HBHE3103 gaya hidup sihat (1)

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

SEMESTER SMP PPG JANUARI 2014

HBHE3103

GAYA HIDUP SIHAT

NO. MATRIKULASI

:

810504145321001

NO. KAD PENGNEALAN

:

810504-14-5321


NO. TELEFON

:

019-2757015

E-MEL

:

[email protected]

NAMA TUTOR

:

PUAN FATIMAH BINTI MUSTAFFA

:


OUM MELAKA LEARNING CENTER

PUSAT PEMBELAJARAN

KANDUNGAN
1

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

Bil

Tajuk

Muka Surat

1.

Penghargaan


3

2.

Pendahuluan

4-5

3.

Memberi Definisi Tentang Kesejahteraan

6-8

4.

Menghuraikan Enam Dimensi Tersebut

9 - 15


5.

Kesan Dan Akibat Dimensi Tersebut Tidak Seimbang

16 – 25

6.

Penjelasan Dalam Mengamalkan Gaya Hidup Berdasarkan

26 – 32

Roda Kesejahteraan
7.

Reka Cipta Roda Kesejahteraan Dengan Menambahkan Dua

33 – 35

Lagi Dimensi

8.

Sumber Rujukan

36 - 37

PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Syukur Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah S.W.T dengan penuh ikhlas kerana dengan
limpah kurniaNya maka dapatlah saya menyiapkan tugasan saya ini dengan sebaiknya dalam
masa yang telah ditetapkan.

2

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
tutor saya iaitu Puan Fatimah Binti Mustaffa yang telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk
ajar kepada saya sepanjang proses penyiapan tugasan ini.Tanpa tunjuk ajar dari beliau mungkin

saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan buat Ayahanda dan Bonda saya, En Ab Wahid b
Daud dan Pn Maimunah bt Bujang di atas sokongan dan semangat yang tidak pernah putus
sepanjang saya menjalani kursus pengajian ini. Doa yang tidak pernah putus sentiasa mengiringi
kejayaan saya. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan
Buat adik beradik saya yang sentiasa memberi semangat dan menjadi pencetus idea
dalam menyelesaikan tugasan ini, jasa kalian tidak ternilai harganya. Hanya tuhan yang mampu
membalasnya. Buat insan yang banyak memberi sumber inspirasi dalam menghasilkan tugasan
ini, isteriku Pn Yusmaniza Binti Mohamad Yusof terima kasih kerana sentiasa berada disisi
disaat jatuh bangun menghadapi suasana bergelar mahasiswa.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan kerana saling memahami dan banyak
memberi kerjasama dan sokongan dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan ini juga
ditujukan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
penghasilan tugasan ini.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui dapat menganugerahkan kasih sayang dan
kebahagiaan yang kita kecapi bersama-sama… Semoga kita semua tergolong dalam hambaNya
yang bertakwa dan berjaya di dunia dan di akhirat...Amin…
Wassalam.
Fairuz Kamal b Ab Wahid

Pendahuluan
Gaya hidup yang seimbang bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa
impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang
sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang
boleh menjejaskan

kehidupannya untuk satu tempoh

tertentu pula. Sudah pasti dalam

kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup yang seimbang menjadi satu
3

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan
untuk mencapai matlamat ini.
Gaya hidup yang seimbang ini merupakan suatu


amalan kehidupan yang membina

dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan
juga masyarakat. Gaya hidup yang seimbang ini merupakan salah satu aspek yang penting dalam
menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti
makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan
dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak
lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan
kebahagian kepada kehidupan kita.
Gaya hidup yang seimbang juga melibatkan beberapa aspek pada seseorang itu. Mereka
yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih
bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan
masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan
keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Sesungguhnya, aspek keperluan yang
dapat dipenuhi oleh manusia perlu dipenuhi untuk memperoleh gaya hidup yang seimbang ini.
Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting dimiliki oleh seseorang itu
untuk menangani tekanan kehidupan moden. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu
mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa
tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan
satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Maka, semakin positif minda seseorang itu

maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

Gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan.
Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap
pembangunan agama, bangsa dan negara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO, 1948) :
4

Mendefinisikan Gaya Hidup Sihat Sebagai Suatu K e a d a a n
F i z i k a l , M i n d a D a n S o s i a l Ya n g S i h a t , C e r g a s , C e r d a s
S e r t a B e b a s D a r i S e b a r a n g Penyakit. Berlandaskan Keadaan
Sosial Dan Masyarakat.

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

Kesimpulannya, gaya hidup yang seimbang ini boleh diperoleh menerusi semua amalan-amalan
yang kehidupan yang positif.


Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah

kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul
kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya.

Definisi Yang Dapat Difahami Tentang Kesejahteraan
Dalam pengertian umum, kesejahteraan membawa maksud sesuatu keadaan yang menjadi lebih
baik dan di mana keadaan sesebuah negara dan rakyak-rakyatnya hidup dalam keadaan makmur
sihat dan aman damai.
Didalam kamus, kesejahteraan bermaksud :
Kerukunan
Kerukunan
Harmoni
Harmoni
Aman
Aman
Haru
Haru


5

Salam
Salam
FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

Kesejahteraan hidup juga boleh ditakrifkan sebagai satu pembinaan konsep kendiri yang
positif yang akan memberi ketenangan dalam hidup malah kesejahteraan hidup adalah satu
keadaan emosi yang dapat mempengaruhi corak hidup individu.
Myers,Sweeney
Sweeneyand
andWittmer,
Wittmer,2005,
2005,p.p.252
252) ): :
( (Myers,
Kesejahteraanhidup
hidupmerupakan
merupakansatu
satuproses
prosesdinamik
dinamikyang
yangmemberikan
memberikannilai
nilaikepada
kepada
Kesejahteraan
manusiatentang
tentangbagaimana
bagaimanakehidupan
kehidupanmereka
merekaberkembang
berkembangsama
samaada
adabertambah
bertambahbaik
baikatau
atau
manusia
sebaliknya.IaIajuga
jugamerupakan
merupakancara
carahidup
hidupkekearah
arahmencapai
mencapaitahap
tahapkesihatan
kesihatandan
dan
sebaliknya.
kesejahteraandiri
diriyang
yangoptimum
optimummerangkumi
merangkumifizikal,
fizikal,mental
mentaldan
danspiritual
spiritualyang
yang
kesejahteraan
diintergrasikanoleh
olehindividu
individuuntuk
untukkehidupan
kehidupanyang
yangberkualiti
berkualitidididalam
dalammasyarakat
masyarakat
diintergrasikan

Konsep kesejahteraan hidup itu sendiri merupakan suatu yang subjektif dan tidak mudah
untuk diukur. Pengukuran dilakukan berdasarkan petunjuk-petunjuk tertentu dan berbeza di
antara kumpulan masyarakat yang berbeza.
Enam dimensi kesejahteraan seperti yang digariskan adalah merangkumi :

Intelektual,Persekitaran,
Persekitaran,
Intelektual,
Sosial,Emosi,
Emosi,
Sosial,
SpiritualDan
DanFizikal.
Fizikal.
Spiritual

Kesejahteraan

merupakan

satu

kebahagiaan.

Kebahagiaan

adalah

dambaan

setiap insân (manusia), ia merupakan suatu keadaan dimana tercapainya perasaan aman, damai
6

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

dan gembira dalam hidup manusia. Kebahagiaan adalah sesuatu yang berhubungan
dengan tercapainya tujuan hidup manusia iaitu kesenangan, baik secara jasmani maupun
rohani. Kebahagiaan, dapat dikatakan sebagai kesempurnaan hidup atau kesejahteraan
hidup, ketika tercapainya perasaan aman damai serta gembira. Dengan demikian kebahagiaan
amat berkait dengan pencapaian yang khusus, seperti terkabulnya cita-cita dan ia juga berkait
dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga.
Kesejahteraan manusia adalah satu aspek penting dalam kualiti kehidupan manusia. Setiap
individu memainkan peranan penting di dalam kehidupannya sama ada di dalam rumah sebagai
ibu, bapa, suami, isteri, anak datuk dan nenek serta di luar rumah sebagai pekerja, jiran mahupun
ahli masyarakat. Peranan mereka itu saling kait-mengait. Oleh itu, jika terdapat masalah pada
salah satu peranan sudah pasti akan menjejaskan peranan-peranan yang lain.
Mengkaji dan memahami kesejahteraan manusia dengan menggunakan pendekatan
psikologi yang meliputi aspek kognitif dan afektif yakni perasaan negatif atau positif tentang
kehidupan semakin diutamakan di negara maju dan di negara yang sedang membangun. Dengan
memahami sesuatu masalah individu dari segi pengalaman menghadapi sesuatu masalah dan
persepsi mereka yang berbeza di antara seorang individu dengan yang lain berhubung dengan
sikap, persepsi dan gaya menangani sesuatu masalah itu. Oleh itu, mudahlah dirancang intervensi
psikologi untuk menangani sesuatu masalah sesuai dengan keperluan individu atau sesuatu
kelompok manusia.
Ross dan willigen, 1997 :
Kualiti hidup merupakan satu darjah kesejahteraan yang dirasai oleh
individu atau sekumpulan manusia

7

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

Huraian Enam Dimensi Roda Kesejahteraan (Wellness Wheel) Beserta Ilustrasi Yang
Relevan

KESEJAHTERAAN INTELEK
Kesejahteraan intelektual merangkumi kemampuan individu untuk menaakul, memproses dan
bertindak balas terhadap maklumat, kemampuan untuk mengenal pasti nilai dan kepercayaan
serta kemampuan membuat keputusan. Ia juga merupakan situasi dimana individu melibatkan
diri dalam aktiviti kreatif serta menggunakan sumber-sumber yang ada untuk meluaskan ilmu
pengetahuan, perkembangan, aplikasi dan artikulasi pemikiran yang kritis.
Dalam pengertian yang lain, intelektual ialah kebolehan seseorang menggunakan pemikiran
inteleknya dalam bekerja, mengagak, bersoal jawab dengan pelbagai soalan dalam menggunakan
idea-idea yang bernas. Kesejahteraan intelek juga terdapat semasa manusia itu sedang belajar
dalam memahami sesuatu konsep seperti sains dan juga rumus matematik.
8

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

Ilustrasi kesejahteraan intelektual :

KESEJAHTERAAN PERSEKITARAN
Merupakan keseimbangan antara kehidupan individu dan perhubungan dengan persekitaran dan
sumber-sumber dalam komuniti. Ia juga dikaitkan dengan kesedaran tentang kestabilan dan
pemusnahan dunia atau alam sekitar kesan daripada kegiatan manusia. Kesejahteraan ini akan
menggerakkan manusia untuk menyediakan persekitaran yang sihat serta menghargai sumber
alam sekeliling
Kesejahteraan persekitaran adalah suatu cabang dalam bidang berkaitan kesihatan awam yang
mengetengahkan suatu konsep kesedaran dan pengetahuan berkenaan aspek alam semula
jadi, persekitaran dan persekitaran

terbina

yang

mempunyai

hubung

kait

dengan kesihatan manusia sejagat.
Segala aspek tubuh manusia termasuk kesihatan dan penyakit manusia yang mempunyai kaitan
dengan faktor dalam alam sekitar. Ia juga merujuk kepada teori dan amalan berterusan menilai
dan mengawal faktor dalam persekitaran yang boleh memberi kesan kepada kesihatan.
9

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

KESEJAHTERAAN SOSIAL
Merangkumi kadar dan kualiti interaksi dengan orang lain, komuniti, dan persekitaran.
Kesejahteraan sosial juga dikaitkan dengan kemampuan untuk berinteraksi dengan komuniti
dan mampu untuk memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat, menerima perbezaan
bangsa, budaya, kepercayaan, adat resam dan gender serta menjadikan individu saling
menyokong dan menghargai antara satu sama lain juga menyumbang bakat tenaga dan idea.
Kesejahteraan sosial yang optimum akan menjadikan individu seorang anggota masyarakat yang
dapat memainkan peranan yang pelbagai dengan baik. Kesejahteraan sosial juga merupakan satu
usaha keseluruhan yang terorganisasi dan mempunyai tujuan utama untuk meningkatkan taraf
masyarakat berdasarkan konteks sosial. Didalamnya terkandung kepandaian dan layanan yang
terkait dengan pelbagai kehidupan dalam masyarakat seperti pendapatan, jaminan sosial,
kesihatan, perumahan, pendidikan, rekreasi, tradisi budaya dan sebagainya.
Kesejahteraan sosial juga merupakan satu tata kehidupan dalam kehidupan sosial material
termasuk juga spiritual yang meliputi rasa keselamatan, kesusilaan dan kenteteraman batin yang
memungkinkan bagi setiap warganegara mengadakan usaha-usaha ke arah jasmani, rohaniah dan
juga sosial.kesejahteraan sosial adalah satu keadaan yang melibatkan kegiatan dan gerakan yang
10

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup yang lebih standard, memperkuatkan struktur sosial
masyarakat dan memenuhi dasar dasar kenteteraman bermasyarakat serta memingkinkan setiap
warganegara mengadakan usaha memenuhi keperluan jasmani, rohani dan sosial dan sebaikbaiknya ke arah diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

KESEJAHTERAAN EMOSI
Merupakan sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan kehidupan. Ianya merangkumi
konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap penghargaan kendiri dan kesedaran
dalam mengawal perasaan. Perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa
mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah
kehidupan seseorang manusia. Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek “emovere”
yang membawa maksud “untuk keluar”. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai
satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.
Emosi adalah merupakan satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan
beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Perubahan ini melibatkan satu set tindak
balas automatik, viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka,
perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Manusia yang
normal dilihat sebagai individu manusia yang mengalami situasi yang pelbagai dan
berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang juga berbeza.
Kesejahteraan emosi didapati dapat mengurangkan jurang penyisihan ini. Kesejahteraan emosi
boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kesejahteraan emosi lahir
11

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

seiring dengan pertumbuhan seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia.
Pertumbuhan kesejahteraan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan
contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua ibu bapanya.
Kesejahteraan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar
dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini.

Aspek-aspek kesejahteraan emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia kini
adalah seperti berikut:Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam
Mengungkapkan dan memahami perasaan
Mengungkapkan dan memahami perasaan
Mengendalikan amarah
Mengendalikan amarah
Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari
Kemampuan untuk menyesuaikan diri
Kemampuan untuk menyesuaikan diri
Disukai oleh orang lain
Disukai oleh orang lain
Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara
Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara
mereka yang berada di sekeliling
mereka yang berada di sekeliling
Semangat setiakawan
Semangat setiakawan
Keramahan
Keramahan
Sikap hormat-menghormati
Sikap hormat-menghormati
12

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

KESEJAHTERAAN SPIRITUAL
Kesejahteraan spiritual didefinisikan sebagai dimensi yang holistik merangkumi pencarian
makna dalam kehidupan, nilai-nilai intrinsik, hubungan dengan tuhan, dan komuniti spiritual. Di
samping itu, kesejahteraan spiritual juga direalisasikan melalui agama, kepercayaan dan amalan
ritual. Kesejahteraan ini melibatkan kepercayaan bahawa ada suatu kuasa yang agung yang
menjadikan manusia dan alam sekeliling. Komitmen kesejahteraan spiritual individu dapat
direalisasikan melalui amalan ritual.

Spiritual adalah hubungannya dengan Yang Maha Kuasa dan Maha pencipta,tergantung dengan
kepercayaan yang dianut oleh individu Kesejahteraan spiritual setiap individu dipengaruhi oleh
budaya, perkembangan, pengalaman hidup, kepercayaan dan idea-idea tentang kehidupan.
Spiritual juga memberikan suatu perasaan yang berhubungan dengan intrapersonal (hubungan
antara diri sendiri),interpersonal (hubungan antara orang lain dengan lingkungan) dan
transpersonal(hubungan yang tidak dapat dilihat iaitu suatu hubungan dengan ketuhanan yang
merupakan kekuatan tertinggi)

13

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

KESEJAHTERAAN FIZIKAL
Merupakan proses aktif yang berterusan untuk mengekalkan tahap aktiviti fizikal secara
optimum yang memfokuskan kepada nutrisi, penjagaan diri dan gaya hidup yang sihat. Selain
itu, Kementerian Kesihatan

Malaysia (2005) juga turut menyelitkan kesejahteraan fizikal

sebagai salah satu unsur dalam kesihatan holistik. Kesejahteraan fizikal melibatkan komponen
daya tahan kardiovaskular, otot dan komposisi badan.
Pepatah Arab ada mengatakan al aql salim fil jismi salim, atau aqal yang sihat terletak pada
badan yang sihat. Ia menerangkan betapa pentingnya kesihatan fizikal dalam mewujudkan
kewarasan aqal dan kesihatan pemikiran. Manakala ungkapan Inggeris pula mengatakan ‘there is
no health without mental health’. Ungkapan ini pula melihat bahawa kesihatan yang menyeluruh
itu tidak akan menjadi lengkap jika kesihatan mental terabai. Semua ini menyimpulkan kepada
kita bahawa kesihatan fizikal dan mental adalah berhubung kait dan tidak boleh dipisahkan.

14

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

Akibat Sekiranya Dimensi-Dimensi Ini Tidak Seimbang
(Roda Kesejahteraan Ballard. ‘2012’)

KESAN FIZIKAL YANG TIDAK SEIMBANG
Badan manusia terdiri daripada reseptor seperti mata, hidung, kulit, telinga dan perseptor seperti
otak. Kefahaman tentang cara mekanisme itu berfungsi membolehkan kita menjaga kesihatan
reseptor dan perseptor ini.
Kesihatan fizikal bermaksud segala fungsi fisiologi dan anatomi badan berfungsi dengan baik
dan badan tidak mudah diserang penyakit. Tahap kesihatan fizikal dapat diukur dengan
memeriksa suhu badan, tekanan darah, denyutan jantung dan kandungan air di dalam badan.

Kesihatan fizikal dapat dicapai dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang agar
badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai aktiviti mental, fizikal,
sosial dan fisiologi.
Tenaga juga perlu untuk pembinaan dan pertumbuhan badan serta menentang serangan patogen
untuk menghindarkan diri daripada penyakit.

Selain

makanan,

kita

haruslah

menjaga

kebersihan diri demi kesihatan fizikal dengan mencuci dan memandikan badan setiap hari serta
memakai pakaian yang bersih. Kesihatan fizikal dapat dicapai juga melalui senaman harian,
sukan atau permainan.
15

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

Jika kita tidak menjaga kesihatan fizikal dengan sempurna, sebenarnya berkecenderungan
menimbulkan penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi. Penyakit kardiovaskular adalah
penyakit yang berkaitan dengan system peredaran darah,tekanan darah dan jantung.
Pengambilan gizi yang tidak seimbang boleh menyebabkan penyakit ini berlaku pada pesakit.
Tabiat suka makan makanan yang digoreng yang lazimnya mengandungi kolestrol ialah salah
satu faktor utama berlakunya gejala penyakit ini. Pengambilan gula yag keterlaluan juga boleh
menyebabkan penyakit kardiovaskular di samping penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah
tinggi, kegendutan dan penyakit kencing manis. Kegiatan sosial yang sentiasa melibatkan
jamuan secara besar-besaran juga merupakan salah aktiviti yang kurang sihat.

16

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

KESAN EMOSI YANG TIDAK SEIMBANG
Emosi adalah perasaan intensi yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Atau boleh juga
dikatakan sebagai reaksi terhadap seseorang atau kejadian. Emosi dapat ditunjukkan ketika
merasa senang mengenai sesuatu, marah kepada seseorang, ataupun takut terhadap sesuatu.
Dalam keadaan tertentu kita kadang kala susah untuk mengendalikan diri sendiri di mana banyak
hal yang membuat kita ingin marah dan berontak Semua itu timbul kerana emosi iaitu perasaan
yang timbul dalam diri kita sendiri secara alamiah, iaitu yang berupa marah, sedih, senang,
benci, cinta, bosan, dan sebagainya yang merupakan kesan atau respon yang terjadi dari sesuatu
yang kita alami.
Meluapkan amarah merupakan hal wajar. Namun terkadang, emosi yang terlalu meluap
membuatkan kita menjadi tidak terkawal. Sekiranya emosi agak sukar untuk dikawal, pelbagai
kesan yang akan terjadi dan antaranya ialah
Reaksi
Reaksielektris
elektrispada
padakulit:
kulit:meningkat
meningkatbila
bilamarah
marah
Peredaran
Peredarandarah:
darah:bertambah
bertambahcepat
cepatbila
bilamarah
marah
Denyut
Denyutjantung:
jantung:bertambah
bertambahcepat
cepatbila
bilaterkejut
terkejut
Pernafasan:
Pernafasan:bernafas
bernafaspanjang
panjangkalau
kalaukecewa
kecewa
Pupil
Pupilmata:
mata:membesar
membesarbila
bilamarah
marah
Liur:
Liur:mengering
mengeringkalau
kalautakut
takutatau
atautegang
tegang
Bulu
Buluroma:
roma:berdiri
berdirikalau
kalautakut
takut

17

Pencernaan:
Pencernaan:mencret-mencret
mencret-mencretkalau
kalautegang
tegang

Otot:
Otot:menegang
menegangdan
danbergetar
bergetarsaat
saatketakutan
ketakutanatau
atautegang
tegang
Komposisi
kalenjarKomposisidarah:
darah:akan
akanikut
ikutberubah
berubahkerana
keranaemosi
emosiyang
yangmenyebabkan
menyebabkan
kalenjarFAIRUZ KAMAL
B AB WAHID
810504145321001
kalenjar
lebih
aktif.
kalenjar lebih aktif.

KESAN SPIRITUAL YANG TIDAK SEIMBANG
Manusia diciptakan oleh Allah untuk menjadi Khalifah di bumi. Sehingga haruslah manusia
boleh menjadikan dirinya sebagai Khalifah, boleh menjaga bumi ini dengan sebaik-baiknya.
Karena kelak akan diminta bertanggungjawab atas semua yang telah dilakukan di bumi.
Menuntut ilmu-pun wajib dilakukan agar kita boleh lepas dari kebodohan, boleh berpikir lebih
baik dan mengoptimakan diri kita sebagai khalifah di bumi, terutama ilmu agama agar kita
mengenal Tuhan kita, meningkatkan iman kita.
Tetapi kadang manusia merasa dirinya bangga jika pandai, punya kedudukan/jabatan, dihormati
oleh semua orang yang akhirnya menjadi takbur. Mereka merasa bangga dengan kekayaannya,
sehingga lupa bahwa masih banyak saudara-saudaranya yang memerlukan derma darinya. Anakanak disekolahkan setinggi-tingginya bahkan sampai ke luar negeri. Tujuannya tidak lain agar
menjadi manusia yang tinggi intelektualnya. Anakpun dimanjakan dengan wang, hingga kadang
menjadikan anak meleset ke arah yang negatif.
Kadang juga orang terlalu sibuk dengan aktiviti spiritualnya, sehingga lupa bahawa hidup
mereka tidak sendirian, melainkan bersama berjuta wajah untuk menjadi khalifah di bumi.
Hubungan terhadap sesama manusia yang terbina kurang baik.
Ilmu itu perlu, baik ilmu dunia mahupun ilmu agama, dengan berimu kita akan mensyukuri
karuniaNya. Namun, ilmu saja tidak cukup dalam menjalani kehidupan di dunia ini, kita pun
perlu mempunyai spiritual yang kuat juga. Agar ilmu yang kita peroleh dapat kita manfaatkan
untuk hal-hal yang positif dan tidak melanggar larangan agama.
Orang yang hanya mengandalkan intelektual saja, biasanya mereka berjuang, bekerja hanya
untuk mendapatkan popular, kedudukan, dan sebagainya. Sedangkan orang yang berilmu serta
mempunyai spiritual yang kuat juga tentu akan mempergunakan ilmunya sesuai dengan
18

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

agamanya. Semua dilakukan tidak hanya bertujuan mencari populariti belaka, melainkan juga
mengharap keredhaan dari Yang Maha Kuasa.
Intelektual dan spiritual yang seimbang akan menjadikan seseorang bolehbisa hidup tenang dan
nyaman. Hidup akan terasa indah jika kita mempunyai intelektual dan spiritual yang sama-sama
bagus dan seimbang. Menjadi kaum intelek dan kaum beragama itu mudah jika dibiasakan dari
kecil. Sejak kecil anak dididik untuk menjadi anak yang pintar, juga diberi ilmu agama dalam
menjalani kehidupan sehari-harinya. Sehingga menginjak dewasa anak telah mempunyai bekal
yang cukup untuk menghadapi hari esok yang lebih mendatang.
Ramai kaum intelek ketika ini tidak seimbang dalam cara hidup mereka. Apa yang ada difikiran
hanyalah bagaimana caranya untuk mengumpulkan wangdan harta benda. Meski dengan cara
yang tidak halalpun mereka lakukan. Sehingga korupsi ada dimana-mana, jenayah kewangan
bertimpa – timpa banyaknya. Semua itu kerana spiritual mereka yang rendah.
Untuk itu kita harus berupaya untuk menyeimbangkan antara intelektual dengan spiritual agar
hidup kita bahagia dunia dan akhirat. Jika intelektual dan spiritual seimbang insyaAllah hidup
kita akan penuh dengan cahaya keikhlasan dan kebahagiaan.

19

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

KESAN SOSIAL YANG TIDAK SEIMBANG
Setiap golongan masyarakat selalu mengalami perubahan. Jika dibandingkan apa yang tejadi saat
ini dengan beberapa tahun yang lalu. Maka akan banyak ditemukan perubahan baik yang
direncanakan atau tidak, kecil atau besar, serta cepat atau lambat. Perubahan-perubahan tersebut
dilakukan sesuai dengan keadaan dan lingkungan sosial yang ada. Dimana manusia selalu tidak
puas dengan apa yang telah dicapainya. Oleh kerana itu manusia selalu mencari sesuatu agar
hidupnya lebih baik.
Sebagai contoh dahulu institusi kekeluargaan sepenuhnya berfungsi sebagai tempat perlindungan
bagi anak-anak yang belum dewasa, sumber pengetahuan (pendidikan) dan keterampilan serta
sumber ekonomi. Namun, pada masa sekarang, fungsi keluarga telah mengalami perubahan.
Anak-anak tidak hanya memperoleh pengetahuan dari keluarga, tetapi juga melalui berbagai
media massa, seperti televisyen, radio, Al-Quran dan internet.
Dengan demikian dapat disimpulkan bahawa perubahan kesejahteraan sosial adalah perubahanperubahan yang terjadi pada masyarakat yang mencakupi perubahan dalam aspek-aspek struktur
dari suatu masyarakat, ataupun kerana terjadinya perubahan dari faktor lingkungan, kerana
berubahnya komposisi penduduk, keadaan geografi, serta berubahnya sistem hubungan sosial,
maupun perubahan pada lembaga kemasyarakatannya.
Oleh yang demikian, keseimbangan dalam sosial haruslah ada agar kesejahteraan sosial dapat di
pelihara untuk keselesaan kita bersama.

20

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

KESAN INTELEK YANG TIDAK SEIMBANG
Intelek ialah kemampuan daya berfikir, memahami dan menganalisis sesuatu perkara.
Pembangunan sepadu insan untuk melahirkan manusia intelek ialah pembangunan diri manusia
yang mengharmonikan di antara pembangunan fizikal, mental, emosi dan rohaninya. Intelektual
yang sempurna ialah insan yang membangun secara seimbang dari aspek pembangunan unsurunsur tersebut. Kepincangan pembangunan bagi salah satu unsur tersebut dengan sendirinya
menjejaskan kewibawaan manusia, dan dalam jangka panjangnya memberi kesan yang buruk
kepada pembangunan sesebuah masyarakat dan negara.
Tegasnya, intelektual yang sempurna mestilah yang sihat dan sempurna akal, roh, mental dan
emosinya. Kematangan akal dan mental semata-mata tidak dapat membawa kepada
kesejahteraan seseorang sekira roh atau badannya tidak sihat atau emosinya tidak seimbang, dan
begitulah juga sebaliknya.
Dari segi sosialnya golongan intelektual sering menunjukkan ciri-ciri yang berikut:
Merekadirekrut
direkrutdari
darisegala
segalakelas
kelassekalipun
sekalipundalam
dalamproporsi
proporsiyang
yangberbeza-beza
berbeza-beza
Mereka
Merekasering
seringdijumpai
dijumpaididikalangan
kalanganpendukung
pendukungatau
ataupenentang
penentangberbagai-bagai
berbagai-bagaigerakan
gerakankebudayaan,
kebudayaan,
Mereka
politik,akademik
akademikatau
atausebagainya
sebagainya
politik,
Merekapada
padaumumnya,
umumnya,bukanlah
bukanlahindividu
individuyang
yangbekerja
bekerjadengan
denganmenggunakan
menggunakananggota
anggotafizikal,
fizikal,tetapi
tetapi
Mereka
sebahagianbesar
besaradalah
adalahpenulis,
penulis,penyair,
penyair,wartawan,
wartawan,dekan
dekanuniversiti
universitidan
dansebagainya
sebagainya
sebahagian
Padawaktu-waktu
waktu-waktutertentu
tertentumereka
merekaagak
agakmenjauhi
menjauhidiri
diridari
darimasyarakat,
masyarakat,selebihnya
selebihnyabergaul
bergauldididalam
dalam
Pada
kelompoknyasendiri
sendiri
kelompoknya
Mereka tidak
tidak hanya
hanya tertarik
tertarik pada
pada segi
segi pengetahuan
pengetahuan teknikal
teknikal dan
dan mekanikalnya
mekanikalnya sahaja,
sahaja, malah
malah
Mereka
pemikiran-pemikirantentang
tentangagama,
agama,kehidupan,
kehidupan,seni,
seni,ekonomi,
ekonomi,budaya
budayadan
dansebagainya
sebagainyatermasuk
termasuk
pemikiran-pemikiran
dalamdunia
duniapemikiran
pemikiranmereka
mereka
dalam
6.Kelompok
Kelompokintelektual
intelektualsentiasa
sentiasamerupakan
merupakanbahagian
bahagiankecil
kecildari
darimasyarakat
masyarakat
6.Kegiatan-kegiatan
yang sering diceburi
oleh para intelektual
umumnya terdiri daripada aktivitiaktiviti berikut:
21

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

Masalah yang bukan dan tidak dapat ditangani oleh pakar
Bidang kegiatan intelektual tidak dapat mengikuti batasan yang diletakkan oleh
disiplin ilmu khusus mana pun
Sikap intelektual tidak dapat dicipta oleh latihan formal yang berorientasi pada
disiplin ilmu dalam erti kata sukatan pelajaran dan jumlah jam pelajaran yang telah
ditetapkan
Sasaran kegiatan intelektual selalu berkaitan dengan konteks kehidupan dan
pemikiran yang lebih luas
Hal yang dikejar oleh intelektual bukanlah profesion, dan oleh sebab itu tidak tunduk
pada jenis faktor yang menentukan berkembangnya profesion
Minat intelektual
melibatkan
masa
lampau,
kini dan masa
depan
Daripada aktiviti-aktiviti
yang
dimainkan
oleh
para intelektual
di atas,
maka jelas kepada kita
bahawa masyarakat yang tidak mempunyai golongan intelektual yang dapat berfungsi dengan
baik akan hilang tingkat kesedaran, tumpuan serta wawasan tertentu terhadap sesuatu masalah.
Maka dengan itu, masyarakat tersebut akan terus berada pada tahap kemundurannya yang sedia
ada, berhadapan dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan dan tidak akan mampu
membangun dengan baik dan sempurna.

KESAN PERSEKITARAN YANG TIDAK SEIMBANG
Kesejahteraan persekitaran (bahasa Inggeris: environmental health) adalah suatu cabang dalam
bidang berkaitan kesihatan awam yang mengetengahkan suatu konsep kesedaran dan
22

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

pengetahuan berkenaan aspek alam semula jadi, persekitaran dan persekitaran terbina yang
mempunyai hubung kait dengan kesihatan manusia sejagat. Istilah lain yang turut diguna pakai
dalam merujuk kepada disiplin kesihatan persekitaran adalah kesihatan persekitaran awam dan
penjagaan kesihatan persekitaran.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengertikan kesihatan persekitaran sebagai: Segala aspek tubuh
manusia termasuk kesihatan dan penyakit manusia yang mempunyai kaitan dengan faktor dalam
alam sekitar. Ia juga merujuk kepada teori dan amalan berterusan menilai dan mengawal faktor
dalam persekitaran yang boleh memberi kesan kepada kesihatan.
Kesihatan persekitaran sebagaimana digunakan oleh Pejabat Wilayah WHO di Eropah, termasuk
kedua-dua kesan langsung patologi kimia, sinaran dan beberapa agen biologi, dan kesan secara
langsung dan tidak langsung kepada kesihatan dan kesejahteraan. Juga meliputi kesan terhadap
persekitaran fizikal, psikologi, sosial dan estetik yang termasuk perumahan, pembangunan
kawasan bandar, penggunaan tanah dan pengangkutan
Bagi

memastikan alam sekitar sihat dan selamat untuk didiami, kawasan hutan perlulah

dikekalkan. Hutan berfungsi sebagai pengeluar oksigen bagi manfaat kehidupan dan manusia
melalui proses pernafasan, iaitu penyerapan karbon semasa proses fotosintesis yang
kemudiannya membebaskan oksigen. Pengekalan

hutan juga membolehkan flora dan fauna

hidup dalam habitat asal yang boleh membekalkan sumber perubatan dan makanan kepada
manusia.

Pengekalan alam sekitar yang sihat dan selamat juga dipengaruhi oleh kualiti udara. Udara yang
bersih ialah udara yang bebas daripada pencemaran bahan kimia dan mempunyai tahap
kelembapan yang tinggi. Udara yang bersih dapat mempengaruhi taburan hujan yang kerap bagi
memudahkan aktiviti pertanian dijalankan dan menjamin kesihatan manusia sejagat. Udara yang
bersih dan lembap juga dapat menghindarkan berlakunya penipisan lapisan ozon apabila udara
23

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

yang bebas cemar bahan kimia tidak memerangkap udara panas di atmosfera hingga boleh
menyebabkan penipisan lapisan ozon.
Selain itu, alam sekitar yang sihat dan selamat juga bergantung kepada sumber air bersih.
Sumber air bersih adalah sumber air yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi dan baik
bukan sahaja untuk kegunaan manusia, tetapi juga untuk hidupan lain. Kawalan pembuangan sisa
industry dan domestik daripada dilupuskan ke dalam punca air dapat menjamin kualiti air bersih
dan mengekalkan hidupan akuatik bagi sumber protein manusia. Selain itu, sumber air bersih
yang bebas pencemaran sisa toksik, bahan kimia enap cemar dapat menghindarkan manusia
daripada gangguan kesihatan seperti penyakit kulit dan lain-lain.
Kesimpulannya, bagi mengekalkan alam sekitar yang sihat dan selamat juga, teknologi
perindustrian semasa perlulah mesra alam. Ini bermakna, kegunaan teknologi isi rumah seperti
penghawa dingin dan peti sejuk tidak lagi membebaskan gas fluorokarbon. Begitu juga dengan
penggunaan bahan bakar alternatif seperti bahan bakar tanpa plumbum, penggunaan teknologi
biokimia menghasilkan biodiesel, dan biogas untuk kegunaan industri. Selain itu, pelupusan
sampah secara sistematik perlu dilakukan seperti penggunaan insenarator bagi mencegah
pembakaran terbuka dan program kitar semula yang perlu dilakukan secara meluas bagi
menjimatkan sumber alam dan mengelakkan pencemaran.

Bagaimana Gaya Hidup Yang Seimbang Yang Perlu Dilakukan Oleh Saya Berdasarkan
Roda Kesejahteraan
Dalam mengamalkan gaya hidup yang seimbang berdasarkan roda kesejahteraan, perkara
pertama yang perlu saya fahami dan mengerti ialah perkara-perkara yang terkandung dalam
konsep amalan gaya hidup yang seimbang dan sihat. Konsep utama yang perlu saya fahami
24

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

sekali ialah kunci utama saya sebagai seorang insan di muka bumi Allah s.w.t yang kaya dengan
pelbagai isi kandungan yang banyak untuk dipelajari.

Insan yang sihat pastinya dapat

memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan Negara.
Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk menjalani cara hidup yang sihat supaya
dapat memberi kebaikan terhadap diri sendiri mahupun keluarga serta masyarakat. Terdapat
banyak cara yang dapat diamalkan sebagai gaya hidup sihat dan seimbang.
Amalan dan gaya hidup seimbang yang perlu saya lakukan yang pertama ialah melalui konsep
fizikal dan spiritual dalam diri saya. Ini kerana kurangnya kesedaran tentang fizikal dan spiritual
dalam diri boleh mengakibatkan ketidakseimbangan roda hidup dalam diri. Dewasa ini
Masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan
akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak
sihat dan tiada keseimbangan pertumbuhan fizikal dan spiritual iaitu kerohanian dalam kitaran
hidup seharian.
Kementerian Kesihatan kerap kali mengadakan kempen kesihatan untuk memberi kesedaran
kepada awam tentang penjagaan kesihatan yang perlu dipupuk dalam budaya hidup kita malah
perlu disemai sejak awal lagi agar kita tidak tergolong dalam kalangan yang mempunyai masalah
kesihatan. Namun, adakah kempen gaya hidup sihat, “Tak Nak Merokok”, makanan berkhasiat
dan kempen kecerdasan mampu mengubah pandangan masyarakat kita tentang peri pentingnya
menjaga kesihatan sekaligus mengamalkan gaya hidup yang sihat? Mungkin ada sesetengah
golongan menyedari akan hakikat ini dan ada juga segelintirnya yang menganggap kesihatan
hanya perlu dijaga apabila sudah berusia ataupun ada sesetengah golongan merasakan usia muda
menjadi tiket untuk mereka terus kekal sihat. Bagi golongan ini, apakah jaminan mereka?
Usahkan menunggu sehingga umur tua, sedangkan yang masih kecil lagipun sudah mengidap
pelbagai penyakit. Usia bukan jaminan untuk kita terus kekal sihat, tetapi usia boleh dijadikan
satu pemangkin untuk kita menjaga kesihatan agar boleh menjalani hidup yang bermakna pada
masa hadapan.

25

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

Kesihatan merupakan suatu kekayaan. Walau sehebat manapun seseorang individu, sihat masih
lagi menjadi agenda utama yang perlu dikekalkan. Secara umumnya, umur 40 tahun adalah
tempoh yang paling ketara pelbagai penyakit dikesan tetapi jika kita menyedari akan kepentingan
penjagaan kesihatan sejak dari awal lagi, pelbagai langkah pencegahan boleh diambil dan
merupakan satu cara yang terbaik daripada kita mengubatinya.
Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang
tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan
kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan
akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit.
Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani, akli, dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat
diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara menyeluruh
perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab
masing- masing secara harmoni.
Kesihatan fizikal boleh dikekalkan melalui pengambilan makanan yang sihat dan seimbang serta
melakukan aktiviti fizikal seperti senaman. Kita juga perlu menjauhkan diri daripada tabiat
merokok yang boleh merosakkan kesihatan. Kesihatan jasmani yang baik juga akan memberi
kesan kepada kesihatan rohani yang mantap. Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan
insan yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula
mempamerkan bahawa seseorang itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara
bijaksana dan bebas daripada gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang
individu. Manakala kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan
jaringan hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri
mahupun masyarakat umumnya. Gabungjalin antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi
setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang
kini kian menular dalam masyarakat kita.
Amalan mempelajari dan mematuhi ajaran agama merupakan satu lagi amalan yang turut mampu
menguatkan kesihatan seseorang itu. Semua ajaran agama menekankan aspek keseimbangan
26

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

kehidupan seseorang supaya mampu menjalani satu kehidupan yang baik di dunia dan akhirat
kelak. Sikap mematuhi amalan agama memberikan satu matlamat hidup yang mampu
meninggikan tahap kesihatan pada masa yang serupa pula. Jadi, sikap mematuhi ajaran
keagamaan boleh memberi saya satu kepuasan dalam hidup dan berupaya juga meningkatkan
tahap kesihatan.
Dalam skop keseimbangan emosi pula, saya perlulah bijak dalam mengawal emosi yang stabil.
Amalan dalam mengawal emosi dalam berhadapan sesuatu masalah adalah satu ketenangan.
Ketenangan inilah yang memberikan saya satu pemikiran yang rasional dan rela berbincang
apabila mengalami sesuatu kemelut dalam hidup. Semua tindakan yang diambil ketika berfikir
rasional mampu memberikan satu persepi baru yang boleh menunjukkan jalan keluar terhadap
masalah yang dihadapi itu. Oleh itu, sikap rasional ketika melakukan sesuatu tindakan boleh
menjadikan kesihatan seseorang itu lebih baik.
Seterusnya dalam mengamalkan gaya hidup yang sejahtera dan seimbang ialah melalui amalan
sosial yang seimbang. Melalui konsep ini saya memahami bahawa amalan konsep sosial adalah
amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan
dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan masyarakat
berkenaan.
Di Malaysia, kepelbagaian penduduk telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi
pegangan dan amalan hidup mereka. Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan
kebudayaan

orang-orang

melayu,

orang

cina,

orang

india

dan

kaum

yang

lain.

Kebudayaan orang melayu mengutamakan nilai-nilai sopan santun, kesederhanaan, keindahan
dan

keharmonian

hidup

antara

ahli-ahli

keluarga,

jiran

tetangga

dan

masyarakat.

Walaubagaimanapun kebudayaan di malaysia melalui budaya cina dan india sama seperti budaya
yang diamalkan oleh orang melayu.
Oleh itu, kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk di malaysia adalah sama dan mereka saling
hormat menghormati antara satu sama lain. Ianya dapat menunjukkan nilai-nilai yang positif
27

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

dalam kalangan penduduk di Malaysia.
Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan di negara ini lebih berwarna-warni apabila semua
penduduk yang pelbagai kaum terlibat secara menyeluruh dalam semua aktiviti seperti
kemerdekaan, perayaan, kesultanan dan sebagainya. Kepelbagaian aktiviti kebudayaan penduduk
ini dapat dilihat secara langsung melalui sambutan perayaan sama ada perayaan untuk kaum
muslim, mahupun india dan cina.
Kesemua kaum akan bergotong royong untuk menyambut perayaan tersebut. Setiap kali musim
perayaan, aktiviti kunjung mengunjung ini akan dijalankan dari tumah ke rumah tanpa mengira
kaum dan keturunan. Oleh itu, upacara rumah terbuka turut diadakan bagi memeriahkan suasana
hari raya dan seterusnya dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka.
Walaubagaimanapun, terdapat masalah dalam sosio budaya penduduk terutama mengenai adat
resam penduduk yang menjadi amalan mereka. Bagi kaum melayu, adat resam sangat penting
untuk diamalkan kerana ianya merupakan salah satu warisan keluarga.

Melalui konsep gaya hidup melalui persekitaran yang seimbang yang boleh diamalkan oleh saya
ialah, kita haruslah memahami Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada
kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di
muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran manusia.
Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi,
tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga
dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan.
28

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di
samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat
aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan
baik.
Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih
merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan
bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan
oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.
Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati
keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan
kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani
kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga,
orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh
menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam
keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.
Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa.
Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan
nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini
juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida.
Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem
persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat
membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan
juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.
Alam sekitar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang mampu membawa
penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada
membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan
29

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vektor-vektor
penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.
Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam
keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga seperti
nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita
dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih
juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.
Menjaga alam sekitar adalah penting untuk flora dan fauna. Kebersihan alam sekitar akan
menjamin keseimbangan ekosistem. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia
akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai
kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara
semula jadi dalam kuantiti yang besar.
Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat
disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan
disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Ini dapat menjamin bekalan air yang
mencukupi bagi kegunaan persendirian mahupun industri. Selain itu, hutan merupakan aspek
penting untuk penakungan air di empangan-empangan yang dilengkapi teknologi canggih.
Keadaan ini membolehkan kita menghasilkan kuasa elektrik hidro sebagai suatu tenaga yang
bersifat mesra alam dan akan mengurangkan pergantungan kepada tenaga fosil seperti petrol dan
arang batu yang memusnahkan alam. Secara umumnya, kebersihan alam sekitar adalah tuntutan
semulajadi bagi manusia untuk menjamin kehidupan yang selesa.
Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora
dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya
memainkan peranan dalam mengekalkan alam semulajadi dan saling berkaitan di antara satu
sama lain, Flora dan fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan
tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri.
30

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

Kepupusan salah satu daripadanya akan menjejaskan kitaran alam semulajadi. Penebangan hutan
yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan
pertumbuhan flora dan fauna. Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah penting untuk
mengelakkan kepupusan..
Persekitaran yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga. Persekitaran yang kotor
akan meyebabkan pembiakan serangga yang dapat mengancam nyawa manusia. Sebagai contoh
nyamuk Aedes boleh menyebabkan demam denggi yang berbahaya. Selain itu, persekitaran yang
kotor akan mendatangkan banyak lalat. Lalat yang membawa kuman akan menghinggap
makanan kita, hal ini akan menyebabkan kesihatan manusia terjejas seperti cirit-birit dan
muntah. Oleh itu, penjagaan kebersihan terhadap alam sekitar adalah penting.

Rekaan Roda Kesejahteraan Dengan Menambahkan Dua Lagi Dimensi Pada Roda
Kesejahteraan Yang Beserta Dengan Justifikasi Sendiri

1. Roda Kesejahteraan Ballard (2012) :

31

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

2. Roda Kesejahteraan Rekaan Yang Dibina Sendiri :

Dalam membina roda kesejahteraan rekaan sendiri, saya telah memilih dua lagi dimensi yang
telah difikirkan sesuai untuk ditambah pada roda kesejahteraan yang asal yang dibina oleh
ballard (2012).
Dua buah komponen atau dimensi yang telah saya pilih ialah :

1. Kesejahteraan Dalam Beriadah :
Kesejahteraan beriadah yang saya pilih ini adalah kerana, setiap manusia perlu
mengalami waktu riadah dalam kehidupan mereka, tanpa riadah manusia akan
mengalami pelbagai masalah terutama kepada kesihatan mereka dalam. Beriadah adalah
satu tabiat yang paling baik untuk tubuh badan. Dengan beriadah kita akan memperolehi
tubuh badan yang sihat dan ceria. Kesejahteraan pada dimensi ini mampu kita miliki
32

FAIRUZ KAMAL B AB WAHID
810504145321001

dengan cara rajin melakukan aktiviti riadah. dan bersenam. Jika anda melakukan aktiviti
riadah mengikut masa dan cara yang betul, sudah tentu anda akan memiliki tubuh badan
yang sihat.
Tidak perlu melakukan aktiviti riadah yang berat-berat tapi sudah mencukupi dengan
berjoging, berjalan, berbasikal, bermain futsal dengan rakan-rakan dan banyak
lagi.Disamping memberikan tubuh badan yang sihat, anda juga akan memiliki minda
yang cerdas jika rajin melakukan aktiviti riadah ini. Aktiviti riadah dapat membantu
memberikan ketenangan kepada pemikiran anda. Ia juga dapat mengurangkan stress
dalam diri anda.

2. Kesejahteraan Bermotivasi Tinggi
Rekaan dimensi yang kedua yang saya telah pilih untuk ditambah pada roda
kesejahteraan yang asal ialah saya telah memilih kesejahteraan bermotivasi tingg