralatan yang membolehkan
pelbagai eksperimen dijalankan . Pembantu makmal juga tidak disediakan di
sekolah rendah. Impak dari kelemahan ini menjadi salah satu penyumbang
ketidakmenjadian dalam murid dalan celik sains .