Analisis Konsep Zuhud Menurut Imam Al Gh (1)

Analisis Konsep Zuhud Menurut Imam Al-Ghazali Dan Ibnu Qayim
Dr. Abdul Munir Ismail1
Fakulti Sains Kemanusiaan, Jabatan Pengajian Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong
Malim, Perak, Malaysia1
Email: abdmunir@fsk.upsi.edu.my1
Abstrak

Kajian ini mengkaji tentang perbandingan konsep zuhud antara al-Ghazali dan Ibnu Qayyim.
Objektif kajian adalah untuk membincangkan konsep zuhud, mendalami konsep zuhud menurut
al-Ghazali dan Ibnu Qayyim serta membandingkan konsep zuhud menurut al-Ghazali dan Ibnu
Qayyim. Kajian ini menggunakan metodologi kajian perpustakaan. Sementara itu, pengkaji
analisis maklumat dengan yang diperolehi dengan menggunakan metode deskriptif dan metode
komparatif. Hasil kajian mendapati terdapat perbezaan pandangan antara al-Ghazali dan Ibnu
Qayyim terhadap konsep zuhud. Hasil kajian menunjukkan pandangan al-Ghazali dilihat lebih
terperinci dan jelas dengan membahagikan konsep zuhud kepada beberapa peringkat iaitu
peringkat tertinggi, sederhana dan rendah berkaitan pemilihan cara hidup dalam aspek makanan,
pakaian dan tempat tinggal serta dalam hal berkaitan dengan perkara yang membanggakan diri
seperti harta kekayaan, pangkat dan kedudukan serta perkahwinan. Manakala pandangan Ibnu
Qayyim mendapati bahawa konsep zuhud yang berkaitan dengan pemilihan cara hidup dalam
aspek makanan, pakaian dan tempat tinggal adalah secara umum sahaja tanpa membahagikan
perkara-perkara tersebut kepada beberapa bahagian. Hal ini termasuk juga dalam urusan yang

berkaitan dengan sifat kebanggaan diri seseorang seperti mendapat pangkat dan kedudukan,
harta dan kekayaan serta perkahwinan. Matlamat akhir
aktiviti zuhud adalah untuk
mengimbangi antara kepentingan kehidupan di dunia dan akhirat demi mencapai keredhaan
daripada Allah SWT.
Kata Kunci : Konsep zuhud, perbandingan sifat zuhud, mencapai keredaan Allah.
Abstract
This study examines the concept of comparison between the ascetic al-Ghazali and Ibn Qayyim.
The objective of the study is to discuss the concept of asceticism, explore the concept of
asceticism according to al-Ghazali and Ibn Qayyim and compare concepts of asceticism
according to al-Ghazali and Ibn Qayyim. This study uses the methodology of the study library.
Meanwhile, researchers analyzed information obtained by using descriptive and comparative
methods. The results showed that there was a difference of views between al-Ghazali and Ibn
Qayyim ascetic concept. The results showed that al-Ghazali's view is more detailed and clearly
visible by dividing the ascetic concept to some of the highest levels, namely low, medium and
associated lifestyle choice in terms of food, clothing and shelter as well as with regard to the
matters which prides itself as wealth , rank and position as well as marriage. According to Ibn
Qayyim find that the concept of asceticism associated with the selection of the way of life in
terms of food, clothing and shelter is generally only without dividing the items into several parts.
This includes also the affairs related to the pride of someone like getting promoted and rank,


wealth, and wealth as well as marriage. The ultimate goal is to balance the ascetic activities
between the interests of life in this world and hereafter to attain the pleasure of Allah SWT.
Keywords: concept of asceticism, ascetic nature of the comparison, reaching the pleasure of
Allah.
Pendahuluan
Zuhud merupakan sifat kesempurnaan bagi seorang muslim untuk mendekatkan diri kepada
Allah S.W.T. Menurut Abu Al-Wafa’ (1996), amalan zuhud bukanlah bermaksud meninggalkan
urusan dunia tetapi suatu amalan yang mengutamakan akhirat dan dunia sebagai tempat
persinggahan, bukan matlamat hidup. Kemewahan di dunia tidak menjadi penghalang manusia
mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Kesilapan mentafsirkan kehidupan zuhud telah
mencetuskan kemunduran dalam kalangan umat Islam. Pentafsiran terhadap konsep zuhud
biasanya terdiri daripada orang yang cetek ilmu tanpa merujuk kepada isi kandungan Al-Qur ‘an
dan As-Sunnah. Pentafsiran jumud menyebabkan sebahagian dari ilmu-ilmu Islam menimbulkan
salah faham terhadap konsep zuhud. Lutfi Mustafa El-Batnani (2000), mengatakan antaranya
meninggalkan amalan keduniaan, berlebihan dalam ibadat, konsep kesederhanaan yang
menyimpang, tidak menghiraukan masyarakat dan meninggalkan makanan tertentu.
Benarkah Islam tidak mengajar penganutnya membenci dan mengasingkan urusan dunia dengan
akhirat bagi tujuan menyucikan jiwa. Sejauh manakah Islam menghendaki penganutnya
menyeimbangkan keperluan material (bersifat kebendaan) dan keperluan spiritual (bersifat

rohani) dalam konteks mendekatkan diri kepada Allah. Kajian ini membahaskan secara terperinci
terhadap persoalan tersebut.
Konsep Kehidupan Sederhana Menurut al-Ghazali dan Ibnu Qayyim
Menurut al-Ghazali (2003), manusia memerlukan keperluan asas untuk kehidupan lebih
sempurna. Keperluan asas tersebut mencakupi makanan, pakaian dan tempat tinggal. Berikut
dihuraikan

berdasarkan

peringkat

seseorang.

Dalam

aspek

pemakanan,

al-Ghazali


membahagikan kepada jenis makanan, waktu dan kuantiti yang diambil. Orang zuhud
memerlukan makanan sekadar menahan lapar dan menambahkan kekuatan pada tubuh badan
bagi melaksanakan ibadah kepada Allah S.W.T dengan sempurna. Dari aspek pakaian, Al-

Ghazali (1998) membahagikan kepada tiga peringkat iaitu berpakaian peringkat rendah, (murah
serta tiada kualiti) berpakaian peringkat sederhana dan berpakaian peringkat paling tinggi.
Orang zuhud memerlukan pakaian untuk melindungi diri daripada cuaca panas dan cuaca sejuk,
bukan untuk berhias-hias dan bermewah-mewahan, memakai pakaian sederhana dan bukan
pakaian berharga mahal. Pakaian itu bukan jenis kain tahan lama, kadang-kadang kain tersebut
tehan bagi tempoh seminggu, sebulan atau setahun sahaja. Orang zuhud memilih tempat tinggal
yang mudah melakukan amal ibadah dan kelihatan sederhana sahaja. Malah terdapat orang
zuhud tinggal di bahagian khusus masjid bertujuan memudahkan melakukan ibadah kepada
Allah S.W.T. Mereka hidup dalam keadaan sederhana, tidak mengutamakan kemewahan dan
memilih tempat tinggal yang bersih.
Menurut Ibnu Qayyim (1999) orang zuhud mengambil makanan bertujuan untuk mendekatkan
diri kepada Allah S.W.T serta melaksanakan segala perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala
larangan-Nya. Dari aspek pakaian, orang zuhud sentiasa mengutamakan pakaian bersih daripada
segala najis. Pakaian itu mencerminkan peribadi seseorang dan diterjemahkan dalam bentuk
kesempurnaan amal dan akhlak. Pakaian yang kelihatan kotor menggambarkan peribadi buruk

atau akhlak mazmumah. Orang zuhud mestilah meninggalkan segala kemewahan dalam hal
berpakaian kerana kemewahan tersebut mengganggu melaksanakan ibadah kepada Allah S.W.T.
Mahmud Gobel (2008) menjelaskan bahawa orang Islam mestilah mencontohi cara berpakaian
para Nabi dan orang-orang soleh. Berdasarkan satu hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim
menjelaskan bahawa Nabi S.A.W. bersederhana dalam pakaian. Dari aspek tempat tinggal, Ibnu
Qayyim (1999) menegaskan bahawa rumah yang baik ialah ada peredaran udara keluar masuk,
keadaan suhu tidak terlalu panas dan sejuk, menyenangkan mata melihat, melindungi penghuni
daripada binatang merbahaya. Justeru, rumah yang terlindung daripada edaran udara segar
memberi kesan negatif terhadap kesihatan dan kesejahteraan badan manusia. Orang zuhud tidak
mementingkan rumah mewah serta perhiasan perabut mahal.
Konsep Harta Kekayaan Menurut Al-Ghazali dan Ibnu Qayyim
Menurut al-Ghazali (1988), zuhud bererti membenci dunia demi mencintai akhirat. Juga
membenci selain Allah demi mencintai Allah. Kerana itu orang zuhud tidak mementingkan harta
kekayaan dan tidak berlumba-lumba mengumpulkan harta kekayaan dengan banyak. Sebaliknya

berusaha mendapatkan rezeki halal dan digunakan kepada yang diredhai Allah seperti
menyebarkan Islam (dakwah), membantu orang hidup terlantar, membuat tempat peribadatan,
memberi sumbangan kepada anak yatim dan sebagainya. Menurut Ibnu Qayyim (1999,) konsep
memiliki harta kekayaan bukanlah bermaksud memiliki kekayaan seperti mempunyai tanah,
wang simpanan, saham mewah dan sebagainya, tetapi seorang itu memiliki jiwa yang pemurah,

perkataan dan perbuatan diserahkan kepada Allah S.W.T. Firman Allah dalam surah al-Fajr :
Maksudnya :
“(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian,
maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan
dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta
berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!". Dan sebaliknya
apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar
bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan
daku!". Jangan demikian, (Sebenarnya kata-kata kamu itu salah). bahkan (perbuatan
kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak
memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang ia berhak menerimanya);”
(Surah al-Fajr, 30 :15-17)
Berdasarkan maksud ayat tersebut, Ibnu Qayyim mengatakan bahawa bukanlah sebahagian
orang mendapat rezeki itu dimuliakan oleh Allah dan sebahagian orang disempitkan rezeki
bermaksud mereka dihina oleh Allah S.W.T. Tetapi orang yang dimuliakan Allah S.W.T ialah
hamba yang taat, beriman dan mencintai Allah S.W.T. sepenuh hati. Manakala maksud kehinaan
ialah rezeki seorang itu ditarik oleh Allah S.W.T. Ibnu Qayyim (1998) menegaskan bahawa harta
kekayaan milik orang zuhud tidak dibelanjakan untuk perkara yang dilarang Allah S.W.T. Ini
kerana kedudukan orang yang mencintai harta, tidak akan terlepas daripada tiga penderitaan iaitu
fikiran sentiasa berfikir untuk menjaga harta, keletihan yang berpanjagan dan penyesalan yang

tiada kesudahan kerana mengejar harta. (Abdul Fattah Sayyid Ahmad, 2005).
Konsep Perkahwinan Menurut al-Ghazali dan Ibnu Qayyim
Al-Ghazali (1988) menjelaskan bahawa orang zuhud berkahwin atas tujuan yang positif.
Terdapat beberapa tujuan, antaranya meramaikan keturunan supaya tidak kepupusan bangsa dan
ras manusia. Di samping itu, anak yang dilahirkan berdoa untuk kedua ibu bapa. Untuk
menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di
dalam ibadat. Dibimbangi tekanan seks lelaki yang lemah iman membawa kepada zina mata atau

zina faraj. Melalui perkahwinan dapat memelihara diri daripada perbuatan yang haram.
Perkahwinan dapat menyelesaikan masalah urusan rumah tangga seperti memasak, mengemas,
membasuh dan lain-lain. Bertujuan untuk pergaulan dan percampuran suami isteri, masingmasing dapat menggembirakan hati, perasaan dan mendorong melakukan ibadat kepada Allah
S.W.T. Menurut al-Ghazali (1992) lagi, perkahwinan dapat melawan hawa nafsu di dalam
kehidupan berumahtangga dengan menunaikan hak-hak yang diwajibkan terhadap isteri,
bersabar terhadap tingkah laku isteri yang tidak sesuai, berusaha memperelok akhlak anak dan
isteri, memberi tunjuk ajar kepada ke jalan agama, berusaha mendapatkan rezeki halal untuk
menyara anak dan isteri dan mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna. Menurut
Ibnu Qayyim (1999), perkahwinan adalah suatu keperluan bagi manusia melengkapkan
kehidupan dengan lebih sempurna. Keperluan seks yang dirancang dengan baik dapat
mendekatkan seseorang beribadah kepada Allah S.W.T. Di samping keperluan perkahwinan
dapat menjauhkan seseorang daripada melakukan perbuatan yang dilarang Allah.

Konsep Mencari Pangkat Dan Kedudukan Menurut Al-Ghazali dan Ibnu Qayyim
Menurut al-Ghazali pangkat dan jawatan merupakan kemegahan dunia yang menjadi idaman
bagi seseorang. Bagi orang yang ingin menjadi terkenal kerana pangkat atau jawatan dalam
sesuatu organisasi itu adalah orang yang tercela atau hina (al-Ghazali, 1999). Kerana itu,
hendaklah berdiam diri dan tidak menonjol-nonjolkan segala jasa dan pengorbanannya dalam
sesuatu perkara dengan tujuan memperolehi kedudukan yang tinggi dalam masyarakat atau
organisasi. Oleh itu, cukup seorang itu bekerja dan berusaha mendapatkan rezeki yang halal
berbanding bekerja bertujuan untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan yang tinggi. Hal ini
berbeza dengan orang yang mendapat pangkat dan kedudukan tanpa diusahakan kerana
kemasyhuran yang diperolehi itu adalah takdir Allah S.W.T. kepadanya dan dianggap tidak
tercela. Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya :
“Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi
orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka
bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah
bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah al-Qashah, 20 :83)

Berdasarkan maksud ayat di atas, dapat difahami bahawa Allah S.W.T. menyediakan
kebahagiaan di akhirat kelak terhadap orang yang dalam hatinya tidak pernah terlintas mengejar

pangkat dan kedudukan dalam melaksanakan segala kerjaya di dunia ini. Hal ini berbeza dengan
pendapat awam, kebanyakan manusia kini masing-masing ingin mencari pangkat dan kedudukan
teristimewa demi mengharapkan kemasyhuran. Firman Allah S.W.T. dalam surah Hud :
Maksudnya :
“Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan
perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya),
maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak
dikurangkan sedikit pun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya
pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa
yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.”
(Surah Hud, 12 :15-16)
Al-Ghazali mengatakan bahawa keinginan seorang manusia kepada dunia itu merangkumi
dikenali ramai, pangkat dan kedudukan yang tinggi. Semua ini merupakan hiasan dunia yang
tidak menguntung pada hari akhirat kelak melainkan sia-sia belaka. Kecuali pangkat dan jawatan
itu boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
perkara ini.
Menurut Ibnu Qayyim (2000) dalam kitab Madarij al-Salikin menjelaskan bahawa seseorang itu
diberi kedudukan dan pangkat dalam jabatan, maka ia semakin dekat dengan manusia. Ada
orang diberi kehormatan tertinggi dalam bidang keilmuan, ia semakin dekat dengan manusia.
Jika jauh dengan Allah, maka pangkat dan kehormatan keilmuan itu lebih utama ditinggalkan.

PERBINCANGAN DAN ULASAN KAJIAN
Konsep Kehidupan Sederhana
Terdapat perbezaan pandangan antara al-Ghazali dan Ibnu Qayyim dalam perbahasan berkaitan
konsep pemilihan kehidupan secara sederhana dalam aspek makanan, pakaian dan tempat
tinggal. Hal ini kerana konsep pemilihan kehidupan secara sederhana adalah dipengaruhi oleh
kaedah didikan, gaya hidup, status ekonomi dan latar belakang kehidupan seseorang. Dalam
perbincangan ini dilihat kedua-dua tokoh zuhud tersebut hidup pada abad yang berbeza-beza.
Imam al-Ghazali hidup pada abad ke lima Hijrah manakala Ibnu Qayyim hidup pada abad yang

ke tujuh Hijrah. Al-Ghazali dilihat mengemukakan pandangan beliau secara terperinci dan
berperingkat-peringkat dalam aspek makanan, pakaian dan tempat tinggal. Manakala Ibnu
Qayyim dilihat mengemukakan pandangan secara umum sahaja berkaitan aspek makanan,
pakaian dan tempat tinggal.
Bagi pandangan pengkaji, al-Ghazali menjelaskan secara terperinci dan berperingkat-peringkat
dalam aspek makanan, minuman dan pakaian bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
masyarakat pada zaman beliau yang mana masyarakat pada zaman tersebut mengalami situasi
politik yang kacau-bilau, fitnah berleluasa dan perpecahan. Perpecahan ini berlaku disebabkan
kepimpinan yang tidak mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. yang memimpin dalam keadaan
zuhud bahkan pemimpin pada masa tersebut hidup dalam keadaan kemewahan tanpa
memikirkan kesusahan yang dialami oleh rakyat. Disebabkan kerisauan terhadap keadaan

masyarakat pada masa itu, al-Ghazali berpendapat bahawa zuhud perlu ada dalam sistem
pemerintahan Islam. Selain situasi kepimpinan yang tidak stabil, zaman al-Ghazali juga
mengalami perang mazhab. Setiap orang merasa fanatik dengan mazhab yang dianutinya dan
masing-masing mempertahan bersungguh-sungguh. Orang lain yang tidak bermazhab dianggap
kafir dan ahli bid’ah. Para ulama bersungguh-sungguh mencari ilmu. Pada masa itu, gerakan
ilmiah sangat dinamis. Kegiatan ilmiah ini tidak dilakukan untuk mengabdikan sepenuhnya pada
perkembangan pengetahuan tetapi supaya dapat mendekati dengan penguasa. Oleh kerana itu,
mereka belajar bidang-bidang keilmuan yang disukai oleh raja dan sultan sahaja dan
mengharapkan kepada pangkat, kedudukan dan populariti. Dengan cara inilah para ulama pada
zaman itu boleh mendapatkan kedudukan yang istimewa di samping penguasa.
Sehubungan itu, al-Ghazali mampu mengembalikan umat Islam kepada keimanan kepada Allah
S.W.T. dengan berusaha memperbaiki akhlak masyarakat Islam bagi membentuk masyarakat
madani. Usaha memperbaiki akhlak masyarakat dilakukan dengan memperbaiki hati dan fikiran
manusia. Jika hati dan fikiran manusia dapat diperbaiki maka segala perbuatan, percakapan dan
gaya hidup akan menjadi baik. Matlamat memperbaiki akhlak adalah dasar utama al-Ghazali ke
arah membangunkan minda masyarakat. Hal ini ditegaskan di dalam al-Qur’an:Maksudnya :

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”
(Surah al-Ra’du, 13 :11)
Bagi mencapai maksud tersebut, al-Ghazali menjelaskan konsep zuhud kepada masyarakat
secara berperingkat mencakupi aspek sederhana dalam pemakanan, pakaian dan tempat tinggal.
Juga sebagai panduan terhadap orang yang cintakan dunia, melebihi akhirat dapat mengamalkan
segala amalan dengan bersih dari kotoran-kotoran. Serta amalan tersebut dilakukan dengan
ikhlas kerana Allah S.W.T.
Berbalik kepada pandangan Ibnu Qayyim, dilihat berbeza dengan pandangan al-Ghazali. Ibnu
Qayyim membahaskan secara umum sahaja berkaitan kesederhanaan dalam aspek makanan,
pakaian dan tempat tinggal. Masyarakat Islam di zaman Ibnu Qayyim tidak menghadapi masalah
besar seperti mana berlaku pada zaman al-Ghazali. Oleh itu, wajarlah Ibnu Qayyim menjelaskan
konsep kesederhanaan secara umum bagi memperkukuhkan kembali ilmu yang sedia ada supaya
masyarakat tidak menyimpang daripada syariat Islam. Setiap manusia keperluan asas seperti
makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk terus hidup dengan lebih sempurna. Tanpa keperluan
asas tersebut, manusia tidak dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Dari sudut makanan,
manusia memerlukan makanan supaya dapat beribadah kepada Allah S.W.T. dengan sempurna.
Untuk menjalani kehidupan, manusia memerlukan tenaga yang diperolehi daripada sumber
makanan. Namun begitu, seseorang itu memenuhi keperluan secara bersederhana sahaja. Firman
Allah S.W.T :
Maksudnya :
“Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali
kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta
minumlah, dan jangan kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orangorang yang melampaui batas.”
(Surah al-A ‘raf, 8: 31)
Berdasarkan maksud ayat di atas dapat difahamkan bahawa Allah S.W.T. memerintahkan kepada
hamba-Nya supaya mengambil makanan yang sesuai untuk meneruskan kehidupan. Demikian
juga dilarang melakukan pembaziran terhadap makanan dalam apa bentuk yang disifatkan
sebagai amalan syaitan. Hal ini demikian kerana Allah S.W.T tidak menyukai orang yang

melampaui dalam soal makan, minum dan berpakaian. Ini kerana amalan tersebut adalah amalan
syaitan. Hal ini dapat dibuktikan dalam firman Allah S.W.T. :
Maksudnya :
“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik,
dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu
musuh yang terang nyata bagi kamu.”
(Surah al-Baqarah, 2 :168)
Berdasarkan maksud ayat di atas dapat difahami bahawa Allah S.W.T. memerintahkan kepada
manusia supaya makanlah makanan yang halal lagi baik (berkualiti) yang ada di bumi ini dan
tidak membuat pembaziran terhadap makanan tersebut kerana pembaziran adalah amalan
syaitan. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. Oleh itu, amalan
pembaziran tersebut tidak patut dicontohi oleh manusia.
Merujuk kepada pandangan al-Ghazali (2003) dalam kitab Ihya’ Ulumuddin, menyebut bahawa
orang zuhud memerlukan makanan sekadar menahan lapar dan menambahkan kekuatan pada
tubuh badan dengan niat untuk melaksanakan ibadah kepada Allah S.W.T. Sikap mengambil
makanan terlalu banyak menyebabkan berat tulang untuk bekerja dan sikap tersebut dibimbangi
terhalang melaksanakan amal ibadah kepada Allah S.W.T. Manakala menurut pandangan Ibnu
Qayyim (1998) di dalam kitab Madarijus Salikin, menyatakan bahawa orang zuhud memenuhi
keinginan untuk makan dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. serta dapat
mempertingkatkan tenaga dengan niat melaksanakan segala perintah Allah S.W.T. dan menjauhi
segala larangan-Nya.
Bersederhana dalam hal makanan dapat dilihat berdasarkan contoh yang ditunjukkan oleh Nabi
Muhammad S.A.W. iaitu Baginda pernah berpuasa kerana ketiadaan makanan. Contoh ini
memperlihatkan bahawa Nabi S.A.W. tidak pernah membazir dalam hal-hal berkaitan dengan
makanan. Situasi ini berbeza dengan keadaan umat Islam masa kini. Umat Islam dilihat mampu
membeli pelbagai jenis makanan hingga menyebabkan berlaku pembaziran dengan membuang
makanan lebihan tanpa memikirkan kesan buruk perbuatan tersebut.

Selain itu, manusia memerlukan pakaian yang sempurna. Pakaian lazim diperbuat daripada
berbagai-bagai jenis kain seperti kain satin, kain kottom, kain kapas dan lain-lain. Keperluan
manusia dalam kegunaan pakaian adalah berbeza-beza, bergantung kepada taraf kehidupan
masing-masing. Bagi golongan kaya akan membeli dan memakai pakaian yang cantik dan harga
yang mahal. Golongan sederhana lazimnya memakai pakaian yang sesuai dengan taraf ekonomi
mereka.
Jika diteliti pandangan Al-Ghazali secara mendalam, dirumuskan bahawa orang zuhud
memerlukan pakaian untuk melindungi diri daripada cuaca panas dan cuaca sejuk, bukan untuk
berhias-hias dan bermewah-mewah. Mereka memakai pakaian berharga sederhana dan bukan
daripada pakaian yang mahal. Manakala menurut Ibnu Qayyim, pakaian orang zuhud mestilah
bersih daripada segala najis kerana pakaian mencerminkan peribadi seseorang dari sudut
kesempurnaan amal dan akhlak. Pakaian putih bersih melambangkan kebersihan hati seseorang.
Ia dipamirkan melalui kesempurnaan amal dan akhlak baik dan jika pakaian tidak bersih
menggambarkan peribadi buruk.
Analisis terhadap pandangan Ibnu Qayyim, pengkaji merumuskan bahawa orang zuhud mesti
meninggalkan segala kemewahan dalam berpakaian kerana kemewahan tersebut mengganggu
untuk beribadah kepada Allah S.W.T. dengan sempurna. Ibnu Qayyim menasihati agar
mencontohi kehidupan para Nabi, para rasul-rasul dan para sahabat dalam menentukan kaedah
berpakaian. Hal ini dapat dilihat berdasarkan satu hadis diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim
yang menjelaskan bahawa Nabi S.A.W. bersederhana dalam berpakaian. Hal ini dijelaskan
menerusi kisah Saidatina Aisyah telah menunjukkan kepada Abu Musa al-Asy ‘ari pakaian
Rasulullah ketika meninggalkan dunia. Pada pandangan pengkaji, berdasarkan konsep zuhud
dari asperk pakaian kedua-dua tokoh tersebut adalah bertepatan dengan syariat Islam iaitu
sederhana dalam urusan berpakaian.
Konsep berpakaian yang disyariatkan dalam Islam mestilah menutup aurat dan bersih daripada
kotoran. Dilarang memakai pakaian untuk berhias-hias dan mempamirkan kemewahan kepada
orang lain. Bagi kaum wanita, mereka mestilah berpakaian sopan dengan menutup semua badan
kecuali muka dan tapak tangan sahaja. Begitu juga dengan kaum lelaki, wajib menutup aurat

daripada dilihat oleh kaum wanita yang bukan muhrimnya. Bertujuan supaya kaum lelaki dan
kaum wanita dapat menjaga pandangan masing-masing daripada melihat benda-benda haram.
Kenyataan ini dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam al-Quran :
Maksudnya :
“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka
kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatanmereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher
bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa
mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudarasaudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau
hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan
tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi
tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui
orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu
sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman,supaya kamu berjaya.
(Surah an-Nur, 18 : 30-31)
Berdasarkan maksud ayat di atas, dapat difahamkan bahawa Allah S.W.T. menyuruh kaum lelaki
dan wanita supaya menundukkan pandangan mereka daripada melihat perkara-perkara yang
telah diharamkan oleh Allah S.W.T. serta menjaga kehormatan diri dengan memakai pakaian
yang menutup aurat dan sopan supaya tidak dilihat oleh orang-orang yang bukan muhrimnya.
Sehubungan itu, berpakaian menutup aurat dapat mengelakkan daripada berlaku perkara-perkara
yang tidak diingini seperti mencabul kehormatan, rogol dan sebagainya.
Selain itu, manusia memerlukan tempat tinggal yang selamat dan selesa untuk berlindung
daripada cuaca panas dan cuaca sejuk. Dengan adanya tempat tinggal, manusia dapat
melaksanakan segala amal ibadah terhadap Allah S.W.T. Namun begitu, tempat tinggal tersebut
mestilah tidak terlalu mewah seperti banglo atau kondominium yang boleh melalaikan manusia
daripada mengingati Allah S.W.T. Menurut al-Ghazali orang zuhud memilih tempat tinggal yang
mudah melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T. dan tempat tinggal adalah sederhana.
Mereka hidup dalam keadaan sederhana dan tidak mewah tetapi tempat tinggal itu bersih. Selain

itu, mereka membeli rumah yang siap dibina sekadar keperluan sahaja bukan untuk berhias-hias
dengan memuatkan pelbagai perabot yang mahal dan terkini. Hal ini berbeza dengan pandangan
Ibn Qayyim, bahawa rumah atau tempat tinggal yang baik ialah keadaan rumah tidak terlalu
panas dan sejuk, menyenangkan mata melihat dan dapat melindungi diri dari segala binatang
merbahaya, peredaran udara di dalam rumah mestilah baik supaya dapat memberi manfaat
kepada kesejahteraan dan kesihatan badan manusia. Hal ini jelas menunjukkan orang zuhud tidak
mementingkan rumah mewah serta perhiasan yang mahal. Justeru, cara kehidupan orang zuhud
dapat dilihat melalui satu pengalaman Rasulullah. Suatu hari Rasulullah S.A.W. melalui satu
tempat yang dibangunkan sebuah kubah yang tinggi. Rasulullah S.A.W. berhenti dan bertanya,
“siapakah yang membina kubah ini dan milik siapa? Orang yang berada di situ menjawab
bahawa kubah itu kepunyaan si anu. Binaan kubah yang tinggi tidak diperkenankan oleh
Rasulullah dan hal ini telah disampaikan kepada pemilik binaan kubah tersebut. Pemilik kubah
itu merobohkan kubah tersebut dengan segera. Beberapa hari kemudian, Rasulullah S.A.W.
melalui tempat tersebut dan mendapati bangunan kubah telah dirobohkan. Rasulullah S.A.W.
berdoa kepada pemilik bangunan itu dengan kebajikan.
Pemilikan Harta Kekayaan
Menurut al-Ghazali, orang zuhud tidak mementingkan harta kekayaan, tidak ingin berlumbalumba untuk mengumpulkan harta yang banyak. Mereka berusaha mencari rezeki yang halal lagi
baik dan rezeki halal disalurkan ke jalan yang diredhai Allah seperti menyebarkan agama,
membantu orang-orang yang hidup susah, miskin, terlantar kerana sakit, di sumbangkan kepada
badan-badan yang menguruskan pembinaan rumah peribadatan dan memberi sedekah kepada
anak-anak yatim.
Menurut Ibnu Qayyim, harta kekayaan bukanlah kekayaan sebenar yang dimiliki oleh seseorang.
Kekayaan hakiki ialah kekayaan hati dan jiwa yang berserah seluruhnya kepada Allah S.W.T. dan
beristiqamah dalam semua perkara sama ada dari segi perkataan dan perbuatan hanya kepada
Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Fajr :
Maksudnya :
“(Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian,
maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan
dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta

berkata dengan sombongnya: "Tuhanku telah memuliakan daku!". Dan sebaliknya
apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar
bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: "Tuhanku telah menghinakan
daku!". Jangan demikian, (Sebenarnya kata-kata kamu itu salah). bahkan (perbuatan
kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak
memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang ia berhak menerimanya);”
(Surah al-Fajr, 30 :15-17)
Berdasarkan maksud ayat tersebut, Ibnu Qayyim menjelaskan bahawa orang yang diberikan
rezeki oleh-Nya itu tidak bermakna orang tersebut adalah orang yang dimuliakan-Nya dan orang
yang disempitkan rezekinya itu tidak semestinya dihina oleh Allah S.W.T. tetapi orang yang
dimuliakan itu ialah manusia yang beriman, taat dan mencintai Allah S.W.T. tanpa mensyirik
kepada-Nya. Manakala kehinaan pula bermaksud rezeki seorang hamba itu ditarik oleh Allah
S.W.T. Sehubungan itu, menurut Ibnu Qayyim, harta kekayaan seorang hamba itu tidak boleh
digunakan untuk perkara yang tidak manfaat dan tidak diredhai oleh Allah S.W.T. Orang yang
terlalu mencintai dunia atau harta, mereka tidak akan terlepas daripada tiga penderitaan.
Penderitaan tersebut ialah kekalutan terhadap fikiran yang tidak pernah hilang kerana sentiasa
berfikir untuk menjaga hartanya supaya tidak dicuri oleh orang lain, keletihan yang berpanjagan
dan penyesalan yang tiada akhirnya.

Dalam hal ini jelaslah bahawa sesiapa yang terlalu

mencintai dunia atau harta secara berlebihan, maka mereka itu akan menghadapi berbagai-bagai
penderitaan yang perlu harunginya.
Berdasarkan kepada pandangan al-Ghazali dan Ibnu Qayyim dalam hal yang berkaitan dengan
kekayaan, pengkaji mendapati bahawa terdapat sedikit persamaan dalam pandangan tersebut. AlGhazali dan Ibnu Qayyim menyatakan bahawa harta kekayaan yang diperolehi tidak boleh
digunakan untuk perkara yang tidak diredhai Allah S.W.T. Orang zuhud dilarang bermewahmewah kerana harta yang banyak itu menghalang daripada mengingati Allah S.W.T. Di samping
membawa kepada sifat mazmumah seperti bakhil, sombong dan angkuh. Namun, pandangan
Ibnu Qayyim menyatakan tiga penderitaan yang akan ditempuhi oleh seorang yang terlalu
cintakan harta dunia melebihi segala-galanya. Dari sudut harta kekayaan, manusia memerlukan
bagi meneruskan kehidupan dengan lebih baik kerana masyarakat kini sangat memerlukan
kepada harta sebagai asas kehidupan dengan syarat bersikap sederhana dalam mengumpulkan

harta. Prinsip zuhud adalah dengan menolak perhambaan harta benda, tidak terlalu
mementingkan kepada kemewahan dan kemegahan dunia. Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya :
“harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh
yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan
lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”
(Surah al-Kahf, 15 :46)
Berdasarkan kepada ayat tersebut, dunia ini penuh dengan keindahan, perhiasan dan kemegahan
yang sering kali menyilaukan pandangan manusia. Justeru, manusia mestilah berhati-hati supaya
tidak diperhambakan kepalsuan dunia. Jika tertipu oleh keseronokan dunia, maka kehidupan
tidak ubah seperti orang-orang kafir yang memikirkan keuntungan dunia semata-mata, mereka
lupa azab Allah di dalam kubur, padang mahsyar, sirat dan neraka jahanam. Firman Allah
S.W.T. :
Maksudnya :“ Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah
(bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan)
serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegahmegah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta
berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad
waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur)
menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian
tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau
melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah
diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan
yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar
serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat).
dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang-orang yang terpedaya.”
(Surah al-Hadid, 27 :20)
Sehubungan dengan perbandingan dan ungkapan maksud ayat tersebut, manusia harus berhatihati dengan kehidupan dunia penuh dengan tipu daya yang boleh menyesatkan manusia lalai
daripada mengingati Allah. Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya :“Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumbalumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat
dan pengaruh), sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)!
kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! Sekali lagi

(diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui
kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)”
(Surah al-Takasur , 30 :1-4)
Merujuk kepada ayat tersebut, Allah S.W.T. memberi peringatan kepada manusia supaya tidak
mengumpulkan harta yang banyak kerana harta sebagai penyebab manusia lalai daripada
mengingati Allah S.W.T. Keadaan masyarakat kini dilihat ghairah mengumpulkan banyak harta
sehingga mereka lupa bahawa harta tersebut bukan milik yang hakiki. Mereka lupa
mengeluarkan zakat, bersedekah dan menyumbangkan di jalan Allah S.W.T. Sebagai balasan,
Allah S.W.T. menyediakan azab yang pedih bagi orang yang sedemikian. Justeru, zuhud dalam
harta dan dunia bukanlah dengan meninggalkannya, juga bukan dengan mengharamkan apa yang
dihalalkan Allah S.W.T. Akan tetapi, zuhud dalam harta adalah dengan menggunakan harta
tersebut sesuai dengan petunjuk Allah S.W.T. tanpa keterikatan hati dan kecintaan yang
berlebihan kepada harta tersebut. Zuhud dalam pemilikan harta tidak berangan-angan panjang
pada harta yang dimiliki. Sebaliknya menggunakan harta untuk urusan yang diredhai Allah
S.W.T.
Perkahwinan
Dari sudut perkahwinan, al-Ghazali menjelaskan di dalam kitabnya al-Ihya’ Ulumuddin bahawa
orang yang zuhud berkahwin atas dasar tujuan yang positif. Terdapat lima tujuan. Antaranya
ialah perkahwinan itu dapat menghasilkan keturunan supaya dunia ini tidak kepupusan makhluk
dari bangsa manusia. Dan seterusnya anak tersebut dapat berdoa untuk kedua ibu bapanya
setelah kematian mereka. Selain itu, bertujuan untuk menghilangkan tekanan syahwat seks
terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan berterusan
membawa kepada zina mata atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat
memelihara diri dari syaitan yang menjerumus ke arah melakukan perbuatan yang diharamkan.
Di samping itu perkahwinan dapat menyelesaikan gangguan hati dalam masalah urusan rumah
tangga seperti memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain. Dengan ini, masanya tidak banyak
terbuang hanya untuk urusan tersebut sahaja. Seubungan itu, perkahwinan juga bertujuan untuk
pergaulan dan percampuran suami isteri dapat menggembirakan serta menjinakkan hati dan
perasaan. Di mana perkara ini akan mendorong dan menguatkan hatinya untuk rajin melakukan
ibadat kepada Allah S.W.T.

Perkahwinan ikhlas dapat mendidik hawa nafsu dalam mengharungi tata sosial berumahtangga,
antaranya menunaikan hak-hak yang diwajibkan terhadap isteri, bersabar terhadap tingkah laku
isteri, berusaha memperelok akhlak anak dan isterinya serta memberi tunjuk ajar kepada mereka
ke jalan agama, bersungguh-sungguh mendapatkan rezeki halal bagi menyara anak dan isteri dan
mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Manakala Ibnu Qayyim menjelaskan,
perkahwinan adalah suatu keperluan melengkapkan kehidupan dengan lebih sempurna.
Keperluan ini membantu seseorang melaksanakan segala perintah Allah S.W.T dan
meninggalkan segala larangan-Nya.
Merujuk kepada pandangan al-Ghazali dan Ibnu Qayyim di atas, pengkaji mendapati al-Ghazali
menghuraikan secara terperinci dengan mengemukakan satu persatu tujuan perkahwinan.
Berbeza dengan pandangan Ibnu Qayyim memberikan penjelasan tujuan perkahwian khusus
untuk beribadah kepada Allah S.W.T. tanpa melihat secara menyeluruh seperti menyahut seruan
Allah, menyelamatkan diri daripada melakukan perkara maksiat seperti berdua-duaan di tempat
sunyi, zina, pergaulan bebas, melahirkan zuriat dan sebagainya. Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya :
“dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila
kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu
berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu
bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah
dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.
Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan
kezaliman.”
(Surah al-Nisa’,4:3)
Berdasarkan maksud ayat di atas, dapat difahamkan bahawa Islam menggalakkan umatnya yang
kemampuan supaya berkahwin samada satu, dua, tiga atau empat. Sekiranya bimbang tidak
berlaku adil maka memadailah berkahwin dengan seorang sahaja. Tujuan perkahwinan adalah
untuk menjaga kehormatan diri daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T.
Perkahwinan merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. yang perlu di contohi oleh umatnya.
Perkahwinan menghubungkan silaturrahim antara keluaraga pihak lelaki dan pihak perempuan
serta mewujudkan suasana bahagia.

Pangkat Dan Kedudukan
Menurut al-Ghazali pangkat itu merupakan kemasyhuran yang tersebar luasnya kedudukan
seseorang dalam kalangan umat. Bagi orang yang ingin menjadi masyhur atau ternama itu adalah
orang yang tercela atau hina menurut al-Ghazali. Jadi perkara yang dianggap terpuji oleh Islam
ialah berdiam diri dan tidak menonjol-nonjolkan segala jasa dan pengorbanannya dalam sesuatu
perkara dengan tujuan supaya memperolehi kedudukan yang tinggi dalam sesebuah masyarakat
atau organisasi.

Oleh itu, cukuplah bagi seseorang itu sekadar bekerja dan berusaha

mendapatkan rezeki yang halal berbanding bekerja dengan tujuan untuk mendapatkan pangkat
dan kedudukan yang tinggi. Hal ini berbeza dengan seseorang yang telah mendapat pangkat dan
kedudukan tanpa diusahakan olehnya kerana kemasyhuran yang diperolehinya itu adalah takdir
Allah S.W.T kepadanya dan tidak dianggap tercela atau hina. Firman Allah S.W.T :
Maksudnya :
“Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi
orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka
bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah
bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Surah al-Qashah, 20 :83)
Jelaslah bahawa dalam ayat di atas, Allah S.W.T menyediakan kebahagiaan dalam perumahan
akhirat itu semata-mata bagi orang yang hatinya tidak pernah terlintas untuk mengejar pangkat
dan kedudukan dalam melaksanakan segala kerjanya di dunia ini. Hal ini berbeza dengan
sebahagian manusia, kebanyakan manusia di dunia ini masing-masing ingin mencari pangkat dan
kedudukan yang teristimewa dalam kehidupannya demi mengharapkan kemasyhuran dalam
kalangan umat Islam. Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah Hud :
Maksudnya :
“Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan
perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya),
maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak
dikurangkan sedikit pun padanya. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya
pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa
yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.”
(Surah Hud, 12 :15-16)
Berdasarkan maksud ayat di atas, dapat difahamkan bahawa Allah akan memberi kepada sesiapa
di kalangan manusia yang berusaha untuk mendapatkannya. Namun, jika perbuatan itu
melanggar peraturan Allah, ingatlah akan menerima balasan setimpal di akhirat kelak. Al-

Ghazali mengatakan bahawa keinginan kepada dunia itu merangkumi keinginan kemasyhuran,
pangkat dan kedudukan yang tinggi. Semua ini adalah merupakan hiasan dunia yang istimewa
dan merupakan perkara yang diingini oleh kebanyakan manusia di dunia ini.
Menurut Ibnu Qayyim dalam kitab “al-Fawaid”, seseorang diberi keistimewaan dengan
kedudukan tinggi berupa pangkat dalama sesuatu jabatan, maka ia semakin bersikap sombong
dan bongkak dengan manusia. Begitu juga seseorang memberi alasan tiada waktu untuk
beribadat kepada Allah kerana sibuk bermesyuarat menyelesaikan masalah umat. Solat dilakukan
secara sendirian tanpa menunaikan secara berjemaah di masjid. Inilah yang dibimbangi oleh
Ibnu Qayyim dilakukan oleh masyarakatnya.
Berdasarkan pandangan al-Ghazali dan Ibnu Qayyim dalam perbahasan ini, manusia berusaha
mendapatkan pangkat dan kedudukan itu adalah termasuk perkara yang tercela dalam agama.
Sekiranya pangkat dan kedudukan itu dikurniakan tanpa diminta, maka tidak tercela dan
diharuskan untuk menerima kedudukan tersebut. Pada pandangan pengkaji, al-Ghazali
memberikan pandangan sedemikian kerana pangkat dan kedudukan ini merupakan perkara yang
dapat merosakkan jiwa dan akhlak manusia dengan mengambil iktibar terhadap peristiwa
lampau. Beliau mengalami keraguan kerana segala ilmu yang dipelajari tidak dimanfaatkan
untuk bekalan ke akhirat. Ia telah dicampuri dengan niat mencari kedudukan dan pangkat tinggi
dalam masyarakat. Tanggapan ini perlu dikikis dalam diri orang zuhud. Bagi mengubati penyakit
ini, ia memerlukan kepada menuntut ilmu pengetahuan dan melakukan amal soleh dengan ikhlas.
Dengan adanya ilmu dapat mengetahui bahawa pangkat dan kedudukan akan tercapai dan
direstui Allah. Namun sebalik bersifat lahiriyyah tersebut ada hal-hal yang bersifat batin yang
tidak dapat dilihat. Contoh, pangkat dan kedudukan berakhir dengan kematian. Orang yang
mengamalkan ajaran agama, akan berwaspada baik sebelum berlaku atau sesudah memikul
jawatan atau sesuatu kemegahan ataupun ketika menjawat pangkat keduniaan tersebut. Orang
seperti ini tidak mahu menanggung sebarang risiko daripada pangkat keduniaan.
Dilihat dari aspek zuhud amal perbuatan, seseorang itu hendaklah berdiam diri dan tidak
menonjolkan segala jasa yang dilakukan dengan menunjuk kepada orang lain. Mereka juga tidak
meminta-minta sesuatu kepada orang lain dalam memenuhi keperluan hidup. Ini kerana

keinginan kepada pangkat dan harta itu dapat dihakis atau dilenyapkan dalam diri seseorang.
Mereka tidak mengharapkan segala pangkat dan kedudukan yang menyebabkan seseorang itu
lupa perintah dan larangan Allah S.W.T. Manakala pandangan oleh Ibnu Qayyim, mengatakan
seseorang yang dikurniakan pangkat dan kedudukan, akan menjadikan diri mereka disanjung
oleh orang lain. Ada kalanya mereka mengharap kekuasaan yang ada padanya tidak jatuh ke
tangan orang lain. Pangkat dan kebesaran itu dipinta dengan alasan jawatan tersebut adalah hak
untuk milikinya. Ramai manusia berusaha dengan pelbagai cara untuk memperolehinya.
Antaranya, mengemukakan bukti sijil palsu, memberi rasuah wang dan pelbagai cara yang
melibatkan unsur penipuan demi untuk mendapatkan pangkat dan jawatan yang diingininya.
Sebenarnya pangkat, kedudukan dan kemuliaan yang diberikan oleh manusia itu adalah milik
Allah. Allah akan memberikan kepada sesiapa yang dikehendaki dan akan mencabut dari siapa
yang dikehendaki-Nya. Firman Allah S.W.T.
Maksudnya :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai Kuasa
Pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang
Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa
yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau
kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam
kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha
kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
(Surah Ali-‘Imran, 3 : 26)
Kesimpulan
Setiap manusia mestilah mengamalkan cara hidup yang sederhana dalam kehidupannya
sebagaimana yang telah dijelaskan oleh al-Ghazali dan Ibnu Qayyim. Bersikap bersederhana
dalam aspek makanan, pakaian dan tempat tinggal merupakan salah satu cara yang telah
diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. dalam kehidupannya. Amalan ini mesti dicontohi supaya umat
Islam memperolehi keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Manusia juga tidak harus berbangga
dalam soal pemilikian harta, pangkat dan kedudukan yang mereka perolehi kerana pangkat dan
jawatan di dunia ini akan hilang, berakhir dengan kematian atau perlucutan jawatan kerana tamat
tempoh waktu atau sebagainya. Justeru, umat Islam dituntut berhati-hati dengan apa yang
dimiliki supaya tidak alpa mengingati Allah S.W.T.

Rujukan
Al-Quran al-Karim.
Abd. Al-Fattah Ahmad al-Fawi, (2001). Akidah & Suluk Dalam Tasawuf Antara Keaslian Dan
Penyelewengan, Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa.
Abdul Hashim bin Ab. Aziz (2010). Konsep Zuhud dalam Tasawwuf : Satu Kajian Terhadap
dalam Pembentukan Masyarakat Madani. Darul Quran : Tesis Sarjana Muda.
Abdul Karim Ibn Hawazin Al-Qusyairi (2001). Risalah Sufi Al-Qusyairi. Johor Darul Takzim :
Perniagaan Jahabersa.
Abu Al-Wafa’ al-Ghanimi al-Taftasami (1996). Perkembangan Tasawwuf Islam.Malaysia:
Bahagian Hal Ehwal Islam. Jabatan Perdana Menteri.
Ahmad Sunawari Long (2009). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Pengajian Islam, Bangi :
Jabatan Usuluddin dan Falsafah. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Al-Jauziyyah, ‘Abdullah Muhammad (2000). Madarij al-Salikin, Beirut, (Eds) Muhammad
Hamad al-Faqiy.
Al-Palembani, ‘Abd al-Samad, (tanpa tahun). Siyar al-Salikin, Singapura, Jilid iv. Pustaka
Nasional.
As.Syeikh Ahmad Ridha Hasbullah (1999). Taqarub, Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, alHidayah Publishers.
Abdul Fattah Sayyid Ahmad (2005). Tasawuf antara al-Ghazali dan Ibnu Taimiyah (Terjemahan
Muhammad Muchson Anasy), Jakarta timur, Indonesia : Khalifa.
Asmaran As. M.A. (1994). Pengantar Studi Tasawuf, Jakarta, Indonesia : Manajemen, PT Raja
Grafindo Persada.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah (1998). Madarijus Salikin, Pendakian Menuju Allah, (terjemahan
Kathur Suhardi), Jakarta :Pustaka Al-Kautsar.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah (terjemahan oleh Fadhli Bahri LC). (1999). Hijrah Paripurna Menuju
Allah dan Rasul-Nya Jakarta, Indonesia : Pustaka Azzam.
Imam al-Ghazali (2001). Intisari Ihya’ ‘Ulumuddin, Mensucikan Jiwa Kaedah Tazkiyatun Nafs
Bersepadu (Said Hawa), Kuala Lumpur, Pustaka Dini Sdn. Bhd.
Imam al-Ghazali (1988). Bimbingan Mu’minin, (disusun oleh As-Syeikh Muhammad Jamaluddin
Al-Qasimi Al-dimasyqi), Selangor : Klang Book Centre.

Imam al-Ghazali (1992). Ihya’ Ulumuddin, Jilid 1 (Terjemahan Prof. TK. H.Ismail Yakub MASH), Singapura : Victory Ajensi
Imam al-Ghazali (2003). Ihya’ Ulumuddin, Jilid 4 (Terjemahan Prof. TK. H.Ismail Yakub MASH), Singapura : Pustaka Nasional PTE LTD.
Imam Ghazali (terjemahan Prof. Tk. H. Ismail Yakub (1998). Ihya Ulumuddin. Kuala Lumpur:
Victory Ajensi).
Imam Nawawi (1998). Syarah hadith 40 (Terjemahan oleh Mohd Asri bin Haji Hashim,
Syahruzzaman bin Bistamin, Hairuddin bin Ghazali), Kuala Lumpur, (tanpa penerbit).
K.H. Muhibbudin Waly (1991). Hikmah Tauhid dan Tasawuf (al-Hikam), Pustaka Nasional PTE
LTD , Singapura, Bhg. Pertama.
Lutfi Mustafa El-Batnani (2000). Peranan Sufi dalam Gerakan Islam. Pustaka Syuhada.
Mahmud Gobel (2008). Zuhud dalam Pemikiran Hasan Al-Bashry dan Fazlur Rahman. Darul
Quran : Tesis Sarjana Muda.
Mohammad Ghazali (1996). Tujuan Hidup Para Sufi. Selangor Darul Ehsan : Pustaka Ilmi.
Muhammad Saleh Pohan bin Tarmizi Pohan ( 2007). Konsep zuhud : suatu kajian terhadap
peribadi Rasulullah s.a.w. Darul Quran : Tesis Sarjana Muda.
Othman Napiah (2001), Ahwal dan Maqamat dalam Ilmu Tasawuf. Johor Darul Takzim :
Universiti Teknologi Malaysia.
Shaleh Ahmad Asy-Syami (2004). Biografi Imam al-Ghazali Hujattul Islam dan Pembaru Kurun
ke-5, Kuala Lumpur : Jasmin Enterprise.
Syeikh Abdus Shamad (2003). Sairus-Salikin, Perjalanan Orang Soleh Kepada Allah, Jilid 4,
Khazanah Banjariah & Pustaka Darussalam.

Dokumen yang terkait

Analisis Komparasi Internet Financial Local Government Reporting Pada Website Resmi Kabupaten dan Kota di Jawa Timur The Comparison Analysis of Internet Financial Local Government Reporting on Official Website of Regency and City in East Java

19 819 7

Analisis komparatif rasio finansial ditinjau dari aturan depkop dengan standar akuntansi Indonesia pada laporan keuanagn tahun 1999 pusat koperasi pegawai

15 355 84

Analisis Komposisi Struktur Modal Pada PT Bank Syariah Mandiri (The Analysis of Capital Structure Composition at PT Bank Syariah Mandiri)

23 288 6

Analisis Konsep Peningkatan Standar Mutu Technovation Terhadap Kemampuan Bersaing UD. Kayfa Interior Funiture Jember.

2 215 9

FREKWENSI PESAN PEMELIHARAAN KESEHATAN DALAM IKLAN LAYANAN MASYARAKAT Analisis Isi pada Empat Versi ILM Televisi Tanggap Flu Burung Milik Komnas FBPI

10 189 3

Analisis Sistem Pengendalian Mutu dan Perencanaan Penugasan Audit pada Kantor Akuntan Publik. (Suatu Studi Kasus pada Kantor Akuntan Publik Jamaludin, Aria, Sukimto dan Rekan)

136 695 18

Analisis Penyerapan Tenaga Kerja Pada Industri Kerajinan Tangan Di Desa Tutul Kecamatan Balung Kabupaten Jember.

7 76 65

Analisis Pertumbuhan Antar Sektor di Wilayah Kabupaten Magetan dan Sekitarnya Tahun 1996-2005

3 59 17

Analisis tentang saksi sebagai pertimbangan hakim dalam penjatuhan putusan dan tindak pidana pembunuhan berencana (Studi kasus Perkara No. 40/Pid/B/1988/PN.SAMPANG)

8 102 57

Analisis terhadap hapusnya hak usaha akibat terlantarnya lahan untuk ditetapkan menjadi obyek landreform (studi kasus di desa Mojomulyo kecamatan Puger Kabupaten Jember

1 88 63