Kertas Soalan Pra UPSR 2016 Format

SULIT

1

011

BAHAGIAN A
(20 markah)
Soalan 1 hingga 10.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar 1
1

Ketibaan Yang Berhormat Dato’ Farhan untuk
__________ penubuhan persatuan belia disambut
dengan mesra.
A memastikan
B merasmikan
C menubuhkan
D menjalankan


Gambar 1
Soalan 2 berdasarkan gambar 2
2

Muhammad Hishamudin terpaksa jalan __________
kerana kaki kanannya patah.
A tongkat
B tertongkat
C bertongkat
D menongkat

Gambar 2
3

Alat penekan pen mata bola itu tidak dapat berfungsi dengan baik kerana
__________ springnya tersangkut.
A jejari
B
bebuli
C bebola

D gegelung

Soalan 4 berdasarkan gambar 3
4

Chef Wan sedang mengeluarkan sebiji
berperasa coklat yang telah __________.
A naik
B panas
C masak
D hangus

kek

Gambar 3

011 © Disediakan oleh : Rokimin bin Imah

[ Lihat halaman sebelah


SULIT

SULIT

2

011

Soalan 5 berdasarkan gambar 4
5

Abdul Rahim tenang menunggu
dimakan oleh ikan di sungai itu.
A kailnya
B jorannya
C umpannya
D pancingnya

__________


Gambar 4
6

Anak-anak kapal dagang dari Jerman Barat itu diarahkan agar __________
sauh untuk membolehkan mereka belayar.
A menarikkan
B
melabuhkan
C menyangkutkan
D membongkarkan

Soalan 7 berdasarkan gambar 5
7

Ah Meng dan Abdullah Sani berjalan __________
menuju padang bola sepak.
A berpusu-pusu
B berderet-deret
C bersaing-saing
D berduyun-duyun


Gambar 5

8

Oleh sebab tidak pandai melukis. Nurul Syahirah __________ peta Malaysia
yang ada dalam buku itu.
A melakar
B
menyurih
C menekan
D menyunting

Soalan 9 berdasarkan gambar 6
9

Orang ramai kagum melihat kebolehan wanita itu
berjalan
sambil
__________

bakul
tanpa
memegangnya.
A memikul
B mengepit
C mengelek
D menjunjung

Gambar 6
011 © Disediakan oleh : Rokimin bin Imah

[ Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

3

011


Soalan 10 berdasarkan gambar 7
10 Syahmi dan Syahidan sedang makan durian
__________ ayahnya membersihkan durian yang
baru dikutip.
A ketika
B setelah
C supaya
D sementara
Soalan 11
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
11 Bumbung pondok di kebun durian Pak Wahab itu diperbuat daripada
daun nipah.
A stor
B
rumah
C dangau
D khemah
Soalan 12
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

12 Perangai dan tingkah laku Abdul Jalil disanjung oleh rakan-rakan
sekolahnya.
A dipuji
B
disakiti
C dicemuh
D dimarahi
Soalan 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayatayat di bawah.
13 Dia benar-benar berterima kasih atas pertolongan
menghulurkan derma.
A Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
B
Ketam menyuruh anaknya berjalan betul
C Minyak dengan air tidak akan bercampur
D Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit juga

011 © Disediakan oleh : Rokimin bin Imah

jiran-jirannya


[ Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

4

011

Soalan 14
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.
14 Angin ribut yang bertiup menghalang nelayan mendapat ikan yang
banyak.
A Apakah yang berlaku kepada nelayan?
B
Di manakah nelayan mendapat ikan yang banyak?
C Mengapakah hasil tangkapan nelayan agak berkurangan?
D Bagaimanakah caranya nelayan mendapat ikan yang banyak?


Soalan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
15 Pihak polis akan mengenakan tindakan tegas bagi mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan dewasa ini.
A Bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang semakin
membimbangkan dewasa ini, pihak polis telah mengenakan tindakan
yang berat.
B
Kadar kemalangan jalan raya yang semakin membimbangkan itu,
memaksa pihak polis mengenakan tindakan tegas.
C

Pihak polis yang bimbangkan kadar kemalangan jalan raya dewasa
ini, bercadang mengambil tindakan tegas.

D

Bagi mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya yang semakin
merisaukan pada masa ini, pihak polis akan mengenakan tindakan

tegas.

Soalan 16
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
16

I
II
III
IV
A
B
C
D

Pelajarannya patah di tengah jalan.
Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu patah dua.
Pekerja asing itu tidak patah bercakap bahasa Melayu.
Dia sempat menyebut beberapa patah perkataan sebelum
meninggal dunia.
I dan IV sahaja
II dan IV sahaja
I, II dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja

011 © Disediakan oleh : Rokimin bin Imah

[ Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

5

011

Soalan 17 hingga Soalan 20
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar,
para Penolong Kanan, guru-guru, serta rakan-rakan yang saya hormati. Saya
merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang untuk
menyampaikan sebuah syarahan pada pagi ini.
Hadirin yang dihormati,
Pada pagi yang indah lagi permai ini, izinkan saya menyampaikan
sebuah syarahan yang bertajuk "Pentingnya Bersenam". Slogan ini
bermaksud bersenam merupakan satu daripada penaja utama kesihatan
jasmani seseorang.
Memang tidak dapat untuk mengelakkan diri daripada ancaman
penyakit, kita mestilah mengamalkan penjagaan kesihatan yang sempurna.
Satu daripada kaedah untuk menjamin kesihatan yang baik ialah melalui
aktiviti bersenam. Senaman secara teratur boleh membantu menyuburkan
jasmani dan rohani seseorang.
Hadirin yang budiman,
Bersenam atau latihan jasmani memberi banyak faedah kepada kita
terutamanya murid-murid sekolah. Setelah penat belajar sepanjang hari,
bersenam boleh menolong murid-murid menghilangkan ketegangan dan
membebaskan diri daripada perasaan bimbang. Murid-murid yang jarang
bersenam akan mudah mendapat selesema, batuk, dan lenguh-lenguh
badan.
Ketika belajar, murid-murid banyak menghabiskan masa duduk di atas
kerusi. Ini membuatkan perjalanan darah menjadi kurang lancar. Akibatnya,
badan mereka menjadi letih di samping tidak berupaya untuk berfikir dan
mengingati apa yang dipelajari.
Hadirin yang disenangi, kita harus menanamkan satu kesedaran di
dalam diri tentang kepentingan bersenam. Murid-murid yang selalu
bersenam didapati lebih cergas dan kebiasaannya dapat menyelesaikan
masalah dengan baik. Mereka dapat menyesuaikan diri di kalangan rakanrakan. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak
rakan-rakan supaya mengamalkan senaman setiap hari.
Marilah kita jayakan slogan yang berbunyi "Pentingnya Bersenam"
dalam diari kehidupan kita seharian. Tiada insan yang menafikan dan
menolak pentingnya kesihatan. Kita juga perlu berusaha dan
bertanggungjawab untuk merealisasikan hidup sihat dalam diri kita, keluarga
kita, kumuniti kita, kampung kita, dan negara kita.
Informasi yang saya nyatakan di sini, diharap dapat dijadikan sebagai
panduan. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan
seandainya terselit jua keterlanjuran kata dan kesilapan bicara.
Sekian, terima kasih.

011 © Disediakan oleh : Rokimin bin Imah

[ Lihat halaman sebelah

SULIT

SULIT

6

011

17 Berdasarkan petikan di atas, matlamat bersenam ialah
A dapat menyelesaikan masalah dengan baik.
B
menjauhkan kita daripada batuk dan selesema.
C dapat mengelakkan diri daripada membuat kerja sekolah.
D membebaskan diri daripada perasaan bimbang dan curiga.
18 Frasa “menanamkan satu kesedaran” bermaksud
A mewujudkan kebiasaan.
B
mewujudkan keprihatinan.
C membentuk keinsafan diri.
D menjadikan amalan harian.
19 Rangkai kata “mereka dapat menyesuaikan diri di kalangan rakan-rakan”
bermaksud
A membentuk tubuh badan yang sihat.
B
membentuk rasa rendah diri dan menyisihkan diri.
C membentuk sikap ingin bersaing semasa bersenam.
D membentuk sikap yang disenangi serta dihormati oleh rakan.
20 Penulis berpendapat, badan yang letih dan penat boleh menyebabkan
perkara-perkara berikut, kecuali
A perjalanan darah menjadi kurang lancar.
B
ketegangan dan perasaan bimbang kian menular.
C seseorang itu mudah diserang pelbagai jenis penyakit.
D hilang keupayaan untuk mengingat sesuatu dan berfikir.

KERTAS SOALAN TAMAT

011 © Disediakan oleh : Rokimin bin Imah

[ Lihat halaman sebelah

SULIT