TAHAP KEUPAYAAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN

TAHAP KEUPAYAAN PELAJAR MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR
ARAS TINGGI (KBAT) DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH1
RHOAINA JULKARIM
ANUAR AHMAD
MOHD. MAHZAN AWANG
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meninjau keupayaan pelajar Tingkatan 4 menjawab soalan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Akhir Tahun.
Objektif kajian ini ialah menentukan sejauh mana pelajar berupaya menjawab soalan KBAT
dengan aras mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Mengenal pasti perbezaan
markah pencapaian bagi empat aras soalan KBAT dan mengenal pasti aras soalan KBAT yang
paling sukar dan paling mudah dikuasai pelajar. Kajian dijalankan dengan menganalisis
kertas jawapan bagi soalan yang hanya mengandungi unsur KBAT kertas dua (bahagian
struktur). Seramai 94 orang pelajar Tingkatan 4 yang menduduki Peperiksaan Akhir Tahun di
salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Kuala Lumpur, markah 54 pelajar diambil
sebagai sample kajian ini. Analisis deskriptif digunakan bagi menunjukkan peratusan markah
setiap soalan dan analisis inferensi digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Ujian
ANOVA sehala dijalankan, menunjukkan nilai F(df = 3, 212, P