PANDUAN AMALAN PENGAJARAN and PEMBELAJAR (1)

Prakata

Memang tidak dapat dinafi kan bahawa Institut Pengajian Tinggi yang mempunyai kepimpinan yang efektif, tenaga akademik yang tersohor serta profesional, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini, bakal graduan yang berkualiti serta silabus yang relevan akan lebih berdaya saing

dalam menghadapi persaingan global yang semakin mencabar. Sehubungan itu, sebagai usaha untuk mewujudkan program pengajian yang berkualiti, UKM amat serius melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) yang memberi penekanan kepada pendidikan berasaskan hasil pembelajaran (OBE). Bagi menjayakan hasrat ini, buku ‘Panduan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan’ ini disunting sebagai bahan bacaan asas untuk dijadikan panduan kepada setiap warga akademik di UKM. Buku ini dibahagikan kepada lima bahagian yang difi kirkan penting bagi pengendalian kursus setiap program pengajian di UKM. Bahagian pertama berkaitan dengan Pembangunan Kurikulum Pengajian Tinggi yang merangkumi aspek pembentukan program berdasarkan KKM, pendekatan OBE, pembentukan hasil pembelajaran kursus serta penentuan jam pembelajaran pelajar (SLT). Bahagian kedua akan menghuraikan pelbagai Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran termasuk pembelajaran dewasa, pembelajaran kolaboratif dan koperatif, pembelajaran berasaskan masalah (PBL) dan pembelajaran berasaskan projek. Bahagian ketiga pula memperihalkan tentang Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran yang meliputi aspek reka bentuk instruksi (ID dan e-Pembelajaran) termasuk pengendalian forum dan kuiz atas talian. Bahagian keempat membincangkan kepentingan Penaksiran dan Penilaian; manakala bahagian kelima membahaskan tentang Pendekatan Humanistik dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah, Pengarah, PPA kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menyunting karya ini bagi manfaat warga akademik UKM. Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penulis yang sudi berkongsi kepakaran serta pengalaman masing-masing melalui penulisan bab dalam bentuk yang santai dan mudah dibaca. Tidak lupa juga kepada semua staf PPA yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menerbitkan buku ini.

Prof. Dr. Mohamed Amin Embi

Pusat Pembangunan Akademik

Bab

Tajuk

Muka Surat

II

Prakata

Bahagian 1 Pembangunan Kurikulum Pengajian Tinggi

Bab 1 Pembentukan Program Pengajian Berdasarkan

1 Kerangka Kelayakan Malaysia

Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin & Riza Atiq O.K Rahmat

Bab 2 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil

Wan Hamidon Wan Badaruzzaman

Bab 3 Pembentukan Hasil Pembelajaran Kursus

Rosadah Abdul Majid

Bab 4 Penentuan Jam Pembelajaran Pelajar

Ab. Halim Tamuri Bahagian 2

Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran

Bab 5 Pembelajaran Dewasa

Norzaini Azman

Bab 6 Pembelajaran Kolaboratif & Koperatif

Saemah Rahman

Bab 7 Pembelajaran Berasaskan Masalah 107

Nabishah Mohamad

Bab 8 Pembelajaran Berasaskan Projek 117

Ruhizan Mohd Yassin Bahagian 3

Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran

Bab 9 Reka Bentuk Instruksi 133

Norazah Mohd Nordin

Bab 10 Pemilihan & Penilaian Bahan Sumber Pendidikan 151

Mohd. Arif Ismail

Bab 11 Pelaksanaan e-Pembelajaran Menggunakan SPIN 161

Mohamed Amin Embi

Bab 12 Pengendalian Forum Atas Talian 177

Supyan Hussin

Bab 13 Pengendalian Kuiz Atas Talian 189

Norizan Abd. Razak Bahagian 4

Penaksiran & Penilaian

Bab 14 Bentuk Penilaian 201

Ima Nirwana Soelaiman

Bab 15 Penilaian Berdasarkan Hasil Pembelajaran 215

Abdul Wahab Mohammad

Bab 16 Penilaian Berasaskan Kompetensi 225

Nabishah Mohamad Bahagian 5

Pendekatan Humanistik dalam Pengajaran & Pembelajaran

Bab 17 Motivasi dalam Pengajaran & Pembelajaran 233

Salleh Amat

Bab 18 Bimbingan & Mentoran 247

Zuria Mahmud

Bab 19 Profesionalisme dalam Pengajaran & 265 Pembelajaran

Khairul Anwar Mastor

Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin

merupakan Naib Canselor, UKM dan pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi serta Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Akreditasi Negara. Beliau telah memberi sepenuh perhatian dan masanya dalam bidang perkembangan pendidikan

perubatan dan piawaian kualiti dalam pengajian tinggi. Beliau telah diberi kepercayaan untuk pembangunan rangka kerja mengikut undang-undang untuk jaminan kualiti di Malaysia.

Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Bin Orang Kaya Rahmat merupakan Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, UKM dan pensyarah dalam bidang kejuruteraan pengangkutan di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM. Pengalaman beliau dalam pembangunan kurikulum dan akreditasi tidak dapat dinafi kan malahan sering dijemput oleh IPT lain untuk mendapatkan nasihat bagi menggubal program

pengajian bersesuaian dengan Kerangka Kelayakan Malaysia.

Prof. Dr. Mohamed Amin Embi merupakan Timbalan Pengarah (e-Pembelajaran) di Pusat Pembangunan Akademik, UKM. Sebagai pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM, beliau adalah pakar dalam bidang m-pembelajaran dan e-pembelajaran. Beliau adalah penerima sulung Anugerah Akademik Negara 2006 (Kategori Pengajaran).

Profesor Ir. Dr. Wan Hamidon Wan Badaruzzaman merupakan seorang profesor bidang Kejuruteraan Struktur, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM. Beliau kini dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, UKM Perunding Kejuruteraan & Arkitek Sdn. Bhd. Beliau telah banyak menyumbangkan masa untuk membantu Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) di

dalam kejayaan mencapai status ahli penuh Washington Accord (WA), satu-satunya Negara OIC yang menjadi ahli penuh WA. Beliau juga pernah menjadi Ahli EAC dan pemangku Pengarah EAD. Beliau kini merupakan seorang Pengarah Bersekutu, Jabatan Akreditasi Kejuruteraan (EAD), LJM.

Prof. Ir. Dr. Abdul Wahab Mohammad merupakan Pengarah Pejabat Hubungan Industri UKM. Sebagai pensyarah dalam bidang kejuruteraan kimia, penyelidikan beliau tertumpu kepada teknologi membran dan pemisahan. Beliau juga merupakan mantan ahli Lembaga Akreditasi Kejuruteraan di Lembaga Jurutera Malaysia dan Ahli Lembaga Penasihat program berkaitan kejuruteraan

kimia di Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Malaysia Pahang.

Prof. Dr. Nabishah Mohamad yang merupakan pakar dalam bidang Fisiologi Perubatan merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan, UKM. Beliau telah mengikuti kursus Pembelajaran-Berasaskan Masalah (PBL) di dalam dan luar negara untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendidikan perubatan. Dengan penubuhan MQA, beliau telah

dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Akreditasi MQA dalam bidang Perubatan dan Kesihatan mulai November 2007.

Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman adalah Ketua Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan UKM dan juga merupakan Pengerusi, Jawatankuasa Penilaian Pelajar Kurikulum Integrasi, Fakulti Perubatan, UKM sejak tahun 2004. Beliau giat menjalankan penyelidikan dalam bidang metabolisme tulang dan osteoporosis serta toksisiti ke atas bahan-bahan semulajadi.

Prof. Madya Dr. Khairul Anwar Mastor merupakan Pengarah Pusat Pengajian Umum, UKM dan berkepakaran dalam bidang penilaian dan pembangunan sahsiah. Beliau pernah dilantik sebagai Sarjana Pelawat di Washington State University, Penyelidik Pelawat di National Institute of Aging (NIA), NIH, Maryland, USA, Sarjana Pelawat di Humboldt University,

Berlin, Germany dan Sarjana Pelawat Fulbright di University of Illinois, Urbana-Champaign, Illinois, USA.

Prof. Madya Dr. Ab. Halim Tamuri adalah pensyarah dalam bidang pendidikan Islam di Fakulti Pendidikan, UKM. Penyelidikan beliau tertumpu kepada pedagogi dan pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penilai Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia, pakar

rujuk Lembaga Peperiksaan Malaysia, ahli lembaga pengajian untuk program Sarjanamuda Pendidikan (Pendidikan Islam dan al-Quran) untuk UPSI, UDM, UIAM, USIM dan KUIS.

Prof. Madya Dr. Norzaini Azman merupakan Felo Penyelidik di Institut Penyelidikan Pengajian Tinggi Negara (IPPTN), USM dan Institut Alam Sekitar & Pembangunan (LESTARI), UKM. Beliau adalah pensyarah di Fakulti Pendidikan, UKM dan penyelidikan beliau tertumpu kepada profesion akademik, pengantarabangsaan, polisi dan governans

serta kelestarian dalam Pendidikan Tinggi.

Prof. Madya Dr. Ruhizan Mohammad Yasin merupakan pensyarah dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Hubungan Masyarakat) di Fakulti Pendidikan, UKM. Beliau merupakan pakar dalam bidang Pendidikan Teknologi dan Vokasional.

Prof. Madya Dr. Supyan Hussin merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Beliau pernah berkhidmat sebagai Felo Kanan di Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM serta terlibat dalam pembinaan Portal Malaycivilization.com. Kepakaran beliau dalam bidang pendidikan bahasa dan teknologi dan

pengkhususan dalam latihan perguruan, pembelajaran atas talian, dan pembelajaran bahasa berbantukan komputer.

Prof. Madya Datin Dr. Norizan Abdul Razak merupakan Ketua Pusat Kajian E-Komuniti di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Beliau giat menjalankan penyelidikan berkaitan e-pembelajaran, pembelajaran bahasa berbantukan komputer dan impak teknologi maklumat dan komunikasi kepada masyarakat.

Prof. Madya Dr. Zuria Mahmud bertugas sebagai pensyarah dan Timbalan Dekan Siswazah dan Pengantarabangsaan di Fakulti Pendidikan, UKM. Bidang penyelidikan dan penerbitan beliau adalah pembinaan insan psikodinamik yang merangkumi strategi kaunseling, isu-isu keluarga, serta kepelbagaian pelajar.

Prof. Madya Dr Saemah Rahman merupakan Timbalan Dekan (Prasiswazah Alumni) di Fakulti Pendidikan, UKM. Beliau merupakan pakar rujuk dalam bidang Psikilogi Pendidikan di Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM.

Prof. Madya Dr. Norazah Mohd. Nordin merupakan Penyelaras Program Sarjanamuda Pendidikan Sains di Fakulti Pendidikan, UKM dan pakar dalam bidang teknologi maklumat dalam pendidikan. Penyelidikan beliau tertumpu kepada integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran serta reka bentuk pengajaran bagi e-pembelajaran.

Dr. Rosadah Abd Majid merupakan Ketua Unit Pusat Permata Pintar Negara UKM. Sebelum ini beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah (Perkembangan & Inovasi Kurikulum PPA, UKM. Beliau adalah pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM dalam bidang pendidikan khas: pengkhususan pemulihan, dan pintar cerdas berbakat.

Dr. Mohd. Arif Ismail merupakan Timbalan Pengarah (Ko-Kurikulum) Pusat Perkembangan Pelajar, UKM. Beliau adalah pakar dalam bidang Teknologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UKM dan banyak menjalankan penyelidikan dalam bidang sumber dan teknologi maklumat. Beliau merupakan Presiden, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia,

Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga adalah Penyelaras Program Badan Beruniform, Pusat Perkembangan Pelajar, UKM.

Dr. Salleh Amat merupakan Timbalan Pengarah (Latihan & Perkembangan Akademik) di Pusat Pembangunan Akademik, UKM. Beliau adalah pensyarah di Fakulti Pendidikan, UKM. Pengkhususan beliau adalah dalam bidang bimbingan dan kaunseling dengan tumpuan kepada pengurusan personalia pelajar institusi pengajian tinggi.

BAB 1

Pembentukan Program Pengajian Berdasarkan Kerangka Kelayakan Malaysia

Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Riza Atiq O. K. Rahmat

Sejarah Kerangka Kelayakan Malaysia

Pada pertengahan tahun 1990an, kerajaan telah memperkenalkan dasar liberalisasi, pendemokrasian dan pendidikan swasta serta pembelajaran rentas sempadan. Pendidikan swasta telah dilihat sebagai juzuk integral pengajian tinggi dari segi penambahan peluang dan memperkaya pengalaman mendidikan di Malaysia. Sehubungan dengan ini, pada tahun 1996 telah diperkenalkan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Pada tahun yang sama juga diperkenalkan Akta Lembaga Akreditasi Negara yang memberi kuasa mengesyorkan kelulusan sesuatu program pengajian kepada Menteri Pengajian Tinggi. Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara juga telah ditubuhkan pada tahun ini bagi tujuan memberikan nasihat bukan sahaja kepada institusi pengajian tinggi swasta tetapi juga kepada institusi pengajian tinggi awam.

Walaupun tiga akta telah diperkenalkan, masih terdapat beberapa kelemahan yang ketara. Di antara kelemahan-kelemahan itu ialah:

• Kurang telus dari segi kelayakan dan persijilan seperti kekaburan

dalam aras kelulusan, tiada kefahaman yang seragam mengenai takrif kredit. Takrif berbeza-beza dari satu institusi dengan institusi yang lain.

• Aras kelayakan ditentukan hanya dengan menggunakan jumlah kredit program pengajian berkenaan.

• Kekaburan dalam pensijilan kelayakan yang memerlukan • Kekaburan dalam pensijilan kelayakan yang memerlukan

• Tiada mekanisme untuk menyokong dan mewujudkan dasar pembelajaran sepanjang hayat. Satu kriteria dan prosedur

diperlukan untuk mengakui pembelajaran terdahulu dan pengalaman.

• Wujudnya perbezaan dan pemisahan antara institusi pengajian awam dan swasta.

Penubuhan Lembaga Akreditasi Negara (LAN)

LAN telah ditubuhkan berikutan penguatkuasaan Akta Lembaga Akreditasi Negara pada tahun 1996. Ia mengawal kualiti dan perjalanan program pengajian tinggi yang ditawarkan oleh pihak swasta. Semua institusi pengajian swasta mesti melalui dua proses untuk menjalankan sesuatu program, iaitu:

• Kelulusan program pengajian • Pensijilan standard

Pensijilan standard pula melibatkan dua peringkat iaitu: • Sijil standard minimum

• Sijil akreditasi Masalah timbul kerana tiada garis panduan berkenaan standard yang

digunakan, sangat subjektif dan tiada penanda aras.

Jaminan Kualiti Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Pada tahun 2002, Bahagian Jaminan Kualiti telah ditubuhkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi bagi menambahkan keyakinan kepada standard kelayakan dan penyampaian program-program pengajian di IPTA. Ini telah mewujudkan dua sistem jaminan kualiti, satu untuk institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan satu lagi untuk

IPTA. Bagi IPTS, syarat-syarat yang dikenakan oleh LAN adalah mandatori manakala jaminan kualiti untuk IPTA hanya bersifat dasar, tidak mandatori. Audit program dan institusi oleh Bahagian Jaminan Kualiti adalah bertujuan untuk penambahbaikan kualiti berterusan. Penekanan kepada pembinaan kapasiti untuk membina budaya penambahbaikan kualiti yang berterusan.

Kewujudan Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)

Pada tahun 2004, Kabinet Malaysia telah membuat satu keputusan yang bersejarah yang melibatkan perkara berikut:

• Penstrukturan semula LAN dan Bahagian Jaminan Kualiti. • Mengguna pakai amalan terbaik antarabangsa yang berkaitan

dengan jaminan kualiti, termasuk pembentukan Kerangka Kelayakan Malaysia.

• Mengitegrasikan jaminan kualiti bagi IPTA dan IPTS, termasuk pendidikan teknikal dan vokasional.

Pada 24 Februari 2006, satu Pasukan Petugas di bawah Kementerian Pengajian Tinggi telah ditubuhkan untuk membentuk Kerangka Kelayakan Malaysia dan Akta Agensi Kelayakan Malaysia yang terdiri dari:

• Lembaga Akreditasi Negara (MQA sekarang) • Jabatan Pengajian Tinggi • Jabatan Pendidikan Swasta • Jabatan Pendidikan Teknikal • Jabatan Perkhidmatan Awam • Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat • Pusat Iktisas Negara • Persatuan Kolej dan Universiti Swasta Malaysia (MAPCU) • Persatuan Pendidikan Swasta Kebangsaan

Draf pertama telah diedarkan kepada semua pihak berkepentingan dan badan petugas yang terdiri dari:

• Semua universiti awam dan swasta, • Rakan luar negara universiti dan kolej tempatan • Badan-badan profesional dan badan-badan persijilan

Akta ini telah dibentangkan di Parlimen pada 1 Julai 2007 dan diwartakan pada 30 Julai 2007. Akhirnya Akta Agensi Kelayakan Malaysia telah dikuatkuasakan pada 1 November 2007. Akta ini telah memberikan perkara-perkara berikut:

• Satu agensi sahaja untuk tujuan jaminan kualiti pengajian tinggi di Malaysia

• Pentadbiran Kerangka Kelayakan Malaysia oleh Agensi Kelayakan Malaysia yang lebih dikenali sebagai Malaysian Qualifi cations Agency (MQA).

• Proses Jaminan Kualiti yang mengambil kira kepelbagaian institusi dan program pengajian tinggi.

• Akreditasi pembelajaran terdahulu (prior learning) untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

• Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifi cation Register, MQR) sebagai tempat rujukan kelayakan.

• Rayuan, penguatkuasaan, penyiasatan, kes pelanggaran dan hukuman.

Kewujudan akta ini dilihat sebagai tepat pada masanya terutamanya dari segi menjamin kualiti pengajian tinggi di Malaysia supaya setanding dengan pengajian tinggi di negara-negara maju. Perkara ini amat penting terutama apabila berhadapan dengan dunia tanpa sempadan yang juga melibatkan pendidikan. Perkara ini boleh dilihat apabila universiti-universiti terkemuka dari Eropah dan Australia telah membuka cawangan di Malaysia.

Kewujudan internet jalur lebar juga telah membuka luas dunia pendidikan. Kini rakyat Malaysia boleh mendaftar dengan universiti terbuka di negara-negara maju dan seterusnya mendapat ijazah dengan kos termampu. Sebuah universiti terbuka di Shanghai mempunyai 465,000 pelajar berdaftar dari seluruh negeri Cina dan merata dunia, termasuk dari Malaysia. Demikian juga di Eropah dan Amerika Utara, mereka telah membuka pintu pendidikan yang luas. Sebahagian dari universiti terbuka ini mendapat akreditasi dari Negara masing-masing dan setaraf dengan universiti biasa. Bahkan di Kanada, pelajar dari universiti biasa boleh mengambil beberapa kursus dari universiti terbuka yang diakreditasi dan memindahkan kredit yang diperolehi ke universiti asal mereka. Mereka berbuat demikian untuk menghabiskan pengajian dengan lebih cepat. Dalam keadaan dunia seperti ini, Malaysia perlu mempunyai satu kerangka yang boleh memastikan institusi pengajian tinggi di Malaysia mempunyai kualiti yang tinggi dan dalam masa yang sama mempunyai ruang dan kebebasan untuk berinovasi bagi menjamin kelangsungan dan daya saing institusinya dan graduannya.

Kewujudan KKM dijangka boleh menjamin kualiti pendidikan tinggi di Malaysia secara telus dan dalam masa yang sama rakyat Malaysia boleh membuat penilaian. KKM juga menyediakan kerangka yang memberikan kebebasan kepada institusi pengajian tinggi untuk berinovasi dan menentukan nic program masing-masing selagi ia berada dalam kerangka tersebut.

Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM)

Tujuan utama Kerangka Kelayakan Malaysia ialah untuk menjaga standard kelayakan, menyokong pendidikan yang luwes dan mempermudahkan saling mengakui kelulusan antara universiti Tujuan utama Kerangka Kelayakan Malaysia ialah untuk menjaga standard kelayakan, menyokong pendidikan yang luwes dan mempermudahkan saling mengakui kelulusan antara universiti

• Menambahkan keyakinan orang awam berkenaan kualiti dan standard kelayakan pendidikan tinggi kerana ia melibatkan

akreditasi dan penilaian jaminan kualiti. • Kejelasan pelbagai jenis laluan pendidikan seperti laluan akademik

dan profesional, teknikal dan vokasional, kemahiran dan laluan pembelajaran sepanjang hayat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1 dan Gambarajah 1.1.

• Pengiktirafan pembelajaran sepanjang hayat melalui akreditasi pembelajaran dan pengalaman terdahulu.

• Pembentukan pertukaran seragam berkenaan pengumpulan kredit dan pemindahan kredit berasaskan hasil pembelajaran. Pada masa

ini, defi nasi kredit telah diseragamkan untuk semua pengajian tinggi di Malaysia. Secara ringkasnya, satu kredit bermakna 40

jam masa pembelajaran seseorang pelajar dalam satu semester. Ini bermakna pembelajaran terdahulu seseorang pelajar boleh dinilai dalam sebutan kredit.

• Meningkatkan kerjasama antara institusi pengajian tinggi awam dengan swasta.

• Kesetaraan nilai kelayakan di antara ahli akademik, profesional dan vokasional.

• Ketelusan kelayakan, iaitu sijil yang mudah difahami oleh pihak- pihak berkepentingan dari segi pencapaian hasil pembelajaran dan

sistem pendidikan yang dijalankan. Di negara-negara Kesatuan Eropah, di samping sijil kelayakan, universti-universiti juga mengeluarkan diploma suplimen yang memberikan pencapaian kemahiran-kemahiran insaniah dan akademik graduannya secara terperinci.

• Lebih jelas dan lebih mudah menilai kesetaraan kelayakan dari universiti negara lain.

Jadual 1.1 Struktur Kerangka Kelayakan Malaysia

Teknikal Kemahiran Pembelajaran KKM Minimum

(C) sepanjang

Pembelajaran Terdahulu yang diiktiraf

Sijil Sekolah

Selepas

1 Sijil

Teknikal dan kemahiran PPTD Menengah

Vakasional

1C 2 Sijil

Sijil

kemahiran PPTD 2C 3 60 Sijil kemahiran

PPTD 3C

4 90 Diploma

Diploma kemahiran Diploma Vokasional &

PPTD teknikal Aras

Diploma lanjutan pertama pengajian

5 40 Diploma

6 30 Sijil siswazah Sijil dan diploma siswazah tinggi

60 Diploma siswazah

PPTD 120

Sarjana

Muda (kepujian) 7 20 Sijil pasca

siswa 30 Dip.pasca siswazah 40 Sarjana

-kursus

Sijil dan diploma pasca

-penyelidikan

siswazah PPTD

-kursus & penyelidikan -Profesional

Aras kedua

Nota: PPTD = Pembelajaran dan Pengalaman Terdahulu yang Diiktiraf (Sumber: Sharifah Hapsah)

Gambarajah 1.1 Laluan Pembelajaran (Sumber: Sharifah Hapsah)

Kredit KKM

Sebelum KKM diwujudkan, tiada keseragaman takrif kredit di antara institusi. Aktiviti pelajar di luar jam kontak tidak dikira. Pengiraan kredit bagi latihan industri, penyelidikan, projek dan kerja lapangan amat berbeza-beza bukan sahaja di antara institusi bahkan di antara fakulti di dalam institusi yang sama. Pembelajaran Sebelum KKM diwujudkan, tiada keseragaman takrif kredit di antara institusi. Aktiviti pelajar di luar jam kontak tidak dikira. Pengiraan kredit bagi latihan industri, penyelidikan, projek dan kerja lapangan amat berbeza-beza bukan sahaja di antara institusi bahkan di antara fakulti di dalam institusi yang sama. Pembelajaran

KKM telah memberikan kefahaman yang seragam dalam takrif kredit dan aras kelayakan. KKM juga telah memudahkan pemindahan kredit di antara institusi sama ada di dalam negeri atau dengan luar Negara. Bahkan, KKM memudahkan perpindahan kredit antara sektor seperti dari sektor kemahiran dan vokasional kepada akademik dan profesional. KKM juga membolehkan perpindahan kredit antara pendidikan tidak formal kepada pendidikan formal.

Dalam KKM, jam kredit dikira berasaskan jumlah beban atau kerja atau kuantiti pembelajaran seseorang pelajar dalam usahanya untuk mencapai Hasil Pembelajaran. Semua jenis pembelajaran dalam sebutan jam seperti jam kontak, pembelajaran berasaskan kerja, penyelidikan, pengalaman, aktiviti praktikal, pembelajaran sendiri dan pesiapan untuk penilaian adalah dikira sebagai jam kredit, satu kredit bersamaan dengan 40 jam pembelajaran.

Minumum kredit

Kredit minimum telah ditetapkan untuk mencapai sesuatu kelayakan. Kelayakan dalam nama yang sama memerlukan kredit minimum yang sama. Akan tetapi kelayakan dalam aras yang sama mungkin memerlukan kredit yang berbeza, seperti program perubatan memerlukan kredit yang lebih banyak dari program sains sosial. Secara umumnya, program sarjana muda memerlukan tidak kurang dari 120 kredit (4800 jam pembelajaan) dan sarjana, tidak kurang dari 40 kredit (1600 jam pembelajaran). Program PhD tidak dikreditkan.

Faedah Sistem Kredit KKM

Sistem kredit KKM banyak memberikan faedah termasuk menghadkan beban pembelajaran untuk membolehkan pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang amat diperlukan untuk membangun sahsiah mereka. Dalam hal ini, UKM telah menetapkan lebih kurang 20 jam kredit setiap semester dengan mengambil kira

14 minggu pembelajaran, 2 minggu persiapan untuk penilaian dan 2 minggu penilaian. Sistem kredit KKM juga membenarkan keluwesan julat masa sesuatu program pengajian. Akhir sekali, sistem kredit KKM memberikan kreativiti kepada institusi merekabentuk program masing- masing untuk memenuhi pelbagai keperluan dan mod pembelajaran seperti sepenuh masa atau separuh masa, e-pembelajaran, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan kerja dan sebagainya.

Pembentukan Program Pengajian

Apabila hendak membangunkan satu program pengajian, perkara yang pertama perlu ditentukan ialah aras program tersebut. Di UKM, aras yang biasa ialah aras 6, 7 dan 8, iaitu ijazah sarjana muda (dengan kepujian), ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah. Aras ini amat penting kerana kegagalan mencapai sesuatu aras akan menyebabkan sesuatu program tidak mendapat akreditasi. Sebagai contoh, aras 6 ialah sarjana muda yang dianggap sebagai persiapan untuk memulakan kerjaya. Program pada aras ini mestilah mampu menghasilkan graduan pada tahap berikut:

• Memamerkan pengetahuan dan kefahaman prinsip-prinsip dari bahan-bahan yang tinggi dan pengetahun yang terkehadapan

dalam bidang pengajian. • Menunjukkan profesionalisme dalam penggunaan pengetahuan

dan kefahaman dalam bidang pengajian. • Berkebolehan menerangkan dan menyampaikan maklumat, idea,

masalah, penyelesaian kepada pakar dan bukan pakar.

• Berkebolehan mendapatkan dan menggunakan data dan maklumat

untuk menyelesaikan masalah serta membuat keputusan yang mengambil kira sosial, saintifi k dan etika.

• Berkebolehan bekerja dalam satu pasukan dan memiliki kemahiran hubungan antara insan.

• Memiliki kemahiran belajar secara autonomi yang tinggi untuk maju ke peringkat pasca-siswazah

Bagi aras 7, yakni peringkat sarjana, program pada aras ini mestilah mampu menghasilkan graduan pada tahap berikut:

• Menguasai teori atau aplikasi ilmu pada aras tinggi dalam bidang pengajian.

• Memamerkan kebolehan menganalisis, menilai dan

mengintegrasikan idea-idea baru dengan pengetahuan yang sedia ada.

• Memamerkan dan menunjukkan keaslian, kreatif, luwes, bebas

dan sistematik dalam menggunakan ilmu ketika menangani isu- isu yang kompleks dan menyelesaikan masalah.

• Memamerkan kebolehan menjalankan projek atau penyelidikan dalam projek ilmiah.

• Dijalankan secara kursus atau kombinasi kursus dengan penyelidikan.

Aras 8, iaitu ijazah kedoktoran, juga mempunyai aras yang perlu dicapai oleh setiap graduan seperti berikut:

• Memberikan sumbangan sama ada berbentuk adaptasi daripada

ilmu sedia ada, aplikasi dan interpretasi yang boleh memajukan ilmu dalam bidang pengajian.

• Memberikan pandangan yang komprehensif dan meninjau

literatur, eksperimen, kerja-kerja kreatif atau pendekatan lain yang sistematik atau melakukan penilaian semula secara kritikal literatur, eksperimen, kerja-kerja kreatif atau pendekatan lain yang sistematik atau melakukan penilaian semula secara kritikal

standard antarabangsa. • Memamerkan kebolehan memberikan konsep, rekabentuk dan

perlaksanaan projek untuk menjana ilmu atau kefahaman baru yang bermakna.

• Memamerkan kebolehan melakukan penemuan dan inovasi ketika menyelesaikan masalah dalam isu-isu yang kompleks dalam

bidang kepakarannya.

Perkara kedua ialah rekabentuk program yang terdiri dari empat perkara utama:

• Objektif atau Matlamat Program dan Hasil Pembelajaran Program.

• Kandungan dan hasil pembelajaran yang berasaskan hasil pembelajaran yang mengambil kira beban pelajar. Satu kredit telah ditetapkan lebih kurang 40 jam masa pelajar dalam satu semester. Beban pelajar yang munasabah bagi satu semester 14+3 minggu (masa pembelajaran + peperiksaan) ialah lebih kurang 20 kredit setiap semester,

• Struktur serta kaedah pembelajaran dan pengajaran. •

Penilaian yang menguji pencapaian hasil pembelajaran

Objektif dan Hasil Pembelajaran Program

Matlamat atau Objektif Program

Sebelum memulakan kerja-kerja merekabentuk program baru atau menyemak semula program sedia ada, perkara pertama yang perlu ditentukan ialah bentuk dan jenis graduan yang hendak dihasilkan. Sebagai contoh, beberapa program di sebuah universiti di Singapura telah dirombak berikutan perubahan objektif pembelajaran. Perubahan Sebelum memulakan kerja-kerja merekabentuk program baru atau menyemak semula program sedia ada, perkara pertama yang perlu ditentukan ialah bentuk dan jenis graduan yang hendak dihasilkan. Sebagai contoh, beberapa program di sebuah universiti di Singapura telah dirombak berikutan perubahan objektif pembelajaran. Perubahan

Perkara yang sama juga dilakukan oleh beberapa universiti di Eropah Barat. Mereka berhadapan dengan saingan dari universiti-universiti Afrika Utara dan Eropah Timur yang melahirkan graduan yang sanggup menerima gaji lebih rendah dan bekerja lebih rajin. Oleh itu, nic graduan mereka telah berubah dari kehandalan dalam pengetahuan bidang kepada kompetensi kepimpinan dan pengurusan.

Apabila menggubal matlamat atau objektif program, ia mesti mengandungi perkara-perkara berikut:

• Pengetahuan, kemahiran dan asas-asas saintifi k. •

Sikap, etika, keprofesionalan dan kepimpinan untuk kemajuan masyarakat di dalam kerangka visi kebangsaan seperti melahirkan modal insan kelas dunia.

• Kemampuan menganalisis dan menyelesaikan masalah serta menilai dan membuat keputusan secara kritikal, kreatif berasaskan bukti dan pengalaman.

• Keinginan mendapat ilmu dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat yang amat penting untuk peningkatan diri era pengetahuan yang amat pesat berkembang.

• Pengetahuan isu-isu umum yang berkaitan dengan dasar-dasar UKM, Malaysia dan dunia.

Objektif program perlu sejajar dengan matlamat pendidikan, visi dan misi UKM. Semasa penggubalan, semua pihak berkepentingan perlu dilibatkan untuk mendapatkan pandangan mereka. Ini sebenarnya merupakan perubahan yang besar dari segi falsafah. Jika dahulu kandungan pendidikan tertakluk sepenuhnya kepada pihak berkuasa, tetapi kini semua pihak berkepentingan perlu dilibatkan secara terancang.

Objektif pendidikan mestilah dihayati oleh semua pihak yang melaksanakan program berkenaan. Ia seperti membina sebuah istana yang indah. Semua pekerja daripada buruh kasar pemotong besi hingga kepada pengurus projek menyedari bahawa mereka sedang membina istana. Oleh itu, semua pihak akan memastikan setiap bahagian istana tersebut dibina dengan betul dan berkualiti. Jika dinisbahkan kepada pembinaan dan perlaksanaan sebuah program, daripada kerani, pembantu makmal hingga kepada pensyarah dan profesor mestilah menyedari bahawa mereka sedang membangunkan manusia yang mempunyai ciri-ciri seperti yang dinyatakan dalam objektif atau matlamat program. Bahkan pelajar dan ibu bapa juga perlu mengetahui mengenai objektif ini supaya mereka sama-sama bekerja untuk melahirkan modal insan yang unggul. Demikian juga pihak majikan boleh membantu para pelajar UKM semasa latihan industri dan semasa peringkat awal graduan UKM bekerja di tempat mereka.

Hasil Pembelajaran Program

Hasil Pembelajaran Program pula ialah sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang pelajar ketika menamatkan pengajian program yang berkenaan. Sifat-sifat ini perlu menyediakan seseorang graduan mencapai objektif program selepas terjun ke alam industri dan pekerjaan. Seperti objektif program, Hasil Pembelajaran Program perlu digubal dengan mengambil kira pandangan pihak-pihak berkepentingan. Sehubungan dengan perkara ini, Kerangka Kelayakan Malaysia telah Hasil Pembelajaran Program pula ialah sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang pelajar ketika menamatkan pengajian program yang berkenaan. Sifat-sifat ini perlu menyediakan seseorang graduan mencapai objektif program selepas terjun ke alam industri dan pekerjaan. Seperti objektif program, Hasil Pembelajaran Program perlu digubal dengan mengambil kira pandangan pihak-pihak berkepentingan. Sehubungan dengan perkara ini, Kerangka Kelayakan Malaysia telah

1. Penguasaan ilmu dari segi kedalaman, lebar dan kesukaran.

2. Kemahiran praktikal atau psikomotor dari segi bidang dan kerumitan.

3. Kaedah saintifi k, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan otonomi membuat keputusan.

4. Kemahiran berkomunikasi, kepimpinan dan berkerja dalam pasukan.

5. Pengurusan maklumat dan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat .

6. Keperibadian, etika, perkongisan nilai dan keprofesionalan.

7. Tanggung jawab sosial dan keabsahan.

8. Keusahawanan dan kemahiran mengurus.

Univercity of Bangor, Wales, United Kingdom yang terletak jauh terpencil sehingga sukar mendapatkan hubungan telefon bimbit telah memberikan penekanan kepada keusahawanan. Universiti ini telah menitik beratkan perkara berikut dalam kurikulum dan penyampaian kursus-kursusnya:

• Keberanian mengambil risiko •

Cepat mengenal pasti peluang •

Peka terhadap kos, aliran tunai dan pulangan •

Kemampuan menjana idea baru dan inovasi •

Kemampuan menguruskan sumber dengan baik

Hasilnya amat memberangsangkan. Walaupun universiti ini tidak dikenali ramai, tetapi di United Kingdom, ia telah mencapai kedudukan keempat dari segi keboleh pasaran graduan-graduannya. Hasil pembelajaran di aras 7 (Sarjana) pula ialah:

1. Menunjukkan pengetahuan dan kefahaman lanjutan atau tambahan daripada tahap sarjana muda dan membangun atau mengguna idea lazimnya dalam konteks penyelidikan;

2. Menggunakan pengetahuan dan kefahaman bagi menyelesaikan masalah yang berkaitan bidang pengajian dalam situasi baru dan konteks multidisiplin;

3. Mengintegrasi pengetahuan dan mengurus perkara kompleks;

4. Membuat penilaian dan keputusan dalam keadaan tanpa atau dengan maklumat terhad, mengambil kira tanggungjawab sosial dan etika yang berkaitan;

5. Menyampaikan rumusan, pengetahuan dan rasionalnya kepada pakar dan bukan pakar dengan jelas; dan

6. Menguasai kemahiran belajar untuk terus maju dengan autonomi yang tinggi.

Hasil pembelajaran di aras 8 (Kedoktoran) pula ialah:

1. Menunjukkan kefahaman sistematik dan mendalam tentang satu displin pengajian serta penguasaan kemahiran dan kaedah penyelidikan berkaitan bidang tersebut;

2. Menunjukkan kebolehan menjana, mereka bentuk, melaksana dan mengubah suai sebahagian besar proses penyelidikan dengan keutuhan kesarjanaan;

3. Menyumbang kepada penyelidikan asal yang melebarkan sempadan ilmu melalui disertasi mendalam yang telah dibentang dan dipertahankan mengikut standard antarabangsa termasuk penulisan dalam penerbitan berwasit antarabangsa;

4. Membuat analisis kritikal, penilaian dan sintesis idea baru dan kompleks;

5. Berkomunikasi dengan rakan, komuniti sarjana dan masyarakat umum tentang bidang kepakaran; dan

6. Menggalakkan kemajuan teknologi, sosial dan kebudayaan dalam masyarakat berasaskan ilmu dalam konteks akademik dan profesional.

Aras-aras ini amat penting diperhatikan. Terdapat sebuah universiti terkemuka yang telah menawarkan program sarjana tetapi diakreditasi sama taraf dengan sarjana muda semata-mata kerana komptensi yang dihasilkan tidak mencapai aras sarjana. Demikian juga terdapat program sarjana muda yang ditawarkan oleh sebuah universiti yang baik yang tidak mendapat akreditasi aras 6.

Pembangunan Kurikulum

Apabila membangun kurikulum di UKM, Visi dan Misi UKM mestilah menjadi asas utama. Di samping itu, kurikulum yang dibangunkan dan kaedah penyampaiannya mestilah dapat mencapai Matamat dan Hasil Pembelajaran Program dan serterusnya matlamat pendidikan UKM. Mari kita perhatikan Visi, Misi, dan Matlamat Pendidikan UKM, Visi UKM ialah:

UKM bertekad untuk menjadi sebuah universiti terulung yang menjadi pelopor inovasi dalam pembinaan ilmu pengetahuan bagi mencapai aspirasi membentuk sebuah masyarakat yang dinamik,

berilmu dan berkepimpinan.

Misi UKM pula ialah:

Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan .

Visi dan Misi ini menuntut kita bekerja bersungguh-sungguh melahirkan graduan berilmu, berinovasi, membentuk masyarakat dinamik dan membawa bahasa dan acuan Malaysia ke peringkat antarabangsa. Ini bermakna, pelajar UKM mesti dididik untuk menjadi pemimpin, berkeyakinan diri yang tinggi dan memiliki jati diri yang teguh di samping berilmu yang bermanfaat dan mantap. Bagi membina manusia seperti ini, kita perlu melihat bukan sahaja pengajaran di kelas, tetapi juga pengalaman pelajar secara menyeluruh seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1.2. Bahkan kaedah pembelajaran-pengajaran juga perlu dipelbagaikan bagi membina kemahiran seperti kepemimpinan, keyakinan diri, komunikasi dan kemahiran-kemahiran lain. Bagi tujuan pembinaan kemahiran insaniah seperti ini, pengalaman pembelajaran yang dilalui oleh setiap pelajar perlu diperkaya sebanyak mungkin supaya apabila dia menamatkan pengajian, dia menjadi seorang berkeperibadian unggul.

Bagi tujuan ini UKM telah menggubal Matlamat Pendidikan yang perlu dihayati oleh semua pihak yang terlibat dengan perlaksanaan program pengajian.

Matlamat Pendidikan UKM ialah:

Melahirkan siswazah yang berkeyakinan, berkepimpinan dan berjati diri kebangsaan di persada antarabangsa.

Gambarajah 1.2 Rekabentuk Kurikulum Melibatkan Pengalaman Pembelajaran Menyeluruh

Pencapaian pelajar terhadap matlamat pendidikan perlu diukur untuk mengetahui pencapaian graduan UKM. Ciri-ciri boleh ukur matlamat ini ialah seperti berikut:

Domain Ciri Boleh Ukur “Berkeyakinan”

1. Memiliki ilmu yang mantap dalam bidang pengajian.

2. Mahir dalam bidang ilmu masing-masing.

3. Boleh menggunakan dan menyesuaikan ilmu dalam pelbagai suasana/keadaan, peringkat dan budaya (inovatif dan kreatif).

4. Berkemahiran menggunakan bahasa kerja antarabangsa/global (bahasa Inggeris).

Domain Ciri Boleh Ukur “Berkepimpinan”

5. Boleh berkomunikasi dan berinteraksi dalam pasukan.

6. Mempunyai kepimpinan dan hala tuju dalam konteks fungsi dan peranan masyarakat.

7. Boleh membuat keputusan dan mengambil tindakan bijaksana berdasarkan etika dan nilai sejagat (saksama, adil, lestari dan integriti).

Domain Ciri Boleh Ukur “Jati Diri Kebangsaan”

8. Beretika dan bermoral tinggi.

9. Berkemahiran dan selesa dalam interaksi antara budaya dan agama.

10. Bangga dan fasih menggunakan bahasa ibunda.

11. Mempunyai kesedaran untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Penilaian Pelajar

Pencapaian perlu diukur dan dinilai. Pada masa lepas, penilaian pelajar hanya berbentuk pencapaian dalam bidang pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan kursusnya. Bagi program yang mempunyai lapan Hasil Pembelajaran Program (HPP), pencapaian pelajar dalam kelapan-lapan HPP perlu diukur dan dinilai. Misalnya, peperiksaan akan menguji pencapaian pelajar dalam bidang pengetahuan. Soalan-soalan perlu disediakan untuk menilai pencapaian pelajar sehingga peringkat yang tinggi dalam Taksonomi Bloom. Kemahiran pula boleh diuji melalui projek sebenar, aktiviti klinik di hospital dan sebarang aktiviti yang melibatkan kemahiran.

Kaedah dan instrumen penilaian kemahiran-kemahiran lain, terutamanya kemahiran insaniah perlu direkabentuk dengan baik. Di antara instrumen yang biasa digunakan ialah rubrik yang boleh Kaedah dan instrumen penilaian kemahiran-kemahiran lain, terutamanya kemahiran insaniah perlu direkabentuk dengan baik. Di antara instrumen yang biasa digunakan ialah rubrik yang boleh

Penilaian pencapaian Hasil Pembelajaran sesuatu kursus boleh dilakukan oleh pensyarah yang berkaitan. Hasil Pembelajaran Program memerlukan perngumpulan markah penilaian dari semua kursus dan aktiviti ko-kurikulum dalam program berkaitan. Jika program tersebut mempunyai 40 kursus dan 10 aktiviti ko-kurikulum, maka markah dari semua kursus dan aktiviti ko-kurikulum perlu dikumpulkan dan dinilai.

Penilaian pencapaian Matlamat atau Objektif Program mungkin lebih sukar sedikit kerana ia melibatkan pencapaian pelajar selepas mereka menamatkan pengajian. Sesetengah objektif program sukar untuk diperhatikan, seperti kebolehan memimpin masyarakat, yang hanya boleh dilihat selepas beberapa tahun mereka berkecimpung dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, satu kaedah dan mekanisme yang sistematik perlu diwujudkan.

Pemilihan pelajar

Kemasukan pelajar perlu ditapis supaya mereka yang benar- benar berkelayakan sahaja diterima. Kelayakan yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari segi kemahiran dan sikap. Sebagai contoh, pelajar yang ingin mengambil kursus seni bina perlu mahir melukis manakala pelajar yang ingin mengambil kursus perubatan perlu benar-benar berminat untuk menjadi doktor, tidak takut melihat darah, berani membedah dan sebagainya. Bagi menjamin kualiti pembelajaran-pengajaran, pengambilan pelajar mestilah bersesuaian dengan kemampuan infrastruktur dan tenaga pengajar.

Staf Akademik

Staf akademik adalah amat penting dalam perlaksanaan sesuatu program. Ia perlu diwujudkan dari peringkat awal. Nisbah pensyarah kepada pelajar seperti yang ditetapkan oleh badan-badan profesional atau oleh UNESCO juga perlu dipatuhi. Bidang-bidang ilmu atau kursus-kursus yang akan ditangani oleh pensyarah-pensyarah perlu juga ditentukan.

Kemudahan dan Sumber

Kemudahan dan sumber untuk melaksanakan program yang ingin dijalankan perlu mencukupi bagi perjalanan program berkenaan. Bilik kuliah, makmal, perpustakaan, kemudahan IT dan keperluan- keperluan lain perlu diadakan. Demikian juga bajet yang mencukupi perlu diadakan.

Pengawasan dan Semakan Program

Kaedah pengawasan dan semakan program perlu diwujudkan. Di antara perkara yang perlu diadakan bagi tujuan ini ialah:

• Mekanisme semakan dan pengawasan program perlaksanaan

dan kemajuan pelajar. • Sumber untuk menjalankan semakan dan pengawasan program

perlaksanaan dan kemajuan pelajar. • Kaedah untuk mendapatkan maklum balas dari pelbagai

punca. • Kaedah mendapatkan maklum balas dari pensyarah dan pelajar

secara berkala dan sistematik • Kaedah melibatkan pihak-pihak berkepentingan dalam

pengawasan dan semakan program.

Kepimpinan, Tadbir Urus dan Pentadbiran

Sesuatu program mesti mempunyai kepimpinan yang jelas supaya semua aktiviti yang berkaitan dengannya dapat dijalankan dengan baik. Bagi memastikan kepimpinan berjala dengan baik, tadbir urus yang baik mesti diwujudkan terutama yang berkaitan dengan bidang kuasa, ketelusan dan keabsahan. Ketiadaan tadbir urus yang baik akan menyebabkan timbul pertembungan kuasa dan kesukaran membuat keputusan.

Sesuatu program tidak akan dapat dijalankan dengan baik jika tiada pentadbir yang cekap. Tugas pentadbir bukan sahaja untuk urusan pentadbiran sehari-hari tetapi juga bagi pengurusan kualiti. Bagi tujuan ini, satu pengurusan kualiti yang jelas mesti diadakan.

Para pentadbir juga perlu mengadakan sistem hubungan dengan pihak industri. Perkara ini amat penting terutama untuk memberikan persepsi yang baik terhadap pelajar-pelajar UKM. Di samping itu, hubungan yang baik akan memudahkan pelajar-pelajar mendapat tempat latihan industri dan memudahkan mendapatkan pandangan mereka mengenai program di UKM. Sebagai contoh, sebuah universiti di Denmark yang melaksanakan sistem pembelajaran-pengajaran berasaskan masalah, mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan pihak industri sehingga mereka mudah mendapatkan kes dan projek untuk dijadikan bahan pembelajaran.

Penambahbaikan Kualiti Berterusan

UKM telah mengadakan ISO untuk kualiti pembelajaran- pengajaran di samping sistem jaminan kualiti akademik yang telah ditetapkan oleh MQA. Oleh itu, semua program di UKM perlu berpegang kepada kedua-dua bentuk jaminan kualiti tersebut. Berikutan perkara ini, penambahbaikan kualiti berterusan perlu diadakan mengikut UKM telah mengadakan ISO untuk kualiti pembelajaran- pengajaran di samping sistem jaminan kualiti akademik yang telah ditetapkan oleh MQA. Oleh itu, semua program di UKM perlu berpegang kepada kedua-dua bentuk jaminan kualiti tersebut. Berikutan perkara ini, penambahbaikan kualiti berterusan perlu diadakan mengikut

Gambarajah 1.3 Pusingan Penambah Baikan

Penutup

Malaysia sekarang sedang berusaha melahirkan modal insan minda kelas dunia. UKM pula mempunyai visi dan misi untuk membentuk masyarakat dinamik dan memimpin. Ini memerlukan institusi pengajian tinggi yang berkualiti yang mampu melahirkan pemimpin bertaraf antarabangsa. Dalam masa yang sama saingan dari luar negara menjadi amat sengit dan semakin sengit. Oleh itu, semua program di UKM, sama ada yang sedia ada atau yang hendak ditubuhkan mestilah benar-benar berkualiti sekurang-kurangnya sesuai dengan Kerangka Kelayakan Malaysia.

Rujukan

Sharifah Hapsah. 2007. MQF. Bengkel Jaminan Kualiti. UKM Bangi.

Bacaan Tambahan

Code of Practice for Program Accreditation. 2008, MQA Code of Practice for Institutional Accreditation. 2008. MQA Rating for Quality Assurance Report in Public Universities of Malaysia

BAB 2

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil (PHB)

Wan Hamidon Wan Badaruzzaman

Pengenalan

Di dalam era globalisasi dan ke arah dunia tanpa sempadan, cabaran yang dihadapi oleh para graduan kita kini menjadi lebih sengit di pasaran kerja di dalam mahupun luar negara. Adakah graduan kita sudah disediakan dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi, kemahiran praktikal dan profesional, kemahiran insaniah serta sikap yang akan membolehkan mereka menghadapi persaingan tersebut? Adakah kita sudah menyediakan mereka untuk memenuhi keperluan dan tuntutan pihak-pihak yang berkepentingan? Siapakah pihak-pihak yang berkepentingan ini? Di dalam Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil (PBH), pihak-pihak yang berkepentingan program perlu dikenalpasti dan pandangan mereka diperolehi dan dipertimbangkan di dalam menggubal Objektif-Objektif Program (jangka panjang) dan Hasil-Hasil Pembelajaran program (jangka pendek). Objektif- Objektif Program (OP) dan Hasil-Hasil Pembelajaran (HP) program harus dijadikan titik rujukan untuk dihubungkait dan dijejaki kepada kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran setiap program.

Memetik beberapa perenggan daripada Pelan Strategik UKM Perspektif 2006 – 2020: “UKM mesti memastikan program yang disajikan mampu melahirkan siswazah yang mempunyai daya saing serta kebolehpasaran tinggi yang relevan dan sesuai dengan keperluan negara dan masyarakat ilmu. Perkembangan terkini dalam pembentukan kurikulum menuntut usaha tersusun untuk peningkatan kualiti program secara berterusan melalui pendekatan berasaskan hasil (outcome- based approach). UKM komited dengan kualiti program pengajian yang disajikan pada peringkat prasiswazah dan pasca siswazah. Dalam hubungan ini, pelbagai sistem pengurusan kualiti seperti ISO telah diperkenalkan. Pada masa yang sama, UKM sudah mengorak langkah Memetik beberapa perenggan daripada Pelan Strategik UKM Perspektif 2006 – 2020: “UKM mesti memastikan program yang disajikan mampu melahirkan siswazah yang mempunyai daya saing serta kebolehpasaran tinggi yang relevan dan sesuai dengan keperluan negara dan masyarakat ilmu. Perkembangan terkini dalam pembentukan kurikulum menuntut usaha tersusun untuk peningkatan kualiti program secara berterusan melalui pendekatan berasaskan hasil (outcome- based approach). UKM komited dengan kualiti program pengajian yang disajikan pada peringkat prasiswazah dan pasca siswazah. Dalam hubungan ini, pelbagai sistem pengurusan kualiti seperti ISO telah diperkenalkan. Pada masa yang sama, UKM sudah mengorak langkah

Bab ini cuba menjelaskan falsafah, konsep, serta kaedah perlaksanaan Pendekatan Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH) dengan lebih terperinci. Ia diharap dapat membantu meningkatkan kefahaman mengenai PBH di kalangan para pensyarah UKM agar PBH dapat dilaksanakan dengan penuh penghayatan.

Keperluan PBH

Pendekatan Pendidikan Berasaskan Hasil (PBH) ataupun Outcome-based Education (OBE) kini merupakan satu pendekatan pendidikan yang diamalkan oleh UKM dan semua institusi pengajian tinggi lain di Malaysia dalam semua bidang pengajian. Ini bertepatan dengan kehendak yang disarankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, agensi akreditasi pendidikan tempatan dan antarabangsa. Pendekatan ini merupakan satu keperluan yang ditetapkan oleh Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) yang kini di bawah pemantauan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Perkembangan ini telah dipercepatkan lagi dengan perubahan di dalam pendekatan akreditasi oleh badan- badan profesional seperti Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) yang kini mewajibkan pendekatan PBH bagi kesemua program kejuruteraan yang memerlukan akreditasi daripada Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC).

Bagaimanapun, sebab yang lebih penting di sebalik perlaksanaan PBH ialah kerana PBH dapat meningkatkan kualiti pelajar dan graduan secara lebih jelas, sistematik dan menyeluruh. PBH digerakkan hasil daripada keinginan untuk melihat pelajar dan graduan disediakan dengan hasil-hasil pembelajaran atau ciri-ciri menyeluruh.

PBH

PBH merupakan singkatan kepada Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Hasil. PBH mengalih fokus daripada input dan proses kepada memberi tumpuan kepada Objektif-Objektif Program (OP) dan Hasil-Hasil Pembelajaran (HP) Program. Bagaimanapun, kepentingan input dan proses tidak dinafi kan. Melalui PBH, sebarang program pengajian perlu mengambilkira keperluan pihak-pihak berkepentingan dalam penggubalan OP serta HP program yang perlu dicapai oleh para pelajar dan graduan. OP pengajian (jangka panjang dan berkaitan dengan graduan semasa sudah bekerja) dan HP (jangka pendek dan berkaitan dengan pelajar) perlu dikenalpasti dan dijejaki dalam rekabentuk kurikulum program.

Struktur pembelajaran, rekabentuk kurikulum, silibus dan ko-kurikulum kemudiannya direkabentuk secara top-down dengan menjadikan OP dan HP program sebagai titik rujukan. Struktur pembelajaran dan rekabentuk kurikulum dianggap sebagai penyebab dan bukan matlamat akhir. Sekiranya struktur pembelajaran, kurikulum dan ko-kurikulum tidak berjaya membuahkan hasil, maka kedua-duanya akan dinilai semula. Kaedah penyampaian (delivery) dan pengukuran (assessment) dan penilaian (evaluation) pencapaian objektif-objektif dan hasil-hasil pembelajaran program menjadi amat penting untuk memastikan pencapaian hasil-hasil pembelajaran oleh para pelajar dan graduan. Bahan-bahan bukti yang yang berkaitan perlu ditunjukkan apabila proses akreditasi program dijalankan. Memetik daripada satu laporan Education Department of Western Australia:

Dokumen yang terkait

Analisis Komparasi Internet Financial Local Government Reporting Pada Website Resmi Kabupaten dan Kota di Jawa Timur The Comparison Analysis of Internet Financial Local Government Reporting on Official Website of Regency and City in East Java

19 819 7

ANTARA IDEALISME DAN KENYATAAN: KEBIJAKAN PENDIDIKAN TIONGHOA PERANAKAN DI SURABAYA PADA MASA PENDUDUKAN JEPANG TAHUN 1942-1945 Between Idealism and Reality: Education Policy of Chinese in Surabaya in the Japanese Era at 1942-1945)

1 29 9

EFEKTIVITAS PENGAJARAN BAHASA INGGRIS MELALUI MEDIA LAGU BAGI SISWA PROGRAM EARLY LEARNERS DI EF ENGLISH FIRST NUSANTARA JEMBER

10 152 10

Improving the Eighth Year Students' Tense Achievement and Active Participation by Giving Positive Reinforcement at SMPN 1 Silo in the 2013/2014 Academic Year

7 202 3

Improving the VIII-B Students' listening comprehension ability through note taking and partial dictation techniques at SMPN 3 Jember in the 2006/2007 Academic Year -

0 63 87

The Correlation between students vocabulary master and reading comprehension

16 145 49

Improping student's reading comprehension of descriptive text through textual teaching and learning (CTL)

8 140 133

The correlation between listening skill and pronunciation accuracy : a case study in the firt year of smk vocation higt school pupita bangsa ciputat school year 2005-2006

9 128 37

PENGAJARAN MATERI FISIKA DASAR UNTUK MAHASISWA FAKULTAS TEKNOLOGI INDUSTRI

9 106 43

Transmission of Greek and Arabic Veteri

0 1 22