Mengenalpasti prinsip-prinsip kontrak yang sah di sisi undang-undang menurut Akta Kontrak 1950 (pindaan 1974).  Menerangkan perhubungan secara am di antara kontrak dan tawaran.  Menerangkan dan membezakan jenis, ciri, keperluan, kebaikan dan

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  NOOR LIDA ATURCARA KONTRAK ATURCARA KONTRAK Objektif am: : Mengetahui dan memahami kontrak dari segi prinsip menurut

Akta Kontrak, perhubungan dengan tawaran, jenis-jenisnya, ciri,

keperluan, kebaikan dan keburukannya, perbezaan di antara sub-

kontrak dinamakan dan pembekal dinamakan, perbezaan di antara kontraktor kecil dan kontraktor kecil dinamakan serta jenis-jenis borang kontrak setara. Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: Mentakrifkan kontrak dari segi kontrak binaan.

   Mengenalpasti prinsip-prinsip kontrak yang sah di sisi undang-undang menurut Akta Kontrak 1950 (pindaan 1974). Menerangkan perhubungan secara am di antara kontrak dan tawaran.

   Menerangkan dan membezakan jenis, ciri, keperluan, kebaikan dan keburukan perolehan (procurement).

  Mentakrifkan Sub kontraktor Domestik, Sub Kontraktor Dinamakan dan Pembekal Dinamakan.

  Membezakan antara Sub kontraktor Domestik dan Sub Kontraktor Dinamakan.

   Menerangkan jenis-jenis borang Kontrak Setara yang biasa digunakan untuk kerja di Jabatan Kerja Raya.

  UNIT 6 ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK

  INPUT 6A

  6.0 Pengenalan

  Sebelum ini anda telah mempelajari Aturcara Tawaran pada unit 5. Setelah mendapat gambaran yang terang dan jelas dari unit tersebut, anda tentu akan mudah memahami hubungan di antara tawaran dan kontrak yang akan dipelajari nanti. Di dalam industri binaan, tanpa tawaran maka tidak akan wujud kontrak. Di sini menunjukkan kontrak amat penting bagi memastikan peranan dan tanggungjawab pihak yang terlibat, kontraktor juga hendaklah menyiapkan kerjanya dengan sempurna tanpa menjejaskan tahap minimum mutu kerja serta rekabentuk seperti mana yang dikehendaki oleh pemilik . Ia juga mestilah menyiapkan kerja mengikut masa yang telah ditetapkan. Pihak pemilik pula hendaklahlah memberikan segala butiran beserta keterangan yang jelas bagi memudahkan pihak kontraktor memahami apakah yang dikehendaki serta harga tawarannya.

  6.1 Takrif Kontrak

  Kontrak ditakrifkan sebagai satu perjanjian yang terjalin apabila satu pihak bersetuju untuk menerima tawaran daripada satu pihak yang lain.

  Manakala dari segi binaan, kontrak adalah satu perjanjian yang mengikat antara dua pihak iaitu kontraktor dan pemilik bagi melaksanakan sesuatu kerja. Pihak kontraktor akan melaksanakan kerja sehingga sempurna dan pihak pemilik akan bertanggungjawab untuk membuat bayaran terhadap kerja tersebut. Ia dibuat secara bertulis dengan menggunakan borang yang sah.

NOOR LIDA

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK

6.2 Prinsip – prinsip Kontrak

  Mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974) terdapat beberapa prinsip kontrak yang perlu diketahui dalam pengertian kontrak yang sebenarnya. Antaranya termasuklah :

  6.2.1 Tawaran Mengikut Akta kontrak 1950 (Semakan 1974)

  • – Seksyen 2 (A), tawaran ialah seseorang itu membuat cadangan serta menyatakan kepada yang berkenaan tentang hasratnya hendak membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu dengan tujuan mendapat persetujuan dari pihak yang tersebut.

  6.2.2 Penerimaan Mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974)

  • – Seksyen 2 (B), penerimaan ialah apabila cadangan yang dikemukakan oleh pihak pencadang diterima dan diperkenankan oleh pihak yang menerima cadangan itu dengan tidak dikenakan syarat – syarat yang tertentu.

  Penerimaan bersyarat tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang kontrak. Sesuatu cadangan apabila diterima menjadi janji

  6.2.3 Balasan Balasan ialah tindakan yang dilakukan oleh pihak penerima yang menerima tawaran. Tindakan penerimaan tawaran biasanya dilakukan sama ada secara lisan, bertulis ataupun secara perbuatan.

NOOR LIDA

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK

  6.2.4 Niat Niat yang bertujuan mewujudkan perhubungan di antara kedua- dua belah pihak yang berkenaan secara jujur, ikhlas serta amanah dan tidak melanggari serta mematuhi segala syarat yang dikenakan dalam perjanjian kontrak.

  6.2.5 Persetujuan yang sah dari segi undang-undang Segala perjanjian di antara pihak pencadang dan pihak penerima hendaklah tidak menyalahi undang-undang kerajaan di mana kontrak dijalinkan. Perjanjian yang menyalahi undang-undang kerajaan tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan mengikut Akta Kontrak 1950 (Semakan 1974).

  6.2.6 Ikatan kontrak boleh dilaksanakan Sebelum sesuatu kontrak dikuatkuasakan, kedua-dua belah pihak yang terlibat hendaklah terlebih dahulu memastikan bahawa ikatan perjanjian nanti tidak terlalu membebankan mana-mana pihak sehingga boleh membawa masalah kepada sebahagian atau kedua- dua belah pihak.

  Tiada kecacatan bagi kedua-dua belah pihak

  6.2.7 Kecacatan bermaksud, rekod atau prestasi pada masa lalu.

  Kelalaian kerja, tidak menepati perjanjian, melebihi tempoh had masa yang telah ditetapkan dan lain-lain lagi adalah sebahagian daripada kecacatan yang dimaksudkan itu.

NOOR LIDA

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK

6.3 Perhubungan Kontrak dan Tawaran

  Tawaran adalah merupakan satu atur cara untuk menjemput kontraktor- kontraktor bagi menghargakan tawaran yang dikemukakan oleh pihak pemilik. Dokumen yang digunakan dipanggil sebagai Dokumen Tawaran. Apabila harga tawaran tersebut telah dipersetujui di antara pihak pemilik dan kontraktor maka ikatan kontrak akan dijalinkan dengan menandatangani satu dokumen lengkap yang dipanggil sebagai Dokumen Kontrak. Dokumen ini bertujuan untuk menerangkan tanggung jawab setiap pihak yang terlibat dalam kontrak tersebut.

  Adakah cara kita berjabat tangan ini dinamakan ‘kontrak’?

NOOR LIDA

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  NOOR LIDA ATURCARA KONTRAK

  6.4 Jenis, Ciri, Keperluan, kebaikan dan keburukan perolehan (Procurement) Kontrak adalah perlu kerana memandangkan saiz dan kerumitan pengendalian bangunan-bangunan moden masa kini melibatkan pakar-pakar dan kontraktor kecil. Berbagai-bagai jenis kontrak digunakan dalam industri pembinaan. Di antaranya ialah : 6.4.1 Kontrak Jumlah Gumpal Berdasarkan Senarai Kuantiti.

  Merupakan jenis kontrak yang biasa digunakan. Pelan disediakan dan segala butiran kerja dan kuantiti ditentukan dalam dokumen tender sebelum tender dipelawa. Penender yang menyertai tender akan menentukan harga untuk butir-butir kerja yang terkandung dalam Dokumen Tender. Senarai Kuantiti ini mengandungi beberapa pecahan jumlah harga tender untuk setiap elemen bangunan seperti dinding luar, dinding dalam, kerangka, tingkap, pintu, tangga, bumbung dan lain-lain.

  Kebaikan :

  i. Kedua-dua pihak dengan mudah dapat memahami bidang kerja masing-masing apabila menggunakan kontrak berdasarkan senarai kuantiti. ii. Kadar harga yang terkandung di dalam dokumen kontrak akan menjadikan asas untuk menilai bayaraan kemajuan kerja yang telah disiapkan oleh kontraktor dan menilai perubahan kerja. iii. Kontraktor dapat menggunakan senarai kuantiti untuk mengira kuantiti bagi membeli bahan binaan. ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK

  iv. Kontraktor juga dapat menentukan sebutharga dari sub kontraktor. v. Kontraktor boleh memastikan kerja yang dilakukan meliputi bidang kontrak.

  Kelemahan :

  i. Jurukur Bahan dan arkitek mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan pelan dan senarai kuantiti. ii. Kontrak ini hanya boleh digunakan jika mempunyai masaa yang cukup untuk menyediakan dan menyiapkan pelan dan senarai kuantiti.

  6.4.2 Kontrak Harga Gumpal Berdasarkan Lukisan, spesifikasi dan Jadual kadar harga.

  Di dalam kontrak ini, kontraktor dikehendaki melaksanakan kerja untuk setiap elemen dengan sejumlah wang yang telah ditentukan jumlahnya (seperti yang telah ditender). Bagi kontrak ini, penender tidak dibekalkan senarai kuantiti tetapi dibekalkan jadual kadar harga piawai yang disertakan bersama dalam dokumen tender. Butiran kerja terkandung di dalaam pelan dan bahan serta cara kerja diperihalkan di dalam spesifikasi tetapi senarai kuantiti tidak dibekalkan. Jadual kadar harga akan digunakan sebagai asas untuk menilai bayaran kemajuan kerja yang telah disiapkan dan juga untuk menilai perubahan kerja. Jika perubahan kerja (Variation Order) yang wujud tidak disenaraikan di dalam jadual kadar harga, Jurukur Bahan akan berunding dengan kontraktor untuk menyetujui satu kadar harga yang sesuai.

NOOR LIDA

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK

  6.4.3 Kontrak Turnkey Dasar kontrak Turnkey ialah seluruh tanggungjawab terletak kepada pihak kontraktor bermula dari peringkat perancangan , mereka bentuk pembinaan dan pengawasan sehingga kepada penyudahan projek dengan masa yang telah ditetapkan dan harga yang dipersetujui. Terdapat 2 faktor kenapa kontrak Turnkey diperkenalkan : i. keperluan yang mendesak terhadap projek tertentu ii. pemilik kekurangan kumpulan pakar.

  Kebaikan : i. Mengurangkan masa perlaksanaan projek. Penjimatan masa dapat dibuat kerana kontraktor sepenuhnya terlibat di dalam proses pembinaan bermula dari awal hingga akhir. i. Penglibatan kontraktor di peringkat awal dapat menjayakan projek itu lebih berkesan. Kontraktor dapat memberikan pandangan serta pendapatnya secara sepenuhnya berkaitan projek pembinaan. i. Dapat mengurangkan penglibatan pemilik secara terus mengenai hal-hal yang berkaitan dengan masalah teknikal, kos, masa dan lain-lain.

  Keburukan:

  i. Harga bagi sesuatu projek adalah tinggi jika dibandingkan dengan ystem tradisional. ii. Boleh menjejaskan penglibatan perunding-perunding tempatan di mana kebiasaannya kontraktor Turnkey akan melantik perunding-perundingnya sendiri.

NOOR LIDA

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  NOOR LIDA ATURCARA KONTRAK

  iii. Kontraktor Bumiputera dan tempatan tidak mampu bersaing untuk mengambil bahagian kerana ia digunakan bagi projek yang harga dan pengurusan yang tinggi.

  6.4.4 Kontrak Harga Tambah

  (“Cost Reimbursement”) Kontrak Cost Reimbursement dikenali juga sebagai Kontrak Cost Plus.

  Kontrak ini bermaksud pembayaran semula segala kos perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak kontraktor. Ini termasuklah kos bahan, loji dan buruh yang dipanggil sebagai Wang Kos Prima dan ditambah dengan pembayaran (fee) untuk menampung keuntungan dan perbelanjaan pengurusan (overhead). Sesuai untuk projek-projek yang rumit dan perlu disiapkan segera.

  Perbelanjaan pengurusan termasuklah :  Gaji pengurus  Sewa pejabat  Alatan/kelengkapan pejabat  Bil-bil seperti elektrik, telefon, air dan sebagainya  Insuran-insuran  Cukai-cukai  Faedah bank  Elaun-elaun kereta, pengangkutan, perjalanan dan sebagainya ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  NOOR LIDA ATURCARA KONTRAK

  Kontrak jenis ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu : a) Wang Kos Prima + Yuran Tetap.

  Kontraktor dibayar mengikut jumlah kos pembinaan sebenar dan ditambah dengan kos pengurusan dan keuntungan yang telah ditetapkan. Kos pengurusan dan keuntungan mesti telah dipersetujui oleh pihak pemilik dan kontraktor sama ada secara tender atau perundingan.

  Adakah anda keliru? Jangan risau, sila rujuk Jadual 6.1 di bawah.

  Kontrak WKP + Yuran Tetap RM RM

  1. Kos Buruh

  2. Kos Bahan

  3. Kos Kerja Sub Kontraktor

  4. Kos Alat Jentera & Loji Tambah Yuran yang ditetapkan Kos Projek

  39000 59000 10000 2000 110000

  15000 125000

  Jadual 6.1 : Wang Kos prima + Yuran Tetap

  CONTOH 1 ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  NOOR LIDA ATURCARA KONTRAK b) Wang Kos Prima + Peratus Yuran .

  Kontraktor dibayar mengikut jumlah kos pembinaan sebenar dan ditambah dengan kos pengurusan dan keuntungan mengikut peratus yang telah ditetapkan. Kos Pengurusan dan keuntungan mesti telah dipersetujui oleh pihak pemilik dan kontraktor. Peratus yuran dikira dari jumlah kos pembinaan sebenar. Semakin banyak perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pemilik untuk WKP maka kontraktor akan mendapat imbuhan yang lebih tinggi. Bagi mendapatkan penerangan yang jelas , anda boleh rujuk Jadual 6.2 di bawah.

  Kontrak WKP + Peratus Yuran RM RM

  1. Kos Buruh Tambah 25 %

  2. Kos Bahan Tambah 10%

  3. Kos Kerja Sub Kontraktor Tambah 5 %

  4. Kos alat jentera & loji Tambah 10 % Kos Projek

  40000 10000 60000 6000 10000 500 2000 200

  50000 66000 10500 2200 128700

  Jadual 6.2 : wang kos prima + peratus yuran

  CONTOH 2 ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK c) Wang Kos Prima + Yuran Sasaran.

  Untuk kontrak jenis ini kos sasaran (target cost) bagi sesuatu pembinaan mestilah dipersetujui oleh pihak pemilik dan kontraktor. Mempunyai factor insentif kepada kontraktor bagi menggalakkan penjimatan kos pengurusan dan keuntungan akan diberi kepada kontraktor sekiranya kos pembinaan sebenar kurang daripada kos sasaran asal. Sebaliknya kontraktor akan dikenakan denda/potongan sejumlah wang yang patut diterima jika kos pembinaan melebihi kos sasaran. Dengan cara ini kontraktor mempunyai inisiatif untuk menjimatkan kos pembinaan dan mempercepatkan penyiapan projek bagi mendapatkan bonus. Beberapa perkara penting yang mesti dipersetujui dalam kontrak jenis ini ialah :

   Jumlah kos sasaran  Bonus atau denda yang perlu dibayar  Kualiti kerja yang perlu dicapai

  Pengiraan bagi kontrak ini lebih komplek. Sila teliti betul-betul Jadual 6.3 dan Jadual 6.4 pada halaman sebelah.

NOOR LIDA

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK CONTOH 3

  Kontrak WKP + Kos Sasaran (Kos Sasaran RM 110,000) RM RM

  1. Kos Buruh 38000

  2. Kos Bahan 58000

  3. Kos Kerja Sub Kontraktor 10000

  4. Kos alat jentera & loji 2000 108000 Yuran yang dirunding 15000 Tambah 20% ke atas RM2000 400 15400 (RM 110,000  RM 108,000)

  Kos Projek 123400 Jadual 6.3 : Wang Kos Prima + Kos Sasaran

  CONTOH 4

  Kontrak WKP + Kos Sasaran (Kos sasaran RM 110,000) RM RM

  1. Kos Buruh 41000

  2. Kos bahan 58000

  3. Kos kerja Sub Kontraktor 10000

  4. Kos alat jentera & Loji 2000 111000 Yuran yang dirunding 15000 Kurang 20% ke atas RM1000 (-) 200 14800 (RM 110000

  • – RM 111000)

  Kos Projek 125600 Jadual 6.4 : Wang Kos Prima + Kos Sasaran

NOOR LIDA

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  NOOR LIDA ATURCARA KONTRAK Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut sebelum meneruskan input yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan berdasarkan maklumbalas di halaman berikutnya.

  6.1 Mengapakah kontrak binaan penting di dalam Industri binaan ?

  6.2 Senaraikan prinsip-prinsip kontrak menurut Akta Kontrak 1950 (pindaan 1974).

  6.4 Kontrak jumlah gumpal yang berdasarkan Senarai Kuantiti selalu digunakan. Walaupun ia mempunyai berbagai kebaikan, namun terdapat juga kelemahannya. Nyatakan kelemahan tersebut.

  6.5 Terangkan DUA (2) faktor mengapa Kontrak Turnkey diperkenalkan.

  6.6 Berdasarkan data-data yang diberi di bawah, kirakan Kos Projek bagi Kontrak ‘Cost Reimbursement’ :

  a) Wang Kos Prima + Yuran Tetap (Rujuk Jadual 6.1 )

  AKTIVITI 6A

6.3 Kontrak dan Tawaran mempunyai hubungan yang rapat. Terangkan dengan jelas perhubungan tersebut.

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK

  1. Kos Buruh RM 45000

  2. Kos Bahan RM 53000

  3. Kos kerja Sub-kontraktor RM 12000

  4. Kos Alat Jentera + Loji RM 3000 Yuran ditetapkan RM 10000

  b) Wang Kos Prima + Peratus Yuran (Rujuk Jadual 11.2)

  1. Kos Buruh RM 30000 Tambah 25 %

  2. Kos Bahan RM 50000 Tambah 10 %

  3. Kos kerja Sub Kontraktor RM 15000 Tambah 5 %

  4. Kos Alat jentera & Loji RM 3000 Tambah 10 %

NOOR LIDA

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK MAKLUMBALAS 6A PERHATIAN

  Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam Aktiviti 6A

  6.1 Kontrak binaan penting kerana ia merupakan satu perjanjian yang mengikat antara kontraktor dan pemilik bagi melaksanakan sesuatu kerja di mana Pihak kontraktor mesti melaksanakan kerja sehingga sempurna dan pihak pemilik akan bertanggungjawab untuk membuat bayaran terhadap kerja tersebut.

  6.2 Prinsip-prinsip Kontrak ialah :

  6.2.1 Tawaran

  6.2.2 Penerimaan

  6.2.3 Balasan

  6.2.4 Niat

6.2.5 Persetujuan yang sah dari segi undang-undang

  6.2..6 Ikatan kontrak boleh dilaksanakan

  6.2.7 Tiada kecacatan bagi kedua-dua belah pihak

  6.3 Kontrak dan tawaran mempunyai hubungan yang rapat kerana setelah tawaran kontraktor menerusi Dokumen Tawaran disetuju terima oleh pihak pemilik maka satu ikatan kontrak akan dijalinkan selepas itu dengan menandatangani Dokumen Kontrak.

NOOR LIDA

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK

  6.4 a) Jurukur Bahan dan arkitek mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan pelan dan senarai kuantiti.

  b) Kontrak ini memerlukan masa yang cukup untuk menyediaka dan menyiapkan pelan dan senarai kuantiti.

  6.5 a) Keperluan yang mendesak terhadap projek tertentu.

  b) Pemilik kekurangan kumpulan pakar. 6.6 1. Kos Projek RM 123000

  2. Kos Projek RM 118300

NOOR LIDA

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK ANDA HAMPIR MENCAPAI KEJAYAAN.

  • BAGI MENCAPAI MATLAMAT TERSEBUT SILA JAWAB SOALAN- SOALAN PENILAIAN KENDIRI DI BAWAH.
  • MASALAH.

SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG

  • RUJUK MAKLUMBALAS DI HALAMAN SEBELAH.

  SOALAN 1

  Setiap perlaksanaan untuk projek pembinaan mesti ada ikatan kontrak di antara pemilik dan kontraktor. Terangkan mengapakah proses ini mesti dilaksanakan.

  SOALAN 2

  Jelaskan mengapakah terdapat banyak jenis kontrak tersebut di dalam industri pembinaan.

  

SEMOGA BERJAYA NOOR LIDA ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK

  • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN JAWAPAN

  SUDAH MENCUBA ?

  • DI BAWAH.

   JAWAPAN 1

Jika tiada ikatan kontrak di antara kontraktor dan pihak pemilik beberapa kemungkinan

  akan berlaku iaitu : i) Kontraktor tidak akan menyiapkan kerja mengikut masa yang telah ditetapkan. ii) Kontraktor akan menggunakan bahan binaan tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. iii) Kontraktor tidak menjalankan kerja dengan sempurna. iv) Pihak pemilik tidak membuat pembayaran mengikut kemajuan kerja.

   JAWAPAN 2 Jenis-jenis kontrak ialah : i) Kontrak Jumlah Gumpal Berdasarkan Senarai Kuantiti.

  ii) Kontrak harga gumpal berdasarkan lukisan, spesifikasi dan jadual kadar harga iii) Kontrak Turnkey iv) Kontrak ‘Cost Reimbersement’

  Terdapat banyak jenis kontrak kerana ia dibuat berdasarkan kesesuai jenis - jenis binaan yang dijalankan.

  

TAHNIAH SEKIRANYA ANDA TELAH MENJAWAB

DENGAN BETUL NOOR LIDA ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK

  INPUT 6B

  6.5 Pengenalan

  Anda tentu telah mengetahui dengan jelas siapa itu kontraktor dari pembelajaran unit-unit yang telah lepas. Syabas diucapkan. Kontraktor memainkan peranan yang amat besar di dalam membina dan menyiapkan sesuatu projek pembinaan mengikut kehendak atau syarat-syarat yang telah dipersetujui dalam Dokumen Kontrak.. Walaubagaimanapun kontraktor terbahagi kepada 3 kategori iaitu Kontraktor Utama, Sub kontraktor Domestik dan Sub kontraktor Dinamakan.

  6.6 Takrif

  6.6.1 Sub kontraktor Domestik

   Ialah orang/syarikat yang diambil untuk menjalankan kerja-kerja bagi pihak kontraktor utama bagi sesuatu penyiapan kerja..  Dipilih sendiri oleh kontraktor utama.  Kerja-kerja yang biasa dilakukan ialah memasang jubin lantai & dinding, kerja simen, kerja konkrit dan sebagainya

  6.6.2 Sub kontraktor Dinamakan

   Ialah orang/syarikat yang diambil untuk menjalankan kerja-kerja bagi pihak kontraktor utama bagi menyiapkan sesuatu kerja.  Biasa diambil untuk menjalankan kerja-kerja khas yang memerlukan kepakaram seperti kerja cerucuk, pemasangan elektrik, system penyamanan udara, lif dan sebagainya.

NOOR LIDA

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK

   Pembayaran untuk kerja-kerja yang telah siap adalah dibuat oleh pemilik secara terus kepada Sub kontraktor dinamakan.

6.6.3 Pembekal Dinamakan

   Dilantik oleh pemilik/P.P untuk membekalkan bahan dan barang- barang binaan kepada kontraktor utama dalam sesuatu projek.  Mengikat kontrak dengan kontraktor utama  Biasa dilantik di atas sebab-sebab :

   Pemilik mungkin tidak dapat membuat keputusan bagi sesetengah kerja iaitu kerja kemasan dan sebagainya  Perubahan jenis barangan di pasaran seperti kelengkapan elektrik, kertas hiasan dinding dan sebagainya  Pembekal dapat memastikan bekalan bahan/barang ada dalam pasaran dan kerja dapat disiapkan mengikut jadual  Pembekal biasanya dapat menentukan hanya barangan bermutu sahaja yang digunakan.

NOOR LIDA

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

6.7 Perbezaan di antara Sub Kontraktor Domestik dan Sub Kontraktor Dinamakan Sub Kontraktor Domestik Sub Kontraktor Dinamakan

  • –Sem.10/83 dan JKR 203A – Sem. 10/83
  • –fasal yang terkandung di dalam Borang Kontrak Setara pada Unit 12

  NOOR LIDA ATURCARA KONTRAK

  Tanggungjawab kontraktor utama Tiada ikatan kontrak secara rasmi

  Ada ikatan kontrak secara rasmi Bayaran kemajuan kerja Bayaran diperolehi bergantung kepada kontraktor utama

  Bayaran diperolehi berdasarkan kerja yang telah disiapkan

  Perlantikan Kontraktor utama pemilik/P.P Hak kontraktor utama ke atas tuntutan bayaran

  Melalui kontraktor utama Dibayar terus oleh pemilik

  6.8 Jenis-jenis Borang kontrak Setara Borang kontrak Setara yang biasa digunakan oleh Jabatan Kerja Raya ialah JKR 203

  Anda akan memperolehi huraian yang lebih terperinci tentang fasal ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK

AKTIVITI 6B

Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut sebelum meneruskan input yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan berdasarkan maklumbalas di halaman berikutnya.

  6.1 Mengapakah sub kontraktor dinamakan diperlukan di dalam industri pembinaan ?

  6.2 Senaraikan jenis-jenis borang yang biasa digunakan oleh Jabatan Kerja Raya bagi semua kontrak kerajaan.

NOOR LIDA

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK

  MAKLUMBALAS 6B

  PERHATIAN Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 6B.

  6.1 Sub kontraktor Dinamakan diperlukan di dalam industri pembinaan kerana ia dilantik oleh kontraktor utama untuk menyiapkan kerja-kerja yang memerlukan kepakaran.

  • – 6.2 Borang yang digunakan ialah Borang Kontrak Setara JKR 203 Sem.10/83 dan JKR 203A – Sem. 10/83.

NOOR LIDA

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK ANDA HAMPIR MENCAPAI KEJAYAAN.

  • BAGI MENCAPAI MATLAMAT TERSEBUT SILA JAWAB SOALAN- SOALAN PENILAIAN KENDIRI DI BAWAH.
  • MASALAH.

SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG

  • SOALAN 1

RUJUK MAKLUMBALAS DI HALAMAN SEBELAH.

  Huraikan perbezaan di antara sub kontraktor domestik dan sub kontraktor dinamakan dari sudut tanggungjawab kontraktor utama.

  SOALAN 2

  Anda ditugaskan untuk mendapatkan Borang Kontrak Setara yang digunakan oleh Jabatan kerja Raya untuk kegunaan pembelajaran bagi unit yang akan datang.

  

SEMOGA BERJAYA NOOR LIDA ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK

  SUDAH MENCUBA

  • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN JAWAPAN
  • DI BAWAH.

   JAWAPAN 1

  Sub kontraktor Domestik dipilih sendiri oleh kontraktor utama dan ikatan kontrak di antara keduanya secara tidak rasmi di atas persetujuan P.P manakala sub kontraktor dinamakan dilantik oleh pemilik atau Pegawai Penguasa dan ikatan kotrak dengan kontrak utama adalah secara rasmi.

   JAWAPAN 2 Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pelajar.

  

TAHNIAH DAN SYABAS SEKIRANYA ANDA TELAH

MENJAWAB DENGAN BETUL DAN MEMPEROLEHI MAKLUMAT

YANG DITUGASKAN NOOR LIDA ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK

  Hubungan di antara tawaran dan kontrak boleh dirumuskan seperti rajah di bawah

  PERJANJIAN ATURCA RA ATURCARA TAWARAN KONTRAK PERUNDINGAN PERTANDINGAN HARGA BERDASAR COST TURNKEY SENARAI GUMPALAN REIMBURSEMENT KUANTITI

  PENENTUAN, SENARAI TAWARAN JADUAL HARGA PENUH

  2 PERINGKAT DAN LUKISAN TERBUKA TERPILIH WANG KOS PRIMA WANG KOS PRIMA WANG KOS PRIMA

  • YURAN SASARAN YURAN PERATUS YURAN

NOOR LIDA

  ATURCARA KONTRAK DAN UKUR BINAAN

  ATURCARA KONTRAK