Teknik Menjawab Soalan Ekonomi Asas Spm

TEKNIK MENJAWAB SOALAN EKONOMI ASAS SPM
Pelajar mesti memahami kata tugas soalan selain mengetahu kata kunci soalan.
Apa kata tugas? Apa pula kata kunci?
TEKNIK 1 :
Contoh : Terangkan empat faktor-faktor pengeluaran dalam ekonomi.
kata tugas - terangkan
kata kunci - faktor-faktor pengeluaran.
Terangkan bermaksud pelajar mesti memberikan fakta dan satu huraian.
Contoh jawapan.
Faktor-faktor pengeluaran dalam ekonomi adalah :
1. Buruh
Buruh adalah individu yang menyumbang tenaga fizikal / mental dalam proses
pengeluaran.
Buruh mendapat ganjaran upah.
Nota : huraian di atas boleh dipilih mana-mana satu oleh pelajar.

Pelajar sekalian, sila ikuti teknik menjawab yang seterusnya dalam blog ini pada
masa lain.
Selamat mempraktikkan ilmu yang sedikit ini, yang sedikit dikongsi bersama,
manfaatnya akan besar dinik
Bagi soalan perbezaan, soalan akan dikemukakan dengan jelas. Jika jawapan

memerlukan empat perbezaan. maka perkataan empat akan ditulis di dalam soalan.
Pelajar hanya perlu memberi empat perbezaan. Semasa berada di dewan
peperiksaan, masa amat berharga. Gunakan masa menjawab dengan bijak.
Akan tetapi, jika terdapat perbezaan yang pelajar kurang pasti betul atau salah,
pelajar boleh memberi lebih daripada empat perbezaan.
Contoh soalan :
SPM 2008. Soalan 3(a)
Bezakan Keanjalan Harga Permintaan Anjal dengan keanjalan Harga Permintaan Tak

Anjal
[4m]
Pesanan kepada calon : Bagi soalan ini bilangan perbezaan yang dikehendaki tidak
dinyatakan. Namun begitu, berdasarkan markah yang diperuntukkan dapat
diketahui DUA perbezaan yang perlu diberi. Contoh lain, jika 8 markah diberi
bermakna 4 perbezaan diperlukan.
Contoh jawapan :
Keanjalan harga permintaan anjal bermaksud peratus perubahan kuantiti diminta
besar berbanding peratus perubahan hargamanakala keanjalan harga permintaan
tak anjal bermasud peratus perubahan kuantiti diminta kecil berbanding peratus
perubahan harga.

Catatan : pelajar yang menjawab sebegini layak mendapat 2 markah.
Pelajar boleh juga menjawab secara jadual. Tetapi pastikan ayat-ayat lengkap dan
tidak tergantung.