BUKTI KEUNGGULAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAG (1)
BUKTI KEUNGGULAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI NEGARAWAN YANG UNGGUL
1. Sebagai Nabi dan Rasul
Baginda diakui sebagai nabi dan rasul melalui tiga cara iaitu menerusi kitab suci alQuran,Taurat, Injil dan Zabur, kedua melalui sifat-sifat kenabian seperti menerima wahyu dan
memiliki sifat mulia seperti Siddiq, amanah, tabliqh, dan fatanah serta melalui bukti-bukti
sejarah.
Selain kitab suci, tanda-tanda kenabian baginda sudah diperlihatkan sewaktu baginda masih
kanak-kanak lagi. Dada baginda dibedah oleh malaikat Jibrail untuk dibersihkan. Selama 13
tahun baginda di Mekah, baginda lebih dikenali sebagai seorang nabi dan rasul yang membawa
agama Islam.
Ada yang menyokong dan ada pula yang menentang dakwah baginda. Semasa menyebarkan
agama Islam, nabi telah menunjukkan sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas.Teras
ajaran adalah berpaksikan aspek aqidah, syariat dan akhlak.
Baginda berakhlak menurut akhlak al-Quran sehingga menjadi insan yang paling sempurna dan
menjadi ikutan seluruh umat manusia. Sebagai pemimpin agama, baginda telah menentukan
beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Bidang-bidang tersebut adalah
seperti ibadat (solat,puasa,zakat dan lain-lain),nikah-kahwin, jenayah dan ketatanegaraan serta
hubungan antarabangsa
2. Sebagai Pemimpin Masyarakat Dan Negarwan
Baginda terkenal sebagai pemimpin masyarakat dan negarawan. Semasa di Madinah, sifatsifat kepemimpinan baginda dalam masyarakat terserlah kembali. Baginda melakukan pelbagai
langkah seperti:-
Berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan
setelah perpecahan begitu lama.
Mengeratkan lagi hubungan di kalangan masyarakat Islam sendiri menerusi usaha gigih
mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Madinah menjadi kuat,aman,stabil dari
segi politik dan ekonomi.
Mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah dengan menyeru mereka bekerjasama
dan bantu- membantu mempertahankan Kota Madinah dengan penggubalan Piagam
Madinah.
Menegakkan agama Islam dan tidak menafikan agama-agama lain dan adat budaya
bukan Islam. Tidak memaksa menganut ajaran Islam.
Ketua-ketua suku diberi peranan mengendalikan urusan dan masalah anggota suku
masing-masing selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Membentuk konsep ummah yang berteraskan kepada kesatuan aqidah dan menolak
semangat assabiyah zaman jahiliyah.
3. Kepimpinan Politik
Kepimpinan politik nabi terserlah sejak baginda di kota Mekah lagi seperti dalam
menyelesaikan masalah meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asal di Kaabah akibat
banjir yang melanda Makkah ketika itu.
Dalam perjanjian Aqabah, baginda menunjukkan kepimpinan politik yang matang sehingga
mendapat sokongan yang baik dari orang Aus dan Khazraj. Sebagai pemimpin politik yang
berkaliber, nabi tidak pernah menunjukkan permusuhan terhadap kaum lain terutamanya
Yahudi, malah terus mengadakan perundingan dengan mereka.
Berjaya menyatukan puak Aus dan Khazraj menjadi golongan Ansar dan mempersaudarakan
golongan Muhajirin dan Ansar di Madinah. Membentuk Piagam Madinah sebagai panduan
pentadbiran Madinah yang berteraskan wahyu.
Dalam politik di peringkat antarabangsa baginda dianggap diplomat yang berjaya kerana
baginda menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir, Byzantine, dan Parsi bagi
memperkenalkan ajaran Islam. Tidak sampai setengah abad,semua negara tersebut tunduk di
bawah pemerintahan Islam.
Sistem syura diperkenalkan dalam semua bidang termasuk politik dan ekonomi.
4. Sebagai Perancangan Ekonomi
Nabi sebagai perancang ekonomi, baginda memperkenalkan dasar ekonomi baru
menggantikan dasar ekonomi jahiliyah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras, dan
aktif dalam urusan perniagaan dan pertanian.
Masyarakat diminta mengelakkan riba, dan diwajib menunaikan zakat serta jujur dalama
urusniaga.
Nabi berusaha membangunkan ekonomi Islam dengan menggalakkan tanah-tanah terbiar
diusaha semula, tanah tergadai ditebus semula dan dikerjakan. Telaga-telaga air milik orang
Yahudi yang asalnya milik orang Islam telah dibeli dan dikuasai semula orang Islam.
5. Menjadi Pemimpin Tentera
Dalam bidang ketenteraan,baginda menjadi pemimpin tentera bagi setiap ekspedisi
ketenteraan yang disertainya. Asas ketenteraan baginda adalah berdasarkan aqidah, syariah,
dan akhlak mulia.
Baginda mempunyai keyakinan ketika menghadapi musuh. Dalam peperangan,baginda
bertindak mengikut batas-batas dan etika yang ditetapkan seperti tidak memerangi golongan
lemah,dan golongan tidak bersenjata, serta tidak memusnahkan harta benda dan tanaman.
Baginda menunjukkan akhlak baik dengan perasaan kemanusiaan seperti pernah
memulangkan harta benda musuh yang ditawan (Perang Hunain dan Perang Taif). Kaedah ini
menarik minat musuh untuk memeluk agama Islam.
Rasulullah SAW ialah seorang pemimpin perang yang cekap dan berpengetahuan luas dalam
bidang taktik dan strategi perang. Contohnya dalam perang Badar , baginda menggunakan
sistem saf, dalam perang Khandak menggunakan sistem pertahanan parit, serta teknik
mengepung dalam perang Taif.
Kesimpulan
Jelaslah bahawa nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang nabi dan rasul yang disegani
malah baginda merupakan seorang pemimpin masyarakat, negarawan, perancang ekonomi,
dan pemimpin tentera yang berjaya. Baginda cuba menonjolkan Islam yang tidak hanya
mementingkan aspek akidah, tetapi juga menitikberatkan hal ehwal kehidupan seharian.
Baginda berjaya membina tamadun Islam dan diwarisi pula oleh khulafa’ al-Rasyidin.
PENGENALAN
Nabi Muhammad (saw) dilahirkan pada waktu subuh hari Isnin,12 Rabiul-Awal Tahun
Gajah atau 20 April 571 Masihi di Makkah.
Bapa Baginda : Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim.
Ibu Baginda : Aminah bt Wahab bin Zuhrah bin Kilab.
Nabi Muhammad (saw) adalah anak yatim.
Nabi ialah seorang lelaki yang terpilih yang menerima wahyu Allah swt untuk amalan
dirinya sahaja.
Maksud Negarawan/Pemimpin : sebagai seorang ketua,ahli politik dan pentadbir yang
cekap.
DIGELAR 'AL-AMIN'
Digelarkan sebagai 'al-Amin' atau 'yang amanah' oleh masyarakat Quraisy Makkah.
mempunyai ciri-ciri dan kualiti yang diperlukan oleh seorang bakal pemimpin.
berjaya menyelesaikan perbalahan yang timbul di kalangan pemimpin-pemimpin Bani
dalam Kabilah Quraisy.
Peristiwa tersebut berlaku setelah Kota Makkah dilanda banjir.
Bani-Bani di Makkah bertelagah sesama sendiri semasa hendak meletakkan semula batu
Hajarul Aswad di sudut dinding Kaabah.
Batu tersebut dianggap suci dan mulia.
Akhirnya mereka memilih Nabi Muhammad (saw) sebagai hakim untuk menyelesaikan
masalah tersebut.
Baginda meletakkan batu tersebut ke tempat asalnya di sudut Kaabah.
menyebabkan seluruh pihak yang bertelagah itu berasa puas hati.
MENGATUR STRATEGI PENYEBARAN ISLAM
Baginda mula menyusun strategi penyebaran Islam yang benar-benar terancang dan teliti.
Peringkat Awal : Baginda hanya menyampaikan Islam kepada golongan yang paling
hampir dengan Baginda.
Tujuan : untuk tidak menimbulkan keributan di kalangan masyarakat Quraisy yang lain.
Berita kedatangan Islam telah tersebar luas dan penentangan semakin meningkat.
Baginda juga menyusun strategi untuk menghadapi Kaum Quraisy.
Umat Islam digesa untuk bertahan dan bersabar di atas segala penentangan Kaum
Quraisy.
Umat Islam masih kecil dan lemah dan belum mampu menandingi kekuatan Kaum
Quraisy.
MENYATUPADUKAN MASYARAKAT MADINAH
Baginda berjaya menamatkan permusuhan tradisi antara Suku Aus dan Suku Khazraj.
Kedua-dua suku ini digabungkan menjadi golongan Ansar.
Golongan Ansar ini digabungkan pula dengan golongan Muhajirin iaitu orang Quraisy
yang datang dari Makkah.
Dengan kejayaan ini,Baginda merupakan tokoh yang pertama.
kerana berjaya menyatukan bangsa Arab yang berlainan keturunan sehingga menjadi satu
umat yang padu dan kukuh.
SEORANG PEMIMPIN TENTERA
Baginda merupakan pemimpin tentera yang tertinggi.
Baginda turut berjuang dan dalam masa yang sama menjadi inspirasi para pejuang lain.
Dalam Perang Uhud,Baginda turut memakai baju besi,memikul pedang dan memerangi
musuh.
Baginda turut luka parah dalam peperangan tersebut.
Baginda juga sebagai seorang pakar strategi.
Bukti : - kecekapan taktik Baginda menggunakan pasukan memanah di lereng gunung
Uhud.
- taktik menggali parit dalam Perang Khandak
- teknik psikologi untuk memaksa Malek bin Aus menyerah diri dalam Perang
Taif.
MENGADAKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
Walaupun Nabi Muhammad (saw) adalah seorang yang buta huruf,namun baginda
seorang pemimpin sebuah kerajaan.
mengadakan hubungan diplomatik dan menghantar utusan-utusan ke beberapa daerah di
dalam dan di luar Tanah Arab seperti :
-Habsyah
-Byzantine
-Hirah
-Parsi
-Ghassan
RUMUSAN
adalah jelas bahawa Muhammad bin Abdullah itu merupakan seorang
nabi,Rasul,pemimpin dan negarawan ulung yang belum pernah disaksikan oleh sejarah
Tanah Arab sebelum dan selepasnya.
baginda membuktikan dirinya berkebolehan dalam hampir setiap bidang.
dalam sejarah selama 23 tahun menyebarkan Islam,Baginda merupakan seorang :-pendakwah
-perangka ekonomi negara
-panglima perang
-perangka strategi
-hakim
-penasihat
Di usia belia, Muhammad SAW mampu menyelesaikan perselisihan di antara suku-suku Quraisy
terkait dengan masalah pengembalian Hajar Aswad ke tempatnya semula. Di tengah perdebatan
yang alot, Muhammad mengambil keputusan yang sangat cerdik untuk menyelesaikan situasi
pelik itu.
Beliau menghamparkan jubah di atas tanah dan meminta agar Hajar Aswad diletakkan di tengahtengah hamparan jubah itu. Beliau kemudian meminta masing-masing suku memegang ujung
jubah itu dan bersama-sama mengangkat Hajar Aswad dan meletakkannya kembali ke tempat
semula. Persengketaan pun diselesaikan secara damai.
***
Kepemimpinan Nabi Muhammad sebagai seorang kepala negara dimulai ketika kaum Muslim
hijrah dari Makkah ke Madinah. Di kota suci kedua bagi umat Islam itulah, komunitas kecil
kaum Muslim di bawah kepemimpinan Muhammad SAW berhimpun.
Pada masa-masa awal kehidupan di Madinah, Rasulullah SAW dihadapkan pada situasi sulit.
Kaum muhajirin hidup miskin, tidak berdaya, dan tidak mempunyai berbagai sarana kehidupan.
Sementara itu, kaum Quraisy Makkah mengancam untuk menyerang Madinah, menghancurkan
komunitas Muslim yang masih kecil.
Kaum Yahudi-Madinah juga bersekongkol dengan orang-orang musyrik Makkah untuk
memusuhi kaum Muslim. Tak hanya itu, sejumlah suku Arab di sekitar Madinah juga
menunjukkan sikap permusuhan terhadap keyakinan baru ini, dan pada saat yang bersamaan
mulai berkembang kelompok munafik di antara kaum Muslim Madinah sendiri
Siapa pun, yang kuat dan kaya sekalipun, pasti kewalahan menghadapi tekanan dan beban ini.
Namun, Muhammad dapat menyelesaikan situasi sulit dan tak terduga ini dengan efektif dan
berhasil. Ini membuktikan kenegarawanan dan kecakapannya dalam bidang politik.
***
Menghadapi kenyataan yang sangat sulit itu, Muhammad SAW mengambil serangkaian langkah
untuk mengukuhkan Negara Islam yang baru didirikan itu secara sosial, politik dan ekonomi. Ia
mampu menegakkan otoritas politik dan memelihara hukum serta ketertiban di seluruh wilayah
suku-suku di dalam dan di sekitar Madinah.
Lalu, Muhammad membuat berbagai perjanjian dengan kepala-kepala suku Arab dan suku-suku
Yahudi di sekitar Madinah. Melalui serangkaian langkah itulah Nabi Muhammad mampu
membawa Negara Islam Madinah sebagai sebuah negara yang aktif memainkan berbagai peran
politik di seluruh penjuru wilayah.
Marshal G Hodgson dalam tulisannya yang bertajuk The Venture of Islam, mengungkapkan,
"Masyarakat Muhammad terdiri dari kaum Muslim dan non-Muslim dalam berbagai ragam
derajat keanggotaan."
Sejak saat itu, tulis Hodgson, komunitas itu tak lagi sekadar sebuah suku baru yang terdiri dari
orang-orang beriman atau bahkan sekedar perkumpulan revolusioner lokal. ‘’Masyarakatnya
terdiri dari berbagai unsur heterogen yang diorganisasi secara lebih baik dibandingkan sistem
organisasi masyarakat Makkah, baik secara religius maupun politik,’’ papar Hodgson.
***
Struktur politik yang dibangun Muhammad, papar Hodgson, merupakan bangunan yang kini
dikenal dengan sebutan negara, seperti negara-negara lain yang ada di sekeliling Jazirah Arab,
lengkap dengan otoritas tata pemerintahan yang berdasarkan aturan hukum.
Untuk menjalankan roda pemerintahannya, ungkap Hodgson, Muhammad mengirim sejumlah
utusan yang bertugas mengajarkan Alquran dan prinsip-prinsip Islam, mengumpulkan zakat, dan
menengahi berbagai perselisihan demi menjaga perdamaian dan mencegah permusuhan.
Sehingga, kaum Muslim Madinah melahirkan dan menciptakan suatu jalan hidup yang adil dan
bernilai ketuhanan di seluruh wilayah Hijaz, bahkan juga pada wilayah-wilayah di luarnya.
b)Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin masyarakat
·
Baginda sebagai ketua dalam masyarakat dan telah Berjaya menyelesaikan
masalah persengketaan antara Aus dan Khazraj dan di antara orang Arab dengan
Yahudi di Madinah.
c) Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin politik
·
Nabi Muhammad SAW telah dilantik menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah
permindahan Hajar al-aswad sewaktu kaabah di landa banjir.
·
Setelah itu baginda mengetuai bagi pihak orang Islam Makkah dalam Perjanjian
Aqabah I dan Aqabah 11 sebelum dilantik menjadi ketua Negara Islam Madinah.
d) Nabi Muhammad SAW sebagai perancang ekonomi
·
Baginda telah merancang dan melaksanakan beberapa projek-projek ekonomi
Madinah termasuk projek pertanian dan perdagangan.
e) Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin tentera yang Berjaya
·
Di antara kejayaan yang terbesar adalah dalam Perang Badar, Perang Khandak,
dan pembukaan semula Kota Makkah.
5.3 KAEDAH PENGURUSAN KETENTERAAN NABI MUHAMMAD S.A.W
Berdasarkan beberapa sejarah peperangan yang dikendalikan oleh Nabi Muhammad S.A.W, kita dapat melihat
kebijaksanaan baginda dalam merancang, menyusun, melaksana dan mengawal setiap operasi peperangan.
Kewibawaan Nabi Muhammad S.A.W dalam mengurus operasi ketenteraan ini telah membawa kejayaan dalam
peperangan yang dihadapi. Kekalahan dalam operasi yang berlaku adalah berpunca daripada kecuaian terhadap
perintah dan pesanan Nabi Muhammad S.A.W sebagai ketua.
Nabi Muhammad S.A.W mengurus operasi peperangan melalui EMPAT peringkat seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 5.1.
Rajah 5.1: Kaedah pengurusan ketenteraan Nabi Muhammad S.A.W
1. Perancangan
Perancangan adalah suatu kegiatan yang dilakukan untuk merangka masa depan. Ia melibatkan keputusan yang
saling bertindak untuk menuju kepada pembangunan strategi yang berkesan. Nabi Muhammad S.A.W telah
membuat perancangan yang rapi sebelum sesuatu operasi peperangan dilancarkan. Ini jelas kita lihat apabila
baginda mengadakan mesyuarat bersama para sahabat sebelum menentukan sesuatu ketetapan dalam rancangan
sesuatu operasi peperangan.
2. Penyusunan
[TOP]
Penyusunan melibatkan kegiatan-kegiatan dalam melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan. Dalam penyusunan
sesuatu operasi, seseorang ketua akan menentukan tanggungjawab di kalangan anggota, membentuk struktur yang
sesuai dengan keadaan dan masa. Perkara yang perlu diambil berat adalah:
1.
Melihat tugas-tugas yang terkandung di dalam perancangan operasi secara menyeluruh;
2.
Membuat analisis tentang operasi semasa dari segi keupayaan dalaman dan luaran yang boleh membantu;
3.
Mewujudkan kesinambungan dalam operasi dari segi fungsi dan tanggungjawab; dan
4.
Memastikan setiap anggota memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Nabi Muhammad S.A.W telah menyusun aktiviti ketenteraan sebelum peperangan. Baginda telah mewujudkan tugastugas yang perlu dilaksanakan dalam operasi peperangan seperti tugas menggali parit dalam operasi peperangan
Khandaq, membuat analisis semasa berkaitan keupayaan dalaman dan luaran pasukan muslimin, kesinambungan
operasi yang melibatkan tindakan-tindakan yang perlu seperti mengadakan mesyuarat tergempar apabila melihat
keupayaan tentera muslimin yang mencemaskan dalam peperangan Khandaq, seterusnya memikirkan tindakan
mewujudkan muslihat bagi menjamin kemenangan tentera muslimin dan memastikan setiap anggota memahami
tugas
dan
tanggungjawab
masing-masing.
Implikasi pengabaian terhadap tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh seorang ketua tentera akan
membawa kepada kekalahan, sebagaimana yang berlaku di kalangan tentera pemanah umat Islam dalam
peperangan Uhud.
3. Pelaksanaan
[TOP]
Aktiviti pelaksanaan sesebuah operasi melibatkan dua perkara, iaitu pengarahan dan penyelarasan. Kedua tugas
berjalan serentak sepanjang proses pelaksanaan. Tugas-tugas pengarahan melibatkan unsur kepimpinan dan
pengurusan. Keberkesanan pengarahan melibatkan keupayaan seorang ketua dalam melaksanakan tugas-tugas
kepimpinan. Pelaksanaan pengarahan berkesan boleh dicapai melalui:
1.
Memberi ruang yang luas kepada anggota untuk bertindak;
2.
Mengurangkan arahan daripada pihak atasan;
3.
Menambahkan tanggungjawab anggota dari semasa ke semasa; dan
4.
Memberi latihan yang diperlukan agar mereka terus maju.
Asas utama dalam proses pelaksanaan ialah mewujudkan kesepaduan dalam sesebuah operasi yang dilakukan oleh
pihak yang terlibat. Penyelarasan diperlukan agar sesuatu tindakan dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang
ditetapkan.
Sistem penyelarasan yang baik merangkumi penyelarasan fungsi-fungsi perancangan, penyusunan dan pengawalan.
Langkah-langkah ke arah penyelarasan antaranya ialah:
1.
Mempersepadukan semua aktiviti utama;
2.
Mewujudkan komunikasi yang berkesan;
3.
Melaksanakan semua unsur kepimpinan; dan
4.
Menghidupkan suasana berkerjasama dalam satu pasukan.
Nabi Muhammad S.A.W merupakan seorang pelaksana yang berwibawa. Ini jelas kita lihat dalam setiap operasi
peperangan yang dipimpin oleh baginda seperti peperangan Badar, Uhud dan Khandaq.
4. Pengawalan
[TOP]
Pengawalan merupakan peringkat akhir dalam proses perlaksanaan sesuatu operasi. Kawalan dapat mengukur
prestasi atau produktiviti. Sistem kawalan yang baik dapat memberi maklumat berterusan tentang prestasi sesuatu
operasi. Pengawalan berkesan memerlukan:
1.
Perancangan yang membolehkan sesuatu objektif tercapai
2.
Tindakan mengukur terhadap apa yang telah dicapai.
3.
Bandingan pencapaian sebenar dengan pencapaian yang dirancang.
4.
Tindakan mengambil kesempatan daripada peluang-peluang yang wujud
Nabi Muhammad S.A.W merupakan seorang ketua tentera yang bijak melaksanakan kawalan dalam setiap operasi
ketenteraan yang dipimpinnya. Sebagai ketua tentera, baginda sentiasa mengawal perjalanan operasi peperangan
yang berlaku dan bertindak pantas dalam detik-detik kecemasan seperti yang berlaku dalam peperangan Khandaq.
Kreativiti seorang ketua tentera merupakan antara faktor yang menyumbang ke arah kejayaan sesuatu operasi
peperangan. Nabi Muhammad S.A.W telah mengadakan proses kawalan setelah sesuatu operasi peperangan agar
kelemahan yang berlaku tidak akan berulang. Peperangan Khandaq telah dirancang dengan lebih baik ekoran
kelemahan
yang
menimpa
kaum
muslimin
di
peperangan
Uhud.
Keberkesanan dalam operasi peperangan yang diketuai oleh Nabi Muhammad S.A.W merupakan hasil pengendalian
efektif baginda meliputi kitaran kaedah-kaedah pengurusan t
1. Kepimpinan ketenteraan
Rasulullah s.a.w merupakan ketua angkatan tentera yang sangat hebat dan disegani oleh kawan
dan lawan. Peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w di bahagi kepada dua iaitu peperangan
yang disertai oleh Rasulullah s.a.w (ghazwah) dan tidak disertai oleh Rasulullah (Sariyah). Setiap
ekspedisi tentera yang disertainya, bagindalah yang mengetuainya. Antara peperangan yang
disertai oleh Rasulullah s.a.w ialah Badar al-Kubra(2H), Uhud(3H), al-Ahzab (5 H), Perang Hunain
(8 H), Perang Taif (8 H) dan lain lain lagi. Rasulullulah telah menunjukkan ciri kepimpinan yang
cemerlang, adil dan tidak secara autokratik. Perbincangan (syura) diutamakan dalam membuat
keputusan.
2. Pengurusan Jenis tentera
Zaman awal Islam, bilangan tentera Islam amatlah kecil berbanding tentera musuh. Misalnya
dalam Perang Badar tentera Islam hanyalah lebih kurang 324 orang (atau 313 orang). Tentera
Islam terdiri daripada tentera pejalan kaki (infantri), tentera berkuda (kavalri) dan pasukan
pemanah. Bilangan tentera sentiasa bertambah dari semasa ke semasa sehingga menjadi 30 ribu
orang dalam perang Tabuk. Bilangan ini kemudiannya semakin meningkat kepada 300 ribu orang
pada awal pemerintahan Abbasiah.
3. Pengurusan Gaji Tentera
Zaman Rasulullah s.a.w tentera Islam terdiri daripada sahabat baginda yang berperang secara
suka rela hanya kerana agama dan menuntut keredaan Allah S.A.W. Mereka tidak menerima gaji
atau bayaran yang tetap daripada kerajaan Islam Madinah kerana tiada tentera bergaji tetap
dibentuk pada ketika itu. ( Elaun atau gaji tetap hanya dibayar pada zaman Khalifah Umar alKhattab yang dikuatkuasa mulai 20 H.) Tentera Islam pada zaman Nabi Muhammmad hanya
memperolehi harta rampasan perang yang dibahagi secara adil dan setelah diberi sebahagiannya
kepada perbendaharaan Negara.
4. Pengurusan Peralatan Peperangan
Peralatan persenjataan peperangan pada Zaman Rasulullah s.a.w seperti tombak, panah,
manjaniq , pedang, dan juga menggunakan kelebihan alam dengan cara meninjau keadaan cuaca
dan angin. Penggunaan binatang seperti kuda dan unta juga dilakukan dengan meluas.
5. Pengurusan taktik dan strategi peperangan
Pelbagai taktik dan strategi peperangan dalam Islam. Taktik ini disesuaikan dengan situasi dan
lokasi tempat peperangan itu berlaku. Contohnya taktik menunggu dalam perang Badar, taktik
bertahan dengan mengadakan benteng pertahanan seperti menggali parit dalam perang
Khandak, taktik mengepung dan seterusnya menyerang bertubi-tubi, menubuhkan jabatan
perisikan, dan lain lain.
6. Peperangan sebagai satu ibadat
Nabi Muhammmad telah mendidik tentera Islam bahawa peperangan adalah jihad sebagai jalan
terakhir dalam usaha dakwah. Tentera Islam berjuang dalam peperangan kerana menuntut
keredaan Allah S.W.T. Perjuangan kerana jalan Allah ini akan dijanjikan syurga. Oleh itu
peperangan adalah satu ibadat kepada umat Islam dalam usaha menyebarkan dakwah dan
perkembangan Islam
7. Pengurusan Hubungan Diplomatik
Dalam usaha mengukuhkan keamanan dan kekuasaan Islam, Rasulullah s.a.w telah menjalinkan
hubungan diplomatik dengan negara luar. Baginda telah menghantar perwakilan ke luar seperti
Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi. Kesan misi diplomatik ini, semua negara berkenaan telah
tunduk di bawah pemerintahan Islam. Dengan demikian misi ketenteraan tidak perlu digerakkan
dan peperangan dapat dielakkan.
Soklan 4
Menurut riwayat, ada seorang Badwi datang menghadap Nabi s.a.w. dengan maksud ingin meminta
sesuatu pada Baginda. Nabi s.a.w. memberinya, lalu bersabda, “Aku berbuat baik kepada mu.” Badwi itu
berkata, “pemberianmu tidak baik padamu.” Para sahabat rasa tersingguing, lalu mengugutnya dengan
marah, namun Nabi memberi isyarat agar mereka bersabar.
Kemudian Nabi s.a.w. pulang ke rumah. Nabi kembali dengan membawa barang tambahan untuk
diberikan kepada Badwi itu. Nabi bersabda pada Badwi itu, “Aku berbuat baik pada mu?” Badwi itu
berkata, “Ya, semoga Allah membalas kebaikan uan, keluarga dan kerabat.”
Keesokan harinmya, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, “Nah, kalau pada waktu Badwi
itu berkata yang sekasar itu engkaui dengar, kemudian engkau tidak bersabar dan engkau
membunuhnya, maka ia pasti masuk neraka. Namun, kerana saya bimbing dengan baik, maka ia
selamat.” Beberapa hari selepas itu, si Badwi bersedia untuk di beri perintah bagi melaksanakan tugas
penting yang berat mana sekali pun. Dia juga turut dalam medan jihad dan melaksanakan tugasnya
dengan taat dan redho.
Rasulullah s.a.w. memberikan contoh kepada kita tentang berlapang dada. Ia tidak marah menghadapi
kekasaran seorang Badwi yang memang demikianlah karekternya. Kalaupun saat itu dilakukan hukuman
terhadap si Badwi itu , tentu hal itu bukan satu kezaliman, NAMUN Rasulullah s.a.w. tidak berbuat
demikian.
2.
Krisis Masyarakat di Zaman sebelum Rasulullah:
Sebelum dibahas tentang bagaimanakah Rasulullah mengubati penyakit masyarakat jahiliah di
zamannya, terlebih dahulu kita mengetahui akan apakah penyakit masyarakat yang mewabah ketika itu.
Sebelum Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul, masyarakat tertimpa berbagai macam krisis dan
penyakit jiwa. Diantara penyakit yang menimpa masyarakat :
Sangat memuja berhala. Hati masyarakat begitu melekat kepada berhala.
Terlalu ketagihan dengan arak/alkohol.
Terlalu suka dengan riba. Bunga tinggi, tak sanggup bayar, jadi hamba.
Wujudnya dua empayar besar yaitu Rome dan Parsi yang menindas negara-negara lemah.
Pelacuran amat leluasa merebak di tengah masyarakat.
Akhlak kaum wanita ketika itu amat rendah.
Manusia terlalu bakhil, terlalu gila harta sehingga harta orang hendak dijadikan harta dia.
Perpecahan menjadi-jadi. Terjadi peperangan. Kadang peperangan besar hanya disebabkan hal kecil.
Cara Rasulullah Menyelesaikan Krisis:
Rasulullah hanya tanamkan 3 pil saja pada diri masyarakat Jahiliah ketika itu.
Pertama, Rasulullah menanam kembali rasa tauhid kedalam hati masyarakat sehingga manusia terasa
akan kebesaran Tuhan, kasih sayang, kehebatan dan keperkasaan Tuhan.
Kedua, Rasulullah menanamkan kembali cinta kepada Akhirat. Beliau memperkatakan tentang Syurga
dan Neraka.
“Akhirat itu adalah lebih utama, lebih baik daripada dunia.” (Surah Ad-Dhuha, ayat 4)
“Akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal.” (Surah Al A’la, ayat 17)
Lahirlah manusia yang jiwanya terpaut dengan Akhirat. Akhirnya bukan saja harta dihabiskan untuk
Akhirat bahkan nyawa sendiri dikorbankan. Mereka mau cepat-cepat kembali ke Akhirat. Mereka mau
mati syahid menjadi para syuhada.
Ketiga, Rasulullah menanam semangat dan perasaan cinta akan sesama manusia terutamanya umat
Islam untuk mengikis penyakit terlalu cinta diri sendiri, keluarga atau kawan-kawan sendiri.
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai diri saudara-saudaranya seperti dia
mencintai dirinya sendiri.”
“Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak berkhidmat kepada manusia yang lain.”
“Barang siapa yang menunaikan hajat saudara lain, Tuhan akan tunaikan padanya 70 hajat.”
Terjalin perasaan ghairah apabila menolong orang lain. Lahir perasaan kasih sayang pada orang lain.
Mereka dapat merasakan nasib orang lain seperti nasib mereka sendiri, kesenangan orang lain seperti
kesenangan sendiri, kesusahan orang lain seperti kesusahan sendiri, darah orang lain seperti darah
sendiri, nyawa orang lain seperti nyawa sendiri.
Pertama, Dengarlah dengan seksama pendapat orang lain dan tidak menjatuhkan vonis salah sebelum
mendengar secara utuh.
Rasulullah mendengar berita dari Saad secara utuh kemudian mengambil kebijakan untuk
mengumpulkan mereka yang terlibat dan mengajak mereka berdialog. Tidak selayaknya seorang
pemimpin mengambil langkah tertentu sebelum memahami dengan cermat inti masalah yang ada.
Diperlukan verifikasi dan klarifikasi (tabayyun). Pemahaman yang keliru pada suatu masalah berakibat
kekeliruan dalam mengambil keputusan.
Kedua, Lapang dada.
Rasulullah tidak marah mendengar berita negatif itu. Bahkan terhadap Saad yang dengan berani datang
kepada beliau menyampaikan bahwa dirinya termasuk bagian yang kecewa dengan kebijakan Nabi
Muhammad shalallahu `alaihi wa salam itu. Rasul juga tidak meragukan loyalitas mereka dan tidak
pernah meremehkan pengorbanan yang pernah mereka berikan. Justru Rasulullah menyebutkan
beberapa kontribusi orang-orang Anshar guna mengangkat maknawiyah mereka. Bahwa perbedaan
dalam pendapat atau keputusan tidak berarti menghilangkan ketsiqahan (kepercayaan) kepada
pimpinan, selama masih dalam koridor syari`at.
Ketiga, Komitmen pada etika dialog.
Dalam dialog, Rasulullah memulai dengan mendudukkan persoalan. Wahai orang-orang Anshar,
terdengar olehku sikap kalian. Kemudian beliau menyebutkan prestasi dan kontribusi yang telah
disumbangkan oleh kaum muslimin warga Madinah itu, baru kemudian masuk pada inti dialog, Silahkan
kalian menanggapi pernyataan ku!
Dialog yang santun dan sejuk ini secara otomatis akan mendapatkan respon yang santun dan sejuk pula.
Dimana orang-orang Anshar menjawab, Segala keutamaan milik Allah dan Rasul-Nya. Strategi Nabi
Muhammad shalallahu `alaihi wa salam yang terlebih dahulu menyebutkan prestasi-prestasi orang-prang
Anshar bertujuan untuk mengikis benih-benih perbedaan pandangan yang ada di hati, baru kemudian
menjelaskan persoalan yang sesungguhnya. Sehingga akhir dari dialog itu adalah kami menerima
pembagian yang dilakukan oleh Nabi Muhammad shalallahu `alaihi wa salam. Komitmen pada etika
dialog akan mempercepat solusi.
Keempat, Menyebutkan hal-hal yang yang disepakati bersama.
Setelah Nabi Muhammad shalallahu `alaihi wa salam menyebutkan berbagai karunia Allah dan
kontribusinya bagi orang-orang Anshar, beliau menyebutkan prestasi-prestasi mereka dalam membela
Allah dan Rasul-Nya. Hal ini merupakan langkah sistematis yang secara bertahap mempersiapkan hatihati peserta dialog untuk fokus pada solusi, bukan debat yang tidak bertepi. Diawali pada hal-hal yang
telah disepakati baru kemudian masuk pada tema yang menjadi perbedaan.
Kelima, Menyebutkan keutamaan dan prestasi pihak lain dan tidak melupakannya.
Seandainya Nabi Muhammad shalallahu `alaihi wa salam mengawali dialog itu dengan menyebutkan sisisisi negatif dari masyarakat Anshar tentu akan memperlebar jurang perbedaan. Ketika perbedaan itu
semakin dominan sulit bagi jiwa-jiwa yang kecewa untuk menerima segala tawaran solusi yang diajukan.
Keenam, Segera menyelesaikan konflik dan mencari solusi.
Menunda penyelesaian suatu konflik akan membuat semakin rumit persoalan. Setelah mendengar, Nabi
Muhammad shalallahu `alaihi wa salam segera meminta Saad untuk mengumpulkan kabilah yang
terlibat. Langkah cepat dalam menyelesaikan masalah akan mempersempit wilayah masalah itu dan
tidak menambah jumlah mereka yang terlibat. Respon cepat akan mampu melokalisir persoalan.
Ketujuh, Langkah aktif dan keterbukaan
Langkah Saad bin Ubadah yang berinisiatif menyampaikan masalah itu kepada Rasul menunjukkan
kesungguhan beliau untuk mencari solusi. Saad tidak mencari muka dan tidak menjilat. Ketika beliau
ditanya tentang posisinya dalam kasus itu, secara jujur mengakui bahwa beliau bagian dari para
sahabatnya yang kecewa. Saad tidak munafik, tidak mengadukan orang lain sementara ia berlepas diri.
Demikianlah antara pimpinan dan bawahan semestinya memiliki semangat yang sama untuk mencari
solusi yang tepat. Tak ada keraguan dalam hati bawahan untuk jujur dan terbuka mengatakan apa
adanya, dan tak ada ganjalan dalam hati pimpinan untuk lapang dada mendengar pendapat bawahan.