Nota Kimia Tingkatan 5

www.sagadbl.com

Cikgu
gu Irwan@2013
Irwan

Nota Kimia Tingkatan 5

Bab 1 - Kadar Tindak Balas (Ra
(Rate of Reaction)
Kadar Tindak Balas
Tindak balas kimia (chemical reaction)
n) berlaku apabila bahan tindak balas (reactant)
nt) dicampurkan bersamasama, pada keadaan yang sesuai.
Kelajuan sesuatu tindak balas kimia ituu ddipanggil kadar tindak balas (rate of reaction).
Semasa tindak balas kimia, bahan tin
indak balas digunakan sehinggalah hasil tindak
ak balasnyanya (product)
terbentuk. Oleh itu, jumlah bahan tind
ndak balas akan berkurangan manakala jumlah
h hasil tindak balas akan

meningkat, sebagaimana tindak-balasnya
ya diteruskan.
Oleh itu, kadar tindak balas boleh ditentu
ntukan oleh salah satu daripada cara-cara berikut:
1. Kadar kehilangan bahan tindak bbalas, atau
2. Kadar pembentukan sesuatu hasil
sil tindak balas (product).

Kadar tindak balas boleh ditakrifkan seb
ebagai jumlah sesuatu bahan tindak balas yang digunakan
dig
bagi setiap unit
masa.

Kadar tindak balas juga boleh ditakrif
rifkan sebagai jumlah hasil tindak balas yang dipe
iperolehi per unit masa.

Kaedah mengukur kadar tindak balas
as.




Jumlah bahan tindak balas yang digunakan atau hasil tindak balas yang diperoleh
lehi boleh diukur dari segi
jisim bahan atau kepekatan bahan
an tersebut.
Untuk tindak balas kimia yangg m
menghasilkan gas, kadar tindak balas boleh diukur
diu
sebagai jumlah gas
yang dihasilkan per unit masa.

Tindak balas antara kalsium karbonaat dan asid hidroklorik cair.
Tindak balas antara kalsium karbonat (ke
(kepingan kecil marmar) dan asid hidroklorik cair
ir boleh
diwakili oleh persamaan berikut:
1


www.sagadbl.com

Cikgu
gu Irwan@2013
Irwan

CaCO (s) + 2HCl(aq)

CaCl (aq) + CO (g) +H O(l)

dimana;
dak balas, dan
CaCO (s) + 2HCl(aq) adalah bahan tinda
CaCl (aq) + CO (g) +H O(l) adalah hasi
asil tindak balas.
Semasa tindak balas, berlaku perubahann yang dapat dilihat seperti berikut:





Jisim kalsium karbonat (bahan tin
tindak balas) berkurangan.
Kepekatan asid hidroklorik (baha
han tindak balas) berkurangan.
Jumlah isipadu karbon dioksidaa ((hasil tindak balas) yang dihasilkan meningkat.

Oleh itu, kadar tindak balas antara kalsiu
sium karbonat dan asid hidroklorik boleh ditentuk
ukan dengan mengukur:
1. Penurunan dalam jisim kalsium kkarbonat per unit masa, atau
2. Peningkatan dalam isipadu karbo
bon dioksida per unit masa.
Iaitu,

atau

Kadar tindak balas adalah berkadar song
ngsang dengan masa yang diambil bagi tindak bal
alas itu selesai.


Tindak balas adalah pantas jika ia men
engambil masa yang singkat untuk disiapkan.. Sebaliknya,
S
tindak balas
adalah perlahan jika ia mengambil masa
sa yang panjang bagi suatu tindak balas itu iselesa
saikan/dilengkapkan.
Selain daripada perubahan dalam jisim
m bahan tindak balas atau perubahan dalam ispa
padu gas yang dihasilkan,
perubahan lain yang dapat diperhatikann aadalah seperti berikut:
1. Perubahan warna.
2. Pembentukan mendakan.
Oleh itu, masa yang diambil untuk warna
rna sesuatu bahan tindak balas itu berubah atau jumlah
jum mendakan
terbentuk boleh digunakan untuk mengu
gukur kadar tindak balas.
tindak balas bergantung kepada perubahan yang
g diukur.

d
Sebagai contoh:
Unit-unit yang digunakan untuk kadar tin
2

www.sagadbl.com




Cikgu Irwan@2013

cm per unit masa (saat atau minit) untuk gas.
g per unit masa atau mol per unit masa untuk bahan tindak balas pepejal.
mol dm per unit masa bagi bahan tindak balas dalam larutan akueus (aqueous solution).

Tindak balas kimia yang berlainan berlaku pada kadar yang berbeza. Sebahagian tindak balas berlaku dengan
cepat/pantas dan ada juga yang berlaku secara perlahan.

Bab 2 - Sebatian Karbon (Carbon Compounds)

Sebatian Karbon
Sebatian karbon (carbon compounds) merupakan sebatian yang mengandungi unsur karbon sebagai unsur
juzuknya (constituents).
Hampir semua makanan merupakan sebatian karbon, misalnya karbohidrat, protein, lemak, dan vitamin.
Sebatian karbon dikelaskan kepada:
1. Sebatian organik (organic compound)
2. Sebatian tak organik (inorganic compound)

Sebatian organik dan sebatian tak organik
Sebatian organik merupakan sebatian karbon yang berasal daripada haiwan dan tumbuhan. Contohnya;



Petroleum dan gas asli yang mempunyai unsur juzuk karbon dan hidrogen.
Kanji, alkohol, gula, dan lemak yang mempunyai unsur juzuk karbon, hidrogen dan oksigen.

Sebatian tak organik merupakan sebatian yang bukan berasal daripada hidupan.
Walaupun hampir semua sebatian karbon dikelaskan sebagai sebatian organik, sebatian karbon yang berikut
tergolong dalam kumpulan sebatian tak organik:








Karbon monoksida, CO
Karbon dioksida, CO
Karbon disulfida, CS
Sebatian karonat dan bikarbonat: kalsium karbonat, CaCO , dan natrium bikarbonat, NaHCO .
Sebatian karbida (carbide): kalsium karbida, Ca C.
Sebatian sianat (cyanate) dan tiosianat (thiocyanate): natrium sianat, NaCN, dan natrium tiosianat,
NaSCN

3

www.sagadbl.com

Cikgu Irwan@2013


Sebatian karbon
1) Sebatian organik
Semua sebatian karbon kecuali






CO , CO
CS
Sebatian karbonat, CO , dan bikarbonat, HCO
Sebatian sianida (cyanide), CN , dan tiosianat, SCN
Sebatian karbida, C

2) Sebatian tak organik





Batu batan seperti sebatian silikat (silicate).
Bijih logam seperti kasiterit.
Asid mineral seperti asid sulfurik.

Semua sebatian organik terbakar dengan lengkap dalam bekalan gas oksigen yang berlebihan untuk
menghasilkan gas karbon dioksida dan air sahaja.
Sebatian organik terbakar dengan tidak lengkap dalam bekalan gas oksigen yang terhad untuk menghasilkan
campuran jelaga (karbon), karbon monoksida, karbon dioksida, dan air.

Hidrokarbon
Pada amnya, sebatian organik dikelaskan kepada hidrokarbon dan bukan hidrokarbon.
Hidrokarbon (hydrocarbon) adalah sebatian organik yang terdiri daripada unsur karbon dan unsur hidrogen
sahaja. Atom karbon dan atom hidrogen dalam sebatian hidrokarbon diikat bersama-sama melalui ikatan
kovalen (covalent bonds).
Hidrokarbon tepu ialah hidrokarbon dengan atom karbonnya terikat kepada atom yang lain melalui ikatan
kovalen yang tunggal (single covalent bonds).

Pembentukan empat ikatan kovalen tunggal.

4


www.sagadbl.com

Cikgu Irwan@2013

Hidrokarbon tak tepu ialah hidrokarbon yang mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua
(double bond) atau ikatan ganda tiga (triple bond) antara atom-atom karbon dalam molekul itu.

Pembentukan dua ikatan tunggal
dan satu ikatan ganda dua.

Pembentukan satu ikatan tunggal
dan satu ikatan ganda tiga.

Sebatian organik
1. Hidrokarbon (Unsur karbon dan hidrogen sahaja).
i) Alkana (alkanes)
ii) Alkena (alkenes)
2. Bukan hidrokarbon (Unsur karbon, hidrogen dan unsur lain)
i) Alkohol
ii) Asid Karbosilik
iii) Ester

Sumber utama hidrokarbon ialah petroleum.
Petroleum merupakan cecair hitam yang sangat pekat dan melekit. Bahan ini wujud secara semulajadi sebagai
minyak mineral dalam lapisan-lapisan kerak bumi.

Bab 3 - Pengoksidaan dan Penurunan (Oxidation and Reduction)
Tindak Balas Redoks
Tindak balas redoks (redox reaction) ialah tindak balas kimia yang melibatkan proses pengoksidaan
(oxidation) dan penurunan (reduction), dimana kedua-dua proses ini berlaku secara serentak.
5

www.sagadbl.com

Cikgu Irwan@2013

Apabila sesuatu bahan dioksidakan dalam tindak balas redoks, sesuatu bahan yang lain akan diturunkan ataupun
dengan yang sebaliknya.
Agen pengoksidaan (oxidizing agent) ialah bahan yang mengoksidakan bahan tindak balas yang lain. Dalam
suatu tindak balas redoks, agen pengoksidaan mengalami proses penurunan supaya dapat mengoksidakan bahan
yang lain.
Agen penurunan (reducing agent) ialah bahan yang menurunkan bahan tindak balas yang lain. Dalam suatu
tindak balas redoks, agen penurunan mengalami proses pengoksidaan supaya dapat menurunkan bahan yang
lain.
Pengoksidaan (oxidation) ialah suatu proses yang melibatkan





penambahan oksigen, atau
kehilangan hidrogen, atau
kehilangan elektron, atau
penambahan nombor pengoksidaan (keadaan pengoksidaan) bagi unsur-unsur yang terlibat dalam
sesuatu tindak balas.

Penurunan (reduction) ialah suatu proses yang melibatkan





kehilangan oksigen, atau
penambahan hidrogen, atau
penambahan elektron, atau
pengurangan nombor pengoksidaan bagi unsur-unsur yang terlibat dalam sesuatu tindak balas.

Bagi menjelaskan pengertian pengoksidaan dan penurunan, perbincangan boleh dibuat terhadap tiga (03)
aspek, iaitu;
1. Kehilangan dan penambahan oksigen atau hidrogen.
2. Pemindahan elektron.
3. Perubahan nombor pengoksidaan unsur-unsur.

6

www.sagadbl.com

Cikgu Irwan@2013

7