BAB SOLAT JUMAAT SYARAT SAH JUMAAT

BAB SOLAT JUMAAT
1. SYARAT WAJIB JUMAAT
1.1. Islam.
1.2. Berakal.
1.3. Baligh.
1.4. Lelaki.
1.5. Merdeka
1.6. Bermukim dan bukan berhijrah keluar dari kawasan kariahnya.
1.7. Tiada azarnya.

2. SYARAT SAH JUMAAT
2.1. Islam
2.2. Berakal
2.3. Jatuh 2 khutbah serta sembahyang dalam waktu zohor dan jika tidak maka dia wajib
2.4.
2.5.
2.6.
2.7.

menyempurnakan solat zohor iaitu dengan 4 rakaat.
Dikerjakan di masjid, rumah orang atau atas tanah.

Tidak mendahului imam pada takbiratul ihram
40 jemaah melakukan solat serentak pada rakaat pertama.
40 jemaah dan imamnya perlu islam yang mukhalaf serta lelaki dan jika setengah
daripada Jemaah itu adalah hantu, jin atau malaikat walaupun menyerupai manusia tetap
tidak boleh kerana bukan mukhalaf serta lelaki.

2.8. 40 jemaah tersebut kekal solat sehingga salam dan jika salah seorang daripada 40 jemaah

itu berhadas ketika solat maka terbatalah solah jumaat tersebut dan imam perlu melihat
jika waktu masih panjang maka perlulah melakukan khutbah semula dan jika waktu
sudah singkat maka bolehlah terus melakukan solat zohor. Seandainya Jemaah 39 itu
digantikan oleh seorang Jemaah yang lain sebelum sempat imam bangun dari rukuk
ataupun Jemaah yang berhadas tadi segera berwuduk serta menyertai Jemaah semula
sebelum imam bangun dari rukuk pada rakaat pertama maka sahla solat jumaat tersebut.
Jika solat imam batal pada rakaat pertama dan dibelakangnya Jemaah seramai 40 orang
atau lebih maka wajib ganti imam yang lain dengan segera sebelum berlalu satu rukun
fi’liyah atau rukun kauliyah serta berlalu masanya dan jika tidak ganti maka batalah
solatnya. Jika solat imam batal pada rakaat kedua pula maka tidak wajib digantikan
imam dan sahlah solat mereka tetapi dikira solat secara sendiri tetapi sunat untuk kita
mengantikannya. Tetapi perlu diingatkan bahawa semua makmum tidak boleh berniat

mengikut orang yang mengantikan imam itu kerana seperti berbilang Jemaah dan jika

mereka berbuat sedemikian maka terbatalah solat jumaat mereka dan perlu melakukan
khutbah semula.