Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedat

PENDAHULUAN
Asia Tenggara mempunyai kedudukan yang strategik kerana terletak di antara China di
sebelah timur, dan India di sebelah barat. Kedudukannya dihubungkan oleh Selat Melaka yang
terletak di Asia Tenggara dan di tengah-tengah jalan pedagangan, telah mewujudkan bandarbandar pelabuhan yang penting seperti Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka, Bantam, Cheribon,
Makasar, Brunei, dan Pattani. Pelabuhan tersebut mempunyai hubungan dengan pelabuhan di
Lautan Hindi seperti Mocha, Hormuz, Surat, Goa, Colombo, dan di Pantai Koromandel India
seperti Masulipatam dan Pondicherry.
“Pelabuhan di Asia Tenggara tersebut juga telah membuat hubungan dengan pelabuhan
di Laut China Selatan seperti Canton atau Amoy di China. Tiupan angin monsun yang bertiup
mengikut musim memainkan peranan yang penting dalam mempertemukan pedagang dari
segenap pelosok kawasan. Perkara ini telah menetukan jangka waktu yang tepat bagi kedatangan
pedagang dari Timur dan Barat ke Melaka. Terdapat juga jalan darat yang menghubungkan tanah
besar Asia yang dikenali sebagai Jalan Sutera yang merentangi dari wilayah di Asia Barat ke
Asia Tengah dan seterusnya ke China” (online, 2015).
“Asia Tenggara memang telah terkenal sebagai sebuah kawasan perdagangan utama
pedagang Melayu, Arab, China, dan India sebelum kedatangan Islam lagi. Tarikan utama
kawasan Asia Tenggara kerana kekayaan hasil buminya yang merangkumi barang-baraang
pertanian, logam, serta hasil hutan. Perkembangan agama Islam di Makkah telah membolehkan
para pedagang Islam keluar belayar dan berdakwah menyebarkan agama Islam ke seluruh rantau
Asia Tenggara” (online, 2015).


PENGARUH ISLAM DI MAlAYSIA
SEBELUM KEDATANGAN BARAT
Pengaruh Islam terhadap Politik
Sistem pentadbiran di Tanah Melayu berasaskan institusi pemerintahan beraja telah
diamalkan. Institusi raja ini dipengaruhi oleh tradisi Hindu-Buddha dan dikenali sebagai konsep
dewa-raja. Dalam tradisi Hindu-Buddha, seseorang raja menggalurkan nasabnya kepada dewa,
iaitu keturunannya daripada penitisan dewa.
Golongan raja mula menitiberatkan konsep Islam. Contohnya, istilah bagi sultan,
Zillullah fil-alam dan Zillullah fil-ardh yang bermaksud bayangan Allah di muka bumi
digunakan. Konsep ini menjadi teras institusi raja dan telah memberikan suatu pengesahan
berlandaskan Islam kepada kewibawaan raja. Gelaran Khalifahtul Mukminin juga digunakan
oleh para pemerintah yang membawa maksud pemimpin orang mukmin.
Gelaran ini digunakan oleh Sultan Mahmud Shah di Melaka dan Sultan Abdul Ghaffur
Muhyidin (1572-1614) di Pahang. Tokoh-tokoh Islam dirujuk sebagai asas nasab keturunan
sultan, contohnya penitisan keturunan sultan datangnya daripada Iskandar Zulkarnain. Hal ini
secara langsung telah meninggikan kedudukan sultan. Institusi sultan kekal sebagai institusi
berdasarkan sistem pewarisan. Dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu,
sultan merupakan pemerintah tertinggi.
Sistem kesultanan terdapat di Perlis, Kelatan, Terengganu, Kedah, dan Selangor. Di
Negeri Sembilan sistem kesultanan mengikut adat Pepatih dan kuasa terletak pada Yang

Dipertuan Besar. Pemerintahan dan pentadbiran sultan dibantu oleh lapisan pembesar seperti
bendahara, laksamana, penghulu, bendahari, temenggung dan sebagainya.

“Institusi kesultanan mempunyai hubungan yang erat dengan golongan ulama. Sultan
sering mendapatkan nasihat dan pandangan golongan ulama. Contoh golongan ulama ini ialah di
Melaka Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana
Jalaludin, Qadi Yusuf dan lain-lain. Kerajaan Kelatan dan Terengganu Tuk Pulau Manis, Tuk
Pulau Condong dan Tuan Tabal. Konsep daulat mengukuhkan institusi kesultanan kerana orang
Melayu berpegang teguh kepada konsep daulat. Daulat bermaksud sultan memiliki kuasa ghaib
yang hebat. Kuasa itu menyebabkan sesiapa yang ingkar perintah sultan (derhaka) akan
menerima akibat (tulah)” (online, 2015).
Konsep daulat merupakan pengikatan antara golongan rakyat dengan pemerintah. Konsep
ini tidak wujud secara bertulis, tetapi hanya dipegang sebagai sesuatu yang dipercayai
kebenarannya. Konsep daulat meninggikan lagi tahap kedudukan sultan kerana konsep ini
menimbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi kesultanan. Berbagai-bagai adat istiadat
diwujudkan bagi mengukuhkan konsep daulat dan menggambarkan kedaulatan sultan.
Contohnya, cara berpakaian dan jenis pakaian, penggunaan bahasa, pengucapan, dan tingkah
laku, dan istiadat pertabalan yang disempurnakan dengan penuh tertib mengikut aturan yang
telah ditetapkan.
Perundangan

“Sistem perundangan menjamin keharmonian hidup sesebuah masyarakat. Masyarakat
Melayu mempunyai peraturan hidupnya yang tersendiri. Peraturan yang dipersetujui bersama ini
kemudiannya digubalkan menjadi undang-undang. Undang-undang ini pula dibahagikan kepada
dua, iaitu undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis. Undang-undang tidak
bertulis ini dikenali sebagai adat yang dibahagikan kepada dua, iaitu Adat Pepatih dan Adat
Temenggung” (online, 2015).
Adat Pepatih diguna pakai oleh orang Melayu Minangkabau yang tinggal di Negeri
Sembilan dan Naaning di utara Melaka. Musyawarah yang dihadiri oleh perwakilan semua suku
merupakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah. Di Negeri Sembilan terdapat 12
suku dan setiap suku dianggap sebagai sebuah keluarga yang besar.

Ahli dalam setiap suku tidak dibenarkan berkahwin dengan seseorang daripada suku yang
sama. Setiap suku mempunyai seorang ketua adat yang dikenali sebagai Lembaga. Dalam sistem
ini, ketua daripada pelbagai peringkat dilantik oleh kumpulan ketua daripada peringkat bawah.
Contohnya, anak buah memilih buapak dan buapak pula memilih lembaga, seterusnya lembaga
memilih undang dan undang memilih Yang Dipertuan Besar. Adat Pepatih diasaskan oleh Datuk
Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera. Adat Pepatih bersifat
matrilineal, iaitu nasab keturunan mengutamakan jurai keturunan ibu. Oleh itu, anak perempuan
diberikan hak mewarisi harta.
Adat Temenggung berasaskan sistem patrilineal, iaitu lebih mementingkan jurai

keturunan bapa. Dalam pembahagian harta pusaka, anak lelaki diutamakan mengikut hukum
faraid dalam Islam. Dalam aspek perkahwinan, seseorang bebas mendirikan rumah tangga
dengan pasangan pilihannya selagi tidak bertentangan dengan agama Islam. Adat Temenggung
diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang memerintah Palembang di Sumatera. Pada asalnya
adat ini dipengaruhi oleh ajaran Hindu, tetapi kemudiannya telah disesuaikan dengan Islam oleh
mazhab Shafie.
Undang-undang bertulis merupakan peraturan dalam sesebuah masyarakat, contohnya
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Sebelum kedatangan Islam, orang
Melayu berpegang pada perundangan Hindu-Buddha yang disesuaikan dengan adat resam
tempatan. Aspek perundangan dalam tradisi Hindu berpegang pada Hukum Kanun Melaka yang
jelas membezakan jenis hukuman berdasarkan kelas seseorang itu. Kedatangan Islam telah
mengubah keadaan dan konsep ini, dengan pelaksanaan undang-undang berasakan hukum Islam.

Profesor Ahmad Ibrahim mengatakan terdapat perundangan sebelum kedatangan British
di Tanah Melayu, iaitu undang-undang Islam dan adat Melayu. Kehadiran Islam telah
memperkembangkan undang-undang bertulis seperti yang dipaparkan oleh Undang-undang Laut
Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Perjalanan pemerintahan dan pentadbiran berpandukan
undang-undang ini. Hukum kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang menjelaskan
tanggungjawab raja dan pembesar, serta pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat.
Hukum Kanun Melaka juga menjelaskan hukuman terhadap kesalahan jenayah, undang-undang

keluarga dan permasalahan ibadah serta jenis hukuman terhadap kesalahan tertentu.
Terdapat peraturan khas dalam aktiviti maritim dan perdagangan kerana kerajaan Melayu
aktif dalam aktiviti tersebut. Peraturan tersebut dipaparkan dalam Undang-undang Laut Melaka
dan Undang-undang Pelabuhan di negeri Kedah. Kekuatan agama Islam dipaparkan dalam fasalfasal dalam undang-undang itu, contohnya Undang-undang Laut Melaka menyentuh mengenai
nakhoda yang diibaratkan sebagai imam semasa berada dalam kapal dan anak buah kapal
diibaratkan sebagai makmum. Undang-undang bertulis menjadikan perjalanan masyarakat
tersusun kerana segala perlakuan, tanggungjawab serta hukuman telah ditentukan. Undangundang ini mengecualikan sultan daripada sebarang tindakan dan ini melambangkan kedudukan
sultan sebagai kuasa tertinggi dalam kerajaan.

Pengaruh Kedatangan Islam terhadap Sosiobudaya
Pendidikan tidak formal
“Pendidikan tidak formal merupakan pendidikan awal dalam institusi keluarga dan masih
diamalkan dalam masyarakat Melayu hingga hari ini. Pendidikan in berlaku pada peringkat
keluarga serta penekanannya adalah terhadap pengajaraan nilai-nilai moral. Cara pembelajaran
ini adalah melalui pendengaran, penglihatan, dan pemerhatian. Kanak-kanak mempelajari
kemahiran daripada ibu bapanya, iaitu melalui pemerhatian dan latihan, contohnya dalam bidang
pertanian, perikanan, dan kraf tangan. Ibu bapa juga mengajar anak-anak tentang hal-hal yang
berkaitan dengan agama, kelakuan dan adat resam, sikap bersopan santun, cara berkawan, dan
menjaga maruah” (online, 2015).


Nilai-nilai budaya yang murni ini diterapkan melalui cerita-cerita lisan seperti cerita
binatang dan cerita jenaka. Pendidikan melalui penceritaan merupakan kaedah yang paling
berkesan yang amat digemari oleh kanak-kanak. Penekanan terhadap cerita berbentuk teladan
dan pengajaran meliputi cerita ‘anjing dengan bayang-bayang’. Cerita ini memberi pengajaran
agar seseorang itu tidak terlalu tamak kerana sifat tamak akhirnya akan membawa kerugian.
Terdapat juga cerita sang kancil yang merupa binatang yang kecil tetapi bijak.
Penekananya ialah kebijaksaan dapat membantu seseorang dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapinya. Memalui pergaulan sosial kanak - kanak mempelajari pantang larang dan adat
istiadat. Mereka diasuh supaya menghormati orang yang lebih tua seperti tunduk dan
menghulurkan tangan apabila lalu hadapan orang tua. Pendidikan tidak formal juga diajarkan
menerusi pantun, teka- teki dan peribahasa.oleh itu lahir pepatah , ‘siakap senohong gelama ikan
duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri’. Pepatah ini mengajar kanak-kanak supaya
berkelakuan baik dan jangan bercakap bohong, perbuatan ini boleh membawa kepada perbuatan
tidak baik yang lain. Galakkan menegah atau menyuryh ini menerapkan unsur-unsur pengajaran.
Pendidikan formal
“Pendidikan formal berkaitan dengan pendidikan keagamaan, iaitu secara langsung atau
melalui perantaraan institusi tertentu.pendidikan zaman Hindu- Buddha berlangsung sejak zaman
sebelum kedatangan Islam. Ketika itu, pendidikan dimonopoli oleh golongan istana dan
golongan atasan, dan istana menjadi pusat pendidikan. Pendidikan diberikan oleh golongan
pendeta atau guru dan mereka ditugaskan khas memberikan pengajaran kepada bakal pemerintah

dan pembesar” (online, 2015).

Kedatangan Islam telah membawa lembaran baharu dalam bidang pendidikan.
Pemdidikan formal telah berkembang pesat dan tidak terhad kepada golongan atasan sematamata. Pendidikan yang memfokuskan keagamaan dilaksanakan di serata tempat, contohnya di
istana, masjid, rumah,surau,madrasah serta pondok. Pendidikan di rumah menekankan
pendidikan al-Quran dan dilaksanakan di rumah guru al- Quran yang dikenali sebagai tok guru.
Pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 15 tahun. Pengajaran ini
menjadi asas kepada pendidikan selanjutnya bagi murid tersebut.
Dengan kedatangan Islam, peranan istana, iaitu sebagai pusat pendidikan dan pusat ilmu
pengetahuan masih diutamakan. Contohnya dalam Sejarah melayu ada mencatatkan tentang
peranan istana Melaka sebagai pusat pengajian agama. Sultan Mansur Shah menerima
pengajaran Islam daripada Maulana Abu Bakar. Sultan Mahmud Shah dan Sultan Ahmad Shah
menerima pengajaran Islam daripada Mualana Sadar Jahan. Ramai ulama dan pendakwah asing
yang telah menetap di Melaka dan mempengaruhi bidang pendidikan Islam di Melaka.
Ulama dan pendakwah di Melaka terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Benggali,
Arab, Parsi, Gujerat dan sebagainya. Mereka datang ke Melaka kerana keprihatinan kerajaan ini
serta pemerintahnya terhadap pendidikan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Hal ini menjadi
faktor penarik kedatangan ulama dan pendakwah ke Melaka. Contohnya sebuah kitab diarak ke
balairung istana Melaka, iaitu kitab al-Dur al-Manzum (Mutiara Tersusun) yang merupakan
hasil karya Maulana Abu Bakar kerana Sultan Mansur Shah dikatakan amat berminat dalam

ilum tasawuf. Keadaan yang sama juga berlaku di Johor dengan istana Johor menjadi pusat
pengajian zaman Sultan Alauddin Riayat Shah (1597M-1602M.).
Istana

berperanan menyimpan buku hikyat yang penting, contohnya Hikayat Amir

hamzah dan Muhamad Ali Hanafiah. Pendidikan di istana jelas merangkumi soal agama serta
pentadbiran dan politik. Pendidikan formal juga dilaksanakan di masjid dan surau yang menjadi
tempat yang strategik bagi mengembangkan ilum Islam keran merupakan pusat pertemuan dan
perkumpulan masyarakat. Dalam pengajian di masjid dan surau, kanak-kanak diajar dengan ilum
yang lebih formal seperti fikah,tajwid,cara dan bacaan dalam sembayang, dan perkara-perkara
yang penting yang patut diketahui oleh orang Islam.

Pengajian golongan dewasa dilaksanakan pada malam hari dan tahap pengajiannya
adalah lebih tinggi. Kandungan pengajiannnya berkaitan dengan aspek keagamaan seperti fikah,
usuludin, hadis, tasawuf dan sebagainya. Sistem pendidikan formal yang lebih teratur ialah
melalui pendidikan pondok. Pengajian pondok memberi penekanaan kepada ilum keagamaan.
Pondok menyediakan pelajarnya untuk bertugas sebagai guru agama dan berkhidmat kepada
masyarakat.
Sistem penggajian pondok yang luas terdapat di Kedah, Kelantan, Pattani, Perlis dan

Terengganu. Sistem penggajian pondok telah bermula di Pattani sejak abad ke-12 M.,
kemudiannya sistem ini berkembang ke negeri-negeri Melayu yang lain. Sistem pondok yang
bersistematik, tetapi penggajiannya tiada batasan waktu. Tempoh belajar di pondok mengambil
masa yang panjang, sesetengahnya sehingga 10 tahun sebelum pelajar menamatkan
penggajiannya.
Sistem Madrasah juga wajib dalam sistem pendidikan yang formal. Sistem ini
diperkenalkan pada zaman khalifah Bani Saljuk pada tahun 447 H./ 1056 M. Sistem penggajian
madrasah berbeza daripada sistem pondok atau masjid kerana sistem ini berdasarkan sukutan
pelajaran, dilaksanakan secara kelas dan mengikut tahap, iaitu tahap permulaan, tahap
pertenggahan serta terdapat pengkhususan. Pendidikan madrasah diawasi oleh mudir atau guru
besar serta perjalanan madrasah diselia oleh sebuah lembaga, jawatan kuasa kewangan dan
sebagainya.

Bahasa
Terdapat beberapa tulisan lain yang diguna pakai sebelum kedatangan Islam seperti
tulisan Pallava, Kawi (Jawa Kuno), Sunda Kuno, Batak, dan Rencong. Kedatangan Islam ke
Tanah Melayu telah memperkenalkan huruf Arab. Huruf Arab mudah diterima oleh masyarakat
Melayu setelah dibuat penyesuaian dengan tulisan Melayu. Tulisan berhuruf Arab ini dikenali
sebagai tulisan Jawi, ini menjadi saluran utama bagi penulisan dan pembacaan. Tulisan Jawi
membawa perubahan drastik kepada masyarakat Melayu dan akhirnya menjadi hak miliki orang

Melayu.
Pembendaharaan kata bahasa Melayu bertambah kerana istilah baharu yang berasal
daripada perkataan Arab telah digunakan seperti adat, adil, daulat, hakim, dan hukum.
Kemudian, tersebar pula istilah untuk bidang lain, khususnya dalam cabang ilmu Islam,
contohnya fikah, tauhid, dan tafsir. Pada peringkat awal kesusasteraan rakyat disebarkan secara
lisan, iaitu daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Jenis kesusasteraan lisan yang
terawal ialah cerita asal usul yang merangkumi kepercayaan tentang kejadian alam, nama tempat,
cerita asal usul binatang, dan tumbuh-tumbuhan.
Kesenian
“Kesenian berasal daripada perkataan seni yang bermakna sesuatu yang menyenangkan
dan indah sama ada kepada penciptanya ataupun kepada penatapnya. Oleh itu, bidang kesenian
merupakan bidang yang sangat luas rangkumanya. Keindahan seni boleh dilihat dalam bentuk
seni halus, seni rupa, seni tampak, seni persembahan, seni tekstil dan busana dan sebagainya.
Aktivis seni ini dikenali sabagi seniman. Orang Melayu membabitkan diri dalam bidang
kesenian sebelum kedatangan Islam. Pembabtian mereka masi dalam lingkungan tradisi HinduBuddha, contohnya pengaruh Hindu-Buddha sangat ketara dalam bidang seni bina” (online,
2015).

Ini dibuktikan dengan penemuan candi-candi di Lembah Bujang seperti Candi Bukit
Batu Pahat, Candi sungai Batu dan candi Bukit Pandit. Candi-candi di Lembah Bujang
bentuknya lebih kecil, berbeza dengan candi di Puala Jawa, iaitu Candi Borobudur yang terkenal

dan besar dan candi Angkor Wat di Kemboja yang terkenal dan besar. Candi- candi di Lembah
Bujang lebih kecil, walau bagaimanapun terdapat bukti tradisi Hindu- Buddha yang amat kuat.
Di Lembah Bujang juga ditemukan hasil ukiran dan arca, contohnya Avalokitesvara yang
membuktikan pengaruh India yang sangat ketara.
Kedatangan Islam telah mengubah keadaan ini kerana bidang kesenian mula dikaitkan
dengan unsur-unsur agama Islam. Kesenian mula memaparkan sesuatu pernyataan tentang
agama Islam. Ini bermakna hasil seni menggabungkan elemen keagamaan Islam dengan
kehalusan seni tempatan. Seni bina merupakan kesenian yang menonjol dalam masyarakat
Melayu. Seni bina yang dihasilkan untuk binaan ialah bagi tujuan tempat berlindung dan
menonjolkan wajah yang sesuai bagi kegunaanya.
Masjid merupakan binaan utama dalam masyarakat Islam kerana menjadi tumpuan
masyarakat Islam. Masjid bertindak sebagai tempat perkumpulan masyarakat dan mengerjakan
solat. Masjid mempunyai banyak ciri khas yang membezakannya dengan binaan yang lain,
seperti mihrab (tempat imam berdiri),mimbar (tempat khatib berkhutbah), telaga, pancur air, dan
bumbung yang khusus. Banyak masjid tua terdapat di Tanah Melayu seperti Masjid Kampung
Laut di Kelantan, Masjid Tengkera, dan Masjid Peringgit di Melaka.
“Ketinggian cita rasa seni orang Melayu dipaparkan melalui binaan rumah dan istana.
Istana raja dibina indah dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti balairung, tempat
bersemayam diraja, dan balai istadat. Keindahan seni bina istana terpancar pada binaan istana
Melaka. Setiap binaan rumah dan istana dilengkapi dengan pelbagai hiasan dalaman yang
merupakan hasil daripada kemahiran seni ukiranyang dimiliki mereka. Sebelum kehadiran Islam,
motif ukiran berdasarkan binatang, contohnya ayam, burung dan sebagainya. Setalah kedatangan
Islam, motif tumbuh-tumbuhan, bunga- bungaan, dan geometri diterapkan, Kemahiran tukang
kayu Melayu juga terbukti pada tapak kebudayaan Hindu-Buddha di Lembah Bujang” (online,
2015).

Pengaruh Islam terhadap Ekonomi
Perdagangan
Sejak abad ke-12 hingga abad ke-18, berlaku aktiviti perdagangan yang melibatkan
Lautan Hindi dan Lautan China Selatan. Perdagangan ini didominasi oleh pedagang Islam yang
mempengaruhi perkembangan perdagangan di Alam Melayu. Pedagang Melayu bergerak aktif
dalam perdagangan Timur dan Barat ini. Islam menyarankan perdagangan merupakan sumber
rezeki yang besar, malah Nabi Muhammad SAW telah terbabit dengan aktiviti perdagangan.
Saranan ini menyebabkan berlakunya perkembangan pesat dalam sektor perdagang dan menjadi
saluran ke arah pengislaman Alam Melayu.
Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting pada abad ke-15. Melaka tidak
mengeluarkan barangan yang mendapat permintaan tinggi seperti rempah-ratus seperti bunga
cengkih dan lada, tetapi kedudukannya yang strategik membantu perkembangannya. Melaka
menyediakan pentadbiran licin dan teratur bertujuan agar aktiviti perdagangan berjalan lancar.
Jawatan Laksamana diwujudkan bagi menjaga urusan kelautan. Jawatan Syahbandar diwujudkan
yang bertindak sebagai ketua pelabuhan. Undang-undang Laut Melaka digubal bertujuan
menjaga urusan di atas kapal dan hal ehwal tugas nahkoda dan jurumudi.
Lebih kurang 84 bahasa dipertuturkan di Melaka yang membuktikan kepesatan
perdagangan di Melaka. Sistem timbang dan sukat diperkenalkan dalam aktiviti perdagangan.
Soal sukat dan timbangan serta perdagangan di bawah seliaan syahbandar. Peraturan timbang
dan sukat di Melaka menggunakan sistem tahil dan kati. Barangan yang ditimbang mengikut cara
ini ialah emas, perak, bahan wangian, dan batu permata. Rempah-ratus seperti lada, buah pala,
bunga cengkih, dan bunga lawang, ditimbang menggunakan sistem bahara, dengan satu bahara
dikira bersamaan dengan 205 kati. Timbangan ini dilakukan dengan menggunakan dachim
(dacing). Terdapat dua kaedah digunakan di Melaka dalam urusan perdagangan, iaitu kaedah
pertukaran barang dan kaedah jual beli.

Kejatuhan Melaka kepada Portugis tidak meruntuhkan semangat pedagang Melayu untuk
meneruskan aktiviti perdagangan. Sepanjang abad ke-17 dan ke-18 pedagang Melayu
menjadikan Johor sebagai pusat dan tunjang kekuasaan Melayu. Selain Johor, negeri-negeri
Melayu yang lain turut bergiat cergas dalam bidang perdagangan. Sepanjang abad ke-17 dan ke18, Kedah, Kelantan, dan Terengganu menjadi pusat perdagangan yang penting.
Mata Wang
Penggunaan mata wang memudahkan urusan perdagangan dan jual beli. Mata wang
bertindak sebagai perantaraan nilai barangan dan alternatif kepada sistem pertukaran barang atau
sistem barter. Negeri Melayu menggunakan mata wang diperbuat daripada logam timah. Mata
wang timah di Melaka berbentuk bulat serta beratnya satu kati lapan tahil. Nama sultan yang
memerintah serta tarikh Islam tercatat pada mata wang. Mata wang dari Pasai, Hormuz, dan
Cambay juga digunakan di Melaka dan boleh ditukarkan dengan mata wang tempatan Melaka.
Mata wang di Johor diperbuat daripada timah yang dikenali sebagai wang katun yang berbentuk
bulat atau segi enam.
Wang katun tiada tarikh, tetapi ada tulisan Jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan alAdil. Sejak abad ke-17, Kedah mengeluarkan mata wangnya sendiri untuk kegunaan tempatan.
Mata wang ini berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa bentuk cincin yang
boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan. Terdapat juga mata wang yang diperbuat
daripada emas. Mata wang emas digunakan di Kelantan dan Johor secara meluas pada abad ke16. Mata wang emas tertua di Johor bertarikh tahun 1527M., yang wujud pada zaman
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah.

Mata wang emas Kelantan dikenali sebagai kijang kerana terdapat gambar kijang pada
mata wang tersebut. Mata wang emas Johor digelar kupang, mengandungi emas seberat 10
grains (0.65 gram) dan ada juga emas seberat 40 grains (2.6 gram). Setiap mata wang emas
tertera nama dan pangkat sultan yang memerintah dan mengeluarkan wang emas tersebut. Di
belakang mata wang pula tertera gelaran Islam sultan berkenaan, contohnya gelaran Khalifatul
Muslimin dan sebagainya. Pada masa itu, pedagang Eropah telah menggunakan wnag perak,
sementara pedagang China, Arab, dan India menggunakan mata wang emas atau emas.
Percukaian
Percukaian penting dalam aktiviti perdagangan yang merupakan bayar yang dikenakan
oleh pihak pemerintah terhadap aktiviti tertentu atau barang tertentu. Cukai yang diterima
pemerintah menjadi sebagaian sumber pendapatan kerajaan yang akan disalurkannya kembali
untuk pembangunan negara. Perkembangan perdagangan turut memperkembangan bidang
percukaian. Di Melaka, pedagang diwajibkan membayar cukai barang dagangan mereka,
kemudian baru dibenarkan melakukan aktiviti perdagangan.
Cukai yang dikenakan di Melaka terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu cukai yang
paling asas ialah cukai tetap (cukai import) yang jumlahnya telah ditetapkan oleh pemerintah.
Pedangng dari india, Ceylon, Tanah Arab, Siam, dan pegu dikenakan cukai tetap sebanyak enam
peratus daripada jumlah barangan yang dibawa pedagang Jepun dan China dikenakan cukai
sebanyak lima peratus.
Beras dan makanan tidak dikenakan cukai di Melaka. Setelah semua cukai dibayar,
barulah urusan jual beli dapat dilakukan di bazar- bazar sepanjang sungai Melaka. Orang asing
yang menetap di Melaka juga dikenakan cukai. Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan
cukai diraja sebanyak tiga peratus. Orang asing dari tempat lain dikenakan cukai sebanyak enam
peratus. Pengaruh Islam di Melaska dan negeri lain mempengaruhi perkembangan ekonomi.
Amalan riba tidak dibenarkandalam urusan perniagan dalam kalangan pedagang Islam.

Riba ialah faedah atau pertambahan bayaran dalamurusan perjanjian hutang piutang.
Pinjaman wang oleh ceti dibenarkan meneruskan aktiviti mereka. Penegasan larangan amalan
riba dijelaskan dalam Hukum Kanum Melaka dan dilaksanakan juga olah Hukum Kanum
Pahang. Golongan pemerintah menyeru golongan kaya membayar zakat harta dan kutipan zakat
ini disimpan dalam baitulmal. Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan dan harta
ini digunakan untuk kepentingan dan kemakmuran negara. Baitumal juga merupakan sumber
bantuan kepada golongan masyarakat yang memerlukan.

kesimpulan
Islam telah memainkan peranan yang penting dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial
masyarakat Melayu. Kedatangan Islam telah berjaya mengikis pengaruh Hindu-Buddha yang
amat menebal dalam kalangan masyarakat Melayu. Islam mudah diterima oleh penduduk
tempatan dan menyerapkan pengaruhnya ke dalam sistem kehidupan mereka. Melaka telah
muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting ekoran daripada peranannya
sebagai pusat penyebaraan Islam di Asia Tenggara. Warisan Melaka telah diteruskan oleh
kerajaan-kerajaan lain di Tanah Melayu seperti kerajaan Johor-Riau, Kelatan, Terengganu dan
Kedah selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis. Pengaruh Islam telah dapat dilihat dalam
semua aspek kehidupan masyarakat di Tanah Melayu.
Kedatangan Islam di Asia Tenggara dianggap sebagai satu zaman baru di Alam Melayu
kerana ia telah mengubah sama sekali kehidupan masyarakatnya seperti yang diperkatakan oleh
Syed Muhammad Naquib al-Attas melalui bukunya, Islam dalam Sejarah dan Kehidupan
Melayu. Asas syariat yang kuat digunakan dalam undang-undang oleh negeri-negeri Melayu
selain pentadbiran dan pemerintahan Islam yang dilaksanakan. Sultan menjadi dasar atau akar
kepada kerajaannya dan dalam bidang keagamaan. Sistem sosial masyarakat turut dipengaruhi
seperti dalam pendidikan, bahasa, kesenian dan lain-lain. Elemen-elemen ekonomi Islam turut
dipraktikkan dalam kegiatan ekonomi seharian.

Rujukan
1. Anon, 2015, ‘Kesan Kedatangan Islam di Nusantara’, [online]. Available from World

Wide

Web:

http://www.oocities.org/tamadunislam/kesan_kedatangan_islam.htm,

[Accessed on 4/07/2015],
2. Dato’ Haji A. Aziz Deraman, 2015, ‘Pro Tajdid: Kedatangan Islam dam Pembudayaan
Alam

Melayu’,

[online].

Available

World

Wide

Web:

http://protajdid.blogspot.com/2008/09/kedatangan-islam-dan-pembudayaan-alam.html

,

[Accessed on 4/07/2015],
3. Hashim, 2012, ‘Pengaruh dan Kesan Tamadun Islam Dalam Tamadun Melayu’, [online].
Available from World Wide Web: http://hashim81.blogspot.com/2012/08/pengaruh-dankesan-tamadun-islam-dalam.html , [ Accessed on 4/07/2015],
4. Hew Taowei, 2012, ‘Pengaruh Tamadun Islam Terhadap Asia Dlam Aspek Sosial’,
[online].

Available

From

World

Wide

Web:

http://pengaruhtamadunislamterhadapasia.blogspot.com/2012/03/pengaruhtamadunislam-terhadap-asia_17.html , [Accessed on 4/7/2015],
5. Nur Hidayah Murni, Rofidah Ahamad Badri, and Eramaann, 2009, ‘Pembaharuan dan
Pengaruh Islam Di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat’, Oxford Fajar, Selangor,
6. Subzero Bill, 2015, ‘Kesan Islam Terhadap Tamadum Melayu’, [Online]. Available From

World

Wide

Web:

http://www.academia.edu/5440103/KESAN_ISLAM_TERHADAP_TAMADUN_MEL
AYU , [Accessed on 4/07/2015].