Penulisan Berita Jenayah Antara Sensasi (2)

Penulisan berita jenayah: Antara sensasi, etika dan tanggungjawab sosial1
Hasmah Zanuddin (PhD)2, Yuslinda Mat Yassin3 & Tham Jen Sern4
Jabatan Pengajian Media
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya
Kuala Lumpur
Abstrak

Peledakan perkembangan teknologi informasi komunikasi maklumat pada
dasawarsa ini memboleh pelbagai maklumat dan informasi disebar kepada publik
dengan sekelip mata. Kita menyedari kebolehan media bukan sekadar
menyampaikan maklumat kepada masyarakat, bahkan juga membentuk
pandangan dan sikap khalayak. Walau bagaimanapun, oleh sebab persaingan
hangat dalam dunia kewartawaan dan ingin memastikan penjualan akhbar yang
lebih baik, penyiaran dan pelaporan berita dramatik lagi sensasi menjadi taktik
para pengamal media khususnya dalam melaporkan berita-berita jenayah yang
berprofil tinggi di Malaysia kepada khalayaknya. Meskipun kita menyedari
hubungan etika dan kewartawanan tidak terlepas dengan kebebasan, namun
kesungguhan untuk memartabatkan profesion kewartawanan dalam
menyampaikan maklumat yang adil, tepat, jujur dan bersahih harus diberi
tumpuan dan penekanan yang jitu. Sehubungan itu, kajian ini menggunakan

analisis tekstual bagi mengamati liputan-liputan berita yang berkaitan dengan
kes-kes pembunuhan Suzaily Mukhtar (12 Oktober 2000), Canny Ong Lay Kian
(18 Jun 2003), dan Noritta Samsudin (6 Disember 2003) dalam dua surat khabar
tempatan yang terpilih iaitu Utusan Malaysia dan Sin Chew Daily. Hasil kajian
mendapati cara pemberitaan Utusan Malaysia dan Sin Chew Daily akan ketigatiga kes pembunuhan agak sensasi dan dramatik. Unusr sensasi dan dramatik
bukan sahaja wujud dalam cerita itu sendiri malah foto-foto yang disertakan turut
menyayat hati pembaca.
Kata kunci: Sensasi, dramaturgikal, berita jenayah, etika, dan tanggungjawab sosial

1

Kertas ini dibentangkan dalam Konvensyen Kebangsaan yang bertema Pengukuhan Kepimpinan Isititusi
Pengajian Tinggi Dalam Transformasi Kesejahteraan Sosial Negara dengan anjuran bersama Akademik
Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Majlis Profesor Negara (MPN) dan Pusat Pengajian Sains
Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia pada 11-12 Oktober 2012 di DoubleTree by Hilton Hotel Kuala
Lumpur. Kertas ini juga diterbitkan dalam prosiding, muka surat 121-138 dengan ISBN: 978-967-11473-0-6.
2
Datin Dr. Hasmah Zanuddin ialah Profesor Madya di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya. Emel:
hasmahz@um.edu.my
3

Yuslinda Mat Yassin ialah pelajar PhD di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya. Emel:
yuslinda04@yahoo.com
4
Tham Jen Sern ialah pelajar PhD di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya. Emel:
jason87_tham@yahoo.co.uk

1

Pengenalan

Seiring dengan kewujudan badan-badan percetakan dan perkembangan teknologi informasi
dan komunikasi (ICT), peranan media tanpa sempadan telah merentasi semua aspek
kehidupan dan pelbagai lembaran kehidupan manusia di segenap pelusuk masyarakat. Kini,
peranan media menjadi semakin mencabar kerana khalayak semakin aktif dan mampu
menentukan tujuan dan matlamat mereka ketika mendedahkan diri kepada media massa.
Dalam pada itu, pengamal media diamanahkan menulis berita yang berkemampuan
menyampaikan maklumat sahih, tepat, dan bermatlamat positif.
Peranan media bukan sekadar menyampaikan maklumat terkini kepada masyarakat,
malah media juga melibatkan diri dalam pendidikan, perkembangan ekonomi negara, politik
semasa, kebudayaan, dan hiburan. Tanggungjawab media dalam menyampaikan informasi,

mendidik, membentuk jati diri masyarakat dan seterusnya menjadi agen transformasi minda
dalam kalangan masyarakat sehingga membentuk sesebuah masyarakat itu yang lebih
bermoral, bermaruah dan berdaya saing merupakan prinsip yang harus dipegang teguh oleh
pengamal media. Justeru itu, media berkeupayaan menjadikan sesebuah masyarakat itu
bertindak mengikut amalan etika, moral dan akhlak yang tinggi seterusnya dapat meletakkan
setiap agenda kenegaraan dan kemanusiaan sebagai pemangkin kehidupan.
Media disifatkan instrumen demokrasi yang menzahirkan penambahbaikan pemikiran
individu melalui cara yang lebih positif. Dengan itu, media mempunyai kemampuan dalam
melaksanakan tanggungjawab sosial yang lebih baik kepada khalayaknya bagi memastikan
masyarakat kita dilimpahi maklumat yang bernas dan sahih. Bagi masyarakat, media ialah
sumber ilmu dan informasi (Finnegan, 1942). Apa-apa yang dibaca, didengar, dan dilihat oleh
khalayak menerusi persekitaran mereka boleh mewujudkan suatu pandangan dan persepsi
khalayak yang berlainan (Hasmah Zanuddin dan Yuana King, 2006). Oleh itu,
profesionalisme dan kepakaran dalam penulisan dan penyampaian berita oleh pengamal
media haruslah dibaiki dan diperkuatkan mengikut kepentingan dan tanggungjawab sosial
yang besar terhadap para pembaca.

Media dan Jenayah

Saban hari, negara kita digemparkan kes-kes jenayah yang mengejutkan hampir

keseluruhan rakyat tempatan dan mengganggu kedamaian negara. Bukan sahaja kes jenayah
2

biasa, malahan kes jenayah berprofil tinggi, seperti kes pembunuhan dan kes rogol turut
menjadi tajuk-tajuk utama di dada akhbar tempatan. Menurut Faridah Ibrahim dan Mohd
Safar (2005), dalam penulisan berita jenayah, para wartawan dikehendaki mengumpul
maklumat daripada pelbagai pihak sama ada individu yang terlibat secara langsung atau/dan
sumber-sumber rasmi. Dalam keghairahan menulis berita jenayah, para wartawan turut
dikehendaki mengumpul lebih banyak maklumat bagi memastikan penulisan berita mereka
itu lebih padat, menarik dan mampu bersaing dengan akhbar lain. Akan tetapi, oleh sebab
terlalu ingin mendapat perhatian pembaca dan ingin meningkatkan jualan akhbar, kadangkala
pengamal media ini dikritik akan penulisan pemberitaan jenayah menjadi sensasi atau
subjektif.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib pernah menekankan bahawa para wartawan tidak
sepatutnya mensensasikan berita semata-mata untuk meningkatkan jualan tanpa memikirkan
akibatnya terhadap masyarakat (The Star, 2006, January 27). Teguran yang sama turut
diberikan oleh mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan iaitu media boleh
menyiarkan berita mengikut keperluan tetapi bukan mensensasikannya sehingga boleh
menimbulkan prasangka (Wilson. S, 2010; The Star, 2009, January 24).


Pemberitaan Sensasi dan Dramaturgikal

Perkataan sensasi ini bermaksud sesuatu (kejadian, keadaan dan lain-lain) yang
menggemparkan atau yang membangkitkan perasaan (menarik perhatian orang ramai bagi
menimbulkan rasa ingin tahu yang kuat dan sebagainya) (Kamus Dewan, Edisi 4, 2007).
Adalah dikatakan bahawa pemberitaan sensasi dilihat sebagai satu keperluan untuk
menjadikan sesuatu berita itu kelihatan lebih ―hidup‖ khususnya melibatkan liputan jenayah.
Paparan yang semakin meluas ini meliputi elemen-elemen yang sensasi seperti gambar
mangsa pembunuhan yang jelas agar menunjukkan betapa zalimnya si pembunuh, perkaraperkara mistik, gosip serta skandal artis. (Fahmi, 2011). Tambahan pula, pemberitaan sensasi
ini ada yang juga ditulis dalam nada bercerita sehinggakan para pembaca menghayatinya,
seterusnya mengikuti cerita tersebut sehingga ke penghujungannya untuk mengikuti
perkembangan dan kesudahan berita itu. Realitinya, keperluan pemberitaan sensasi ini
mampu menimbulkan respon yang segera dan kepekaan daripada masyarakat. Hasilnya, gaya
penulisan dan bentuk penceritaan sensasi dapat menarik minat pembaca untuk mengikuti
sesuatu isu yang ditulis (Hariyati Arrifin, 2011).
3

Tidak dinafikan dalam keghairahan untuk mengejar scoop, pemberitaan sensasi juga
ada ketikanya memaparkan cara penulisan yang tidak sepatutnya. Sememangnya, pelaporan
sesuatu berita adalah berdasarkan kejadian yang sebenar dan berdasarkan laporan yang

diberikan oleh pihak berkuasa. Namun, corak penulisan yang terlalu mendalam dan telus
boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pembaca terutamanya jika pembaca
membaca akhbar tersebut di hadapan anak-anak dan keluarganya.
A picture is worth a thousand words. Visual atau foto adalah sangat penting dalam
sajian penulisan dan laporan berita. Kadangkala, kita disajikan dengan hamparan visual atau
gambar sensasi yang mendatangkan seribu tanggapan dan perasaan terhadap para pembaca.
Ini adalah kerana foto itu sendiri merupakan satu agen yang mampu meningkatkan
pemahaman dan pengertian para pembaca dan penonton berita akan apa-apa sahaja maklumat
yang disebarkan oleh media. Selain itu, para pengamal media menggunakan foto atau gambar
yang dramatik untuk menarik perhatian para pembaca agar membeli akhbar atau terus
melekat di hadapan televisyen.
Dramaturgikal ialah inti daripada ajaran Goffman (1959) yang berasal dari bidang
sosiologi. Dramaturgikal yang dimaksudkan oleh Goffman ialah situasi dramatik seolah-olah
terjadi di panggung wayang. Pada perspektif Goffman, perkataan dramaturgikal dalam
sosiologi diinsipirasikan daripada sebuah teater terkemuka William Shakespeare di London
yang bermoto Latin Totus Mundus Agit Histrionem (All the World Is a Theater—seluruh
dunia ini merupakan seni pentas) (Peter Kivisto and Dan Pittman, 2011). Pendek kata,
kehidupan seseorang manusia atau individu seumpamanya sebuah siri persembahan. Interaksi
antara individu, dalam perspektif Goffman, dilihat sebagai persembahan yang mewah. Walau
bagaimanapun, konsep dramaturgikal yang berasal dari bidang sosiologi itu turut

diaplikasikan dalam bidang kewartawanan khususnya dalam pelaporan berita jenayah
pembunuhan.
Dalam memastikan penjualan akhbar yang lebih baik dan menyebarkan maklumat
kepada khalayak, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir akhbar arus perdana dan
tabloid menyiarkan berita dramatik yang adakalanya berunsur skandal dalam penerbitan teks
yang memberangsangkan. Berita-berita itu merangkumi isu yang sengaja diperbesarkan dan
disemarakkan lagi dengan foto-foto yang agak memberahikan walaupun wajah si pelaku
dikaburkan. Biarpun adakalanya gambar itu agak dramatis, sensasi dan menakutkan, atas
nama human interest, masih ada akhbar tetap menyiarkannya seakan-akan dengan alasan
bahawa gambar itu sangat signifikan dalam pendidikan dan pengajaran untuk masyarakat
4

kita. Hal ini dikatakan demikian kerana foto-foto ini sangat dekat dengan realiti kehidupan
dan dianggap mempunyai efek untuk menzahirkan kesan emosi yang sangat kuat dan
spontan. Gambar-gambar itu juga menghidupkan imaginasi pembaca akan isu yang berprofil
tinggi. Dengan menggunakan teknik pembingkaian (Framing), gambar-gambar sensasi dan
dramatis ini lebih memudahkan penyampaian maklumat dan difahami serta diingati oleh para
pembaca (Entman, 1991).

Etika Kewartawanan


Dari sudut etika pula, kewartawanan menjurus kepada satu garis panduan moral dalam
kehidupan manusia mengenai apa yang betul dan apa yang salah. Etika kewartawanan adalah
berlandaskan tanggungjawab dalam penulisan berita iaitu para wartawan melaporkan berita
secara adil, tepat, jujur, melindungi sumber-sumber berita, dan menjaga rahsia maklumat.
Faridah Ibrahim dan Mus Chairil (2003) menyatakan tiga jenis etika kewartawanan:
1. Absolutis – para wartawan bergantung kepada garis panduan atau peraturan
seterusnya dianggap sebagai perundangan atau sesuatu yang sah. Sekiranya
sesuatu berita itu menarik, semasa, penting dan signifikan, maka berita itu
dianggap berita utama dan perlu dilaporkan.
2. Antinomian – wartawan yang merasakan mereka bekerja dan melaporkan
berita berdasarkan pemikiran yang bebas dan tidak memihak kepada sesiapa
dalam tugas adalah lebih baik kerana mereka boleh menjadi pemantau kepada
sistem pentadbiran negara.
3. Situasionis – falsafah etika yang selalunya diguna pakai dalam kalangan
wartawan dalam sistem negara demokrasi. Ini melibatkan cara wartawan
melaporkan berita berdasarkan kejadian yang benar dan objektif tanpa
memihak sesiapa. Para wartawan ini beranggapan mereka boleh mencorakkan
sebuah berita demi kebenaran atau keselamatan diri mereka, orang ramai atau
sesuatu pihak yang lain. Etika ini berteraskan emosi dan budi bicara serta

faktor masa, tempat dan keadaan yang berbeza.

Pada 20 Mei 1989, A. Samad Ismail mengisytiharkan Kod Etika Wartawan Malaysia yang
telah digubal oleh Jawatankuasa Penggubal Tatasusila yang diketuai oleh Pengerusi Institut
Akhbar Malaysia, Mazlan Nordin (H.M Tuah Iskandar 1990). Dalam kod itu menyatakan
5

individu yang berminat dan bersedia memasuki profesion perguruan kewartawanan wajar
menghormati fasal-fasal berikut:
a) Tugas utama wartawan melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang
ramai untuk mendapatkan maklumat yang benar.
b) Dalam melaksanakan tugasnya, wartawan hendaklah menghayati kebebasan
mencari dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan
kritikan yang saksama.
c) Wartawan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan
berita, gambar, filem dan dokumen.
d) Sebarang maklumat disiar yang didapati tidak benar dan tepat hendaklah
diperbetulkan.
e) Watawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita.
f) Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan

mengelakkan diri daripada plagiarisme, fitnah dan hasutan, tuduhan tidak
berasas serta rasuah dalam apa-apa jua bentuk sekalipun.
g) Wartawan hendaklah menghindarkan siaran berita dan rencana yang bersifat
perkauman, melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat
majmuk Malaysia.
h) Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang
berkaitan secara langsuang dengan profesion mereka.

Jenayah Seks di Malaysia

Menurut Sundramorthy, statistik melibatkan jenayah seks di Malaysia dikatakan masih
rendah berbanding dengan negara lain (Starmag, 2008). Antara penyumbang utama kejadian
jenayah ini ialah faktor urbanisasi yang telah menyebabkan perubahan gaya hidup dan
kepercayaan yang semakin hilang. Selain itu, faktor kemodenan dan teknologi yang
memudahkan rakyat dalam memperoleh apa-apa maklumat seksual dan barangan seksual
juga menyumbang kepada berlakunya jenayah seks di Malaysia.
Berdasarkan statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), sejumlah 451 kes
jenayah rogol dilaporkan pada tempoh Januari-Februari 2011. Angka ini menurun sebanyak
9.5 peratus iaitu kepada 408 kes pada tempoh Januari-Februari 2012 (PDRM, 2012).


6

Walaupun statistik menunjukkan penurunan kes jenayah rogol di Malaysia, angka yang
dipaparkan hanya mewakili tempoh Januari-Februari.
Kini, masyarakat menganggap media massa sebagai suatu alat yang cukup efek untuk
mempengaruhi rakyat jelata sama ada untuk kebaikan atau kejahatan (Mohd Yahya
Mohamed Ariffin, 2006). Dalam pada itu, media juga dikatakan menimbulkan rasa takut dan
panik dalam kalangan masyarakat akan pemberitaan yang melibatkan jenayah seks. Hal ini
kerana media begitu dipengaruhi beberapa kes mahkamah yang dianggap berprofil tinggi dan
dramatik yang melibatkan keganasan dan jenayah seksual. Di samping itu, ada beberapa kes
berlanjutan sehingga beberapa bulan dan konsep pemberitaan sensasi serta bentuk
penceritaan pengamal media telah menarik minat orang ramai untuk mengikutinya. Akan
tetapi, adakah cara berita itu ditulis benar-benar ingin mengambil tahu dan menimbulkan rasa
tanggungjawab masyarakat untuk menangani isu jenayah tersebut?

Kaedah Kajian

Bagi mengetahui tahap pengamalan etika kewartawan dan tanggungjawab sosial dalam
kalangan pengamal media tempatan, satu kajian berdasarkan analisis tekstual dijalankan bagi
mengamati liputan-liputan berita akan kes-kes pembunuhan Suzaily Mukhtar (12 Oktober
2000), Canny Ong Lay Kian (18 Jun 2003), dan Noritta Samsudin (6 Disember 2003).
Merujuk kepada pemilihan sampel, dua surat khabar tempatan yang mempunyai tahap
pengedaran tinggi (Jadual 1) dipilih dan dianalisa mengikut cara pemberitaan pengamal
media akan kes-kes pembunuhan yang dinyatakan tadi. Dalam kajian ini, hanya tajuk-tajuk
berita yang mengandungi unsur-unsur sensasi dan dramaturgikal akan dijadikan bukti kajian
kes.

Jadual 1
Tahap pengedaran surat-surat khabar terpilih

Utusan Malaysia

Utusan Melayu Bhd.

Pengedaran
(Sehingga 31hb Disember 2011)
(setahun)
172, 859

Sin Chew Daily

Sin Chew Media Corp. Bhd.

388, 223

Surat Khabar

Pemilik Media

7

Hasil Kajian dan Perbincangan

a) Suzaily Mukhtar
“Jurutera komputer diperkosa, dibunuh dalam bas”. Inilah tajuk berita yang diliputi oleh
akhbar-akhbar tempatan selepas seorang jurutera komputer yang berusia 24 tahun diperkosa
sebelum dicekik hingga mati oleh pemandu bas ekspres ketika dalam perjalanan ke tempat
kerjanya. Dalam melaporkan kes pembunuhan ini, agensi-agensi media tidak banyak (tetapi
ada) melaporkan berita ini dengan sensasi dan dramatik khususnya penggunaan kata dan ayat.
Malah, oleh sebab pelaporan ini, masyarakat menggesa pihak bertanggungjawab seperti
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdangangan (LPKP) supaya menyaman pemandu bas yang
bas mereka itu bercermin hitam. Masyarakat turut menyalahkan sikap pemandu bas itu
sebagai syaitan. Berikut merupakan tajuk-tajuk berita terpilih bagi kedua-dua surat khabar
(Utusan Malaysia dan Sin Chew Daily) yang mempunyai unsur sensasi semasa pelaporan
media kita.

Suzaily Mokhtar

Tertuduh: Hanafi Mat
(bekas pemandu bas)

8

Jadual 2
Tajuk-tajuk berita sensasi yang terpilih
No
1

Tajuk Berita
Jurutera komputer diperkosa,
dibunuh dalam bas

-

-

-

2



貌美起色心,司机巴士
杀女搭客

-

3

[Pemandu bas merogol dan
membunuh penumpang wanita
gara-gara kecantikannya.]
嫌犯使用增慾器

-

[Suspek
menggunakan
meningkatkan nafsu]

alat

Artikel Dalaman
Seorang jurutera komputer berusia 24 tahun
diperkosa berulang kali sebelum cekik hingga
mati oleh pemandu…
Selepas dibunuh di lantai bas berkenaan,
mayatnya dalam keadaan bogel dibuang di
tempat pembahagi jalan…
…Noor Suzaily Muktar mati dipercayai seleaps
dijerut dengan kain tudungnya sendiri di leher
selepas dirogol dan diliwat oleh lelaki itu.
巴士司机摇身一
色魔,将巴士 一 年
轻貌美的女电脑工程师载 偏僻地方,将
强 ,鸡 ,再勒毙
[Pemandu bas membawa seorang jurutera
komputer muda dan cantik ke kawasan sunyi,
dan merogol, meliwat serta membunuhnya…]
一家马来报章 了满足性欲,在强
害人
时,在性器官套用增欲器
[Sebuah surat khabar Melayu melaporkan oleh
sebab ingin memenuhi nafsu, semasa merogol
mangsa,
tertuduh
menggunakan
alat
meningkatkan nafsu.]

Tarikh
12 Oktober 2000

12 October 2000

14 October 2000

b) Kes Pembunuhan Canny Ong
Pada 17 Jun 2003, mayat seorang wanita rentung ditemui di dalam longkang di tepi Lebuh
Raya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Taman Maju Jaya, Jalan Klang Lama.
Mayat dibakar selepas dirogol. Kes berprofil tinggi ini mendapat liputan yang luas oleh
media-media perdana Malaysia khususnya surat-surat khabar berbahasa Cina dengan gambargambarnya yang jelas menunjukkan tempat dan lokasi mayat ditemui. Tidak dikecualikan
iaitu berita sensasi yang turut memenuhi muka surat-surat khabar perdana. Penjelasan
keadaan mayat itu sendiri juga amat nyata dilaporkan oleh media kita. Berikut merupakan
tajuk-tajuk berita terpilih bagi kes pembunuhan Canny Ong daripada kedua-dua surat khabar
perdana—Utusan Malaysia dan Sin Chew Daily.

9

Canny Ong

Tertuduh: Ahmad Najib Aris

Canny Ong yang ditemui rentung

Ngeri dan menyayatkan hati

Jadual 3
Tajuk-tajuk berita sensasi yang terpilih
No
1

Tajuk Berita
证人:遇害前
丽涓半裸躺在车 座

-

[Saksi: Sebelum kejadian, mangsa
separuh bogel baring di belakang
tempat duduk kereta.]

2

法医:透过子宫头发确认
尸死者 手被交 捆绑



[Pakar forensik: Dengan rahim,
rambut sahkan mayat rentung
wanita. Kedua-dua belah tangan
diikat bersilang]

Artikel Dalaman
当 经过该轿车时,发现司机 座躺在一
女子, 当时 半身赤裸,露出乳房,头
部靠在司机 座的车窗

[“Apabila saya lalu kereta itu, saya ternampak di
belakang tempat duduk pemandu ada seorang
perempuan, dia baring separuh bogel, terdedah
buah dadanya, kepala bersandar pada tingkap
kereta.”]
死者的 手被布匹交 绑住,
且前 被纠缠了两 圈 [...kedua-dua belah
tangan mangsa diikat dengan kain pembalut
luka, dan dlilit sekurang-kurangnya dua hingga
tiga kali.]
他 法医 是通过死者有子
宫,头发和衣着特 确认经他解剖的是一
被火烧的女尸
[…dia (pakar forensik)

10

Tarikh
13 Jan 2004

26 Feb 2004

-

3

被告:没有情绪 应
王丽涓自愿发生性关系

-

[Tertuduh: Tiada reaksi emosi
Canny Ong rela melakukan
hubungan seks]

-

4

Bahagian rahim sahkan mayat
rentung wanita

-

-

-

-

-

-

5

Canny mati disebabkan jerutan
kain—Saksi

-

mengesahkan mangsa rentung ialah seorang
wanita dengan rahim, rabut dan ciri-ciri
pakaiannya.]
女尸的耳部完全被烧 脸部也
烧毁 眼睛内有隐形眼镜 鼻子和
唇部
被烧损 嘴巴张开着,另外嘴巴内的 32 根

在原状
[Telinga wanita rentung
terbakar sepenuhnya, muka pun dibakar, biji
mata ada kanda mata, hidung dan bibir sebelah
atas dan bawah dibakar, mulut terbuka, dan 32
batang gigi dalam keadaan normal.]
被告暗示女 害人,他要跟
发生性关系,并指示女 害人到车的 座
去,以确定女 害人是否会 意跟他发生性
关系 女 害人 时听从指示到 座去
[“…tertuduh memberi petunjuk kepada mangsa
bahawa dia ingin melakukan seks dengan dia,
dan mengarah mangsa ke belakang tempat
duduk bagi mengenal pasti sama ada mangsa
setuju untuk melakukan seks bersama tertuduh.
Mangsa mengikut arahan ke belakang tempat
duduk”.]
被告见状也到车的 座去,接着就跟女
害人在座位 发生性关系
[“Tertuduh pun ikut ke belakang tempat duduk
dan melakukan seks dengan dia…”]
…bahagian luar kemaluan wanita yang dihantar
untuk bedah siasat telah terbakar hingga tidak
boleh dipastikan jantinanya, selain daripada
kedua-dua kakinya terpisah daripada badan.
―Ini adalah berdasarkan penemuan iaitu bahagia
dalam kemaluan dan uterus (rahim) masih elok
dan kelihatan kecil malahan pembukaan
bahagian atas rahim menunjukkan wanita itu
tidak pernah melahirkan anak mahupun hamil.‖
Mayat berkenaan juga, ujar saksi, telah
mengalami proses pereputan di bahagian
abdomen
dan
kawasan
pelvic
serta
mengeluarkan bau busuk dan juga berulat.
Bahagian leher mayat pula, kata Kasinathan,
terdapat lilitan sekurang-kurangnya tiga kali
dengan kain seakan-akan bandage (kain
pembalut luka) dan kulit leher terbakar.
―Namun, mukanya tidak terbakar kesuluruhan,
kedua-dua bji mata yang masih memakai kanta
lekap pula mula mereput tetapi masih
sempurna, keseluruhan bahagian luar telinga
terbakar dan tiada sebarang eksesori dijumpai
di telinga.
―Hidung mayat yang agak mancung telah
terbakar separuh, bibir pula terbakar
sebahagian, mulut terbuka sementara gigi
bahagian depan terdedah.
…wanita itu mati disebabkan oleh jerutan kain
yang konsisten pada leher serta pendarahan

11

11 Mei 2004

26 Feb 2004

27 Feb 2004

-

6

Mayat Canny
terjuntai—Saksi

rentung

kaki

-

-

-

pada bahagian abdomen.
…punca kematian Canny disahkan berdasarkan
kepada penemuan kain yang masih terlilit dan
terjerut di lehernya.
…Ong Lay Kian telah dijumpai rentung
terbakar dengan tulang kaki terjuntai keluar dari
sebuah lubang, manakala bahagian kepada
hingga ke lututnya terperosok dalam longkang
yang bertutup.
Semnetara, dua belah tangan Canny dalam
keadaan bersilang seolah-olah menutup buah
dadanya.
…mayat Canny yang begitu keadaannya telah
ditindih pula dengan dua biji tayar dan sekeing
papan ketika ia(mayat) mula-mula dijumpai
dalam sebuah lubang.

19 Mac 2004

c) Kes Pembunuhan Noritta Samsuddin
Kes pembunuhan eksekutif pemasaran—Noritta Samsuddin, 22 tahun telah dianggap
menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan rakyat dan keluarganya. Tambahan pula,
akhbar-akhbar perdana mengambil masa yang agak lama dalam melaporkan kes pembunuhan
yang berprofil tinggi itu dan agak keterlaluan dari aspek penulisan berita sehinggakan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Abdullah Mohd Zain menegur supaya cerita ini tidak
menjadi bahan gosip dalam kalangan masyarakat. Sekretariat Pelajar Kewartawanan Muslim
(SEPKOM), USM turut membuat saranan perkara 5:

Noritta Samsudin

Tertuduh

Puncak Prima Sri Hartamas,
tempat Noritta ditemui

12

Pihak mahkamah isytiharkan bahawa setiap kes rogol dan yang seangkatan
makna dengannya dibawa kepada mahkamah tertutup. Hal ini bermakna, kes-kes
rogol melibatkan orang yang telah meninggal dunia dan yang masih hidup tidak
diberikan liputan meluas. Kes-kes selain dari itu seperti kes bunuh, jenayah
rasuah, rompakan dan lain-lain adalah di bawah mahkamah terbuka.

Tambahan pula, kakak mangsa, Suhaily turut menimbulkan kurang senang hati akan
pemberitaan sesetengah agensi berita mengenai kes pembunuhan ini (Utusan Malaysia, 9 Dis
2003).
―Laporan-laporan sebegini (mendakwa mangsa mengadakan hubungan seks
sebelum dibunuh) telah memalukan kami sekeluarga sedangkan pihak yang
berkenaan belum selesai menjalankan siasatan.‖
Akibat daripada penulisan pemberitaan yang agak sensasi dan dramatik itu, selepas 5
Disember 2003 surat khabar dengan tajuk beritanya ―Model dirogol, dibunuh - Ditemui
dalam keadaan bogel dengan leher dijerut, tangan, kaki diikat” (Utusan Malaysia, 5 Dis
2003) menimbulkan banyak spekulasi dalam kalangan masyarakat. Selain itu, dalam
perbicaraan kes bunuh Noritta Samsudin, akhbar-akhbar perdana seperti Utusan Malaysia
dan Sin Chew Daily turut melaporkan cerita isu ini dengan menggunakan ayat-ayat sensasi
dan dramatik yang boleh merangsang pembaca untuk mengikuti cerita ini sehingga
penghujungnya dan mengimaginasikan senario kes itu. Berikut merupakan beberapa tajuk
berita sensasi yang dianalisis dalam Utusan Malaysia dan Sin Chew Daily.

Jadual 4
Tajuk-tajuk berita sensasi yang terpilih
No
1

Tajuk Berita
Noritta mati selepas seks kasar—
Pakar forensik

-

-

-

Artikel Dalaman
Seorang
pakar
forensik
memberitahu
Mahkamah
Tinggi
bahawa
peragawati
sambilan, Noritta Samsudin menemui ajal
kemungkinan besar
selepas
melakukan
hubungan seks yang membabitkan perbuatan
kasar atau secara paksaan.
…takungan cecair yang banyak dalam
kemaluan Noritta berkemungkinan dihasilkan
oleh ejaklulasi pembuat dan campuran cecair
yang dikeluarkan oleh gadis itu.
…pemeriksaan mendapati terdapat kesan

13

Tarikh
20 Mei 2004

-

-

-

-

-

-

-

2

Pakar forensik: Noritta
lakukan hubungan seks

aktif

-

-

-

3

手 绑头部被枕头牢套
证人:诺丽达死状惨

-

[Tangan diikat, kepala ditutup
dengan bantal.
Saksi: Kematian Noritta ngeri
4

法医:死前曾有性行
诺丽达死于窒息
[Forensik: Sebelum mati mangsa
ada hubungan seks. Noritta mati
disebabkan sesak nafas]

-

-

-

koyakan lama pada selaput dara Noritta dan
lebam pada dinding kiri faraj mangsa.
―Lebam berlaku semasa mangsa masih hidup
dan pengumpulan cecair yang banyak
menunjukkan kemungkinan setelah melakukan
hubungan seks, baru dia meninggal dunia.‖
…terdapatnya takungan cecair ini menunjukkan
bahawa mangsa masih berbaring semasa dia
meninggal dunia kerana jika dia berdiri atau
bergerak, cecair itu akan tumpah.
…lebam pada tepi faraj mangsa disebabkan
oleh perbuatan seks secara paksa atau kasar,
pakar itu menjelaskan, ia tidak dapat dikesan
jika hubungan seks dilakukan secara sukarela.
Kesan lebam itu,…,adalah kesan baru dan ia
disebabkan oleh satu benda yang tumpul seperti
kemaluan lelaki atau jari.
…terdapat kesan darah dan koyakan baru pada
dubur mangsa, kesan lebam mayat pada
bahagian belakang tubuh dan lebam pada
kedua-dua paha gadis itu.
Mengenai kesan lebam pada paha depan
Noritta,…,ia mungkin disebabkan oleh keduadua lutut pembuatnya berada di atas paha gadis
itu.
―Lebam pada paha belakang mungkin
disebabkan punggung Noritta di atas dan posisi
pembuat di atasnya dengan menekan gadis itu
menggunakan kedua-dua lututnya.‖
…ini berdasarkan kepada hakisan yang terdapat
pada selaput dara gadis tersebut.
…tidak mungkin kecedaran yang terdapat pada
lidah Noritta disebabkan perbuatan seks oral
sekalipun ia dilakukan secara kasar.
…sekiranya mangsa itu masih hidup dan berada
dalam keadaan kesakitan, dia boleh menggigit
zakar lelaki terbabit.
…kecederaan pada bibir Noritta adalah
disebabkan gigitan sendiri untuk mencapai
kepuasan…
诺丽达的尸体被屋 发现时, 是俯伏在床
头部被枕头牢牢套住以 嘴巴被抱枕套
包扎,死状惨忍
[Mayat Noritta ditemui oleh rakan serumah,
dia baring di atas katil, kepala ditutup dengan
bantal dan mulut dijerut sarung bantal,
kematiannya ngeri.]
诺丽达是窒息而死,死前曾发
生性行
[…Noritta mati sesak nafas, sebelum mati dia
ada melakukan seks.]
法 医 供
死 者 阴 部 堆
大 量 分 泌
物,
[Menurut pakar forensic, terdapatnya takungan
cecair di dalam faraj mangsa…]
透露死者的身体 私处有瘀青
现象
[…menunjukkan badan mangsa dan lebam

14

21 Mei 2004

18 Mei 2004

18 Mei 2004

-

-

-

5

法医:有被迫害迹象
诺丽达非玩性游 死

-

[Pakar forensik: Ada kesan
paksa. Noritta mati bukan
disebabkan seks kasar]

-

-

-

-

-

pada faraj.]
如果死者生前发生性行
站立或活动,
分泌物将流出来 但从死者身 看来, 死
时的姿势是躺着的
[Jika mangsa berdiri atau bergerak selepas
seks, takungan cecair di dalam farajnya akan
tumpah.]
控官:一个人死 可不可以发生性行 ,
分泌物是否会沉 在阴部?
[Pendakwa raya: Selepas seorang mati,
bolehkah dia melakukan seks, dan adakah
rembesan boleh menakung di dalam faraj?]
法医:可以,分泌物 是会沉 在那边
[Pakar forensik: Boleh, rembesan masih boleh
menakung di situ.]
诺丽达的私处有红肿迹象,
种迹象是 到粗暴行 和被迫性交造 ,另
一个原因是
时跟很多人有过性关系
[…Faraj Noritta ada kesan bengkak, ini
menunjukkan bahawa dia mengalami paksaan
yang kasar dan dipaksa untuk melakukan seks,
sebab lain ialah dia mengadakan seks dengan
ramai orang.]
法医坚 ,口交是绝对不会致伤人的舌头
[Pakar forensik menegaskan seks oral tidak
akan mencederakan lidah.]
律师:如果一个人有过肛交,他会不会去尝
试 它性爱姿势?
[Peguam: Jika ada seorang pernah melakukan
seks liwat, adakah dia akan cuba postur seks
yang lain.]
法医:不一定,但可以
[Pakar forensik: tidak semestinya, tapi boleh.]
律师:如果是粗暴的性行 呢?
[Peguam: Apa kata jika ia itu seks kasar?]
法医:不可能,如果 是活着, 会去咬男
性的性器官而放开
[Pakar forensik: Tidak mungkin, jika dia masih
hidup, dia akan menggigit zakar lelaki itu.]
律师:口交会不会致伤嘴唇 舌头以 喉
咙?
[Peguam:
Adakah
seks
oral
boleh
mencederakan bibir, lidah dan tekak?]
法医:不会
[Pakar forensik: Tidak boleh.]
法医认 ,鲜少有人在达到性高潮时咬自己
的嘴唇
[Menurut pakar forensik, tidak ramai orang
akan mengigit bibir sendiri untuk mencapai
kepuasan seks.]

21 Mei 2004

Berdasarkan ketiga-tiga kes pembunuhan yang berprofil tinggi di Malaysia, jelas
menunjukkan betapa sensasi dan dramatiknya Utusan Malaysia dan Sin Chew Daily
15

melaporkan kes pembunuhan dan kes perbicaraan Suzaily Mukhtar, Canny Ong dan Noritta
Samsudin kepada pembacanya. Kedua-dua surat khabar perdana terang-terang melaporkan
cara kematian mangsa dan keadaan mayat itu sendiri. Melihat dari sudut retoriknya, terdapat
unsur dramaturgi yang jelas dalam pelaporan Utusan Malaysia dan Sin Chew Daily seakanakan pembaca ―berada di tempat kejadian‖. Cara penulisan sedemikian merangsang para
pembaca untuk mengimaginasikan serta menyusun balik senario kejadian berkenaan.
Ternyata, cara penulisan tersebut bukan sahaja kurang sesuai didedahkan kepada pembaca
khususnya kanak-kanak kerana terlalu terperinci dalam mendedahkan setiap butiran
(termasuk beberapa perkara yang sangat intim dan mengandungi unsur-unsur seksual), malah
turut mencurahkan kepiluan yang bertakhta di hati nurani keluarga mangsa.
Sesunguhnya, gaya pemberitaan sensasi tidak lagi bersimpati dengan mangsa atau
mengambil tahu isu jenayah demi pencegahan. Malah, penggunaan teknik sensasi pada
headline telah menanam minat pembaca untuk mengikuti unsur-unsur seksual yang terdapat
dalam laporan berita berkenaan.

Media dan tanggungjawab sosial

Seperti yang kita sedia maklum, penulisan sesuatu berita yang adil, mampu memenuhi
aspirasi dan polisi negara dan berkebolehan mengubah minda, perlakuan rakyat jelata
menjadi lebih positif dan berinovasi adalah amat signifikan. Sesunguhnya dengan adanya
etika kewartawanan itu adalah diharapkan mampu menjadi satu paradigma transformasi
minda dan tingkah laku masyarakat melalui tanggungjawab sosial pihak media itu sendiri.

Dari sudut tanggungjawab sosial, peranan media komunikasi adalah:
a. Memenuhi

kewajipan

profesionalisme

seperti

yang
kualiti

perlu

terhadap

maklumat,

masyarakat

kebenaran,

berteraskan

ketepatan

dan

kesesuaian.
b. Bertindak dalam lingkungan undang-undang yang ditetapkan.
c. Menghindari mesej yang boleh memudaratkan masyarakat dan negara.
d. Memberi peluang kepada rakyat untuk mengemukakan pandangan yang
memberi kesan yang baik.
e. Individu yang terlibat dengan tanggungjawab media komunikasi mestilah
bertanggungjawab terhadap majikan dan negaranya.
16

Dalam penulisan setiap laporan dan penulisan berita, para pengamal media adalah
bertanggungjawab secara langsung dalam membina akal dan budi masyarakat. Dengan
berteraskan dasar profesionalisme dan penyebaran maklumat yang telus, tepat dan signifikan
terhadap masyarakat, media ialah agen terbaik dalam mendidik masyarakat agar lebih
berilmu, berakal positif dan mempunyai asas keperibadian yang positif. Sehubungan itu,
masyarakat kita ini mampu melahirkan sebuah negara yang makmur. Perdana Menteri Najib
Tun Razak sendiri menyarankan para pengamal media supaya memainkan peranan untuk
membina akal, budi, nilai murni, dan daya keintelektualan masyarakat (Berita Harian, 6hb
Julai, 2010).
Para pengamal media haruslah berbalik semula kepada tujuan sebenar dalam
penulisan dan laporan berita itu sendiri. Seperti yang diketahui, secara umumnya, tujuan
penulisan dan laporan berita bertujuan untuk mendidik, memberitahu, mengajar, memberi
penerangan dengan lebih jelas dan lengkap, memberi dan membentuk kesedaran, dan
pengajaran yang boleh digarap melalui gaya penulisan kepada para pembaca dan penonton.
Para pengamal media juga haruslah mampu melahirkan tabiat minat membaca dalam
kalangan masyarakat terutamanya terhadap golongan kanak-kanak. Ini adalah antara salah
satu peranan utama dalam menjalankan tanggungjawab sosial media untuk melahirkan para
cendekiawan pada masa hadapan. Seandainya, berita yang ditonjolkan itu amat memualkan
dan menyebabkan orang dewasa atau ibu bapa tidak mampu atau tidak tahu untuk
menerangkan berita itu kepada anak-anak mereka, apatah lagi dengan media dalam
melahirkan masyarakat yang bersih fikiran dan hati mereka?
Penulisan dan laporan berita juga memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran
masyarakat dengan memaparkan berita-berita yang boleh membangkit emosi para pembaca
dan penonton. Contohnya, peranan ibu bapa, kisah anak-anak malang dan berita yang
melibatkan jenayah dan cara-cara pencegahan. Dengan mensensasikan berita–berita ini, ia
akan membuatkan para ibu bapa atau penjaga berjaga-jaga dalam memberi pendidikan dan
tunjuk ajar kepada anak-anak mereka. Adakalanya, kejadian yang melibatkan anak-anak ini
berpunca daripada kesilapan dan kesibukan ibu bapa itu sendiri selain daripada kepincangan
masyarakat yang mengambil sikap tidak ambil peduli dan tidak menjaga tepi kain orang.
Namun, apa yang menjengkelkan, kalau ianya melibatkan aib atau kisah yang lebih intim,
boleh pula tepi kain itu dijaga rapi malah disebarkan pula. Jadi, penulisan berita sebegini
adalah perlu untuk membentuk masyarakat yang lebih bertolak-ansur, bekerjasama dan

17

mengambil berat antara satu sama lain bagi menjalinkan ikatan yang lebih rapat antara
hubungan ibu bapa dan anak-anak selain daripada perhubungan kejiranan yang lebih efektif.
Kehidupan manusia bergantung kepada tindak-tanduk mereka yang perlu dibimbing
supaya tidak menjurus ke arah keburukan dan kemudaratan sebaliknya memberi kebaikan
sesama insan itu sendiri. Oleh itu, media dan laporan berita itu amat penting dalam
pembinaan masyarakat yang berjiwa bersih dan berdaya saing. Setiap penulisan berita jika
digarap secara tepat mampu memberi kesan kepada pembaca seterusnya mempengaruhi
minda dan perlakuan seseorang. Selain itu, berita yang tepat mampu mengelakkan berlakunya
gejala yang negatif mampu membentuk rasa tanggungjawab sesama masyarakat tanpa
mengira kaum dan batasan.

Peranan pihak organisasi media komunikasi:
1. Perlu mewujudkan falsafah, visi dan misi organisasi yang selaras dengan falsafah,
visi dan misi pihak kerajaan.
2. Memastikan organisasi sentiasa mematuhi segala undang-undang,akta dan etika
yang telah digubal.
3. Merancang dan melaksanakan program yang selari dengan kehendak falsafah, visi
dan misi organisasi yang telah digariskan.
4. Perlu sentiasa menilai sejauh mana sesuatu mesej, maklumat atau berita yang
disiarkan itu berjaya menyumbang kepada pembinaan aspek-aspek positif
masyarakat dan mengurangkan aspek-aspek negatifnya.
5. Perlu mengadakan kursus-kursus secara berkala yang dapat membina sifat
keprofesionalan sebagai individu yang terlibat dengan media komunikasi.
6. Melantik panel penasihat daripada kalangan ahli akademik dalam pelbagai bidang
yang

bertindak

selaku

penasihat

kepada

organisasi,

mengetengahkan mesej yang lebih bersifat positif.

18

khususnya

dalam

Pemberitaan Sensasi dan Kepentingan Tanggungjawab Sosial Media dari Perspektif
Islam

Paul F. Lazarfeld dan Robert K. Merton (Schramm & Roberts 1993) menjelaskan bahawa
sebahagian besar masyarakat kini merasai media massa atau komunikasi ialah alat yang
cukup berkesan untuk mempengaruhi masyarakat untuk kebaikan atau kejahatan dan jika
tidak dikawal dengan sebaiknya, kejahatan mungkin menjadi lebih dominan. Oleh yang
demikian, bagi mengatasi kebimbangan ini, peranan media komunikasi mestilah bertitik tolak
daripada prinsip al-amru bi al-ma„ruf wa al-nahy „an al-munkar (menyeru kepada kebaikan
dan mencegah kemungkaran). Prinsip ini sebagai kayu ukur terhadap peranan media
komunikasi itu sendiri bagi menjamin pemeliharaan terhadap lima perkara utama al-maqasid
al-syar‟iyyah (maksud-maksud syariat), iaitu memelihara agama, akal, keturunan, nyawa, dan
harta benda. Ini bermakna peranan media komunikasi yang dibentuk mestilah berlegar di
sekitar al-maqasid al-syar„iyyah itu sendiri.
Dalam hal ini juga, terdapat dua pendekatan yang perlu dimainkan oleh media
komunikasi yang sesuai dengan konteks al-maqasid al-syar„iyyah, iaitu pendekatan dari
sudut tanggungjawab sosial dan juga dari sudut pembangunan (Musa Abu Hasan & Narimah
Ismail 1998 dalam Aminuddin Basir dan rakan-rakan, 2009). Dari sudut perspektif Islam,
seseorang wartawan perlu menjalankan peranannya dalam melakukan tanggungjawab sosial
19

demi membawa kesejahteraan kepada komuniti serta menjadi agen penyumbang kepada
masyarakat negara dalam penulisan berita secara benar. Dalam menyebarkan maklumat, para
wartawan ini haruslah ada unsur-unsur mendidik masyarakat ke arah yang lebih positif,
menarik minat membaca dengan bahan bacaan yang berilmu, mencari ilmu serta
menghasilkan rasa tanggungjawab dan kerjasama antara masyarakat dan individu. Selain itu,
dengan pemaparan berita sensasi positif ini, pengamal mampu melahirkan rasa keinsafan dan
mampu memberi pengajaran untuk dihayati oleh para pembaca. Sesungguhnya, media itu
sendiri bukan sahaja agen transformasi ke arah pemikiran dan sikap yang lebih positif,
malahan juga media dan laporan pemberitaan sensasi secara positif mampu menjadi agen
transformasi rohaniah yang lebih baik untuk bekalan pada hari akhirat kelak. Ini adalah
kerana apa-apa yang dilaporkan dan dibacakan serta cara menghayatinya melambangkan
keperibadian dan iman seseorang.
Oleh itu, laporan berita itu haruslah boleh melibatkan dua perkara utama iaitu sifat
sesuatu paparan berita dan kesan hasil berita yang disebarkan. Oleh itu, setiap berita itu
haruslah merangkumi unsur-unsur kebajikan dan al-taqwa kerana media itu sendiri sebagai
agen transformasi untuk mengubah minda dan perlakuan masyarakat ke arah kebaikan. Jadi,
dalam usaha untuk menjadi agen perubahan dan menjalankan tanggungjawab sosial,
seharusnya pemberitaan sensasi dan dramatik itu dilakukan sebaik mungkin tanpa
memalukan mana-mana pihak seterusnya menjatuhkan aib seseorang mahupun keluarga
individu terbabit. Sesungguhnya, Islam meletakkan kedudukan sesuatu berita atau mesej itu
sebagai satu sedekah, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: ―Perkataan
yang baik itu adalah sedekah‖ (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab al-Adab, bab 34:
Perkataan yang baik). Dalam konteks ini, ajaran Islam menganjurkan sikap perlu berhati-hati
dan menilai sesuatu mesej atau maklumat dengan cermat kerana dibimbangi akan membawa
pengaruh yang buruk kepada penonton, pendengar dan penerima. Tambahan pula, dalam
konteks dunia globalisasi, media komunikasi lebih didominasi oleh pihak Barat yang
mempunyai pelbagai prejudis terhadap orang lain. Dalam hubungan ini, Allah s.w.t.
berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 6: ―Wahai orang-orang yang beriman, jika datang
kepadamu orang fasik yang membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak
menimpakan suatu musibah kepada satu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang
menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu‖.

20

Kesimpulan

Akibat keterlanjuran dalam penulisan berita tanpa ada rasa tanggungjawab dan batas
kebebasan etika kewartawanan akan membuatkan sesuatu situasi berita itu menjadi lebih
teruk seterusnya akan mengundang pelbagai masalah terhadap pihak keluarga atau siapasiapa individu sehingga menjatuhkan moral pihak yang dilapor. Apakah kata-kata seperti bad
news is a good news itu harus diguna pakai demi melariskan akhbar dan menarik perhatian
para penonton untuk fokus kepada stesen televisyen tertentu, tanpa memikirkan akan
keburukan yang bakal menimpa terhadap pihak atau keluarga yang dilapor? Apa yang
penting dalam sesuatu penulisan dan laporan berita iaitu berita-berita sensasi ini sebenarnya
boleh digunakan untuk mendidik dan mengajar masyarakat, seterusnya untuk membentuk
keperibadian yang lebih bertamadun tetapi, ianya haruslah berteraskan elemen-elemen atau
nilai-nilai murni agar laporan dan penulisan berita adalah lebih berkesan dan mampu
menyentuh emosi para pembaca dan penonton. Pembelajaran bermula di rumah, maka para
pengamal media haruslah menyebarkan penulisan berita dan laporan dengan cara yang
berkesan dan tidak mengganggu pemikiran kanak-kanak sehingga mereka sendiri akan
tertanya-tanya dan ibu bapa pula gagal memberi penjelasan yang memuaskan mereka. Para
pengamal media haruslah lebih banyak menyiarkan berita-berita yang mengandungi nilainilai murni dan tidak menyelitkan gambar-gambar yang tidak senonoh demi mengejar
keuntungan tanpa memikirkan bahawa kanak-kanak juga ialah sebahagian masyarakat yang
perlu diberi perhatian.

21

Rujukan

Audit Bureau Circulations. (2011). The ABC Report: Circulation figures for the period
ending 30 December 2011. Kuala Lumpur: Author.
Farhana Poniman, & Hafiz Berhanuddin. (2010). Sensational news: Responsibility in
educating readers. SASARAN, Jurnal Kritikan Media, 59, pg. 32.
Faridah Ibrahim. (2003). Falsafah dan etika kewartawanan di Malaysia: Antara tuntutan
profesionalisme dan kepentingan industri. Jurnal Komunikasi, 19, 59-78.
Faridah Ibrahim, & Mohd Safar. (2005). Penggunaan sumber berita dalam media cetak dan
elektronik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Finnegan, R. J. (1942). Social responsibilities of the newspaper. The ANNALS of the
American Academy of Political and Social Science, 219, 166-168. doi:
10.1177/000271624221900126
Goffman, E. (1959). The presentation of in everyday life. London: Allen Lane The Penguine
Press.
H.M.Tuah Iskandar. (1990). Kewartawanan Islam. Kuala Lumpur: Karya Media.
Hariyati Arifin. (2010). Pemeberitaan Sensasi:Virus Etika Kewartawanana. SASARAN, Jurnal
Kritika Media, 59, pg. 14.
Hasmah Zanuddin, & Yuana King. (2006). Peranan akhbar dan maklum balas sosial: Berita
jenayah akhbar Harian Metro. In Hamedi Mohd Adnan & Rahman Shaari (Eds.),
Media di Malaysia: Mendukung citra bangsa (pp. 97-118). Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Kivisto, P., & Pittman, D. (2011). Goffman's dramaturgical sociology In P. Kivisto (Ed.),
Illuminating social life: Classical and contemporary theory. Carlifornia: Sage
Publications, Inc.
Mohd Fahmi Mohd Yusof. (2010). Pemberitaan sensasi: Membentuk pemikiran atau mengaut
keuntungan. SASARAN, Jurnal Kritikan Media, 59, pg. 8.
Mohd Yahya Mohamed Ariffin. (2006). Pendapat publik mengenai peranan media dalam
menangani jenayah. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 8(1), 57-72.
Wilson, S. (2010). Source usage and news credibility in two Malaysian crime cases.
Akademika, 79, 43-51.
Kumac (Producer). (2004, October 6). Ke pembunuhan Norrita-Satu kronologi [Web log
comment]. Retrieved from http://kumac.tblog.com/post/200824
Report with care, media told. (2006, January, 27). The Star.
Play active role in crime prevention. (2009, January 24). The Star.

22