PENCEGAHAN PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN DI MALAYSIA: PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN.

PENCEGAHAN PEMERDAGANGAN ORANG DAN PENYELUDUPAN MIGRAN DI
MALAYSIA: PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN.
Reseman Ajiman, Rohani Abdul Rahim
Azizah Landa, Rovina Intung & Herlina Makanah
Fakulti Undang-Undang
Universiti Kebangsaan Malaysia
tn_reseman@yahoo.com.my
ABSTRAK

Isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran tidak sah di Malaysia merupakan satu
jenayah merentas sempadan yang semakin menimbulkan situasi yang membimbangkan.
Istilah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran juga sering menjadi kekeliruan
kepada masyarakat umumnya. Perbezaan istilah dan pemahaman isu ini perlu di kenalpasti
dan penting dalam memberi layanan dan perlindungan undang-undang yang sewajarnya
kepada mangsa pemerdagangan atau penyeludupan orang di Malaysia. Selain itu, hak buruh
paksa sebagai pekerja sering terlepas pandang oleh pihak berkuasa kerana status mereka
sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Menyukarkan lagi keadaan apabila perundangan
negara khasnya Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM)
2007 [Akta 670] juga tidak menyatakan dengan jelas tafsiran dalam akta tersebut.
Berdasarkan kes-kes yang diputuskan mahkamah Malaysia, didapati mahkamah mentafsir
sesuatu keadaan sebagai ‘pemerdagangan orang’ berdasarkan tujuan dan bentuk eksploitasi

yang digariskan dalam akta tersebut.
Kertas kerja ini membincangkan pendekatan yang digunakan oleh Undang-undang
Antarabangsa dan Undang-undang Malaysia dalam aspek penguatkuasaan, di samping itu
dapat memperluaskan pentafsiran maksud pemerdagangan orang dan penyeludupan migran
seiring dengan era globalisasi. Pengetahuan dan kesedaran yang kurang mengenai
pengeksploitasian yang berlaku ke atas diri mangsa sendiri menyukarkan lagi proses
pendakwaan dilakukan ke atas pesalah pemerdagangan orang. Oleh itu, kajian yang
dilakukan ini bukan sahaja mengkaji isu-isu yang timbul akibat kekaburan pentafsiran
pemerdagangan orang dalam perundangan Malaysia malah cuba menarik perhatian pihak
berkuasa dan masyarakat agar lebih peka terhadap isu ini. Usaha yang menggunakan kaedah
penguatkuasaan yang berkesan boleh membantu pihak berkuasa menguatkuasakan
ATIPSOM,2007 dengan lebih berkesan.

Kata Kunci:
Pencegahan, Pemerdagangan orang dan Penyeludupan Migran, Perundangan

PREVENTION ON TRAFFICKING IN PERSONS AND SMUGGLING OF
MIGRANT IN MALAYSIA: ENFORCEMENT AND LAWS

Reseman Ajiman, Rohani Abdul Rahim

Azizah Landa, Rovina Intung & Herlina Makanah
Faculty Of Law
National University Of Malaysia
tn_reseman@yahoo.com.my
ABSTRACT

The issue on trafficking in persons and smuggling of illegal migrants in Malaysia is an
increasingly cross-border crime that pose a worrying situation. Trafficking in persons and
smuggling of migrants terms often confused the public generally. The differences in its terms
and understanding on these issues must be determined and important in providing relevant in
treatment and legal protection in Malaysia. In addition, forced labor rights as workers are
often overlooked by the authorities because of their status as illegal immigrants (PATI). This
complicate matters further when national legislation in particular the Anti-Trafficking in
Persons and Anti-Smuggling of Migrants (ATIPSOM) Act 2007 [Act 670] also does not state
clearly the interpretation of the Act. According to court cases decided in Malaysia, it is found
that the courts interpret a situation as 'trafficking in persons' based on its purpose and forms
of exploitation outlined in the Act.
This paper examines the approach adopted by the International Laws and Malaysia Laws in
the aspects of enforcement, in order to expand the purpose of trafficking in persons and
smuggling of migrant interpretation, in line with globalization era. The lack of knowledge

and awareness about the exploitation that happens on an individual victim alone raise further
difficulty to prosecution process on trafficking in persons offenders. Therefore, this paper did
not only examine issues arising from vagueness in the interpretation of trafficking in persons
in Malaysia Laws but attempt to draw the authorities and public’s attention, to be more
sensitive to these issues. Efforts to use effective methods of enforcement could assist the
authorities in the implementation of ATIPSOM 2007 more effectively.

Keywords:
Prevention, Trafficking in Persons and Smuggling of migrants, Laws

Pengenalan
Isu pemerdagangan orang telah mendapat perhatian global sebagai jenayah rentas
sempadan yang serius sama seperti jenayah penyeludupan senjata dan dadah. Dianggarkan
bahawa keuntungan daripada jenayah pemerdagangan orang adalah berjumlah USD38 bilion
setahun1. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada jenayah pemerdagangan orang.
Di antaranya ialah kemiskinan, buta huruf, krisis ekonomi, konflik domestik dan serantau,
ketidakstabilan politik dan terpinggir (displacement). Aspek migrasi juga berkait rapat
dengan jenayah pemerdagangan orang. Sehubungan itu, aspek ini perlu diberikan perhatian
kerana jumlah migrasi kian meningkat dan dianggarkan jumlah migrasi di peringkat global
berjumlah 240 juta orang2. Migrasi menjurus kepada isu pemerdagangan buruh kerana

dieksploitasi oleh individu dan sindiket tidak bertanggungjawab. Berdasarkan kepada latar
belakang ini, kerajaan Malaysia menyedari kepentingan untuk mewujudkan Akta
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (selepas ini di tulis sebagai
ATIPSOM)3 dan Pelan Tindakan Kebangsaan sebagai instrumen bagi menangani jenayah ini
terutamanya yang menyentuh mengenai bidang pencegahan, pemulihan dan perlindungan
mangsa pemerdagangan orang termasuk pendakwaan.
Pada tahun 2008, Malaysia juga menubuhkan Sekretariat Majlis Antipemerdagangan
Orang dan Antipenyeludupan Migran(MAPO) bagi membantu Majlis Antipemerdagangan
Orang sebagaimana yang diperuntukkan oleh Seksyen 6 (1) Akta Antipemerdagangan Orang
dan Antipenyeludupan Migran 2007.4 Sumber rujukan utama dalam mewujudkan ATIPSOM
adalah berdasarkan kepada instrumen-instrumen antarabangsa iaitu Protocol to Prevent,
Suppress and Punish Trafficking in Persons, especially Women and Children (TIP Protocol)
dan Protocol Against the Smuggling of Migrants by Land, Sea and Air 5. Kedua-dua protocol
ini adalah instrumen yang menyokong United Nations Convention Against Transnational
Organized Crime (UNTOC). Malaysia telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen ini
dan menyertai TIP Protocol. Selain daripada Akta ini, lain-lain perundangan domestik yang
menyokongnya ialah Akta Imigresen 1959/636 , Akta Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia
20047, Akta Kastam 19678, Akta Keterangan 19509, Akta Mahkamah Kehakiman 196410, Akta
Kanak-Kanak 200111, Kanun Keseksaan12, Di samping itu, inisiatif Malaysia untuk
membanteras jenayah pemerdagangan orang juga adalah selaras dengan ASEAN Declaration

against Trafficking in Persons Particularly Women and Children, United Nations
Declaration on Human Rights [UDHR] 1949, Convention of the Elimination of All Forms
Discrimination against Women [CEDAW] 1979 dan Convention on the Rights of the Child
[CRC] 198913.

1 Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) ,Jabatan Negara Amerika Syarikat (2015)
2 Laporan Anti Pemerdagangan Manusia 2015,U.S Department of State.
3
Akta 670
4 Akta 670
5 Konvensyen menentang Jenayah Terancang Transnasional (UNTOC) anjuran Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu(PBB) Pada 27 Mei 2004 UNTOC telah mengeluarkan Protokol Penyeludupan (the
Smuggling Protocol) menentang penyeludupan migran melalui darat, laut dan udara.
6 Akta 155
7 Akta 633
8 Akta 235
9 Akta 56
10 Akta 91
11 Akta 611
12 Akta 574
13www.moha.gov.my


Malaysia merupakan salah satu negara transit bagi kegiatan jenayah permerdagangan
orang, menerima masuk mangsa dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina,
Kemboja, Vietnam, Myanmar dan Pakistan, dan China secara langsung atau tidak langsung
melalui agensi sindiket. Penerimaan Malaysia sebagai ahli United Nation (UN), menerima
dan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa seperti UDHR, United Nation Convention
Against Transnational Organized Crime (UNTOC) serta menyertaiProtocol to Prevent,
Suppress and Punish Trafficking in Persons, especially Women and Children (TIP Protocol)
dan Protocol Against the Smuggling of Migrants by Land, Sea and Air, meletakkan
tanggungjawab ke atas Malaysia sebagai ahli untuk mematuhi perjanjian yang dimasuki
dengan menyediakan perlindungan terhadap mangsa-mangsa pemerdagangan dan
penyeludupan. Kedudukan Malaysia kini berada pada senarai pemerhatian tingkat kedua (tier
2 watch list) dalam 2015 United State Department of State’s Trafficking in Person Report.14
Tingkat kedua meletakkan Malaysia sebagai negara yang kerajaan tidak sepenuhnya
mematuhi piawaian minimum Trafficking Victims Protection Act(TVPA),15 tetapi sedang giat
melakukan usaha-usaha ke arah mematuhan piawaian tersebut. Kesedaran tentang kedudukan
kerajaan Malaysia dalam membendung masalah penyeludupan orang, telah membuat
Malaysia untuk lebih proaktif dalam usaha membanteras jenayah kemanusiaan. Kerajaan
Malaysia melalui Pelan Tindakan Kebangsaan mengatur strategi kolektif yang melibatkan
penyertaan kerajaan, masyarakat sivil, pihak swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGOs),

dan masyarakat umum dalam usaha menangani masalah ini.16
Kesukaran dalam membezakan di antara pesalah migran dan mangsa pemerdagangan
orang yang sering bertindan dan berkait antara satu sama lain menyukarkan usaha kerajaan
Malaysia dalam memberi perlindungan kepada mangsa. Kalau dahulunya tangkapan migran
lebih mudah dilakukan apabila mereka cuba menyeludup masuk ke Malaysia melalui
sempadan negara, namun kini penyeludupan orang dan kemasukan migran lebih sukar
dijejaki kerana mereka diseludup melalui cara pemalsuan dokumen yang dilakukan dengan
teliti oleh sindiket penipuan. Dengan itu, unsur penting untuk membezakan di antara pesalah
migran dan mangsa permerdagangan adalah samada wujudnya perlakuan eksploitasi ke atas
migran. Apabila seseorang itu diekploitasi bagi tujuan tertentu seperti pelacuran dan buruh
paksa tanpa memberi sebarang upah, mereka tergolong dalam kategori orang yang
diperdagangkan dan perlu diberi perlindungan, walaupun pada awal penglibatan mereka
adalah sebagaiPendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Perbezaan ini juga memberi kesan kepada jenis perlindungan yang boleh diberi
kepada mangsa. Pesalah migran yang memasuki Malaysia secara tidak sah akan ditempatkan
di depot tahanan imigresan seperti di depot tahanan imegresan Lapangan Terbang
Antarabangsa (KLIA) yang berfungsi sebagai tempat tahanan bagi pesalah imigran sebelum
mereka dihantar pulang ke negara masing-masing. Manakala, mangsa bagi jenayah
pemerdagangan orang ditempatkan di pusat perlindungan bagi mangsa pemerdagangan
seperti di Lembah Klang, Melaka, Johor dan Sabah. Pihak berkuasa yang bertanggungjawab

terhadap migran dan mangsa pemerdagangan orang juga berasingan, di mana migran
diletakkan di bawah pengawalan Jabatan Imigresan Malaysia, manakala mangsa
pemerdagangan orang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri dan
14United State Department of State’s Trafficking in Person Report 2015,
15Trafficking Victims Protection Act of 2000, Div.A of Pub.L. No. 106-386, § 108, as amended.
Trafficking in Persons Report 2011, http://www.state.gov/g/tip/rls/tiprpt/2011/164222.htm [11 November 2011].
16Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPOM), Pelan Tindakan
Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2010-2015), Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Kuala Lumpur,
2010.

Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPOM). Kuasa
berasingan di antara Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri ini juga menimbulkan
kesukaran untuk mengenal pasti dan membezakan diantara status mereka sama ada sebagai
pesalah migran dan mangsa pemerdagangan orang.
Tafsiran ‘Pemerdagangan Orang’ dan ‘Penyeludupan Migran”dalam perundangan
Malaysia.
Malaysia telah menerimapakai peruntukan tersebut dalam Akta Antipemerdagangan
Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM). Walaupun tidak menerimapakai
sepenuhnya United Nations Protocol to Prevent, Suppress and Punish Trafficking in Persons,
Especially Women and Children, supplementing the United Nations Convention against

Transnational Organized Crime (Protocol)tersebut, ia masih menjadi rujukan utama kepada
dasar ATIPSOM. Akta ini dipinda pada 2010 dengan memasukkan peruntukan berkenaan
dengan penyeludupan migran dan seiring dengan itu telah menaikkan status Malaysia kepada
tahap 2 senarai pemerhatian oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Seksyen 2 ATIPSOM memberikan pentakrifan ‘pemerdagangan orang’ sebagai segala
perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan
seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut,
memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud Akta ini.
Pentakrifan yang diberikan oleh akta tersebut agak kabur berkenaan dengan ‘bagi maksud
akta tersebut’, berlainan dengan niat Protokol iaitu ‘bagi tujuan eksploitasi’.Sekiranya bagi
maksud akta tersebut, adakah ia merangkumi maksud perlakuan jenayah penyeludupan
migran, di mana unsur eksploitasi ini penting dalam menyediakan suatu sempadan(range)
antara mangsa pemerdagangan dengan mangsa penyeludupan.
.
Jadual 1: Perbezaan Antara Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran
Pemerdagangan Manusia

Penyeludupan Migran

Instrumen/ undang-undang antarabangsa

yang terlibat adalah Protocol to Prevent,
Suppress and Punish Trafficking in Persons,
especially Women and Children di bawah UN
Convention on Transnational Organised
Crime.

Instrument/ undang-undang antarabangsa yang
terlibat adalah Protocol Against The Smuggling Of
Migrants By Land, Air And Sea di bawah UN
Convention on Transnational Organised Crime.

Elemen utama bagi membuktikan sebarang
kesalahan berhubung dengan pemerdagangan
orang adalah unsur eksploitasi dan ia boleh
berlaku di dalam sesebuah Negara tanpa
melibatkan aspek rentas sempadan. Ianya
boleh juga berlaku di peringkat domestik.

Elemen penting di dalam penyeludupan migran
adalah ianya mesti melibatkan unsur rentas

sempadan

Melibatkan elemen eksploitasi, manipulasi,
ancaman terhadap mangsa yang terlibat.
Eksploitasi berterusan dan berulang.

Melibatkan kerelaan orang yang diseludupkan dan
keuntungan terhadap sindiket penyeludupan
manusia. Kegiatan penyeludupan tamat apabila tiba
di destinasi.

Sumber:

Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran Malaysia

Statistik kes Pemerdagangan orang dan penyeludupan Migran
Statistik yang diperolehi daripada Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang dan
Antipenyeludupan Migran melibatkan laporan-laporan yang diterima dari tahun 2011 iaitu
sehingga akhir Oktober 2014.
Jadual 2 : Jumlah Kes dan Tangkapan Pemerdagangan Orang di Malaysia
(28 Feb 2011 sehingga 30 Okt 2014)
Tahun

2011
2012
2013
2014
Jumlah

Bilangan
Kes

18
151
132
70
371

Bilangan
Tangkapan

20
217
195
102
534

Mangsa dalam Perintah
Perlindungan
Sementara (IPO)
(orang)
87
956
870
300
2213

Mangsa dalam
Perintah

Perlindungan (PO)
(orang)
31
206
471
161
869

Sumber: Sekretariat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.
Berdasarkan Jadual 2 tersebut, jumlah bilangan kes yang dilaporkan adalah sebanyak
371 kes, di mana tahun 2012 mencatatkan bilangan kes terbanyak berikutan penambahan
tangkapan yang dilakukan pada tahun tersebut. Dibandingkan antara tahun 2013 dengan
tahun 2014, dapat dilihat bahawa terdapatnya pengurangan tangkapan dan kes. Pengurangan
ini merupakan kesan daripada peningkatan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia
dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang yang berlaku di Malaysia. Usaha yang
dilakukan ini bagi menunjukkan komitmen kerajaan Malaysia selepas mendapat laporan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Jadual 3 : Bilangan Kes Mengikut Negeri
(28 Feb 2011 sehingga 31 Mac 2014)
Negeri
Sabah
Sarawak
Johor
Kelantan
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Perlis
Perak
Pulau Pinang
Selangor
Kuala lumpur
Jumlah
Sumber: Jabatan Peguam Negara Putrajaya

Bilangan
50
24
9
2
6
1
1
113
3
10
79
32
330

Antara negeri yang mencatat jumlah kes tertinggi adalah Perlis, sebanyak 113 kes,
diikuti oleh Selangor 79 kes dan Sabah dengan 50 kes dilaporkan. Persempadanan Perlis dan

Sabah dijadikan sebagai pintu masuk untuk memasuki negara ini secara haram oleh sindiket
pemerdagangan orang melalui jalan darat dan laut antara faktor yang mengakibatkan
peningkatan jumlah bagi kedua-dua negari tersebut. Kedudukan Selangor dan Kuala Lumpur
sebagai pusat bandar dijadikan tumpuan pengoperasian mangsa-mangsa pemerdagangan,
contohnya mereka diagihkan mengikut kawasan bagi pelbagai tujuan eksploitasi terutamanya
bagi pelacuran.
Kesimpulan
Pentafsiran ‘eksploitasi’ yang diberikan oleh Akta Anti Pemerdagangan Orang dan
Anti Penyeludupan Migran 2007 dan undang-undang antarabangsa, Convention for the
Suppression of the Traffic in Persons and of the Exploitation of the Prostitution of Others
hanya merujuk kepada bentuk eksploitasi tanpa menjelaskan pengertian sebenar istilah
tersebut. Eksploitasi merupakan elemen terpenting dalam mendakwa sama ada sesuatu
keadaan itu tergolong kepada pemerdagangan orang. Oleh itu, kebergantungan terhadap
definisi yang terhad ini tidak mampu memberi suatu garis pemisah antara apa yang
dimaksudkan sebagai jenayah penyeludupan migran dan juga maksud pemerdagangan
manusia.
Walaupun telah terdapat persetujuan di peringkat Antarabangsa terhadap definisi
pemerdagangan manusia, kajian semula perlu dilakukan bagi mencadangkan definisi
pemerdagangan yang lebih jelas dan dapat membantu meningkatkan pemahaman terhadap
sesebuah tempat yang berpotensi berlakunya pemerdagangan orang serta mengenal pasti
mangsa dengan lebih jelas, menilai skala masalah dan secara tidak langsung membantu
pembangunan dasar-dasar mengenai hak asasi manusia. Konsep-konsep penting dalam
mengenal pasti dan menangani pemerdagangan orang seperti paksaan, penipuan, eksploitasi
dan sebagainya perlu dijelaskan dengan lebih nyata dalam Akta atau undang-undang bagi
menyediakan penggunaan konsep yang lebih konsisten dalam perundangan negara dan
Antarabangsa. Kajian menunjukkan, istilah terkini yang digunakan sering bertindih antara
satu sama lain dengan meninggalkan kecelaruan mengenai apa yang harus diukur, apakah
cara penyelesaian terbaik dan siapa yang harus bertanggungjawab dalam setiap keadaan yang
berbeza.
Desakan globalisasi ekonomi negara membuka peluang pekerjaan bukan sahaja
kepada warga negara jiran malah menarik lebih banyak penghijrahan daripada negara barat.
Ini mengundang lebih banyak kemasukan buruh dari luar negara ke dalam negara sama ada
secara sah atau tidak. Ini membuka peluang kepada keadaan memanipulasi mangsa oleh
sindiket-sindiket pemerdagangan dan penyeludupan manusia untuk mengaut keuntungan.
Tanpa ukuran yang lebih jelas mengenai subjek-subjek yang harus dilindungi atau dihukum,
mengundang lebih banyak masalah dalam mengawal kebanjiran warga asing di negara ini.
Undang-undang buruh harus diberi keutamaan dalam mengatasi masalah eksploitasi buruh
bagi memberi lebih ganti rugi yang lebih wajar terhadap mangsa, kerana undang-undang
berkenaan hak asasi manusia lebih bersifat melindungi daripada memberi keadilan yang
sewajarnya kepada mangsa.
Mangsa yang sering dilindungi tanpa mengajarnya tentang hak yang harus mereka
pertahankan tidak akan mampu menyediakan mereka dengan pertahanan diri yang lebih kuat.
Perlindungan mangsa adalah lebih baik tanpa mengira status undang-undang, seperti yang
diterima oleh mangsa eksploitasi seks. Perlindungan terhadap mangsa juga perlu seiring
dengan penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan, di mana keterangan yang
dibekalkan oleh mangsa-mangsa yang dilindungi boleh meningkatkan pendakwaan terhadap
pelaku.

Manakala tanpa sokongan yang mencukupi, menyebabkan mangsa tidak berani tampil
ke hadapan menuntut hak mereka, lebih-lebih lagi jika mereka merasakan meraka telah
menyalahi undang-undang. Akhirnya, mereka terus bersembunyi tanpa dikenal pasti dan
terdedah kepada eksploitasi secara berterusan.
Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007
mentafsir ‘eksploitasi’ sebagai meliputi perlakuan eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan
paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian, apa-apa aktiviti
yang menyalahi undang-undang, dan pemindahan organ manusia. Berdasarkan pentafsiran
tersebut, eksploitasi buruh juga tergolong dalam pentafsiran yang dimaksudkan oleh
penggubal. Namun, secara realiti buruh paksa dan migran haram yang memasuki Malaysia
sukar dibezakan oleh pihak kastam dan pihak imigresen.
Oleh itu, mangsa buruh paksa dianggap migran haram yang menceroboh masuk ke
dalam negara. Ini dilihat melalui lambakan migran haram atau Pendatang Asing Tanpa Izin
yang ditahan di depot-depot pertahanan, di mana kebanyakan mereka dibawa masuk
menggunakan dokumen palsu dan dipaksa bekerja dengan upah yang tidak sepadan dengan
pekerjaan yang mereka lakukan, malah ada di antara mereka tidak dibayar gaji dan diugut
untuk terus bekerja.
Cadangan untuk penguatkusaan dan penambahanbaikkan ATIPSOM
Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan cadangan penyelesaian isu penguatkuasaan
serta tafsiran ini harus seiring dengan peningkatan aspek-aspek luaran seperti berikut:
a.
Memperkukuhkan mekanisme perundangan. Keberkesanan pelaksanaan undangundang yang telah dikuatkuasakan boleh dicapai dengan membuat kajian semula dan
memperbaiki undang-undang terutamanya yang berkaitan dengan penyiasatan,pendakwaan
dan hukuman. Prosedur Operasi sedia ada boleh dikaji semula sekiranya dirasakan perlu
untuk mempertingkatkan tahap siasatan, perlindungan dan pendakwaan selaras dengan
kehendak semasa.
Cadangan dengan menyenaraikan kesalahan jenayah pemerdagangan orang di dalam
Kanun Keseksaan[Akta 574] atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan
Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613], adalah ianya akan dapat mencegah
daripada berlakunya jenayah ini.
b.
Meningkatkan tindakan penguatkuasaan undang-undang di bawah undang-undang
anti-pemerdagangan, terutamanya kes pemerdagangan buruh. Melaksanakan hukuman berat
ke atas mereka yang terlibat dalam penipuan pengambilan pekerja atau eksploitasi buruh
paksa. Meningkatkan usaha mendakwa dan menghukum penjawat awam yang mendapat
keuntungan atau terlibat dalam pemerdagangan orang, atau mereka yang mengeksploitasi
mangsa pemerdagangan. Membangun dan melaksanakan prosedur untuk mengenal pasti
mangsa pemerdagangan buruh di kalangan kumpulan-kumpulan terdedah seperti pekerja
asing dan merujuk mereka kepada perkhidmatan perlindungan yang sedia ada. Meningkatkan
perlindungan kepada mangsa dalam fasiliti kerajaan dengan menyediakan bantuan
perundangan kepada mangsa, dan menyediakan kaunseling yang berkesan dan penjagaan
kepada mangsa pemerdagangan orang. Membangunkan dan melaksanakan mekanisme bagi
membolehkan mangsa pemerdagangan asing yang dewasa untuk berjalan, bekerja dan tinggal
di luar tempat perlindungan kerajaan. Menyediakan alternatif undang-undang bagi pengusiran
mangsa pemerdagangan ke negara-negara di mana mereka akan menghadapi hukuman atau
kesusahan.

c.
Pindaan penalti dan hukuman dalam ATIPSOM perlu dilakukan demi membuktikan
betapa seriusnya jenayah pemerdagangan manusia ini. Adalah dicadangkan penalti dinaikkan
hingga RM 5 juta serta memasukkan hukuman sebat serta gantung sampai mati terhadap
pesalah berkait dengan pemerdagangan manusia. Selain daripada itu juga,kerajaan juga harus
melancarkan atau mengadakan satu Pelan Kebangsaan Anti Pemerdagangan Orang sebagai
panduan melaksanakan usaha membenteras jenayah tersebut. Pelan itu perlu menggariskan
strategi kerajaan dalam membenteras jenayah tersebut pada peringkat domestik dan
antarabangsa. Program kesedaran awam juga turut perlu diperhebatkan antarnya menarik
penyertaan NGO serta agensi swasta dalam usaha membenteras jenayah ini.
d.
Mengkaji undang-undang negara lain atau undang-undang antarabangsa berkenaan
dengan pendekatan yang digunakan oleh negara tersebut. Kerjasama erat dengan negaranegara Asean dan negara luar seperti Australia,Amerika Syarikat,Belanda,United Kingdom
dan pertubuhan antarabangsa penting ke arah membenteras jenayah itu serta membincangkan
dengan lebih lanjut berkenaan dengan kekaburan yang undang-undang yang melindungi
mangsa pemerdagangan orang dengan migran haram yang berpindah tanpa dokumen yang
sah.
e.
Cadangan yang paling praktikal perlu dilaksanakan segera adalah dengan menubuhkan
satu agensi khusus yang mempunyai autonomi serta mempunyai kuasa penuh dalam
penguatkuasaan,penyiasatan,pemantauan,perlaksana serta mengurus dan mengawal
keseluruhan segala berkaitan dengan jenayah pemerdagangan manusia. Agensi ini perlu
diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri dan kemungkinan boleh diberi nama
Suruhanjaya Penguatkuasaan Anti Penyeludupan Manusia. Ini merupakan satu langkah yang
baik bagi mengelak pertindihan bidang kuasa angensi-agensi penguatkuasaan sedia-ada selain
mengelak daripada tolak menolak dalam melakukan siasatan. Dengan tertubuhnya sebuah
agensi khusus itu nanti akan membuat urusan berkaitan penguatkuasaan ATIPSOM lebih
sistematik dan berkesan.

Rujukan

Allen, R., Beale, A. and Crasnow, R. 2007. Employment Law and Human Rights. Oxford:
Oxford University Press.
Bales and Kevin. 2000. Expendable People: Slavery in the Age of Globalization. Journal of
International Affairs 53 (2):461.
Che Guevara. 1964. On Development. Plenary session of the United Nations Conference on
Trade and Development in Geneva, Switzerland.
Congressional Quarterly Researcher. 2004. Human Trafficking and Slavery. Volume 14,
Number 12. http://www.hrusa.org/workshops/trafficking/CQResearcher.pdf.
Clift, Stephen and Simon Carter (2000). Tourism and Sex. Cengage Learning EMEA. pp.
Dr. Rohani Abdul Rahim et al. 2008. An Interpretation on the Malaysia Anti-Trafficking in
Persons Act, 2007 (Act 670) and its Foreseeable Impact on the Indonesian Women
Migrant Labor. Yogyakarta: Siti Hariti Edit, Women in Public Sector, Pusat Studi
Wanita Universitas Gadjah Mada dan Penerbit Tiara Wacana.
International Labour Organization. 2005. Human Trafficking and Forced Labour
Exploitation. Guidance for Legislation and Law Enforcement. Geneva.
Jabatan Perangkaan Malaysia. 2013. Penyiasatan Tenaga Buruh, Profil Bukan Warganegara.
Jones. S. 2000. Making Money Off Migrants: The Indonesian Exodus to Malaysia. Hong
Kong: Asia 2000 Ltd.
Jones R. Prevention as The New Approach to Human Trafficking. Resourse Net Friday File.
http://www.uncjin.org/Documents/Conventions/conventions.html.
Kementerian Dalam Negeri. 2014. Statistik Kes Pemerdagangan Orang Mulai 28.02.2011
Sehingga 30.10.2014. http://www.moha.gov.my.
Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPOM). 2010. Pelan
Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang (2010-2015). Kuala Lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). 2012. Trafficking in Women and
Children. Report. Kuala Lumpur: Human Rights Commission of Malaysia
(SUHAKAM).
United Nations Office on Drugs and Crime. http://www.unodc.org/unodc/en/humantrafficking/what-is-human-trafficking.html.
US

Department
of
State
Trafficking
in
http://www.humantrafficking.org/countries/malaysia.

Persons

Report.

2015.